Monday, March 19, 2012

Tuanku Abdul Halim Menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Malaysia

19.03.2012, Isnin - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Malaysia. Diantara yang terlibat adalah Duta Besar Republik Somalia, Duta Besar Republik Belarus, Duta Besar Republik El Savador, Duta Besar Republik Islam Mauritania, Duta Besar Samoa, Pesuruh Jaya Tinggi Republik Mozambique, Duta Besar Republik Iceland, Duta Besar Republik Hungry, Duta Besar Republik Hellenik (Greece), Duta Besar Republik Armenia, Duta Besar Republik Portugal, Pesuruhjaya Tinggi Republik Botswana dan Duta Besar Luxembourg.

Turut serta dalam istiadat yang diadakan di Istana Negara ini adalah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd Radzi Abd Rahman. Kelihatan Tuanku Abdul Halim menerima watikah perlantikan dari Duta Besar Republik Armenia, Ara Hakobyan.

Sumber : Bernama

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Pertandingan Akhir Program Realiti TV Adik-Adikku

19.03.2012, Isnin - Malam tadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Pertandingan Akhir Program Realiti TV Adik-Adikku anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Turut serta dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sumber :-Bernama

Sunday, March 18, 2012

Rumah Berkecah Semula

18.03.2012, Ahad - Adi datang Rawang Residence hampir waktu zohor walaupun janji jam 10:00hrs. Setelah buat pemeriksaan dia kata mungkin orang pasang lampu terdrill wayar. mereka cek rasanya macam ok coz Syah tak faham sebab dia cakap Indonesia dengan member dia. Kemudian katanya mungkin orang gate tersalah drill. Akhirnya dia korek tile Syah untuk periksa sambungan yang dia buat dan memang tak kena drillpun tapi hampir dua hon nak kena katanya. Lepas tu mereka pergi lunch dan sekarang jam 16:05hrs tak datang lagi. Sebelum dia lunch tadi katanya masa buat hari tu mereka dah test semuanya ok. Ya Allah macam-macam dugaan dan berkecah depan rumah Syah semula dan tension serta sedih rasanya. Adoiiiiii ............................... Ya Allah banyaknya dugaan. Harap-harap Syah dapat bersabar dengan semua yang berlaku ini.

Raja Zarith Sofiah di TV1

18.03.2012, Ahad - Petang ini Isteri Kepada DYMM Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah akan muncul di TV1 jam 15:00hrs dalam rancangan Apa Kata Wanita. Jangan lupa menonton rancangan ini yer................


Macam-Macam Masalah

18.03.2012, Ahad - Macam biasa hari nie mengemas rumah dan menunggu anak Wak Baha, Adi untuk uruskan wiring yang ada masalah. Katanya hendak datang semalam tetapi sampai petang Syah call dia tiga kali baru inform tak dapat datang dan kata datang hari ini jam 10:00hrs. Sekarang jam 11:37hrs tak nampak lagi bayangnya dan bila call jam 10:17hrs tadi katanya on the way. Pening kepala dibuatnya tetapi tak perlah, sabar jer lah.

Disebabkan Adi lambat sangat untuk pasang lampu dan kebetulan hari Rabu lepas Syah MC, Syah upah Cina kedai Elektrik untuk pasang lapu gate, up and down light dan lampu di car porch. Lampu car porch ok tetapi bila dia pasang lampu gate , trip dan katanya ada masalah wiring dan Syah kena call wireman yang buat benda tu. So Syah minta dia tanggalkan sambungan dan pasang jer lampu tu sementara menunggu Adi datang. Ada masalah lain pula dimana up and down light Syah tak boleh pasang kerana dia tak bawa tangga tinggi. Pening kepala dibuatnya, boleh jadi macam tu.Ingatkan boleh settle masalah rupanya ada-ada jew.

Semalam mereka datang untuk install lampu tu dan ianya ok, hanya lampu gate jer yang masalah, minta-minta Adi boleh selesaikan masalah nie kalau tak alamat jadi hiasan jer lah lampu tu kerana wiring dalam tembok dan tembok pula sudah ditile. Sebelum mereka balik, lori bawa gate pula sampai. Walau bagaimanapun besi penutup lubang depan gate tu terpaksa dibawa balik semula ke bengkel kerana sizenya kecil dari lubang tu. Ada-ada jer? Ya Allah macam-macam dugaan. Selepas lori balik, Bong dan pekerjanya sampai untuk pasang pagar. Adalah dari jam 10:30hrs sampai jam 15:00hrs baru kerja-kerja mereka selesai.

Selepas habis kerja dia ke rumah Azrin sebab nak pasang pemegang tangga. Kemudian dia datang dan inform besi tu tak boleh pasang petang nie kerana bengkel yang dia tempah tu tutup. Rupanya dia buat gate stainless steel jer dan besi tu dia minta orang lain buatkan. Lalu Syah bayar terus duit dia dan Syah kata tak apalah saya bayar semua sekali sebab saya percaya kat Abang. Dia minta Syah call bila free untuk mereka pasang besi tu dan Syah kena cuti lagi. Alamak............. Hemmmmm.

Nanti bila Bong datang, Syah akan minta dia polishkan semula tombak kat pagar Syah kerana nampak tak digilap sepenuhnya. Semalam mereka pasang tengahari dan Syah tak perasaan sebab nampak berkilat kena matahari dan bila petang dan Syah lap pagar dan nampak ada kesan kotor-kotor yang perlu dipolish semula. Kalau dah setahun guna dia jadi macam tu tak apalah tapi ini baru lagi dan harganyapun bukanlah murah. Sekarang jam 11:53hrs dan tension pula rasanya Adi tak datang-datang lagi dan kalau nak callpun buang duit telefon jer, mesti dia kata on the way. Macam inilah kalau buat kerja dengan Indonesian, selalu tak menepati masa. Oklah semua GTG............... pening kepala sket kerana ada-ada jer masalah tetapi Syah akan tetap sabar kerana Syah percaya berkat kesabaran kita, semuanya akan berjalan lancar, Insyallah.

Empress Michiko Memakai Kimono bagi Memudahkan Pergerakan Memegang Suaminya Jika Emperor Hirahito Terjatuh

18.03.2012, Ahad - Sabtu lepas Empress Michiko kelihatan memakai kimono semasa sambutan ulang tahun pertama memperingati kejadian gempa bumi yang melanda Timur Jepun yang diadakan di National Theater, Tokyo. The Japan Times online dalam laporannya pada Jumaat memaklumkan daripada sumber istana Diraja Jepun, Empress Michiko memilih memakai kimono untuk memudahkan pergerakan baginda untuk memegang suaminya jika Emperor Akihito yang tidak sihat itu terjatuh. Emperor Akhito yang berusia 78 tahun, baru sahaja seminggu keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan jantung - bypass pada 18 Februari lepas. Disebabkan tahap kesihatan Emperor Hirahito masih lagi belum pulih sepenuhnya, adalah dikuathiri Baginda akan mudah terjatuh. Sehubungan dengan itu, Empress Michiko yang berusia 77 tahun itu merupakan individu yang paling hampir dengan Emperor Hirahito untuk membantu baginda jika terjatuh. Emperor Hirahito telah dapat menyampaikan ucapannya dalam majlis ini tanpa sebarang masalah.

Sumber :- The Japan Times Online/Royaltynu

Friday, March 16, 2012

Tunku Jalil di Pulau Tioman

16.03.2012, Jumaat - Putera ketiga Sultan Johor, Inspektor Tunku Abdul Jalil dalam akaun facebooknya memaklumkan beliau kini berada di Pulau Tioman. Walau bagaimanapun tidak dinyatakan beliau ke sana atas urusan tugas rasmi atau bercuti tetapi rasanya bercuti kot? Beliau bertolak ke Tioman Semalam dan hari ini mengikuti aktiviti Scuba. Gambar ini diambil selepas aktiviti Scuba beliau.


Thursday, March 15, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Menghadiri Istiadat Pengurniaan Watikah Perlantikan Duta

15.03.2012, Khamis - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Watikah Perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Luar Negara. Dalam masa yang sama juga diadakah Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap sembila Duta Besar dan empat Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Malaysia. Istiadat ini berlangsung di Bilik Singahsana Kecil, Istana Negara. Turut serta dalam istiadat ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Abd Rahman dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator A Kohilan Pillay. Kelihatan Tuanku Abdul Halim menerima watikah perlantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Nigeria, Bello Shehu Ringim.

Sumber :- Bernama

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Wisma Public Gold

15.03.2012, Khamis - Hari ini Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli merasmikan Wisma Public Gold di George Town, Pulau Pinang. Kelihatan Tuanku Hajah Haminah memerhatikan rantai emas yang dipamirkan dalam pameran yang diadakan selepas majlis perasmian berkenaan. Turut mengiringi baginda adalah Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan Pengarah Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng Chun Hau.

Sumber : Bernama

Pengiran Muda 'Abdul Wakeel Sampaikan Derma Untuk Mangsa Ribut Taufan Filipina

15.03.2012, Khamis - Pagi tadi Putera Bungsu kepada Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan rombongan telah berangkat ke Kementerian Pendidikan bagi menyerahkan Derma untuk mangsa Ribut Taufan Filipina. Derma berkenaan telah disampaikan kepada Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Brunei Darussalam. Pengiran Muda 'Abdul Wakeel merupakan putera kepada Azrinaz Mahzar Hakim, bekas isteri ketiga Sultan Brunei. Pengiran Muda Abdul 'Wakeel yang berusia enam tahun ini diputerakan di Bandar Seri Bagawan pada 01.06.2006. Azrinaz mengahwini Tuanku Sultan Brunei pada 20.08.2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Pasangan ini berpisah pada 16.06.2010 dan telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata. Telah menjadi kebiasaan bagi anakanda-anakanda Sultan Brunei didedahkan kepada urusan rasmi negara dalam usia yang muda kerana mereka ini bakal menjadi orang-orang penting dalam pentadbiran negara satu hari nanti.

Sumber :- Infofoto

Wednesday, March 14, 2012

Syah Demam

14.03.2012, Rabu - Salam Semua dan apa khabar. Hari nie Syah demam dan minta maaf kerana tak dapat update blog. Banyak yang terjadi pada Syah hari ini, Insyallah esok Syah cerita Yer .............

Tuesday, March 13, 2012

Raja Muda Perak Darul Ridzuan Mengadap Sultan Brunei

13.03.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang berada di Brunei Darussalam telah mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. DYTM Raja Nazrin juga mengadakan perjumpaan dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Istana yang sama tetapi dalam majlis yang berlainan.

Sumber :-Infofoto

Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan Daripada Lembaga Tabung Haji

13.03.2012, Selasa - Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menerima zakat perniagaan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor daripada Lembaga Tabung Haji berjumlah RM10,129,429.00. Bayaran zakat diserahkan kepada baginda Sultan oleh Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dalam satu majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.

Sumber : Bernama

Naik Train SCS Pagi Nie

13.03.2012, Selasa - Hari nie uncle yang bawa bas ke Pekan Rawang cuti dua hari, walau bagaimanapun pemandu gantian sampai macam biasa dan on the way ke KTM dari jauh lagi Syah nampak sudah ada komuter tetapi bas masuk Pekan Rawang dahulu dan dalam hati kata sempatlah Syah naik komuter kerana jam sudah hampir keangka 07:00hrs. Sampai jer KTM terus berlari masuk stesyen dan dapat masuk train. Tapi mula-mula nak masuk terlanggar orang sebab Syah perasan itu coach perempuan dan keluar semula. Hari nie Syah naik Train SCS atau Six-Car-Set yang baru diperkenalkan tu. Actually kita boleh masuk coach perempuan dan kemudian kita terus jalan kedalam untuk ke coach campur kerana SCS nie macam LRT ada laluan terbuka dan tak macam komuter yang ada pintu memisahkan antara gerabak. SCS ini boleh membawa 1,100 penumpang dalam satu-satu masa berbanding komuter biasa 400 penumpang sahaja.

Pertama kali Syah ketempat kerja naik komuter semenjak beberapa tahun kebelakangan nie Syah tak dengar maki hamun passenger yang terhimpit dan tersepit tak bagi orang lain masuk kerana gerabak sudah penuh pagi ini. Bagus juga idea kerajaan memperkenalkan SCS nie untuk kemudahan rakyat mentelah menaik tarafkan sistem pengangkutan negara yang menuju era negara maju menjelang 2020 nanti. Memang selesa SCS ini dan sepatutnya ianya digunakan pada waktu peak hours pagi dan petang. Diharap KTM akan menepati masa mengikut jadual yang ditetapkan dan bukannya selalu delay seperti biasa kerana tak perlu train cantik dan selesa jika perkhidmatannya menghampakan. Hopefully ianya tak jadi indah khabar dari rupa.

Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada KTM kerana memberi keselesan kepada kami semua sebagai penumpang setia yang menggunakan perkhidmatan anda setiap hari. Hari nie my boss, Dek Nor tak datang kerja kerana tak sihat, biasalan morning sickness dah ada 2nd baby on the way. Pagi nie Syah dan Kak Rose ke TM Convention Center kerana ada 1st quarter account closing briefing dan terjumpa Nik Nuramalina dan dia yang baru berkahwin tahun lepas tupun rupa-rupanya sedang kena "buatan orang" .............. Heheheeh Tahniah Dik Nor dan Nik, semuga kalian dapat baby yang comel dan menjadi kebangaan bangsa dan negara satu hari nanti. Amin.

Oklah Syah nak sambung tugas semula, sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Monday, March 12, 2012

Tuanku Abdul Haliim Hadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima

12.03.2012, Isnin - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon berkenan menghadiri dan menyampaikan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima hari ini. Persidangan Dewan Rakyat pada kali ini dijadualkan berlangsung selama 20 hari sehingga 12 April depan.

Sumber :- Bernama

Buka Puasa Dalam Bas

12.03.2012, Isnin - Syah balik Rawang naik bas hari nie dan tambang bas Metro RM1.50 plak walhal hari tu mereka naikkan RM2.00. Mungkin mereka kekalkan harga lama semula kerana competitor mereka bas SJ kekalkan harga lama. Bagus gak penumpang dapat faedah dari persaingan nie. Syah berbuka dalam bas dengan mineral water, buah nenas dan apricot, sunflowerseed and raisin bun. Lepas tu makan ubat macam biasa. Sementara tunggu bas akhir jam 20:30hrs Syah jalan-jalan kat Giant sekejap. Syah sampai Rawang Residence jam 21:15hrs. Sampai jer Syah rehat sekejap dan masak Sup Sayur Campur, potong Buah Nenas dan lebihan Bun tadi. Sekarang jam 22:59hrs dan Syah hendak mandi dan solat. Ok GTG dulu yer .............. jumpa lagi.

Syed Razlan Dilantik Semula Sebagai Salah Seorang Exco Perlis

12.03.2012, Isnin - Hari ini adinda kepada DYMM Raja Negeri Perlis yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail telah mengangkat sumpah menerima perlantikan semula sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Eco Perlis. Seramai lapan anggota Exco Perlis yang penggal perkhidmatan mereka akan berakhir pada 18 Mac ini dilantik semula memegang jawatan masing-masing. Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan kepada Exco Perlis di Istana Arau, Arau, Perlis. Kelihatan Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail sedang membaca ikrar sumpah menerima perlantikan semula beliau sebagai Exco Perlis dihadapan kekanda beliau, DYMM Raja Negeri Perlis.

Tahniah Syah ucapkan kepada Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail diatas perlantikan semula sebagai Exco Perlis.

Sumber : Bernama

Perjalanan Ketempat Kerja

12.10.2012, Isnin - Subuh tadi Syah terbangun jam 05:30hrs dan terus teringat tak niat puasa lagi lalu Syah bersahur dengan sedikit roti buat syarat kerana memang tak larat nak makan pagi-pagi nie. Lepas tu mandi, gosok baju, solat dan tunggu bas depan rumah. Pagi nie bas sampai awal sedikit ke Pekan Rawang kerana budak cuti sekolah , jalan tak jem dan bas tak ramai penumpang so perjalanan lancar pagi nie. Ingatkan hendak naik bas tetapi disebabkan kerja banyak Syah naik komuter sahaja. Nampak tak budak lelaki baju hitam yang berdiri dibelakang gambar Syah nie. Budak nie budak Cina dan sebenarnya dia duduk dengan makwe dia tetapi apabila ada seorang Makcik Melayu yang sudah tua masuk dia bangun dan bagi Makcik tu duduk. Contoh semangat 1 Malaysia yang harus kita contohi kerana kadang kala Syah perasan juga kalau India yang bagi duduk yang duduk tu mesti India juga begitu juga sebaliknya.

Sampai KTM Rawang, komuter enam gerabak dah ada dan cepat-cepat Syah berlari sampai sakit dada Syah rasa semput. Sampai depan pintu sahaja ................ orang keluar dan Syah tanya kenapa, mereka kata train nie dibatalkan dan terpaksa ke platform sebelah naik komuter tiga gerabak. Mula-mula tak nak naik lepas tu Syah naik juga tangga untuk ke sebelah sebab Syah mengejar masa dan macam biasa orang ramai dan berdiri. Mula-mula lengang dan bila sampai stesyen seterusnya hemmmmm ............. macam ikan sardinlah jawapnya macam gambar di atas itew. Adalah kedengaran maki hamun dan suara marah sesetengah penumpang apabila ditolak oleh penumpang yang hendak masuk juga walaupun tak ada ruang lagi. Sama jer perangai manusia nie tak kira orang Malaysia ker atau kaum pendatang.


Kesian bapa budak kecil nie terpaksa mendunkung anaknya sepanjang perjalanan kerana komuter penuh. Orang lain nak bagi dudukpun tak boleh sebab dia berada ditengah-tengan dan seat kebelakang sedikit.Inilah salah satu perkara yang perlu dihadapi jika naik public transport waktu peak hours. Syah sampai awal kat dioffice dan terus buat kerja dan print dokumen yang Syah siapkan kat rumah semalam. Jam 12:00hrs tadi berlari sekejap ke TM Annexe 2 untuk submit Petty Cash recoupment. Memang busy hari ini dan jam 13:30hrs tadi baru Syah dapat rehat. Oklah semua Syah hendak sambung kerja ..............hingga berjumpa lagi dilain entry.

Sunday, March 11, 2012

Makam Almarhumah Sultanah Bahiyah


11.03.2012, Ahad - Ini adalah makam Isteri Pertama kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah adalah kerabat diraja Negeri sembilan dan Puteri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Pertama iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Bonda Almarhumah Hajjah Bahiyah adalah Tunku Ampuan Negeri Sembilan dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama, Almarhumah Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Tuanku Abdul Halim menghawini Almarhumah Hajjah Bahiyah pada 09 Mac 1956 di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan ditabalkan sebagai Sultanah Kedah pada 20.02.1959 kemudiannya menduduki singahsana negara sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-5 pada 21.09.1970 untuk tempoh lima tahun. Hasil daripada perkahwinan ini baginda berdua dikurniakan dengan seorang puteri iaitu Tunku Panglima Besar Kedah YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz pada 22.07.1966 setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga. Sebelum itu, Almarhumah mempunyai dua orang anakanda angkat kembar dari keluarga diraja Kedah iaitu Almarhumah YTM Tunku Sarina dan YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya.

Almarhumah diputerikan pada 24.04.1930 dan mangkat pada 26.08.2003 dalam usia 73 tahun di Istana Kuala Cegar, Alor Star, Kedah kerana mengidap kanser. Almarhumah dimakamkan di Makam Diraja Kedah, Langgar dengan penuh adat istiadat diraja Kedah. Semasa hayatnya Almarhumah merupakan salah seorang Permaisuri yang sering mendapat perhatian umum kerana memiliki kecantikan semulajadi yang unik. Al-Fatihah kepada Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber : Gambar dari Tunku Shah

Tengok Pagar dan Buat Kerja Office

11.03.2012, Ahad - Sekarang jam 17:29hrs dan Syah baru habis buat kerja office kat rumah itupun kerana printer Syah kehabisan ink tetapi dapat print 52 pages dokumen Direct AP daripada 89 pages. Tak mengapalah, yang penting Syah sudah update detailnya dan lebihan tu esok Syah print kt office sahaja. Maaflah sebab tak sempat nak update blog, busy sangat lately nie. Disebabkan leka buat kerja kat mini library dan Syah buka radio, Syah tak sedar hari hujan dan basah sedikit baju yang Syah jemur diluar. Alamakkkk......... tak mengapalah nanti kering balik lah tu. Pagi tadi Syah sempat lari sekejap ke Batu 18 Rawang kerana Bong call semalam suruh lihat frame pagar yang dia telah siapkan untuk Syah confirmkan designnya. Kira baru siap 50% lah nie. Oklah Syah berpuas hati dengn kerja-kerja Bong. Tak sabar nak lihat rupanya bila siap sepenuhnya nanti macam mana. Bong nie yang Syah suka dia akan call dan minta kita lihat sendiri temphan kita dan bila kita kata ok baru di akan teruskan kerja kerana stainless steel kalau dan petri tak boleh nak ubah lagi katanya.
Terlanjur kat pekan Rawang Syah ke pasar beli keperluan dapur. Lunch simple jer main campak dalam belanga, coz busy tapi kalau tak busypun rasanya tak masak sebab kena jaga makan sekarang nie. Lunch hari nie Sup Sayur, Buah Betik dan Nenas serta Herbl Mediterranean Mixed Grains with Sundried Tomatoes & Olives. Lately nie Syah suka makan roti baru keluaran Gardenia nie tetapi yang nie baru cuba hari ini biasanya Syah beli Multi Grain and Seeds. Syah beli dua-dua sekali kat 7E masa tunggu bas tadi. Oklah semua Syah nak kemas mini library sekejap kerana seharian Syah kat sini dan bersepah sedikit sampai makanpun kat sini tadi. Lepas kemas Syah nak jalan kaki keliling taman perumahan di Rawang Residence Syah nie. Hingga berjumpa lagi dilain Entry................

Saturday, March 10, 2012

Sultan Brunei Menerima Mengadap Lord Mayor of The City of London

10.03.2012, sabtu - Hari ini Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan menerima mengadap The Rt. Hon. Alderman David Wootton, Lord Mayor of The City of London. Majlis diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Sumber : Infofoto

Hadiri Perkahwinan Adik Zainul Putra

10.03.2012, Sabtu - Hari ini Syah kerja untuk menguruskan Petty Cash Recoupment yang perlu disegerakan kerana banyak lagi yang pending untuk dibuat bayaran dan jika boleh nak clearkan semuanya sebelum closing nie pada 21.03.2012. Jam 08:45hrs tadi Syah dah ada kat office dan masa nak naik komuter tadi termengah-mengah berlari kerana komuter dah ada dilandasan dan bila tiba depan pintu, pintu tertutup kerana komuter dah nak jalan. Frustrated sangat rasanya tetapi bila Syah tekan butang emergency kat pintu tu, tak lama kemudian pintu terbuka dan lega dapat masuk. Kebetulan hari nie member Syah, Zainul Putra atau kami panggil Zain dan isterinya Anisah buat Majlis Resepsi Perkahwinan adik perempuannya Erni Baizura dan pasangannya Hassanal Hazimie di Multipurpose Hall, Menara TM dekat our surau tu. So jam 13:00hrs tadi Syah turun sekejap untuk menghadiri majlis ini.
Hampir jam 14:00hrs mempelaipun sampai dan sempatlah Syah ambil gambar-gambar pasangan "Raja Sehari" nie. Adiknya bertugas di TM juga manakala suaminya Navy tak silap Syah. Sempatlah jumpa my colleague Kak Laili dan Kak Rose dimajlis nie dan Syah duduk semeja dengan mereka. Majlis dimulai dengan perarakan masuk mempelai ke dewan dengan paluan kompang diikuti persembahan silat. Kemudiannya pengantin berarak ke pelamin diiringi pengapit dan flower girls. Setelah pengantin duduk di singahsana "Raja Sehari", bacaan doa berkumandang diudara diikuti oleh ucapan daripada Zain. Selepas itu kedengaran puisi yang dicipta oleh Zain untuk adiknya dibacakan oleh MC.

Yang paling sedih dan terharu adalah presentation mengenai pengantin dimana kami dimaklumkan ibubapa Zain meninggal dunia ketika mereka masih kecil dan ibu mereka meninggal ketika pengantin perempuan berusia empat tahun. Pada masa itu Zain berada dalam delima dan terpaksa membuat keputusan berhenti belajar serta bekerja untuk menyara kehidupan adik-adiknya yang masih kecil dan terpaksa hidup susah. Sekarang semuanya sudah berlalu dan akhirnya Zain berjaya membesarkan kesemua adik-adiknya, menyambung semula pelajarannya, dia sendiri telah berkahwin dan mempunyai dua putera dan seorang puteri, dan kini menjadi seorang Eksekutif di TM.

Syah doakan agar Ernibaizura dan Hasanal Hazimie dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat dan diberikan cahayamata yang menjadi kebangaan bangsa dan negara satu hari nanti. Marilah kita jadikan komitment yang ditunjukkan oleh Zain ini untuk menjaga adik-adiknya sehingga mereka berjaya dalam hidup sebagai salah satu benchmarking terbaik dalam membentuk keluarga kita dan bukannya mementingkan diri sendiri seperti kes seorang anak meninggalkan ibunya yang sedang uzur dirumah tumpangan di Johor baru-baru ini.

Putera Mahkota Arab Saudi ke USA Untuk Rawatan Perubatan

10.03.2012, Sabtu - Semalam Istana Dirja di Riyadh memaklumkan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Putera Nayef bin Abdul Aziz yang berusia 78 tahun telah telah selamat tiba di Cleveland, Amerika Syarikat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan seperti mana yang telah dijadualkan untuk baginda. Baginda yang juga merupakan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tiba di Clevelend melalui Moroco. Prince Nayef dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi berikutan kemangkatan kekanda baginda, Putera Mahkota Arab Saudi, Almarhum Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud yang mangkat di New York akibat Kanser Usus pada pagi Sabtu 22.10.2011. Photo Putera Mahkota Nayef ini diambil pada 29.10.2011 dalam istiadat mengangkat sumpah sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru. Syah doakan agar baginda sihat dan dipanjangkan umur serta dapat memerintah seperti sediakala. Amin.

Sumber : Royaltynu/tengkusyah.blogspot.com

Friday, March 9, 2012

Mariam Aziz Dakwa Ditipu Pengawal Peribadinya

09.03.2012, Jumaat - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menuduh pengawal peribadinya Fatimah Kumin Lim mencuri dan menjual beberapa barang kemas bertatahkan berlian berupa gelang dan cincin yang dianggarkan bernilai RM57.17 Juta dan Fatimah kemudiannya menggantikan barangan berkenaan dengan replika palsu yang tidak berharga. Mariam mendakwa Fatimah menggunakan wang berkenaan untuk membayar hutang judi pengawal peribadinya itu. Kejadian ini berlaku dikediaman Mariam di Kensington, London.

Peguam Fatimah, Max Mallin ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi di London memaklumkan anak guamannya mengaku mencuri barangan tersebut ketika disoal siasat oleh Polis Brunei. Walau bagaimanapun, Fatimah kini mendakwa bahawa dia dipaksa membuat pengakuan itu. Fatimah memaklumkan bahawa dia sebenarnya telah diarah oleh Mariam untuk menjual barang kemas berkenaan untuk membayar hutang judi Mariam yang dibuat atas nama beliau.

Mahkamah juga turut dimaklumkan bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah juga ditipu ketika meminjamkan dua cincin berlian yang tidak dikembalikan kepada beliau semula. Afifa dalam kenyataannya memaklumkan "Fatimah meminta meminjamkan cincin berkenaan dua kali pada November dan Disember 2009 selama beberapa jam dan akan mengembalikan kepadanya dengan segera. Dia memberitahu saya dia ingin mengadakan satu perjanjian hartanah dan meminta untuk meminjam barangan kemas ibu yang bernilai tinggi"

Sama-samalah kita lihat apa nanti keputusan mahkamah dalam kes ini.

Sumber :- Utusan Malaysia

Aktiviti Semalam

09.03.2012, Jumaat - Salam Jumaat semua dan berjumpa lagi kita hari nie yer setelah seharian tak dapat update blog. Pagi semalam approx jam 08:00hrs Syah, My sister Intan dan suaminya Am serta Ayahanda dan Bonda Tiri Syah bertolak ke Hospital Kuala Lumpur kerana Ayahanda ada appointment dengan Kelinik Pakar Ortopedik. Nak jadi cerita jalan Jem gila dan hendak hampir sampai tiba-tiba Am berhenti di sisi jalan kerana kereta berasap. Jam sudah hendak hampir jam 10:00hrs dan Syah minta my sister tahan teksi dan kebetulan dapat teksi Proton Exora. My sister dan hubby dia tunggu tepi jalan settlekan kereta mereka. Syah sampai tepat jam 10:oohrs di Ortopedik dan terus daftarkan Ayahanda.

Shukur Alhamdulillah kali ini cepat pula dapat jumpa doktor tetapi biasalah hospital kerajaan prosidurnya agak panjang. Syah temankan Ayahanda jumpa doktor dan kemudiannya ambil ubat. Semasa hendak ambil ubat, Intan datang kerana keretanya sudah ok sedikit. Ada pomen lalu dan beri bantuan dengan caj RM 48.00 tukar kipas katanya. Lepas ambil ubat kami balik ke Selayang kerana Am hendak hantar kereta ke bengkel untuk tindakan selanjutnya. So parents Syah tak jadi ke Rawang Residence dan Syah tidur rumah my Sister.

Malam tadi kami ke Pasar Malam berhampiran Stadium Selayang. Perancangan awalnya hendak bawa parents kami makan kat kawasan tu tetapi disebabkan ada Pasar Malam kedai yang hendak kami pergi tu tutup. Ayahanda dan Bonda Tiri Syah tunggu dirumah sahaja. Pagi tadi selepas Subuh Syah bersembang dengan Ayahanda, Bonda Tiri dan Intan serta salam dan cium mereka sebelum Syah keluar ketempat kerja. Hari nie banyak bawa barang sebab minta Am belikan sayur kat Pasar Selayang dan Air Mineral yang Ayahanda dan Bonda Tiri Syah bacakan Yasin malam tadi. Sebentar tadi Ayahanda call dan inform dia sekarang berada di Kuala Selangor on the way balik ke Sabak Bernam kerana Am ada urusan di Mahkamah sekejap bagi urusan tanah pusaka Arwah Ayahnya. Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry ....................

Wednesday, March 7, 2012

Ayahanda Syah Datang KL

07.03.2012, Rabu - Petang nanti selepas kerja Syah akan ke rumah my Sister di Selayang kerana Ayahanda dan Bonda Tiri Syah akan datang ke KL kerana esok Ayahanda ada appointment di Hospital Kuala Lumpur jam 10:00hrs. So ............. Esok Syah cuti dan akan mula bertugas semula pada hari Jumaat. Rumah my sister tak ada access ke internet dan Syah tak dapat nak update blog malam ini dan esok. Insyallah kita berjumpa semula pada hari Jumaat. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry ................ Tunggu Yer.........

Raja Noora Ashikin Bakal Bermenantukan Fasha Sandha

07.03.2012, Rabu - Dengar khabarnya YM Raja Puan Seri Dato' Noora Ashikin Raja Abdullah dan suami Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib akan bermenantukan pelakon Fasha Sandha. Dengarnya anak lelaki mereka Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram akan berkahwin dengan Fasha pada April ini, tak silap Syah tanggal 29.04.2012 dan mereka akan mengadakan majlis resepsi di Bali. Apa-apapun tahniah kepada Jejai dan Fasha yang akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Ialah bak kata orang kalau dah Jodoh tak kemana kan? Cuma Syah berharap dan berdoa agar perkahwinan mereka ini akan kekal hingga akhir hayat serta dikurniakan dengan anak-anak yang comel dan menjadi kebangaan bangsa dan agama. Amin.

Update : 09.03.2012 - Majlis Akad Nikah pasangan ini akan diadakan di Ampang dan Majlis Persandingan pihak perempuan pula akan diadakan di Perlis manakala pihak lelaki akan diadakan diluar negara seperti yang Syah mentioned diatas - Bali. Nampak gayanya pasangan ini memilih tarikh 29 April sama seperti tarikh perkahwinan Pewaris Tahta Britain, Prince William dan Kate Middleton.



Filem Mengenai Penaklukan Sultan Muhammad Al-Fatih Keatas Constantinople Mendapat Sambutan di Turki

07.03.2012, Rabu - Filem Fetih 1453 arahan Faruk Alesoy mengenai penaklukan Kota Constantinople atau sekarang dikenali sebagai Istambul oelh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan kristian Byzantine telah mendapat sambutan luar biasa daripada warga Turrki. Sebanyak 3.4 juta orang menonton filem ini dalam masa dua minggu pertama ditayangkan pada 16 Februari lepas. Filem yang menelan belanja sebanyak RM51.4 juta ini memaparkan hadis Rasulullah SAW pada permulaan ceritanya yang menyatakan bahawa Cocstantinople akan jatuh ketangan Tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Pada 03 Mac 2012 lepas genaplah 88 tahun kejatuhan Khalifah Islam di Turki dan berakhirnya sistem Khalifah dimuka bumi ini. Tak tahu pula jika file ini akan ditayangkan di Malaysia. Rasanya ada baik juga ianya ditayangkan di Malaysia bagi menaikkan semangat perjuangan kita dalam menegakkan agama, bangsa dan negara.

Sumber :- Kosmo

Tuesday, March 6, 2012

Raja Muda Perlis Melawat Kazakhstan International Halal Industry

06.03.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah melakukan lawatan ke pasaraya halal yang diusahakan syarikat Kazakhstan International Halal Industry di Astana, Kazakhstan. Tuanku dan rombongan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekarang berada di Kazakhstan dalam rangka lawatan rasmi ke Uzbekistan dan Kazakhstan mulai 01 Mac lepas hingga esok 07.03.2012. Baginda dan rombongan telah diberikan penerangan oleh Marat Sarsenbayer, Presiden Syarikat Kazakhstan International Halal Industry dalam sesi lawatan ini. Kazakhstan International Halal Industry merupakan sebuah syarikat yang memberi tumpuan khusus kepada perniagaan produk halal termasuk kegiatan penyembelihan ternakan di sekitar Astana.

Sumber :- Bernama

Jalani Ujian Darah

06.03.2012, Selasa - Apa khabar anda semua dan maaf kerana semalam Syah busy sedikit dan sampai rumah sudah malam dan hanya sempat update satu entry sahaja mengenai buku sempena sambutan Jubli Intan Baginda Queen Elizabrth II. Gambar nie diambil pagi tadi. Nie nak kongsi cerita sedikit dengan anda semua. Hari Khamis hari tukan Syah sakit perut dan doktor di Kelinik Zariff inform blood pressure Syah naik. Kesokan harinya Syah ke Menara Medical Center, kelinik panel we all di TM Annexe 2.

Macam biasa seorang Dr Perempuan (nama dirahsiakan) yang attend Syah kerana Dr Rasol sudah tak selalu ada kat kelinik nie. Beberapa bulan lepas Syah ada jumpa Dr nie inform sakit hendak buang air kecil seperti biasa tu dan dia pun periksa bahagian "tut" Syah dan tanya, pernah main perempuan, Syah kata tak ........ sembang lagi dia tanya........ Ada Girlfriend ......... Syah jawap Tak ........... dia tanya lagi Ada Boyfriend ......... Syah jawap Tak. Hari Jumaat lepas bila Syah complain selalu rasa nak demam dan tak sihat lalu dia kata buat pemeriksaan darahlah ........... Syah kata ok .......... kemudian dia kata Nak buat test HIV dan Penyakit Kelamin Tak, kerana tambah RM20.00 sahaja katanya kerana yang lain tu company tanggung. Tanpa fikir panjang Syah kata ok. Bila kat kaunter rupanya kena caj RM35.00 dan ada borang yang perlu diisi. Susah juga yer nak test HIV nie tetapi kalau nak kahwin test nie free jew my Boss inform.

Nurse kat kaunter tu inform test HIV kena RM35.00 dengan suara yang agak kuat dan malau pula rasanya didengar oleh orang, takut orang salah anggap kat kita. Bila Syah hulurkan bayaran dan dia pulangkan bakinya dengan meletakkan atas kaunter tanpa menghulurkan kat Syah. Dia takut kot ......... Heheheh.......... Masa weekend tu rasa tak selesa sebab teringatkan mengenai test nie. Takut juga kerana Syah selalu juga kekelinik dan disuntik serta Syah selalu bercukur kat luar. Anything boleh jadikan? Pagi Isnin tu Syah datang kerja macam biasa dan tak ada pula kelinik call dan Syah call kelinik dan katanya result darah baru sampai dan minta datang selepas lunch.

Lepas Zohor Syah ke TM Annexe 2 untuk jumpa Dr. Jam 14:00hrs. Nampak Dr Rasol sudah hendak keluar dan doktor perempuan tu baru masuk kerja kerana Dr Rasol hendak kekeliniknya yang lagi satu. Lama gak tunggu baru dipanggil masuk dan Syah orang pertama. Bila Dr buka result tu Syah nampak B+ ooooooo jenis darah Syah. Lepas tu Dr tanya mengapa yek? tahap cholesterol awak yoyo. Dipendikan cerita katanya Syah kena makan ubat kerana terdapat perbezaan ketara bacaannya bila Syah makan ubat dan tidak ambil ubat. Katanya lagi Syah adalah golongan orang yang hatinya mengeluarkan cholesterol yang banyak walaupun Syah jaga makanan berdasarkan rekod Syah yang dia tengok lah, cuma ubat sahaja yang mampu mengawalnya.

Syah inform dia, Dr di Kelinik Zariff kata ubat cholesterol ada kesan sampingan dan katanya ada kemungkinan akan mengidap kencing manis tetapi taklah semua. Dia kata lagi mana nak, Kencing Manis ker atau Jantung Awak Tersumbat. So kenalah makan ubat tu. Lepas tu dia inform mengenai HIV Test pula. Katanya HIV ...... Tiada, Penyakit Kelamin ..... Tiada , Kanser ..... Tiada, Gula Dalam Darah Ok CUMA Hepatitis B Antibody Syah tak ada. Dia bagi contoh lagi ......... Jika awak buat hubungan kelamin dengan pasangan yang ada virus, virus tu akan terus berjangkit kat awak kerana tak ada pertahanan, katanya ......... Dr nie asik beri sample "tut" jew, kerana agaknya lah ............ sample nie jew mudah difahami semua orang.

So Syah kena masukkan Vaccination Hepatitis B, semalam 1st injection, bulan depan 2nd injection dan last sekali nanti bulan lapan. Dr kata kena inject benda nie 3 kali seumur hidup. Last sekali Dr tanya Syah Mengapa Awak Nak Buat HIV Test. Syah jawab Dah Dr selalu query ada sakit kelamin lah, main perempuan lah dan Jumaat lepas tanya pasal HIV, jadi untuk puaskan hati semua orang saya buat test tu. Dia jawap, biasanya pesakit kalau sekali dua jumpa selalunya tak akan mengaku dan bercerita betul jadi Dr perlu buat kajian untuk pesakitnya. Syah inform dia yang Syah tak marahpun walhal nak ucapkan terima kasih kerana setakat ini Syah sihat daripada penyakit berbahaya. Lepas inject Syah Dr kata Syah kena buat senaman dan katanya pergilah Gym atau berenang bagi badan lagi tough sambil tepuk bahu Syah. Sebelum Syah keluar, katanya banyakkan makan buah kasi kulit lagi cantik bila Syah tanya lately nie muka Syah macam ada jerawat sedikit.

Actually Syah memang selesa dengan Dr nie kerana dia macam Dr Rasol gak, Friendly dan Open Minded. Dr nie panggil Syah adik dan rasanya umur dia tua sedikit dari Syah sahaja. Since Jumaat lepas Syah dah mula berdiet dan jaga pemakanan Syah. Oklah semua .............. Enjoy your lunch yek .............................. sehingga berjumpa dilain Entry.

Monday, March 5, 2012

Buku Mengenai Queen Elizabeth

05.03.2012, Isnin - Sempena sambutan Jubli Intan Baginda Queen Elizabeth II sebuah buku berjudul Queen Elizabeth II : A Diomand Jubilee Souvenir Album hasil buah tangan Jane Roberts telah dilancarkan pada Februari lepas.. Buku biographi bergambar ini didatangkan dengan 300 gambar-gambar bewarna yang sebahagiannya belum pernah diterbitkan sebelum ini. Jika berminat, anda boleh mendapatkannya melalui Amazon.com seperti link dibawah.

Rasa macam nak cari jer buku nie buat koleksi MBS Mini Royal Library Syah.

Sunday, March 4, 2012

Pengiran Muda 'Abdul Malik Berangkat Ke Larian Belia Hari Kebangsaan Ke-28 Brunei Darussalam

04.03.2012, Ahad - Hari ini Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik telah berkenan menghadiri Larian Belia Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-28 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei. Larian ini diadakan bertujuan untuk :-
  • Memperingati Hari Kebangsaan Ke-28 yang bertemakan "Negaraku Brunei Darussalam"
  • Mengeratkan hubungan silaturahim dan menjana integrasi dikalangan generasi belia dengan berbagai 'stakeholders' yang berkaitan diseluruh negara.
  • Mengalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dengan kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.
  • Memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama dikalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara.
  • Membentuk masyarakat yang berdisiplin, cekal dan berdaya saing ke arah membentuk Bangsa Brunei Cemerlang.
Sebelum perlepasan Pengiran Muda bersama-sama para peserta melakukan senamrobik. Larian ini juga diadakan dibeberapa daerah lain seperti di Daerah Tutong - Kompleks Sukan Tutong, Daerah Temburong - Taman Reakreasi Bukit Patoi - Kompleks Kemasyarakatan Pekan Bangsar dan Daerah Beliat - Pusat Insani Pekan Seria. Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dalam larian ini iaitu :-
  1. 17 tahun kebawah (Lelaki) - 5km
  2. 17 tahun kebawah (Perempuan) - 5km
  3. 18 tahun keatas (Lelaki) - 10km
  4. 18 tahun keatas (Perempuan) -10km
  5. Berpasukan terbuka Lelaki ( 3 orang sepasukan) - 10km
  6. Berpasukan terbuka Wanita (3 orang sepasukan) - 10km
  7. Orang Berkeperluan Khas (OBK) - 3km
  8. Fun Run - 3km
Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke lima bagi setiap kategori. Setelah selesai Pengiran Muda telah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenangan Larian yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Sumber :- Infofoto/Larian Belia hari Kebangsaan

Sultan Brunei Berangkat Pulang Ke Brunei Dari Lawatan Rasmi Ke Sandakan

04.03.2012, Ahad - Pagi tadi Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan rombongan telah berangkat kembali ke Brunei setelah tamat tempoh lawatan rasmi dua hari baginda ke Sandakan, Sabah. Kelihatan baginda mengaminkan doa yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Haji Ahmad Alwi Haji Adnan.

Turut serta mengucapkan selamat tinggal kepada Tuanku dan rombongan di Lapangan Terbang Sandakan adalah Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Tuanku dan rombongan.

Sumber :- Infofoto/Bernama

Kemasa Ruang Tamu Rawang Residence

04.03.2012, Ahad - Salam dan Selamat Petang kepada semua. Bagaimana anda habiskan cuti hari Ahad nie ? Syah tak kemana dan stay dirumah sahaja kemas ruang tamu. Dah berbulan ruang tamu tak terjaga sebab Syah masukkan barang-barang kat car porch kedalam ruang tamu dan alihkan perabut kebelakang sedikit kerana walaupun pintu tutup tetapi habuk renovation tu masuk juga sedikit. So hari nielah Syah bersihkan habuk-babuk pada perabut dan polish semua perabut dengan minyak kayu murni. Dari jam 08:00hrs tadi Syah mula kerja dan siap jam 15:30hrs.

Walaupun penat membersihkan habuk, polish semua perabut kayu dan mop lantai, Syah rasa puas sebab rumah nampak kemas sedikit. Jam 10:00hrs tadi rehat sebentar untuk breakfast dengan cereal dan lunch tadi tak makan cuma ambil Makanan Kesihatan Herbalife . Sekarang jam 17:24hrs dan taklah rasa penat sebab happy tengok ruang tamu dah bersih sedikit walaupun masih ada beberapa barang seperti meja dan lampu gate yang belum dipasang lagi kerana anak Wak Baha, Adi tak ada di Rawang. Insyallah dua minggu lagi clearlah benda-benda tu.

Sorry lah coz tak dapat nak update mengenai raja-raja pagi dan petang nie tetapi Insyallah Syah cuba cari bahan untuk buah tangan anda semua. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry .Bye............

Saturday, March 3, 2012

Sultan Brunei Diraikan Dalam Malis Santapan Malam di Sandakan

03.03.2012, Sabtu - Sempena lawatan rasmi dua hari Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ke Sandakan, Sabah satu malis santapan malam telah diadakan bagi meraikan Tuanku dan rombongan. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Sri Libaran, Sandakan ini turut disertai oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 17 orang anggota rombongan dari Brunei dan warga Sandakan.

Terdahulu baginda telah berangkat melawat.Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilokn pada sebelah pagi dan sebelah petangnya baginda telah berangkat menyertai perlawanan persahabatan badminton di Dewan Masyarakat Sandakan. Selepas majlis santapan ini, baginda akan berangkat melancarkan Festival Sandakan di Padang Bandaran.

Sumber :- Bernama

Kak Sal Singgah & Sarapan @ Rawang Residence

03.03.2012, Sabtu - Pagi tadi semasa Syah tengah terkial-kial betulkan AEL kerana Azrin parking kedalam sangat dan tanah kat tepi tu lembut dan Syah takut tayar tu terbenam nanti, tiba-tiba Syah nampak kereta Myvi warna hitam dan kata siaplah perempuan nie bawa slow dan macam berhenti pulak kat rumah Syah. Bila Syah pandang rupa-rupanya member lama Syah Kak Salki Mohd Dali atau lebih mesra Syah panggil Kak Sal. Kak Sal dah transfer ke Terengganu kerana mengikut suaminya tetapi akhir tahu lepas suaminya posting ke Kuala Lumpur semula dan di stranded kat Terengganu kerana bosnya hendakkan pengganti sebelum dia boleh tukar ke KL semula.

Esok malam baru dia balik ke Terengganu sebab Terengganu cuti umum sempena ulangtahun pemerintahan Sultan Terengganu. Kak Sal belikan Syah nasi lemak dan Syah inform tak makan sebab sedang berdiet. Syah buatkan Kak Sal air teh serta madu lebah dan dia makan meehon goreng yang dibelinya on the way ke Rawang Residence Syah tadi. Sembang-sembang sekejap dengan Kak Sal dan lepas tu dia minta izin untuk balik kerana hendak hantar pakaian suaminya untuk didobi. Selepas Kak Sal Balik Syah kemaskan bahagian depan rumah dan sempat tengok rumah jiran yang sedang buat renovation. Lepas tu baru Syah breakfast dengan cereal. Lunch tadi Syah buat sup sayur dan teh.

Terima kasih Kak Sal kerana sudi menjengok Syah di Rawang Residence nie dan Syah doakan agar Kak Sal sentiasa sihat dan sembuh dari sebarang penyakit serta dapat bertukar semula ke Kuala Lumpur dalam waktu terdekat ini untuk bersama-sama suami dan anak-anaknya. Sekarangam sudah jam 15:46hrs dan hari kejap hujan kejab berhenti. Ok lah yer semua ...... Sehingga berjumpa lagi dilain Entry ..................... Byeeeeeeeee

88 Tahun Kejatuhan Khalifah Islam

Sultan Abdul Majid II (Abdülmecid II)
Sultan Murad I
(1362 - 15.06.1389 - Mangkat dalam peperangan di Kosovo)

03.03.2012, Sabtu - Hari ini 03 Mac 2012 genaplah 88 tahun jatuhnya Khalifah Islam dimuka bumi ini. Pada 03 Mac 1924 Mustafa Kamal Atratuk secara rasminya menghapuskan institusi Khalifah di Turki. Khalifah terakhir kaum Muslimin, Sultan Abdul Majid II telah dihalau keluar dari Turki dengan kenderaan khas yang disediakan untuk baginda dan berakhirlah sebuah pemerintahan Islam yang berusia 1342 tahun. Baginda hidup dalam buangan selepas diturunkan dari tahta dan mangkat di Paris pada 23.08.1944.

Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad. Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan" pada 1362. Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.

Sumber :- Wikipedia

Sultan Brunei Berangkat Ke Sandakan

03.03.2012, Sabtu -Pagi ini Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien berada di Sandakan, Sabah atas urusan lawatan rasmi dua hari. Keberangkatan tiba Tuanku Sultan dan rombongan di Lapangan Terbang Sandakan disambut oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin. Bacaan doa kemudianya dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Haji Ahmad Alwi Haji Adnan.

Sumber :- Infofoto

Friday, March 2, 2012

Penatnya Hari Ini

02.03.2012, Jumaat - Salam semua dan apa khabar, Syah terlambat sedikit update blog hari nie kerana busy dengan tugas dipejabat dan ada masalah masa nak balik ke Rawang Residence tadi. Hari nie Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan macam biasa sempat ziarah sebentar untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada penghuni Makam Pahlawan. Syah beli Kacang Kuda Rebus dan Buah-Buahan untuk lunch dan Selepas solat Syah beli sebotol kecil madu Lebah Talang untuk diminum pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Macam biasa hari Jumaat nie kami di TM balik jam 17:00hrs dan Syah terus bergesas keluar selepas Solat Asar kerana Bong, vendor pintu pagar nak jumpa Syah untuk ambil down payment dan ukur pemegang tangga rumah Azrin kerana Azrinpun nak buat pemegang yang sama seperti Syah kerana ibunya, Kak Cik ada masalah lutut dan senang jika dia hendak naik keatas.

Nielah nak cepat jadi lambat. Tiba-tiba komuter breakdown di KTM Putra Station. Adalah dekat setengah jam kami dalam train baru staff KTM inform komuter ada masalah dan kena turun. Ada penumpang yang hendak pengsan kerana sesak nafas kepanasan dalam gerabak Wanita. Ada-ada jer KTM nie dan kami kena keluar ikut gerabak pertama kerana pintu di gerabak Wanita dan Ketiga tidak berada di station. hari pula hujan dan kami terpaksa transfer ke platform lain kerana komuter ke Rawang berhenti di platform berkenaan. Tunggu agak lama ada train datang tetapi biasalah dua tiga kerat jer yang dapat masuk kerana komuter sedia ada penuh.

Tak berapa lama datang pula train enam coach dan shukur Alhamdulillah dapat masuk walupun terpaksa bertolak-tolak dengan penumpang lain. Komuter nie pula tak ke Station Rawang dan berhenti di Sungai Buluh sahaja. So terpaksa naik juga, jika tidak tak tahulah bila boleh sampai. Sampai Sungai Buluh Syah beli buah dan minuman dan berlari naik tangga ke platform sebelah kerana train datang. Penat berlari rupanya ETS............. Hehehehe. Tak lama lepas tu sampai train ke Rawang dan kami semua naik. Bila sampai KTM Rawang hampir jam 20:30hrs.

Dah nak sampai KTM Rawang, train pula boleh berhenti kerana beri laluan pada train lain. Syah berdoa dalam hati agar sempatlah Syah kejar bas akhir ke Rawang Residence. Hampir 20:30hrs dan Syah berlari dalam hujan kejar bas dan nasib baik bas lambat. Bas jalan hampir jan 20:45hrs dan masa dalam bas Bong SMS kata dia datang esok sahaja kerana hujan dan diapun ada mentioned kat Syah dia tak berapa selesa datang malam sebab area Rawang Residence Syah tu kawasan tak selamat sedikit exspecially kepada orang luar takut kena paw. Syah call dia dan minta datang esok pagi jam 09:00hrs. Syah sampai rumah dalam keadaan basah kuyup kerana hujan lebat.

Oklah semua Syah GTG hingga berjumpa lagi dilain Entry ..................