Friday, September 30, 2011

Sampai Awal Ke Rawang Hari Nie

30.09.2011, Jumaat - Hari nie Syah solat Jumaat di Masjid Negara. Sampai jer Syah beli nenas dan kacang kuda rebus sebelum naik ke Masjid dan waktu tu sudah Azan. Sempat menjenguk ke kawasan pemakaman sedekahkan Alfatihah dan kemudiannya ke ruang solat semula.

Lepas solat Syah beli roti john separuh dan on the way jalan nampak plak nasi beryani dan teringin nak cuba dan makan jer lah. nasi Beryani Ayam Goreng RM8.00 dan tak beli minumanpun. Lepas makan kat sebelah tu ada orang offer minuman herba tradisional dan Syah ambil jer sebab baru lepas makan. Ramai orang cuba sample tu.

Lepas tu terus balik semula ke office. Hari nie balik jam 17:00hrs dan sampai pekan Rawang awal sket approx jam 19:05hrs dan sempat lah kejar bas 19:30hrs ke Rawang Residence. Tunggu bas beli Buah Longan sekilo RM8.00 dan Chachos. Jam dah 19:30hrs tetapi bas tak ada lagi ingatkan tak ada tetapi muncul agak lewat sket dan sempatlah Syah sampai Rawang Residence jam 20:00hrs. Masa di bas stand tadi Syah makan Roti John yang beli masa solat tadi sebelum makan ubat.

Sampai rumah Syah siram pokok bunga sekejap dan lepas tue solat Maghrib dan kemudiannya mandi, rehat jap sementara menunggu solat Insyak. Lepas tu baru makan Chachos dan Buah Longan. Sekarang jam 21:44hrs sambil mentenet Syah cuci pakaian dan menonton Tahajjud Cinta di Astro 103.

Tuanku Mizan Tunaikan Solat Jumaat di Masjid Abidin

30.09.2011, Jumaat - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang sedang berada di Kuala Terengganu telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Abidin atau lebih dikenali dengan nama Masjid Putih yang terletak di bandar Kuala Terengganu berhampiran Istana Maziah. Rakyat Terengganu yang menunaikan solat Jumaat dimasjid berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Tuanku Mizan dari dekat serta bersalaman dengan Baginda. Tuanku berangkat tiba ke Terengganu malam tadi dan dijadualkan berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang esok.

Gambar diambil dari Bernama

Public Transport Lengang dan Gotong Royong 5's

30.09.2011, Jumaat - Salam Semua dan apa khabar. Nasib baik pagi nie dapat naik lagi komuter jam 07:00hrs walaupun semput berlari-lari anak tetapi berbaloi. Abang bawa bas tu tanya lagi cepat yer pagi nie.... dan Syah senyum jer dan kata a'aa. Heran sket pagi nie coz dari naik komuter hingga LRT orang tak ramai hari nie. Banyak yang cuti ker? Nape yek.... Hemmmm ... tak tau nape. So selesa sket lah perjalana pagi Jumaat nie dan terima kasih kerana doa dimakbulkan oleh yang MAHA ESA supaya perjalanan pagi nie dipermudahkan.

Sampai office jam 08:15hrs dan nampak staff Jaafar hantar air kerana pagi nie ada gotong royong 5's kat office kami. Atas meja Abg Zul dah ada Nasi Lemak bungkus 60 pax untuk breakfast kami semua. Group Leadership and Talent Management separuhnya ke Muar kerana ibu Zainon Rahman salah seorang anggota mereka di Assessment Center meninggal dunia petang semalam dan akan dikebumikan sebelum Solat Jumaat nie. Pagi nie kami kemas pejabat dan touch-up cat yang sudah rosak. Memang boleh minta kontraktor buat tetapi untuk cat sahaja mereka perlukan kos RM4,000.00. Kami bukannya hendak cat semua cuma touch-up mana yang sudah rosak sahaja, So gotong royong lah jer jawapnya untuk jimatkan kos dan budaya seperti ini memang selalu diamalkan semenjak Dr. Zainal Abu Zarin jadi Big Boss kami.

Bukan sahaja di office malah premise TM lainnya seperti Ibusawat, Pusat Latihan, Kabinet TM dan seumpamanya kami buat program yang sama seperti membersih dan mengecat untuk mengurangkan kos. Gotong royong nie bukan sahaja melibatkan Premise TM tetapi juga surau dan hospital. Untuk program hari nie cat dan peralatan hanya RM94.80 manakala Nasi lemak RM60.00 (60pax) dan Teh O RM50.00 (50pax). Jimatkan.........compare nak bayar RM4,000.00 tue.

Thursday, September 29, 2011

Aktiviti Khamis Malam Jumaat

29.09.2011, Khamis - Sekarang jam 23:36hrs dan mata makin mengantuk sebab makan ubat selsema yang perlu dimakan pada waktu malam sahaja. Syah sampai bandar Rawang hampir jam 19:30hrs tetapi terlepas bas ke Rawang Residence Syah dan terpaksa tunggu satu jam lagi. Macam biasa Khamis malam Jumaat sampai jer ke Rawang Residence Syah akan turun di area Pasar Malam untuk beli apa-apa yang patut. Minggu nie tak diet sangat coz kena makan sebab ambil ubat. Dipasar malam tadi Syah tapaw Young Tau Foo dan Meehon Sup for dinner dan beli air tebu dan tahu yang diminum sambil jalan-jalan kat pasar malam. Sampai rumah Syah rehat kejap, mandi dan solat kemudiannya baru makan. Dinner malam nie Yong Tau Foo, Meehon Sup, Buah Pir dan Teh Herba dari Herbalife. Masa dipasar malam tadi beli VCD Thailand - Krai Thong. Beli sebab macam ada cerita raja-raja atau pahlawan jer. Bukan apa nak tengok prop yang mereka gunakan, macam best jer.

Melawat Baby Girl Dek Nor





29.09.2011, Khamis - Lunch tadi makan free lagi kerana Kelab TM dan PET (Persatuan Eksekutif Telekom) bergabung buat Majlis Rumah Terbuka sempena last Raya hari ini. Shukur Alhamdulillah......Rezeki jangan ditolakkan? Lepas makan, Syah dan Abang Talib, Kak Rose serta Saiful pergi melawat Dek Nor dan Babynya di Hospital Pakar Al-Islam di Kampung baru, Kuala Lumpur. Pada mulanya Azlina, Secretary boss nak ikut tetapi ada last minute urgent matters dia tak dapat nak join kami.

Inilah baby girl tue yang belum lagi didaftarkan namanya. Mungkin sehari dua nie lagi ayahnya buat pendaftaran. Dilahirkan pada 28.09.2011 dengan berat 3.31kg, panjangnya 50cm dan lilitan kepala 34cm. Actually ikut kiraan baby akan lahir pada 08.10.2011 tetapi semalam selepas buat check-up dah terbuka 4cm tak silap Syah mengikut cerita hubby Dek Nor tadi. So sudah boleh deliver tetapi doktor maklumkan baby sudah buang air besar dan bahaya lalu mereka lakukan operation.

Maka lahirlah si kenit nie pada jam 11:49am. Doktor yang merawat Dek Nor adalah Dr. Rosnah manakala Doktor untuk Baby Girl pula Dr. Rosilawati. Mungkin Dik Nor akan stay kat hospital dua atau tiga hari lagi sebab dia operation. Keluar jer hospital dia akan balik ke Slim River rumah parentsnya dan selepas parentsnya pergi mengerjakan haji dia akan balik ke rumah mertuanya di Shah Alam. Dik Nor tak tahu bila parentsnya hendak bertolak kerana tabung haji belum bagi tarikh lagi tetapi surat dan persiapan lain sudah dikeluarkan oleh Tabung Haji. On the way balik Abang Talib belanja we all minum. Thank Abang Talib.

Ok lah Baby Girl...... Uncle ucapkan Welcome to the real world dan uncle sentiasa doakan agar baby girl menjadi anak yang solleh dan menjadi kebangaan ibu dan bapa. AMIN.

Presiden Vietnam dan Isteri Hadiri Majlis Santapan Negara di Istana Negara

Dari Kiri : Tuanku Nur Zahirah, Truong Tan Sang, Tuanku Mizan dan Mai Thi Hanh di Istana Negara Malam Tadi - Gambar dari Bernama.

29.09.2011, Khamis - Semalam negara kita menerima tetamu dari Vietnam iaitu Presiden Vietnam, Truong Tan Sang dan Isteri Mai Thi Hanh yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi negara. Malam tadi telah diadakan Majlis Santapan Negara untuk Presiden dan isteri yang di hoskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bertempat di Istana Negara. Turut serta dalam Majlis Santapan Negara adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Presiden Truong Tan Sang dilantik sebagai Presiden Vietnam pada Julai lepas dan berada di Malaysia selama tiga hari untuk lawatan rasmi negara dan sebagai kunjungan balas lawatan negara Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah ke Vietnam pada tahun 2009. Dalam majlis ini juga kedua-dua pemimpin negara ini bertukar-tukar cenderahati.

My Boss Dik Nor Bersalin Dah

29.09.2011, Rabu - Shukur Alhamdulillah my boss, Dik Nor atau Norafizah Mohd Izat telah selamat melahirkan baby girlnya pada jam 11:29hrs semalam 28.09.2011 di Hospital Al-Islam Kampung Baru. Hospital nie betul-betul terletak berhadapan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Semalam jam 10:00hrs Syah ada menelefon hospital berkenaan untuk mengetahui samada Dik Nor telah daftar masuk atau tidak tetapi mereka kata belum lagi. Kalau jam 10:00hrs tak masuk macam mana dia boleh bersalin jam 11:29hrs, mungkin emergency kot atau pihak hospital tak mau bagi tau. Tak perlah yang penting my boss tu dah selamat melahirkan anak sulongnya. Shukur Alhamdulillah. AMIN. Selepas mengetahui berita nie daripada Kak Rose pagi tadi terus Syah sms beliau untuk ucapkan tahniah kerana dapat baby girl.

Kasut Baru

29.09.2011, Khamis - Pagi nie bangun awal tetapi lewat sedikit kuar rumah dan terpaksa tunggu bas berpatah balik baru naik. Bila naik biasalah dah penuh dan terpaksa berdiri sampai area sekolah baru dapat duduk. Abang bawa bas tu tanya lambat lagi yer kerana Syah biasanya naik bas tu masa dia mula-mula masuk ke taman perumahan nie.

Sampai jer KTM, komuter sudah ada dan Syah berlari-lari anak kejar train dan nasib baik train tak jalan lagi dan dapat duduk.

Masa dalam train ada member FB yang Syah tak kenal tapi dia perasan Syah dan dia sms - katanya "Abg...g kerja elok2 yerk...SENYUM skit... masam jerk...hihihi... 1stime tgok abg dpn mata... nk tgur takot salah owg. tp hati ni bkata inilah abg Ku Shah...tcare.."

Hari nie gi kerja pakai kasut baru seperti dalam gambar tu. Semalam Syah gi office pakai selipar jer sebab hantar kasut nie ke cobler untuk buat lapik tapaknya. Ambil lapik yang murah jer RM40.00. Ok lah gantikan kasut lama yang udah koyak tu.

Wednesday, September 28, 2011

Princess Beatrice Belum Bersedia Untuk Berkahwin

28.09.2011, Rabu - Cucunda Baginda Queen Elizabeth II, Princess Beatrice yang berusia 23 dan baru sahaja menghadiri majlis graduasinya daripada Goldsmith, University of London dalam bulan ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau masih tidak lagi bersedia untuk mengikat sebarang ikatan pertunangan dengan kekasihnya Dave Clark. Kenyataan ini dikeluarkan kerana bosan ekoran daripada desakan masyarakat supaya mereka bertunang. Princess Beatrice dikatakan memaklumkan kepada kekasihnya Don’t ask me to marry you, I’m too busy! Dave merupakan anak seorang jutawan telah menjalinkan perhubungan intim dengan Princess Beatrice semenjak lima tahun yang lepas.

Daripada sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa Princess Beatrice belum bersedia untuk berkahwin kerana beliau masih muda dan banyak yang perlu dilakukan sebelum memikirkan soal ikatan pertunangan. Sekarag ini beliau sedang berusaha keras melakukan pelbagai latihan praktikal bagi mencari arah tuju sebenar kerjaya beliau dimasa hadapan. Ada juga menyatakan mungkin beliau ingin mengikuti jejak langkah sepupunya Prince William yang mempunyai hubungan percintaan jangka panjang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin bagi mengenali hati budi masing-masing.

Entry Syah berhubung majlis graduasi Princess Beatrice : http://tengkusyah.blogspot.com/2011/09/majlis-graduasi-princess-beatrice.html

Gara-Gara Benang Tak Masuk Lubang Jarum

28.09.2011, Rabu - GERAM betul pagi tadi, gara-gara benang tak masuk lubang jarum Syah lambat ketempat kerja hari nie. Semalam Syah beli jarum dan benang kat pekan Rawang tetapi Syah tukar benag besar sket coz nak jahit butang seluar yang dah tercabut. Dah berbulan nak pakai seluar tu tetapi asik lupa jer nak beli jarum dan benang. Masa Syah nak jahit tu adalah jam 05:30hrs kot iaitu waktu lepas Syah mandi dan gosok pakaian. Tiba-tiba lubang jarum tu kecil dan tidak boleh masuk benang tu dan tensionnya Syah dan mulalah nak salahkan nyonya kedai tu sambil merungut seorang-seorang :-

Apalah Nyony nie pun satu ........... dah tukar benang napelah dia tak cadangkan beli jarum yang besar sket, kita pembeli nie mana tau ingat boleh jer masuk.

Habis Syah keluarkan semua jarum dan cuba cucuk tetapi tak masuk gak sampai pecahlah bekas jarum tu Syah buat sebab tension. Tiba-tiba teringat nak call Azrin pinjam jarum dia tetapi malas plak nak kacau mamat tu pagi-pagi buta nie. Syah tahu Syah dah lambat tetapi disebabkan geram Syah cakap pada diri sendiri "Aku mesti jahit gak butang nie tak kira apa nak jadi" Sempat doa minta Allah mudahkan kerja Syah. Tiba-tiba akhirnya ada satu jarum nie boleh masuk sedikit dan Syah tarik pelan-pelan akhirnya masuk gak dia. Shukur Alhamdulillah dan Syah terus jahit butang tu dan jam sudah 06:30hrs dan bas mesti dah ada kat depan dan Syah akan ambil bas jam 07:00hrs.

Lepas jahitan siap Syah solat, bersiap dan terus keluar rumah sebab nak ambil bas jam 07:00hrs dan bas lambat sedikit. Kakak India sebelah rumah Azrin tu sempat offer Syah duduk kat gerai nasi lemak dia. Sempat dia cerita kat Syah malam tadi suaminya marahkan anak lelaki sulungnya kerana cikgu sekolah call bapanya inform anaknya dan seorang rakannya selalu ponteng kelas seorang guru. Kena teruk hubby dia marah budak tu malam tadi. Katanya anak dia tak mau masuk kelas guru tu kerana cikgu tu jenis yang banyak bagi homework. Heheheh ada-ada jer budak zaman sekarang nie kan, berani tak bertempat.

Masa naik bas Abang yang bawa bas tu tanya lambat yer pagi nie dan Syah kata Aa'aa terlambat sket sambil ketawa. Syah sampai office lambat sejam hari nie gara-gara benang tak masuk lubang jarum. Ada-ada jer kan? Syah nie jenis kalau Syah nakkan sesuatu Syah akan pastikan Syah dapat gak benda tu. Heheheheh.............. tapi tak semua bendalah Syah buat macam tu. Kes nie sebab dah lama Syah nak jahit dan pakai seluar tu tetapi asik tertangguh jer dan bila tools sudah ada depan mata lain plak masalahnya. Tu yang tekad kan hati kena buat gak sampai berjaya kalau tak........... mesti lambat lagi lah jawapnya butang tu nak berjahit.

Tuanku Muhriz Saksikan Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Pembukan Kolej Universiti As-Sofa

28.09.2011, Rabu - Semalam Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menyaksikan Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti AS-Sofa di Istana Besar Seri Menanti. Penyerahan Sijil Pelawaan tersebut telah disempurnakan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Mohamad Khalid Bin Nordin dengan menyerahkan replika Sijil Pelawaan tersebut kepada Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki selaku Pengerusi Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. Turut menyaksikan majlis ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan.

Yayasan Sofa dalam laman rasminya menyatakan bahawa YAB Menteri Besar dan YB Menteri Pengajian Tinggi memaklumkah bahawa inilah julung kalinya penubuhan sebuah universiti atau kolej universiti dimulakan dari dalam istana. Sesungguhnya sokongan yang diberikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sudah tentu melambangkan kepercayaan dan harapan besar yang diberikan kepada Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan itu sendiri di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki untuk terus menerajui usaha mengembangkan tradisi ilmu Islam. Mereka juga berharap penubuhan Kolej Universiti As-Sofa menjadi nadi kepada perkembangan ilmu yang berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan membangun dan memajukan masyarakat.

Majlis didahului dengan ucapan oleh Menteri Pengajian Tinggi dan kemudiannya pihak Gerbang As-Sofa Sdn Bhd dan Yayasan Sofa telah memberikan sepasang cenderahati berbentuk frame khat Allah dan Muhammad kepada Tuanku Muhriz sebelum majlis penyerahan sijil perlawaan pembukaan kolej universiti As-Sofa disempurnakan. Selepas itu tetamu beredar ke bilik khas untuk sessi sidang media.

Tuesday, September 27, 2011

Aktiviti hari Nie - MC

27.09.2011, Selasa - Salam semua apa khabar, maaf siang tadi tak dapat update blog kerana syah tak sihat dan MC hari nie. bangun pagi tadi rasa badan-badan lemah, tekak kering dan batuk, ada ulcer besar didalam pipi kiri kerana Syah tergigit bahagian tu dan kelenjar ketiak kanan Syah sakit. Kebetulan ada fisio hari nie dan Syah jumpa doktor sekali. Doktor inform tekak dan kerongkong Syah bengkak dan ada jangkitan kuman sebab tu badan Syah rasa lemah dan sakit-sakit macam nak demam. Kemudian Dr. Rasool bagi MC sehari. Lepas jumpa doktor, Syah buat terapi.

Lepas terapi Syah makan mee rebus kat gerai Pak Yope dan terus ke CM gunting rambut dan kemudian ker Mid Valley untuk balik ke Rawang. Selepas solat kat Surau JJ Syah beli kasut kerja disana..........eheheheh kerana kasut sedia ada dah azab koyak dah pun. Kebiasannya orang lelaki nie tak macam perempuan yang suka simpan kasut banyak-banyak dan biasanya lelaki kalau kasut tu dah buruk baru diganti tetapi mana yang banyak duit tu lainlah cerita nye.

Sebelum beli kasut tu Syah beli spenda - Kickers Shorty Briefs, sekotak ada dua color biru dan merah. Mula-mula ingat nak ambil yang warna purple tetapi tak jadi. Dari Mid Valley Syah terus balik ke Rawang. Untuk dinner malam nie Syah buat sup sayur tahu lembut campur mee sua dan buah longan. Lepas makan Syah ambil ubat. Sebentar tadi approx jam 10:00hrs Azrin datang sekejap ke Rawang Residence Syah untuk tumpang fax something ke office dia. Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain entry. daaaa..................

Monday, September 26, 2011

Makan di Rumah Terbuka Lagi Tengahari Nie

26.09.2011, Isnin - Hari nie Syah makan free lagi kerana pagi tadi member Syah Rohizad inform Bahagian Perolehan buat open house dan Syah inform nak ikut sekali. Hehehehe kebetulan member we all juga bertugas di division tu. We all turun ke Aras 4 Menara TM jam 12:45hrs dan majlis telah pun bermula jam 12:00hrs rupanya. Semasa kami sampai makanan masih banyak lagi ada Nasi Beryani, Kuih Muih, Bubur Kacang Hijau, Ketupat, Lemang, Rendang, Laksa, Sate dan Lontong. Cuma kambing bakar jer sudah licin, biasalah mana-manapun memang kambing bakar dan nasi arab famouse pada musim raya tahun 2011 nie. Dalam majlis nie, siap ada persembahan nyanyian dari anggota-anggota Bahagian Perolehan lagi.

Member kami Amran adalah yang berbaju biru tue merupakan orang kuat AJK sambutan hari raya nie. Adalah sejam Syah dan Izat di majlis tu makan minum sembang dengan member-member dan kemudiannya kami minta diri untuk balik ke pajabat dan ucap terima kasih serta salam Amran dan beberapa orang lain dimajlis tu sebelum beredar. Kenyang tul hari nie, rezeki murah. Ialah lepas nie dah tak ada lagilah majlis open house kerana last raya adalah pada hari Rabu nie. Miss all the ketupat, lemang and rendang walaupun boleh didapati dihari-hari biasa tetapi makan ketupat dan lemang masa hari raya ada keistemewaannya sendiri.

Tuanku Mizan Rasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

26.09.2011, Isnin - Hari ini telah diadakan kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Xiii Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan merasmikannya pada pagi ini lebih kurang jam 10:30hrs. Kongrs dua hari ini yang bertemakan Pemancu Transformasi Ummah adalah julung kalinya dianjurkan dan diurus setiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Turut serta dalam majlis ini adalah Raja-Raja Melayu, TYT Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Pihak JAKIM telah menjemput seramai 1000 orang tetamu yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, CEO Majlis Agama Islam Negeri, Ahli Akademik/ Ketua Jabatan IPTA/IPTS, Pengurus Pusat Zakat Negeri, Penasihat undang-Undang Negeri, Pemikir ekonomi / Kewangan, Ahli ekonomi/Penasihat Syariah Bank, Wakil SUK Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan, Wakil Jabatan Agama Islam Negeri, NGO Islam yang berkaitan, Agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Perundangan Sivil dan Syariah, Ketua Hakim Syar’ie, Guru Besar SMAN / SMAR/ SABK dan Jabatan Mufti Negeri.


Kongres ini sebenarnya bertujuan untuk membincangkan strategik dan peranan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk pembangunan ummah, Menjadi wada interaksi dan perkongsian pintar Majlis Agama Islam Negeri dalam membangun dan mengurus tadbir sosio ekonomi ummah dan meningkatkan peranan Majlis Agama Islam Negeri sebagai peneraju transformasi dan inovasi pembangunan Ummah. Fokus utamanya adalah untuk merangka strategi secara kolektif dalam menangani suasana globalisasi serta perkembangan teknologi maklumat oleh Majlis Islam Negeri-Negeri.


Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah juga akan menyampaikan Titah DiRaja bertajuk: Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah. Sementara tiga kertas kerja akan dibentangkan sepanjang kongres iaitu :-


Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Pendidikan Ummah oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Ismail bin Haji Ibrahim; Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM bersama YBhg. Prof. Dato’ Mohd. Yusof bin Haji Othman; Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM.


Peranan Majlis Agama Islam Negeri dalam Membangun Sosio Ekonomi Ummah oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Muhamad Ali bin Hashim, YBhg. Dato Mustafa bin Abdul Rahman, YBhg. Dato’ Nik Mustapha Nik Hassan; Ketua Pengarah IKIM dan YBhg. Dr. Abd Malik bin Awang Kechil; Ketua Pengarah YAPEIM.


Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah oleh YBhg. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman; Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara dan YBhg. Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa; Timbalan Pengarah Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara.


Idea untuk mengadakan kongres ini sebenarnya datang dari Tan Sri Dr. Mohd Yusof bin Md. Nor, Pengerusi LEPAI dalam Mesyuarat LEPAI kali ke-36 pada 03 Mei 2010. Beliau mahukan agar diadakan satu konvensyen untuk melihat fungsi dan peranan Majlis Agama Islam di Malaysia diperkasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan ummah seiring dengan peredaran masa serta menjawab isu yang timbul kebelakangan tentang peranan Majlis Agama Islam Negeri khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan perundangan. Untuk tujuan ini, beliau telah mengadakan sembah maklum ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-224 pada 14 Jun 2011 untuk mendapatkan perkenan DYMM Raja-Raja.


Nota :- Gambar diambil dari Bernama - Maklumat diambil daripada Sidang Akhbar Kongres berkenaan.

Sunday, September 25, 2011

Syah @ Majlis Open House Yayasan TM

25.09.2011, Ahad - Majlis open house Yayasan TM atau dikenali sebagai Semarak Raya Yayasan TM berjalan dengan lancar hari nie. Syah sampai jam 12:30hrs kerana jika ikut jadual majlis bermula jam 12:00hrs hingga 15:00hrs. Walau bagaimanapun majlis bermula agak lewat sedikit hampir jam 13:00hrs kerana menunggu Chairman TM datang.Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan director Yayasan TM Shafizah Abdul Salam. Kemudian Y. Bhg Dato' Chairman telah berbesar hati menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan kemudiannya majlis makan bermula.

Semasa makan kami dipersembahkan dengan hiburan oleh anggota Yayasan TM dan scholar-scholar Yayasan TM serta anak-anak Yatim. Makanan memang sodappppp ........... coz daripada Singahsana Hotel. Yang jadi tumpuan dan beratur panjang adalah kaunter Kambing Panggang dari mula sampailah majlis nak habis. Ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, pelbagai mee, sate, nasi impit, lemang, serunding, pecal, air bandung, teh panas dan cendol serta fruit dan macam-macam lagi Syah tak ingat.

Semua menu best kecuali tembikai merah tu ada yang rasanya macam masam means dah tak elok. Kebetulan syah jumpa Datin Bashirah Ex Staff Yayasan TM yang datang dari Perak. Syah balik hampir jam 14:30hrs dan sebelum tu Syah sempat ucapkan terima kasih kepada Syafizah atas jemputan mereka ke majlis nie. Dari Jalan Raja Chulan Syah naik LRT ke Mid Valley coz Syah nak jalan-jalan kat sana dan senang sket nak balik Rawang kerana ada KTM Station. Masa di Brickfield tunggu shuttle lambat lalu Syah naik bas Rapid jer sebab Syah nak kejar masa solat Zohor di surau Jaya Jasco Midvalley.

Selepas solat zohor Syah pusing-pusing window shopping sementara tunggu waktu Zohor dan lepas Zohor jalan-jalan lagi dan jumpa kedai jual asam-asam dan siap ada sample lagi. Ramai orang merasa sample tu dan Syah pun tumpang sekaki............. boleh lah kenyang gak rasanya. Heheheheh. jam 18:00hrs Syah gerak ke KTM. Train samapi terus Syah naik tetapi train tu sampai Sungai Buluh jer dan dari SB Syah tunggu train ke Rawang. Kejap jer coz masa Syah nak melintas naik jambatan nampak komuter dah sampai dan terus berlari. Sampai Rawang jam 19:00hrs dan baik punya timing coz Syah nak tunggu bas 19:30hrs. Sampai umah Syah solat Maghrib kemudiannya Insyak.

Sekarang jam 20:58hrs dan syah tak dinner coz dah makan banyak tadi. Syah minum herbalife jer malam nie. Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain entry. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa............

Hajat Raja Ahmad Nasir Memasuki Istana Iskandariah Tidak Kesampaian

25.09.2011, Ahad - Hari ini Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar gempar kerana menerima tetamu yang tidak diundang. Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi bersama anak dan isteri serta pengikutnya telah datang ke Kuala Kangsar dan ingin memasuki Istana Iskandariah kira-kira jam 10:00hrs pagi tadi. Walau bagaimanapun hajat Raja Ahmad Nasir dan rombongan tidak kesampaian kerana Istana berkenaan dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Beliau dan rombongan kemudiannya kelihatan meninggalkan kawasan Istana dengan menaiki sebuah van dengan nombor pendaftaran ABY 423.


Raja Ahmad Nasir yang datang dari Gunung Rapat, Ipoh mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Perak dan tampil untuk menuntut haknya. Raja Ahmad Nasir adalah dari keturunan Raja Kulop Mohamad yang merupakan kekanda (abang) kepada Paduka Seri Sultan Idris Murshidul ‘azam Shah I atau Marhum Rahmatullah, Sultan Perak ke-28 yang memerintah diantara tahun 1887-1916.

Ke Muzium Telekom Pagi Nie

25.09.2011, Ahad - Salam Semua apa khabar, Syah harap anda dan keluarga serta tersayang berada dalam keadaan yang memuaskan. Apa plan hari minggu anda terutamanya di penghujung bulan Syawal nie, mesti ada jemputan rumah terbuka kan? atau anda sendiri yang buat open house. Hem.......... tak invite Syah pun Yek? Hehehe Just Kidding, Ahhaks...... Kejap lagi nak bersiap coz hendak ke Muzium Telekom. Bukanya melawat Muzium tetapi ada jemputan Open House Raya Yayasan TM yang diadakan di Muzium Telekom di Bukit Mahkamah Kuala Lumpur berhampiran Puduraya dan Menara Maybank itew. Majlis bermula jam 12.00 hingga 15:00hrs. Jam 10:00hrs nanti syah akan keluar rumah, almaklum jer lah naik public transport. Pergi seorang jer lah jawabnya nak gi ngan siapa lagikan. Nak itut takkkkkkkkkkkk........... Ok lah GTG ............... hingga berjumpa di lain Entry.

Tuanku Mizan Rasmikan Pertunjukan Kuda Kebangsaan 1 Malaysia 2011

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah bersama Tan Sri Zulkifli di Majlis perasmian Pertunjukan Kuda Kebangsaan 1 Malaysia 2011. - Gambar dari Utussan Malaysia.


25.09.2011, Ahad - Semalam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan menghadiri dan merasmikan Pertunjukan Kuda Kebangsaan 1 Malaysia 2011 di Pusat Ekuestrian dan Sukan STC, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Turut mengiringi baginda berdua adalah Pengerusi Pusat Ekuestrian dan Sukan STC, Tan Sri Richard Cham dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin.

Kebawah Duli Baginda berdua juga turut menyaksikan persembahan memanah sambil berkuda oleh Kelab Adruja Harseback Archery, persembahan lagak ngeri akrobatik dan kemahiran gimnastik atas kuda yang bergerak, ekspo ekuin, baka-baka kuda dan pameran pedati kuda. Kemudiannya diadakan pula pertandingan Equestrian Mini Prix.

Terdahulu pada sebelah awal paginya telah diadakan pertandingan Endurance Amal 20KM. Pemenang pertandingan ini telah menyumbangkan wang kemenangan berjumlah RM25,000.00 kepada lima badan kebajikan yang disampaikan oleh Tuanku Mizan pada majlis ini. Tuanku juga berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Endurance 80km FEI yang telah diadakan pada minggu lepas.

Saturday, September 24, 2011

Sup Tahu Lembut

24.09.2011, Sabtu - Untuk dinner malam nie Syah masak Sup Tahu Lembut. Syah beli Tahu Lembut atau Soft Tofu nie kat pasar Rawang tadi. Syah campurkan Cendawan, Brocoli, Tomato dan Halia. Lepas masak Syah solat Maghrib dulu kemudian baru makan. Syah makan sup nie sahaja macam tu tak makan dengan nasi. Bila nak makan terasa ada kekurang sesuatuuuu............. Opssss lupa masukkan fish ball. Tu lah Syah pelupa jer kerjanya. Tak perlah fish ball yang beli tadi tu boleh masak hari lain. Anda semua makan apa malam nie........... Jemput Makan Semua.

Secara Ringkas Mengenai Tengku Abdul Halim, Anakanda Sulung Bekas Sultan Terengganu

24.09.2011, Sabtu - Ini adalah gambar perkahwinan Almarhum Tengku Abdul Halim bin Tengku Ali yang merupakan Putera Sulung kepada Almarhum Tengku Ali ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Bekas Sultan Terengganu yang telah diistiharkan turun dari Tahta Terengganu pada pada hari Ahad 16 Disember 1945. Tengku Abdul Halim merupakan anak kepada isteri pertama Tengku Ali, Che Fatimah. Tengku Abdul Halim mangkat pada tahun 1995 telah dikurniakan dengan sembilan orang cahayamata iaitu Tengku Sulaiman, Tengku Sallehuddin, Tengku Alila, Tengku Isha, Tengku Aahmad Kamal, Tengku Nor Afiah, Tengku Zaharah, Tengku Mazila dan Tengku Roslina.

Ini adalah gambar perkahwinan diantara Tengku Abdul Halim dengan Tengku Asmak binti Tengku Su yang juga merupakan kerabat diraja Terangganu sekitar tahun 1950an di Istana Kota Lama. Syah dapat gambar nie daripada koleksi Tengku Halipah. Dihadapan gambar nie ada seorang perempuan dan beliau adalah Cik Su Urat yang merupakan tukang baca syair untuk putera-puteri Raja didalam Istana Maziah pada waktu itu.

Almarhum Tengku Abdul Halim Pernah menulis surat rasmi kepada Sultan Terengganu DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (kini Almarhum) pada 12 Mac 1988 berhubung kemusykilan mengenai Buku Pertabalan keluaran 21 Mac 1981 dan buku Pameran Sultan Terengganu yang diadakan pada 17-24 Mac 1981 yang tidak memperakui wujudnya Sultan dan ketua agama dalam negeri Terengganu pada tahun 1942 hingga 1945 selama 3 tahun 4 bulan. Salinan surat bantahan ini juga diberikan salinan kepada Raja-Raja Melayu, Yang Di-Pertua Negeri-Yang Di-Pertua Negeri, Menteri Besar Terengganu, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pesuruhjaya Hal-Ehwal Agama Terengganu dan Kadi Besar/Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Beberapa kenyataan Almarhum Tengku Ali mengenai Putera Sulungnya yang Syah hendak kongsi bersama anda :-
Selain daripada menjadi pemandu kereta sapu, saya juga bekerja sebagai tauke wayang bergerak, dari pekan ke pekan di seluruh negeri Terengganu bersama-sama anak sulong saya, Tengku Abdul Halim. Dia main dipanggung Sultanah. Saya kadang-kadang main di panggung Batu Dua Puluh, Ajil, Hulu Terengganu. Pernah pada satu hari saya mendapat pungutan sebanyak $5,000.00 melalui tiga pertunjukan. Filem yang ditayangkan pada hari itu ialah filem Hindustan yang berjudul 'Dur Badaan'. Walaupun pendapatan yang diperolehi banyak, tapi saya tak ambil satu sen pun daripadanya. Kesemuanya saya serahkan kepada Tengku Abdul Halim yang juga bergelar tauke wayang ketika itu.

Semenjak saya turun tahta tidak ada orang yang ingin mendampingi diri ini kecuali anak-anak dan cucu-cucu saya. Mereka ialah Tengku Abdul Halim anak Sulong saya, Tengku Puteri, Tengku Hasmah, Tengku Badli Shah, Tengku Maleha, Tengku Jaafar, Tengku Mohd. Muhidin dan Tengku Norain.

Al-Fatihah Kepada Almarhum Tengku Ali, Almarhum Tengku Abdul Halim dan Almarhumah Tengku Asmak Semuga Roh Kalian Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.

Festival Hang Tuah di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

24.09.2011, Sabtu - Bermula semalam selama tiga hari berturut-turut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri Melaka mengadakan Festival Hang Tuah bertempat Muzium Istana Kesulatanan Melayu Melaka, Bandar Hilir Melaka. Festival ini adalah julung kali diadakan seumpamanya di Melaka sebagai satu produk untuk menarik pelancong ke Melaka sebagai sebuah negeri yang bersejarah. Diantara aktiviti festival ini adalah pameran panglima Melayu terbilang, tayangan filem Hang Tuah , demonstrasi pandai besi pembuatan senjata Melayu, gerak jurus barongan, pembuatan setanjak, mandi minyak, mandi keris, mandi bunga, mandi limau, demonstrasi gerak silat dan demonstrasi persilatan oleh tiga kumpulan persilatan utama. Nama Hang Tuah digunakan sebagai menghargai jasa dan ketokohan Laksamana Hang Tuah sebagai seorang pahlawan Melayu yang berwibawa serta bertindak sebagai duta kerajaan di dalam menjalin hubungan dua hala diantara kerajaan Melayu Melaka dan kepimpinan antarabangsa pada zaman kegemilangan Melaka.

Gambar dari Bernama menunjukkan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang berbaju kuning meletakkan keris sebagai simbolik perasmian Festival Hang Tuah di perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melaka Malam tadi. Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D' Cruz (tengah) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Othman Mohamad (kanan). Kepada anda yang berada di Melaka untuk bercuti bersama keluarga atau orang tersayang, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melawat ke Festival Hang Tuah.

Beli Keperluan Dapur @ Pasar Rawang

24.09.2011, Sabtu - Malam tadi Syah sampai Rawang Residence hampir jam 22:00hrs dan dari pekan Rawang, Syah naik teksi. Sampai rumah rehat sebentar dan kemudiannya solat. Syah baring-baring dan sedar-sedar jer bangun subuh tadi. Ingatkan lepas solat nak basuh pakaian tetapi serbuk pencuci sudah habis. Jam 08:00hrs Syah tunggu bas ke Pekan Rawang beli keperluan dapur di Pasar Rawang bersama-sama nyonya-nyonya sekitar taman di Rawang Residence Syah. Biasalah kalau hari cuti begini pagi penuh dengan nyonya-nyonya gi pasar dan petang skit plak penuh dengan warga Bangladish dan Nepal terutamanya hari Ahad. Memang depa yang concer bas nie. Biasalah sekali-sekala outing sian diorang bagilah chance kan? Nielah masa mereka nak berhibur dan membeli keperluan dapur. Hendsome gak ada sesetengah nya tu ....patutlah ada anak-anak dara kita ada yang terpikat kat Bangla atau Nepal nie hingga ke jinjang pelamin.

Nie jer lah yang Syah beli kat pasar tadi - Buah-buahan Apple, Orange,Pair manakala Anggur tu semalam punya beli kat pasar malam...........Sayur plak Syah beli Bracoli, Tahu, Tahu lembut, Tomato, Halia, Cendawan dan Fish Ball. Tak tahu bila nak masak coz tengahari nie Syah ambil Herbalife. Balik dari Bandar tadi Syah terus ke kedai belakang Rawang Residence Syah untuk beli pencuci dan on the way balik jumpa orang potong rumput dan Syah tanya depan (referring to my residence) potong tak dan yer katanya.

Masa didapur Syah dengar bunyi mesin rumput kat depan rumah dan minta budak tu potong bersih rumput tepi depan rumah Syah dan bersih habis dipotongnya. Mereka nie majlis perbandaran yang upah potong rumput kat kawasan taman nie tu yang minta dia tolong bersihkan kalau tak mereka potong biasa-biasa jer. lepas tu Syah kemas tanaman depan dan seberang jalan rumah Syah. Setelah selesai Syah cuci car porch dan mandikan AEL Sekali. Sekarang jam 12:53hrs dan tak lunch kerana ambil herbalife. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry................byeeeeeeeeeeeeee.

Friday, September 23, 2011

Salam Semua

23.09.2011, Jumaat - Salam semua, apa khabar.................... today quite busy coz account closing tak dapat nak update blog. Pagi tadi sempat hadiri majlis rumah terbuka office sebelah dan kenyanglah makan hari nie siap bawa masuk office lagi makanan itew untuk makan lepas solat Jumaat. Pagi tadi semasa hantar dokumen ke akaun sempat reschedule appointment untuk fisio dan inform mereka tak dapat datang minggu nie kerana banyak kerja. Syah buat temujanji baru Selasa pagi jam 09:00hrs. Petang nie pula ada appointment dengan May Tan di New York Mid Valley lepas office hours. Jangkaan habis appointment jam 20:30hrs dan lepas tu balik ke Rawang naik Komuter di KTM Mid Valley. Nanti dari pekan Rawang kena naik teksi sebab last bus hanya jam 20:30hrs. Tak tahulah kalau appointment tu habis cepat ........... mungkin sempat kejar bas akhir tu. Kalau ada masa Syah update blog malam nanti kalau tidak pagi esok jer lah..... Ok, Sehingga berjumpa lagi dilain entry....................... Daaaaaaaaa........

Thursday, September 22, 2011

Nasi Ayam for Dinner

22.09.2011, Khamis - Malam nie tiba awal jam 20:00hrs @ Rawang Residence coz naik komuter. Sampai jer tak balik rumah tetapi singah ke pasar malam dahulu. Syah mamam Nasi Ayam pasar malam dinner nie. ingatnak makan sate tadi tetapi tak jual plak malam nie, young tau foo pun sama tak ada malam nie....cuti raya lagi kot tokenya tue? Syah juga beli kuaci putih 7 bungkus RM2.00/pack. Nasi Ayam tu RM4.00. Syah juga beli buah anggor sekilo RM6.00. Ok Makan Semua .................

Temankan My Buddy KY Lunch

22.09.2011, Khamis - Tengahari tadi my Buddy Kak Yam a.k.a KY call dan nak datang ke Menara TM kerana ada urusan di Bank Islam. Dia bertugas di TM Annexe 2 dan invite Syah lunch sekali tetapi Syah inform dia, Syah dah makan heavy breakfast tadi - Lontong dan tak lunch. KY macam merajuk jer dan Syah kat ok Syah temankan dia Mamam. Waktu lunch KY tunggu Syah di food court Aras 3, Menara TM. Lama juga tak jumpa KY. Actually KY nie dah pencen tetapi sambung 1 tahun kerja lagi dan akan berakhir Jan 2012. Kalau tengok muka nampak macam tak pencen lagikan. We all memang awet muda. Hehehhe...........

Kak Yam makan Ayam Panggang kegemaranya tu dan Syah belanja KY minum - Syah minum Milo O Panas dan KY Teh O Ice Limau. Manis sangat airnya dan Syah minta ice segelas dan mereka caj RM0.20. Syah tak minat benda-benda yang manis nie. Syah beli buah nenas sebungkus. Adalah sejam Syah borak-borak santai dengan KY dan kemudian Syah hantar KY ke lif dan naik semula ke office sambung tugas..

Jam 17:00hrs tadi Syah makan Meehon Goreng yang Syah beli pagi tadi. Hari nie rasanya balik naik train coz nak gi pasar malam @ Rawang Residence. Jiran office sebelah buat open house lepas office hours kot sebab masa ke toilet tadi nampak ada catering dah siapkan juadah makanan sampai ke depan pintu belakang kami. Rasanya mereka tak jemput tetapi tak taulah kalau member-member lain ada dijemput. Tak kisahlah coz Syahpun nak balik cepat. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain entry...............

Tok Ayah - Orang Besar 16

22.09.2011, Khamis - Siapakah gerangannya lelaki ini, tentunya kita tertanya-tanya siapakah individu ini. Beliau adalah Tok Haji Abdul Rahim Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah dan berusia 86 tahun. Anak kelahiran Kampong Pulau Tiga, Kampong Gajah, Perak ini bertugas sebagai Orang Besar 16 yang membawa gelaran Toh Wangsa di Istana Perak dan beliau bertanggung jawab memastikan setiap peristiwa penting yang melibatkan Istana dan keluarga diraja Perak berjalan lancar mengikut tatasusila serta adat budaya diraja Perak yang berusia ratusan tahun itu. Beliau juga sering dijadikan sebagai pakar rujuk oleh orang-orang besar istana atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal istiadat keluarga diraja Perak.

Mula berkhidmat dengan keluarga diraja Perak pada 1945 selepas Jepun menyerah kalah. Beliau berasa bertuah kerana dapat berbakti dibawah tiga orang Sultan Perak iaitu bermula daripada Almarhum Sultan Yusuff, Almarhum Sultan Idris dan sekarang Tuanku Azlan Shah. Pada 01.09.1987 Tok Ayah dikurniakan gelaran Orang Besar 32 dan kemudiannya menerima gelaran Orang Besar 16 pada 27.03.2004. Beliau bukan dari keturunan raja, ayahnya Mohamed atau Tak merupakan seorang bilal manakala ibunya, Long Putih merupakan guru Al-Quraan di Pulau Tiga. Walau bagaimanapun Ibunya pernah menjadi Ibu Susuan kepada beberapa orang anak-anak kerabat diraja Perak.

Menurut Tok Ayah, melaksanakan tugas-tugas berkaitan adat istiadat Istana bukan merupakan satu tugas yang boleh diminta-minta sebaliknya ia merupakan kurniaan daripada Kebawah Duli Sultan Perak Darul Ridzuan. Diantara adat istiadat keluarga diraja Perak yang beliau uruskan adalah Istiadat Tabal Kerajaan, Tabal Adat, Tabal Pusaka (seperti Istiadat mengambil air Bersiram Tabal di tujuh Kuala Sungai Perak sempena pertabalan Sultan), menziarahi Makam-Makam Diraja dan Beting Beras Basah, pembinaan pelbagai peralatan sokongan bagi melaksanakan istiadat tersebut seperti Balai Gambang dan kereta pengusung jenazah untuk permakaman keluar diraja Perak.

Apabila diadakan istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, beliau adalah diantara individu yang paling sibuk memastikan segala peraturan berpakaian bagi penerima darjah dan pingat kebesaran dipatuhi sepenuhnya. Beliau juga mahir mengikat tengkolok dan sampin yang merupakan elemen penting dalam komponen pakaian istiadat diraja Perak seperti ikatan tengkolok Bugis Tak Balik, Balung Raja, Ayam Patah Kepak, Helang Patah Sayap, Dendam Tak Sudah, Helang Menyusur Angin dan Getang Perkasam. Beliau mengambil masa tiga hingga lima minit untuk menyediakan ikatan satu tengkolok.

Tok Ayah juga berkebolehan mengubati penyakit misteri yang disebabkan oleh ganguan mahluk halus secara tradisional dan menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh negeri dan ada yang memanggilnya dengan gelaran Pawang Diraja tetapi Tok Ayah memaklumkan bahawa dia Bukan Pawang Diraja. Tok Ayah tidak dikurniakan zuriat tetapi mempunyai ramai anak angkat yang beliau sendiri tidak pasti jumlahnya. Berkahwin sebanyak dua kali dengan Noriah Hussin yang telah meninggal dunia pada 1994 dan sekarang bersama Norkamariah Abu Hassan. Tok Ayah masih lagi kuat ingatan dan mempunyai kesihatan yang baik serta boleh memandu sendiri dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur. Bagi Tok Ayah ada lima perkara penting yang menjadi pegangan hidupnya iaitu Allah, Bertanya, Minta, Yakin dan Jahanam. Menurut To Ayah sebagai seorang Islam kita mesti sentiasa yakin dan bersandarkan kepada Allah, jika tidak tahu mengenai hal dunia kena bertanya dan minta jika perlu serta Yakin dengan apa yang diperolehi. Jika tidak kita akan Jahanam.

To Ayah merupakan seorang yang menyanjung tinggi institusi diraja dan jangan sesekali main-main cakap pasal raja-raja dengan Tok Ayah kerana beliau mudah “Panas Darah” jika ada yang memperlekehkan institusi diraja. Bagi Tok Ayah, beliau akan terus setia dan berkhidmat dengan Sultan Perak selagi hayat di kandung badan.

Semalam Lambat Giler Hari Nie Terlebih Cepat Plak

22.09.2011, Khamis - Pagi semalam bas hendak ke bandar Rawang lambat bukan main lagi sampai dua jam baru bas ada dan masa balik malam semalam orang lain pula yang bawa dan Syah tanya Abang tu dan katanya bas rosak pagi tu. Pagi nie orang lain pula yang bawa dan cepat lima minit lah plak. Baru keluar pintu pagar bas dah lalu dan untunglah bas tu akan berpatah balik semula kalau tidak jenuh gak nak menunggu di laluan lain. Isteri Chong, jiran sebelah rumah tu ingat bas tu tak berpatah balik dan cara dia bercakap tu macam nak offer hantar Syah ke hujung jalan utama tetapi Syah kata bas tu akan berpatah balik.

Yang Syioknya kalau bas nie cepat, we all akan sampai awal kat KTM dan tak perlu berlari untuk kejar train jam 07:00hrs. Biasanya dah hampir jam 07:00hrs baru nak sampai tu yang lari macam lipas kudung tu kalau tak terpaksalah tunggu next train dan biasalah akan lewat masuk kerja. Tak bestlah kalau asik lewat jer masuk kerja apa pula kata member-member lain dan Syah pula tepat 17:30hrs Syah akan keluar office coz balik Syah akan naik bas untuk cost saving. Dalam train tadi bengang betul dengan seorang lelaki Melayu yang pakai baju batik - confirm kerja gomen. Dahlah tak sabar nak keluar dan boleh berdiri dekat dengan orang walhal stesyen lama lagi nak sampai sampai ada perempuan tu cakap saya nak keluar juga yer.......... Lepas tu dia boleh bersin dua kali tanpa menutup mulutnya.

Bila train berhenti Syah cakap dengan Kakak sebelah Syah tu bersin tak tahu nak tutup mulut dan Kakak tu kata Kurang Ajar tu dan Syah juga cakap aa'aa Kurang Ajar. Rasanya dia dengar dan buat tak tahu jer. Kakak tu lagilah dekat dengan lelaki tu masa dia bersin. Pada anda semua jika menggunakan public transport jagalah juga perasaan orang lain coz dah namapun kita berkongsikan perkhidmatan awam tu. Bercakap pasal kos tadi, Dari Rawang Residence - KTM = RM1, KTM - KL Sentral =RM3.60 dan KL Sentral - Kerinchi - RM1.60. One way kosnya sahaja RM6.20. Harga tiket bas pula hanya RM1.50 dan kos waktu balik RM4.10 dan waktu balik kalau tak naik train boleh jimat RM2.10 sehari. Syah kerja lima hari seminggu manakala Sabtu dan Ahad tak kerja. Biasanya nak jimat Syah akan naik bas waktu balik tu yang sampai rumah jam 21:00hrs tu (9pm).

Kos untuk tambang sahaja lebih kurang RM206.00. Kurang lebih cam tu ler tetapi kalau ada hal nak cepat Syah balik naik train jer dan akan sampai rumah sejam lebih awal daripada naik bas. Lately nie Syah jarang berada di KL Residence dan banyak di Rawang sahaja. Itulah rutin seharian Syah - Subuh keluar kerja dan Malam baru balik rumah semula. Nak buat macam mana nak cari rezeki dan yang pentingnya rezeki tu Halal kan?

Wednesday, September 21, 2011

Bas Tarak Woooo Pagi Nie

Inilah Jalan Yang Syah LAlui Untuk Ke KTM Rawang Pagi Nie.

21.09.2011, Rabu - Hari nie memang menyedih kan teramat sesangatttttttttt................. Syah keluar rumah jam 06:25hrs untuk tunggu bas macam biasa tetapi bas tak ada sampai nak hampir jam 08:00hrs. Inilah masalahnya kalau pemandu biasa tu bercuti dan orang yang menggantikannya sesuka hati datang ambil passenger. Mana yang tak ada alternatif lain terpaksalah menunggu sebab tak ada pilihan. Dibas stop tadi ada yang hendak ke sekolah dan ada juga yang hendak ke pusat kesihatan kerana ada appointment. Memang menyusahkan dan pihak pengurusan bas sepatutnya memantau perkara ini. Semua yang menunggu bas terpaksa lambat masuk kerja atau kesekolah.

Dah nak hampir jam 08:00hrs dan Syah tak tahan dah tunggu lama sangat lalu Syah ambil keputusan jalan kaki jer ke Bandar Rawang. Mak Aiii................ jauhnya tetapi tu jer caranya hendak ketempat kerja kerana nak cuti kerja tengah banyak dan akaun dah nak closing nie mentelah my Boss Dek Nor tengah tunggu hari jer nak deliver 1st baby dia. On the way jalan kaki nampak Arip nak gi kuliah lalu Syah tebalkan muka minta tumpang naik motor sampai simpang jalan utama. Adalah 10 minit jika naik motor tetapi jika jalan kaki hampir 45 minit kot sebab pernahlah beberapa kali buat benda tue.

Sampai kat sekolah tu nampak bas 88 baru nak masuk dan nampak macam lelaki Melayu yang bawa dan tak pernah tengok plak mukanya sebelum nie. Hampehhhhhhhhhhh ........... tapi nak buat macam mana itulah perkhidmatan public transport kat negara kita nie dan kita terpaksa akur dan terima kerana tak ada pilihan lain. Sampai kat sekolah, Syah jalan kaki ke KTM dan Arip meneruskan perjalanannya ke UiTM Shah Alam. Adalah 15 minit jalan kaki dan dari jalan besar nampak ada train dan Syah tawakal jer jalan dan Shukur Alhamdulillah dapat naik train ke Sungai Gadut jam 08:15hrs. On the way ke KTM Syah sms my Boss, Dik Nor inform Syah lambat sedikit. Akhirnya sampai juga ke pejabat dan lewat satu jam.

Tuesday, September 20, 2011

GHCM Open House

Baru Lepas Set Rambut........... Hehehhe

20.09.2011, Selasa - Shukur Alhamdulillah Everything berjalan lancar untuk Majlis Rumah Terbuka Group Human Capital Management yang diadakan di Dewan Rumpun Jati, Pusat Latihan Telekom Malaysia atau lebih dikenali sebagai TMTC, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pagi tadi Syah ke office sekejap untuk ambil duit petty cash nak buat payment bagi Assessment Center. Sebelum ke TMTC Syah singgah ke Central Market coz nak set rambut tetapi rupa-rupanya kedai tu dah tutup dan tanya guard mana ada saloon dan katanya dekat Bangkok Bank ada dan akhirnya jumpa juga kedai tu betul-betul dekat tempat Syah selalu tunggu bas coz sebelum nie tak perasan pun. Cuci dan Set rambut RM15. Tu gambar atas sekali tu masa di Saloon.
Dari CM Syah ambil LRT ke Damai dan dari Damai Syah ambil teksi ke TMTC dan kena caj RM3.70. Sampai jer Syah ke Assessment Center untuk uruskan bayaran Petty Cash dan selepas tu Syah ke Rumpun Jati untuk uruskan kaunter makanan Division Syah. Masa Syah datang barang-barang kami telah disusun. Ini adalah member-member satu Division bersama Big Boss kami Dr Zainal Abu Zarin dan Secretarynya Azlina yang berbaju pink itew. Disebelah Azlina adalah Kak Rose, Fad, Syah, Saiful dan Abang Zul. My Boss Dik Nor dan our Big Boss En Moin tak ada dalam gambar nie manakala seorang lagi Abg Talib MC baru lepas admit Ampang Puteri.
Main juadah hari nie Nasi Lemak, Lontong, Nasi Impit, Lemang, Rendang Ayam dan Daging manakala minuman Teh dan Teh O Panas serta mineral water. Setiap Division diminta membawa juadah sendiri secara potluck dan ada kuih miuh, biskut, kek, puding-puding, tapai pulut, kerepek, coklat, bubur-bubur, rojak buah serta buah-buahan. Meriah siap ada games dan tukar-tukar hadiah.
Beginilah keadaan Dewan Rumpun Jati dan diatas pentas tu disediakan bantal-bantal kecil atas karpet untuk yang ingin makan bersila manakala disebelah kirinya ada pentas untuk persembahan hiburan dari warga GHCM. We all punya counter bawa coklat dan gula-gula. Abang Zul tukan beli barang-barang tu dan kami tong-tong duit RM9.70 setiap seorang. Dengar-dengarnya sepatutnya ada video presentation tetapi mc lupa nak inform dan majlis telah dimulakan. Penat jer dengarnya orang yang buat slide tu sampai jam empat pagi baru siap. Hehehe dah tak rezeki kami nak tengok, tak per dan sabar jer lah yer.


Cuteeeeeeeeee nyer.............................. Ini adalah salah satu coklat dikaunter kami. RM15/bekas. Siap ada gambar tikus dan kumbang lagi. Suka Syah tengok benda nie sebab tak pernah jumpa sebelum nie.

Tukar Baju Melayu ................ Ada Hikmahnya

20.09.2011, Selasa - Aum Chak......... Heheheh ...........Pagi nie Syah terlewat bangun sebab alarm phone ada problem dan Syah dah settingkan semula tetapi sempatlah berlari kejar bas 06:30hrs. Masa bangun tadi hujan dan bila nak kuar hujan dah berhenti. Pagi-pagi lagi Syah gosok baju Melayu kerana ada function GHCM Open House di TMTC dan Syah tak jadi pakai Baju Melayu Biru Azrin yang sepatutnya dipakai hari nie. Tergesa-gesa gosok baju pagi nie dan semalam Syah gosok Baju Melayu Azrin tu tetapi pagi tadi baru Syah perasaan streka tu Syah lupa tutup dan nasib baik kepanasannya rendah kalau tak tak tahu apa nak jadi. Mengucap panjang Syah - Itulah kelemahan Syah PELUPA. Untung pagi nie Syah masuk master bedroom untuk gosok baju yang lain kalau tak tak tahulah apa jadi pada rumah Syah. Kedudukan streka tu betul-betul atas pelapik dan Syah tak tonggengkannya since pagi semalam dan jam 06:00hrs tadi baru perasaan. Shukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada streka tu (Stim Iron) kerana Syah setkan dia tak panas sangat dan ada pelapik kalis panas diatas papan pengosok tu. Shukur Alhamdullilah tak jadi apa-apa. Terima Kasih Ya ALLAH.

Itulah hikmahnya tak jadi pakai baju Azrin tu kalau tak tak tahu apa jadi jika streka tu on terlalu lama sangat. Teringat Syah peristiwa dalam tahun 1990an dapur di KL Residence terbakar teruk kerana Syah terlupa nak tutup apinya semasa mengoreng sesuatu dan masa tu bulan puasa. Syah boleh tengok TV dan terlupa yang Syah panaskan minyak dalam kuali. Bila satu rumah penuh asap hitam baru Syah teringat dan kuali yang penuh dengan minyak tu sudah terbakar minyaknya. Rupa-rupanyajika minyak dan api terbakar tak boleh simbah air, tetapi Syah simbah air terus api tu menjulang naik dan menyambar satu dapur sampai lampu dalam bilik airpun boleh pecah. Bayangkan untung tak berlaku kebakaran teruk. Nasib baik ada jiran Chinese datang ambil penyembur api kat luar rumah dan padamkan api dalam kuali tu. Bila sudah padam satu kerja pula Syah terpaksa sapu satu rumah kerana semburan pemada api yang berbuih putih tu bila kering jadi habuk dan Syah terpaksa lap dan cuci dapur kerana sudah bertukar warna hitam atau bejelaga, kemudiannya Syah cat semula dapur tu. Menangis Syah waktu tu ........... Sebelah malamnya Azrin dan Bak datang melawat. Masa tu my brother Muss bertugas di Lahad Datu, Sabah selama lima tahun. Ingat lagi Syah Kakak kat atas KL Residence Syah invite Syah berbuka rumah dia tetapi Syah tak mahu. Kakak tu dah meninggal sekarang kerana ada masalah hati tak silap Syah. Semenjak tu Syah jadi fobia bila nak kuar jer mesti pastikan dapur gas tertutup walaupun Syah tak gunakannya.

Monday, September 19, 2011

Tuanku Mizan di Wisma Pertahanan

19.09.2011, Isnin - Hari ini Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenaan mencemar duli menghadiri Majlis Meraikan Anggota Cedera & Balu Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-78 dan Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Angkatan Tentera Sempenasambutan Hari Raya Aidilfitri. majlis diadakan di Wisma Pertahanan, jalan Semarak, Kuala Lumpur. Turut mengiringi Baginda adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

- Gambar dari Bernama

Shaving dan Mandi

19.09.2011, Isnin - Selepas Maghrib tadi Syah keluar ikut pintu belakang ke kedai gunting rambut dan minta Puttu cukur Syah. Ialah bagi kemas sket misai dan gotee tu sebab esok ada function rumah terbuka Hari Raya Group Human Capital Management. Kena caj RM5.00 dan sempat tanya Puttu dia boleh tak gunting rambut layer dan spike, katanya boleh. Tengoklah macam mana nak try gak sekali sekala coz cajnya RM8.00 jer compare to RM35.00 di KL Sentral tetapi jangan sampai berkala-kala dah lah yer?.............. Kalau cukur atau gunting dikedai Mamak /Indian biasanya dia akan senamkan tengkok kita sampai berdetup bunyinya tetapi Syah akan inform mereka Syah tak mau buat benda tu. Memang tak suka dari dolu-dolu lagi. Sampai jer Rawang Residence Syah terus mandi dan kemudiannya solat Insyak. Sekarang jam 21:33hrs dan Syah sedang mentenet sambil menonton ASTRO cerita Hantu Susu. Kena tidur awal nampak gayanya malam nie supaya nampak fresh esok................ heheheheh.

Tengku Mahkota Kelantan Menghadiri Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

19.09.2011, Isnin - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan pada hari ini. Tengku Mahkota Kelantan juga merupakan Tuanku Pro Canselor UMK telah berkenaan menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi seperti gambar dari Bernama diatas. Turut serta dalam istiadat ini adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Datuk Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

UMK merupakan sebuah Universiti berteraskan keusahawanan dan Seramai 266 graduan pertama UMK daripada tiga fakulti akan menerima Ijazah Sarjana Muda mereka pada Majlis Konvokesyen Pertama ini iaitu Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian akan dianugerahkan kepada graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan manakala graduan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli akan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dengan kepujian. Graduan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian.

Pesta Konvokesyen Pertama telah diadakan di Kampus UMK, Tangok, Bachok, Kelantan akan berakhir hari ini yang bermula 15.09.2011. Dalam pesta ini, Pelbagai program menarik diadakan seperti Seminar dan Forum Keusahawanan Islam bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kenduri rakyat, pameran, sukan dan dan kebudayaan rakyat.

Lunch @ Bandar Rawang

19.09.2011, Isnin - Jam 11:00hrs tadi Syah ke Bandar Rawang untuk lunch. Ingatkan hendak ke KL tetapi fikir semula buat membazir waktu dan duit jer, so Syah lunch kat Lambaian Seafood yang terletak bersebelahan Rawang KTM. Syah makan nasi campur lauk Asam Pedas Ikan Tak Tau namanya, Bayam Masak Air, Cincalok, Kacang Botol dan Telur Masin serta Milo Panas dan cajnya RM7.30. Lepas makan Syah terus ke bas stand untuk balik semula ke Rawang Residence dan sebelum tu Syah beli besi untuk penyangkut frame. Kat bas stand tadi beli buah nenas dan betik dan baru sat tadi jam 16:30hrs habis makan fruits tue.

Jam 14:00hrs Syah sampai ke Rawang Residence. On the way balik jumpa Cik Ana sekeluarga baru nak balik beraya rumah Azrin. Sempat salam mereka dan Kak Cik invite makan dan Syah kata baru lepas makan kat bandar tadi.. Syah minta Azrin tolong drillkan frame Syah dan katanya busy dengan kerja. Ialah ............Business andaman dia makin memberansangkan tu yang busy tu disamping kerja-kerja sales yang dia buat sekarang nie. Mak Cik sempat offer buah pelam dia dan Syah kata tak per lah. Depan Residence nampak vendor tengah buka khemah jiran Syah dan syah sempat tanya Indian guy tu berapa dia caj dan katanya satu khemah, 40kerusi, 10 meja, kipas dan lampu RM200.00 dan jika tambah Skirting RM250.00. Kemudian Syah ambil contact number mereka mana tau kalau buat kenduri doa selamat ker nanti. Standby jer jika diperluakan.

Pagi Isnin dan Sesi Photography Selfservice

THE PRINCE OF MAHARUM BUGIS SYAH

Ahakssss...............

19.09.2011, Isnin - Pagi nie Syah tak kerja kerana ada Emergency Case dan Syah sudah inform My Boss Dik Nor yang Syah Urgent Leave hari nie. Pagi nie pulak hujan lebat dan baru sahaja berhenti lebih kurang jam 10:00hrs tadi. Sekejap lagi Syah hendak keluar. Pagi nie Syah ambil gambar diatas tue sebab ada someone request gambar blogger yang menulis berhubung raja-raja. Biasalah gambar yang diambil sendiri menggunakan timer. So dalam banyak-banyak tu nielah yang Syah pilih nak hantar ke blogger tu. By the way esok ada jamuan Hari Raya Division Syah dan inilah baju yang Syah akan gayakan sebab tema unit kami Biru tetapi Dokoh (kat dada) tu Syah tak pakailah nanti teroverlah plak. Hehheheheh......................

Sunday, September 18, 2011

Dinner Malam Nie

18.09.2011, Ahad - Nielah Santapan Malam Syah hari nie, Mee Sua Tomyam, Soya Bean, Cucur Bilis dan Mangga. Nampak banyakkan dan Naz, member Facebook tanya habis ker tue ??? dan Syah cakap licin dah. Sepatutnya tak elok makan malam nie tetapi lapar sangat coz tak lunch dan breakfast cuma ambil herbalife jer tadi dan petang tadi Syah buat Wholemil Tuna Sandwich. Hari nie Syah tak kemanapun dan berehat dirumah jer........... Tak Boring Pong..... Suka adalah. Hehehehhe

Tuanku Ibrahim Hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Pasir Gudang

18.09.2011, Ahad - Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Pasir Gudang. Majlis diadakan di Dewan Perbandaran Pasir Gudang. Keberangkatan tiba Baginda Sultan disambut oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang sendiri iaitu YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin dan Isteri. Turut memeriahkan majlis adalah Raja Rock Malaysia, Amy Search. Dianggarkan seramai 10,000 orang telah menghadiri majlis ini dan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan melihat Tuanku Sultan Ibrahim dari dekat.

Rumah Terbuka Najib di Pekan, Pahang

18.09.2011, Ahad - Hari ini Perdana Menteri yang amat kita sayangi YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Pekan Pahang. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah diantaranya nasi beryani, ketupat dan lemang. PM juga dilihat membantu menggoreng keropok lekor untuk hidangan tetamu pada rumah terbuka ini. Dianggarkan lebih 50,000 hadirin hadir dimajlis yang dianjurkan oleh Anak Bugis ini termasukkan tetamu kehormat iaitu Sultan dan Sultanah Pahang. Datuk Seri Najib dan isteri juga sempat melihat sumbangan kelengkapan bakal haji kawasan Parlimen Pekan dalam majlis ini.

Appointment Full Semalam dan Makan Free Siang Malam

My Ex Boss KZ - Dia sempat kenalkan Syah kepada beberapa orang tetamu "Inilah Secretary Saya di TM dan satu-satunya Secretary Jantan pada masa tu" Heheheeh lawaklah En Kamarul nie. By the way dialah satu-satunya Bos yang jadi sahabat Syah - Seriouse tetapi open minded dan pernahlah bergaduh besar dengan dia depan public tetapi macam yang Syah kata dia open minded dan terima bila kita minta maaf. Susahkan nak dapat Boss macam tu. Semenjak dia keluar TM Syah tukar profession dan tak jadi Secretary lagi.

18.09.2011, Sabtu - Semalam tak dapat update blog kerana Syah berada diluar seharian. Syah keluar rumah jam 10:00hrs ke Pekan Rawang untuk ke Mid Valley kerana nak jumpa member Syah Naz. Perkhidmatan Komuter dah ok mulai semalam. Syah sampai Mid Valley jam 11:30hrs dan inform Naz nak bawa dia sekali ke Majlis Walimatul Urus Ex Boss Syah En Kamarul Zaman Mohd Amin atau lebih senang dengan panggilan KZ. Naz keberatan hendak ikut dan minta Syah jumpa dia di KL Sentral sahaja coz lepas tu Syah hendak ke Sentul naik Komuter.

Dari Mid Valley Syah ke KL Sentral dan sampai jam 12:00hrs dan Naz belum sampai lagi. Syah sms tapi tak berbalas dan tiba-tiba dia tegur Syah. Rupa-rupanya credit dia habis dan dia baru top-up. So kami lunch sama-sama di Burger King. Mahal juga yek makan kat sini dan thanx to Naz kerana belanja Syah lunch semalam. Masa makan Muss call inform boleh hantar Syah ke rumah KZ tetapi lewat sedikit sebab jiran sebelah rumah we all di KL Residence buat open house plus kenduri doa selamat. So tak perlulah Syah naik Komuter.

Jam 14:05hrs Syah minta diri untuk balik ke KL Residence dan salam Naz sambil ucapkan terima kasih. Malam nie Naz akan balik semula ke Perlis coz dia study kat sana dan dia balik minggu nie kerana kebetulan cuti sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Syah tak balik ke KL Residence dan tunggu Muss di LRT Melati jer. Hampir jam 14:55hrs baru Muss sampai dengan Uncle Shariff yang kebetulan ada di KL Residence. Hari nie Muss outstation. Dari Melati kami cari rumah KZ based on kad jemputan dan akhirnya sampai juga. Waktu kami sampai jam 15:10hrs agaknya lah tetapi orang masih ada lagi coz majlis tamat jam 16:00hrs.


Dr Abdul Rauf Kamarul Zaman dan Pasangannya Dr Farah Aliaa Mohd Ali. Masa Syah jadi secretary kepada Ayahnya dia nie masih bersekolah lagi. En Kamarul selalu berulang-alik ke Bandung melawat anaknya dan Syah selalu menyakat dia dan kata "Boleh tak biarkan budak tu berdikiri sendiri" Tetapikan........ sebagai seorang bapa yang Mithali itu adalah tanggungjawab dia bagi memastikan anak-anaknya dalam keadaan sempurna. Itulah En Kamarul sebenarnya........

Sampai jer salam KZ dan Syah ambil makanan. Sempat sembang-sembag sekejap tanya khabar KZ. KZ nie anaknya tiga orang iaitu dua lelaki dan seorang perempuan dan semuanya ambil bidang medic. Tiga-tiga anaknya doktor. Hari nie wedding anak sulungnya Dr. Abdul Rauf dan pasangannya Dr Farah Aliaa. Tiba-tiba KZ tarik tangan Syah dan kenalkan kepada beberap orang tetamu dan Syah tak kenal siapa mereka. Ruapa-rupanya staff baru dia di syarikat consultant yang dia bertugas sekarang. Dia kenalkan kepada mereka dan katanya " Inilah adalah bekas secretary Saya di Telekom dan satu-satunya secretary jantan masa tu" KZ memang suka berlawak hehehehe........... dan sempat salam mereka. By the way sekarang banyak sekretary lelaki dah kat TM dan Syah pun semenjak KZ tinggalkan TM Syah tak buat tugas-tugas Kesetiausahaan lagi. Syah tukar function buat Admin dan beberapa tahun kemudiannya Syah buat tugas-tugas perakaunan hinggalah sekarang.

Banyak makanan, minuman termasuk cendol, kuih raya serta kerepek dan yang uniknya ada Kueh Teow Goreng Basah yang dibuat kat situ juga. So terpaksalah beratur menunggu giliran kerana kata tukang masak tu benda nie kena buat satu-satu dan tak boleh buat banyak-banyak sekaligus macam mee goreng kerana rasanya akan lari. Syah ambil satu untuk Muss dan Uncle Shariff. Masa Syah nak balik ramai pula jumpa staff lama KZ dari TM yang juga member-member Syah datang. Kebanyakan dari kami sudah tak satu bahagian lagi cuma tinggal Syah dan Azlina jer kat unit lama kami tu. Dari rumah KZ, Muss hantar Syah ke LRT Melati kerana Syah tak tidur di KL Residence hari nie dan nak balik ke Rawang Residence. Bestnya coz Muss pulangkan semula kamera dia pada Syah dan bolehlah menangkap gambar untuk entry blog selepas nie. Thanx Muss.

Kishen disuapkan kek oleh parentsnya - Happy Birthday Kishen

Dari LRT Melati ke Masjid Jamik dan terus ke Bangkok Bank naik Bas baliik Rawang. Syah sampai Rawang Residence hampir jam 20:00hrs dan tiba-tiba Syah terperanjat lihat ada dua khemah besar sebelah rumah Syah. Rupa-rupanya jiran yang langgar kereta Azrin hari tu buat Birthday Party anak lelakinya Kishen Rau. Ada jira inform Syah hadir majlis nie sebab dia invite semua orang kat barisan rumah we all. Ye lah Syah pagi tadi dah keluar awal. So Syahpun hadirlah tunjukkan muka dan Syah minum dan makan buah sahaja dan tak makan nasinya. Tau-Tau jer lah kan? sempat tanya ayah budak tu berapa umurnya dan dia inform 1 tahun 4 bulan dan buat lewat sedikit katanya bagi besar sket. Rupa-rupanya ada majlis keagamaan petang tadi untuk Baby tu.

Ramai gak jemputannya, selain daripada jiran-jiran dan saudara dia, mereka juga jemput Anak-Anak Yatim (Indian) dari Green Park, Rawang, penghuni rumah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtarsh dari Bukit Beruntung dan ada beberapa orang kurang upaya dewasa berkerusi roda yang Syah tak tahu dari mana dan nampak mereka menaiki van. Majlis nie bermula jam 20:00hrs dan tamat sebelum jam 23:00hrs tak silap Syah. Syah pula letih sangat dan terus tidur selepas balik dari birthday party tu dan pagi nie bangun lewat sket sebab letihlah seharian kat luar semalam.

Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry......................

Friday, September 16, 2011

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nenek Askanah






16.09.2011, Jumaat - Akhirnya dapat juga Syah melihat gambar pusara Nenda Angkat Syah Allahyarhamah Nenek Askanah. Nenek adalah nenek kepada Azrin dan Syah dapat gambar nie daripada Azrin semasa mereka melawat pusara nenek pada pagi Hari Raya pertama lepas. Semasa Nenek meninggal dunia syah tak dapat hadir untuk menziarahi jenazah Nenek di Pontian, Johor. Nenek meninggal dunia kerana sakit tua. Selepas solat Syah selalu sedekahkan Al-Fatihah kepada Nenek. Disebelah kiri adalah pusara Allahyarham suami Nenek. Sudah rezeki Nenek dapat disemadikan bersebelahan suami tercinta.

Al-Fatihah....... kepada Nenek Askanah, Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Pekena Laksa Johor Petang Nie

16.09.2011, Sabtu - Petang tadi Azrin call minta Syah datang umah dia coz Kak Cik buat Laksa Johor kerana landlord lama mereka Makcik Saerah and family dan Pakcik Azrin, Cik Yan dan Family hendak datang beraya. Masa Syah sampai mereka sudah ada dan Syahpun kenal mereka semenjak 10 tahun lepas lagi. Dah lama tak makan Laksa Makcik buat dan Syah makan sampai dua pinggan lagi. Specialnya laksa johor nie kerna iannya menggunakan spaghetti dan dimakan dengan ulam-ulam serta ditambah dengan sambal belacan bagi kick lagi. Lepas tetamu balik Syah sembang-sembang dengan Kak Cik, Bak dan Azrin kat luar rumah dan masa nie hari sudah hujan. Jam 19:15hrs Syah balik semula ke rumah Syah yang jaraknya beza tujuh rumah sahaja dari rumah Azrin. Sorry guys tak ada gambar sebab kamera Syah dah bagi kat my brother Muss dan tak tahu bila nak ambil balik kamera tu. By the way thanx to Azrin and family yang invite Syah kerumah mereka tadi untuk makan laksa dan kuih raya. Bukan laksa jer, rojak buah, nasi putih berlauk pun ada tetapi Syah makan Laksa dan kuih raya jer disamping air panas dan sejuk. Rezeki hari nie tak payah nak masak apa-apa since lunch tadi.

Masjid Nurul Iman Open House

16.09.2011, Jumaat - Jam 11:00hrs tadi Syah bertolak ke BandarRawang coz hendak Solat Jumaat di Masjid Nurul Iman, Bandar Rawang. Sampai jer kat bandar Syah ke Maybank keluarkan sedikit duit untuk buat belanja. Selepas tu Syah jalan kaki ke Masjid. Sampai jer Syah tengok ada khemah didepan Masjid dan rupa-rupanya Masjid Nuru Iman buat Rumah Terbuka untuk Hari Raya Aidilfitri. On the way tadi Syah beli wade dan ingatkan hendak makan Mee Rebus yang jual depan Masjid tetapi since dah ada open house on jer lah. Syah makan Nasi Beryani Kambing, Ketupat, Lemang, Kuah Kacang, Rendang Ayam dan Daging serta Jambu Batu serta pelbagai jenis minuman sejuk dan kerepek.

Lepas tu Syah ke toilet dan heran plak Masjid nie grill beberapa pintu toilet cuma buka dua jer. Adalah tu sebabnya mereka buat begitu. Dari toilet Syah terus masuk ke Masjid untuk solat Jumaat dan lepas Solat Syah ambil sedikit minuman dan jambu batu dan tak ambil makanan lain sebab orang ramai sangat malas nak berebut. Sebenarnya perut Syah nie macam meragam jer dari tadi tak taulah kenapa. Sampai Rawang Residence Azrim SMS invite ke rumah dia sebab mum dia buat laksa johor tetapi syah inform tak mengapalah sebab sakit perut. Muss pun ada call Syah juga.