Wednesday, June 30, 2010
Tension - 30.06.2010
Tuesday, June 29, 2010
Revina S. Temat berkahwin ? - 29.06.2010
- Percikan (2001)
- Sangkuriang (2003)
- Cintaku di Kampus Biru 2 (2003-2004)
- JP (2004)
- Asik Pacaran
- Bawang Merah Bawang Putih
- Dara Manisku
- Dicintai
- Hikmah 2
- Kembang Surga
- Ridho
- Rahasia Perkawinan
- Cinta dengan luka (2002) FTV
- Gerangan Cinta (2003) FTV
- Sopir juga Manusia FTV
Pada tahun 2006 beliau mula menjinakkan diri berlakon dilayar perak untuk filem Pocong 2 yang memegang watak Maya, seorang wanita yang sering bertemu pocong setiap hari.
- Pocong 2 (2006)
- Cintaku Forever (2007). Berlakon bersama Yusri KRU.
- Oh My God (2008)
- Perempuan Berkalung Sorban (2009)
- Wakil Rakyat (2009)
- The God Babe (2010)
- Red CobeX (2010)
- Satu Jam Saja (pre-production)
Video Clip
- Kupilih Dia - Coklet (2004)
- Lebih Dekat Denganmu (Juwita)" - Yovie & The Nuno
Iklan
- Clear (versi sniper)
- Relaxa (versi pesta dengan DJ Winky)
- Red A (2 versi)
Lelaki dan Kelemumur - 29.06.2010
Ramai orang beranggapan kelemumur itu berkaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya tidak, kelemumur tetap berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya. Proses pertumbuhan sel kulit baru menyebabkan sel kulit lama mati dan gugur dari kulit kepala. Proses itu akan lebih cepat apabila seseorang itu berkelemumur. Sel itu juga membentuk keruping yang lebih besar dan jelas dilihat pada mata kasar. Bagaimanapun, punca sebenar bagaimana kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan fungus dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Fungus itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur.Fungus ini tinggal di kulit kepala, bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Ada kalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.
Kelemumur adalah fenomena global dan dialami oleh kebanyakan orang. Ia terjadi di kalangan dua hingga lima peratus populasi, tidak kira dewasa atau kanak-kanak termasuk bayi seawal usia tiga bulan. Kelemumur akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan kelihatan berkuping-kuping. Kelemumur bukan masalah berjangkit dan bukan masalah serius. Ada kalanya ia sukar dirawat dan memalukan. Secara umumnya, kelemumur ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan anda untuk bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar kulit.
Golongan berisiko alami kelemumur
- Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.
- Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur.
- Rambut dan kulit kepala yang berminya.
- Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.
- Masalah penyakit berkaitan neurologi.
Punca
- Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.
- Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.
- Kurang bersyampu.
- Masalah kulit seperti psoriasis.
- Ekzema pada kulit kepala.
- Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut.
- Perubahan hormon.
- Tekanan.
- Masalah neurologi.
Monday, June 28, 2010
Kereta Kena Langgar - 28.06.2010
Extract from Mizi facebook :- dugaan buat ku..... keta kena langgar + internet tak leh pakai. Message nie Mizi hantar menggunakan blackBerrynya coz streamyx tak function.
Selamat Pagi dan Kesetiaan - 28.06.2010
Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada anda semua. Petang Sabtu lepas Syah balik ke Rawang Residence dan kemas rumah. Semalam petang balik KL Residence. Penatnya rasa badan dan tidur awal semalam tak silap jam 10:00pm dan bangun pagi tadi jam 05:00am. Mandi dan bersiap sambil dengar radio era lepas tu solat subuh. Masa nak keluar Muss invite nak tumpang dia dan Syah kata nak jalan kaki ke stesyen. Muss tak outstation minggu nie kerana ada kursus.
Masa dengar Era subuh tadi................. Syah terdengar seorang perempuan nie mencurahkan isi hatinya. Katanya dia baru bercerai tak silap Syah dalam bulan ini juga. Penceraian ini adalah kerana suaminya ada kekasih lain dan salah dia sendiri kerana tidak pernah curiga terhadap suaminya. Dia tak kisah dan membenarkan suaminya keluar bersama kawan-kawan. Tembelang suaminya terbongkar apabila suaminya mendapat kemalangan dan terpaksa MC dan stay dirumah. Dia melihat suaminya asik sms sahaja dan pada suatu pagi dia terbaca sms suaminya yang ada perkataan sayang dari seseorang. Bila dia tanya suaminya, suaminya beri alasan itu kawan dia yang tersalah hantar sms pada dia dan wanita nie pula pernah menelefon nombor berkenaan dan orang tu memberi jawapan yang sama. Walau bagaimanapun wanita nie dapat merasakan perubahan suaminya yang tidak seperti dahulu - maksudnya dah totally lain dengan dia samada dalam aktiviti seharian atau diranjang. Akhirnya wanita ini merujuk kepada pejabat agama dan keluarga suaminya. Keadaan ini membuatkan suaminya merasa marah dan merasakan wanita itu ingin memalukannya dan akhirnya bercerai. Apabila mahkamah mengesahkan penceraian mereka, si suami nie berjumpa wanita tu dan hendak rujuk semula tetapi wanita tu rasa dirinya telah ditipu dan buat masa ini rela bersendirian bersama dua orang anaknya.
Pengajaran dari cerita ini, jika kita ada orang yang kita sayangi kita kena ambil tahu apa aktiviti yang mereka buat diluar sana. Kita bukan nak mengekor atau mengongkong dia kesana kesini tetapi kena bijak ambil tahu hal orang yang kita sayangi. Pernah terjadi pada kawan Syah, dia benarkan orang yang dia sayang ke karaoke dan disco tetapi akhirnya kekasih dia tu keluar senyap-senyap setiap hari Sabtu tanpa pengetahuannya dan tidur pulak tu dirumah teman gelapnya dan pagi-pagi baru balik kononnya baru balik dari clubbing dengan kawan-kawan yang couple dia kenal. Kawan Syah tu percaya dengan kekasihnya tapi akhirnya bangkai kalau nak ditutup macam manapun akhirnya ia akan berbau juga dan percintaan mereka semenjak kekasihnya graduate dari Menara Gading tu tak kesmpaian kepenghujungnya.
Kepada wanita di Era pagi tadi dan anda semua yang pernah melalui atau dalam proses menuju kearah perpecahan dalam perhubungan, anda kena fikir yang terbaik untuk diri anda sendiri. Jika orang sudah tidak hendak dengan kita, buat apa kita nak merasa sedih sedangkan dia bergembira dengan kekasih barunya. Anggap sahaja begini "Jika kau tak nak aku, bukan aku yang rugi, engaku yang akan rugi kehilangan orang macam aku" that is the best way. Syah pasti jika anda dipihak yang benar dan ikhlas, pasangan yang meninggalkan anda itu akan dapat merasakan kelainan apabila anda tiada lagi disisinya, kerana orang yang baru itu tidak akan sama dengan apa yang dia rasakan bila bersama anda dahulu. Dia akan merasakan kehilangan anda. Sebab itu banyak kes orang yg meninggalkan sesorang tu nak rujuk semula. Bagi Syah tak payah layan orang-orang macam ini. Nak merana tertongeng buat apa, sedih sedikit bolehlah. Dan yang penting anda harus tunjukkan kepada orang yang meninggalkan anda , bahawa anda mampu mengecap kebahagiaan dan berjaya tanpa dia disi anda. Hidup harus diteruskan atau Syah lebih suka menggunakan ayat "The Show Must Go On".
Apa-apapun Syah doakan agar anda dan pasangan anda semua tak kiralah suami isteri atau sedang dalam alam percintaan agar sentiasa bahagia, rukun dan aman damai dalam melayari kehidupan yang penuh pencaroba ini. All The Best Ya...................
Saturday, June 26, 2010
Monarki Iran Terakhir - 26.06.2010
Reza Shah Pahlawi
Mohamad Reza Shah dilahirkan pada 16 Oktober 1919 di Tehran Iran dari bondanya Tadj ol-Muluk. Baginda pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Fawiza binti Fuad (1941-1948) - Adinda Raja Mesir ketika itu, Soraya Esfandiary (1951 -1958) dan yang terakhir adalah Farah Diba (1959-1980). Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dengan lima orang cahayamata iaitu Shahnaz, Reza Cyrus, Farahnaz, Ali Reza dan Leila Pahlavi. Seperti ayahandanya, baginda juga mangkat semasa dalam buangan di Cairo, Mesir pada 27 Julai 1980 dan dikebumikan di Mesir.
Kembara Mahkota Johor - 26.06.2010
Objektif utama KMJ adalah untuk : -
- Mengeratkan hubungan Istana Johor dan Rakyat
- Membuat kerja amal dan kebajikan
- Meninjau pembangunan dengan lebih dekat
- Mendapatkan maklumat mengenai masalah, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat secara terus
- Sebagai langkah memprosi produk pelancungan di Negeri Johor
- 26.06.2010 Sabtu:- Daerah Johor Baharu (JB Central), Daerah Kulai Jaya (Kampung Pertanian),Daerah Kluang (Stesyen KTM Rengam-Dewan berhampiran stesyen Rengam, dan Stesyen KTMB Kluang - Jalan Station Dataran Persiaran Dato' Ismail Hassan dan Kem Mahkota Keluang)
- 27.06.2010 Ahad : - Daerah Kluang (KTMB Keluang), Daerah Segamat (Stesyen KTM Labis - Kampung Paya Merah, Labis, Stesyen KTMB Tenang - Pekan Tenang, Stesyen KTMB Segamat - Dataran Segamat & Kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat)
- 28.06.2010 Isnin :- Daerah Segamat (KTMB Segamat, Stesyen KTMB Gemas, Negeri Sembilan, Stesyen KTMB Bekok - Dewan serbaguna Bekok), Daerah Keluang - Stesyen Layang-layang, Pekan Layang-layang), Stesyen KTMB Johor Baharu (Stesyen Danga City Mall/JB Sentral)
Aksi Nomi dan Blackie - 26.06.2010
Khidmat Jualan, Pemasangan dan Service Penapis Air - 26.06.2010
- Wilson Liang di Talian 012-2998348.
Biarlah Nak Kata Apa - 26.06.2010
- Jika ada orang melabelkan kita sebagai EGO terpulanglah kerana itu hak mereka untuk mengeluarkan sebarang statement kerana itu mulut dia dan cuma doakan supaya dia sedar apa yang dia cakap asalkan jangan jadi "paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Awak Yang Lebih".
- Apa-apa juga kebaikan yang kita taburkan kepada orang lain, jangan sesekali put in our mind orang itu kena balas jasa dan budi baik kita. Jika itu ada dalam diri kita maknanya kita tidak ikhlas membantu orang. Anda semua kena ingat, jika kita buat baik dengan seseorang tak semestinya orang itu akan balas juga kebaikan kita tu, mungkin kebaikan tadi akan dibalas oleh orang lain. Insyallah jika kita membuat kebaikan, Kebaikan juga yang akan kita terima kerana Allah itu Maha Berkuasa. Syah percaya benda nie kerana Syah mengamalkannya - kita tolong orang dan jika orang tu tak tolong kita tak pe.......
- Sebelum kita mengeluarkan sebarang statement, lebih baik kita fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang "put your self into them and then you knew what is happening". Cuba bayangkan jika orang lain cakap kita macam itu apa perasaan anda. Jadi hati-hatilah dengan pertuturan kita melainkan anda memang hendak menyakitkan hati individu berkenaan atau ada dendam yang tersemat dihati untuk dibalas. Mungkin........... tapi berdendam tu adalah sifat yang tidak sihat.
THE SHOW MUST GO ON
Friday, June 25, 2010
Lunch & Dinner - 25.06.2010
Jus Mate 5 :- Berat - 25.06.2010
E-Mail dari Kawan - 25.06.2010
- Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......
- Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerjadengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…
- Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
- Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?
- Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
- Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.....
- Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
- Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.
- Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
- Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
- "Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
- Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" 10 x
Thursday, June 24, 2010
Water Purifier - 24.06.2010
Istana Monaco Istihar Pertunangan Prince Albert - 24.06.2010
Gambar terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Istana Monaco semalam selepas pertunangan pasangan DiRaja diumumkan secara rasmi
Wednesday, June 23, 2010
Souvenir Koala - 23.06.2010
Jus Mate 5 :- Pagi Nie - 23.06.2010
Tuesday, June 22, 2010
Azrin Accident - 22.06.2010
- Arip menunjukkan gambar kereta Azrin melalui h/phonenya.
- Beginilah keadaan kereta Azrin. Gambar kurang clear kerana diambil dari handphone
Perkhidmatan Bas SKS untuk TM Staff - 22.06.2010
- Dapat menjimatkan kos LRT Putra/monorail/bas Rapid KL untuk ke stesen baru Perhentian Hang Tuah (depan Pudu Jail)
- Menjimatkan masa, kerana laluan dari Menara TM ke Perhentian Hang Tuah mengambil masa sekurang-kurangnya satu (1) jam
- Selaras dengan inisiatif “Share-a-Ride” yang diperkenalkan menerusi kempen BumiKu (yang ini hanya staff TM sahaja yang tahu)
Keutamaan akan diberi kepada anggota yang mendaftar sahaj dan jika anda tidak mendaftar, anda hanya boleh menaiki bas sekiranya terdapat tempat kosong sahaja.
Bagi kakitangan TM, sila hubungi Ruslan Zakaria melalui emel di zruslan@tm.com.my atau telefon 013-3693626 sekiranya anda ingin mendaftarkan diri untuk perkhidmatan bas laluan khas ini. Perkhidmatan ini adalah untuk anggota-anggota TM di Menara TM, TM Annexe 1 dan 2 sahaja.
Monday, June 21, 2010
Tuanku Mizan menerima mengadap bekas Pesuruhjaya Tinggi Brunei - 21.06.2010
Office Lengang - 21.06.2010
Kunci Rumah Hilang - 21.06.2010
Sunday, June 20, 2010
Just Mate 5 : Target Syah - 20.06.2010
- CHALLENGE...........CHALLENGE.......CHALLENGE...........
Jus Mate 5 : Lunch Today - 20.06.2010
Balik KL - 19.06.2010
Jus Mate 5 : First Day Diet - 19.06.2010
Saturday, June 19, 2010
Tengku Indera Petra, Mantan Raja Muda Kelantan - 19.06.2010
- Dari Kiri ke Kanan :- Raja Muda Kelantan, Tengku Indera Petra bersama adindanya Tengku Yahaya Petra (Sultan Yahaya Petra) yang ketika itu menjadi Tengku Bendahara Kelantan.
Tengku Indera Petra dilahirkan pada tahun 1916 di Kota Baharu, Kelantan. Beliau merupakan Putera Sulung Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim. Bondanya adalah Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Zainab binti Tengku Ahmad Zainal Abidin. Apabila menjadi anak sulung lelaki seorang Sultan sudah tentu beliau merupakan pewaris pertama tahta kesultanan Kelantan. Selepas ayahandanya ditabalkan sebagai Sultan Kelantan, beliau pula telah dilantik sebagai Raja Muda Kelantan (sekarang gelaran itu dikenali sebagai Tengku Mahkota Kelantan) pada 25.10.1944. Tengku Indera Petra merupakan seorang yang mendapat pendidikan Barat dan agak sosial. Walau bagaimanapun apabila terjadi perbalahan diantara beliau dan ayahandanya, Sultan Ibrahim, Tengku Indera Petra terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pewaris tahta. Tengku Indera telah menulis surat perletakan jawatan pada 25.11.1947 sebagai Raja Muda Kelantan dan keturunannya tidak akan menuntut tahta dan menjadi raja. Sehubungan dengan itu Sultan Ibrahim melantik putera kedua baginda, Tengku Yahya Petra iaitu ayahanda Sultan Kelantan sekarang menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 01.02.1948 . Bonda Tengku Yahya adalah YM Che Puan Besar Che Embung binti Daud yang merupakan salah seorang isteri Sultan Ibrahim dan bukan anakanda Sultanah Zainab. Memang pernah terjadi didalam sejarah kesultanan Kelantan, Tengku Mahkota dilucutkan dari jawatannya dan diambil alih oleh Tengku Bendahara Kelantan sebagai Sultan Kelantan.
- Kiri ke kanan :- Sultan Ibrahim dan Sultan Yahaya Petra.
- Duduk dari kiri ke kanan :- YTM Tengku Ismail Petra (Sekarang Al-Sultan Kelantan), DYMM Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab, KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra, YAM Tengku Rohani
- Berdiri dari kiri ke kanan :- YAM Tengku Rozan, YAM Tengku Salawani dan YAM Tengku Marjan.
Friday, June 18, 2010
Kes Curang Meningkat Di Brunei - 18.06.2010
Thursday, June 17, 2010
7 Datuk & 3 JP DiTarik Darjah Kebesaran - 17.06.2010
- Senator Ahmad Rusli Ibrahim - Datuk Paduka
- Shokri Mohamed, bekas Pegawai Kewangan Negeri - Datuk Paduka
- Ismail Ghani, bekas Pegawai Jajahan Kota Baharu - Datuk Paduka
- Wan Hassan Wan Zin, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
- Mohd Raihan Datuk Seri Dr Eusuff Teh, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
- Tan Huat @ Tan Liang Chong, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
- Ibrahim Ab Kadir, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
- Yusri Che Noh, Kontraktor - Jaksa Pendamai (JP)
- Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, bekas Pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) - Jaksa Pendamai (JP)
- Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Tengku Ismail, Pegawai Bank - Jaksa Pendamai (JP)
keputusan menarik balik perlantikan dan penganugerahan ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Ai-Seri Alias setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Kota Darul Naim. Kesemua individu telah dimaklumkan melalui surat dan penarikan perlantikan dan penganugerahan ini berkuatkuasa antara 29.09.2010 dan 09.05.2010. Penarikan ini adalah hak Pemangku Raja Kelantan mengikut hemah dan budibicara baginda sebagai Pemanku Raja Kelantan yang mewakili Al-Sultan Kelantan.
Promosi Streamyx TM - 17.06.2010
Gambar ini adalah bagi aktiviti Buss & Woody Live - Meet and Greet Session. TM memberi anda peluang dan kesempatan untuk bergambar dengan watak-watak utama filem TOy Story 3. Selain daripada itu, diadakan juga program bergambar bersama Maskot Bluehyppo Streamyx dan and boleh download gambar berkenaan kedalam Bluehyppo Kidz Club Fun Page di facebook. Gambar yang paling kreatif akan mendapat hadiah. So anda semua........... luangkan lah masa anda dan keluarga mengunjungi promosi TM yang akan berakhir pada hari Ahad ini. Diantar program-program yang akan dijalankan pada hari ini hingga Sabtu adalah seperti berikut :-
- 11:00am - Blue Hyppo meet & greet session
- 12:00 noon - Buzz and Woody Live - meet & greet session
- 03:00pm - Blue Hyppo ,eet & greet session
- 04:00pm - Buzz & Woody Live - meet & greet session
- 05:00pm - TM happy family game
- 06:00pm - Buzz and Woody Live - meet and greet session
- 07:30pm - Buzz & Woody Live - meet and greet session.
Bawalah anak-anak dan keluarga bergembira bersama TM dimusim cuti sekolah ini sambil melanggan perkhidmatan Streamyx TM.
Azrinaz Dicerai Talak Satu - 17.06.2010
Dengan pengumaman ini telah menjawab segala teka-teki mengenai penceraian Sultan Brunei dan Azrinaz yang selama ini menjadi tandatanya kepada rakyat Brunei. Sehubungan dengan itu, segala gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada Azrinaz telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian. Walau bagaimanapun beliau tidak memaklumkan sebab-sebab penceraian dan hanya menyatakan ianya berlaku atas sebab-sebab khas tanpa memberitahu butiran lanjut. Azrinaz telah menjadi janda kepada Sultan Brunei dalam usia 30 tahun. Hasil perkahwinannya dengan Sultan Brunei, telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata.
Dengan penceraian ini, Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri buat masa ini iaitu Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Ini bukanlah kali pertama Sultan Brunei menceraikan isteri baginda kerana sebelum ini baginda menceraikan Mariam Abdul Aziz pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumahtangga dengannya. Dua tahun kemudian, pada 20 Ogos 2005 Rakyat Malaysia dan Brunei dikejutkan dengan berita perkahwinan Sultan Brunei dan Azrinaz. Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan baginda di Istana Sultan Brunei di Malaysia iaitu di Rumah Awang Alak Bertatar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebelum berkahwin Azrinaz merupakan seorang penyampai berita di TV3. Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei dalam usia 26 tahun manakala Sultan Brunei waktu itu berumur 59 tahun dengan perbezaan umur sebanyak 33 tahun.
Buat masa ini Sultan Brunei dikurniakan duabelas orang cahayamata dengan lima putera dan tujuh puteri dari tiga orang isteri baginda yang mana dua darinya telah diceraikan seperti berikut :-
Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha
- Puteri Rashidah (26.07.1969)
Puteri Muta-Wakkilah (12.10.1971)
Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah (17.02.1974)
Puteri Majeedah (16.03.1976)
Puteri Hafizah (12.03 1980)
Putera 'Abdul Malik (30.06.1983)
- Putera 'Abdul 'Azim (29.07.1982)
Puteri 'Azemah (26.09.1984)
Puteri Fadzillah (23.08.1985)
Putera 'Abdul Mateen (10.08.1991)
- Putera ‘Abdul Wakeel (01.06.2006)
Puteri Ameerah (28.01.2008)
Wednesday, June 16, 2010
Balik kerana World Cup - 16.06.2010
Zahea mengadap Raja Isteri - 16.06.2010
Tuesday, June 15, 2010
Dinner @ Pak Ya - 15.06.2010
Jadi Ahli Produk Kesihatan - 16.06.2010
Nasi Goreng Pagi Nie - 15.06.2010
Balai Polis Bergerak - 15.06.2010
Lirikhatiku - Jika Engkau Pergi
- Verse 1
ada saja yang tak kena
- Prechorus 1
- Chorus
- Verse 2
- Prechorus 2
- Ulang Chorus
- Bridge
- Solo/Music Break
- Ulang Chorusk