30.09.2011, Jumaat - Hari nie Syah solat Jumaat di Masjid Negara. Sampai jer Syah beli nenas dan kacang kuda rebus sebelum naik ke Masjid dan waktu tu sudah Azan. Sempat menjenguk ke kawasan pemakaman sedekahkan Alfatihah dan kemudiannya ke ruang solat semula. Friday, September 30, 2011
Sampai Awal Ke Rawang Hari Nie
30.09.2011, Jumaat - Hari nie Syah solat Jumaat di Masjid Negara. Sampai jer Syah beli nenas dan kacang kuda rebus sebelum naik ke Masjid dan waktu tu sudah Azan. Sempat menjenguk ke kawasan pemakaman sedekahkan Alfatihah dan kemudiannya ke ruang solat semula. Tuanku Mizan Tunaikan Solat Jumaat di Masjid Abidin
Public Transport Lengang dan Gotong Royong 5's
Thursday, September 29, 2011
Aktiviti Khamis Malam Jumaat
29.09.2011, Khamis - Sekarang jam 23:36hrs dan mata makin mengantuk sebab makan ubat selsema yang perlu dimakan pada waktu malam sahaja. Syah sampai bandar Rawang hampir jam 19:30hrs tetapi terlepas bas ke Rawang Residence Syah dan terpaksa tunggu satu jam lagi. Macam biasa Khamis malam Jumaat sampai jer ke Rawang Residence Syah akan turun di area Pasar Malam untuk beli apa-apa yang patut. Minggu nie tak diet sangat coz kena makan sebab ambil ubat. Dipasar malam tadi Syah tapaw Young Tau Foo dan Meehon Sup for dinner dan beli air tebu dan tahu yang diminum sambil jalan-jalan kat pasar malam. Sampai rumah Syah rehat kejap, mandi dan solat kemudiannya baru makan. Dinner malam nie Yong Tau Foo, Meehon Sup, Buah Pir dan Teh Herba dari Herbalife. Masa dipasar malam tadi beli VCD Thailand - Krai Thong. Beli sebab macam ada cerita raja-raja atau pahlawan jer. Bukan apa nak tengok prop yang mereka gunakan, macam best jer. Melawat Baby Girl Dek Nor
Presiden Vietnam dan Isteri Hadiri Majlis Santapan Negara di Istana Negara
My Boss Dik Nor Bersalin Dah
Kasut Baru
Wednesday, September 28, 2011
Princess Beatrice Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Gara-Gara Benang Tak Masuk Lubang Jarum
Tuanku Muhriz Saksikan Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Pembukan Kolej Universiti As-Sofa
Tuesday, September 27, 2011
Aktiviti hari Nie - MC
27.09.2011, Selasa - Salam semua apa khabar, maaf siang tadi tak dapat update blog kerana syah tak sihat dan MC hari nie. bangun pagi tadi rasa badan-badan lemah, tekak kering dan batuk, ada ulcer besar didalam pipi kiri kerana Syah tergigit bahagian tu dan kelenjar ketiak kanan Syah sakit. Kebetulan ada fisio hari nie dan Syah jumpa doktor sekali. Doktor inform tekak dan kerongkong Syah bengkak dan ada jangkitan kuman sebab tu badan Syah rasa lemah dan sakit-sakit macam nak demam. Kemudian Dr. Rasool bagi MC sehari. Lepas jumpa doktor, Syah buat terapi.Monday, September 26, 2011
Makan di Rumah Terbuka Lagi Tengahari Nie
Tuanku Mizan Rasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
26.09.2011, Isnin - Hari ini telah diadakan kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Xiii Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan merasmikannya pada pagi ini lebih kurang jam 10:30hrs. Kongrs dua hari ini yang bertemakan Pemancu Transformasi Ummah adalah julung kalinya dianjurkan dan diurus setiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Turut serta dalam majlis ini adalah Raja-Raja Melayu, TYT Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pihak JAKIM telah menjemput seramai 1000 orang tetamu yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, CEO Majlis Agama Islam Negeri, Ahli Akademik/ Ketua Jabatan IPTA/IPTS, Pengurus Pusat Zakat Negeri, Penasihat undang-Undang Negeri, Pemikir ekonomi / Kewangan, Ahli ekonomi/Penasihat Syariah Bank, Wakil SUK Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan, Wakil Jabatan Agama Islam Negeri, NGO Islam yang berkaitan, Agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Perundangan Sivil dan Syariah, Ketua Hakim Syar’ie, Guru Besar SMAN / SMAR/ SABK dan Jabatan Mufti Negeri.
Kongres ini sebenarnya bertujuan untuk membincangkan strategik dan peranan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk pembangunan ummah, Menjadi wada interaksi dan perkongsian pintar Majlis Agama Islam Negeri dalam membangun dan mengurus tadbir sosio ekonomi ummah dan meningkatkan peranan Majlis Agama Islam Negeri sebagai peneraju transformasi dan inovasi pembangunan Ummah. Fokus utamanya adalah untuk merangka strategi secara kolektif dalam menangani suasana globalisasi serta perkembangan teknologi maklumat oleh Majlis Islam Negeri-Negeri.
Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah juga akan menyampaikan Titah DiRaja bertajuk: Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah. Sementara tiga kertas kerja akan dibentangkan sepanjang kongres iaitu :-
Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Pendidikan Ummah oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Ismail bin Haji Ibrahim; Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM bersama YBhg. Prof. Dato’ Mohd. Yusof bin Haji Othman; Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM.
Peranan Majlis Agama Islam Negeri dalam Membangun Sosio Ekonomi Ummah oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Muhamad Ali bin Hashim, YBhg. Dato Mustafa bin Abdul Rahman, YBhg. Dato’ Nik Mustapha Nik Hassan; Ketua Pengarah IKIM dan YBhg. Dr. Abd Malik bin Awang Kechil; Ketua Pengarah YAPEIM.
Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah oleh YBhg. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman; Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara dan YBhg. Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa; Timbalan Pengarah Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara.
Idea untuk mengadakan kongres ini sebenarnya datang dari Tan Sri Dr. Mohd Yusof bin Md. Nor, Pengerusi LEPAI dalam Mesyuarat LEPAI kali ke-36 pada 03 Mei 2010. Beliau mahukan agar diadakan satu konvensyen untuk melihat fungsi dan peranan Majlis Agama Islam di Malaysia diperkasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan ummah seiring dengan peredaran masa serta menjawab isu yang timbul kebelakangan tentang peranan Majlis Agama Islam Negeri khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan perundangan. Untuk tujuan ini, beliau telah mengadakan sembah maklum ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-224 pada 14 Jun 2011 untuk mendapatkan perkenan DYMM Raja-Raja.
Nota :- Gambar diambil dari Bernama - Maklumat diambil daripada Sidang Akhbar Kongres berkenaan.
Sunday, September 25, 2011
Syah @ Majlis Open House Yayasan TM
Hajat Raja Ahmad Nasir Memasuki Istana Iskandariah Tidak Kesampaian
25.09.2011, Ahad - Hari ini Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar gempar kerana menerima tetamu yang tidak diundang. Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi bersama anak dan isteri serta pengikutnya telah datang ke Kuala Kangsar dan ingin memasuki Istana Iskandariah kira-kira jam 10:00hrs pagi tadi. Walau bagaimanapun hajat Raja Ahmad Nasir dan rombongan tidak kesampaian kerana Istana berkenaan dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Beliau dan rombongan kemudiannya kelihatan meninggalkan kawasan Istana dengan menaiki sebuah van dengan nombor pendaftaran ABY 423. Raja Ahmad Nasir yang datang dari Gunung Rapat, Ipoh mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Perak dan tampil untuk menuntut haknya. Raja Ahmad Nasir adalah dari keturunan Raja Kulop Mohamad yang merupakan kekanda (abang) kepada Paduka Seri Sultan Idris Murshidul ‘azam Shah I atau Marhum Rahmatullah, Sultan Perak ke-28 yang memerintah diantara tahun 1887-1916.
Ke Muzium Telekom Pagi Nie
Tuanku Mizan Rasmikan Pertunjukan Kuda Kebangsaan 1 Malaysia 2011
Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah bersama Tan Sri Zulkifli di Majlis perasmian Pertunjukan Kuda Kebangsaan 1 Malaysia 2011. - Gambar dari Utussan Malaysia.Saturday, September 24, 2011
Sup Tahu Lembut
24.09.2011, Sabtu - Untuk dinner malam nie Syah masak Sup Tahu Lembut. Syah beli Tahu Lembut atau Soft Tofu nie kat pasar Rawang tadi. Syah campurkan Cendawan, Brocoli, Tomato dan Halia. Lepas masak Syah solat Maghrib dulu kemudian baru makan. Syah makan sup nie sahaja macam tu tak makan dengan nasi. Bila nak makan terasa ada kekurang sesuatuuuu............. Opssss lupa masukkan fish ball. Tu lah Syah pelupa jer kerjanya. Tak perlah fish ball yang beli tadi tu boleh masak hari lain. Anda semua makan apa malam nie........... Jemput Makan Semua.Secara Ringkas Mengenai Tengku Abdul Halim, Anakanda Sulung Bekas Sultan Terengganu
24.09.2011, Sabtu - Ini adalah gambar perkahwinan Almarhum Tengku Abdul Halim bin Tengku Ali yang merupakan Putera Sulung kepada Almarhum Tengku Ali ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Bekas Sultan Terengganu yang telah diistiharkan turun dari Tahta Terengganu pada pada hari Ahad 16 Disember 1945. Tengku Abdul Halim merupakan anak kepada isteri pertama Tengku Ali, Che Fatimah. Tengku Abdul Halim mangkat pada tahun 1995 telah dikurniakan dengan sembilan orang cahayamata iaitu Tengku Sulaiman, Tengku Sallehuddin, Tengku Alila, Tengku Isha, Tengku Aahmad Kamal, Tengku Nor Afiah, Tengku Zaharah, Tengku Mazila dan Tengku Roslina.Festival Hang Tuah di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka
24.09.2011, Sabtu - Bermula semalam selama tiga hari berturut-turut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri Melaka mengadakan Festival Hang Tuah bertempat Muzium Istana Kesulatanan Melayu Melaka, Bandar Hilir Melaka. Festival ini adalah julung kali diadakan seumpamanya di Melaka sebagai satu produk untuk menarik pelancong ke Melaka sebagai sebuah negeri yang bersejarah. Diantara aktiviti festival ini adalah pameran panglima Melayu terbilang, tayangan filem Hang Tuah , demonstrasi pandai besi pembuatan senjata Melayu, gerak jurus barongan, pembuatan setanjak, mandi minyak, mandi keris, mandi bunga, mandi limau, demonstrasi gerak silat dan demonstrasi persilatan oleh tiga kumpulan persilatan utama. Nama Hang Tuah digunakan sebagai menghargai jasa dan ketokohan Laksamana Hang Tuah sebagai seorang pahlawan Melayu yang berwibawa serta bertindak sebagai duta kerajaan di dalam menjalin hubungan dua hala diantara kerajaan Melayu Melaka dan kepimpinan antarabangsa pada zaman kegemilangan Melaka. Beli Keperluan Dapur @ Pasar Rawang
24.09.2011, Sabtu - Malam tadi Syah sampai Rawang Residence hampir jam 22:00hrs dan dari pekan Rawang, Syah naik teksi. Sampai rumah rehat sebentar dan kemudiannya solat. Syah baring-baring dan sedar-sedar jer bangun subuh tadi. Ingatkan lepas solat nak basuh pakaian tetapi serbuk pencuci sudah habis. Jam 08:00hrs Syah tunggu bas ke Pekan Rawang beli keperluan dapur di Pasar Rawang bersama-sama nyonya-nyonya sekitar taman di Rawang Residence Syah. Biasalah kalau hari cuti begini pagi penuh dengan nyonya-nyonya gi pasar dan petang skit plak penuh dengan warga Bangladish dan Nepal terutamanya hari Ahad. Memang depa yang concer bas nie. Biasalah sekali-sekala outing sian diorang bagilah chance kan? Nielah masa mereka nak berhibur dan membeli keperluan dapur. Hendsome gak ada sesetengah nya tu ....patutlah ada anak-anak dara kita ada yang terpikat kat Bangla atau Nepal nie hingga ke jinjang pelamin.Friday, September 23, 2011
Salam Semua
Thursday, September 22, 2011
Nasi Ayam for Dinner
22.09.2011, Khamis - Malam nie tiba awal jam 20:00hrs @ Rawang Residence coz naik komuter. Sampai jer tak balik rumah tetapi singah ke pasar malam dahulu. Syah mamam Nasi Ayam pasar malam dinner nie. ingatnak makan sate tadi tetapi tak jual plak malam nie, young tau foo pun sama tak ada malam nie....cuti raya lagi kot tokenya tue? Syah juga beli kuaci putih 7 bungkus RM2.00/pack. Nasi Ayam tu RM4.00. Syah juga beli buah anggor sekilo RM6.00. Ok Makan Semua .................Temankan My Buddy KY Lunch
Tok Ayah - Orang Besar 16
Semalam Lambat Giler Hari Nie Terlebih Cepat Plak
Wednesday, September 21, 2011
Bas Tarak Woooo Pagi Nie
Tuesday, September 20, 2011
GHCM Open House
20.09.2011, Selasa - Shukur Alhamdulillah Everything berjalan lancar untuk Majlis Rumah Terbuka Group Human Capital Management yang diadakan di Dewan Rumpun Jati, Pusat Latihan Telekom Malaysia atau lebih dikenali sebagai TMTC, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pagi tadi Syah ke office sekejap untuk ambil duit petty cash nak buat payment bagi Assessment Center. Sebelum ke TMTC Syah singgah ke Central Market coz nak set rambut tetapi rupa-rupanya kedai tu dah tutup dan tanya guard mana ada saloon dan katanya dekat Bangkok Bank ada dan akhirnya jumpa juga kedai tu betul-betul dekat tempat Syah selalu tunggu bas coz sebelum nie tak perasan pun. Cuci dan Set rambut RM15. Tu gambar atas sekali tu masa di Saloon.
Dari CM Syah ambil LRT ke Damai dan dari Damai Syah ambil teksi ke TMTC dan kena caj RM3.70. Sampai jer Syah ke Assessment Center untuk uruskan bayaran Petty Cash dan selepas tu Syah ke Rumpun Jati untuk uruskan kaunter makanan Division Syah. Masa Syah datang barang-barang kami telah disusun. Ini adalah member-member satu Division bersama Big Boss kami Dr Zainal Abu Zarin dan Secretarynya Azlina yang berbaju pink itew. Disebelah Azlina adalah Kak Rose, Fad, Syah, Saiful dan Abang Zul. My Boss Dik Nor dan our Big Boss En Moin tak ada dalam gambar nie manakala seorang lagi Abg Talib MC baru lepas admit Ampang Puteri.
Main juadah hari nie Nasi Lemak, Lontong, Nasi Impit, Lemang, Rendang Ayam dan Daging manakala minuman Teh dan Teh O Panas serta mineral water. Setiap Division diminta membawa juadah sendiri secara potluck dan ada kuih miuh, biskut, kek, puding-puding, tapai pulut, kerepek, coklat, bubur-bubur, rojak buah serta buah-buahan. Meriah siap ada games dan tukar-tukar hadiah.
Beginilah keadaan Dewan Rumpun Jati dan diatas pentas tu disediakan bantal-bantal kecil atas karpet untuk yang ingin makan bersila manakala disebelah kirinya ada pentas untuk persembahan hiburan dari warga GHCM. We all punya counter bawa coklat dan gula-gula. Abang Zul tukan beli barang-barang tu dan kami tong-tong duit RM9.70 setiap seorang. Dengar-dengarnya sepatutnya ada video presentation tetapi mc lupa nak inform dan majlis telah dimulakan. Penat jer dengarnya orang yang buat slide tu sampai jam empat pagi baru siap. Hehehe dah tak rezeki kami nak tengok, tak per dan sabar jer lah yer.Tukar Baju Melayu ................ Ada Hikmahnya
Monday, September 19, 2011
Tuanku Mizan di Wisma Pertahanan
19.09.2011, Isnin - Hari ini Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenaan mencemar duli menghadiri Majlis Meraikan Anggota Cedera & Balu Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-78 dan Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Angkatan Tentera Sempenasambutan Hari Raya Aidilfitri. majlis diadakan di Wisma Pertahanan, jalan Semarak, Kuala Lumpur. Turut mengiringi Baginda adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.Shaving dan Mandi
19.09.2011, Isnin - Selepas Maghrib tadi Syah keluar ikut pintu belakang ke kedai gunting rambut dan minta Puttu cukur Syah. Ialah bagi kemas sket misai dan gotee tu sebab esok ada function rumah terbuka Hari Raya Group Human Capital Management. Kena caj RM5.00 dan sempat tanya Puttu dia boleh tak gunting rambut layer dan spike, katanya boleh. Tengoklah macam mana nak try gak sekali sekala coz cajnya RM8.00 jer compare to RM35.00 di KL Sentral tetapi jangan sampai berkala-kala dah lah yer?.............. Kalau cukur atau gunting dikedai Mamak /Indian biasanya dia akan senamkan tengkok kita sampai berdetup bunyinya tetapi Syah akan inform mereka Syah tak mau buat benda tu. Memang tak suka dari dolu-dolu lagi. Sampai jer Rawang Residence Syah terus mandi dan kemudiannya solat Insyak. Sekarang jam 21:33hrs dan Syah sedang mentenet sambil menonton ASTRO cerita Hantu Susu. Kena tidur awal nampak gayanya malam nie supaya nampak fresh esok................ heheheheh.Tengku Mahkota Kelantan Menghadiri Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
19.09.2011, Isnin - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan pada hari ini. Tengku Mahkota Kelantan juga merupakan Tuanku Pro Canselor UMK telah berkenaan menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi seperti gambar dari Bernama diatas. Turut serta dalam istiadat ini adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Datuk Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Lunch @ Bandar Rawang
19.09.2011, Isnin - Jam 11:00hrs tadi Syah ke Bandar Rawang untuk lunch. Ingatkan hendak ke KL tetapi fikir semula buat membazir waktu dan duit jer, so Syah lunch kat Lambaian Seafood yang terletak bersebelahan Rawang KTM. Syah makan nasi campur lauk Asam Pedas Ikan Tak Tau namanya, Bayam Masak Air, Cincalok, Kacang Botol dan Telur Masin serta Milo Panas dan cajnya RM7.30. Lepas makan Syah terus ke bas stand untuk balik semula ke Rawang Residence dan sebelum tu Syah beli besi untuk penyangkut frame. Kat bas stand tadi beli buah nenas dan betik dan baru sat tadi jam 16:30hrs habis makan fruits tue. Pagi Isnin dan Sesi Photography Selfservice
Sunday, September 18, 2011
Dinner Malam Nie
18.09.2011, Ahad - Nielah Santapan Malam Syah hari nie, Mee Sua Tomyam, Soya Bean, Cucur Bilis dan Mangga. Nampak banyakkan dan Naz, member Facebook tanya habis ker tue ??? dan Syah cakap licin dah. Sepatutnya tak elok makan malam nie tetapi lapar sangat coz tak lunch dan breakfast cuma ambil herbalife jer tadi dan petang tadi Syah buat Wholemil Tuna Sandwich. Hari nie Syah tak kemanapun dan berehat dirumah jer........... Tak Boring Pong..... Suka adalah. HehehehheTuanku Ibrahim Hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Pasir Gudang
18.09.2011, Ahad - Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Pasir Gudang. Majlis diadakan di Dewan Perbandaran Pasir Gudang. Keberangkatan tiba Baginda Sultan disambut oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang sendiri iaitu YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin dan Isteri. Turut memeriahkan majlis adalah Raja Rock Malaysia, Amy Search. Dianggarkan seramai 10,000 orang telah menghadiri majlis ini dan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan melihat Tuanku Sultan Ibrahim dari dekat.Rumah Terbuka Najib di Pekan, Pahang
18.09.2011, Ahad - Hari ini Perdana Menteri yang amat kita sayangi YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Pekan Pahang. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah diantaranya nasi beryani, ketupat dan lemang. PM juga dilihat membantu menggoreng keropok lekor untuk hidangan tetamu pada rumah terbuka ini. Dianggarkan lebih 50,000 hadirin hadir dimajlis yang dianjurkan oleh Anak Bugis ini termasukkan tetamu kehormat iaitu Sultan dan Sultanah Pahang. Datuk Seri Najib dan isteri juga sempat melihat sumbangan kelengkapan bakal haji kawasan Parlimen Pekan dalam majlis ini. Appointment Full Semalam dan Makan Free Siang Malam
My Ex Boss KZ - Dia sempat kenalkan Syah kepada beberapa orang tetamu "Inilah Secretary Saya di TM dan satu-satunya Secretary Jantan pada masa tu" Heheheeh lawaklah En Kamarul nie. By the way dialah satu-satunya Bos yang jadi sahabat Syah - Seriouse tetapi open minded dan pernahlah bergaduh besar dengan dia depan public tetapi macam yang Syah kata dia open minded dan terima bila kita minta maaf. Susahkan nak dapat Boss macam tu. Semenjak dia keluar TM Syah tukar profession dan tak jadi Secretary lagi.
Dr Abdul Rauf Kamarul Zaman dan Pasangannya Dr Farah Aliaa Mohd Ali. Masa Syah jadi secretary kepada Ayahnya dia nie masih bersekolah lagi. En Kamarul selalu berulang-alik ke Bandung melawat anaknya dan Syah selalu menyakat dia dan kata "Boleh tak biarkan budak tu berdikiri sendiri" Tetapikan........ sebagai seorang bapa yang Mithali itu adalah tanggungjawab dia bagi memastikan anak-anaknya dalam keadaan sempurna. Itulah En Kamarul sebenarnya........
Friday, September 16, 2011
Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nenek Askanah



