Sunday, November 17, 2013

Syah Ke Brunei Darussalam


17 November 2013, Ahad :-


Salam kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot.com.  Insyallah Syah akan berangkat ke Negara Brunei Darussalam esok pagi dan akan berada disana sehingga 25 November 2013 atas urusan peribadi.  Jika ada kesempatan Syah akan kemaskini blog Syah jika tidak kita akan berjumpa lagi apabila Syah kembali semula ke Malaysia.  Doakan semuga perjalanan Syah selamat dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya dimana jua Syah berada.  Amin.

Salam Hormat.

Saturday, November 16, 2013

Raja Nazrin Shah Hadiri Majlis Inaugural Perak Bar Law Lectures

16 November 2013, Sabtu :-

Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menghadiri Majlis Inaugural Perak Bar Law Lectures di Ipoh, Perak.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir ; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani.

Kelihatan baginda berkenan menyampaikan Perak Bar Lifetime Achievement Award kepada Tan Sri Jeyaratnam Vellupillai. Dalam majlis ini juga baginda menyampaikan anugerah Perak Bar Sports Achievement Award kepada Purshotamandas Nathermal Thadani.

Sumber :- Bernama / NST online 

Thursday, November 14, 2013

Sultan Selangor Arah Henti Guna Kalimah Allah Dalam Bible, The Herald Versi Bahasa Melayu


14 November 2013, Khamis :-

Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dalam titahnya mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah dalam "Bible" dan penerbitan "The Herlad" versi Bahasa Melayu diberhentikan serta merta. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dikalangan umat Islam di Selangor. Baginda mahukan rakyat Selangor menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.  Titah baginda ini disampaikan melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais. 

Keputusan bahawa rakyat Selangor tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur terhadap larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam diambil oleh Tuanku Sultan Sharafuddin setelah mengadakan perundingan bersama Dewan Diraja Selangor pada 11 November 2013. Ianya juga dibuat berdasarkan peruntukan didalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembanan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Baginda juga menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan terhadap isu ini dan menjadikannya sebagai agenda politik mereka. Tuanku Sharafuddin juga berharap agar umat Islam besatu hati mempertahankan kesucian kalimah Allah ini dan menghalang sebarang usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahguna dan mengina kalimah Allah. 

Baginda juga mendoakan agar perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini terpelihara dan hidup aman damai, menghormati antara satu sama lain dan bertolak ansur.  

Sumber :- Bernama

Wednesday, November 13, 2013

Pengiran Muda Mahkota Brunei Berangkat Pulang

13 November 2013, Rabu :-

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat pulang ke Brunei malam ini. Duli Yang Teramat Mulia berada di Malaysia untuk lawatan rasmi negara selama lima hari berangkat tiba ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas. Turut mengucapkan selamat jalan kepada Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor adalah Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  dan Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Pengiran Muda Mahkota Brunei dan Rombongan Berangkat ke Johor Untuk Lawatan Rasmi

13 November 2013, Rabu :-

Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat dari Kuala Lumpur ke Johor Baru untuk melakukan lawatan rasmi ke negeri Johor Darul Takzim. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambut oleh Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim ; Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Hj Obet Tawil, pegawai-pegawai kanan pejabat SUK Negeri Johor, ahli-ahli Exco Johor serta Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei ke Malaysia, Dato Paduka Hj Ishaaq Hj Abdullah dan isteri.

Di Johor, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia menginap di Thistle Hotel, Jalan Sungai Chat, Johor Baharu, Johor.

Sumber :- Pelita Brunei

Monday, November 11, 2013

YTM PAIPA Sarah Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

11 November 2013, Isnin :-

Hari ini Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman bersama putera dan puteri baginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah telah berkenaan berangkat ke Taman Burung Kuala Lumpur.  Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia ke Taman Burung Kuala Lumpur disambut oleh Pengarah Taman Burung Kuala Lumpur. Yang Teramat Mulia dan anakanda baginda telah diberi taklimat oleh Ranger Taman Burung Kuala Lumpur sebelum mereka menyaksikan sendiri burung-burung berkenaan dari dekat.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Pengiran Muda Mahkota Brunei Dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para


11 November 2013, Isnin :-

Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para.  Pemakaian beret dan sayap penerjunan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Darat, Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed  Affandi Raja Mohamed Hussein dalam satu majlis yang diadakan di Kem Terendak, Melaka.

Penganugerahan beret dan sayap penerbangan ini merupakan penghormatan tertinggi daripada 10 Briged Para yang dianugerahkan kepada pemimpin tentera atau kerajaan didalam atau luar negara yang terpilih dimana ianya adalah esklusif dan melalui pencalonan yang amat teliti. Duli Yang Teramat Mulia merupakan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia beserta 20 orang anggota deligasi dari Brunei pada jam 12:20hrs ke Kem Terendak diiringi oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah diambut oleh Panglima Angkatan Tentera Darat, Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed  Affandi Raja Mohamed Hussein.

Dalam majlis ini juga, Duli Yang Teramat Mulia telah dipersembahkan dengan demonstrasi taktikal 10 Briged Para di Dataran Parawood, Kem Terendak. Tahniah diucapkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah diatas anugerah ini.

Sumber :- Bernama / Jabatan Penerangan Brunei

Pengiran Muda Mahkota Brunei dan Isteri Menghadiri Majlis Mengadap dan Santapan Malam di Istana Negara


11 November 2013, Isnin :-

Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat ke Majlis Mengadap dan Santapan Malam di Istana Negara.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ke Istana Negara disambut oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Mejar Jeneral Dato' Md Tajri bin Alwi.  Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia kemudiannya menandatangani buku pelawat sebelum berangkat masuk ke Dewan Seri Negara. Sebelum majlis mengadap bermula baginda berdua kemudiannya menghadiri sesi bergambar bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.

Setelah Majlis Mengadap di Dewan Seri Negara selesai, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia  serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Dewan Seri Maharaja bagi Majlis Santapan Malam Diraja.

Sumber :- Pelita Brunei / Bernama

Saturday, November 9, 2013

Ku Mei Kemalangan Motorsikal


09 November 2013, Sabtu :-

Salah seorang kerabat diraja Perak mengalami kemalangan motorsikal di Cameron Highland pagi tadi. Ku Mei sekarang dimasukkan ke Hospital Pantai Puteri, Ipoh, Perak. Kepada yang mengenali beliau bolehlah datang melawat beliau di Bilik 2023.  Keadaan beliau dilaporkan stabil. Syah doakan Semuga Ku Mei cepat sembuh dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya, Amin.


Sumber :- Raja Mariam

Persatuan Kerabat Diraja Kedah Akan Didaftar Semula



09 November 2013, Sabtu :-

Persatuan Kerabat Kedah atau sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kerabat Diraja Kedah telah dibatalkan keahliannya oleh Pendaftar Pertubuhan atau ROS pada 26 September 2013 kerana perjalanan persatuan tidak mengikut pentadbiran disamping berlakunya penyelewengan termasuk melibatkan penggunaan lambang persatuan pada kenderaan bukan ahli dan kutipan tajaan bagi kepentingan peribadi. Bekas Timbalan Yang Dipertua persatuan berkenaan, Tuan Syed Idrus bin Syed Baharom dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa persatuan baru akan diwujudkan dengan menggunakan nama Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan akan didaftarkan semula pada hari Khamis, 14 November 2013 bersamaan 10 Muharram 1435H.

Tambah Tuan Syed lagi, berikutan pembubaran ini, sesiapa yang didapati menggunakan lambang persatuan itu pada kenderaan masing-masing boleh dikenakan  tindakan undang-undang mengikut akta pertubuhan 1966. Tuan Syed dalam kenyataannya memaklumkan Persatuan ini mula ditubuhkan pada tahun 1997 menggunakan nama Persatuan Kerabat Diraja Kedah.  Walau bagaimanapun pada Julai lepas atas titah perintah Sultan Kedah yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mengugurkan perkataan Diraja bagi persatuan ini dan dikenali dengan panggilan Persatuan Kerabat Kedah sahaja. 

Tuan Syed Idrus akan menerajui persatuan baru ini sebagai Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan beliau meminta agar ahli persatuan yang berjumlah 700 ahli supaya mendaftarkan semula keahlian masing-masing.

Sumber :- Kosmo

Friday, November 8, 2013

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Solat Jumaat di Masjid Negara


08 November 2013, Jumaat :-

Tengahari tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Duli Yang Teramat Mulia dan keluarga berangkat tiba pagi tadi melalui Pengkalan Udara Subang, Selangor.  Sewaktu berada di Masjid Negara, Duli Yang Teramat Mulia telah berkenaan menziarahi Kubah Makam Pahlawan yang  merupakan perkuburan bagi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Duli Yang Teramat Mulia dan rombongan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi negara selama lima hari. Lawatan ini bagi memperkukuhkan hubungan dua hala antara Brunei Darussalam dan Malaysia serta memantapkan lagi kerjasama kedua buah negara dalam bidang pertahanan dan ekonomi.

Kebiasaannya Syah solat Jumaat di Masjid Negara tetapi hari ini Syah Solat Jumaat di Surau Menara TM kerana banyak kerja dan tak sempat Solat Di Masjid Negara.  Tak ada rezeki, jika tidak dapat juga melihat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dari dekat.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/Bernama

Tengku Kudin Menawan Kuala Selangor


08 November 2013, Jumaat:-

Tahukah anda Pada tanggal 08 November 1837, Tengku Kudin atau nama sebenarnya Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid yang juga merupakan menantu kepada Sultan Selangor ke-3, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah telah berjaya menawan Kuala Selangor yang pada ketika itu merupakan kubu kuat Raja Mahadi. Kejayaan ini merupakan satu peristiwa penting yang membawa kepada campur tanggan Inggeris di Negeri Selangor. Perang Saudara di Selangor berlaku diantara tahun 1867-1874 kerana persengketaan diantara Raja Mahadi dan pengikutnya dengan keluarga Raja Abdullah mengenai isu kutipan cukai dan perebutan jawatan.  Semasa Raja Mahadi mengusai Kuala Selangor, keadaan ketika itu menjadi bertambah buruk sehinggakan Sultan Abdul Samad sendiri tidak dapat menyelesaikannya. Sehubungan dengan itu, baginda melantik menantunya, Tengku Kudin menyelesaikan masalah berkenaan. 

Perlantikan ini telah mengubah keadaan perang saudara di Selangor daripada pertelingkahan diantara Raja Mahadi dan Raja Abdullah kepada penentangan diantara Raja Mahadi terhadap Tengku Kudin. Ahkirnya Tengku Kudin berjaya menawan Kuala Selangor dengan bantuan Pahang, pihak Inggeris dan askar upahan. Bermula dari sinilah campurtangan pihak Inggeris mula menular di Selangor sehingga wujudnya pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1874.

Sila click entry Syah terdahulu untuk mengetahui siapakan Tengku Kudin secara ringkas :-

Sumber :- Arkib Negara /MBS

Wednesday, November 6, 2013

Makam Allahyarhamah Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin


06 November 2013, Selasa :-

Inilah dia makam Allahyarhamah Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin yang dimakamkan semalam di Kubah Makam Diraja. Allahyarhamah mangkat pada 04 November 2013 bersamaan 30 Zulhijjah 1434H jam 21:15hrs di Jerudong Medical Center dalam usia 83 tahun kerana sakit tua.

Jenazah Allahyarhamah Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah dimakamkan bersebelahan makam adindanya Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Siti Halimah bt Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin. Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Siti Halimah mangkat pada hari Ahad, 04 Januari 2009 bersamaan 08 Muharram 1430H. Jika dilihat secara kebetulan kedua-duanya mangkat pada tanggal 04 haribulan.

Al-FAtihah .......... Semuga Rohnya Allahyarhamah Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin  dan Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Siti Halimah bt Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber : RM

Tuesday, November 5, 2013

Sultan Brunei Ziarah Jenazah Allahyarhamah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin



05 November 2013, Selasa :-

Sebentar tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menziarahi jenazah Allahyarhamah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin dikediaman Allahyarhamah di Jalan Ong Sum Ping. Kelihatan Tuanku Sultan Brunei berdiri dihadapan jenazah Allahyarhamah yang sedang diusung keluar dari kediamannya untuk dibawa ke Kubah Makam Diraja untuk dimakamkan. 

Sumber :- Danny

Sultan Brunei Berangkat Ke Majlis Sambutan Awal Tahun 1435 Hijrah Peringkat Negara

05 November 2013, Selasa :-

Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1435 peringkat Negara yang diadakan di Jame'Asr Hassanil Bolkiah di Kampong Kiarong. Dalam majlis ini juga diadakan pengurniaan Anugerah Tokoh Ugama/Jasawan Ugama dan Anugerah Bakti Hijrah bagi tahun 1434 Hijrah. 

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Brunei dan kerabat diraja disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Hj Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis dimulai dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1434 yang dipimpin oleh Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya Hj Ibrahim.  Kemudiannya diadakan Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Hj Awang Suhaili Hj Mohiddin dan diikuti dengan bacaan Doa Awal Tahun 1435H. Selepas itu diadakan pula Solat Sunat Hajat berjemaah diimamkan oleh Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Hj Awang Suhaili. Solat Sunah Hajat ini adalah bagi memohon supaya Negara Brunei Darussalam terhindar dari bala bencana serta negara beroleh kemakmuran dan kesejahteraan.


Majlis penganugerahan pula dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Tema sambutan pada tahun ini adalah "Menghayati Wawasan Hijrah". Anugerah Tokoh Ugama/Jasawan Ugama dianugerahkan kepada Timbalan Mufti Kerajaan Brunei, Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili Hj Awang Mohiddin manakala Anugerah Bakti Hijrah diberikan kepada Pengiran Haji Merali Pengiran Haji Ismail berusia 67 tahun dan Awang Haji Mohd. Salleh Haji Timbang berusia 82 tahun.


Setelah Majlis Penganugerahan selesai, para jemaah bersama-sama Sultan Brunei  dan kerabat diraja menunaikan Solat Insyak berjemaah yang diimamkan oleh Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Hj Awang Salim Hj Awang Besar. Solat berjemaah dan doa kesyukuran bagi menyambut tahun baru Hijrah 1435 turut diadakan di masjid-masjid dan surau-surau serta balai-balai ibadat seluruh negara Brunei Darussalam.  


Sumber :- Pelitabrunei

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Bacaan Yassin dan Doa Akhir Tahun serta Doa Awal Tahun


05 Oktober 2013, Selasa :-

Petang semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke Majlis Bacaan Yassin dan Doa Akhir Tahun serta Doa Awal Tahun sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H di Masjid Negara Kuala Lumpur. Turut mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber :- Bernama

Monday, November 4, 2013

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mangkat



04 November 2013, Isnin :-

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin telah mangkat sebentar tadi jam 21:15hrs di Jerudong Medical Center kerana sakit tua. Jenazah akan dibawa ke kediaman Allahyarhamah di Jalan Ong Sum Ping. Allahyarhamah berusia 83 tahun. Jenazah akan disempurnakan esok di Kubah Makam Diraja.  


Al-Fatihah .......Semuga Rohnya Allahyarhamah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.Amin.

Sumber :- Danny

'Abdul Wakeel dan Ameerah Hadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Perkahwinan Dayang Dhau'iyyah dan Dayang Mas'udah

Click gambar untuk imej yang lebih besar.

04 Oktober 2013, Isnin:-


Semalam anakanda kepada Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Doa Selamat dan kesyukuran sempena perkahwinan anakanda angkat kepada Sultan Brunei dan Raja Isteri iaitu Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas'udah binti Abdullah. Majlis diadakan di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club, Bandar Seri Bagawan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/Pelitabrunei

Cenderamata Perkahwinan Anakanda Angkat Sultan Brunei dan Raja Isteri

04 November 2013, Isnin :-



Inilah cenderahati untuk para tetamu yang menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda angkat kepada Sultan Brunei dan Raja Isteri iaitu Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas'udah binti Abdullah.  Majlis Perkahwinan diadakan semalam di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club, Bandar Seri Bagawan. Majlis Berbedak diadakan pada 02 November 2013 Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel, Bandar Seri Bagawan manakala Majlis Menerima Tanda Pertunangan dan Akad Nikah diadakan pada 01 November 2013 di Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel, Bandar Seri Bagawan bagi Dayang Mas'udah dan 31 Oktober 2013 bagi Dayang Dhau'iyyah.


Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah bertemu jodoh dengan pasangannya Awangku Abu Bakaruddin Shah Dinny bin Pengiran Haji Kamaruddin manakala Dayang Mas'udah binti Abdullah telah diijab kabulkan dengan pasangannya Awangku Haji Muhammad Ali-Yusrin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sani.


Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan pasangannya Awangku Abu Bakaruddin Shah Dinny bin Pengiran Haji Kamaruddin. 



Dayang Mas'udah binti Abdullah dan pasangannya Awangku Haji Muhammad Ali-Yusrin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

Sumber :- Danny

Sultan Brunei dan Raja Isteri Hadiri Majlis Perkahwinan Anakanda Angkat Baginda Berdua


Sila Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar


04 November 2013, Isnin :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda angkat baginda berdua iaitu Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas'udah binti Abdullah.  Majlis diadakan di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club di Bandar Seri Bagawan.


Dalam majlis ini, Doa dibacakan oleh Mufti Kerajaan Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Turut serta dalam majlis ini adalah Kerabat-Kerabat Diraja Brunei, Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sumber :- Pelitabrunei

Tahniah Tengku Muda Pahang Atas Kemenangan Skuad Tok Gajah Menjuarai Piala Malaysia 2013


04 Oktober 2013, Isnin :-

Tahniah diucapkan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Pahang, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diatas kejayaan skuad Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia 2013. Sepakan gol tunggal pemain import Argentina, Matias Conti diminit ke 58 telah menamatkan kemarau 21 tahun Pahang untuk menjuarai Piala Malaysia dengan menumpaskan juara bertahan Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors  1-0. Kelihatan Tengku Muda Pahang bersama anakanda beliau, Tengku Eddie Akasya dan Tengku Ahmad Firman Shah, pemain dan pegawai pasukan Pahang begitu gembira meraikan kemenangan mereka di Stadium Shah Alam malam tadi. Matias Conti berbaju kuning berada dibelakang Tengku Muda Pahang. Seramai 85,000 penonton membanjiri stadium Shah Alam malam tadi bagi menyaksikan perlawanan akhir Kelantan menentang Pahang dengan keadaan hujan lebat sebelum perlawanan bermula.

Sumber :- Utusan Malaysia

Sunday, November 3, 2013

Sultan Brunei dan Raja Isteri Hadiri Majlis Berbedak Dayang Dhau'iyyah dan Dayang Mas’udah


03 November 2013, Ahad :-

Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Berbedak Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas’udah binti Abdullah di Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club, Bandar Brunei Darussalam. Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas’udah binti Abdullah merupakan Anakanda Angkat kepada Sultan Brunei dan Raja Isteri.



Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Turut serta dalam majlis ini adalah Kerabat-Kerabat Diraja Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli keluarga yang berkenaan.

Sumber :- Pelitabrunei

Titah Sultan Johor Mengenai Pemberian Pingat dan Darjah Kebesaran Johor

03 November 2013, Ahad :-

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pernah bertitah berhubung isu pemberian pingat dan darjah kebesaran bagi Negeri Johor Darul Takzim.  Titah ini disampaikan oleh Tuanku Ibrahim sewaktu Majlis Malam Johor Di Hatiku anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor yang diadakan di Putra World Trade Center sekitar April 2012. Diantara Titah baginda :-
  • Semuanya adalah mengikit titik pandangan saya sendiri, bukan dicadangkan oleh mana-mana pihak.  Oleh itu janganlah ada sesiapapun yang cuba melobi saya dalam hal ini.
  • Kepada sesiapa yang rasa dirinya layak untuk menerima pingat serta darjah kebesaran, sabar-sabar dulu, saya belum rabun lagi dan saya nampak siapa yang patut menerimanya.
  • Cuba tanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berapa lama selepas menjadi Menteri Besar Johor, baru beliau dikurniakan Darjah Mahkota Johor.
Sumber :- Kesultanan Johor.



Saturday, November 2, 2013

'Abdul Wakeel dan Ameerah Hadiri Majlis Menerima Tanda Pertunangan dan Akad Nikah



02 November 2013, Sabtu :-


Semalam anakanda kepada Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Menerima Tanda Pertunangan dan Akad NikahAwangku Haji Muhammad Al-Yusrin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sani dan pasangannya Dayang Mas'udah binti Abdullah. Majlis diadakan di Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel,Bandar Seri Bagawan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Friday, November 1, 2013

Negara India Akan Menerima Dua Tetamu Diraja Pada November 2013


01 November 2013, Jumaat :-

Negara India dilaporkan akan menerima dua tetamu diraja pada bulan November ini. His Royal Highness Prince of Wales, Prince Charles dan isterinya Her Royal Highness The Duchess of Cornwall dijadualkan melawat India pada 06  November hingga 14 November 2013 manakala Maharaja Jepun His Imperial Majesty Emperor Akihito dan Maharani Jepun, Her Imperial Majisty Empress Michiko pula dijadualkan melawat India pada 30 November hingga 04 Disember 2013.

Sumber :- The Ecomomic Time

Thursday, October 31, 2013

Presiden Hamid Karzai Mengadap Queen Elizabeth II


31 Oktober 2013, Khamis :-

Presiden Afganistan, Hamid Karzai telah mengadap baginda Queen Elizabeth II di Buckingham Palace semalam. Presiden Hamid Karzai berada di London dalam rangka lawatan lima hari bagi berbincang dengan Presiden Pakistan berhubung isu diantara kedua negara yang bermasalah ini dimana Kerajaan Britain mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Beliau dan rombongan tiba di London pada 28 Oktober lepas.

Sumber :- NewsAsia.

Wednesday, October 30, 2013

Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Puan Zanariah Iskandar Dermakan Elaun Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kepada Yayasan Sultan Iskandar

30 Oktober 2013, Rabu :-

Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail merupakan Sultan Johor ke-4 era moden dan Yang di-Pertuan Agong ke-8.  Almarhum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8 untuk tempoh lima tahun bermula 24 April 1984 hingga 25 April 1989. Tahukah anda bahawa sewaktu Almarhum Sultan Iskandar menjadi Ketua Negara Malaysia, baginda dan YAM Tunku Puan Zanariah Iskandar telah mendermakan kesemua elauan baginda berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong  untuk tempoh lima tahun yang berjumlah RM3.8 juta kepada Yayasan Sultan Iskandar.

Yayasan Sultan Iskandar merupakan sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21 Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").  Objektif utama Yayasan Sultan Iskandar adalah untuk mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:-
  1. Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
  2. Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.
  3. Memberi anugerah biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
  4. Meringankan beban si miskin dan yang terdesak oleh umur, keuzuran, kurang bernasib baik, tidak terdaya menjaga diri dan tanggungan khasnya balu-balu dan anak-anak yatim.
  5. Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
  6. Membantu mangsa kebakaran, banjir, kebuluran, takdir tuhan atau lain-lain bencana.
  7. Meringankan kesengsaraan seterusnya meningkatkan taraf hidup manusia dengan memerangi, merawat dan melindungi daripada kesakitan atau keuzuran mahupun penyakit melalui peruntukan perubatan, kemudahan pembedahan dan perkhidmatan.
  8. Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
  9. Memberi, membangun dan meningkatkan semua jenis sukan tetapi tidak terhad kepada memberi padang permainan, kawasan rekreasi dan kemudahan sukan untuk orang awam semata-mata.
Sumber :- Kesultanan Johor / Yayasan Sultan Iskandar

Pengiran Muda Mahkota Hadiri Majlis Syarahan Memorial Sultan Omar ‘Ali Saifuddien 2013

30 Oktober 2013, Rabu :-

Semalam Timbalan Sultan Brunei,  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah  berkenan berangkat ke Majlis Syarahan Memorial Sultan Omar ‘Ali Saifuddien 2013. Turut berangkat dalam majlis ini adalah  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik yang juga merupakan  Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB dan  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Majlis ini yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Barakas ini dihadiri lebih daripada  3,000 peserta yang terdiri daripada anggota-anggota  dari pelbagai sektor awam, swasta, persatuan-persatuan dan individu persorangan.  

Ceramah disampaikan oleh bekas Perdana Meteri Republik Korea Dr. Han Seung-soo. Dalam syarahannya beliau menyatakan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien sebagai seorang Raja yang hebat kerana dapat memodenkan Brunei dan mempertahankan system pemerintahan Beraja dinegara berkenaan. Menurut beliau lagi, Al-Marhum merupakan seorang yang berpandangan jauh dan menjadi inspirasi kepada Negara-negara membangun terutamanya berkenaan rancangan kemajuan negara jangka panjang sekitar tahun 1950. Beliau juga amat mengagumi Brunei yang telah mendahului Republik Korea dalam membuat perancangan jangka panjang yang secara tidak langsung memperlihatkan kewibawaan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien terhadap kebajikan dan hal ehwal rakyatnya.
Sumber :- Pelita Brunei.  

Tuesday, October 29, 2013

Tuanku Abdul Halim Kurnia Surat Cara Perlantikan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM


29 Oktober 2013, Selasa :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan surat cara perlantikan anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).  Majlis yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta ini turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull. Ahli Jawatankuasa ini dilantik dibawah section 14(2) akta SPRM berkuat kuasa mulai 25 May 2013 hingga 24 May 2016. Salah satu daripada tanggungjawab Ahli Jawatankuasa ini adalah sebagai penasihat kepada Perdana Menteri berhubung rasuah di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa beliau akan mencadangkan kepada Parlimen supaya menubuhkan satu jawatankuasa berhubung perilaku rasuah di kalangan wakil rakyat.

Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan mencemar duli bergambar bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia  selepas majlis pengurniaan surat cara perlantikan mereka di Istana Negara. Berdiri dari Kiri adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman ; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim ; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw ; Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Doris Sophia Brodi ; Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang ; Tuanku  Abdul Halim ; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed ; Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull ; Ahli Parlimen Kota Baharu, Datuk Takiyuddin Hassan ; Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Sumber :-Bernama / theSun

Monday, October 28, 2013

Bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu Didakwa Pertikai Titah Sultan Terengganu

28 Oktober 2013, Isnin :-

Bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato' Hj Ismail Yahya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Terengganu semalam 27 Oktober 2013 atas tuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau MAIDAM serta mempertikaikan titah  Sultan Terengganu dalam penstrukturan semula jawatankuasa agama berkenaan.  Dato' Hj Ismail mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan. Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Jika sabit kesalahan akan dipenjara dua tahun atau denda RM3,000.00. Perbicaraan akan diadakan pada 26 Februari 2014. Dato' Hj Ismail telah diikat jamin dengan bayaran RM1,600.00. 

Pertuduhan yang dikenakan kepada bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato' Hj Ismail Yahya adalah seperti berikut:-

Pertuduhan Pertama 

Bahawa kamu :

Pada 29 Oktober 2013 telah menghina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan kata-kata :

"oleh yang demikian jelas kelihatan bahawa usaha MAIDAM untuk mengambilalih pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu dibawah kawalannya adalah perbuatan maksiat.

Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu :

Mempertikaikan arahan DYMM Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baharu Institusi Pentadbiran Agama islam dan Adat Istiadat Melayu dengan kata-kata :
  1. Adakah hasrat hendak meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah dibawah MAIDAM dibuat secara musyawarah atau mengikut kehendak sesorang.  jika hasrat berkenaan itu diputuskan atas pandangan sesorang, apakah MAIDAM meninggalkan ajaran Islam sebagai firman Allah dalam ayat 38 atau sebahagiannya dari Surah Al-Syura itu? 
  2. Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan itu, bermaksud mahu mencampuradukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran.
  3. Adakah MAIDAM tidak mahu mengikuti hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara?
Kesalahan-kesalahan yang disebutkan diatas  dilakukan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu, Terengganu. Dato' Hj Ismail Yahya dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Terengganu mulai 01 April 2008 hingga 28 Februari 2013.

Sumber :- Kosmo

Sunday, October 27, 2013

Dua Abdul Rahman Jadi Ketua Kerajaan dan Ketua Negara


Kelihatan Perdana Menteri Pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Mencium Tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman.

27 Oktober 2013, Ahad :-

Tahukah anda secara kebetulan selepas negara kita mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957, Dua orang individu bernama Abdul Rahman berada dikedudukan utama sebagai pemimpin negara kita.  Seorang menjadi Ketua Kerajaan iaitu sebagai Perdana Menteri dan seorang lagi sebagai Ketua Negara yang dikenali dengan panggilan Yang di-Pertuan Agong. Mereka adalah Perdana Menteri Pertama Malaysia Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid  Halim Shah dari Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad  dari Negeri Sembilan.


YTM Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri mulai 31 Ogos 1957 hingga 1964.  YTM Tunku  diputerakan pada 08 Februari 1903 dan mangkat pada 06 Disember 1990 dalam usia 87 tahun dan  dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. 


Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama mulai 31 Ogos 1957 hingga 01 April 1960.  KDYMM Tuanku Abdul Rahman diputerakan pada 24 Ogos 1895 dan mangkat pada dalam usia 64 tahun pada 01 April 1960 dan tidak sempat menamatkan tempoh 5 tahun baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.  KDYMM Tuanku Abdul Rahman dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan.