Monday, May 18, 2015

Sultan Perak Sempurnakan Istiadat Menutup Kerja sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXV (ke-35)

Click gambar untuk Imej yang lebih besar
17 May 2015, Ahad :-

Tengahari semalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah menyempurnakan Istiadat Menutup Kerja sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXV (ke-35) di Istana Iskandariah. Dalam titah Baginda, Tuanku Sultan Nazrin memaklumkan segala kerja berkaitan istiadat pertabalan Baginda telah selamat disempurnakan. Baginda juga turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan acara-acara yang telah dijadualkan sepanjang istiadat pertabalan berlangsung.

Baginda juga amat menghargai kehadiran rakyat jelata yang menyambut keberangkatan baginda disetiap lokasi yang diziarahi serta disetiap majlis yang diadakan. Baginda mengangapnya sebagai satu hadiah yang paling berharga bagi Baginda dan Raja Permaisuri.

Titah Baginda lagi, menziarah makam adalah sebahagian daripada istiadat yang telah diamalkan turun-temurun oleh Sultan yang baharu ditabalkan dan pengalaman itu telah menginsafkan baginda kepada tiga perkara. :-
  1. Darjat dan jawatan di dunia adalah sementara sifatnya, setiap insan akan dikembalikan kepada asal usul kejadiannya oleh ALLAH yang Maha Pencipta, dari tanah kita dicipta kepada tanah kita kembali.
  2. Setiap seorang Sultan terdahulu telah berjasa dan masing-masing mencipta sejarah pemerintahan. Oleh itu, Sultan yang terkemudian tidak wajar bersifat membesar diri, membelakangi mereka, tetapi wajib mengambil pengajaran dari pengalaman Sultan terdahulu untuk dijadikan pedoman.
  3. Keinsafan pengalaman menjejakkan kaki di Beting Beras Basah dan pengalaman menziarahi makam-makam telah mengimbaas kembali tentang susah payah sultan Perak terdahulu untuk mengasaskan sebuah negeri dan pemerintahan dengan kemudahan yang sangat terbatas.
Titah Baginda lagi, adalah menjadi tanggungjawab besar baginda untuk memberikan payung naungan pemerintahan yang dapat menyatukan rakyat yang berbilang agama, berbilang kaum, berbilang budaya dari pelbagai latar belakang sosial, ekonomi, politik dan usia agar terus kekal bersatu, hidup dalam harmoni dan saling bekerjasama memakmurkan negeri Perak. Baginda turut menzahirkan kesyukuran di atas pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman melawat makam dan menjejakkan kaki di Beting Beras Basah.

Diantara Titah Baginda :-

  • "Hari ini selesailah segala acara istiadat pertabalan. Beta menzahirkan penghargaan kepada Paduka Ayahanda Raja Muda dan Paduka bonda Raja Puan Besar serta kepada Paduka kakanda Raja Di-Hilir dan Raja Puan Muda yang telah bersama mempamerkan semangat bersama untuk memulihara kedaulatan takhta Kerajaan Perak Darul Ridzuan".
  • "Penghargaan turut dizahirkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kepada Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah memberikan pimpinan berkesan kepada ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Orang Besar Negeri dan kakitangan kerajaan menguruskan pelbagai acara".
  • "Kepada setiap ahli jawatankuasa dan kepada setiap pihak yang terlibat Beta menzahirkan ucapan terima kasih".
  • Semangat kerjasama dan kesatuan matlamat ini hendaklah diterapkan sebagai budaya kerja untuk memajukan negeri Perak Darul Ridzuan.
  • Sebarang kekurangan, sebarang kecacatan adalah sebahagian daripada sifat semula jadi kelemahan insan untuk membuktikan bahawa hanya Allah SWT yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan".


Sumber : Bernama / Perak Today

    Sunday, May 17, 2015

    Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-72



    Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 

    Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

    Raja Bagi Negeri Perlis dan Seluruh Jajahan Takluknya

    Sempena

    Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-72
    17 May 2015 bersamaan 28 Rejab 1436

    Dirgahayu Tuanku
    Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku


    Sembah Takzim Daripada


    Maharum Bugis Syah

    Friday, May 15, 2015

    Istiadat Mencecah Kaki ke Beting Beras Basah Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV


    15 May 2015, Jumaat :-

    Sebagai menyempurnakan Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35), Istiadat Mencecah Kaki ke Beting Beras Basah telah dijalankan pagi semalam 14 May 2015 di Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak. Beting Beras Basah merupakan kawasan lubuk pusar yang ada ketikanya timbul dan ada ketikannya tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan bewarna putih seluas padang bola. Adalah menjadi perkara wajib bagi setiap Sultan Perak menziarahi Beting Beras Basah setelah sempurna ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi Jajahan Takluk Negeri Perak Darul Ridzuan 

    Beting Beras Basah merupakan kawasan dimana Bahtera Raja Muzaffar (Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah) dikatakan  dilanda ribut taufan dan ombak besar lalu tersangkut di beting ini  ketika pertama kali memasuki Negeri Perak setelah dijemput oleh Pembesar Perak untuk dirajakan sebagai Paduka Seri Sultan Perak 1 pada 1528. Baginda terpaksa membuang segala peralatan didalam bahtera beginda kecuali alat kebesaran diraja bagi memudahkan bahtera Baginda bergerak. 

    Menurut cerita, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut dan Baginda mematuhi arahana berkenaan. Setelah itu ribut taufan dan ombak besar berhenti lalu baginda berseru :-

    Selilit Tanah Minangkabau,
    Selengkung Pulau Perca,
    Dilengkung ular Saktimuna,
    Sebenarnya Aku keturunan Raja,
    Jauhkan segala malapetaka,
    Perpisahan Aku di Selat Melaka....

    Setelah selesai baginda berseru, barulah bahtera baginda bergerak ke tebing dan disambut oleh rakyat Perak yang diketuai oleh Tun Saban. Ada juga yang menyatakan, Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.  Didasar tasik juga dikatakan ada sebuah kerajaan yang diperintah oleh tujuh Jin. Kawasan ini juga dipercayai sebagai tempat pawang/bomoh memenjarakan mahluk ghaib yang jahat dari zaman dahulu hingga sekarang. Kawasan ini juga dikatakan pusat mahluk ghaib seluruh dunia serta perkampungan orang Bunian. wallahualam bissawab.

     Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
      
      Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
      Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
      Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
      Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
    Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

    Berbalik kepada Istiadat Mencenah Kaki ke Beting Beras Basah yang berlangsung semalam, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan rombongan diraja berangkat tiba ke Jeti Bagan Datoh lebih kurang jam 06:45hrs dan disambut rakyat jelata yang telah menunggu keberangkatan Baginda seawal jam 06:00hrs. Bacaan doa dan selawat diadakan sebelum Baginda berangkat ke Beting Beras Basah menaiki bot amphibian milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Keberangkatan baginda diiringi oleh beberapa buah bot yang membawa anggota keselamatan, perubatan dan petugas media.

    Diantara yang mengiringi Baginda adalah Menteri Besar Perak Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir,  Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr Afifi Al-Akiti, Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik dan Raja Cik Muda Pawang Diraja Raja Rosli Raja Mohamad. Hadir sama adalah Anggota Parlimen Bagan Datoh yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi.

    Baginda tiba di Beting Beras Basah sekitar jam 07:20hrs. Baginda kemudiannya mencelupkan kaki dan membasahkan muka Baginda di Beting Beras Basah sebagai tanda Baginda telah selamat sampai ke Beting Beras Basah. Doa dibacakan oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr Afifi Al-Akiti diikuti seru “Daulat Tuanku” sebanyak 3 kali.

    Setelah Istiadat Mencecah Kaki ke Beting Beras Basah disempurnakan, Baginda dan rombongan berangkat pulang ke Jeti Beting Beras Basah dan berkenan mencemar duli menjamu selera bersama rakyat di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh.

    Sumber : Abdullah Jumain Abu Samah (UKM)/Mohd Ariffin Dahlan (Pak Engku)/Jabatan Penerangan Malaysia / Bernama

    Wednesday, May 13, 2015

    Sultan Perak dan Raja Permaisuri Menaiki Balai Gambang Sempena Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak

    Click gambar untuk Imej yang lebih besar

    13 May 2015, Rabu :-

    Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) diteruskan lagi hari ini dimana DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak menziarahi lima makam Sultan Perak di sepanjang Sungai Perak dari Pasir Salak ke Teluk Intan. Bagi ziarah kali ini Baginda dan rombongan menaiki Balai Gambang yang dinamakan Cempaka Sari. Baginda dan rombongan Diraja berangkat tiba di perkarangan Jeti Pasir Salak lebih kurang jam 09:30hrs disambut dengan paluan kompang, selawat dan bacaan doa.

    Click gambar untuk Imej yang lebih besar
    Click gambar untuk Imej yang lebih besar
    Click gambar untuk Imej yang lebih besar
    Click gambar untuk Imej yang lebih besar


    Balai Gambang merupakan sejenis rakit besar atau bot berhias dibina khas sempena Istiadat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35). Iannya masih mengekalkan reka bentuk dan hiasan tradisi Melayu Perak seperti yang pernah digunakan semasa pertabalan Sultan Azlah Shah. Balai Gambang dikendalikan oleh Jurumudi khas daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak. Mereka adalah anak beranak dimana si ayah mempunyai pengalaman mengemudkan Balai Gambang ketika pertabalan Sultan Azlan Shah.

    Balai Gambang ini berukuran 12.2 meter panjang dan 6.1 meter lebar dengan berat 4.5 tan dan boleh membawa 10 hingga 15 penumpang pada satu-satu masa. Balai Gambang digerakkan oleh tiga buah enjin sangkut yang masing-masing berkuasa kuda 150 sentimeter padu (cc). Bahan-bahan yang digunakan bagi pembinaan Balai Gambang ini terdiri daripada gentian kaca yang lebih ringan dan kuat serta menggunakan kayu dan besi untuk mendapatkan struktur yang lebih kukuh.Balai Gambang kali ini dibina agak kecil dari kebiasaannya kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak tidak bersemayam atau beradu didalam Balai Gambang ini. 

    Balai Gambang Cempaka Sari dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak dengan kerjasama Institut Teknologi Kejuruteraan Marin Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIMET) di Lumut . Seramai 35 anggota JKR dan 13 tenaga pakar dan pelajar UniKL terlibat dalam pembinaan Balai Gambang ini. Kerja-kerja pembinaan dilakukan di Litar Datuk Sagor bermula Januari 2015.

    Balai Gambang mula diperkenalkan sewaktu pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak ke-15, Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain dimana iannya digunakan sewaktu Baginda berpindah dari Pulau Cempaka Sari ke Pulau Indera Sakti di daerah Perak Tengah sekitar tahun 1754.  Walau bagaimanapun Balai Gambang digunakan sebagai alat kelengkapan khusus untuk Istiadat Pertabalan hanya pada tahun 1754 sewaktu pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Shah atau Marhum Muda.

    Pada ketika itu, Balai Gambang diperbuat daripada buluh kuning atau buluh gading sehinggalah pada tahun 1963 ketika pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Ke-33, Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah, kayu dan besi digunakan bagi menggantikan buluh untuk mendapatkan binaan yang lebih teguh dan kemas. 

    Sumber :- Fairul / Perak Today / Jabatan Penerangan Malaysia / mynewshub.cc / Bernama

    Sunday, May 10, 2015

    Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Menziarahi 10 Makam Hari Ini Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar

    10 May 2015, Ahad :-

    Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) diteruskan lagi pagi tadi dimana DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak menziarahi Makam Sultan Perak ke-24 Paduka Seri Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah (Marhum Nabi Allah) yang memerintah 1865-1871. Makam Almarhum terletak di Gedong Siam, Sayong.

    Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah mangkat pada 1871 dan istiadat permakaman tidak dapat dijalankan kerana Raja Muda Raja Abdullah tidak mahu berangkat menziarahi jenazah serta mengetuai pengelolaan istiadat kemangkatan itu. Keadaan ini menyebabkan istiadat permakaman tergendala selama empat puluh hari. Jenazah Sultan tidak boleh dimakamkan selagi pengganti Sultan tidak dilantik.

    Keadaan ini berlaku kerana pada ketika itu Tengku Menteri Ngah Ibrahim, pemerintah daerah Larut sedang berselisih faham dengan Raja Muda Raja Abdullah. Tengku Menteri Ngah Ibrahim merupakan seorang yang kaya-raya dan mempunyai pengaruh kuat ke atas ramai orang besar-besar Perak menyebabkan Raja Muda Raja Abdullah tidak berani berangkat ke istiadat permakaman berkenaan. 

    Selain daripada sebab diatas, Raja Muda Raja Abdullah tidak berani mudik ke Sayong kerana takut akan dibunuh oleh orang-orang Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah yang bersemayam di Senggang. Raja Yusuf tidak menyukai Raja Muda Raja Abdullah kerana mengikut cerita, Raja Muda Raja Abdullah telah berseliseh faham dengan isterinya Raja Tipah yang kemudiannya dilarikan ke Selengor oleh Raja Daud bersepupu dengan Raja Mahdi dari Selangor. Raja Tipah adalah adinda perempuan kepada Raja Yusuf. 

    Akhirnya, orang besar-besar Perak berkumpul di Sayong dan mengambil keputusan memakamkan jenazah Almarhum di Gedong Siam di Sayong pada 28 Jun 1871. Almarhum dikurniakan dengan gelaran 'Marhum Nabi Allah'. Setelah istiadat permakaman disempurnakan, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik oleh orang besar-besar Perak menjadi Sultan Perak yang ke-25 dengan gelaran Paduka Seri Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah. Tengku Menteri Ngah Ibrahim juga bersetuju dengan pelantikan Raja Bendahara Raja Ismail menjadi penggati Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah.



    DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak kemudiannya menziarahi makam Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah (Marhum Gharirullah) Sultan Perak Ke-27 yang memerintah pada tahun 1886 hingga 1887 dan menjadi Pemangku Sultan selama 9 tahun bermula 1877 hingga 1886.  Almarhum ditabalkan pada 07 Oktober 1886 dan sempat menjadi Sultan Perak selama 10 bulan sahaja apabila baginda mangkat pada 1887. Almarhum pada mulanya dimakamkan di Sayong Tebing tetapi kemudiannya dialihkan ke kawasan Masjid Sayong Tengah.

    Pada sebelah petangnya pula DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak menziarahi makam-makam di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan seperti berikut :- 
    1. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II (Marhum Habibullah) Sultan Perak Ke-26 yang memerintah pada 1874-1877.
    2. Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I (Marhum Rahmatullah) Sultan Perak Ke-28 yang memerintah pada 1887-1916.
    3. Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (Marhum Radziallah) Sultan Perak Ke-29 yang memerintah pada 1916-1918.
    4. Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) Sultan Perak Ke-30 yang memerintah pada 1918-1938.
    5. Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah (Marhum Ni'matullah) Sultan Perak Ke-31 yang memerintah pada 1938-1948.
    6. Paduka Seri Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Marhum Ghafarullah) Sultan Perak Ke-32 yang memerintah pada 1948-1963.
    7. Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil-Allallahi Shah II (Marhum Affifullah) Sultan Perak Ke-33 yang memerintah pada 1963-1984.
    8. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Sultan Perak Ke-34 yang memerintah pada 1984-2014.
    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar



    Portal Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia/Fairul/ Portal Raja Kita-Perak / Bernama /Utusan Online/ Putera Kola

    Comelnya Putera Sultan Perak dan Sultan Brunei

     Click gambar untuk imej yang lebih besar
    10 May 2015, Ahmad :-

    Inilah dia Putera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Paduka Seri Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.  Gambar ini diambil malam semalam semasa Istiadat Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

    Dikiri sekali adalah Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah ibni DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan disebelah kanan adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Kelihatan dibelakang bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri adalah  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Raja Azlan berusia 7 tahun manakala Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berusia 9 tahun.

    Sumber : MBS/Jabatan Penerangan Malaysia

    Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Menziarahi Batu Peringatan Sultan Mansur Shah 1 Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

    Click gambar untuk imej yang lebih besar
     Click gambar untuk imej yang lebih besar
     Click gambar untuk imej yang lebih besar
    Click gambar untuk imej yang lebih besar

    10 May 2015, Ahad :-

    Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) diteruskan lagi pagi ini dimana DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak menziarahi Batu Peringatan Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua di Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, Perak.

    Mengikut cerita, Sultan Mansur Shah 1 mangkat dalam tahun 1577.  Walau bagaimanapun, kemankatan baginda tidak diketahui dengan sah.  Baginda dikatakan sedang Solat Jumaat di Masjid Kota Lama Kanan dan tiba-tiba ghaib dimana rakyat menyangkakan baginda telah mangkat. Atas titah perintah Sultan Idris Murshidul 'Aadzam Syah, satu batu peringatan berbentuk batu nisan telah diletakkan di Masjid Kota Lama Kanan sebagai tanda peringatan kepada Sultan Mansur Shah 1 yang hilang ketika Solat Jumaat dimasjid berkenaan. Masjid asal Kota Lama Kanan ini telah dibakar oleh Penjajah Inggeris semasa berlaku Perang Perak dalam tahun 1875-1876 dan iannya dibina semula dalam tahun 1916 menggantikan masjid yang asal.

    Sumber : Bernama / Wikipedia / Jabatan Penerangan Malaysia

    Istiadat Santapan Diraja Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

     Click gambar untuk imej yang lebih besar.

     Click gambar untuk imej yang lebih besar.


    Click gambar untuk imej yang lebih besar

    10 May 2015, Ahad :-

    Malam semalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah berkenan meraikan 570 tetamu jemputan khas dalam Istiadat Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35). Istiadat Santapan Diraja diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah.

    Turut berangkat ke istiadat ini adalah Raja-Raja Melayu diantaranya KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri, DYMM Sultan Selangor, KDYMM Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Terengganu, KDYMM Sultanah Terengganu, DYMM Raja Perlis, DYMM Raja Perempuan Perlis dan wakil Raja-Raja Melayu. 

    Turut serta memeriahkan istiadat ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, beserta pembesar negeri dan orang kenamaan lain serta pasangan masing-masing.

    Sumber:- Bernama / Jabatan Penerangan Malaysia

    Friday, May 8, 2015

    Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Menziarahi Makam Raja Bendahara Alang Iskandar atau Marhum Teja Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

    Click gambar untuk imej yang lebih besar



    08 May 2015, Jumaat :-

    Makam Raja Bendahara Alang Iskandar atau Marhum Teja merupakan lokasi kedua ziarah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dalam Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35).  DYMM Tuanku Nazrin dan DYMM Tuanku Zara berangkat tiba kekawasan makam lebih kurang jam 16:00hrs.

    Makam ini terletak di Kuala Teja dalam Mukim Gopeng. Raja Bendahara Alang Iskandar merupakan putera kepada Raja Kechil Tengah Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Almarhum dilantik menjadi Raja Bendahara Perak sewaktu era pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 dan Sultan Ja'far Muazzam Shah. Sewaktu menjadi Raja Bendahara Perak di Kuala Teja, Almarhum me­ngutip cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Almarhum bersemayam di Kuala Keboi, Kampar dan mangkat di Kuala Teja, Kota Bharu Gopeng.

    Sumber :- Utusan.com /Perak Today / Jabatan Penerangan Malaysia

    Tuanku Nazrin Tunaikan Solat Jumaat Di Masjid Sultan Azlan Shah

    Click Gambar untuk Imej yang lebih besar.

    08 May 2015, Jumaat :-

    Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.  Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan,  Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.

    Sumber : Zambry Abd Kadir FB / Perak Today.

    Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Menziarahi Makam Tok Temong Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

    Sila Click gambar untuk imej yang lebih besar.


    08 May 2015, Jumaat :-

    Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu bermula pada hari ini sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35). Lokasi pertama ziarah DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri adalah Makam Tok Temong di Katil, Kuala Kangsar sekitar jam 09:00hrs pagi tadi. Adalah menjadi adat bagi setiap Sultan Perak yang baru ditabalkan menziarahi makam-makam berkenaan. Majlis Doa Selamat dan Kenduri Arwah turut diadakan. DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri menyiram air mawar dan menabur bunga di Makam Tok Temong. 

    Tok Temong  atau nama sebenarnya Tok Perabu merupakan seorang Pembesar Wanita yang berkuasa memerintah Daerah Temong semasa pemerintahan Sultan Perak 1, Almarhum Sultan  Muzaffar Shah 1 (1528 - 1549) dan dipercayai Tok Temung berkuasa dikawasan berkenaan sebelum Almarhum Sultan Muzaffar Shah 1 dijemput ke Perak sebagai Sultan Perak pertama.

    Pada sebelah petang pula DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri dijadualkan menziarahi Makam Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) di Daerah Kampar. DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri dijadualkan menziarahi 35 buah makam dalam Istiadat Ziarah Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35).

    Sumber :- Perak Today / Jabatan Penerangan Malaysia / Utusan Online

    Istiadat Tabal Pusaka Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXV (Ke-35) Disempurnakan

    Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar



    Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Bainun Mohd Ali.


    08 May 2015, Jumaat :-

    Istiadat Tabal Pusaka Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) telah disempurnakan malam tadi di Istana Iskandariah. Istiadat Tabal Pusaka merupakan salah satu daripada enam istiadat yang perlu disempurnakan sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXV (Ke-35). Istiadat Tabal Pusaka ini mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-Perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Santapan Nasi Berastakona.

    Istiadat malam tadi dimulai dengan Istiadat Pemulihan Perkakas-Perkakas Kerajaan dan perkakas Nobat Diraja oleh Raja Chik Muda Pawang Diraja, Raja Rosli Mohamad di Balairung Seri Istana Iskandariah sekitar jam 09:30 malam. Istiadat di Balairung Seri ini dijalankan secara tertutup dalam keadaan gelap dan hanya diterangi cahaya lilin yang dibawa masuk oleh 16 jejawat perempuan.

    Setelah selesai istiadat di Balairung Seri, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berangkat ke Panca Persada yang terletak di perkarangan Istana Iskandariah untuk Istiadat Bersiram Tabal. DYMM Tuanku Nazrin dan Tuanku Zara duduk diatas Panca Persada setinggi 11 tingkat dimana empat orang kerabat diraja wanita memegang sehelai kain putih di empat penjuru ditempat persemayaman (duduk) Tuanku berdua. 

    Raja Chik Muda Pawang Diraja, Raja Rosli Mohamad diikuti Toh Seri Nara Diraja, Mohd Shah Nong Chik dan adinda Tuanku Sultan, Raja Datuk Seri Azureen menyurahkan air yang diambil daripada tujuah kuala Sungai Perak keatas kain putih berkenaan dimana DYMM Tuanku berdua berada dibawah kain berkenaan. DYMM Tuanku berdua kelihatan ceria dan gembira ketika istiadat berlangsung yang mengambil masa kira-kira 5 minit.

    Paluan Nobat dengan lagu Raja Berangkat (Gendang Berangkat) dan Puteri Mandi Mayang dimainkan oleh Kumpulan Nobat Diraja Perak sepanjang istiadat dijalankan.  Setelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, DYMM Tuanku berdua diselimutkan dengan kain songket bersulam benang emas dan kemudiannya turun dari Panca Persada.

    Dari Panca Persada Baginda berdua berangkat ke Istana Iskandariah untuk menukar persalinan bagi menghadiri Istiadat Santapan Nasi Berastakona di Balairung Seri Istana Iskandariah. Setelah selesai Istiadat Santapan Nasi Berastakona maka Istiadat Tabal Pusaka sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) telah disempurnakan.

    Turut berangkat dalam Istiadat ini adalah bonda kepada Tuanku Sultan, YMM Raja Permaisuri Bainun Mohd Ali, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa dan isteri, Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan,  Duli Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan isteri. Turut serta adalah  Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan para jemputan khas.

    Sumber :- Bernama/Utusan/Perak Today

    Thursday, May 7, 2015

    Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)


    Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


    07 May 2015, Khamis :-


    Pagi tadi Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di Tujuh Kuala Sungai Perak telah diadakan dengan penuh tertib mematuhi adat dan tradisi Istana Perak sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (ke-35). Rombongan yang membawa perkakas istiadat diketuai oleh Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik menaiki tujuh buah kenderaan tentera yang dihiasi kain kuning dan diiringi paluan Nobat dengan lagu Nobat Khamis bertolak dari anjung Istana Iskandariah menuju Jeti Majlis Perbandaran Kuala Kangar (MPKK).


    Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

    Setibanya rombongan di Jeti MPKK, Perkakas istiadat kemudiannya dibawa masuk kedalam dua buah bot yang dihiasi kain kuning untuk mengambil air dari tujuh kuala sungai Perak iaitu di Sungai  Kangsar, Sungai Chempias, Sungai Saiyong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Buaia dan Sungai Menora. 


    Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


    Air yang diambil dimasukkan kedalam bekas yang dipanggil geluk atau buyong. Sebanyak 16 geluk digunakan bagi istiadat ini yang terdiri daripada 8 geluk emas dan 8 geluk perak. Geluk-geluk berkenaan diiringi dengan hiasan daun kelapa muda yang dianyam berbentuk jari lipan, bekas perasap, bekas beras kunyit, bekas beras basah, bekas bertih, bekas tepung tawar, bekas air sintuk, bekas air limau dan bekas air bunga panca bicara.

     

    Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

    Istiadat disempurnakan dalam masa dua jam dan geluk-geluk yang berisi air berkenaan diarak balik ke Istana Iskandariah dengan iringan paluan nobat oleh Kumpulan Nobat Diraja Perak. Sesampainya ke Istana Iskandariah, air berkenaan dibawa ke Panca Persada untuk digunakan bagi Istiadat Bersiram Tabal pada malam ini selepas Istiadat Tabal Pusaka dijalankan.



    Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


    Click gambar untuk Imej yang lebih besar.



    Sumber :- Perak Today/ Bernama/TV1/Fairul