Monday, November 30, 2009

Terperangkap Dalam Kereta - 30.11.2009

Masa di Pekan Rawang tadi Syah hairan mengapa orang ramai berkumpul kat kereta ini. Rupa-rupanya anak kakak yang berbaju merah itu terperangkap dalam kereta. Katanya anaknya tertekan punat pintu dan dia tak reti macam mana nak buka semula.


Berkali-kali ibunya menunjukkan isyarat untuk membuka kereta tetapi anaknya tak tahu nak buat apa. Walau bagaimanapun Syah lihat kakak nie taklah panik sangat. Tiba-tiba datang Apek yang berbaju putih tu jadi Mc Giver mengumpil bahagian tepi kereta dan akhirnya pintu terbuka. Semua orang bertepuk tangan.

Syabas....itulah namanya semangat 1 Malaysia tak kira bangsa tolong menolong antara satu sama lain. Anak kakak tu umur dalam 2 atau 3 tahun. So pada semua hati-hati lah bila baca cerita ini dan jadikan sebagai ikhtibar dan kalau boleh jangan tinggalkan anak dalam kereta. Untung terperangkap dalam kereta kalau kereta dilarikan...menangis tak berlagu jawapnya.

Penat & Tensi - 30.11.2009

Hari ini sakit perut tak hilang lagi. 23, 4 kali ke tandas. Jam 11:00 Syah ke Rumah Sewa di Country Homes sebab nak uruskan tutup main hole dan paip yang rosak kerana new tenant nak masuk dah. Sakit-sakitpun terpaksa pergi.

Dari Rumah Rawang Syah naik bas untuk ke Pekan Rawang. Tambang RM1.oo jer.

Dari Pekan Rawang naik bas metro ke Country Homes. Tambang RM1.30.

Singgah kedai hard ware - Cluck Hardware Sdn Bhd beli tutup main hole. RM60.00, 18 x 24 inci. Mak datuk beratnya. Syah minta mereka bungkus kerana Syah jalan kaki. Berpeluh-peluh dibuatnya mengangkat besi tu.

Inilah rumah sewa Syah di Country Homes, Rawang. Sewa RM400.00 sebulan. Deposit sewa 2 bulan manakala deposit api/air RM200.00.

Inilah rupanya Main hole tu. Syah letak dalam rumah takut kena curi lagi. Bila new tenant datang baru letak luar.
Inilah main hole yang telah terlubang dicuri oleh orang.

Lori sampah datang Syah minta mereka ambil surat khabar lama dan selipar buruk peningalan previouse tenant. Syah terjumpa iklan plumber Top Form Waterproofing Specialist & Construction, kata anytime services . call no tu berjam-jam tunggu tak datang. Syah batalkan tapi customer service mereka kata tak boleh batal dan minta call plumber sendiri. Tensionnya Syah call 2 kali tak jawap. Lantak lah terus tutup pintu balik ke Pekan Rawang.
Makan KFC kat Rawang. Semuanya sayuran coz tak boleh makan makanan keras. Lepas tu Syah beli paip untuk rumah sewa Syah - RM17.00. Tauke kedai bagi no phone plumber dan Syah tanya berapa upah, katanya RM30-40.00. Tak payahlah mahal sangat.

Masa di KFC nampak couple nie isi borang cari kerja. Kemudian mereka naik ke tingkat atas untu ditemuduga. Mula-mula perempuan tu jer nak minta kerja, lepas tu Syah lihat lelaki tupun isi borang juga.Selamat berjaya dik.

Perut sakit lagi, so Syah ke Polikelinik Rawang jumpa doktor. Dalam masa yang sama Syah call Yanto (indonesian) untuk betulkan paip dan dia kata ok. Abang Bob tak boleh pakai lambat dan ada sahaja alasanya. Katanya jam 07:00pm dia datang.
Naik bas ke Country Homes semula. Bas penuh penumnpang dan Syah kena berdiri. Alamak dahlah tak sihat. Tak per lah.

2 orang budak indian nie duduk kat kerusi sebelah Syah berdiri dan Mak dia minta abangnya pangku adiknya dan suruh Syah duduk. Thanks. Shukur alhamdulilah. Syah lihat abangnya selalu menyakat adiknya. Happynya mereka. Yang lelaki tu ada terpijak kaki Syah dan dia kata Maaf. Berbudi bahasa budak nie.

Tak sampai jam 07:00pn Yanto datang. 06:30pm tak silap Syah. Paip yang Syah beli tadi tak sesuai katanya dan dia pergi beli yang baru. RM20.00 dan upah pasang RM15.00. Yanto juga buat house renovation. Sesiapa nak perkhidmatannya boleh cal beliau di talian 012 348 7065.

Setelah selesai Syah balik ke Pekan Rawang naik bas metro semula.

Sampai di pekan rawang dah malam. Sakit peru tak hilang lagi. Penat, tension semua ada. So Syah ambil keputusan balik naik teksi jer. RM10.00 tambang. Shukur Alhamdullilah Selesai kerja kecuali pintu pagar. tu kemudian boleh uruskan yang penting dalam rumah seattled.

Balik Rawang - 29.11.2009

Hari ini balik Rawang. Tapi Syah ada masalah sedikt. Terkena piles dan Syah minta Mamat Hantar ke Kelinik Reddy, Sabak Bernam dan sebelum itu Syah minta Mamat hantar Fana, anak Kak Ngah Normah ke Hospital kerana tangannya bengkak tetiba. Dr kata tak ada apa-apa bukan patah, mungkin elegic kot.
Jam 3:oopm Syah, Mamat dan Siti bertolak balik keRawang selepas salam Ejon dan Kak Ngah Normah. On the way balik sempat singgah ke rumah Ayahanda jumpa parents to say goodbye. Dari rumah Ayahanda Syah ke Tanah perkuburan untuk melawat makam nenekanda-nenda dan bonda saudara.

Macam biasalah jalan Jammed. Tapi Mamat dapat cari jalan pintas so taklah lama sangat stranderd kat jalanraya.
Sampai rumah Kak Long Zainab lihat dia dan hubbynya sibuk menebang dahan pokok rambutan. Dia sempat bagi Mamat bawa balik Shah Alam, Syah tak mau sebab tak berapa suka.

Lepas tu dia suruh Syah dan Mamat pilih baju masing-masing yang di tolong basuhkan hari tu.

Lebih kurang 45 minit dirumah Kak Long Zainb Syah bertolak ke Rawang. Sampai rawang kesian pula lihat Mamat naik motor bawa rambutan dan Gf dia sekali. So Syah minta dia hantar barang dulu guna kereta Syah dan balik semula ke Rawang ambil motor. Malam nie pula kena diarrhea. Aduha sakit piles lagi diarrhea lagi. Lepas Mamat datang ambil motor Syah makan ubat lama untuk sakit perut yang Syah simpan.

Sunday, November 29, 2009

Kucing Ejon - 29.11.2009

Ini adalah kucing-kucing Ejon kat Sabak Bernam. Ejon nie memang semenjak dari muda lagi suka bela kucing. Memang banyak kucing kat rumah nie. Kira fanatiklah dia nie dengan kucing. Kadangkala dia boleh bercakap dengan kucing tu dan kucing tu pulak macam faham apa yang dia cakap. Hemmmmm.............................

Kucing-kucing nie ada nama sendiri. Kiri sekali Mickey - Jantan, Micca - Betina dan Mitche - jantan. Actually Micca nie mak dia orang tau. Micca tu baru jer beranak lagi ada disorokkan nya dalam bilik Haziq. Ini anak baru Micca ada 2 ekor. Disorokkan nya ditempat yang kita tak boleh nak ambil anaknya dalam bilik Haziq. Kononlah tue.................. tapi kalau nak ambil boleh jer. Syah masukkan cam dalam tempat dia sorokkan anaknya. Bukan artis jer tau sorok anak, kucing pun sama juga. Tak tahulah siapa ikut resmi siapa. Manusia ikut cara haiwan atau haiwan ikut cara manusia. heheheheh jangan marah...nanti kena jual.....

Yang ini pula namanya comot. Baru tersesat kat rumah Ejaon sebulan yang lepas. Tak tahu siapa punya kucing tu. Dia datang rumah dan tak mahu pergi-pergi. Tak tahulah samada kucing orang atau orang buang.

Kuih Teow Goreng - 29.11.2009

Pada pagi ini Kak Ngah Normah buat Kuih Teow Goreng for breakfast. Bahan-bahan yang digunakan seperti berikut :- 1 bungkus kuih teow, tauge, kobis, carrot, daun kuchai, kerang, ikan bilis, bawang putih, bawng merah, cili kisar, sos tiram dan kicap mee.


Cara menyediakanya - tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan masukkan cili kisar, tumis hingga garing. Masukkan sos tiram & kicap. Masukkan kerang & ikan bilis. masukkan sayuran tadi. Masukkan kuih teow dan Goreng hingga masak. Akhir sekali masukkan daun kuchai, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan. Makan panas-panas baru sedap.

My Nephew - 29.11.2009

Ini adalah anak saudara Syah yang masih kecil. Sebenarnya ada seorang lagi Ku Cik tiada kerana balik Terengganu untuk berhara raya disana. Dengar khabar dari Ejon, Kak Lang Norlela inform Ku Chik jatuh pokok semasa di Terengganu dan tulang tangannya retak.

Farhana dan Shafiqa adalah anak Kak Ngah Normah, bapanya orang Kelantan manakala Ajim yang tidak pakai baju itu anak Abdul Razak. ibunya dari Sabah. Ada lagi anak saudara tapi dah besar iaitu Mamat dan Hafiz, anak Kak Long Zainab dan Haziq anak Kak Ngah Normah. Anak Kak Engah nie banyak sebab ada 2 bapa. 3 orang lagi bersama bekas bapa mertuanya. Nakal... Biasalah budak-budak kan tapi Tuhan sahaja yang tahu.

Saturday, November 28, 2009

Kek Coklat kukus - 28.11.2009

Semalam anak saudara Syah, Haziq buat kek coklat kukus. Sedap juga rasanya. sempat tanya resepi dia. Bahan-bahannya :- 3 cawan tepung gandum,1 ketul buttercup,1 cawan serbuk koko,1 cawan gula,4 biji telur,1 kotak air dutch lady perisa coklat( kotak kecil) dan 1 sudu kecil soda carbonete.
Caranya - cairkan buttercup terlebih dahulu dengan api yg sederhana - asingkan A, pukul telur, gula dan soda carbonete sehingga kembang - Asingkan B, gaulkan tepung gandum dan serbuk koko - AsingkanC. Ambil bahan B dan masukan air dutch lady dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan A dan C berselang seli kedalam bancuhan B tadi. Kacau hingga sebati. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 40 - 45 minit atau sehingga masak.

Untuk topping pula, cairkan 1 sudu planta dan coklat masakan hingga bahan tadi menjadi likat. Gunakan kaedah seperti diatas iaitu mencairkan coklat tadi didalam bekas yang direndan dalam air panas diatas dapur.
Sapukan topping tadi keatas kek anda. Boleh juga ditaburkan chocolate rice dan badam sebagai hiasan.

Inilah hasilnya Kek Coklat Kukus Haziq

Cucur Ikan Bilis - 28.11.2009

Dulu masa kecil Ejon selalu buat Cucur Ikan Bilis atau biasanya kita orang panggil roti bawang. Malam nie tak makan so Syah buatlah Cucur Bilis ini. Masa ini Syah ngan Ejon sahaja ada dirumah kerana yang lain keluar jalan-jalan ke Sungai Besar.

Senang jer nak buat kuih nie. Bahan-Bahannya Bawang merah dihiris, ikan bilis, telur, tepung gandum, garam, cili kisar dan air . Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan masukkan daun sup jika suka.Kacau adunan tadi hingga sebati. Panaskan minyak dan masukkan adunan tu sejemput-sejemput guna tangan, nak guna sudupun boleh tapi lambatlah. Masak hingga warnanya menjadi keemas-emasan.


Inilah hasilnya Cucur Ikan Bilis atau biasanya family Syah panggil cucur bawang. Kuih ini hendaklah dimakan masa panas-panas dan dicicah dengan cili/tomato sos jika suka. Telur digunakan dalam adunan ini untuk melembutkannya bila digoreng jika tiada telur adunan ini rasa kenyal bila dimakan.

daging Korban Lagi - 28.11.2009

Petang tadi Ayahanda call minta datang mengambil daging korban. Ada orang buat korban diarea rumahnya. Dah jam 06:00pm baru Syah kerumahnya kerana tunggu Mamat sedang tido. .Haji Seman yang hantar pada Ayahanda.
Sampai jer kerumah Ayahanda hari sudah hujan. Bonda datang bukakan pintu pagar tapi tak boleh buka. Dia kata my Sis terbalikkan kunci. Dia tak reti nak buka. Hehehehheh.
Syah minta Mamat bukakan kunci tu. Lepas tu Bonda serahkan daging korban dan agar-agar pada Kak Ngah Normah.
Ayahanda minta buang sampah nie kerana katanya bawah rumah tempat sampah nie disimpan ada ular tadi. Panjang warna hampir-hampir coklat.
Syah minta Mamat dan Haziq buang sampah tu ditempat pembuangan sampah MDSB. Lepas tu kitaorang balik rumah. Haziq potong daging tadi dan Ejon celurnya untuk masak esok. Malam nie budak-buda semua keluaar tinggal Syah ngan Ejon dirumah.

Bye Ajim dan Demam Campak- 28.11.2009

Tepat jam 03:00pm Razak, Rahimah dan Ajim balik ke Bangi. Semakin sunyi rumah Ejon Nie. Esok Syah pula berangkat pulang ke Rawang. Have a safe journey semua. Muga sampai ke lokasi yang dituju dengan selamat.
Siah Ajim kerana tengah demam campak dia tu. Kalau tengok betul-betul nampak kesan-kesan campak tu dimuka dia. Tidur malam selalu tergaja kerana gatal badan-badannya. Balik hari tu ayahnya ambil daun semambu daripada emak Segar (kawan dia) untuk ubat campak.

Caranya tumbuk dau semambu itu hingga lumat dan campurkan dengan bedak sejuk. Campuran tadi hendaklah disapu ke seluruh badan. Tapi Rahimah tambah sedikit bahan dalam sapuan ini iaitu kunyit. Mungkin style Sabahan kot.

Lunch - 28.11.2009

Hari ini Kak Ngah Normah masak ala-ala kampung untuk lunch. Sebentar lagi Razak & family nak balik Bangi. Menu hari ini Pajeri Terung, Sambal Tumis Sotong, Telur Asin, Petai dan Kari Daging - daging Korban yang kita dapat semalam.
Makan ramai-ramai macam ini memang best. Dari kiri Mamat, Baby (Siti), Haziq, Ika, Rahimah, Ajim, Kak Ngah dan Fana. Sambil makan sambil sembang-sembang. Ini tak cukup korum sebenarnya coz tak balik semua kalau ada siap gossip lagik. huahuahua.

Open House Cum B'day - 27.11.2009

Malam nie Kak Ngah Normah, Mamat dan Baby keluar jalan-jalan. Kul 11:00pm Mamat call Syah inform nak gi open house tak rumah kawan Kak Ngah. Makan free lagi nih.... So Syah kata ok dan Mamat datang ambil Syah.
Inilah rumah kawan Kak Ngah tu. Dia buat majlis sambutan hari raya aidiladha dan ulangtahun kelahiran anaknya Mohd Afiq Kamaruddin. Rumahnya di No. 1 , Jalan Pegawai, Sabak Bernam, Selangor berhanpiran Sabak Bernam Rest House dan Istana Hinggap.

Dari kiri Mamat, Baby, Haziq dan Kak Ngah Normah dan yang pakai baju biru tetamu di majlis tu.
Syah datang dah lewat actually majlis bermula jam 08:30pm dengan takbir raya dan tahlil. Birthday celebration pula jam 10:30pm. Jamuan makan dari pukul 09:00pm hinggan jam 12:00pm. So tak sempatlah nak merakamkan majlis tahlill dan birthday tu.

Sebagai hiburan untuk tetamu, tuan rumah mengadakan sessi karaoke bersama tetamu. Meriah juga orang kampung Syah nie berkaraoke. Makcik ini nyanyi lagu dangdut tau. Anak dia yang pakai baju biru kat meja Kak Ngah tadi tu.

Kail Ikan - 27.11.2009

Sepertimana semua maklum sekarang nie musim hujan, so kampung Syahpun tak terlepas dari fenomena nie. Hujan hari-hari tapi tak lah sampai ke tahap banjir. Shukur alhamdulillah. Bila hujan maknanya paritpun penuh dengan air, apa lagi kalau dikampung bila ada air adalah ikannya.
Anak saudara Syah Mamat dan Cousin Syah Razak mengambil kesempatan ini untuk memancing ikan. Ikan kat kampung nie ikan haruan dan sepat. Tapi mereka dapat semuanya ikan haruan.
Razak sedang memasang umpan untuk mengail ikan menggunakan cacing. Hasil hari ini sebanyak empat ekor ikan haruan tapi Razak lepaskan semula sebab tak sapa makanpun ikan tu.
Kak Ngah Normah, anak-anaknya Fana dan Eka beserta Bonda Saudara Syah Ejon sedang berehat diluar rumah sambil memerhatikan Razak mengail ikan.

Razak memancing kat depan rumah kitaorang jer. Ada parit dan parit nie kalau tak musim hujan memang kering. masa ini hujan renyai-renyai.