Thursday, June 30, 2011
Balik Rawang Naik Komuter
Tuanku Mizan Kurniakan Darjah JSM Kepada Norman KRU
Pagi Khamis
Harta Karun DiJumpai Dalam Stor Istana Hanuman Dhoka
Wednesday, June 29, 2011
Melawat Nadia di Ampang Puteri
Tuesday, June 28, 2011
Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Pemangku Raja Perak Rasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Tapah
Hampeh ..............Pagi-Pagi Lagi Dah Kena Pau, Hehehehe
Monday, June 27, 2011
Mizi Datang KL Residence
Tuanku Nur Zahirah Melawat Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah
Tuanku Nur Zahirah dan Toh Puan Norkiah melawat Yayasan Tuanku Nur Zahirah - Gambar dari Bernama Jualan Lelong Pakaian Mendiang Princess Diana di Toranto
£510,00: Designed by Victor Edelstein.
£216,00: Designed by Catherine Walker. Lilac wild silk gown with bolero jacket was designed for Diana's State Tour of India in 1992
£159,000: Designed by Catherine Walker. Cream silk crepe. Worn for Mario Testino Vanity Fair shoot
£121,000: Designed by Catherine Walker Grey silk crepe with pearls. Also worn for Vanity Fair shoot
£70,000: Designed by Zandra Rhodes An Edwardian-style silk chiffon evening dress with glass beads
£83,000: Designed by Catherine Walker Turquoise sequinned dress. Worn on 1993 visit to Vienna
£108,000: Designed by Catherine Walker Nautical-style navy silk. Often worn on Royal Yacht Britannia
£89,000: Designed by Catherine Walker Silk and velvet tartan. Worn to 1991 ball for the Royal Marsden
£134,000: Designed by Catherine Walker red velvet dress with tailcoat. Worn on 1992 state visit to Korea
£89,000: Designed by Catherine Walker Low back crushed red velvet. Worn to 1985 film première
£115,000: Designed by Catherine Walker One-sleeved gown ivory satin. Worn on visit to Brazil in 1991
£134,000: Designed by Catherine Walker Halter-neck black silk. Worn at Versailles in 1994
£102,000: Designed by Bruce Oldfield Dramatic black velvet. Worn to Les Misérables première in 1985
27.06.2011, Isnin - Pakaian yang digayakan oleh Mendiang Princess Diana,Princess of Wales ini telah pakai oleh Mendiang sewatu menari dengan John Travolta di White House dalam satu majlis yang dihoskan oleh Presiden Ronald Reagan pada tahun 1985. Ini merupakan lawatan rasmi negara pertama mendiang dan Suaminya Prince Charles ke Amerika. Dengan memakai Dress ciptaan Victor Edelstein ini dan menari dengan Bintang terkenal Saturday Nite Fever telah menaikkan nama Diana buat pertama kalinya sebagai Ikon Fesyen Dunia Global. Sejajar dengan keistemewaan dan sejarah yang dimiliki oleh Gaun Malam ini, pada 23.06.2011 lepas iannya telah dijual dengan harga paling tinggi iaitu 510,000.00 pound dalam satu majlis lelongan bersama-sama 14 pakaian Princess Diana dalam satu Majlis Lelongan di Toronto's Design Exchange.
Maureen Rorech Dunkel Pemilik Gaun sebelum iniResipi Nasi Goreng Ejon
27.06.2011, Isnin - Semalam untuk breakfast Syah bikin nasi goreng. Nasi goreng bias jer tetapi Syah namakan Nasi Goreng Ejon sebab Bonda Saudara Syah Bonda Maizon selalu buat nasi goreng nie masa Syah kecil dan remaja dahulu. Selain daripada Almarhum Nenda Ahmad Al-Haj dan Almarhumah Maharum Al-Hajjah yang membela dan membesarkan Syah, Bonda Ejon juga bersama-sama membesar dan menjaga Syah di Kampung. Syah membesar dengan anak-anak Bonda Ejon sekali. Bagi Syah memang sedap nasi goreng nie, tetapi bila balik kampung sekarang nie Bonda Ejon dah tak masak lagi kerana sudah tua dan tugas tu diambil oleh anak perempuannya Kak Ngah Normah yang tinggal bersama Ejon sekarang ini. Nasi goreng nie simple sahaja dan menggunakan bahan-bahan yang mudah kita dapati didapur. Sesuai untuk orang bujang atau keluarga yang ramai dan kesuntukan masa untuk menghidangkan menu yang berat-berat. Jom Syah nak kongsi bersama dengan anda resipi nasi goreng nie .............jom
Bahan-bahannya muda jer anda kena ada :-Ikan Bilis, Cili Api, Kacang Panjang, Bawang Putih & Merah, Telur Ayam, Garam, Aji No Moto, Minyak Masak dan mestlah Nasi Putih. Kalau tak ada kacang panjang anda boleh gunakan kobis dan kalau tak hendak letakkan sayuranpun tak mengapa ikut kesukaan anda. Kalau anda tak ada ikan bilis boleh juga gunakan lebihan ikan goreng yang tak habis kita makan tetapi kena berhati-hati kerana anda terpaksa buangkan dahulu tulangnya dan ambil isinya sahaja.
Penyediaan :-
Bawang Merah dan Putih dimayang, Bersihkan Cili Api serta Ikan Bilis dan ketepikan, Kacang Panjang dipotong kecil-kecil. Tumbuk Cili Api sehingga lumat. Syah akan tumbuk lumat cili tu dan hancurkan bijinya sekali tetapi terpulang kepada anda kerana ada yang suka ditumbuk begitu sahaja dan nampak bijinya kerana kerja senang sket. Tapi hati-hati tumbuk cili api kerana jika tersilap langkah bijinya akan masuk kedalam mata dan boleh tahan jugalah sedapnya rasa pedas tu kat mata......... Nangis gua cakap lu............. heheheh. Setelah tumbuk Cili Api tu hingga lumat masukan bawang dan ikan bilis dan tumbuk sekali bersama-sama cili api tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan sekali nanti bertarabur bahan-bahan tu dan susah nak tumbuk. Bawang dan ikan bilis tu janganlah tumbuk sampai lumat yer agak-agak jer bagi hancur sedikit.
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga garing. Masukkan Nasi Putih dan kacau hingga bahan-bahan tadi sebati dan mesra dengan nasi tadi. Cakap pasal nasi nie seelok-eloknya gunakan nasi yang telah ditanak (masak) awal. Contohnya kalau nak buat breakfast, tanak nasi pada sebelah malamnya dan terpulang kepada anda nak letakkannya diluar atau masukkan dalam peti sejuk. Zaman dulu biasanya orang buat nasi goreng nie jika ada lebihan nasi makan malam yang tak habis. Tetapi sekarang orang makan nasi goreng tak kira waktu sebab zaman dah berubahkan. Kalau kita ke Kelantan/Terengganu pagi-pagi buta lagi mereka jual satay tapi kalau kat KL Malam jer yer, tulah lain tempat lain caranya.
Kacau rata nasi tadi dan buat lubang diengah-tengah kuali macam lubang gunung berapi tu. Masukkan telur ayam, terpulang nak masukkan telur terus dalam kuali atau anda boleh pecahkan dulu dalam mangkuk dan pukul telur tu. Biarkan seketika dan kacau telur tadi hingga pekat dan gaulkan dengan nasi tadi. Mula-mula nasi akan nampak berlendir kerana digaul dengan telur tu tetapi terus kacau hingga telur tu masak dan iannya akan kering. Jangan risau yer. Bila telur dan nasi yang bergaul tadi tu dah masak dan nampak kering, taburkan Garam dan Aji No Moto ikut citarasa anda. Tak mahu letak Ajipun tak apa. Gaul hingga garam dan aji tu mesra dengan nasi dan masukkan Kacang Panjang tadai dan gaul seketika dan padamkan api. Kalau letak kobis biasanya Syah masukkan awal selepas kita menumis tadi.
Syah suka letakkan garam kemudian daripada masukkan semasa menumis kerana dengan cara ini kita boleh pastikan garam secukupnya untuk nasi kita dan kalau terkurang boleh tambah lagi. Kalau dimasukkan masa menumis tadi, jika terlebih garam hemmm susahlah melainkan jika kita ada nasi extra untuk hilangkan masinnya kalau tak terpaksalah cakap kat tetamu atau family kita "Nasi ni termasi Sket Ya" kan???????????. Bila sudah masak hidangkan ikut citarasa kita sendiri. Macam pagi semalam Syah buat Telur Mata Separuh Masak untuk Arepiz manakala untuk Muss, Cd dan Syah Telur Dadar. Tujuan Syah letak kacang panjang tu supaya ada sayuran dalamnya dan bila kita makan kacang tadi akan rasa rangup dalam mulut kita bila mengunyah. Kadangkala Syah juga suka gaulkan Kacang Goreng dan Ikan Bilis Goreng dalam Nasi Goreng nie. Bak kata orang ikut kesesuai apa yang kita suka. By the way Nasi Goreng nie lebih sedap jika ianya dibuat pedas sedikit.
Nasi goreng nie boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja tak mengira waktu sebagai breakfast, lunch atau dinner. Kalau nak sedap lagi untuk lunch dan dinner anda boleh buat paprik ayam/daging/seafood ataupun ayam goreng berempah untuk dimakan bersama-sama nasi goreng nie. Tak payah nak ke gerai tomyam kerana boleh DIY sendiri. Makan kat luar memanglah menjimatkan masa dan tenaga tetapi dari segi kebersihannya kita sendiri tak boleh nak diramalkan? Kadangkala kat luar restoran canggih tapi kat dalam dapurnya menyedihkan ....yang ado....... tapi tak semua kedai lah macam tu. Kalau rasa kedai tu bersih on jer kalau tak cari tempat lain bak kata orang dahulu kala "Tepuk Dada Tanya Selera". Kalau masak sendiri lagi bagus, Selamat Mencuba Nasi Goreng Ejon.
Sunday, June 26, 2011
Makan-Makan DiRumah Ayu
26.06.201, Ahad - Balik dari melawat Fikri di HUKM kami terus ke Rumah Ayu di Pandan Indah kerana dia buat makan-makan. Masa sampai Kak Long Fadhilah dan Kak Ngah Faziah dan Mas serta keluarga masing-masing telah ada. Memang perutpun sedang lapar masa tu bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Macam-Macam ada, Nasi Putih, Ikan Goreng, Sambal Belacan, Sayur, Kari Ayam, Telur Dadar, Mee Goreng, Tembikai, Kacang Goreng dan Coklat serta lain-lain makanan. Selepas Maghhrib kami semua balik ke rumah masing-masing. Thanx Ayu ............... Memang best makan tadi. Sekarang jam 20:50hrs dan Syah nak mandi jap dan lepas tu tidur coz esok nak kerja. Cuti hujung minggu kali nie penuh dengan pelbagai aktiviti..................... Syah, Muss dan Cd Melawat Fikri di HUKM
26.06.2011, Ahad - Petang tadi Syah melawat Fikri, Adik Azrin yang kemalangan awal pagi tadi di area Sungai Besi. Sampai HUKM approx 16:30hrs dan hujan lebat giler serta Syah call Azrin dan macam biasa Arip yang angkat. Arip inform Syah Fikri ada di Wad 5H. Fuhhhhhh........... berpusing-pusing jalannya dan akhirnya sampai juga Syah, Muss dan Cd. Masa Syah sampai Syah nampak Azura di katil sebelah Fikri. Rupa-rupanya pagi tadi Fikri yang bawa motor dan Azura (Kakak Iparnya) membonceng. Syah lihat tangan Azura melecet teruk dan kesan luka tu berair. Ingatkan dia ditahan diwad yang sama, itu yang Syah heran tu tetapi katanya dia out patient dan baring kat katil kosong seblah Fikri tu. Masa tu ada anak dia Amsyar, suaminya Firdaus, dan tiga orang kawan Fikri termasuk salah seorangnya GF Fikri.
Syah tanya macam mana kejadian tu berlaku pada Azura. Menurut Azura pagi tadi mereka ke Downtown Cheras. Masa pergi tu Asura, Amsyar dan Fikri satu motor manakala Mak Cik dan Firdaus naik motor yang lain. Mereka tak naik kereta kerana tak ramai yang pergi. Apabila balik anaknya Amsyar ikut motor Makcik dan Firdaus manakala Fikri bawa Azura. Sampai satu kawasan landai tiba-tiba motor mereka hilang kawalan. Kedua-dua mereka terjatuh diatas jalanraya. Fikri, Azura dan motor motor mereka tertiarap atas jalan. Asura cuma luka-luka dibahagian tangannya mungkin terseret diatas jalan raya.
Walau bagaimanapun Fikri cedera agak teruk tetapi boleh bangun selepas kemalangan tu kata Azura. Menurut doktor dagu Fikri Patah dan Rangnya Retak, Bahagian bibirnya terpaksa dijahit kerana tersagat diatas jalan raya dan terdapt kesan lubang disebelah dalamn bibirnya manakala empat batang gigi Fikri Patah. Rabu ini akan diadakan operation meletkkan plate didagu Fikri. Syah lihat kedua-dua tangannya dan lutut kanan Fikri luka. Fikri boleh bercakap tetapi pertuturannya tak berapa jelas kerana tak boleh gerakkan sangat rahangnya. Makanpun kena makan makanan yang lembut dan menggunakan straw.
Nasib baik waktu balik Amsyar tak naik motor dengan Asyura dan Fikri, jika tidak tak tahulah apa akan terjadi. Itulah takdir yang ditentukan oleh Allah SWT, kalau perkara dah nak jadi iannya tetap akan berlaku juga. Walau bagaimanapun Shukur Alhamdulillah semuannya selamat. Menurut Azura tayar depan motor yang mereka naiki tu bocor dan motor tu motor baru. Masa kejadian berlaku mereka bawa motor perlahan dan untung kenderaan tak banyak kalau tak tak tahu apa akan jadi. Masa kemalangan Firdaus, Mak Cik dan Amsyar berada dihadapan dan mereka tak perasaan kejadia nie sehingga Azura call suaminya dan mereka berpatah balik ke tempat kejadian. Syah doakan agar Fikri dan Azura cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka..Fikri Kemalangan
Tuanku Mizan Rasmikan Kelab Kuda Lasak Al-Khamsa
Raja Muda Perlis Berjumpa Pelajar-Pelajar Perlis di Bandung
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan kepada p0elajar-pelajar Perlis di Bandung - Gambar dari BernamaBuat Nasi Goreng Ejon Untuk Sarapan
Arepiz @ Ruang Tamu KL Residence
jam 12:00hrs tadi Arepiz kata nak balik dan Syah minta Cd hantarkan Arepiz ke LRT Station Melati. Arepiz kata tak apa coz dia boleh jalan kaki sahaja tetapi Syah kata tak apa kita orang hantarkan. Ssampai LRT Station Arepiz salam kami dan Syah tanya terus balik Klang ker, tetapi katanya nak jumpa kawan dulu di KLCC lepas tu baru balik ke Klang. Take Care Arepiz................... jika ada kelapang datanglah lagi yek lepak sama-sama.Aktiviti Petang Sabtu Bersama Arepiz
26.06.2011, Ahad - Semalam Syah dan Arepiz keluar dari Rawang Residence jam 13:50hrs dan tunggu bas di bas stop kerana nak naik bas jam 14:00hrs tetapi bas lambat 10 minit. Shukur alhamdulilah bas yang rosak pagi tadi tu boleh berjalan semuala kalau tak alamat naik teksi jer lah dan kosnya RM30.00 sebab panggil teksi masuk. Dari Pekan Rawqang ke Residence Syah RM10.00 jer dan kalau naik teksi sapu yang lepas hantar pelanggan mereka cuma caj RM1 jer untuk ke Pekan Rawang. Saturday, June 25, 2011
Tuanku Mizan Hadiri Majlis Santapan Menjunjung Kasih Kerajaan Negeri Pulau Pinang
KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong bergambar bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Isteri sebelum Majlis Santapan Malam Bermula - Gambar dari Bernama.Arefiz @ Rawang Residence
25.06.2011, Sabtu - Malam tadi member Syah Arepiz datang dari Klang dengan menaiki Komuter dan Syah minta dia ke Rawang Residence naik teksi jer kerana bas sudah habis. Masa tu Syah dengan Arip dalam perjalanan ke Rawang naik bas melalui Highway kerana naik bas SJ dan bukan Metro. Syah suruh Arip naik bas tu sebab bawa banyak barang banyak iaitu bunga untuk function dia hari nie dan esok. Kalau naik Metro bus tempat duduknya sempit. Ingatkan hendak minta tolong Arip fetch Arepiz kat KTM Rawang tetapi ada masalah kerana kena minta kebenaran Azrin dulu dan bila Azrin sampai macam ada yang tak kena dan sempat dengar dia cakap dengan Arip lain kali jangan naik bas yang lalu highway kerana jalan ke highway tu jem dan masalah dia nak fetch kami. So tak perlulah Syah minta tolong kerana keadaan tak mengizinkan - angin sepoi-sepoi bahasa nanti silap-silap jadi Taufan plak. Heheheh lawaknye..............Kereta Baru Hafiz Beli Cash
Friday, June 24, 2011
Pakej Perkahwinan Issyaz Wedding Enterprise
Kepada anda semua yang ingin melangsungkan perkahwinan, kami di Issyaz Wedding Enterprise amat berbesar hati menawarkan promosi untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia anda seperti berikut :-
Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer dan Kek Pengantin hanya dengan kadar harga RM19,500.00.
Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Cup Cake secara Percuma.
Perkhidmatan Issyaz Wedding Enterprise merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja. Rebutlah Peluang ini untuk merealisasikan Impian Raja Sehari Anda Menjadi Satu Kenyataan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di No.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.
Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang berikut :-
http://www.issyazwedding.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/Issyaz-Wedding-Enterprise/108592945882897?ref=ts&sk=wall
Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise
Tuanku Mizan Solat Jumaat Di Masjid Negeri Pulau Pinang
Thursday, June 23, 2011
Celebrate Belated Birthday Dinner Wif My Lill Sis Intan
23.06.2011, Khamis - Hari nie happy sangat dapat dinner with my Lil Sis Intan. Actually dah lama Intan nak jumpa Syah dan belanja makan untuk birthday Syah pada 24 April lepas. Baru hari nie dapat jumpa dia. Petang tadi Syah buat appointment dengan Intan kerana kebetulan Azrin hendak ke Selayang. Selepas urussan Arip selesai kami bertolak ke Selayang Mall sebab Intan kata nak makan di Penang Express. Hampir jam 20:00hrs Syah inform Intan dan Hubbynya Am datang ke Selayang Mall. Kami order air dahulu sementara menunggu Intan dan Am datang. Tak lama selepas tu merekapun sampai. Rupa-rupanya Intan puasa dan dah berbuka kat rumah dia tadi.
Masa menunggu tu Azrin dan Arip order Kaya Butter Toast Bread satu set RM1.80. malam nie My Sister makkan Chicken Chop RM13.90 dan Ice Bandung Cincau RM5.20, Am - Nasi Lemak Penang RM 9.90 dan Ice Lemon Tea RM4.50, Syah Fish and Chip RM13.90 dan Ice Lemon Tea RM4.50, Azrin Penang Express Combination RM12.90 dan Lychee Fizzy Float RN6.80 dan Orange, Apple & Sour Plum RM7.90 manakala Arip Penang Char Koay Teow RM8.90 dan Lychee Fizzy Float RM6.80. Semuannya termasuk service tax RM102.25. Disebabkan lama Syah tangguh nak jumpa Intan, Syah inform Intan biar Syah sahaja yang belanja.
Inilah dia hadiah birthday daripada My Sis Intan. Beg sandang Bonia. Thanx Sis. Sambil makan kami bersembang dan Ayahanda call dan bercakap dengan Intan, Syah dan Azrin. Hampir jam 21:30hrs kamipun beredar. Waiter dan waitress kat sini berbangsa asing dan masa Syah salin senarai makanan dan harga salah seorang pelayan wanita tanya Syah buat apa. Syah inform ambil senarai makanan yang diorder untuk masukkan dalam blog dan ia mengangguk sahaja. Selepas salam dan cium Intan dan Salam Am, kamipun beredar balik ke Rawang.


