Tuesday, December 13, 2011

Tengku Mahkota Pahang Cadangkan Kajian Terperinci Dilakukan Mengenai Banjir

13.12.2011, Selasa - Hari ini Tengku Mahkota Pahang Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah telah mencemar duli melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Teluk Gading, Rompin. Setakat jam 14:00hrs tadi seramai 480 orang daripada 114 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir sekitar daerah Rompin.

Tengku Abdullah dalam titahnya mahukan agar dilakukan kajian terperinci bagi menangani isu banjir terutamanya dikawasan-kawasan berisiko dilanda banjir diseluruh negara. Baginda mencadangkan agar dibina rumah sementara dikawasan penduduk yang sering dilanda banjir. Titahnya lagi rumah berkenaan tidaklah perlu terlalu cantik cuma sekadar cukup sebagai tempat berlindung apabila berlakunya banjir terutamanya banjir kilat.

Menurut baginda lagi, rumah ini akan mengurangkan kesesakan di pusat-pusat pemindahan banjir terutamanya pada musim banjir seperti sekarang ini. Titah baginda lagi, pembinaan rumah sementara ini walaupun bukan penyelesaian sepenuhnya tetapi dapat membantu mangsa berada berdekatan dengan rumah mereka.

Sumber : Bernama

Pusat Latihan Telekom Dilanda Banjir

Banjir di TMTC - Lihat dibelakang tu air sudah mula melimpah masuk dan tak lama selepas tu kawasan nie tengelam.

13.12.2011, Selasa - Banjir Kilat yang melanda Kuala Lumpur petang tadi melibatkan Pusat Latihan Telekom atau lebih dikenali sebagai Telekom Malaysia Training Center (TMTC) tempat Syah berkursus. Lebih kurang hampir jam 15:30hrs hujan lebat dan ada sebahagian dari peserta keluar mengalihkan kereta mereka kerana kawasan parking dibahagian belakang TMTC selalu dinaiki air jika berlaku banjir kilat. Instructor kami kata tak naik air dan tiba-tiba assistant dia berikan phone pada dia baru dia tamatkan kelas sebab air dah mula naik. Hehehehe .............

Syah solat Asar dahulu sebab nak balik hujan lebat. Tiba-tiba tergerak hati kebahagian belakang TMTC dan ada tinggal beberapa kereta yang ditolak sebab tak dialihkan dan air sudah naik. Mana-mana kereta yang diparking ditepi jalan luar kawasan belakang TMTCpun dinaiki air dan ada kereta yang dihanyutkan banjir. Tiba-tiba tempat Syah berdiri tu dinaiki air dengan cepat sampai habis basah dan tengelam kasut Syah. Terus Syah bergerak keluar dan sampai guard room pula air dah mula naik dan Syah tanggalkan kasut harungi air tu kalau tak alamat hancurlah kasut tu basah. Syah keluar juga jika tidak lagi lambatlah balik jika guard room tu ditengelami air.

Mana kereta yang sempat dialihkan kesian Syah tengok enjin tak boleh start dan kereta mereka penuh dengan air. Sempat lihat orang-orang alihkan kenderaan mereka dan Syah call my brother Muss tumpang dia balik. On the way balik kami singgah Carrefour beli keperluan dapur dan makan di Wangsa Maju. Syah makan Mee Jawa dan Barli Panas manakala Muss Nasi Lemak dan Teh Tarik. Syah belanja. Lepas tu kami terus balik rumah.

Tuanku Abdul Halim Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14

13.12.2011, Selasa - Jam 11:15hrs tadi diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 bertempat di Balairong Seri Istana Negara. Mesyuarat dipengerusikan oleh Raja Perlis. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudiannya menyembahkan surat sumpah jawatan kepada Tuanku Sultan Kedah dan baginda kemudiannya melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan dihadapan Majlis Raja-Raja dimana Sultan Pahang dan Sultan Perak sebagai saksi. Istiadat ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan yang di-Pertuan Agong oleh Al-Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad ke-V. Setelah semuanya selesai, doa dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Kemudiannya Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Sri Najib Tun Razak membacakan pengisytiharan tersebut.


Dalam istiadat ini Tuanku Sultan Kedah tampil segak bergaya dengan mengenakan pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai "Sikap" terdiri daripada jaket pendek yang berbelah dihadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tengkolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris. Istiadat ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu diwakili oleh Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Turut serta kesemua Yang Dipertua Negeri, menteri-menteri kabinet, ketua-ketua jabatan serta kerabat diraja. Istiadat ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Selepas itu Tuanku telah berkenan menerima mengadap menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara.

RTM - TV satu mengadakan siaran langsung dan sayang sekali Syah tak dapat menontonnya sebab ada kursus di TMTC Jalan Gurney Kiri dan sekarang jam 13:45hrs dan jam 14:00hrs nanti masuk kelas balik. Terima kasih kepada rakan Syah Jariah Judin kerana sudi meminjamkan komputer dia untuk Syah update blog ini.


Sumber : Bernama

Tuanku Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman Selamat Tiba di Ibu Negara

13.12.2011, Selasa - Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman tiba di Komplek Bunga Raya KLIA pagi tadi jam 09:07hrs untuk menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat. Baginda berdua kemudiannya ke Dataran parlimen untuk sambutan penuh istiadat.

Baginda sampai ke Dataran Parlimen pada jam 10:00hrs disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja. Keberangkatan tiba baginda berdua dijunjung oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serti isteri masing-masing. Baginda kemudiannya diiringi ke petrana, melintas pasukan kawalan tombak diikuti tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pancaragam pusat Rejemin Askar Melayu Diraja dibawah pimpinan Leftenan Nor Azizan Yahya. Serentak dengan itu bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Tuanku kemudiannya memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari Batelion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Muhammad Abdullah. Kemudiannya bacaan doa berkemundang diudara dibacakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh disusuli tabik "Hormat Diraja" dan Negara Ku.

Baginda berdua kemudiannya menerima mengadap menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara Jalan Duta untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.


Sumber : Bernama

Buka Puasa, Kucing Berak dan Hari Paling Banyak Pengunjung Blog

13.12.2011, Selasa - Semalam Syah balik awal dari kursus kerana habis cepat. Dari Jalan Gurney Kiri Syah jalan kaki ke LRT Damai untuk ke KLCC. Solat Asar di KLCC dan lepas tu ke Kinokuniya dan sempat minta mereka bukakan balutan dua buku sebab Syah nak tengok - King Bhumibol Adulyadej : A Life's Work berharga RM120.00 dan The Ruler of Malaysia, Jilid 16, The Encyclopedia of Malaysia berharga RM95.00. Buku di Kinokuniya biasanya mereka balut dan kalau kita nak view boleh kekaunter minta mereka bukakan balutan tu. Saja nak tunggu masa berbuka.

Dah puas tengok dua buku tu Syah jalan-jalan dan terfikir nak makan ker dulu atau solat. Resulatnya Syah solat Maghrib dulu baru berbuka dengan Wantan Mee Sup di Noodles, Rasa Food Arena @ RM6.80 dan beli Milk Tea & Pearl @Gong Cha @RM5.90. Sebelum balik belikan Muss Young Tau Foo @RM9.10 dan Mus terperanjat kerana katanya mahal sebab bahannya sikit jer dan Syah inform biasalah bukan pasar malam tetapi KLCC. Syah belanja.

Di Melati LRT Muss fetch Syah dan tiba jer at KL Residence masalah besar kerana kucing Muss yang lepas dalam rumah tu ceret beret - Si Blackie. Satu kerja Muss lap dan Syah mop. Adeh meragam lak dia ........ nak marah dah tentu dia tu binatangkan manalah dia boleh fikir alangkan manusia lagi kalau ceret beret terberak dalam seluar kan? Heheheheh........... gambar kat atas tu Noami dan Blackie tengah tengok we all kemas tahi dia.


Tiap perkara yang tak elok mesti ada yang elok plak kan? Gembira Syah bila lihat stastik pengunjung blog Syah hari ini menunjukkan angka 1616, mungkin entry mengenai keberangkatan Tuanku Mizan ke Terengganu. Apa-apapun terima kasih kepada pembaca tengkusyah.blogspot.com. Really appreciate it. Sekarang jam 01:50hrs Ok lah Syah hendak beradu dahulu sebab esok Muss nak gerak jam 06:30hrs. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry............. Byeeeeeeeeee

Monday, December 12, 2011

Jemaah Pemangku Sultan Kedah Dilantik

12.12.2011, Isnin - Sempena perlantikan Sultan Negeri Kedah Darul Aman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Sultan telah berkenaan melantik satu Jemaah Pemangku Sultan bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan lancar selepas pemergian baginda ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tempoh lima tahun mulai esok 13.12.2011.

Sehubungan dengan itu satu Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jemaah Pemangku Sultan Kedah diadakan hari ini di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah di hadapan Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman. Gambar menunjukkan YTM Tunku Panglima Besar Kedah sedang mengangkat sumpah dalam istiadat ini. Anggota-anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah terdiri daripada :-
  • Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Tunku Laksamana Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
YTM Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang DiPertua Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Dalam titahnya, Tuanku Sultan berpesan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah supaya menjalankan amanah yang telah diberikan ini dengan jujur dan didikasi kerana raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan dan jadikan keutamaan dan kepentingan negeri dan rakyat sebagai tanggungjawab yang dipikul dengan adil dan saksama.


Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri UtamaTunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tunku Temenggong Kedah, YTM Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh
Tunku Laksamana Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah

Tuanku Sultan Kedah Kurniakan Darjah Kebesaran Sempena Perlantikan Baginda Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14

Sultan Kedah dan Adinda Baginda Tunku Bendahara Kedah

12.12.2011, Isnin - Sempena perlantikan Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran kepada individu-individu berikut di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pagi tadi.

  • Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah :- Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (D.M.K) membawa gelaran Dato' Seri Utama.
  • Menteri Besar Terengganu Datp' Seri Azizan Abdul Razak :- Darjah Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (S.H.M.S) membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
  • Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim :- Darjah Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (S.H.M.S) membawa gelaran Dato' Seri Diraja.

  • Toh Puan Bendahara Kedah Nor Suzana Abdullah :- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) membawa gelaran Dato' Seri.

  • Toh Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff :- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) membawa gelaran Dato' Seri.

  • Dato' Tunku Hosna binti Almarhum Sultan Badlishah :- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) membawa gelaran Dato' Seri.

  • Dato Lela Putra Dato' Tunku Jaafar Laksamana Tunku Nong Jiwa :- Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul HalimMu'adzam Shah (D.H.M.S) membawa gelaran Dato' Paduka.

  • Dato' Syed Kamil Syed Noh Shahbuddin :- Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S) membawa gelaran Dato' Paduka.

Sumber :- Bernama

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah Berangkat Pulang ke Terengganu Pagi Ini

Selamat Jalan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah



12.12.2011, Isnin - Salam semula dan sekarang nie waktu rehat kursus Syah dan best betul kerana instructornya boss lama Syah. Curi-curi masa guna komputer member untuk update blog mengenai keberangkatan pulang Tuanku Mizan. Bernama dalam laporannya pagi ini memaklumkan Istiadat Keberangkatan Pulang ke Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja. Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan Isterinya Datin Seri Che Sharifah Ismail. Turut serta adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin dan Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Sebelum berangkat ke Dataran Parlimen dimana upacara rasmi keberangkatan baginda berdua diadakan, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah telah berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara. Baginda juga turut menerima mengadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Istana Negara. Tuanku Mizan kelihatan segak mengenakan "Muskat" iaitu pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara baginda melintasi pasukan kawalan kehormat oleh Batalion ke-6, Rejimen Renjer Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Zaffar Ismail. Ketika ini lagu Negara Ku dimainkan oleh pasukan pancaragam batalion tersebut yang dianggotai oleh 30 anggota lain-lain pangkat.

Ketibaan baginda berdua di Dataran Parlimen diiringi tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen kedua kor Armour Diraja disambut oleh Perdana Menteri dan Isteri. Baginda kemudiannya diiringi ke petrana khas, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat disusuli lagu Negara Ku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja diketui Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.

Serentak itu bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan diikuti tembakan meriam 21 das. Tuanku kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 103 anggota dan pegawai dari Batelion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja diketuai oleh Lt Mohd Nor Azizan Yahaya. Kemudianya bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh disusuli tabik "Hormat Diraja" serta lagu Negara Ku.
Baginda berdua kemudiannya berangkat bersalam perpisahan dengan barisan jemaah menteri, ketua jabatan serta diplomat asing sebelum meneruskan perjalanan ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Semasa kenderaan membawa baginda melalui Jalan Parlimen, rakyat dan pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam dan kakitangan swasta berbaris di kiri dan kanan jalan mengucapkan selamat jalan kepada Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.

Dirgahayu Tuanku Patik.

Sumber : Bernama

Kursus @ TM Training Center

12.12.2011, Isnin - Hari ini dan esok Syah ada training Supervisor In Action di TM Training Center. Actually Syah dah minta cuti pada 12 dan 13 tetapi ada panggilan kursus dan terpaksa Syah tunda cuti tu. So nampak gayanya tak dapat nak update blog dan menonton Istiadat Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah ke Terengganu serta Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baru. Malam nanti baru Syah update blog. By the way hari nie Syah puasa sunat Isnin. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Sunday, December 11, 2011

Tuanku Nur Zahirah Hadir Ke Pertandingan Akhir Reka Fesyen Piala Seri Endon 2011

11.12.2011, Ahad - Beberapa jam lagi Tuanku Nur Zahirah akan kembali bersemayam di Kuala Terengganu setelah tamat tempoh sebagai Raja Permaisuri Agong ke-13. Walau bagaimanapun jadual baginda tetap penuh dihari-hari terakhir baginda sebagai Raja Permaisuri Agong dan hari ini Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli menghadiri Pertandingan Akhir Reka Fesyen Piala Seri Endon 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Turut serta dalam majlis ini adalah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi yang merupakan Penaung Batik Malaysia.

Piala Seri Endon diambil sempena nama isteri Tun Abdullah iaitu Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood. Ianya dicipta untuk mencari dan menyediakan platform bagi sokongan, pengiktirafan dan galakan bagi pembuat batik di Malaysia. Piala Seri Endon diadakan setiap tahun dan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja yang berumur 18 tahun keatas.

Sumber : Bernama / World Batik Council.

Syah @ KL Residence

11.12.2011, Ahad - Sekarang jam 21:27hrs dan Syah ada di KL Residence. Lepas Zohor tadi Syah bertolak ke Kuala Lumpur dengan bas dan singgah Jalan Tuaku Abdul Rahman dan KLCC. Di KLCC Syah makan Wantan Mee Sup Tambah Cendawan dan Fish Ball dengan harga RM10.50 semangkuk. Banyak dan kenyang giler, terdahulu semasa dalam perjalanan Syah beli fruit. Tadi singgah sekejap kat Lambaian Seafood tetapi tutup dan Syah call nombor yang ada kat kedai tu dan taukenya inform Syah nanti dia call Syah semula kalau staff dia ada simpan cermin mata tu. Kalau tak ada tak tahulah mana hilangnya.

sampai KL Residence tak ada orang cuma ada dua budak hitam Noami dan Blackie. Syah sampai waktu Maghrib dan tak lama lepas tu Muss balik dan Cd pula tidur rumah Kak Long Fadhilah tak silap Syah. Masa bagi makan kucing-kucingnya Muss keluarkan Hamster..... Alamakkkk lama tak jumpa dia dan Mak Aii semenjak dikasi hari tu besarnya dia macam Muss juga tembamnya ...Hehehhe. Bila Syah angkat memang berat. Hamster...Hamster tetapi Muss jarang keluarkan dia sebab nakal kata Muss suka lari sana sini takut pecah barang-barang.

Tengku Aris Temenggong Selangor Di Kurniakan Darjah Kerabat Selangor D.K.II

11.12.2011, Ahad - Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke-66, Nenda Saudara baginda Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah yang merupakan Tengku Aris Temenggong Selangor telah mengetuai senarai penerima darjah dan pingat kebesaran negeri Selangor pada tahun ini. Sebelum ini YAM pernah menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) pada 2002. Pada tahun ini YAM Tengku Dato' Setia dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan DARJAH KERABAT SELANGOR KEDUA (D.K.II).

Tahniah Syah ucapkan kepada Tengku Aris Temenggong Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah atas penganugerahan Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II).


D.K.II merupakan darjah kebesaran tertinggi kedua negeri Selangor yang dizahirkan pada 1977 mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selempang dan Lencana Selempang. Kalung Darjah diperbuat daripada logam bersadur emas didatangkan dengan 14 karangan mata rantai. Lambang Negeri Selangor diatas bulan sabit tertera pada mata rantai ditengahnya manakala mata rantai yang lain berbentuk bulat dengan permukaannya berukir keris bersilang berselang seli dengan mata rantai yang mengandungi perkataan Allah dalam huruf jawi. Bintang darjah bewarna keemasan dengan gubahan daun kelapa yang timbul bewarna merah. Selempangnya dari kain sutera selebar 101.6mm dengan dua jalur merah ditengahnya. Ianya dipakai diatas bahu sebelah kiri melintang kebawah sebelah pinggang kanan.

Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II) dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia dan ianya juga diberikan kepada Putera-Putera Raja Negra Asing sebagai tanda penghormatan dan hubungan silaturrahim dengan baginda Sultan. D.K.II ini juga dipertimbangkan untuk dianugerahkan kepada penyandang-penyandang jawatan tertinggi yang telah menyumbang jasa dan bakti cemerlang kepada baginda Sultan atau Kerajaan Negeri Selangor.

Sumber : Bernama/Laman Sesawang Darjah Kebesaran Selangor

Aktiviti Ahad Syah

11.12.2011, Ahad - Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot.com semuga kalian memanfatkan cuti hari minggu ini dengan lebih bermakna bersama keluarga atau insan tersayang. Tak banyak benda Syah buat pagi nie. Ingatkan hendak ke Pekan Rawang cari cermin mata kat kedai makan semalam tetapi biasanya hari Ahad mereka tutup. Lagipun lepas Zohor nanti Syah hendak berangkat ke KL Residence. Kalau ada rezeki kedai tu buka bolehlah Syah tanya ada ker tak cermin mata tu sebab Syah tak ingat langsung samada tertinggal kat kedai atau terjatuh kat mana-mana. Doakan yer Syah jumpa cermin mata Syah tu. Oklah ................ sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Daaaaaaaaaaaaaa

Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke-66


DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Duli Yang Maha Mulia
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya

Merafak Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat
Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-66
11 Disember 2011 bersamaan 15 Muharram 1433H

Semuga Tuanku Sultan Selangor DiPanjangkan Umur, Diberikan Kesihatan Yang Baik dan Dapat Memerintah Negeri Selangor Dengan Seadilnya.

Sultan Selangor Dukacita Isu Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri Selangor Di Politikkan

11.12.2011, Ahad - Dalam sidang media yang diadakan semalam Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Mohammed Khusrin Munawi memaklumkan bahawa Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita baginda atas sikap segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran dan bintang Selangor sempena hari keputeraan baginda yang ke-66. Menurut Dato' Mohammed Khusrin, Tuanku Sultan telah meneliti 2,068 permohonan dan keputusannya baginda memilih 113 penerima sahaja. Keutamaan pemilihan adalah diberikan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera. Mereka yang terpilih adalah 9 dari Istana, 82 penjawat awam, 5 dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor awam.

Menurut Dato' Mohammed lagi, ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor. Pada tahun ini tiada calon daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menerima darjah dan bintang kebesaran kecuali Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali dari PAS yang merupakan anggota Exco kerajaan negeri. Tambah beliau, penganugerahan kepada Dato' Hassan Ali disifatkan memberi keadilan kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga pati komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS sebagai pentadbir negeri ini.

Pada 2009 baginda mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili PKR dan pada 2010 darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dianugerahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Dato' Teng Chang Khim dari DAP. Pada tahun ini pula Dato' Hassan Ali dari PAS dianugerahkan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS)

Sumber : Bernama

Majlis Santapan Negara Sempena Tamat Pemerintahan Tuanku Mizan Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13

11.12.2011, Isnin - Malam tadi telah diadakan majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Majlis diadakan dengan penuh adat istiadat dan warna warni ini dihadiri oleh 600 tetamu di Dewan Santapan Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang juga merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Aging ke-13.

Dalam titahnya Tuanku Mizan memberi pujian kepada kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kerjasama cemerlang sepanjang tempoh pemerintahan baginda. Titah baginda lagi Yang di-Pertuan Agong mempunyi peranan sangat luas dalam menyumbang bakti kepada pertiwi melalui usaha dan pendapat, baik secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjana, memupuk perpaduan pada kalangan rakyat, menyokong tindakan kerajaan ke arah memakmurkan negara dan memperkukuhkan syiar Islam di Malaysia.
Tambah baginda lagi, pengalaman menerima khidmat dua Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib menyedarkan baginda betapa bertuahnya Malaysia dan rakyat Malaysia kerana proses peralihan kuasa diantara keduanya berjalan lancar. Baginda juga berasa gembira setiap tahun kerana dipersembahkan dengan laporan-laporan ekonomi dan pembangunan negara yang sentiasa meningkat dan mendengar taklimat dan membincangkan hal ehwal pentadbiran negara daripada kedua-dua individu berkenaan.

Pesana Tuanku kepada para pemimpin negara dan rakyat Malaysia supaya meneruskan usaha memupuk, memelihara dan mengeratkan perpadua sediada dan baginda memandang berat terhadap segelintir pihak-pihak tertentu yang membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Baginda juga menyeru agar semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan, Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan kedudukan istemewa orang Melayu serta kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda juga sempat berkongsi rasa bangga baginda sebagai ketua negara Islam pertama menjejakkan kaki ke Benua Antartika pada November lepas dalam rangka lawatan kerja empat hari kesana dan berpeluang menerokainya bersama-sama saintis yang berpengalaman.

Turut serta memeriahkan majlis adalah dua mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badwi bersama isteri masing-masing Tun Dr Hasmah Mohd Ali dan Tun Jeanne Abdullah. Dalam majlis ini pihak kerajaan telah berbesar hati memberi cenderahati kepada Tuanku Mizan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala cenderahati Tuanku Nur Zahirah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.


Sumber : Bernama

Saturday, December 10, 2011

Cermin Mata Hilang

10.12.2011, Sabtu - Bengang betul malam nie sebab cari cermin mata dalam dan luar rumah tak jumpa-jumpa. Samada tercicir atau tertinggal kat kedai makan tadi. Esok nak tanya kedai tu kalau ada tetapi masalahnya takut kedai tu tutup hari Ahad . So call Azrin minta dia tengokkan hari Isnin sebelum dia outstation dan dia kata ok. Syah pula esok akan ke KL Residence dan Rabu baru balik Rawang Residence kerana ada kursus di TM Training Center. Mata Syah macam sakit plak sebelah kanan. Rasa pedihpun ada sakit pun ada, tak lah setiap masa kadang kala jer. Ada-ada jer lah ........ pelupa betul Syah nie, Argggggggggggggggg.............

Makan @ Pekan Rawang

10.12.2011, Sabtu - Pagi tadi Syah minum herbalife dan tak ambil apa-apa makanan sebab nak berdiet coz member office inform Syah dan tembam. Tak boleh jadi nie kena kurangkan makan. Selepas Asar Syah ke Rawang untuk makan di Lambaian Seafood. Syah makan meehon tom yam putih dan barli panas. Semuanya RM5.50. Lepas makan ke Giant beli mineral water.

Di bas stand sambil tunggu bas Syah beli buah nenas. Sekarang jam 22:30hrs dan Syah rasa lapar dan minum susu dan makan dua keping biskut. Memang lapar tetapi kena tahan nafsu tu. Perutpun dah makin menonjol naik nie..............Hehehe.............

Raptai Keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman ke Kuala Lumpur Berjalan Lancar

10.12.2011, Sabtu - Jika di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sibuk dengan persediaan keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan menyambut Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru, begitulah juga lah kesibukan yang berlaku di Alor Star Kedah. Bagi memastikan majlis keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah ke Kuala Lumpur berjalan lancar pada 13.12.2011 nanti, pagi tadi telah diadakan raptai keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang sejauh 5.3km berjalan lancar. Gambar menunjukkan para petugas mengadakan raptai dihadapan Istana Anak Bukit.

Raptai dimulai dengan keberangkatan baginda berdua ke Anjung Istana Anak Bukit jam 06:30hrs. Setibanya baginda dianjung Istana, akan diadakan bacaan doa selamat, laungan azan dan kemudiannya paluan nobat "Raja Berangkat". Mengikut jadual baginda akan berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 07:30hrs. Dilapangan terbang pula baginda akan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat DiRaja terdiri daripada 103 pegawai dan anggota batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja dengan tembakan meriam 21 das oleh pasukan Rejimen Artileri dari Taiping, Perak. Selepas pemeriksaan kawalan kehormat diadakan bacaan doa selamat diikuti lagu Negaraku. Selepas itu baginda berdua dan rombongan akan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ke Kuala Lumpur.

Sumber :- Bernama

Rais Yatim Meninjau Persiapan Majlis Santapan Negara Sempena Tamat Tempoh Perkhidmatan Tuanku Mizan

10.12.2011, Sabtu - Malam ini akan diadakkan Majlis Santapan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Majlis diadakan di Bilik Santapan, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang merupakan "orang kuat" bagi majlis ini kelihatan sedang sibuk memeriksa persiapan terakhir majlis sebentar tadi dan menyaksikan raptai Jamuan Negara ini. Majlis ini adalah penting sebagai penghormatan terbesar dan termulia untuk Tuanku Mizan, sehubungan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan semua perkara dilaksanakan mengikut perancangan yang ditentukan. Beliau menghabiskan masa selama dua jam meninjau persiapan majlis ini. Dianggarkan 300 peserta dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan persembahan menghiburkan Tuanku berdua dan tetamu yang akan dihidangkan dengan menu ala barat. Seramai 600 tetamu akan menghadiri jamuan ini.

Sumber :- Bernama

Aktiviti Sabtu Syah - MPS Datang ..... Alamak

10.12.2011, Sabtu - Hari nie tak banyak benda Syah buat. basuh baju dan bincang sedikit dengan Wak Baha yang sedang buat renovation depan Rawang Residence Syah. Apa-apapun jika suruh kontraktor Indonesia buat kerja kita kena selia kerja-kkerja mereka kalau tak nanti tak seperti yang kita inginkan. Walau bagaimanapun Wak Baha nie dia tahu apa yang Syah hendak tetapi kena monitor juga lah sedikit supaya kerja-kerja yang dilakukan seperti yang kita kehendaki. Masa sedang berehat kat dalam rumah kedengaran orang ketuk pintu. Berderau darah Syah bila tengok staff Majlis Perbandaran Selayang datang. Dia tanya Syah buat apa rumah nie? dan Syah kata besarkan pagar sahaja. Syah tanya dia ada orang complain ker? katanya tak ada dan dia datang bukan sebab renovation tu tetapi atas urusan Cukai Pintu.

Lega Syah tetapi kena denda RM 100.00 sebab lewat bayar cukai pintu setahun. Katanya itu prosidur Majlis Perbandaran Selayang, jika satu tahun cukai pintu tak bayar mereka akan datang siasat tengok rumah untuk pastikan rumah tu ada penghuni atau kosong. Alamak ................. kena denda lagi lah plak. Inilah akibatnya jika asik bertangguh bila buat sesuatu.
  • Cukai Pintu Tertungak :- RM148.80
  • Cukai Semasa :- RM148.00
  • Caj dikenakan :- RM40.00
  • Waran Tahanan :- RM100.00
Jumlah keseluruhannya RM437.60 dan Waran tahanan RM100.00 tu Syah tanya dia boleh wave tak? Dia kata kena ke MPS dan buat permohonan. Ada-ada jer kan? Nasiblah ................ Insyallah Rabu nanti Syah cuti Syah akan buat bayaran dan minta-minta dapatlah wavekan RM100.00 tu.

Tuanku Ibrahim Keluarkan Titah Berhubung Isu Pemberian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Johor

10.12.2011, Sabtu - Semalam Ketua Polis Johor, Dato' Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah mengadakan satu sidang akhbar untuk menyampaikan titah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia SultanImbang Penuh Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berhubung isu penberian darjah kebesarn dan pingat negeri Johor. Tuanku menitahkan bahawa baginda tidak mengurniakan sebarang darjah kebesaran dan pingat negeri Johor menerusi proses imbuhan atau sumbangan kewangan. Baginda juga tidak pernah memberi kuasa melantik pihak tertentu menguruskan pemberian darjah kebesaran dan pingat negeri Johor dengan imbuhan.

Titah baginda ini dikeluarkan untuk mengelakan rakyat diperbodohkan dengan helah dan tipu muslihat pihak tertentu yang menggunakan nama baginda, kerabat diraja dan Istana Johor untuk mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dan hina. Menurut Dato' Mohd Mohktar penipuan ini terbongkar apabila seorang ahli perniagaan ditipu oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dari Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor yang menawarkan gelaran dato' dan sebidang tanah dengan mengenakan imbuhan secara berperingkat sehingga jumlahnya mencapai RM41,000.00. "Tunku Osman" berjumpa dengan mangsa pada Ogos lepas.

Tembelang individu berkenaan terdedah apabila ahli perniagaan berkenaan berjumpa dengan Tunku Osman sebenar pada November lepas. Setelah menyedari beliau ditpu, mangsa terus membuat laporan polis. Bertindak dari laporan tersebut, pihak polis telah menahan reman seorang lelaki untuk siasatan lanjut. Dalam kes yang berlainan pula menurut Dato' Mohd Mokhtar Polis Nusajaya telah menahan seorang lelaki dan wanita dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyamar sebagai pegawai kastam dan meminta derma sempena sambutan hari Keputeraan Sultan Johor pada September lepas.

Sumber :- Berita Harian

Persediaan Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Baginda Berjalan Lancar

10.11.2011, Sabtu - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena tamat tempoh perkhidmatan baginda berdua sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-13 pada Isnin depan bersamaan 12 Disember 2011. Majlis diadakan di Starhill ini dianjurkan oleh Bedata & Co Geneve yang merupakan syarikat pengeluar jam tangan jenama swiss yang mempunyai kepakaran dalam rekabentuk jam tangan mewah untuk wanita.

Bak kata Pepatah Melayu Patah tumbuh hilang berganti, selepas keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah pada Isnin depan ke Kuala Terengganu, keesokan harinya pula Selasa 13.12.2011 akan diadakan Istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Istiadat kali ini mengukir sejarah dalam institusi diraja kita dimana Sultan Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Almu'tasimu Billahu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali keduanya. Dirgahayu Tuanku Patik. Manakala Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah KDYMM Sultan Muhammad Ke-V yang merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Agong ke-VI (6) Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Berita Harian dalam laporannya hari ini mekalumkan persiapan istiadat berkenaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Menurut Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, En Azwan Zairakithnaini, persiapan istiadat berkenaan telah dirancang semenjak tiga bulan lalu. Menurut belia lebih daripada 700 tetamu kehormat akan menghadiri istiadat ini termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar serta kerabat-kerabat Diraja. Kad undangan istiadat telah diedarkan dua bulan lepas. Menurut beliau lagi raptai terakhir istiadat ini akan diadakan esok Ahad 11.12.2011.

Sumber :- Bernama/BH

Friday, December 9, 2011

Doa Khutbah Jumaat Terakhir Untuk Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah di Wilayah Persekutuan

09.12.2011, Jumaat - Tengahari tadi solat jumaat di Masjid Negara dan Khutubah hari ini bertajuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Payung Agama dan Negara disampaikan oleh Ustaz Zaki Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara. Selepas itu kedengaran Doa untuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, disebut Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Sedih mendengarnya sebab ini adalah Jumaat terakhir nama Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah disebut dalam doa Khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan kerana baginda akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 12.12.2011 ini.

Jumaat minggu hadapan akan disebut nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baru pula :-

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzan Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Syah hendak berkongsi bersama anda semua Khutbah Jumaat hari ini seperti berikut dari Jakim e-Khutbah :-

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG

PAYUNG AGAMA DAN NEGARA

( 9 DISEMBER 2011 / 13 MUHARAM 1433H )Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya, kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Sempena dengan tamat tempoh rasmi perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang ke -13 pada 12 Disember ini maka tajuk khutbah pada hari ini ialah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Payung Agama dan Negara” .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa di negara kita Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong merupakan pemimpin tertinggi, sebagai ketua negara dan Baginda juga sebagai ketua agama Islam. Sebagai ketua negara Baginda melaksanakan tugasan dan amanah seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Perkara 181(1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa Raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukan beberapa kuasa kepada Yang diPertuan Agong, antaranya ialah Baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang melayu dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain. Maka menjadi tanggungjawab Baginda melaksanakan tugas dengan adil dan tidak menzalimi sesama manusia tanpa mengira kedudukan seseorang itu. Firman Allah dalam surah Saad ayat 26:

Maksudnya:“ Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar; dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam apa juga perkerjaan, termasuklah hal-hal yang bersangkutan kepimpinan, Islam telah menetapkan prinsip-prinsip yang perlu diikuti, antaranya yang penting ialah kebenaran dan keadilan. Konsep keadilan meliputi hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia dan juga hubungan manusia dengan makluk yang lain. Dalam konteks kehidupan bernegara keadilan tidak hanya berkait tanggungjawab pemerintah kepada rakyat semata-mata tetapi juga antara rakyat terhadap pemerintah.Untuk itu sebagai umat Islam di negara ini kita merasa amat bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong, Sultan atau Raja sebagai ketua agama Islam juga adalah sesuatu yang amat istimewa di negara kita. Baginda bukan sekadar simbol kepada kedualatan negara, malah Baginda beperanan sebagai payung kepada agama dan bangsa dalam erti menjamin dan memelihara kesejahteraan rakyat dan keamanan negara yang berterusan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Berdasarkan kepada bukti sejarah bahawa Islam mula bertapak di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun ke empat belas. Walaupun proses Islamisasi di negara kita begitu unik dengan berlatar belakang penduduk yang berbilang kaum dan agama, namun risalah Islam telah memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat. Islam mengisi kandungan rohani yang sebati lagi sejiwa dengan budaya dan adat resam. Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan dengan mencorakkan nilai dan sikap masyarakat. Undang-undang Islam diguna pakai sebagai asas pentadbiran dalam segala hal. Proses ini tidak lain adalah berdasarkan kekebalan dan kebijaksanaan pemerintahan Raja-Raja Melayu. Dalam menyempurnakan amanah tersebut Baginda Raja-Raja melayu tetap dengan memastikan kesucian agama Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam terus dilindungi dari penyerapan fahaman lain yang boleh mengugat akidah dan kepercayaan yang sekian lama kukuh dan berakar umbi.

Bagaimanapun pada akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu cuba mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, mempertikai kedudukan Raja-raja Melayu, bidangkuasa Raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu di negara ini, termasuk juga cubaan memurtadkan dan melanggari hak-hak eksklusif umat Islam. Persoalannya ialah mengapa keadaan ini berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, keadaan ini berlaku kerana antaranya ialah terdapat dikalangan umat Islam sendiri yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama kerana kepentingan diri dan ideologi masing-masing, juga ada yang sanggup bersubahat dengan pihak-pihak tertentu untuk mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi di negara ini atas alasan bagi mempertahankan hak asasi pihak lain. Oleh itu, mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan pihak yang cuba merosakkan kedudukan Islam, sebenarnya telah mengkhianati agama Allah SWT, terpesong daripada ajaran Rasulullah SAW, melakukan dosa yang besar, menzalimi umat Islam serta mengugat keharmonian negara. Ingatlah bahawa jika umat Islam hilang integriti, hilang maruah dan diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam di negara ini akan menerima nasib yang malang seperti yang berlaku di sesetengah negara yang rakyatnya dihina dan dihalau daripada tanah air mereka sendiri.

Justeru, bagi mengekalkan keadaan dan suasana ini mimbar menyeru kepada semua jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita sebagai rakyat jelata bersatu padu mendokong dan menjunjung sistem Raja Berpelembagaan yang sekian lama di amalkan di negara ini. Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh mengugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejak merdeka lagi, termasuklah kesucian agama Islam sebagai agama negara ini. Ingatlah bahawa teraturnya urusan agama dan dunia adalah sesuatu yang dituntut dan ia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah. Kalaulah tidak wujudnya pemerintah, nescaya keadaan manusia akan menjadi kacau-bilau dan mereka akan saling bermusuhan antara satu sama lain.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan seluruh umat Islam sekalian, bahawa kedaulatan Islam dan kemajuan negara berpayung kepada kekuatan kepimpinan. Oleh itu, Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara samada dari segi keperibadiannya atau dalam menjalankan bidang kuasa untuk menjaga negara dan kesucian agama Islam amatlah dikagumi oleh rakyat jelata. Rakyat menjunjung kasih dan merafak sembah atas keperihatinan Baginda dalam memertabatkan agama, memajukan negara dan membantu kehidupan rakyat agar dapat hidup dengan aman dan harmoni dalam perkembangan dunia semasa. Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda sebagai pemerintah negara. Lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:

Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Akhir sekali, mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jemaah dan rakyat Malaysia bersempena dengan tamat tempoh perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-13 al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 12 Disember ini, marilah sama-sama kita merafak sembah, menjunjung kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh Baginda berdua. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua serta kaum keluarga sentiasa dibawah payung rahmat Allah SWT, diteguh keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Kita doakan juga agar negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan daripada segala perbuatan jahat, fitnah dan kemungkaran yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkanlah perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.

Jalan Kaki Ke KTM dari Rawang Residence

09.12.2011, Jumaat - Lawak giler betul pagi tadi sebab Syah jalan kaki dari Rawang Residence ke KTM Rawang sebab bas tak ada. Semalam Syah balik naik bas dan masa tu bas tak boleh start, driver cuba beberapa kali akhirnya boleh start enjin. Pagi tadi macam biasa jam 06:15hrs Syah keluar tunggu bas tetapi jam 06:25 hrs bas tak ada lagi. Dalam hati kata Sah nie bas rosak dan ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja sebab Syah banyak kerja kerana account closing bulan Disember nie. Kalau tak busy bolelah cuti tapi apakan daya.

Syah jalan kaki selama satu jam baru sampai KTM dan naik Komuter jam 07:30hrs ke KL Sentral. Lambat 1/2jam hari nie masuk office. Jalan pagi-pagi nie sejuk dan tak berpeluh sangat. Actually susah orang nak tumpangkan kita kerana kawasan Rawang Residence Syah nie bahaya sedikit, selalu berlaku jenayah. Mereka takut kalau tumpangkan orang nanti kena pawlah dan macam-macam lagi. Jalan ke main road tu sunyi dan kawasan tamannya agak jauh antara satu sama lain. Ada tiga buah kuil, ladang lembu dan yang agak takut sedikit tu banyak anjing liar. Ada juga berlaku jenayah kat kawasan tu seperti mencuri dan ada juga kes bunuh. Cuak juga jalan seorang-seorang tetapi Syah percaya Allah melindungi Syah. Ini bukan pertama kali Syah jalan kaki ke main road dan banyak kali dah dan shukur alhamdulillah tak ada perkara buruk berlaku.

Thursday, December 8, 2011

Pengiran Abdul Malik Hadiri Talk Series

08.12.2011, Khamis - Hari ini Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik telah berkenan menghadiri Talk Series Inventing The Future : Inspired Thinking For Leaders untuk kakitangan kerajaan. Majlis diadakan di Brunei International Convention Center. Penceramah dalam majlis ini adalah Andrew Grants.

Nota :- Info dari Infofoto



Home Sweet Home Tuanku Mizan dan Tuanku Nur zahirah

08.12.2011,Khamis - Sekarang ini seluruh rakyat Terengganu terutamanya mereka yang berada di Kuala Terengganu sedang menghitung hari menunggu tanggal 12.12.2011 kerana pada tarikh berkenaan, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menamatkan tempoh perkhidmatan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13. Pada hari berkenaan juga Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berangkat pulang bersemayam secara rasmi di Terengganu.

Gambar diatas menunjukan salah seorang pekerja Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sedang memasang bendera negeri dihadapan Istana Maziah, Kuala Terengganu sebagai persiapan keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.

Dirgahayu Tuanku Patik.

Nota :- Info dari Bernama

Sultan Selangor Melawat Makam Diraja Selangor dan Istiadat Menerima Air Doa Selamat

08.12.2011, Khamis - Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menziarahi makam Almarhum Paduka Ayahanda baginda di Makam Diraja Selangor, Klang. Lawatan ini sempena Ulang Tahun Baginda yang ke-66. Terdahulu satu Istiadat menerima Air Doa Selamat sempena hari keputeraan baginda telah diadakan di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor. Dalam istiadat ini adinda baginda YTM Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad telah menyerahkan Air Doa Selamat berkenaan yang diletakkan dalam sebuah bekas khas kepada baginda.

Di Istana Kayangan juga baginda telah mengurniakan watikah perlantikan kepada 20 Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2012 - 2014 termasuk Pengerusi MAIS Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa

Nota :- Info dari Bernama

Tuanku Mizan Raikan Presiden Turkmenistan Dalam Majlis Santapan Negara

08.12.2011, Khamis - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia. Majlis diadakan di Istana Malawati, Putrajaya. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam titahnya Tuanku Mizan menyarankan agar Turkmenistan dan Malaysia terus menerokai peluang dalam sektor lain untuk memantapkan lagi kerjasama dua hala diantara kedua negara. Tambah baginda lagi hubungan diplomatik yang terjalin semenjak 1992 telah berkembang dengan mantap dan pembukaan kedutaan kita di Ashgabat pada akhir tahun ini memperlihatkan hubungan erat kedua-dua negara.



Nota :- Info dari Bernama

Syah @ TMTC

08.12.2011, Khamis - Hari nie Syah puasa sunat dan tadi kat office ada member bagi Syah makanan dan Syah terus makan sebab terlupa yang Syah puasa hari nie. Sikit jer dan disebabkan Syah memang lupa giler Syah puasa maka puasa tu tak batal dan Syah teruskan. Jam 11:30hrs tadi Syah ke TM Training Center sebab ada masalah payment kat sini. Sekarang jam 13:24hrs dan Syah di Assessment Center TMTC. Pening kepala dibuatnya pasal payment F&B kat sini tetapi tak mengapa Insyallah akan diselesaikan sebelum closing date 19.12.2011 nie. SAP System pula tak boleh guna sebab dalam penyelenggaraan. Ada-ada jer kan? Kat office payment SL1M sedang menunggu Syah. Apa-apapun semuanya harus diteruskan - The show must go on baby.............

Wednesday, December 7, 2011

Najib Serahkan DMN Kepada Al-Sultan Kelantan

07.12.2011, Rabu - Hari ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadap Al-Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad Ke-V di Istana Negeri Kubang Kerian. Datuk Seri Najib mengadap Tuanku Sultan bagi Pihak Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyampaikan Darjah Kebesaran Darjah Utama Sri Mahkota Negara kepada Al-Sultan Kelantan. Turut serta dalam majlis ini adalah Datin Seri Rosmah Mansor serta Kerabat Diraja Kelantan.

Nota ; Info dari Bernama

Sultan Brunei Berangkat Ke Bali

07.12.2011, Rabu - Hari ini Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah berangkat ke Bali Indonesia bagi menghadiri Forum Demokrasi Bali yang akan diadakan pada 08 dan 09.12.2011. Forum ini dihadiri oleh 15 pemimpin dan Ketua Kerajaan serta wakil daripada 52 negara dan pemerhati dari 39 negara serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Forum pada tahun ini membawa tema Demokerasi dan Mempromosikan Keamanan dan Kestabilan.

Turut serta mengucapkan selamat jalan kepada baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, kerabat-kerabat diraja, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Nota : Info dari Infofoto/e-darussalam

Tuanku Mizan Raikan Presiden Turkmenistan


07.11.2011, Rabu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenaan menerima tetamu negara iaitu Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov. Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi negara selama tiga hari ke Malaysia telah diberikan sambutan rasmi di Dataran Parlimen. Dalan upacara sambutan ini, Tuan Presiden juga telah memeriksa perbarisan kehormat Batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja. Turut serta adalah Datuk Seri Najib Tun Razak.











Nota : Info dari Bernama

Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih Untuk Tuanku Mizan

07.11.2011, Rabu - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah diraikan dalam satu Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 12.12.2011 nanti. Majlis ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kelihatan Tuanku Mizan beramah mesera dengan Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nota :- Info dari Bernama

Tangki Tak Ada Air

07.12.2011, Rabu - Pagi tadi nak jadi cerita selepas Syah buang air besar dan nak flush tiba-tiba tak ada air. Buka shower juga tak ada air, means air tangki dah habis. Memang Syah buat renovation depan rumah dan alihkan meter air tetapi sepatutnya benda nie tak jadi. Air kat sinki ada sebab ianya sambungan terus dari luar. Alahai terpaksa Syah cebok dan mandi depan rumah dekat paip luar. Tembok dah tak ada tetapi adalah ditutup dengan papan, Nasiblah pagi dan tak ada orang yang nampak, mandi pakai towel tetapi adalah terbogel-bogel sket, Heheheheh.

Sampai office Syah call Wak Baha yang renovate rumah Syah dan inform perkara nie. Katanya memang tak ada air naik ke tangki sebab dia tutup saluran ke tangki dan dia minta maaf. Alhaiii..................... dan Syah minta dia bukakan dan nak periksa bila balik malam nanti. Ada-ada jer cerita pagi nie kan? Lawak betul untuk tak emergency leave lagi.

Tuesday, December 6, 2011

YMM Tunku Ampuan Najihah Melawat Brunei

06.12.2011, Selasa - Hari ini YMM Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin telah mengadakan kunjungan hormat kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. YMM Tunku Ampuan Najihah dalam rangka lawatan tiga hari ke Brunei. Turut serta dalam perjumpaan ini adalah YAM Tunku Puteri Dato' Sri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar.

Sultan Selangor Melawat Percetakan Seri Utusan

06.12.2011, Selasa - Semalam warga Percetakan Seri Utusan berpejabat di Bandar Baru Bangi berasa amat bertuah kerana menerima tetamu diraja iaitu Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Turut mengiringi baginda adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin. Baginda telah diberi taklimat mengenai operasi percetakan dan pengeluaran akhbar kumpulan Utusan oleh Pengurus Pengeluaran dan Penyelenggaraan Jabatan Pengeluaran Kumpulan Utusan, En Farouq Afandi Mamat.

Warga kerja kumpulan Utusan pula tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama-sama Tuanku Sultan Selangor. Dalam lawatan ini juga, baginda berkesempatan melihat akhbar Utusan Malaysia edisi khas mengenai isu-isu menarik mengenai baginda. Gambar menunjukkan baginda menandatangani buku pelawat sebagai kenang-kenangan baginda pernah datang kesini.

Nota : Info dari Utusan Malaysia

Mata Syah Sakit

06.12.2011, Selasa - Semenjak Jumaat lepas mata Syah rasa sakit terutamanya bila Syah menguap. Rasa macam pedih macam benda mencucuk satu tempat ditepi mata. Syah nak jumpa doktor yang biasa tetapi kelinik tu tutup dan Syah ke kelinik lagi satu dan rasanya doktor pelatih/ganti macam tak reti jer. Diapun kata tak tahulah Encik mengapa sebab saya tengok mata Encik ok mungkin termasuk bulu mata katanya. So dia bagi ubat titik. sekarang sakit tu beralih ke bahagian tengah bawah mata pula Rasa sakit mencucuk tu kejap ada kejap tak ada terutamanya bila menguap dan keluar air mata. Taklah sakit sangat tetapi rasa tak selesa dibuatnya. Tak tahulah ada-ada sahaja dan rasanya sebelum rasa sakit tu pada sebelah malamnya bahagian bawah kelopak mata Syah macam bergerak-gerak dan rasa macam ada benda dalam mata dan Syah kesat dengan tangan. Esoknya pula rasa tu mula datang. Minta-minta oklah tu nanti. Hehehehhe doakan Yer.

Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah DiRaikan Dalam Majlis Jamuan Rakyat

06.12.2011, Selasa - Malam tadi KDYMM Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat sempena perlantikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XIV. Majlis diadakan di Dataran Jubli Emas, Alor Star, Kedah.

Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) Datuk Md Noh Ahmad. Kedua-dua Tuanku Sultan dan Sultanah telah diberikan cenderahati dalam majlis ini sebagai kenang kenangan. Dianggarkan seramai 6,000 orang termasuk Kerabat Diraja Kedah dan Pemimpin Rakyat menghadiri majlis ini. jamuan diserikan dengan persembahan kebudayaan 1 Malaysia dari Kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta persembahan pancaragam Polis Diraja Malaysia diikuti pertunjukan bunga api selama 15 minit.

Nota ; Info dari Bernama /FoN Online

Bila Sultan Kedah di Tabalkan Sebagai Agong Baru?

06.12.2011, Selasa - Bila Sultan Kedah di Tabalkan sebagai Agong? Soalan lazim yang selalu ditanya kepada Syah dan baru sekarang Syah berkesempatan menjawabnya. Pada 12.12.2011 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah akan menamatkan tempoh lima tahun baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 dan akan kembali bersemayam di Terengganu. Pada 13.12.2011 pula akan diadakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pertabalan ....................... Lama lagi akan ditabalkan iaitu dalam masa empat atau lima bulan selepas Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14. Adalah dijangkakan pertabalan Tuanku Abdul Halim sebagai Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam bulan April 2012 tahun depan ............... Insyallah. Maklumat ini Syah dapati daripada Unit Protokol BUIPA - Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. Jika tarikh 24.04.2012 lagi cantik sebab hari itew birthday Syah.... Boleh?

So kepada yang bertanya sudah terjawaplah soalannya, Elok juga ada yang bertanya kalau tidak kita akan tertanya-tanya kan? By the way terima kasih kepada yang bertanya dan Syah sudah carikan jawapannya untuk dikongsi bersama oleh semua pembaca. By the way, gambar diatas adalah photo Tuanku Abdul Halim sewaktu Muda..................... Handsome Tak? Mestilah Kacak bergaya dari dulu hingga kini dan selamanya.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK