Monday, May 31, 2010
Mak Cik Salwa di Cari - 31.05.2010
Mie Baby Girl - 30.05.2010
Sunday, May 30, 2010
Baby Tak Jadi Mandi - 30.05.2010
Aktiviti arine - 30.05.2010
Atuk Datang Rumah - 29.05.2010
Saturday, May 29, 2010
Wajah Baru - 29.05.2010
Sabtu Yg Busy - 29.05.2010
Aktiviti Jumaat - 28.05.2010
Thursday, May 27, 2010
Lupa Dompet - 27.05.2010
Roti John - 26.05.2010
Wednesday, May 26, 2010
LRT Problem - 26.05.2010
NY Appointment - 25.05.2010
Another Belated Birthday Celebration - 25.05.2010
Inilah buku yang Sya hadiahkan pada Syah. Chronicle of The Russian Tzar. Biography mengenai Tsar Rusia atau raja-raja Rusia. Dulu sebelum Rusia jadi Republic mereka ada Raja dan Raja terakhir ini mati dibunuh bersama-sama keluarganya semasa dalam tahanan. Memang Syah nak beli buku nie lama dah tapi tunggu budget ada................... nampak gayanya dah ada orang sponsor gitu. Shukur Alhamdulillah kerana bertambah lagi koleksi buku-buku diraja Syah @ MBS Mini Royal Library di Rawang Residence.Thanks Sya. Patutlah hari tu Nash tanya Syah buku raja-raja ada jual kat mana dan tanya Syah pasal buku-buku nie dan katanya dia minat gak kisah raja-raja nie........... Setahu Syah bila plak budak nie minat raja-raja. Rupanya ada udang sebalik mee yer.........pandai yek . Harga buku nie RM86.50 @ Kinokuniya KLCC. Nash dah cuba cari kat book store yang lain tapi katanya buku nie hanya ada di Kinokuniya sahaja.
Inilah dissert we all makan ramai-ramai. Budak-budak nie make fun dengan benda nie. Hhehehe lawak betul dia orang..................... Ada yang kata macam sotong kurita dan ada yang kata macam topi jerman. Itew kek coklat dan aiskrim sebenarnya dan coated dengan coklat. Syah kata kat dia orang kerasnya coklat tu dan semua ketawa. Terkekek-kekek dia orang ketawa kerana ada makna lain kot?. Memang keras benda tu diketuk baru pecah. Selain tu macam-macam cerita ada ............. sampai cerita ada orang kentut dalam kereta masa outstation ke JB pun ada, makan siput sedut sampai baju kotaor lah dan macam-macam lagi. Ok lah Sekali lagi Terima Kasih Syah ucapakan pada Syuhada, Nash, Yaya dan Azwan. THANKS A LOT. Semuga anda semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki terutamanya Syuhada. Today Yaya inform Sya deman........... Alaaa sian dia .......... Syah doakan semuga Sya cepat sembuh. AMIN.
Monday, May 24, 2010
Practicle Student - 25.05.2010
Inilah budak-dudak ITEW :-
- Tudung pink tu namanya Nurdiyana bt Mohd Amin. Student Multimedia College - Diploma in Accounting with Multimedia. Pakaiannya hari ini glamour habis. Masa ke TM Annexe Syah tengok dia asik betulkan kain dia jer....rupanya benang kat kainnya tersangkut kat kasut dia dan benang tu tertarik jadi kainnya berkedut nampak macam beropol-ropol. Mata dia yang mahal tue..hehehehhe
- Tengah tu Namanya Mohammad Shahizam bin Ahmad Ismail. Student Multimedia University di campus Cyberjaya. TM Scholar. Panggilannya Shah ....hemmmmmm sekarang ada tiga Syah di division nei dengan ejaan nama yg berlainan termasuk Secretary boss - Syuhada yang dieja Sya. Shah nie student BBA Finance with Multimedia. Budaknya nampak sempoi tapi tak tau arrrrr.
- Si Baju hijau tu namanya Nor Ema Natasya bt Yahya. Sama college dengan Diana dan course yang sama. Pakaian hari nie pun glamour. Ko orang pakat ramai-ramai yek?
- Yang tiada dalam gambar coz dah balik tu namanya Nurshida bt Abdul Kuddus. Finance jugak. Nak panggil apa tak tau lagi coz masa petang tadi dia tak ada.......Nur ker......Shida.... ker atau Ida.....
Pagi tadi Syah serahkan Personal Particulars Form for Practicle Student kepada mereka. Form nie Syah yang buat sendiri dan simpan sebagai rekod pelajar-pelajar yang pernah menjalani latihan industri di Bahagian Syah. Syah beri mereka masa seminggu untuk mengisi borang tu. Pagi tadi juga minta mereka ke Bahagian Keselamatan untuk apply temporary card untuk memudahkan mereka keluar/masuk office. Syah inform mereka walaupun mereka student account/finance tapi masa practicle mereka terpaksa juga buat benda yang lain termasuk tugas-tugas admin dan lain-lain perkara yang kita fikirkan mereka kena/perlu buat. Ok lah tue...................... yang penting awak semua kena belajar @ terpaksa belajar perkara-perkara yang tidak dipelajari di universiti seperti time management, stress management dan macam-macam lagi pengalaman sebagai pekerja. Selamat menjalani latihan industri di TM. All the best yaaaaa.....................
Elia Tokleh Masuk Istano - 24.05.2010
Sunday, May 23, 2010
'Abdul Mateen masuk Akademi Tentera Diraja Sandhurst - 23.05.2010
Keberangkatan tiba Sultan Brunei ke Government House Akademi Tentera Diraja Sandhusrt, RMAS disambut oleh Komandan RMAS, Mejar Jeneral PC Marriot dan isteri. Selepas menandatangani buku pelawat baginda telah diberi taklimat mengenai Commissiong Course (kursus penauliahan). Selepas itu baginda berangkat melawat Old College yang merupakan kolej lama baginda sewaktu mendapat latihan di RMAS sekitar tahun 1967. Baginda mengambil kesempatan ini untuk meninjau kemudahan-kemudahan frasarana yang terdapat dikolej berkenaan termasuk bilik kediaman anakanda baginda seperti dalam gambar diatas. Turut mengiringi baginda adalah salah seorang puteri baginda, YTM Paduka Ser Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.
Mahkamah Tolak Bantahan Awal Elia Suhana - 23.05.2010
Hari ini Hakim Syarie, Abdullah Man dari Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan telah membuat keputusan menolak permohonan bantahan awal isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana bt Ahmad bagi membatalkan permohonan lafaz cerai talak tiga yang difailkan oleh Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada 09 Mac 2010 lalu. Lafaz cerai berkenaan didakwa dilafazkan oleh Al-Sultan Kelantan ketika masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 12 Februari 2010 dihadapan beberapa orang saksi termasuk Datin Nik Rorhana sendiri. Abdullah mengambil masa lebih kurang 15 minit ketika membacakan penghakimannya berhubung kes ini.
- Katanya "Apa yang dilakukan oleh plaintif (Datin Nik Rorhana) tidak bercanggah dengan hukum syarak kerana mendakwa telah mendengar lafaz berkenaan yang memohon agar hak Allah SWT itu dapat diselesaikan dengan baik. Ini bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak baik dan mahkamah boleh membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai pandangan"
- Abdullah juga berkata, "dari segi perundangan adalah tidak wajar plaintif (Datin Nik Rorhana) membawa kes ini ke mahkamah kerana Sultan Kelantan selaku ketua agama, baginda dilindungi hak-hak mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan."
Sehubungan dengan itu, perbicaraan lafaz cerai berkenaan akan tetap diadakan pada 13 Jun 2010. Pihak Mahkamah dijangkan akan memohon untuk menghadap Al-Sultan Kelantan di Istana Mahkota, Kota Baharu, Kelantan bagi membolehkan siasatan dilakukan bersabit dakwaan lafaz cerai baginda itu.
Cik Puan Elia dan Datin Nik Rorhana bersama peguam masing-masing hadir di Mahkamah bagi mendengar kes bantahan awal lafaz cerai ini dan Cik Puan Elia Suhana kelihatan mengalirkan air mata apabila Hakim membacakan keputusan berkenaan. Menurut peguam syarie Cik Puan Elia, Fakhrul Azman Abu Hasan, mereka tidak akan membuat sebarang rayuan walaupun mendapat peruntukan selama 14 hari untuk berbuat demikian malah sudah bersedia menghadapi perbicaraan yang telah ditetapkan pada 13 Jun depan. Manakala Peguam syarie yang mewakali Datin Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan tujuh saksi dalam perbicaraan berkenaan.
Gambar Cik Puan Elia di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu pada hari ini bagi mendengar keputusan mahkamah bagi membatalkan permohonan cerai talak tiga beliau.
Bersama-samalah kita tunggu keputusan perbicaraan yang akan dijalankan pada tanggal 13 Jun 2010 semuga yang benar akan mendapat pembelaan sewajarnya dan jika itu adalah ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah SWT maka kita semua harus menerima keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai Qada dan Kadar yang telah ditentukan untuk Cik Puan Elia. Syah pasti Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu akan menjalan dan melaksanakan tanggungjawabnya mengikut hukum-hukum syarak. Kepada Cik Puan Elia banyak-banyaklah bersabar dan jangan lupa untuk menunaikan solat hajat supaya beroleh kebenaran.
Shahir Juara AF8 - 23.05.2010
- Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, dari Seremban, Negeri Sembilan
- Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana, 22, dari Johor Bahru, Johor
- Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus, 22, dari Kuching, Sarawak
- Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, dari Ranau, Sabah
- Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22 dari Ipoh, Perak
- Tengah : Juara AF8 - Shahir, Kiri : Naib Juara AF 8 - Adira dan Kanan : Tempat Ketiga - Daus
Naib Juara jatuh kepada Adira dengan pulang hadiah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, baucar percutian tajaan May-belline dan beberapa hadiah menarik lain serta trofi dan sijil penghargaan. Manakala Tempat ketiga memihak kepada Daus dengan membawa pulang hadiah set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo dan beberapa hadiah lain serta tropi dan sijil penghargaan. Tempat keempat jatuh kepada Maulana dan Kelima Iwan yang mana masing-masing menerima tropi dan sijil penghargaan.
Pada tahun ini terdapat keistemewaan kepada para peserta akhir dimana mereka telah diberi peluang untuk mengeluarkan single dan video clip masing-masing dan tidak secara langsung mereka sudah bergelar artis. Video clip mereka telah dimainkan di Astro bermula jam 11:00pm malam tadi.
Dalam konsert akhir ini, setiap peserta akan menyampaikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk mereka dan satu lagu pilihan seperti berikut:-
- Shahir mempersembahkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings
- Adira menyanyikan lagu Ku Ada Kamu ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Tiru Macam Saya (Datuk Sheila Majid)
- Daus mendendangkan lagu Kenapa? ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Doktor Pakar Cinta (Yusry KRU)
- Maulana menyampaikan lagu RSVP ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Susun Silang Kata (Aizat)
- Iwan mengalunkan lagu VIP ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Relaku Pujuk (Spider)
Semuga dengan kehadiran warga-warga AF8 ini kedunia seni tanahair sedikit sebanyak akan menyemarakkan lagi industri muzik negara kita keperingkat yang boleh dibanggakankan dan bertaraf dunia. Amin.
Saturday, May 22, 2010
NY & Adidas - 22.05.2010
Di NY Syah beli Refreshing Wash RM60.00 coz stock dah habis hampir seminggu. Masa di Mid Valley pula Syah beli set special edission South Africa Adidas sempena world cup nie ada promotion di Mid Valley. Harganya RM52.00. Dalamnya ada Eau de Toilette natural spry, Deo body spray dan key chain. Sebenarnya Syah salah beli ingatkan dalamnya ada deodorant rupanya body spray dah balik rumah baru perasan. Tak per lah. Masa beli benda nie mereka suruh Syah sepak bola untuk dapatkan free gift. Syah inform mereka tak payahlah, bukan apa Syah memang tak suka bola. Hehehe jangan marah yer kawan-kawan .......
Muss Outstation - 22.05.2010
Anakanda Tengku Mahkota Pahang Masuk Hospital - 22.05.2010
Buat masa ini Tengku Afzan dilapurkan dalam keadaan stabil. Bersama-samalah kita memanjatkan Doa agar Tengku Afzan cepat sembuh. AMIN.
Friday, May 21, 2010
Lirikhatiku :- Tahajjud Cinta - 22.05.2010
Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
Elia Dibenar Lawat Tuanku - 21.05.2010
Shukur Alhamdulilah dan Tahniah kepada Cik Puan Elia Suhana yang telah mendapat hak kebenaran melawat suaminya Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Inilah yang Syah katakana dalam entry sebelum ini jika Cik Puan dipihak yang benar maka kebenara akan memihak kepadanya. Kita harus menanamkan kepercaya kepada system perundangan di Negara ini yang tidak dipengaruhi oleh pihak lain dalam membuat keputusannya. Cik Puan dijangka akan cuba untuk melawat Tuanku Ismail di Istana Mahkota esok 22.05.2010 sepertimana arahan mahkamah.
Semalam Mahkamah Rayuan Syariah telah membuat keputusan agar hak lawatan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kepada Cik Puan Elia untuk melawat suaminya secara giliran bermula dari pukul 7 pagi setiap hari Sabtu sehingga pukul 7 pagi hari Isnin DITERUSKAN. Keputusan ini dibuat oleh Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohammad, Hakim Syarie, Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan, Wan Hassan Wan Mohamad. Mereka membuat keputusan berkenaan selepas menyemak afidavit dan nas undang-undang yang di`kemukakan oleh Cik Puan Elia dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Datuk Daud memaklukkan bahawa penanguhan bagi mendapatkan hak lawatan kekal tidak sepatutnya berlaku memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan oleh mahkamah kepada seorang isteri yang sah.
Elia Suhana diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan sementara Tengku Anis diwakili dua peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan Cik Puan Elia melawat Tuanku Sultan secara giliran, walau bagaimanapun perintah tersebut gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh Raja Perempuan Kelantan, pengawal peribadi, Mohd. Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussein Merican.
Pada 4 April 2010, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan untuk menggantung sementara perbicaraan permohonan Cik Puan Elia bagi mendapatkan hak lawatan kekal terhadap suaminya sehingga 13 Jun 2010. Penggantungan prosiding itu dilakukan sementara menunggu keputusan bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap beliau.
Pada 21 Mac 2010, Cik Puan Elia melalui peguamnya telah memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan terhadapnya yang difailkan oleh seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman. Bersama-samalah kita berdoa agar Cik Puan Elia Suhana sabar menghadapi dugaan ini dan semuga beliau berjaya menemui suami tercinta . Amin.
Wednesday, May 19, 2010
Ramli Meninggal Dunia - 19.05.2010
Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah, pihak polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat). Walau bagaimanapun selepas kematian Allahyarham pagi ini pihak polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
AMIN.
Dan Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham semuga tabah menghadapi dugaan ini. Yang pergi tetap akan pergi dan pada yang tinggal harus meneruskan kehidupan ini.
Ramli Mohamad Kritikal - 18.05.02010
Cd ke program motivasi - 19.05.2010
Tuesday, May 18, 2010
Sultan Brunei ke KL - 18.05.2010
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Raja Perlis - 18.05.2010
Gambar dari Utusan Malaysia
Dalam istiadat ini, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan sebanyak 40 darjah kebesaran dan pingat kepada 40 orang penerima. Majlis santapan tengahari pula telah diadakan di Dewan Warisan, Kangar bersama-sama para jemputan.
Sunday, May 16, 2010
Lunch @ KL Residence - 17.05.2010
Malam tadi Cd tidur rumah Kak Ngah Faziah. Pagi tadi balik. Syah dan Muss ke Pasar Tani beli keperluan dapur. Bila sampai rumah Muss inform dia beli ketam. Alamak Muss nie selalu buat mengejut macam tu kalau dia inform beli ketam dari tadi taklah ada masalah tak cukup bahan. Dah pesan kat dia tadi jangan beli ketam. So Syah suruh dia pergi kedai balik beli daun kari, asam keping dan udang kering. Mula-mula nak masak ketam lemak tapi Muss pula nak Ketam Kari pula dan dia minta campurkan dengan telur ikan dan bende. Pening betul dengan si Muss nie. For lunch today we all makan kerang rebus, ketam masak kari, kerabu ulam, daging masak merah dan telur ikan kari campur bende.
Kasutbaruku @ KLCC - 16.05.2010
(tak kemana pong. balik umah terus nonton AF - Akademi Fantasia)