30.12.2011, Jumaat - Malam tadi Syah tak dapat update blog kerana talian telefon dan internet di Rawang Residence tidak berfungsi. Pagi tadi Syah baru buat report ke 100 dan iannya akan ditangani dalam masa 24jam kata mereka. Diofficepun tak sempat nak update apa-apa sebab hari nie last date submission for Journal - Akru. Memang sibuk giler.......... Heheheh....... ok lah kalau internet ok di Rawang Residence Syah update blog malam nanti dan kalau beberapa hari ini blog tidak berupdate maknanya tak ada access ke internet.
Sebelum mengundur diri, Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog tengkusyah.blogspot.com. Syah amat berterima kasih dan menghargai atas segala sokongan anda selama ini terhadap tengkusyah.blogspot.com. Tanpa anda semua siapalah tengkusyah.blogspot.com. Terima Kasih Semua.................. Syah Sayanggggggggggg anda semua.
Gambar Syah pagi tadi dalam Komuter ke KL Sentral. Lately member office semuanya tegur yang Syah sudah semakin tembam dan hari nie jer dua kali makan nasi. Heheheh .............. Insyallah mulai 01 January 2011 nanti nak start diet dan bersenam setakat yang boleh kerana tak boleh buat senaman yang berat-berat kerana masalah Osteoarthritis Syah atas nasihat doktor.













Kenyataan YAM Tunku Ismail sebelum berangkat mengerjakan umrah :-



15.12.2011, Khamis - Tahukah anda siapakah gerangan individu dalam foto ini dan apa kaitannya dengan makam dibawah. Ini adalah Yang Teramat Mulia Tunku Sarina dan Suaminya Yang Mulia Tunku Abdul Karim bin Tunku Thaiuddin Haji. Tunku Sarina merupakan puteri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Muta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong hanya mempunyai seorang anak perempuan tunggal iaitu Tunku Panglima Besar Kedah YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz hasil daripada perkongsian hidup baginda dengan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah. Perkahwinan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajjah Haminah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. 




