- Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.
Monday, March 21, 2011
Update Mengenai Istiadat Permakaman Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah
YMM Tengku Ampuan Bariah Mangkat
Sekarang jenazah berada di Lapangan Terbang TUDM untuk dihantar ke Kuala Terengganu dan dijangka akan tiba pada jam 10:45hrs. Jenazah akan disemayamkan di Istana Maziah sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu didalam Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu. Dimakan yang sama juga menempatkan Almarhum Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah.
Almarhumah merupakan Bonda Tiri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah merupakan Mantan Tengku Ampuan Besar Terengganu. Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Alsagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Sepatutnya Almarhumah dimakamkan di Makan Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang kerana memang telah disediakan tempat Almarhumah di Bangunan yang menempatkan Makam Tengku Ampuan dimana setiap kerabat diraja Selangor yang mendapat gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan dinegeri/negara lain dimakankan dibangunan ini. Walaupun bagaimanapun atas permintaan pihak tertentu Almarhumah dimakamkan di Terengganu.
Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.
Ke Pasar Malam Country Homes
Sunday, March 20, 2011
Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
20.03.2011, Ahad - Siapakah gerangannya pasangan Romeo & Juliat dalam photo diatas? Mungkin generasi muda tidak mengenali individu berkenaan. Gambar diatas merupakan Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Almarhum Syed Putra Jamalullail. Almarhum merupakan Raja Perlis Ke-5 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-3. Disebelah Almarhum, adalah permaisuri baginda, Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail. Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merupakan Raja yang paling lama memerintah didunia. Almarhum ditabalkan sebagai Raja Perlis pada pada 04.12.1945 dan meraikan Jubli Emas pemerintahan baginda pada 1995. Menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-3 dalam usia 40 tahun mulai 21.09.1960 hingga 20.09.1965. Almarhum diputerakan pada 25.11.1920 dan mangkat pada 16.04.2000 dalam usia 80 tahun. Almarhum meninggalkan 14 orang cahayamata daripada dua orang surinya iaitu :-
1. Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah bt Almarhum Tengku Ismail
- Sharifah Salwa (Tengku Puteri Utama)
- DYMM Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (Raja Perlis Sekarang)
- Syed Badarudin (Tengku Syed Bendahara)
- Sharifah Jalina
- Sharifah Azwan (Tengku Puan Laksamana Kelantan)
- Sharifah Junita
- Syed Amir (Tengku Syed Temenggung)
- Syed Razlan (Tengku Syed Laksamana)
- Syed Zainal Anuar (Tengku Syed Panglima)
- Syarifah Endah
2. Allahyarhamah Puan Mariam
- Syed Zainol Rashid
- Syed Azni
- Syed Badlishah
- Sharifah Melanie
Alfatihah ............. Semuga Allah Menempatkan Roh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Bersama-Sama Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. Amin.
Makan Tengahari Ahad
20.03.2011, Ahad - Akhirnya Syah buat decision buat Tuna Sandwich untuk lunch. Syah buat tiga layer yang diletakkan Tuna Mayo, Kobis dan Tomato. Lepas tu Syah buat Mushroom Soup (instant) yang Syah tambahkan hirisan carrot dalamnya. Lama sangat atas kuali sampai nak kering airnya dan Syah tambah air semula. Sebenarnya Syah leka prepare juice. Untuk minuman pula macam biasa Syah favourate drink, Green Apple, Celery and Carrot Juice yang dibuat sendiri. Semasa sedang sibuk menyediakan lunch tadi, Syah dengar ada orang memanggil rupa-rupanya ayah Chong jiran sebelah rumah Syah inform hari hujan dan minta angkat karpet. Syah tak perasanpun hujan itew. Untung tak basah karpet dan hujan rintik-rintik tapi lantai Syah tengok basah. Hujan sekejap sahaja tak sampai lima minit dan sekarang panas terik balik. Jemput makan semua............- hari ini kena sembelit lagi tapi taklah teruk macam dulu, mungkin kurang makan fruit. Syah ingat nak makan dragon fruit semula untuk lawaskan buang air besar. Produk Herbal Life yang Syah minum di Kelab Nutrisi tu macam tak membantu masalah sembelit Syah walaupun Syah minum banyak air. Tetapi ia membantu dari segi berdiet sebab tak rasa nak makan.
Mengemas Rumah

20.03.2011, Ahad - Sekarang jam 12:24hrs dan baru habis kemas rumah dari awal pagi tadi. Bersih dan Mop rumah atas dan bawah serta semua bilik termasuk bilik air. Rawang Residence nie ada empat bilik dan tiga bilik air. Syah juga sapu dan mop car porch. macam biasa alihkan perabut baru sapu dan mop. Penat betul dan badan rasa sakit-sakit sebab buat kerja berat sedikit semalam. Lutut Syah pula rasa sakit bila mencangkung coz dah longgar agaknya, Heheheheh ............ Syah juga jemur carpet di pintu pagar rumah. Syah buka semua pintu bagi angin masuk. Tak tahu nak makan apa, since pagi tadi Syah minum sahaja. Ok Syah nak baring-baring sambil menonton TV sekejap. Walaupun baring tapi sekali sekala kena jenguk keluar takut karpet kena kebas lak nanti atau ada anjing jiran yang minat cium dia, susah juga nanti? Jumpa lagi dilain entry. Muahhhhhhhh...............
Saturday, March 19, 2011
Azrin Datang Rumah
Malam nie letih rasanya, mungkin Syah buat banyak kerja kot seperti potong pokok, kemas depan rumah dan mencangkul. Tangan Syah sakit-sakit semuanya dan ada yang melecet. Rasa mengantukpun ada juga. Kejap tadi makan keropok goreng dan rasa nak muntah pulak. Hem ada-ada sahaja.
Ke Pekan Rawang Petang tadi
On the way ke Giant, Azrin call tanya Syah dimana dan dia minta Syah belikan goreng pisang, keladi dan keledik digerai yang menggunkan van berhampiran CIMB. Syah ke gerai tu dulu dan hanya goreng pisang dan keledik sahaja yang ada dan Syah beli RM4.00 (RM2.00 each) dan minta serdaknya sekali dan kuah cicah. Dari CIMB Syah terus ke gerai makan dan minta Kakak tu bungkuskan laksa. Syah minta laksa dan bawang lebih sahaja mankala cili, timun dan telur Syah tak mahu. Dari kedai makan tu Syah terus ke bas stop dan singgah ke 7E untuk beli Gardenia Toast'em Raisin Oatmeal, dua bun ikan bilis Gardenia dan Soyabean kotak. Bun dan Soyabean Syah songlap sambil tunggu bas.
Ingatkan ada bas jam 18:30hrs dan terkejar-kejar Syah tadi, tapi lambat pula bas hari ini dan pemandunya pemandu gantian kerana pemandu bas yang biasa tu cuti. Heran Syah selalu beno cutinya, agaknya banyak betul cuti tahunan dia ..............Hehehehehe. Sampai Rawang Residence hampir jam 19:20hrs dan Syah tengok kereta Bak tak ada. So Syah call Azrin dan dia ada dirumah dan serahkan makanan yang dia pesan dan Syah kata tak payah bayar tapi dia still buka dompet dan cari duit. Syah kata bagi jer lah dua ringgit dan dia bagi tiga ringgit. Azrin inform Bak dan Kak Cik ke rumah Firdaus.
Dari rumah Azrin, Syah nampak bapa Chong (jiran sebelah rumah) dari kampung datang dan sembang sekejap dengan dia. Lama juga menyimbang dengan uncle tu dan dia datang kerana ada majlis perkahwinan saudara dia malam esok dan akan balik lusa (Isnin). Baru Syah dapat tahu hari, satu lagi pantang larang orang Cina. Syah tanya uncle tidur mana dan dia kata rumah Chong. Dia tak tidur kat rumah anaknya yang satu lagi sebab bilik dah penuh. Katanya, orang Cina pantang tidur atas katil anak yang sudah berkahwin, dalam biliknya boleh tapi tak boleh atas katilnya. Hemmmm ........ orang Cina memang banyak pantang larang dan sesetengahnya ikut pantang larang tu supaya ong.
By the way semasa tunggu bas di Rawang Residence Syah bersembang dengan beberapa orang india yang sedang menanam pokok. Syah mentioned pasal ribut semalam. Rupa-rupanya ada yang lebih teruk dari pokok tumbang. Kata mereka ada rumah yang bumbungnya tercabut dan ada pula Owining yang melayang. Mereka inform semalam memang ribut kuat sangat. Area Rawang Residence Syah memang kadangkala setahun sekali ada ribut seperti ini, tak tahulah kenapa.
Prince Willian Melawat Mangsa Gempa Bumi New Zealand
Prince William bertafakur selama dua minit bersama para hadiri serta New Zealand's governor-general, Sir Anand Satyanand dan Perdana Menteri John Key di Christchurch memorial service semalam 18.03.2011.
Berikut merupakan titah ucapan Prince William di Majlis berkenaan.
Tena koutou katoa.
Today, I represent The Queen.
I convey to you Her Majesty's message of deep sympathy and condolence.
My grandmother once said that grief is the price we pay for love.
Here, today, we love, and we grieve.
We honour the lives and memories of all those who did not survive the earthquake - New Zealanders, and those from many countries around the world who came to this city as visitors, or to make it their home.
Our thoughts and our prayers are with the families, wherever they may be.
I also bring a personal message. "It arises from seeing this tragedy unfold from afar.
It is a message about strength through kindness, about fortitude. "For you who are so close to these events, and who have lost so much, it must be hard to grasp the degree of admiration - indeed, awe - with which you are regarded by the rest of the world.
Courage and understated determination have always been the hallmark of New Zealanders, of Cantabrians.
These things the world has long known.
But to see them so starkly demonstrated over these terrible, painful months has been humbling.
Put simply, you are an inspiration to all people. I count myself enormously privileged to be here to tell you that.
This community, more than any other in the world at the moment, can appreciate the full horror of what is unfolding in Japan.
Our thoughts and prayers are with them, too.
In the last two days, I have heard tales of great tragedy - but also of extraordinary bravery and selfless courage.
Throughout, one phrase unites them all.
With The Queen's heartfelt good wishes, and those of The Prince of Wales and other members of my family, I say it to you now: 'Kia kaha.' Be strong."
Raja Muda Perlis Rasmikan Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan A-1 Arau/Bernas
Dalam titahnya Tuanku berharap agar industri hiliran dikawasan penanaman padi diperkasakan untuk mempertingkatkan taraf hidup petani. Industri seperti, ternakan ikan, burung, tanaman mempelam, sayur-sayuran dan kuih muih boleh dilaksanakan dalam merealisasikan program ini. Matlamat ini boleh dicapai melalui penyediaan pusat pemprosesan, pengumpulan dan penjualan produk hasil keluaran petani.
Tuanku juga mahukan agar pengurusan sawah dikawasan jelapang padi diuruskan secara berteknologi dan sistematik disamping menanamkan dalam diri masing-masing bahawa pertanian adalah satu pekerjaan yang mulia.
Dalam majlis ini juga, Tuanku yang merupakan Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah berkenaan menerima sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM 290,019.00 daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas). Zakat berkenaan diserahkan oleh Encik Abdul Rahman Nasri, Pengurus Besar Kanan Sektor Perniagaan Beras Tempatan.
Penatnya Pagi Nie
Sebelum dan Selepas
Pagi tadi Syah lihat pintu dapurnya terbuka dan Syah panggil isterinya yang sedang buat cokodok katanya coz dia hendak ke tempat kerja. Syah terangkan pasal pokok tu coz takut nanti kena rumah. Diapun terkilan juga sebab pokok tu baru nak berbuah. Dia inform Syah akan beritahu suaminya tapi sekarang suaminya sedang tidur. Beberapa minit kemudian Syah nampak suaminya Azron (usia dalam 30an) dibelakang rumah.
Syah inform dia pasal pokok tu. Mulanya dia nak tolak sahaja pkoko tu ke kedudukan asal tapi berat dan Syah cadangkan digondolkan sahaja pokok tu baru ditarik. Dia setuju dan cantas dahan yang tidak ada buah. Hasilnya gambar kat atas tu ler. Syah nak buang dahan ke depan tepi jalan tapi katanya tak mengapa sebab nanti dia bakar jer. Syah tolong dia cantas pokok tu sekali dan dia ucapkan terima kasih dan bagi daun kari untuk Syah tanam.
Dari belakang rumah Syah kedepan rearrange pokok-pokok depan rumah Syah dan sapu sampah sambil buka radio Ael. Setelah kerja selesai Syah siram pokok dan cuci peralatan seperti cangkul, parang dan gunting serta penyapu. Selepas tu Syah mandi sekali lagi untuk bersihkan badan. Ok lah penat betul dan sakit kepala pula. Sekejap lagi nak ke kedai beli roti untuk buat sandwich. Sekejap tadi Syah makan sup sayur balance semalam tapi rasa macam sakit perut lak tapi sup tu tak basipun. Adoi sakit kepala lak sekali mungkin buat kerja tadi kot? Heheheh dah berumur macam nie lak kan?
Hujan renyai-renyai lah pulak............... ok nak gi kedai pakai payung sekaki................... Jom semua.
Friday, March 18, 2011
Sultan Selangor Dipilih Menerima Plak Kehormat Diraja FIMS
Baginda dipilih menerima anugerah ini kerana telah belayar mengelilingi dunia menggunakan kapal layar selama dua kali disamping pencapaian lain baginda dalam bidang sukan. Pada tahun 1995 beginda telah mengelilingi dunia dalam masa 664 hari dan singgah di 155 buah tempat dengan kapal Diraja Jugra bersama-sama tiga anak kapal yang bergilir-gilir mengemudikan kapal berkenaan. Baginda merupakan kerabat diraja Malaysia pertama belayar mengelilingi dunia. Selain daripada itu baginda juga merupakan kerabat diraja pertaman menyertai Cabaran Motor Peking-Paris pada 06.09 hingga 18.10.1997 meliputi jarak 16,000 km. baginda juga telah mengambil bahagian dalam cabaran kedua pada tahun 2007.
YAB Perdana Menteri dipilih menerima anugerah ini atas didikasi dan sumbangan beliau dalam pembangunan sukan Malaysia sewaktu menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula 1986 hingga 1990. YAB Datuk Seri Najib juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai sukan. Manakala Datin Seri Rosmah pula diiktiraf atas pembabitan beliau dalam sukan selain banyak mempromosikan aktiviti sukan dan sokongan beliau kepada badan-badan sukan di Malaysia.
Hujan Lebat Petang Ini
18.03.2011, Jumaat - Hampir jam 15:30hrs tadi hujan lebat di Rawang dan Syah sempat angkat kain dijemuran. Memang lebat dan angin kuat sampai senget Syah tengok pokok pisang depan rumah Syah dan ada air tempias masuk ikut pintu utama. Sekarang jam 16:48hrs dan masih hujan tapi taklah lebat macam tadi. So Syah masak sup sayaur untuk dinner petang nie. Bila Syah keluar sahaja nak masak di bahagian belakang rumah Syah, terperanjat lihat pokok asam/pelam jiran belakang rumah Syah macam nak tumbang dan menghala rumah Syah. Alamak ada .... ada sahaja ........... tak tahulah sebab hujan tadi ker atau dah lama. Takut juga nanti jika dibiarkan lama-lama tumbang kena rumah atau pagar Syah. masalah betul, nantilah malam nanti kalau ternampak jiran tu nak juga Syah ingatkan dia pasal pokok tu takut juga kena rumah. Harap-harap dia faham nanti, malas nak gaduh-gaduh nie coz tak ada faedahnya.
Tolong Bak Kemas Pokok Yang Kena Langgar Oleh Jiran Semalam
18.03.2010, Jumaat - jam 10:45hrs tadi Syah jenguk keluar rumah dan nampak macam ada orang didepan rumah Azrin sedang mengemas kesan kemalangan semalam tapi Syah tak pasti siapa. Lalu Syah kunci rumah sekejap dan ke rumah Azrin. Rupa-rupanya Ayah Azrin, Bak sedang mengemas depan rumahnya. Syah tengok Bak dah kemas lebih kurang 70% dan Syah tolong sedikit-sedikit sahaja dan Syahpun kan tak berapa sihat sedikit. Bak kata tak payah tapi Syah tolong juga, sedikit jer. Banyak juga pasu yang pecah dan Bak rearrange semula tanaman dia. Syah inform Bak hendak pasu tak dia macam malu-malu nak kata ya dan Syah tanya nak berapa sebab kat rumah Syah ada pasu spare. Bak kata nanti macam mana kalau Syah nak guna nanti pasu tu dan Syah cakap tak apa ambil jer Syah bagi. So Syah balik rumah dan ambil dua biji pasu. Selepas tolong Bak, Syah minta diri balik rumah dan pesan supaya dia hati-hati buat kerja tu sebab sorang-sorang kat luar bukan apa takut kadangkala kereta laju kan?Syah pun heran, pasangan indian yang keretanya langgar kereta azrin ditempat parking Azrin tu tak jumpapun Azrin atau Bak minta maaf sebab Syah tengok dia lalu depan rumah Azrin dua, tiga kali hari ini. Masa Syah tolong Bak tadipun dia ada lalu dan apa salahnya minta maaf ker atau tolong sekali kan? Macam tak ada budi bahasa. Walau bagaimanapun, tadi Syah inform Azrin mungkin india tu takut sebab tu dia tak datang minta maaf kot? Lagipun indian tu baru pindah rumah yang dia duduk sekarang nie dan dia adalah penyewa. Pada mulanya mereka nak claim kerosakan tanaman kat indian tu tapi tak jadi kot. Ialah yang pentingnya semua selamat kerana waktu tu tak ada orang diluar. Biasanya waktu petang Bak suka berkebun kat depan tu tapi petang semalam dia buat kerja lain. Shukur alhamdullilah iannya tak melibatkan nyawa orang.
Cuti Hari Ini
Thursday, March 17, 2011
Kereta Azrin DiLanggar
Keadaan Kereta Azrin. Kereta putih tu yang langgar kereta Azrin.
Azrin (tengah) nampak sedih dengan keadaan keretannya dan dalam masa yang sama sekarang ini dia sibuk dengan sales targetnya dan memerlukan kenderaan.17.03.2011, Khamis - Semasa dalam perjalanan balik ke Rawang Residence tiba-tiba phone Syah berbunyi dan Syah lihat Azrin call. Terperanjat juga kerana dia jarang call dan tiba-tiba call macam ada sesuatu. Tekaan Syah betul bila dia inform keretanya dilanggar. Terperanjat Syah tetapi untunglah keretannya dilanggar bukan dia berlanggar. Masa dia call Syah insiden tu baru berlaku lebih kurang jam 19:15hrs tak silap Syah dan Syah inform dia Syah on the way dalam bas balik rumah dan akan singgah rumah dia nanti.
Sampai Rumah Syah nampak orang sudah ramai depan rumah terutamanya orang india dan polis ada sekali. Rupa-rupanya jiran berbangsa India yang menyewa lat dua rumah dari rumah Syah yang langgar kereta Azrin. Kereta Myvi putihnya melanggar kereta Hyundai Accent Azrin. Memang teruk kereta Azrin kiri kanan kemek dan dan pokok-pokon depan rumah habis rosak. Semasa kejadian Azrin dan keluarga berada dalam rumah dan tiba-tiba mereka terdengar dentuman kuat.
Bila mereka keluar rupanya kereta Azrin dilanggar oleh sebuah kereta Myvi warna putih. Yang bawa kereta tu bukan owner kereta tu tetapi kawan serumahnya dan tiada lesen. Sebenarnya Syah kenal perempuan yang bawa kereta tu. Dulu dia dan ayahnya menyewa sebelah rumah Syah entah macam mana mereka pindah atas alasan rumah tu ada anai-anai dan anak perempuannya tu tinggal bersama pasangan India sebelah rumah yang mereka sewa tu.
Kejadian berlaku kerana perempuan india tu kata dia mengelak budak (mungkin anak jiran sebelah rumah Azrin). Dia langgar pasu depan rumah uncle Jega dan terus tumpu kereta Azrin yang di park depan rumah. Menurut perempuan tu dia tekan break dan tertekan minyak sekali. Habis kereta Azrin kiri kanan kemek dilanggar kereta tu dan sebelah lagi tu terlanggar pokok mangga. Terdapat keretakan dibahagian dalam kereta. Azrin nampak tension dan Arip cakap dengan Syah ada tak Azrin inform hendak pinjam kereta Syah tapi Syah kata tak ada. Arip kata mungkin Azrin terlupa kerana panik dan lagipun dia minggu nie busy dengan sales targetnya dan perlukan kenderaan. Syah kata Syah tak kisah lagipun kereta tu pun tak berjalan.
Syah balik rumah dan solat kemudiannya ke rumah Azrin semula. Semasa Syah datang kedua-dua kereta ditunda dan mereka ke Balai Polis untuk buat report dan urusan selanjutnya. Mereka naik kereta tunda tu dan selepas semua urusan selesai, pemandu kereta tunda tu akan hantar mereka balik semula ke Rawang Residence. Selepas tu baru Syah ke pasar malam untuk beli makanan kerana puasa.
Apa-apapun kepada Azrin harap bersabar dengan dugaan ini dan Syah pasti dan doakan agar everything going to be ok. Insyallah cuma bersabar jer lah. Syah tak kisah kalau nak pakai kereta Syah, gunalah dan Syah tak caj apa-apapun.
Kesihatan Syah dan Peristiwa Penumpang Kejar Bas
Syah sempat naik Shuttle Ipoh-KL dan sampai office lebih kurang jam 08:00hrs. Jam 08:55hrs tadi Syah buang air kecil tetapi tak sakit pula bahagian testis tu cuma warnanya agak lain mungkin Syah makan banyak sangat dragon fruit malam tadi sampai dua biji. Dragon fruit warna merah nie memang warnanya menakutkan macam darah dan bila kita potong buah tu warna merah tu boleh melekat kat pisau. Bayangkanlah memang kuat warna merah dragon fruit tu sebab tu jika buang air besarpun warna bahan buangan tu bercampur kemerah-merahan. Hari ini Syah puasa sunat Khamis.
By the way pagi tadi kesian seorang penumpang bas lelaki yang terpaksa berlari lebih kurang 80 meter kejar bas. Inilah masalah yang kadang-kadang kami sebagai pengguna public transport hadapi. Biasalah pagi-pagi kadangkala sakit perut atau terlewat bangun dan bas sudah terlepas. Jadi kami kena pandai-pandai cari jalan pintas untuk kejar semula bas tu kerana bas akan berpusing satu taman. Syah nampak macam ada orang berlari dari jauh disimpang jalan dan pemandu tu perasan yang orang tu selalu naik bas dan tunggu dia. Dia terpaksa berlari-lari anak dengan badannya yang agak big size. Sian dia tetapi yang penting dapat naik bas.
Tuanku Mizan Lancar Buku Kegemilangan Raja-Raja Melayu
Buku setebal 409 muka surat ini diterbitkan dalam dua versi iaitu bahasa Malaysia dan Inggerish mengisahkan sejarah Kesultanan Melayu disamping memaparkan salahsilah kesemua sembilan Raja-Raja Melayu di Malaysia. Didalam buku ini juga kita boleh mengetahui latar belakang darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan.
Buku ini dikeluarkan oleh Leone Communication Sdn Bhd. Pengerusinya, Datuk Zakaria Husain memaklumkan dalam sidang akhbar semalam bahawa buku ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai rujukan untuk universiti dan penyelidik malah boleh dijadikan sebagai cenderahati pihak kerajaan kepada negara luar. Beliau memaklumkan, mengikut perancangan buku ini akan dicetak sebanyak 10,000 naskah setahun dan buat permulan sebanyak 200 naskah telah dicetak dan akan dijual dengan harga RM450.00.
Aktiviti Malam Nie
Wednesday, March 16, 2011
Raja Muda Perlis Sampaikan Biasiswa Smart Reader Kid
Dalam majlis ini juga, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah kompleks bebas cukai di Kuala Perlis yang menggunakan konsep beli di Langkawi dan ambil di Kuala Perlis dengan menyediakan gudang-gudang khas. Baginda juga bertitah supaya membangunkan hab pengankutan di Kuala Perlis sebagai pintu masuk ke Langkawi yang boleh menghubungkan semua sistem pengangkutan. Baginda juga mencadangkan supaya diperbanyakkan papan tanda dwi bahasa - Melayu dan Inggerish disekitar kawasan Kuala Perlis. Tuanku juga menyambut baik langkah Rancangan Malaysia ke-10 yang memberi peruntukan RM 5 juta untuk menaik taraf jeti penumpang di Kuala Perlis dengan rekabentuk dan kemudahan yang mesra pelanggan dan bertaraf antarabangsa.
Sultanah Pahang Hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Anjuran Wanita Pertama
seramai 300 tetamu turut serta menghadiri majlis ini yang terdiri daripada anggota-anggota Badan Amal dan kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri, Persatuan Ibu-Ibu Tunggal, Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan. Majlis dimulai dengan berzanji dan selawat diikuti oleh ceramah bertajuk Keluarga Bahagia Asas Gemilang Kerjaya oleh Pakar Motivasi terkenal Malaysia, Y.Bhg Dato' Dr Fadzilah Kamsah.
Tunku Intan Menyampaikan Bantuan Banjir
Raja Perlis Menghadiri Majlis Angkat Sumpah Memegang Jawatan Exco Perlis
Tuanku Raja Perlis bertitah agar barisan Exco yang dilantik ini dapat melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dalam mencorak pembangunan negeri dan rakyat. Tuanku menekankan keikhlasan harus diterapkan untuk menghindarkan mereka daripada melaksanakan agenda tersendiri yang akan merugikan negeri dan rakyat Perlis. Baginda menyarakkan agar diadakan mesyuarat tidak rasmi sekurang-kurangnya dua kali sebulan supaya wakil rakyat dapat membincangkan masalah rakyat dan langkah penyelesaiannya sebelum diadakan mesyuarat secara rasmi.
Tiada pengumuman dibuat samada kesemua mereka ini akan kekal dengan portfolio masing-masing atau akan diadakan rombakan. Buat masa ini anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis terdiri daripada :-
- YB Dato' Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail - Portfolio Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Hubungan Antarabangsa
- YB Sabri Ahmad (Santan) - Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi
- YB Ahmad Bakri Ali (Kayang) - Portfolio Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar
- YB Abdul Jamil Saad (Sena) - Portfolio Belia, Sukan dan Kebudayaan
- YB Dato' Mat Rawi Kassin (Beseri) - Portfolio Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Kepenggunaan
- YB Japeri Othman (Guar Sanji) - Portfolio Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah
- YB Mansor Jusoh (Chuping) - Portfolio Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna
- YB Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan) - Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Syabas diucapkan kepada semua YB-YB yang telah dilantik semula.
Basah Kuyup Pagi Nie
Dalam bas menuju ke KL hari pun hujan lebat dan tempat duduk Syah bocor sedikit adalah terkena setitik dua air tapi consider ok lah tu bukannya air mencurah-curah masuk. Pernah sekali Syah naik bas dan memang banyak air masuk sampai passanger terpaksa berdiri dok takut dibasahi air hujan dalam bas. Lawakkan tetapi itulah hakikatnya yang kita hadapi apabila menggunakan public transport.
Sampai KL hujan lebat gila dan Syah terpaksa redah kalau tidak lagi lambatlah jawabnya. Syah naik LRT Central market dalam keadaan basah kuyup. Tapi apa boleh buat jalan saja lah labu............. Tenghari tadi sebelum ke Kelab Nutrisi, Syah ke KL Sentral untuk cuci dan gunting rambut kerana tak selesa terkena hujan tadi. Ingatkan hendak gunting di Plaza Pantai tetapi ada kedai tu semalam Syah datang dan dia inform ada orang booking gunting rambut waktu lunch dan hari nie bila Syah datang kedai dia buka tapi dia pula tak ada. Lama Syah tunggu so buat decision ke KL Sentral jer. Perniagaan tu orang melayu punya, ingatkan nak supportlah business dia tapi ada sahaja masalahnya so terpaksalah buat pilihan yang lain.
Balik dari Kelab Nutrisi Syah singgah sekejap di HP Fair yang diadakan di ground floor Menara TM dan beli USB 3-button optical mouse (mini) dengan harga 25.00 dan harga asal RM45.00 untuk netbook Syah. Memang dah lama cari benda nie dan terlanjur ada offer terus Syah beli. By the way produk yang Syah minum di Kelab Nutrisi yang mereka istilahkan sebagai makanan abat ke-21 tu rupa-rupanya Produk Herbal Life.
Tuesday, March 15, 2011
Jentolak dan Makan Malam
Sampai rumah Syah lihat jentolak jiran Syah, Chong makin banyak. Asalnya dua sekarang empat dan dia parking depan rumah termasuk rumah orang. Jentolak yang baru tu sebelum nie dia parking kat belakang rumah tapi hari nie Syah tengok ada kat depan seberang jalan rumah jiran Syah yang kosong tu. Masa Syah balik Chong ada depan rumah dia dan Syah kata banyak sekarang jentolak you. Dia inform itu abangnya punya. Syah cakap dengan penuh diplomasi dengan dia " Chong kalau parking jentolak jangan parking depan rumah saya tapi kalau nak letak belakang rumah saya tak kisah". Dia kata Ya dan mengganguk tanda faham.
Rumah Syah nie rumah depan dan tak ada rumah lain lagi. Hadapan rumah kami ada longkang besar, jadi kami ada ruangan sedikit depan rumah. Jiran Syah nie dan adiknya yang duduk lat satu rumah dari rumah dia ada jentolak. Mereka letak didepan rumah masing-masing. Dari dua jadi tiga dan dari tiga jadi empat. Adik beradiknya punya jentolak pun parking kat area kawasan rumah kami kerana banyak tempat kosong walhal rumah mereka di taman yang lain. Tapi Chong faham yang Syah tak suka mereka parking depan rumah Syah dan minta-minta mereka faham sampai bila-bila. Bukan apa Syah tak mahu depan rumah rosak dan nampak bersepah. kalau letak kereta, Syah tak kisah. Mereka seolah-olah ambil kesempatan parking depan rumah orang dan rumah yang mereka parking tu kebanyakannya penyewa.
Dalam bas tadi makan kuaci dan red bean bun. Sampai Rawang tadi ingatkan hendak beli mee goreng tapi takut tak sempat bas datang caoz 20:30hrs adalah last bus ke Rawang Residence. Untuk dinner malas nak masak dan Syah makan lebihan red bean bun dan buat horlic O dengan Oat. Perut rasa kenyang pula. Mungkin malam sedikit nak makan Dragon fruit, itupun jika perut rasa lapar. Sekarang jam 21:43hrs dan Syah hendak mandi dan solat. Jumpa lagi dilain entry.
Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Terima Anugerah Tertinggi Pengakap
Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) merupakan anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia(PPM) yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.
Anugerah ini disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan yang diadakan di Istana Melawati, Putrajaya hari ini. Dalam majlis ini seramai 130 orang telah dikurniakan bintang dan pingat dalam pelbagai kategori seperti Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (kehormat), Pingat Perkhidmatan Gemilang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
Bintang dan Pingat PPM dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selars dengan komitmen terhadap PPM. Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Pengakap Negara Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.
Sultan Brunei Hadiri Mesyuarat Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB)
Urusan Diluar Pejabat
Dari AmBank Syah jalan kaki ke Bangunan Kurnia Insurance di Jalan Yap Ah Shak berhampirn Komplek Wilayah atau lebih senang tempat makan sup istemewa di Jalan Doraisamy dan sebelahnya Kampung Baru. Memang jauh Syah jalan tapi ok coz dah biasa dan tak berpeluhpun, shukur alhamdulillah. Syah jumpa Pn Anusha yang proses insuran kereta Syah hari tu. Syah inform belum print road tax sebab masa buat insurance hari tu Syah proses road tax sekali dan Syah pula lupa bawa geran kereta. Actually Syah buat road tax pada 30.12.2010 tapi disebabkan terlupa baru hari nie Syah hantar geran berkenaan. Ye lah kereta tak berjalan katakan? heheheh .............Masalanya mesin mereka pula ada problem sudah dua hari. Pn Anusha minta Syah tinggalkan geran dan bila mesin boleh beriperasi semula dia akan call Syah untuk ambil semula geran kereta tu.
Dari Kurnia, Syah jalan sedikit ke belakang untuk ke Stesyen LRT Dang Wangi. Dari Dang Wangi Syah ke KL Sentral coz hendak seattlekan bayaran credit card yang due datenya semalam. Syah bayar RM 1818.80. Syah bayar semua kerana hendak batalkan kad berkenaan. Pegawai bank tu inform supaya Syah call semula RHB Card Center untuk confirmkan jika ada caj yang tertinggal baru batalkan kad kerana mereka tak boleh check. Syah minta borang batalkan kad siap-siap upaya bila proses nanti senang dan tak payah nak isi borang lagi dikaunter. Dari KL Sentral Syah balik office dan singgah di Saloon yang berada di Wisma Pantai , ingatkan nak gunting rambut dan Syah siap tanya lagi you gunting rambut lelaki tak dan dia kata yer tapi jam 01:00pm sudah ada orang booking. So Syahpun terus balik office. Sekarang jam 13:41hrs dan Syah hendak solat zohor. Jumpa lagi semua.
Monday, March 14, 2011
Kesihatan Syah
Tadi macam tak ada selera nak makan dan Syah makan dua bun bilis on the way ke KL Sentral untuk balik Rawang. Sampai rumahpun macam tu tapi Syah masak juga dan buat Mee Segera Cintan campur tahu dan cendawan. Lepas tu baru ada selera dan Syah makan pula Jacob's low fat high fibre cicah dengan soyabean. Sekarang jam 22:52 hrs dan Syah sedang menonton Mistik Alam Htam di Astro 104 sambil melayari internet.
By the way tadi Syah call Cd dan dia inform kereta cina tu tak parking lagi di parking lot kami dan Syah cerita pasal Syah bertekak dengan Jaga tu malam dan pagi tadi. Cd baru balik dari Johor kerana menghadiri perkahwinan adiknya.
Tuanku Mizan lancar Buku Tiang Seri Negara : Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957
Cofee table Book nie berharga RM450.00 senaskah dan didatangkan dengan 620 foto termasuk foto bersejarah dalam buku setebal 320 muka surat. Kalau di lihat dari segi harganya, ianya adalah sesuatu yang sukar untuk Syah peroleh dalam masa terdekat ini melainkan kalau ada orang menghadiahkannya untuk Syah dan itu adalah perkara yang mustahil akan berlaku. Insyallah satu hari nanti Syah akan memilikinya bak kata orang simpan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan? Kalau nak bacapun mungkin Syah akan cari di Perpustakaan Negara kerana kalau dikedai buku mesti kena seal punya.
Buku ini diterbitkan oleh Arus Intelek Sdn Bhd dan Penulisnya merupakan Pengerusi Eksekutif Arus Intelek Sdn Bhd, Datin Azizah Mokhzani yang memaparkan sejarah kewujudan institusi diraja serta peranan dan bidang kuasa yang ada pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Buku ini juga memaparkan keperbadian dan liku-liku hidup setiap Raja atau Sultan yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Idea untuk menerbitkan buku ini bermula apabila Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-12 ketika itu datang melawat Allahyarham suami Datin Azizah, Datuk Mokhzaini Abdul Rahim yang sedang mendapat rawatan di hospital. Keperihatinan yang ditunjukkan oleh Tuanku Syed Sirajuddin telah memberikan inspirasi kepada beliau menghasilkan buku ini. Selain daripada itu, kisah-kisah Yang di-Pertuan Agong yang pernah beliau baca sebelum ini juga menyumbang kearah wujudnya naskah ini. Peristiwa dan kisah berkenaan telah membangkitkan aspirasi beliau terhadap peranan Yang di-Pertua Agong yang mana iannya dipengaruhi oleh keperibadian dan latarbelakang Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. sehubungan dengan itu beliau ingin berkongsi sebahagian daripada warisan negara ini bersama generasi akan datang didalam buku ini.
Jika anda berminat untk memperolehi buku ini, sudi-sudikanlah mencarinya ditoko-toko buku terkenal sekitar tempat anda untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi untuk dikongsi bersama saudara mara serta rakan taulan. Selamat Membaca.
Gelaran Wanita Pertama Malaysia Adalah Merujuk Kepada Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor
Gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor (Kiri) dan bukannya Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (Kanan).
14.03.2011, Isnin – Siapakah sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama di Malaysia. Adakah isteri kepada Perdana Menteri atau Permaisuri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini terdapat kekeliruan terhadap gelaran ini dikalangan rakyat Malaysia. Hari ini segala kemusykilan itu terjawab apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa dalam konteks Malaysia, Wanita Pertama merujuk kepada Isteri Ketua Eksekutif Negara iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan ini dikeluarkan ketika menjawab soalan YB Datuk Johari Abdul (PKR – Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia samada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.
Menurut YB lagi, panggilan ini merupakan gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman lama yang biasa dalam politik antarabangsa. Beliau mengambil contoh di United Kingdom dimana Queen Elizabeth II bukan dianggap Wanita Pertama kerana baginda digelar sebagai Queen atau Ratu begitu juga yang berlaku di Jepun.
Beliau memaklumkan Dewan Rakyat, bahawa tiada sebarang peruntukan kewangan khususnya untuk membiayai sebarang kegiatan Wanita Pertama dan tiada unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri. Tambah beliau lagi penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercangah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama.
Bertekak Dengan Guard KL Residence Malam dan Pagi Tadi
Alasanya, parking Chinese tu penuh dengan bahan buangan jiran sebelah rumah Syah yang sedang buat renovation. Sementara menunggu lori punggah sampah tu petang semalam, dia parking ditempat Syah. Itu Syah tak kisahlah dan yang hanginnya Chinese tu pula keluar dengan kawannya tak tahu kemana dan Security minta Syah parking kat tempat Chinese tu. Syah tanya mengapa awak bagi parking saya dan dia jawab kat Syah, you pun selalu ambil parking orang. Maksudnya dia refer kat Cd yang selalu parking di lot jiran yang tidak ada kereta. Syah inform, kita parking dekat orang yang memang tak ada kereta dan kita ada rumah. Jika kawan-kawan mereka datang kita alihkan bukannya kita parking tempat orang lepas tu kita tak ada dirumah. Dan Syah inform kita tak pernah parking ditempat orang yang ada kereta, kita parking ditempat rumah yang tak ada kenderaan. Lepas tu dia kata kalau tak puas hati jumpa committee. Muss tak parkingpun kat tempat chinese tu tapi parking kat sebelah parking we all yang tuan rumah tu tak ada kereta sebab Syah tak bagi parking kat tempat chinese tu mana tau ada paku ker coz subuh nanti jam 05:00hrs Muss hendak outstation.
Muss beli Sinki dapur, pelapik kaki untuk bilik air serta pewangi rumah dan semuanya RM299.60. Sebelum masuk Houz kami lunch di Capitol Cafe Jalan Tuanku Abdul Rahman. Syah makan mee rebus dan barli panas manakala Muss meehon goreng dan coke. Selepas makan kami bergerak ke Houz yang terletak berhadapan Pertama Complex. Selepas selesai survey dan beli barang, kami balik dan singgah di Wangsa maju untuk dinner. Kalau parking di Houz mereka akan wavekan bayaran parking untuk sejam bagi setiap pembelian RM100.00 dan maksimum dua jam sahaja. Kami parking ditempat lain kerana caj mereka satu jam RM4.00 sejam dan selepas jam 18:00hrs mereka caj, RM6.00 /Entry. Ingatkan hendak makan laksa malam tadi tetapi kedai tu tutup dan kami makan dikedai orang Sarawak. Muss makan Nasi Goreng USA, Ice Kosong dan jus (tak ingat apa), Syah pula mee kolok (masakan Sarawak) serta jus carrot dan green apple. Hari ini Muss belanja semuanya. Thanks Bro. Sampai sahaja rumah ada jiran pula ambil parking kami. Heheheheh ...............
Sunday, March 13, 2011
Aktiviti Ahad
Majlis Persandingan Ain



Saturday, March 12, 2011
Shafida Aini Selamat Diijab Kabulkan
Ada Kenduri Khawin Today
Friday, March 11, 2011
Perjalanan Ke Rawang Yang Membosankan
Prince Harry Terima Kelayakan Memandu Helikopter Apache
Tidak semua orang berjaya menjalani kursus seumpama ini. Menurut rekod, hanya dua peratus juruterbang terbaik dapat menerbangkan Apache yang bernilai 46 Juta Pound Sterling (RM193.202 juta) ini. Kelayakan yang diberikan ini bukan kerana beliau merupakan anak raja tetapi berkat semangat jitu yang tinggi dalam diri Prince Harry yang sanggup berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan ini.
Selepas ini, Prince Henry Charles Albert David of Wales atau selama ini lebih kita kenali dengan panggilan Prince Harry akan meneruskan latihan bagi mengendalikan persenjataan canggih Helicopter Apache termasuk peluru berpandu dan mematikan serangan laser. Prince Harry diputerakan pada 15.09.1984 di St. Mary's Hospital, London merupakan putera kepada Mendiang Princess Diana, Princess of Wales.
Menonton Hikayat Merong Mahawangsa
Thursday, March 10, 2011
Ke KLCC Waktu Lunch
Gelaran Bagi Mantan Sultanah/Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri
10.03.2011, Khamis – Tahukan anda bahawa terdapat tujuh orang individu yang masih hidup merupakan Mantan Sultanah/Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri kepada Almarhum Sultan-Sultan bagi negeri-negeri beraja di Malaysia. Apabila Paduka Suami mereka tidak lagi berada diatas tahta kerajaan, maka mereka tidak lagi boleh menggunakan gelaran sepertimana biasa sebagai suri kepada seorang Sultan iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) lagi. Terpulang kepada keputusan Sultan yang baru dan Majlis Diraja bagi setiap negeri untuk menganugerahkan gelaran-gelaran khas yang boleh digunapakai oleh balu-balu berkenaan seperti berikut :-
SELANGOR
Balu kepada Almarhum Sultan Selangor dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XI, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj menggunakan gelaran :-
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah
YAM tidak mempunyai zuriat bersama Almarhum Tuanku. YAM Merupakan Bonda Tiri kepada Sultan Selangor sekarang, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
KELANTAN
Isteri kepada Mantan Al-Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. YMM Dikurniakan Tiga orang Putera dan Seorang Puteri termasuklah KDYMM Sultan Muhammad Ke-V.
TERENGGANU
Balu kepada Almarhum Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Al-Haj. YMM tidak dikurniakan sebarang zuriat dan merupakan bonda tiri kepada Sultan Terengganu dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah. YMM dari keluarga Diraja Selangor.
Balu Kepada Almarhum Sultan Terengganu Ke-14 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia IV, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni AL-Marhum Sultan Zainal Abidin III menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. YMM tidak dikurniakan sebarang zuriat dan merupakan Nenda Tiri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah.
Balu kepada Sultan Johor dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia V111, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menggunakan gelaran :-
Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar. YAM merupakan bonda tiri kepada Sultan Johor sekarang, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. YAM dikurniakan dengan seorang putera dan lima puteri.
Balu kepada Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim menggunakan gelaran :-
Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail. YAM merupakan nenda tiri kepada Sultan Johor sekarang, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. YAM tidak dikurniakan sebarang zuriat. YAM Tunku Puan Nora Ismail dan YAM Tunku Zanariah Iskandar merupakan adik beradik berlainan ibu iaitu anakanda kepada Tengku Ahmad Panglima Raja daripada Keluarga Diraja Kelantan.
NEGERI SEMBILAN
Balu kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Makaysia X, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. YMM dikurniakan dengan tiga putera dan tiga puteri. YMM merupakan Bonda saudara kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekarang, DYMM Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir disebelah bonda baginda. Bonda Tuanku Munawir, Almarhumah Tunku Ampuan Durah dan YMM adalah adik beradik berlainan ibu iaitu anakanda kepada Tunku Besar Burhanuddin ibni Almarhum Tuanku Antah.
Wednesday, March 9, 2011
Anggota TM Meninggal Dunia Kemalangan
09.08.2011, Rabu -Hari ini kami semua di TM terkejut dengan pemergian dua orang rakan kami dari Daerah Mersing pagi semalam. Allahyarham dan seorang lagi rakan yang masih parah mengalami kemalangan jalanraya padi pag
i semalam 08.03.2011 di Padang Hijau, Kahang Kluang, Johor. Anggota-anggota yang terlibat dalam kemalangan ini adalah :-
- Allahyarham Abd Wahab bin Jaffar (51 tahun) – RNO Mersing
- Allahyarham Abd Malik bin Abdullah (49 tahun) - Data Mersing
- Saudara Jasni bin Samad (51 tahun) – Switching Mersing
Mengikut gambar yang dihantar kepada Syah, Kenderaan TM yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah treler secara berhadapan seolah-olah mangsa merempuh lori berkenaan. Kereta tersebut melekat pada bahagian hadapan lori. Kejadian berlaku jam 08:00hrs sewaktu mereka dikatakan dalam perjalanan menghadiri kursus anjuran TM. Kedua-dua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian.
Saudara Jasni bin Samad yang memandu kenderaan berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kluang, Johor. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan surah Alfatihah kepada Allahyarham Abd Wahab bin Jaffar dan Allahyarham Abd Malik Abdullah yang telah pergi meninggalkan kita dan memanjatkan doa agar En Jasni bin Samad pulih seperti sediakala. Alfatihah ......................
Banyak Cerita Lawak Pagi Nie
Dari KWSP Syah naik LRT ke Ampang Park untuk ke Citibank. Hari nie due date bayaran kad kredit Syah. Syah bayar minimum payment untuk kad Platinum dan Air Asia, semuanya RM 1,520.00. Selepas tu Syah buat pertanyaan mengenai Balance Conversion yang Syah buat semalam. Minimum payment untuk bulan nie Syah kena bayar dan lebihannya baru mereka akan buat Balance Conversion dan statement bulan depan baru mereka masukkan. Dari Citibank, Syah jalan kaki ke KLCC dan singgah kedai Mamak Pelita Nasi Kandar untuk beli Horlic O yang Syah minum sambil jalan. Bengang sedikit (sedikit jer) dengan bangla yang jadi cashier tu sebab bila ambil duit macam marah jer dan tarik kuat-kuat duit tu dan Syahpun buat benda yang sama bila dia serahkan duit balance supaya dia rasa apa yang customer rasa kalau buat macam tu dan Syah terus bla. Syah ambil LRT balik office di KLCC dan sebelum tu ke Panggung Wayang untuk tanya mengenai Merung Mahawangsa yang akan ditayangkan esok. Syah tanya harga tiket RM11.00 dan tengoklan macam mana nanti, jika ada kelapangan Syah tengok esok jika tidak hari lain Syah pergi.
Lepas tu singgah di Cold Storage KLCC dan Syah buka plastik Celery untuk tengok fresh atau tak sayur tu. Lepas tu datang seorang staff perempuan terus kononnya betul-betulkan semula bungkusan yang Syah buka tu. Dia buat macam kita nie buat salah walhal Syah dan betulkannya semula. Tiba-tiba dia panjat gondola sayur-sayuran. Mak aiiiiiiii mana dia belajar buat kerja macam tu dengan tak tanggal kasut lagi. Tak terfikir ker kan kasut tu kotor dan dia berpijak ditempat sayur-sayuran segar. Syahpun pernah buat kerja sebagai Assistant Supervisor di Chujitsu Superstor Jalan Ampang (sekarang dah tak ada lagi) tapi kami tak pernah ajar staff buat kerja macam tu. Nampak macam Cold Storage tak ada guideline untuk kakitangan buat kerja.
Chujitsu tu dulu company Jepun dan biasalah disiplin mereka memang ketat. Seminggu sekali setiap seorang dari semua division akan buat product knowledge semasa perhimpunan sebelum Superstor dibuka dan kami sebagai Supervisor atau Assistant Supervisor kena kreatif jika sales hari berkenaan tak touch target, kena buat happy hours sales dengan cara yang unik bagi menarik hati pelanggan membeli barangan yang kita offer sampai ada yang guna loceng untuk tarik pelanggan beli ice cream dan seumpamanya.
Dari KLCC Syah ambil LRT Ke Kerinci dan sampai office jam 10 :45hrs. Pagi ini banyak benda yang tak berkenaan Syah lihat. Heheheheh........Dalam bas tadi, dari Rawang ke KL, penumpang sebelah Syah asik bercakap dengan handphone. Adalah 1.5 hingga 2 jam, Hemmmmmmm lamanya dia bercakap dan untungnya Syarikat telekomunikasi tu. Selain daripada itu ada lagi cerita dan yang ini paling best.
Masa dalam bas ada perempuan call dan kenalkan dirinya sebagai Ayu. Syah ingatkan ex-practical student Syah. Ayu kata, Abang Syah call balik boleh tak dan Syah call semula nombor tu. Ingatkan dia ada temuduga ker di TM tetapi rupannya Ayu lain. Ayu tu inform Syah dia kat rumah dan dalam bilik tidur. Semacam jer cara dia bercakap dan Syah kata nanti saya call balik. Dia inform dapat nombor Syah di facebook. Lepas tu dia sms Syah “Nanti Call Adik Ya?” Macm-macam perangai budak-budak Zaman sekarang nie. Hish…hish….hish….
Tuesday, March 8, 2011
2nd Day @ Kelab Nutrisi
08.03.2011, Selasa - Hari ini hari kedua Syah di Kelab Nutrisi. Jam 12:45hrs Fuad tunggu Syah di Loby. Fuad nie kawan Syah satu HR tapi Division lain-lain dan Syah satu floor dengan anak lelakinya, Firdaus. Di Kelab, Syah sempat berkongsi cerita dengan Kak Nora. Menurut Kak Nora dia sudah join kelab nie sudah hampir 14 hari dan keadaan kesihatannya semakin pulih. Dulu kakinya lemah dan lembik dan tak boleh nak berjalan sangat dan matanya kabur tak nampak disebabkan kencing manis. Sekarang kakinya sudah kuat dan dia boleh solat seperti biasa dan tak perlu solat duduk lagi. Penglihatannya pula semakin pulih dan boleh nampak sekarang. Dia sempat kata yang dia sudah mula nampak dan inform yang baju Syah jalur-jalur katannya.
Syah inform Kak CT mengenai masalah buang air besar tak seperti biasa dan katanya Syah kena minum banyak air lagi. Mungkin tu agaknya healing proses kot heheheheh ............. Syah inform semalam semasa ambil air sembahyang muka Syah rasa berlendir dan katanya itu keadaan biasa toksin dikeluarkan dan setiap orang lain keadaannya. Menurut Kak CT ada yang tumbuh jerawatpun ada malah bisul lagi katanya dan ada juga yang saki kepala dan macam-macam lagi. Salah seorang ahli lelaki tu inform Syah katanya selepas ambil makanan di kelab nie katanya tapak kaki dia mengelupas tapi untuk sehari sahaja. Malam nie muka Syah rasa gatal sedikit. Makanan tulah lunch Syah hari ini dan malam nie Syah tak sempat nak beli apa-apa dan Syah masak Mee Segera Cintan, kebetulan ada stock lama yang tak expired lagi. Syah campurkan dengan cendawan butang dan tahu.
Loan Bank Rakyat Tak Lulus
Duke of York dikatakan Terpaksa Meletak Jawatan Sebagai Duta Perdagangan
08.03.2011, Selasa – Semalam, Putera kedua Queen Elizabeth II, Prince Andrew, Duke of York dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Duta Perdagangan yang telah dilakukannya sebelum ini sebagai salah satu usaha mempromosi perdagangan Britain diluar Negara. Perkara ini berlaku berikutan pendedahan media Britan mengenai beliau berhubung perkara-perkara berikut :-
- Hubungan beliau dengan Presiden Tunisia yang baru digulingkan oleh rakyatnya iaitu Zine El Abidine Ben Ali.
- Pembabitan beliau dengan pesalah jenayah dan seksual yang merupakan seorang usahawan dan hartawan USA, Jefri Esptien yang dipenjara kerana melanggan pelacur dibawah umur.
- Hubungan rapat beliau dengan Sakher el-Materi yang merupakan menantu kepada Mantan Prisiden Tunisia
Walau bagaimanapun, jurucakap Duke of York menafikan beliau mempunyai hubungan rapat dengan dengan Esptien dan menyifatkan laporan akhbar berkenaan sebagai satu sindiran sinis pihak akhbar untuk memalukan pihak Istana Britain sebelum majlis sambutan perkahwinan diraja Prince Willian dan Kate Middleton April ini.
Setiausaha Penerangan, Vince Cable menafikan desas-desus bahawa kementeriannya akan menggantung tugas-tugas Duke of York dan membuat keputusan untuk menentukan nasib putera raja berkenaan.
Bangun Pagi Tanpa Alarm
Monday, March 7, 2011
Tuanku Mizan Rasmi Persidangan Dewan Rakyat Penggal Keempat
Syah Join Kelab Nutrisi
Kak Siti - tudung purple sedang berkongsi pengalaman beliau dengan ahli-ahli Kelab Nutrisi.
Lain orang lain kesannya. Selepas makan Syah rasa pening dan mual, mengikut Kak Siti itu tindakbalas makanan tu. Syah bukan apa sahaja nak cuba dulu produk nie manalah tahu boleh membantu masalah sembelit dan mata syah. Syah dah cuba banyak benda tapi mula-mula sahaja ok lepas tu kena balik sembelit Syah. Syah nak lihat juga keberkesanan makanan kesihatan nie. Masa program Kesihatan TM tahun lepas, Syah ada cuba buat testing dan sales girls tu inform yang badan Syah banyak toksin dan dekat matapun ada katanya. Tak salah mencubakan dan tengoklan dalam masa 8 hari nie nanti, perubahan yang Syah alami dan boleh kita kongsi bersama. Buat permulaan nie, Syah tak boleh nak buat sebarng komen lagi.
Apa yang Syah perhatikan di Kelab nie, kita boleh bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat, mereka yang mengidap berbagai masalah kesihatan dan orang tua dan orang buta pun ada sekali. Kita boleh mingle around dan berkongsi pengalaman serta cerita mereka sebelum / selepas mengambil makanan ini. Memang best dan jika anda berminat, anda boleh menghubungi Kak Siti ditalian 019 - 6495916 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kelab Nutrisi ini. Mungkin Syah baru disini dan jika lama nanti mungkin boleh kenal dengan ramai kawan disini. Mereka kenakan caj RM13.00 sekali minum dan selepas kita mencubanya sebanyak 8 kali, tak silap Syah mereka caj RM10.00 sahaja. Bila ambil makanan nie kita tak perlu ambil lunch kerana ianya mengenyangkan. Serupa juga kalau kita lunchpun harga makanan tu lebih kurang juga.


