Friday, January 14, 2011

Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K.N.S)

14.01.2011, Jumaat - Sempena Hari Keputeraan Ke-63 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus hari ini, baginda telah berkenaan menganugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati kepada :-
  • Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar

dan

  • Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V

Bagi sambutan hari keputeraan pada tahun ini, seramai 743 individu telah dipilih untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus. Menteri Besar, YAB Datuk Seri Mohamad Hassan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihak Istana telah mengurangkan bilangan penerima anugerah bagi menjadikan ianya sesuatu yang eksklusif. Pada tahun lepas, seramai 1000 orang individu telah disenaraikan pendek sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan baginda ke-62.

Dirghayau Tuanku Patik, Tuanku Muhriz

14.01.2011, Jumaaat - Hari ini Negeri Sembilan Cuti Umum sempena Hari Keputeraan ke-63, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Baginda diputerakan di Kuala Pilah pada 14 januari 1948 dan merupakan Putera Tunggal daripada enam orang anakanda Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhumah Tunku Ampuan Durah.
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Thursday, January 13, 2011

Deco Bersama Syah


13.01.2011, Khamis - Pagi tadi Syah sibuk mengemas bahagian depan rumah dan basuh AEL. Setelah selesai terpandang bunga-bunga yang Syah tanam depan rumah. Datang pula idea dan mood rajin untuk memenuhkan balang gelas ditepi tangga tu yang dah lama kosong. Mudah jer, potong dan masukkan dalam balang dan tak perlukan kemahiran apa-apapun dan lihatlah hasilnya diatas tu..

Sultan Serdang, Tuanku Luckman Sinar Basarshah II S.H. Mangkat

13.01.2011, Khamis - Alfatihah ........ Sultan Pemangku Adat Kesultanan Melayu Negeri Serdang atau Sultan Serdang, Tuanku Luckman Sinar Basarshah II, S.H dan juga merupakan dan budayawan Melayu dilaporkan mangkat hari ini. Syah menerima berita ini dari kenalan di Medan, Tengku Dicky dari Kesultanan Deli. Baginda Mangkat kerana sakit tua dan akan dimakamkan pada hari Jumaat 14.01.2011 di Komplek Permakam Keluarga Kesultanan Serdang, Masjid Sulaimaniah, Perbaungan, Kabupatin Serdang Bedagai, Sumetera Utara, Indonesia. Baginda mangkat di Sime Darby Subang Jaya Medical Center atau Subang Jaya Medical Center, Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Apabila Indonesia di istiharkan sebagai Republik, kesultanan di Indonesia telah dimansuhkan dan dalam Revolusi 1946 menyaksikan pembunuhan raja-raja dan kerabat mereka oleh Parti Komunis Indonesia. Al-Fatihah kepada Tuanku Lucman Sinar semuga roh baginda ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Hari Ini

13.01.2011, Khamis - Sekarang jam 16:48hrs dan di Radio Era sedang berkumandang Azan Asar. Syah sebenarnya Cuti Segera (Urgent Leave) kerana ada urusan di Country Homes. Syah baru sampai rumah jam 16:20hrs tadi dalam hujan lebat dan sekarang dengar radio Era coz Astro al-maklumlah hujan siaran macam menonton VCD Haram jer. Hehehehe.

Pagi tadi selepas cuci kereta Syah bersiap untuk ke Country Homes, Rawang kerana hendak uruskan iklan rumah sewa Syah tu. Syah SMS my boss dan kak Has inform urgent leave arine. Jam 10:00hrs Syah keluar rumah untuk tunggu bas ke Bandar Rawang. Syah sempat tanya Kakak Indian jual nasi lemak bas ada lalu tak dan dia inform baru lepas dan jam 11:00hrs nanti baru ada. So Syah berjalan kaki ker bas stand yang baru siap di Rawang Residence Syah. masa menunggu bas ada budak sekolah tunggu sekali dan Syah tanya dia tingkatan berapa dan katanya 4 dan Syah tanya tingkatan 4 kelas petang ker dan katanya Ya sebab bilangan mereka ramai dan ada disebutnya berapa kelas tadi tapi Syah tak ingat. Sebab tu mereka sekolah petang dan katanya jam 12:45hrs ada kelas tambahan. Sekolah menengah dihadapan jalan masuk Rawang Residence.

Jam 11:05hrs bas tiba dan Syah sampai Pekan Rawang 1/2 jam kemudiannya. Syah naik bas mini ke Country Homes Rawang dengan tambang RM1.00 dan bertolak jam 11:35hrs. Jalan menuju Country Homes agak sesak kerana banyak lori yang berulang alik ke kilang sekitar kot? bila sampai area Rawang Integrated baru jalan clear. Syah sampai Country Homes jam 11:58hrs. Sampai rumah sahaja Syah kemas bahagian depan dan sapu sampah serta ambil tong sampah yang tercampak dalam longkang dan Syah masukkan kedalam pagar. Kemudiannya Syah mencatat apa yang perlu diganti atau diperbaiki. Lepas tu Syah tampalkan iklan di tingkat atas dan bawah serta di bahagian pintu masuk. Diluar Syah tak letak kerana sekarang kan musim hujan. Sebelum keluar Syah solat Zohor dan Solat Hajat supaya dapat penyewa yang baik dan bertanggungjawab menjaga rumah Syah dan bayar sewa tepat pada waktunya.

Jam 13:50hrs Syah keluar rumah dan tunggu bas di Bus Stop Country Homes. Balik ke pekan Syah naik Bas Metro tetapi tambangnya mahal sedikit RM1.30, mungkin bas aircond kot? Yang tak Syok naik metro nie dari Country Homes ke Pekan Rawang dua kali inspektor Bus periksa tiket. Jenuh ........... Jam 14:22hrs sampai Stesyen KTM dan Syah jalan kaki ke Kedai Tenaga Nasional untuk jelaskan bil elektrik rumah Country Homes. Disebabkan Syah terlupa bawa bil, Syah kekaunter untuk minta salinan bil menggunakan kad pengenalan tu yang agak lama sedikit. Selepas dapat bil syah ambil nombor giliran untuk buat bayaran pula. Setelah selesai Syah terus ke Bus Stand tapi Bus dah jalan. Syah ke 7E ingat nak beli roti kolestrol tu tapi tak ada dan Syah ke Giant tak ada juga. So Syah beli Gardenia Wholemeal jer dan Orang Juice Twister untuk buka puasa nanti dan petang nie ada pasar malam bolehlah beli makanan.

Bas ke Rawang Residence sampai jam 15:25hrs dan waktu nie hujan lebat mencurah-curah. Tadi di Country Homes panas giler tapi petang nie hujan lebat pula. Jam 15:40hrs bas jalan dan 16:20hrs sampai Rawang Residence dalam hujan lebat. Dah alang-alang basah Syah sapu daun-daun kering depan rumah dan bersihkan belakang rumah exspecially tahi burung yang banyak tu. Selepas tu Syah mandi dan sekarang badan rasa macam nak demam sebab kena hujan kot? dan kepala Syah pening pula manakala tangan dan kaki rasa panas ........ ada-ada jer lah nie......... sudah jam 17:18hrs dan Syah hendak solat Asar dahulu sebelum menyambung entry di tengkusyah.blogspot.com.

Wednesday, January 12, 2011

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

Gambar diambil dari Berita Harian

12.01.2011, Rabu - Semalam 11.01.2011 merupakan Cuti Umum di Johor sempena Sambutan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Sultan Johor terkemudian. Pada hari ini baginda Sultan dan kaum kerabat diraja Johor akan melawat Makam Diraja Mahmoodiah dan mengadakan bacaan tahlil. Jika dahulu iannya dikenali sebagai Hari Hol Almarhum Sultan Ismail yang disambut pada 19 Jun setiap tahun tetapi selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22.01.2010 iannya ditukar kepada Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar dan tarikhnya telah dipinda kepada 11 Jan setiap tahun atau mengikut kalendar Islam pada bulan Safar. DYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja melawat makam diraja pada sebelah pagi. Seperti amalan biasa apabila melawat makam, Tuanku menabur bunga dan menjirus air mawar di Makam Almarhum Sultan Iskandar, Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Sultanah Aminah sebelum bacaan doa disempurnakan oleh Mufti Johor, Dato' Mohd. Tahrir Shamsuddin. Selepas bacaan doa Tuanku dan rombongan berangkat ke Masjid Abu Bakar untuk Majlis Bacaan Tahlil. Majlis berakhir sekitar jam 11:00hrs.

Turut serta dalam majlis ini adalah, Tunku Mahkota Johor, YAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, EXCO Kerajaan Negeri Johor, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin Onn, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd Ali Hassan, Pengerusi Jabatan Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, Pengarah Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Elias Hasran dan Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut.

ALFATIHAH ............ kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Semuga Allah Menempatkan Roh Baginda Bersama-sama Orang-Orang Yang Beramal Solleh. AMIN.

Nasib Fasha Sandha

12.01.2011, Rabu - Tak habis-habis malang menimpa personaliti yang dikatakan bakal menjadi menantu Yang Mulia Puan Sri Dato' Raja Noora Ashikin bt Raja Abdullah dan Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, tak lain tak bukan Fasha Sandha. Sekarang ini heboh pula mengenai kontroversi gambar seksi Fasha Sandha yang tersebar luas di Internet hasil daripada kreativiti laman sesawang facebook sahabatnya yang dikenali sebagai Syazwani. Gambar-gambar berkenaan diambil sewaktu bercuti di Tanjung Benoa, Bali, Indenosia pada 30.12.2010 lepas. Fasha Sanda dikatakan melarikan diri dari perhatian umum buat sementara waktu ini dan tindakannya membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam anjuran The Weld semalam (11.01.2010) menimbulkan kemarahan banyak pihak dan dianggap sebagai tidak professional. Pereka terkenal Hazree Wahid dikatakan terkilan dengan apa yang berlaku dan akan berfikir dua kali untuk melakukan kerjasama dengan Fasha Sandha dimasa hadapan kerana apa yang berlaku telah menjatuhkan imej dan reputasi beliau sebagai pereka disamping mengalami kerugian dari segi masa dan kos fabric yang bernilai ribuan ringgit. Kepada Fasha Sandha satu sahaja Syah naka kata, Semua orang melakukan kesilapan cuma keadaanya sahaja yang berbeza. Harap-harap Fasha bersabar menghadapi dugaan ini dan belajar dari kesilapan yang telah dilakukan untuk jadi yang terbaik dimasa hadapan.

Tuesday, January 11, 2011

LRT Putra Refund

Lunch tadi Syah lari sekejap ke KL Sentral kerana hendak buat payment RHB Credit Card yang due datenya hari ini. Sebelum ke bank Syah makan Sayur dan Tahu Sup digerai Young Tau Foo di Food Court KL Sentral. Setelah urusan bank selesai, Syah pergi berurut dengan mesin untuk jangkamasa tiga minit dengan kadar bayaran RM1.00. Saja-saja release tension kononnya. Selepas tu Syah balik ke office dan kali ini tak mau gunakan touch&go tetapi Syah beli tiket manual. Dari KL Sentral ke Kerinchi tambangnya RM1.60 dan Syah masukkan RM5.00. Macam biasa, mula-mula tiket kelur kemudian bakinya. Walau bagaimanapun terkejut beruk Syah caoz baki yang keluar hanya RM0.20 mana RM3.20 lagi tue? Alahaiiiiiiiiiii.........

Pada mulanya ingat nak diam kan jer tetapi fikir balik duit tu, So Syah tanya guard dan biasalah guard tunjuk ke kaunter. HEhehehehe. Syah terangkan apa yang terjadi dan pekerja kaunter tu minta Syah isi satu borang. Borang tu untuk refund baki yang Syah tak dapat tadi. Lepas isi borang Syah serahkan semula borang yang lengkap kepada pekerja tu dan dalam hati kata bila agaknya nak dapat balik duit tu. Lepas tu Syah lihat pekerja tu ambil duit dan serahkan RM3.20 kepada Syah. Mungkin dia sudah periksa dalam system memang Syah masukkan RM5.00 sebab tu refund diberi on the spot. Kepada anda yang menggunakan perkhidmatan LRT, jika perkara yang sama terjadi kepada anda, jangan segan dan silu untuk bertanya dikaunter LRT Station jika kita ada masalah. Apa yang anda perlu buat ialah, ingat no mesin yang anda gunakan (no ada diatas mesin), ke kaunter dan Isi borang untuk refund. Sure mereka boleh membantu kita semua. Terima kasih pihak LRT Putra KL Sentral atas perkhidmatan mesra pengguna yang diberikan kepada Syah sebentar tadi.

Perjalanan Lancar Pagi Ini

11.01.2010, Selasa - Shukur Alhamdullilah perjalanan Syah pagi ini dari Rawang Residence ke Menara TM berjalan dengan lancar. Di KL Sentral tadi Syah sempat pusing-pusing sekejap sebelum sampai ke office pada jam 08:15hrs. Dalam lif tadi terdengar ada orang bersembang dan katanya pagi tadi dia tunggu LRT lama adalah 40 minit kerana ada masalah. Syah tak pasti samada LRT Putra atau Star tetapi semasa Syah naik tadi everything OK tak pula KO ..... Hehehehehe. Tetapi tak tahulah sebelum waktu Syah naik tu.

Monday, January 10, 2011

Buka Puasa Di Rawang Residence

10.01.2011, Isnin - Hari ini Syah balik ke Rawang Residence macam biasa mengguna perkhidmatan KTM. Sampai di Stesyen KTM Rawang, Syah singgah di Lambaian Seafood untuk beli Tom Yam Putih untuk di tapow berbuka puasa nanti. Sementara menunggu bas sampai, Syah ke 7E beli Soyabean. Sampai Rawang Residence jam 20:00hrs. Syah Minum dulu, start AEL dan Solat Maghrib. Lepas solat baru Syah makan dan kemudiannya ambil ubat kolestrol, vitamin E dan Minyak Ikan. Syah makan tom yam tu dengan roti Gardenia Breakthru roti yang mengandungi beta-glucan yang boleh membantu untuk lower the cholesterol, harganya RM4.30. Roti ini lebih baik dari roti wholemeal. Sebelum tidur nanti Syah minum Susu Nesvita Omega Plus susu khas helps lower cholesterol juga dan harganya RM24.00/600gm. Syan minum susu nie dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Oklah sekarang jam 00:41hrs dan esok jam 05:00hrs kena bangun kerana bas datang jam 06:30hrs. Nak buat susu sat ....................

Menteri Besar Selangor dan ADUN Sri Muda didesak Letak Jawatan

10.01.2011, Isnin - Semalam 09.01.2011, seramai 300 orang penduduk Kampung Jalan Kebun, Kelang mengadakan satu demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie yang menghina dan memutar belitkan Titah DYMM Sultan Selangor. Kedua-dua mereka didesak meletakkan jawatan dan memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor.

Shuhaimi didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap DYMM Sultan Selangor. Suhaimi dalam laman blognya memaklumkan bahawa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya adalah dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. YAB Menteri Besar selangor pula didakwa telah memutarbelitkan titah ucapan DYMM Sultan Selangor. Demonstrasi ini dimulakan dengan laungan DAULAT TUANKU diikuti dengan nyanyian lagu SELAMAT TUANKU. Mereka kemudiannya membakar poster Shuhaimi bagi mengambarkan protes mereka atas apa yang berlaku.

Timbalan Ketua UMNO Kota Raja, Kamal Arifin Kaiman yang turut serta dalam demonstrasi ini memaklumkan bahawa mereka akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan akan mengadakan demotrasi secara berterusan bagi mendesak Menteri Besar selangor dan ADUN Sri Muda itu meletak jawatan.

Kesihatan Syah

10.01.2011, Isnin - Hari ini Syah berpuasa Sunat kerana hari Sabtu hari tu Ayahanda call dan kata kalau Syah nak diet dan ada masalah kolestrol dia cadangkan agar Syah berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Katanya Insyallah ianya akan membantu masalah yang Syah hadapi. Actually semenjak semalam perut sebelah kiri Syah rasa macam sakit dibahagian dalam bila Syah buat beberap gerakan, rasanya macam pedih pun ada, sakitpun ada. Tak tahu lah mengapa, tetapi dulu ada juga rasa macam nir tapi ianya akan hilang dengan sendirinya.

Sunday, January 9, 2011

Princess Leila Pahlavi

Princess Leila Pahlavi
DiPuterikan Pada Hari Jumaat, 27.03.1970 dan Mangkat Pada Hari Ahad, 10.06.2001

Makam Princess Leila Pahlavi di Cimetie're De passy, Paris, Perancis.

09.01.2011, Ahad - Inilah dia Princess Leila Pahlavi anak kepada Mantan Raja Iran atau Shah Iran, adik kepada Prince Alireza Pahlawi yang mangkat selepas menembak dirinya sendiri pada 04.01.2011 lepas. Princess Leila merupakan individu kedua meninggalkan keluarga Pahlavi selepas Ayahandanya apabila beliau ditemui mati didalam bilik kegemarannya yang berharga 460 pound sehari di Leonard Hotel berhampiran Mable Arch, London pada 10.06.2001 jam 19:30hrs dalam usia 31 tahun. Hasil daripada siasatan mendapati Princess Leila mengambil ubat antidepresi dan kokain secara berlebihan. Seperti abangnya beliau juga dikatakan menghadapi masalah kemurungan disamping masalah aneroxia. Jenazahnya telah diterbangkan ke Paris untuk dikebumikan ditempat nendanya Farideh Diba di Cimetie're de Passy, Paris. Princess Leila diputerikan di Tehran pada 27.03.1970 dan merupakan anak perempuan bungsu Shah Iran dan Isteri ketiganya Queen Fara Diba Pahlavi. Beliau terpaksa meninggalkan Iran dan hidup berpindah randah dalam buangan semenjak berusia sembilan tahun lagi. Keadaannya bertambah tertekan apabila Ayahandanya mangkat akibat kanser di Mesir pada 1980.

Aktiviti Malam Ini

09.01.2011, Ahad - Jam 17:30hrs tadi Muss outstation ke Kuala Lipis dan Syah sempat tumpang Muss hingga LRT Melati dan selepas tu Syah jalan kaki untuk exercise dan singgah di Pasar Malam Gombak Bt16 tak silap Syah. Ingat hendak makan di sekitar kawasan LRT tapi tak jadi sebab tak selesa dengan keadaan kedai-kedai disitu. Syah beli air soya dan tau foo fa di pasar malam. Dari pasar malam Syah makan di gerai berhampiran Petronas Bt 16. Syah order Tom Yam Putih Sayur tak mahu pedas tapi dihantarnya pedas. Tak kisahlah, makan je...............tapi sebelum makan Syah minta dia tukarkan mangkuk tom yam tu kerana dia bagi mangkuk yang sudah sumbing teruk dan retak. Apalah kedai nie tak senonoh betul, asik ingat nak untung lebih tapi kualiti tak jaga. Pelayan tu pun tak kata apa terus tukarkan ke mangkuk lain. Minuman pula Syah order Lai Chee Kang Ice. Syah makan tom yam tu dengan roti wholemeal yang Syah beli di Stesyen Petronas semasa menunggu order sampai.

Lepas makan Syah terus balik rumah dan bila Syah ke tepi rumah nampak macam pokok yang berduri daunnya tu ada orang potong sedikit. Syah syak cina block sebelah tu potong kot sebab cucu dia selalu main disitu, macam bagus jer nyonya gila tu, lantak dialah. Jam 20:15hrs tadi Muss call inform dia sudah sampai tapi tak check ini lagi coz nak singgah makan dulu. Syah inform pasal pokok tu dan dia kata biarkan lah, jangan gaduh dengan orang. Masa Syah balik Cd tak ada, dia kerumah kawannya sebab Syah dengar dia ada call member dia petang tadi. Sekarang jam 21:12hrs dan Syah sedang menonton siran langsung Anugerah Juara Lagu - AJL25 di TV3. Hemm Meriah Giler kau..................

Muss Outstation ke Kuala Lipis

09.11.2011, Ahad - Jam 17:00hrs nanti Muss akan outstation ke Kilang Sawit Kachau, Kuala Lipis, Pahang bersama Zamri. Kali ini giliran kereta Muss pula dan Muss akan fetch Zamri dirumahnya di Taman Seri Gombak. Macam biasa Jumaat nanti baru dia balik. Sekarang jam 14:44hrs, Muss ke Bengkel untuk buat inspection keretanya manakala Cd kemas sangkar kucing. Muss dan Cd tiba dirumah approx jam 13:00hrs tadi dan dia sempat lepaskan Nomi, Blackie dan Hamster main-main dalam rumah, Hemmm macam nak pecah rumah dibuat oleh tiga ekor kucing nie...Heheheheheh.............

YBhg Penyimpam Mohor Besar Raja-Raja Yang Baru

YBhg Datuk Syed Danial Syed Ahmad
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Ke-11

09.01.2011, Ahad - Inilah dia wajah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu (PMBRRM) yang baru. Inipun Syah dapat daripada google. YBhg Datuk Syed Danial Syed Ahmad berumur 66 tahun dan pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara. Perlantikan secara kontrak selama tiga tahun bagi jawatan PMBRRM ini sebenarnya telah diputuskan semasa Persidangan Raja-Raja Melayu ke-222 tahun lepas. Anak jati Pulau Pinang ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana daripada University of Wisconsin, Madison, USA. Beliau mempunyai pengalaman berkhidmat selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Sambutan Hari Keputeraan Raja-Raja Pada Bulan Januari 2011

Hari Keputeraan Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar merupakan hari kelahiran KDYMM, DYMM Baginda Tuanku dan ianya akan disambut oleh negeri berkenaan dengan pelbagai program yang dirancang termasuk Penganugerahan Pingat dan Darjah Kebesaran. Pada hari ini juga akan diistiharkan sebagai Cuti Umum bagi negeri berkenaan. Dalam bulan January 2011 ini terdapat dua orang raja yang akan menyambut hari keputeraan baginda iaitu :-
  • 14.01.2011 :- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

  • 16.01.2011 :- Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Hari Nie

09.01.2011, Ahad - Hari nie bangun tidur lewat sediki coz malam semalam Syah ke Uptown Danau Kota temankan Kak Long dan Mamat dan jam 01:45hrs Syah balik rumah. Selepas mandi kemas baju yang Muss angkat semalam dan selepas tu Syah gosok pakaian kerja untuk seminggu kerana hendak dibawa ke Rawang. Nex week mungkin seminggu Syah di Rawang. Syah dah siap-siapkan beg baju dan keperluan untuk seminggu kerana esok pagi tak perlu terkocoh-kocoh berkemas seperti kebiasaannya. Muss dan Cd tak balik lagi, tapi Muss kata hendak outstation, bilalah dia hendak berkemas tu agaknya. Tak tahu nak lunch apa hari ini. Sekarang sambil mentenet Syah menonton Drama Awan Dania @ Astro 104.

Jalan-Jalan Dengan kak Long Zainab di Uptown Danau Kota


09.01.2011, Ahad - Jam 22:30hrs malam tadi Kak Long Zainab call inform Syah yang dia hendak ke Uptown Danau Kota dengan Mamat dan ajak Syah pergi sekali. Bila sampai di KL Residence, Syah minta Mamat parking di tempat Muss kerana Muss tak balik dan tidur rumah Kak Long Fadilah. Selepas pusing-pusing di Uptown Kak Long ajak makan tapi Syah kata Syah dah kenyang dan kami balik terus kerana esok Mamat kena bertugas. Kak Long balik jam 01:45hrs.

Saturday, January 8, 2011

Sultan Brunei Kurniakan Nama Cucunda Baginda


08.01.2010, Sabtu - Pada 06.01.2011 lepas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan memberikan nama kepada cucunda baginda yang baru diputerikan pada 02 Januari lepas. Anakanda kedua Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ini dinamakan Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dengan gelarannya adalah Yang Teramat Mulia.

Entry Syah sebelum ini berhubung kelahiran ini :-

Syah Alone @ KLCC

08.01.2011, Sabtu - Sekarang Jam 17:34hrs dan Syah update entry ini ditepi kolam air pancut KLCC menggunakan broadband Muss yang Syah pinjam tadi. Syah sampai KLCC approx 15:30hrs dan selepas Solat Asar di Surau KLCC, Syah ke Cold Storage beli Organic Pumpkin Seed dan Oxgenizer Drinking Water. Sambil mentenet makan kuaci kerana pernah terbaca kuaci nie boleh reducekan kolestrol. Kat sini ramai orang lepak dari pengunjung hinggalah kakitangan KLCC yang sedang off duty. Tajuk Entry nya macam sedeh jer kan............ Tapi dah biasa sorang-sorang jadi tak ada masalah dan dah jadi kebiasaan. Syah juga suka berkumpulan tetapi ada masanya Syah lebih suka bersendirian, bukan apa senang nak kesana atau kesini.

Lunch tadi dengan Muss dan Cd di OMjus tetapi Cd semenjak syah balik dari Rawang Khamis lepas macam bad mood dan tak banyak cakap. Adalah tu masalahnya dan tak dapat nak dishare kat entry nie cuma boleh cakap dia salah anggap jer dengan adalah .......... makan pun dia tak tadi cuma minum jer. Mus makan Kerabu Betik dan Tembikai Laici Ice Blanded serta Keropok Goreng manakala Syah Apple Sadri Ice Blanded dengan Tom Yam Putih Sayur. Lepaas makan Cd drop Syah di LRT Wangsa Maju kerana Dia dan Muss hendak ke Rumah Kak Ngah Faziah dan ke Rumah Aunty Tina. Syah sempat pesan Muss ambilkan jam tangan Syah di Rumah Kak Lang Ella kerana tertinggal hari tu, tak taulah kalau Muss ingat dia ambilkan lah kalau tak Pe, No Comment.......... Heheheheh

Solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin KLCC

Kali ini Syah bersolat dibahagian atas Masjid. 1st time solat dibahagian atas nie.

07.01.2010, Jumaat - Hari ini Syah Solat Jumaat berjemaah di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Masjid ini dibina pada tahun 1996 atas nama Surau Asy-Syakirin dan kontraktor pertamanya Ahmad Zaki Sdn Bhd. Pada 12.07.1999 Iannya telah didaftarkan di Jabatan Agama Islam. Pada mulanya Masjid ini merupakan sebuah surau yang dimiliki oleh Petronas untuk kegunaan kakitangannya. Dengan pertambahan jemaah yang semakin meningkat dan solat Jumaat diadakan disini, fungsi surau ini telah dipertingkatkan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil alih dan menaik taraf surau ini kepada Masjid. Sekarang, tugas-tugas pentadbiran masjid ini adalah dibawah pentadbiran pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) manakala Petronas bertanggung jawab dalam urusan penyelengaraan Masjid. Pelbagai aktiviti keilmuan telah diadakan di Masjid ini dan setiap kali diadakan program ianya pasti akan mendapat sambutan masyarakat.

Hari ini Syah solat dibahagian atas Masjid. Tak pernah naik ke ruang ini dan today adalah pertama kali syah solat di bahagian atas masjid. Memang masjid ini penuh sesak dengan pekerja-pekerja Petronas dan KLCC serta kawasan sekitarnya disamping pelancung asing. Selepas solat Syah lihat orang berkumpul untuk mengambil makanan yang disedekahkan oleh seorang hamba Allah. Nasi lemak tak silap Syah. Yang tak sedap mata memandang tu ada jemaah yang mengambil lebih daripada satu bungkusan. Biasalah tu sikap tamak dan haloba tu sentiasa ada tak kira tempat dan waktu. Syah memang tak makan nasi tapi sekurang-kurangnya bagilah peluang pada jemaah yang lain untuk merasa juga tetapi mungkin mereka lapar kot? atau nak bagi kepada sesorang. Heheheheh ..............

Melawat Kun Yam Thong Tample

Kuil Kun Yam Thong Temple terletak di No. 161, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Kuil ini boleh dihubungi di talian 03 21648055 fax : 03 21637118.


07.01.2011, Jumaat - Mengikut Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia, Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni. Sehubungan dengan itu wujudlah Masjid-Masjid dan Rumah Ibadat untuk warga Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dan ianya boleh dilihat dimerata tempat di negara kita. Sewaktu dalam perjalanan menunaikan Solat Jumaat ke Masjid Asy-Syakirin KLCC Syah berjalan kaki dari Ampang Park LRT Station ke KLCC. Di Jalan Ampang berhampiran Restoran Pelita anda mesti perasaan ada sebuah kuil dan biasanya bila Syah lalu waktu petang kuil ini tutup tapi disebabkan hari ini Syah lalu waktu pagi kuil tu buka. Rupa-rupanya Kuil Budha yang dinamakan Kun Yam Thong Temple. Syah mendapatkan kebenaran daripada kaunter pertanyaan untuk masuk melawat. Dengarnya orang ramai terutama waktu lunch untuk bersembahyang dan disini ada disediakan makanan vegetarian tapi Syah tak pasti samada percuma atau perlu dibayar. Kebanyakan pekerja beragama budha mengambil kesempatan untuk bersembahyang di kuil ini pada waktu lunch. Besar juga kawasan kuil ini dan ada pelbagai patung Budha dan Dewa-Dewa didalamnya. Menurut pegawai yang Syah jumpa, Kuil ini berusia hampir 135 tahun dan dibuka setiap hari dari jam 07:30hrs dan tutup jam 16:00hrs. Syah tak ambil masa lama disini adalah lebih kurang 10 minit coz Syah hendak ke Masjid untuk solat Jumaat.

Sebahagian Patung-patung Budha yang terdapat di ruang sembahyang Kuil ini.

Aktiviti Harian Syah 07.01.2010

07.01.2011, Jumaat - Pagi nie ingatkan hendak tumpang Muss ke Kolej tapi tak jadi dan Syah minta dia pergi dulu. Actually Syah hendak ke TMTC untuk menghantar dokumen kepada Nik untuk bayaran program TM Behavioral. Syah pergi sendiri dan bila keluar dari TMTC sudah hampir jam 12:00hrs dan Syah call my boss, Dik Nor untuk inform Syah nak pergi Solat Jumaat terus tapi tak dapat dan Syah call Kak Hasmah untuk inform Dik Nor. Ingatkan hendak ke Masjid Negara tapi tak jadi coz masa di Ampang park Syah terfikir kalau Masjid Negara susah nak balik coz jalan kaki jauh dan ingat hendak solat di Masjid Jamek sahaja. Syah siap beli beg plastik dikedai jual majalah untuk simpan kasut dalam beg. Masa beli beg plastic tu syah tanya indian guy tu kalau nak solat Jumaat kat mana, katanya di Tabung Haji atau KLCC. Baru Syah ingat KLCC, Masjid Asy-Syakirin dan Syah terus jalan kaki ke masjid berkenaan. Sebelum sampai ke KLCC dekat restoran Pelita ada sebuah kuil yang Syah lalu sahaja waktu petang sudah tutup. Kuil budha ditepi jalan dan saja Syah masuk dan ambil gambar diluar dan didalam kuil sebelum minta kebenaran dikaunter yang disediakan. Kuil nie namanya Kun Yam Thong Temple. Lepas ambil gambar Syah ke Masjid untuk solat Jumaat. Selepas solat Syah balik ke office dan sambung kerja office pula.


Hari ini balik jam 17:00hrs. Ingat hendak makan tom yam putih sayur di kedai dekat LRT Kerinchi tetapi tutup. So Syah ke KL Sentral untuk makan Sup Sayur di food court. Hampir jam 18:00hrs Syah bertolak balik ke KL Residence dengan LRT. Sampai rumah Syah lihat Muss sedang cat frame pintu dan grill. Lepas solat Maghrib Syah tolong dia sampailah hampir jam 21:20hrs baru siap. Lepas Solat Insyak dan bersihkan diri Syah dan Muss ke Om Jus untuk dinner. Syah minum Apple + Sadri blanded manakala Muss Nasi Goreng Paprik dan Tembikai + Laici blanded. Balik sudah hampir jam 23:00hrs dan Syah letih terus tertidur.

SUK Selangor Angkat Sumpah Depan Sultan Selangor

Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dihadapan DYMM Sultan Selangor sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru manakala disebelah beliau berbaju biru adalah YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor - Gambar Utusan Malaysia

06.01.2010, Khamis - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menghadapi kontrovesi berhubung isu perlantikannya mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dihadapan Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah. Majlis diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Dalam titahnya, baginda tidak tidak mahu isu perlantikan SUK ini dipolitik dan disensasikan hingga mengelirukan rakyat. Titah baginda lagi perlantikan SUK baru ini adalah mengikut peraturan dan prosidur yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, selagi Datuk Khusrin tidak mengangkat sumpah akujanji menyimpan rahsia di depan YAB Menteri Besar Selangor, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat EXCO dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)

Majlis hari ini juga diadakan untuk :-

  • Mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Idris Shah kepada Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah sempena hari keputeraan Sultan Selangor pada 11.12.2010 lepas. Pada waktu berkenaan DYTM Tengku Amir Shah berada diluar negara.

  • Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang baru iaitu Datuk Marzuki Hussin yang menggantikan Datuk Khusrin yang dilantik sebagai SUK Selangor yang baru.

  • Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor yang baru dilantik pada 01.12.2010 lepas dan Perlantikan tiga Jaksa Pendamai (JP).

Tunku Intan di Masyhur sebagai Pro Canselor Wanita Pertama UKM

05.01.2011, Rabu - Tahniah diucapkan kepada Puteri Tunggal Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim atas pemasyhuran Tunku Intan sebagai Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkuat kuasa serta merta. Dengan pemasyuharan ini telah meletakkan Tunku Intan sebagai wanita pertama diantara 10 penyandang jawatan berkenaan yang dilantik oleh UKM semenjak penubuhan 40 tahun yang lepas. Penglibatan Tunku Intan dengan UKM bermula pada 2007 apabila Tunku Intan dilantik oleh UKM menjadi Felio Diraja Institut Alam Sekitar dan Pembangunan. Majlis watikah perlantikan Pro Canselor UKM disempurnakan di Puri Pujangga oleh Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Turut serta adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr Mazlan Ahmad dan Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin.

Al-Sultan Kelantan Terima D.K. Selangor

Sultan Selangor dan Al-Sultan Kelantan - Gambar dari Berita Harian

05.01.2011 Rabu - Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menghadiri satu Istiadat Khas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam bagi Penganugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) kepada KDYMM Sultan Muhammad ke-V sempena ulangtahun keputeraan baginda yang ke-65 tahun pada 11.12.2010 lepas. Dalam istiadat yang sama, Baginda Al-Sultan Kelantan juga telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al Muhammadi I kepada Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut serta dalam istiadat khas ini adalah sembilan Orang Besar Daerah manakala Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat hadir ke istiadat ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Friday, January 7, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara Hari Ini - 07.01.2011

Yang Mulia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja? Tentu kebanyakan diantara kita mengenali individu yang menyandang jawatan ini kerana setiap tahun kita akan melihat beliau terutamanya apabila pengistiharan bermulanya Puasa dan Sambutan Hari Raya. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan adalah YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. YM Engku Tan Sri Ibrahim akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kerana akan bersara pada hari ini 07.01.2011. Dengan persaraan ini Majlis Raja-Raja telah bersetuju melantik YBhg Datuk Syed Danial Syed Ahmad sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru bermula esok Sabtu, 08.11.2011.

Terima kasih atas jasa dan sumbangan YM Engku Tan Sri Ibrahim sepanjang menjawat jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun. Jika anda semua ada masa terluang, pada hari Ahad, 09.01.2011 TV 1 akan mengadakan satu dokumentari khas mengenai YM Engku Tan Sri Ibrahim bermula jam 18:00hrs (6 petang).

Thursday, January 6, 2011

Alireza Pahlawi Mangkat di Boston

Putera Alireza Pahlawi Anak lelaki bongsu Almarhum Mantan Raja Iran, Shah Iran Pahlawi didapati telah membunuh diri dikediamannya di Boston Amerika Syarikat. Sepasukan polis yang bertindak hasil laporan panggilan kecemasan menemui mayat Alireza yang berusia 44 tahun itu dengan kesan tembakan di kawasn kejiranan South End pada 04.01.2011 jam 02:00hrs. Alireza dipercayai menghadapi masalah kemurungan kerana terpaksa meninggalkan tanah airnya dan hidup dalam buangan selepas Shah Iran digulingkan dalam Revolusi Islam 1979, kehilangan orang yang tersayang iaitu ayahandanya Shah Iran yang mangkat di Mesir pada 1980 akibat mengidap kanser dan adik perempuannya Leila Pahlawi yang meninggal dalam bilik hotel di London pada 2001.

Malam tadi ke Country Homes - 06.01.2010

Syah bersama Shah dan keluarganya di Rumah Sewa Syah di Country Homes, Rawang

Petang semalam Syah call Azrin, minta tolong hantar ke Country Homes, Rawang untuk melihat rumah sewa Syah yang telah dikosongkan oleh tenent Syah, Shahrul (Shah). Azrin inform kalau malam boleh dan dia tak available hari Sabtu kerana akan menghadiri majlis perkahwinan. So Syah call Shah tapi tak berjawap. Setelah sampai di Rawang Residence Syah inform Azrin tak jadi pergi coz Shah tak jawab call Syah. Masa bercakap dengan Azrin ada incoming call dan rupa-rupanya Shah call dan minta maaf tak angkat call Syah petang tadi kerana tak dengar buntyi telefon tu. So Syah beritahu Azrin hendak jumpa Shah di Country Homes jam 08:45hrs, Azrin kata dia hendak mandi dulu dan bertolak jam 21:00hrs. Bila kami sampai di Country Homes Syah call Shah dan dia kata sudah ada dirumah. Lama juga kami bersembang dan dia minta Syah tengok rumah dan tolak sahaja duit downpayment untuk mana-mana kerosakan dan bayaran final bill untuk api dan air disamping perkhidmatan Indah Water . Syah maklumkan akan bank-in downpayment berkenaan dalam minggu hadapan setelah seattlekan semua bayaran. Rumah dalam keadaan baik cuma ada sedikit kerosakan kecil sana sini dan itu tak jadi masalah. Tenent Syah nie memang baik dan jaga rumah Syah dengan sempurna dan dia bersihkan rumah Syah sebelum keluar bulan Disember lepas. Bayaran merekapun tepat dan kalau ada tersangkutpun sekali dua sahaja itupun kerana dia busy bukannya sengaja tak bayar. Shah menyewa rumah nie hampir 13 bulan.

Azrin & Arip @ McD Rawang

Semasa Syah berbincang dengan Shah dan familynya, Azrin dan Arip tolong tengokkan keadaan rumah dan gantung langsir supaya rumah tak nampak kosong dari luar. Maklumlah takut nanti terjadi sesuatu yang tidak diingini. Selepas Shah dan keluarganya balik, Syah periksa rumah sekejap dan beredar. Tak sempat nak letak iklan di rumah tetapi Syah ke 7E Country Homes untuk letakkan iklan disana. Letak iklan di 7E nie percuma dan iklan akan diletakkan dalam masa tujuh hari sahaja. Dair 7E Syah singgah ke Supermarket sekejap untuk membeli mineral water 1.5 Liter satu kotak sebagai stock di Rawang Residence. Kami kemudiannya bertolak ke McD Rawang. Syah belanja Azrin dan Arip tetapi Syah minum jer sebab sedang berdiet. Hampir jam 23:30 Syah sampai ke Rawang Residence dan Azrin tolong angkatkan kotak mineral water kedalam rumah. Syah kemudian berikan souvenir dari Singapura untuk Azrin dan Arip dan Baju T untuk Bak (bapa Azrin).

Wednesday, January 5, 2011

Dimana Kubur Yap Ah Loy - 05.01.2011

Tentu anda semua masin ingat pada seorang tokoh bernama Yap Ah Loy kan? Semenjak dari sekolah rendah lagi kita telah didedahkan dengan nama ini. Syah pernah terfikir beberapa tahun lepas untuk mengetahui dimana kubur Yap Ah Loy. Pagi ini semasa dalam perjalanan menaiki LRT Putra dari KL Senteral ke Kerinchi, Syah secara tidak sengaja duduk disatu tempat kosong yang orang lain tak mahu duduk. Syah tiba-tiba terjeling pada nota yang dibaca oleh seorang lelaki cina yang pada mulanya Syah ingatkan Melayu. Banyak mengenai sejarah KL dan yang bestnya Syah melihat maklumat berhubung Yap Ah Loy dan terus Syah salin tanpa pengetahuannya.

Yang sempat Syah salin adalah Yap Ah Loy meninggal dunia pada 15.04.1895. Mendiang juga mendapat pengitirafan daripada Maharaja Cina dari Dinasti Ching dan mendapat penganugerahan bangsawan iaitu "Tsoong Yuin Tan Fow". dan yang paling Syoknya dinyatakan kubur mendiang ada di Sungai Besi. Syah sempat search Sungai Besi Chinese Cemetery di Yahoo dan dapat cari tempat tu namanya Kwong Tong Cemetery yang merupakan tanah perkuburan Cina yang terbesar dan tertua di Kuala Lumpur. Dalam maklumat yang Syah cari tu menyatakan Lok Yew juga disemadikan didalam kawasan ini.

Syah sempat bertanya kepada lelaki berkenaan mengenai buku itu tetapi katanya buku itu untuk tourist guide sahaja dan tidak dijual. Banyak info mengenai KL dan tokoh-tokoh sejarah lainnya. Syah tak dapat bercakap lama dengan beliau kerana sudah sampai di Stesyen Kerinchi. Insyallah jika diizinkan Tuhan mungkin satu hari nanti Syah akan bertemu lagi dengan beliau, bolehlah Syah kecek dia untuk photocopy buku tu, Siapa tahu kan ............. Semuanya kuasa Allah.

LRT Putra Buat Hal di Waktu Puncak Pagi Ini - 05.01.2010

Main Entrance LRT KL Sentral tidak dapat dibuka pada pagi ini.

Pagi nie Syah dari Rawang Residence dan perjalanan bas ke KTM Rawang berjalan lancar dan sempat dapat naik Ipoh-KL Shuttle jam 07:00hrs dan sampai 40 minit kemudiannya di KL Sentral. Keluar sahaja dari Stesyen KTM KL Sentral, Syah terkejut bila melihat pintu masuk Stesyen LRT Putra KL Sentral ditutup. Pada mulanya Syah ingat LRT ditutup kerana ada masalah teknikal tetapi di sebelah pintu kecemasan, Syah lihat para penumpang beratur untuk masuk. Bila Syah pandang ke atas nampak macam ada pekerja sedang membetulkan sesuatu. Sahihlah pintu masuk utama tu tak boleh dibuka. Ada-ada sahaja LRT nie, bukan nak merungut tetapi tengoklah sendiri perkhidmatan yang mereka berikan. Taulah perkara ini memang tak diduga tetapi mengapa boleh jadi begini dan jika alasanya benda nak jadi it is a lame excuse. Tambang mahal tapi mutu perkhidmatannya bermasalah dari gerabak hinggalah infrastrukturnya seperti yang berlaku sekarang nie. Pernah terjadi beberapa kali di Stesyen Melati, Entrance Gate tak berfungsi dan hanya satu jer boleh digunakan.

Pintu Kecemasan yang digunakan untuk keluar/masuk ke Stesyen LRT KL Sentral

Untuk memasuki Stesyen, penumpang yang keluar dan masuk terpaksa menunggu giliran menggunakan hanya satu pintu kecemasan yang luasnya macam pintu rumah kita. Bayangkan insiden ini berlaku dalam waktu puncak dimana semua orang dalam perjalanan ke tempat kerja. Adalah 10 mini berbaris baru dapat masuk. Pihak pengurusan LRT Putra harus memandang serius perkara-perkara seperti ini kerana kekerapan berlakunya masalah di LRT Putra agak ketara kebelakangan ini dan membuatkan pengguna perkhidmatan awam ini berasa tidak selesa terutamanya jika dibandingkan dengan kadar harga tiket dan mutu perkhidmatan yang diberikan. Jam 09:00hrs tadi one of my colleague lambat masuk office katanya terpaksa menunggu lama untuk masuk Stesyen LRT KL Sentral kerana pintu utama tutup dan Syah senyum jer sambil tunjukkan gambar yang Syah ambil tadi. Walau bagaimanapun langkah pihak pengurusan LRT Putra menambah empat gerabak berbanding dua adalah satu keputusan yang bijak dan dapat mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan kepada pengguna untuk ke destinasi masing-masing terutamanya pada waktu puncak. Tak semua benda di LRT nie tak elok belaka, mana yang elok kita pujilah mana yang tak elok mereka kena terima komen pelanggan dengan sikap yang positive dan memperbaikinya. Kita bukannya nak cari salah siapa-siapa.

Tuesday, January 4, 2011

Cuti Bersalin 105 Hari Mulai 2011 - 04.01.2010

Jangan terkejut dan salah anggap pula yer Kakak-Kakak dan Adik-Adik semua kerana mulai tahun ini cuti bersalin bagi penjawat awam adalah selama 105 hari tetapi bukan di Malaysia ianya di Brunei Darussalam. Semalam 03.01.2010 Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah menitahkan bahawa semua pegawai dan kakitangan perempuan dalam Perkhidmatan Awam yang sah berkahwin di sisi Undang-undang Negara Brunei Darussalam layak mendapat cuti beranak di bawah Peraturan Cuti Beranak 2011. Cuti bersalin ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2011 dimana kakitangan terlibat diberikan cuti bersalin selama 15 minggu bersamaan 105 hari dan iannya mesti diambil dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Cuti berkenaan hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan perlu dihabiskan didalam negeri sahaja kecuali kes-kes yang tidak dapat dielakkan. Pekerja akan dibayar gaji cuti bersalin penuh bagi perkhidmatan yang melebihi 180 hari, manakala setengah bayaran gaji bagi perkhidmatan 90 hari hingga 180 hari dan tanpa gaji bagi perkhidmatan kurang dari 90 hari.. Bagi kes keguguran atau kematian anak dalam kandungan pula, jika keguguran itu kurang dari 24 minggu, kakitangan akan diberikan Cuti Sakit. Jika melibatkan kematian anak dalam kandungan lebih dari 24 minggu, kakitangan akan diberikan cuti bersalin selama lapan minggu saja

Syah Kena Diet Coz Kolestrol Tinggi - 04.12.2011

Tengahari semalam Syah ke Kelinik Zarif di -1, Menara TM untuk buat blood test setelah sebulan Syah ambil pil kolestrol. Menurut Dr Faridah, hari Rabu mungkin result keluar tetapi dia minta Syah jumpa dia hari Khamis sebab hari Rabu dia cuti. Walau bagaimanapun pagi tadi Syah ke Kelinik semula kerana terlupa nak ambil ubat semalam yang Syah tertinggal dan budak-budak di kelinik tu inform result Syah sudah keluar. Apa lagi terus isi borang untuk jumpa doktor. Doktor kata Kolestrol Syah semakin tinggi dan Syah inform dia yang Syah tak diet. So doktor tambah lagi satu ubat untuk siang pula kerana sebelum ini Syah makan malam sahaja ubat kolestrol tu. Dr Faridah minta Syah hati-hati keran keadaan ini akan menyebabkan masalah pada jantung Syah nanti. Menurut Dr Faridah semua ok termasuk kandungan gula dan buah pinggang Syah kecuali Kolestrol sahaja yang di tahap High Risk. Untuk lunch tadi Syah makan Tomyam Putih Sayur sahaja dan ambil ubat kolestrol tu. Dr Faridah beri Syah ubat Fenofibrate 160 mg untuk pagi dan Rotaqor 20mg untk malam selama sebulan lagi dan kemudiannya buat blood test semula.


Gambar diatas tu dinner Syah semalam (03.12.2010). Actually Syah call Mus tanya nak makan tak sebab Syah tak nak makam waktu malam tapi katanya dia letih dan hendak berehat dirumah. So Syah makan Meehon Sup dan Kopi Panas di Rasa Food Court, Suria KLCC. Selepas makan Syah jalan kaki ke Citibank Ampang Park bayar hutang credit card. Selepas buat bayaran Syah terus balik kerumah dengan LRT. Sampai KL Residence, Cd sedang basuh kain untuk kali kedua manakala Muss mentenet dalam bilik. Bila selesai basuhan kedua tu Syah tolong sidaikan. Masa dalam bilik tengok Cd buat Meggi dan Syah tanya makan ker katanya Muss yang punya............. hehehehehe

Monday, January 3, 2011

Pengiran Muda Mahkota dapat Seorang Puteri - 03.12.2010

Imej YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pada 29.10.2010 sewaktu menghadiri Konsert Toyota Classics di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan atas titah perintah Sultan Brunei memaklumkan bahawa Isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah telah selamat melahirkan seorang Puteri pada hari Ahad 02.01.2011 jam 22:47hrs. YTM PAIPA Sarah melahirkan puterinya di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Kelahiran ini disambut dengan tembakan 19 das meriam dihadapan Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Pasangan diraja ini berkahwin pada 09.09.2004 dan 3 tahun kemudian mereka dikurniakan seorang Putera pada 17.03.2007. Kelahiran Pengiran Muda Abdul Muntaqim disambut dengan 19 das tembakan meriam sebagai tanda kelahiran waris Sultan Brunei yang juga merupakan pewaris tahta. Dengan kelahiran ini baginda berdua telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata. Tahniah Syah ucapkan kepada baginda berdua semuga dikurniakan anak-anak yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Balik KL - 02.01.2010

Gambar Abg Rosdi and Kak Saudah/Teh sekeluarga diambil dari dalam kenderaan Mus semasa kami hendak bertolak balik ke KL. Terima Kasih atas segala layanan yang diberikan.


Balik dari Larkin Sentral kami berehat sebentar, solat dan mandi. Selepas itu kami makan malam, Kak Saudah/Teh masak Ayam Goreng, Sayur Kacang Panjang Goreng dan Sardin. Memang sedap sekali sekala makan macam nie kerana rasa makanan di KL memang beza dengan masakan di Kampung apatah lagi jika iannya dimasak sendiri oleh tuan rumah. Selepas makan kami rehat sebentar dan Syah sempat caj bateri cam dan netbook. Jam 22:00hrs kami bertolak ke Kuala Lumpur dan tak singgah mana-mana untuk makan lagi cuma berhenti isi minyak dan buang air kecil sahaja. Sampai KL Residence jam 02:00hrs dan masa kami di parking Mona datang sambil mengewow-ewow dan golek-golekkan badannya di jalan raya. Mona kucing Muss yang baru-baru ini dilepaskan keluar kerana asik nak cari pasangan jer dan gaduh dengan kucing lain dalam sangkar. Kucing betina tu semuanya dah operate. Masuk jer rumah kami kemas apa yang patut kerana Syah dan Cd bekerja pagi nie manakala Muss Cuti. Muss drive dari JB ke KL walaupun pada mulannya janji nak tukar-tukar dengan Cd, walau bagaimanapun memandangkan Cd hendak bekerja Muss memandu terus ke KL. Sedar-sedar jer dah Sampai KL Residence. By the way thanks Muss bawa Syah ke JB dan sponsor hotel dan breakfast selama dua hari, Thanks Abg Rosdi dan Kak Saudah/Teh dan keluarga kerana tumpangkan kami sehari di kediaman mereka dan beri makan/minum disamping fetch kami di Larkin Sentral sekembali dari Singapura dan terima kasih juga buat Lan yang hantar kami ke Larkin Sentral untuk ke Singapura.

Jalan-Jalan ke SG - 02.01.2011

Syah @ Raffles City Shopping

Pagi nie Muss ajak Syah dan Cd masuk Singapura (SG). Sudah lama Syah tak kesana adalah hampir 10 tahun kot, last masuk bersama Saperi. Muss suka buat sesuatu last minute tapi ikutkan jer lah coz semalam dia kata tak jadi nak masuk SG. Kami bertolak melalui Larkin Sentral menggunakan perkhidmatan Bas Express Johor Baharu - Singapura. Adik Cd, Lan hantar kami ke Larkin Sentral gunakan kereta Muss approx 12:00hrs dan bas kami bertolak agak lewat iaitu jam 13:10hrs kerana katanya ada masalah kesesakan di Tambak Johor. Jam 13:25hrs sampai Tambak Johor dan kami semua turun untuk pemeriksaan pasport. Kemudiannya kami bergesas untuk turun semula mencari bas express tadi untuk meneruskan perjalanan. Jam 13:35hrs bas bergerak memasuki tambak Johor menuju SG. Kami sampai di Woodlands Check Point jam 13:40hrs dan disini banyak tanya sikit kalau dia rasa kita nie semacam jer nak masuk negara dia. Selepas pemeriksaan, sekali lagi kami berlari-lari anak mendapatkan bas express tadi dan jalan main redah jer tapi jumpa gak bas tu dan sebagai panduan ikut jer orang ramai yang satu bas dengan kita kerana mereka kebanyakannya sudah biasa dengan situasi berkenaan. jam 14:15 kami sampai diperhentian terakhir bas berkenaan di Queen Street.

Dari Queen Street kami ke Bugis Street untuk melihat barang-barang souvenir yang dijual disana. Macam-macam ada dan harga kalau convert ke duit kita memanglah mahal tetapi setakat nak beli souvenir murah-murah tu oklah tapi kalau benda yang ada kat Malaysia nak beli kat sini memang lah membazir namanya kerana orang SG pun shopping di Johor Baharu. Dari Bugis Street we all jalan kaki sampai Reffles City Shopping Complex. Muss sempat cari kedai VCD lagi kerana itu memang kegilaan dia. Actually dia hendak cari VCD/DVD lakonan Barbara Streisand, A Star Is Born tapi tak jumpa.

Kami juga sempat melihat dari jauh Tugu Peringatan untuk mangsa-mangsa perang zaman Jepun berhampiran Reffles City. Penat pusing-pusing dan tak larat nak balik semula ke Bugis Street jalan kaki, kami naik MRT atau kan sini panggil LRT. Memanglah beza kalau nak buat comparision exspecially on the services. Bukan nak memuji tapi itulah kenyataannya. Satu masalah kat sini nak beli tiket sebab sistem kat Malaysia dan disini berbeza. We all sempat minta seorang warga Bangladish ajarkan macam mana nak guna mesin tu kerana disini ticket tidak dijual di kaunter. Dari City Hall ke Bugis Station hanya lat satu stesyen jer dan tambangnya $2.00 bersamaan RM4.00. Bila sampai distesyen kita kena pulangkan semula kad tu di mesin dan mereka akan refund $1.00 kepada pengguna dan kalau nak buat souvenir simpan jer lah. Return card dan Refundpun kena guna mesin gak, mereka menggunakan sistem touch card untuk masuk & keluar dan tak ada entrance manual macam kita. Untuk memastikan pengguna memulangkan kad, sebab itu mereka adakan refund. Hehehhehe nampak gayanya mereka disini kurangkan penggunaan tenaga manusia dan bayangkanlah kalau sistem tu mengalami masalah mesti problem kan? Satu yang Syah pastikan di stesyen MRT nie mesti ada Citibank Counter. Sampai stesyen Bugis, Muss belanja kami ice cream $1.00. Jam 17:40hrs kami bertolak balik ke JB dan di Larkin Sentral Abang Ipar Cd, Rosdi fetch kami untuk balik semula ke Seelong Jaya, Senai.

Sunday, January 2, 2011

Tidur di Rumah Kak Saudah @ Teh - 01.01.2011

Rumah Rosdi dan Saudah di Kampung Seelong Jaya, Senai

Dari Warung Usop Sonto kami bertolak ke rumah Kak Saudah @ Teh di Kampung Seelong Jaya, Senai, Johor Baharu, Johor. Kami sampai lebih kurang jam 17:00hrs. Kami sempat berbual dengan suami Kak Saudah, Abg Rosdi dan bertanya mengenai Singapura dan Batam kerana dia orang Johor. Sebelah malamnya pula Kak Saudah buat Mee/Meehon Sup disamping ada Kacang Rebus dan Ayam Goreng yang mereka beli di Pasar Malam. Adik Cd, Lan pun datang dan tidur disini. Sebelah petang tadi dia busy dengan tunangnya untuk beli barang-barang kahwin mereka yang dijangka diadakan pada bulan Mac 2011. By the way Kak Saudah nie Kakak Cd dan berkahwin dengan Abg Rosdi anak jati Kampung Seelong Jaya dan mempunyai empat orang anak iaitu Muhammad Rafiq (14th), Muhammad Razmi (11th), Nurul Shafika Amira (8th) dan Nurul Shafida Amira (6th).
.

Minum Petang Cendawan Goreng @ Usop Sonto - 01.01.2010


On the way ke rumah Kak Saudah, Cd inform kami, ada gerai yang jual cendawan goreng yang sedap dan dia selalu kesitu masa tinggal di Johor . So kami singgah sebentar di Usop Sonto Corner untuk minum petang. Warung ini terletak ditepi jalan di area Sinaran, Senai berhampiran Homestay Kg Sinaran Baru dan Kg Tawakal. Memang ramai orang minum petang disini. Kami makan Cendawan Goreng, Sukun Goreng dan Otak-Otak disamping minum Teh Ice, Kopi Ice dan Kopi Jantan. Masa sedang makan Kak Saudah sekeluarga singgah di warung tu untuk beli goreng pisang tapi goreng pisang sudah habis.

Gerai ini dibuka dari pagi hingga jam 12 malam. Pagi mereka jual sarapan seperti nasi Lemak, Mee/Meehon Goreng, Kuih Muih dan dari jam 12 tengahari hingga 12 malam mereka jual beraneka Sup, Goreng-Goreng termasuk Cendawan, Pisang, Sukun dan lain-lain. Mereka juga menyediakan otak-otak dan Cikong atau kat KL kita panggil Lai Chee Kang. Kalau hendak Sup Gear Box kena tempah dulu dengan membuat panggilan ke nombor 012 - 729 4114 (En Man) kerana menurut mereka Sup tu hanya disediakan jika ada permintaan sahaja. Jika anda berada di area Senai anda carilah gerai nie jika teringin nak cuba merasa makanan yang disediakan disini.

Gambar-gambar makan-makan diwarung ini anda boleh view di facebook Syah di link berikut :-

Last Day @ Paragon - 01.01.2011

01.01.2011 our last day di Paragon. Sebelum ke Kulai Muss inform supaya kami standby jam 11:00hrs kerana hari ini dia 1/2 day dan hendak masuk Singapura. Tapi hampir jam 14:00hrs baru dia sampai kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Syah cadangkan agar stay sehari lagi di hotel tetapi Muss kasitau Cd sudah janji dengan Kak Saudah @ Teh untuk tidur dirumahnya. So tak jadi masuk Singapura ............ hehehehe indah khabar dari rupa.

Pagi tu Syah breakfast dengan Cd di Para-Para Cafe. Selepas breakfast Syah dan Cd kemas barang dan kemudiannya Syah sempat ke sauna sekejap dan spent masa hampir 45 minit disana. Jam 12:30hrs kami check out dan tunggu Muss di hotel lobby sampai dia datang. Dari hotel kami singgah makan tengahari on the way ke Senai. Syah sempat jumpa member satu company Syah masa makan kerana dia hendak menghantar anaknya yang mahu sambung belajar di Johor.

Saturday, January 1, 2011

New Year Eve di The Zon, Stualang Laut, Johor Baharu, Johor - 01.01.2011


New Year Eve 2011 ............ Muss balik kerja lewat sedikit dan selepas dia berehat baru kami keluar sekitar jam 18:00hrs. dari Hotel Kami ke Holiday Plaz kerana Muss hendak beli VCD. Dari Holiday Plaza, Syah, Muss dan Cd bertolak ke Stulang Laut untuk makan malam di kafe Enampuluhan bersebelahan Heritage Hotel Johor Baharu di Jalan Sultan Ibrahim. Muss informed kafe nie famous dengan Mee Rebusnya. Malam nie Syah makan Mee Rebus dan Sirap Soda, Muss Mee Rebus Specil (ada dua biji telur dalannya) dan Teh laici Ais manakala CD pula Nasi Paprik, Telur Dadar dan Soyabean. Selain itu kami juga order Sayur Kailan dan Sotong Goreng Tepung. Semuanya RM38.00. Selepas makan kami lepak sebentar ditepi laut berhadapan kafe dan nampak Tambak Johor.

Dari tepi laut tu kami bertolak ke The Zon , Kompleks Bebas Cukai Johor Baharu di Stulang Laut juga. The Zon merupakan pintu masuk ke Batam, Indonesia dan disini ada pejabat kastam. Kami sampaipun kedai sudah hendak tutup lebih kurang jam 21:30hrs. Disini Muss sempat melepaskan hajatnya di tandas awan. Selepas tu kami ke pentas count down 2011 dan sempat menyaksikan persembahan artis diantaranya Kumpulan Ketampi, Tarian Salsa, Pertunjukan Semburan Api dan aktiviti pengunjung . Tepat jam 12 diadakan pertunjukan bunga api sebelum artis menyambung persembahan mereka. Syah tak ingat pukul berapa balik, on the way ke hotel kami singgah minum di kedai mamak. Sampai hotel adalah approx 02:30hrs. Letihnya ....................

Selamat Tahun Baru 2011 - 01.01.2011

Asalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut dan pembaca tengkusyah.blogspot.com. Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada anda semua semuga dengan tahun yang baru ini kita dapat merancanga masa depan kita dan keluarga atau orang yang disayangi dengan baik untuk jadi yang lebih baik dan terbaik dari sebelumnya. Tak salah jika kita melakukan kesalahan atau kesilapan kerana dengan kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan itu akan lebih mematangkan kita dalam mengharungi kancah kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini dan Ianya juga dijadikan panduan untuk kita dimasa hadapan. Dunia ini adalah pinjaman semata-mata manakala yang kekal adalah "DISANA", sehubungan dari itu jangan lupa pada agama dan amalan kita dalam mencapai kejayaan misi dan visi hidup kita semua. Terima kasih atas sokongan para pembaca blog yang menyokong Syah selama ini kerana tanpa anda siapalah tengkusyah.blogspot.com.

Akhir kata Syah sentiasa mendoakan diri Syah, Keluarga Syah, Orang-Orang Tersayang dan Anda Semua Semuga Sentiasa Berjaya Dalam Hidup, Dipermudahkan Segala Urusan Kita dan Dilindungi Oleh Allah Hendaknya. AMIN.

Friday, December 31, 2010

Breakfast @ Para-Para Cafe, JB Grand Paragon - 31.12.2010



Jam 07:30hrs Muss sudah keluar kerana ada audit di Kilang Sawit Kulai di Felda Taib Andak berhampiran kawasan rumah keluarga Mawi (Bekas Peserta AF 3). Selepas mandi Syah dan Cd ke Pari-Pari Cafe untuk breakfast. Macam biasa breakfast bermula seawal 06:30hrs hingga jam 10:00hrs. Memang banyak dan puas makan kerana pihak hotel menyediakan pelbagai pilihan untuk sarapan pagi disini dari western food hingga ke menu tempatan. Kami lepak-lepak disini hingga jam 10:30hrs sambil melayari facebook untuk update saudara mara dan sahabat mengenai aktiviti Syah. Untuk melihat photo-photo breakfast Syah sila ke Photo Album Syah di FB dengan click button berikut :-


Selepas Mamam dengan banyaknya dipagi hari, Syah melawat kolam renang untuk mengambil gambar Cd dan kemudiannya Syah lepak-lepak di Gym @ Level 11th, Grand Paragon Hotel untuk buat exercise ringan Almaklumlah banyak sangat bank in pagi nie. Adalah berlari-lari anak sekejap. Gambar kat atas tu saja jer .............. untuk mengimbau kenangan lama sewaktu Syah jadi pelanggan tetap Gym di Legend Hotel. Sekarang tak pergi lagi dah.

Gambar-gambar Syah di Gym. Sila click

Dinner @ Pusat Penjaja Taman Seri Tebrau JB - 30.12.2010

Dari kiri, Cd, Muss dan Syah sedang bersantap (menjamu selera/makan) @ Sila Mampir

Untuk dinner malam ini Muss bawa kami untuk makan di Pusat Penjaja Taman Seri Tebrau, Johor Baharu. Kami makan di gerai Sila Mampir. Malam nie Syah makan Nasi Goreng Kampung dan Daging Masak Merah, Muss makan Nasi Putih dan Ayam Kunyit, Cd pula Nasi Putih Paprik. Kami makan kongsi dan rasa masing-masing punya makanan/lauk. Selain itu kami order Sotong Goreng, Sayu Campur dan Satay. Minum pula Syah dan Cd, Kelapa Muda dan Muss Epal Juice. Semuanya Satay RM10.00, minuman RM8.50 dan makanan RM34.50. Muss bayar air dan selebihnya Cd. Thaks U All. Selepas makan kami terus balik ke Hotel sebab esok Muss kena bertugas.

Untuk photo-photo dinner sila click :-

Thursday, December 30, 2010

Syah @ JB Today - 30.12.2010

Pagi tadi Muss service kereta di Medan Idaman dan syah tumpang sekali kerana nak buat scalling di Kelinik Gigi Azlina. Setelah selesai lebih kurang jam 11:30hrs, syah call Muss dua kali tapi tak jawab dan semasa Syah sudah separuh jalan baru Muss call dan Syah kat Syah jalan kaki balik. Sampai rumah ada aci tu panggil Syah dia ingat Syah nie anak kawan dia tapi dia tersilap. Sampai rumah Cd sedang kemas kucing dan Syah tertinggal kunci dalam kereta Muss dan Cd pula tak ada kunci. So adalah 1/2 jam Syah tunggu Muss baru balik. Tension puna ada juga. Uncle depan rumah tanya Syah tunggu rakan ker? Syah kata kunci tak ada dan dia tanya macam mana dan Syah inform dia My Brother balik sebentar lagi.


Muss @ Reception Counter, Grand Paragon Hotel, Johor Baharu


Ingatkan hendak bertolak selepas Zohor tapi Muss kata dah lewat dan gerak sekarang. Jam 12:15hrs Syah, Cd dan Muss bertolak ke Johor Baharu. On the way ke highway jumpa sebuah kereta berlanggar dengan motor didepan Kolej Tunku Abdul Rahman atau Kolej TAR. Perempauan cina (student) dan lelaki Melayu. Muss kat lelaki tu tadi bawa motor laju sangat. Tapi kira salah perempuan tulah sebab itu jalan motor tu.

Jalan memang sesak menuju Tol Sungai Besi dan kami sampai tol jam 13:50hrs. Kami singgah lunch dan solat di R&R Seremban jam 14:15hrs. Muss dan Cd makan nasi campur manakala Syah Laksa. Laksanya Yang Ado dan Syah tak makan habispun, Muss seattlekan laksa itew. Lepas tu Syah beli Kacang Rebus dan Kacang Kuda Rebus. Adalah lebih kurang satu jam kami disini dan jam 15:15hrs kami meneruskan semula perjalanan. Jam 16:20 kami singgah di satu perhentian rehat untuk buang air kecil dan tak tahu apa nama tempat tu kerana tak ada signboard. Jam 17:45 kami sekali lagi singgah di hentian rehat Kulai Jaya, kali ini dapat tanya pekerja disitu apa nama tempat tu.

Syah @ Room 1810, Grand Paragon Hotel JB

Jam 18:12hrs kami sampai Tol Skudai dan bayaran tolnya RM41.30. Selepas Tol Skudai kami masuk Tol Kempas dengan kadar bayaran RM2.10. Jam 18:45 kami sampai di Grand Paragon Hotel, No.18, Jalan Harimau, Johor Baharu. Syah dan Muss ke kaunter untuk check in manakala Cd jaga kereta. Harga bilik disini RM250.00 nett tapi dapat Government Rate RM190.00 net + Breakfast for two dan biliknya pula ada dua single bed yang besar boleh muat empat orang. Kami di JB, Insyallah hingga hari Ahad. Muss kata dia tak mahu breakfast coz jam 07:00hrs dia hendak keluar kerana ada kerja di Kilang Sawit Kulai , Jadi breakfast tu untuk Cd dan Syah. Sekarang jam 20:45hrs dan Syah sedang update blog, Cd mengambil gambar dan Muss mandi. Jap lagi hendak keluar makan dan ronda-ronda Bandar JB.

Wednesday, December 29, 2010

Rambut Baru - 29.12.2010


Petang tadi Syah ke Medan Idaman sebab hendak buat scalling gigi tapi kelinik tak available dan Syah singgah ke Plaza Idaman. Semasa di Plaza Idman, Muss cadangkan Syah gunting rambut Tattoo Hair Style. Saja nak cuba style nie dan jangan risau, rambut Syah cepat panjang dan tak sampai dua minggu hilanglah tobekan itew. Mula-mula rambut dinipiskan dan corak tu dibuat menggunakan pisau blade dimana rambut diukir dengan mencukur bahagian yang bercorak hingga menampakkan kulit kepala. Earring tu bukannya Syah bertindik tetapi Syah gunakan subang bermegnet untuk sessi fotography jer. Teknologi zaman sekarang tak payah tindik-tindik. Michael Ong (Sarawakian) yang merupakan creative stylist di Design Saloon yang mencorakkan rambut Syah ini. Saloon ini terletak di G-30 Plaza Idaman (Ground Floor). Jika berminat boleh hubungi beliau di 012 654 8004 / 013 322 2281. Jangan salah anggap pula Syah buat style nie yer? Saja suka-suka kejap nanti tumbuhlah balik rambutnya.

Tuesday, December 28, 2010

Photo-Photo Makam Dol Said, Sultan Hussien Shah, Sultan Ali, Tun Teja, Masjid Tengkera & Lain-Lain - 28.12.2010

Kepada anda semua Syah ingin berkongsi photo-photo Ziarah Syah ke Makam-Makam Sekitar Melaka dan Gambar-Gambar Sempena Lawatan Syah Ke Melaka Pada 26 - 27.12.2010 lepas. Sila ketik (click) link dibawah. Gambar-gambar berkenaan ada dalam facebook Syah dan jika anda hendak menjadi Sahabat Syah di facebook anda boleh add Syah - Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj.

Bercuti Di Melaka 26 - 27.12.2010 - 28.12.2010

Dua hari Syah tak update blog kerana Syah ke Melaka dan tak sempat hendak update tengkusyah.blogspot.com kerana kesuntukan masa dengan aktiviti yang tidak di rancang di Melaka. Actually balik dari Ipoh pada 25.12.2010 lepas Muss ajak Syah ikut dia dan Cd ke Tampin kerana anak Chu Bit hendak bertunang dan katanya boleh ke Melaka sekali. Kami hanya bawa baju standby jika ada hotel kami stay jika tidak baliklah jawapnya al-maklum lah cuti sekolah nie. Dalam kepala Syah, kalau ke Melaka Syah hendak melawat Makam Almarhum Sultan Ali dan Sultan Hussin yang Syah sendiri tidak tahu lokasinya cuma tahu melalui internet sahaja. Apa-apapun dalam hati kata mesti minta Muss cari tempat tu. Shukur Alhamdullilah Muss ikutkan jer kerenah Syah walaupun adalah seciput masalah-masalah teknikal yang tak menjejaskan apa-apapun yang penting top up duit minyak dia dan belanja makan. Ialah bukannya senang hendak memandu, kita yang duduk niepun letih inikan pula Cd dan Muss yang gilir-gilir memandu tu. Bukan sahaja dua makam tu kami pergi tapi empat iaitu Makam Dol Said dan Tun Teja sekali disamping melawat Masjid Tengkera yang indah itew. Memang puas hati dan berbaloi Syah ke Melaka.

Upacara Menyarung Cincin Iera, Anak Chu Bit

Jam 14:00hrs kami bertolak ke Tampin, Negeri Sembilan dengan membawa sedikit bekalan makanan seperti air minuman dan meehon goreng yang Cd buat tengahari tu. Jam 15:40hrs kami sampai di Tol Alor Gajah dan disana Zul & Family sudah menunggu kami untuk sama-sama saing ke rumah Chu Bit. On the way ke Tampin Syah nampak signboard Makam Dol Said dan inform Muss nanti singgah yer............ Heheheheh. Cari punya cari akhirnya jumpa rumah Chu Bit coz Muss dah lama tak datang sini dan lupa jalan. Mak Aii besonya kawasan rumah Chu Bit yang dinamakan Desa Impian. Kami dihidangkan denganpelbagai jenis makanan seperti Pelbagai Kuih Muih Melayu, Cucur, Kambing Pangang, Pulut Kuning, Rendang, Kuih Teow Goreng Panas (digoreng masa itu juga) dan banyak lagi tak ingat Syah. Majlis bertunang approx 16:30hrs tak silap Syah dan selepas majlis kami bergambar sekejap sebelum kami balik ke distinasi masing-masing jam 17:30hrs. Cuaca memang panas hari ini.


Makam Dol Said

On the way ke Highway untuk ke Melaka Syah singgah di Makam Dol Said di dalam kawasan Masjid Taboh, Naning. Makam Dol Said berada jauh sedikit di belakang Masjid berkenaan. Dol Said merupakan Pahlawan Melayu yang terkenal. Dol Said atau Abdul Sayid dilantik sebagai Orang Kaya Seri Merah, Dato' Naning atau Penghulu Naning pada 1802 menggantikan Dato' Anjak sebagai Dato' Naning Ke-9. Inggeris menaluki Melaka daripada Belanda pada tahun 1824. Pada 1829 Gabenor Inggeris menuntuk Naning membayar cukai tahunan 1/10 daripada hasil padi mereka kepada Melaka tetapi telah ditolak oleh Dato' Dol Said. Sehubungan dengan itu, pihak Inggeris menghantar dua pasukan tentera untuk menaluki Naning iaitu pertama kali pada 1831 tetapi berundur selepas 20 hari dan kali kedia dengan 1000 orang bala tentera pada tahun 1832. Dato Dol Said dan pengikutnya menentang Inggeris secara peperangan gerila. Walau bagaimanapun Inggeris dapat menawan Taboh kali ini setelah berperang selama lima bulan. Dol Said dapat meloloskan diri daripada Inggeris tetapi kemudiannya menyerah diri pada tahun 1834 dan kemudiannya menetap di Melaka dengan diberi elaun sebanyak $100.00 sebulan oleh pihak Inggeris sehingga Dol Said meninggal duia pada 1849. Beliau dikebumikan di Taboh, Naning. Sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka Syah sempat solat Jamak Asar/Zohor di Masjid Taboh, Naning.

Muss dan Cd @ Dataran Pahlawan

Sampai Melaka agak lewat dan hampir senja. Pusing keliling cari hotel tetapi banyak yang penuh dari 5 star sampailah tak berstar. Heheheeh........maklumlah musim cuti sekolah dan ramai mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga. Akhirnya cari punya cari dapat Hotel Tropicaville di 7,9 & 11, Jalan PM15, Plaza Mahkota, Melaka. Masa kami sampai memang tinggal satu bilik nie sahaja dan itupun dua katil single dan harganya RM128.00. Malas nak fikir panjang ambil sahaja room tu dan besar juga biliknya dan bersih. Selepas solat kami keluar jalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Jonker Street serta sekitar bandar Melaka dan beli sedikit jajan. Kemudiannya kami ke Pahlawan Walk jalan-jalan. Pahlawan Walk nie macam uptown dan dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad sahaja dari jam 17:00hrs hingga 02:00hrs tak silap Syahlah. Kami sempat makan disini, Muss dan Cd Nasi Lemak dan Nasi Goreng dan Syah Nasi Lemak. Lepas makan kami bertolak balik dan memang letih. Rehat sekejap dibilik dan terus tertido.

Mimbar Masjid Tengkera, Melaka.

Pagi 27.12.2010 Mus inform sebelum jam 12:00hrs keluar sebab nanti katanya cepat balik KL dan Syah kata kalau nak cepat balik tak payah pergi berjalan? Hehehhe So pagi ini kami sempat melawat Kota A'Farmosa dan kawasan sekitar berhampiran Dataran Taming Sari. Selepas tu Syah belanja Muss dan Cd McDonald sebagai alas perut sebab sudah hampir waktu lunch sebab kami hendak ke Tengkera mencari Makam Sultan Hussin Shah. Pusing keliling mengikut tunjuk arah jalan akhirnya kami sampai di Masjid Tengkera. Indah sungguh struktur binaan masjid berusia 130 tahun ini yang dipercayai dibina pada tahun 1780. Sampai sahaja di masjid sudah Azan Zohor dan Syah bergesas ke tandas untuk salin seluar panjang untuk solat jemaah bersama. Selepas solat, Syah mengambil gambar didalam dan luar Masjid. Selepas selesai baru Syah ke Makam Almarhum Sultan Hussin yang terletak bersebelahan Masjid ini sahaja. Masa hendak balik Muss minta ambilkan air perigi Masjid berkenaan kerana katanya Cd hendak buat mandi dan ubat. Syah inform kolah adalah tapi perigi tu mereka sudah kunci. Masa hendak ambil air kolah Masjid, Syah minta kebenaran dari seorang lelaki yang bekerja membaik pulih Masjid dan dia kata ambillah dan Syah sempat tanya air di telaga tu boleh ambil ker? Dia kata boleh dan Syah kata kunci tetapi katanya angkat sahaja penutup tu dan gayung ada didalam tempat bertutup disebelah telaga tu dan dia tunjukan dimana tempat gayung tu. Sudah rezeki Cd dan Syah ambil air telaga tu. Airnya nampak keroh tapi bila dia ambil ianya jernih. Syah masukkan dalam botol mineral water 1 Liter dan lebihnya Syah basuhkan Muka.

Makam Sultan Hussin Shah

Inilah dia Makam Almarhum Sultan Hussin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud III. Sultan Hussin Shah juga dikenali sebagai Tengku Long atau Tengku Embong. Ayahanda baginda merupakan Sultan Empayar Johor yang melitupi Tanah Besar Johor, Pahang, Lingga. Singapura, Riau, Karimon dan kepulauan sekitarnya. Apabila ayahanda baginda mangkat, telah berlaku konspirasi dimana adinda baginda telah dilantik sebagai Sultan dimana sepatutnya baginda adalah waris yang sah untuk menggantikan ayahanda baginda. Baginda yang berada di Pahang ketika itu telah kembali ke Riau untuk menuntut haknya tetapi Baginda gagal dalam tuntutannya.


Thomas Stamford Raffles yang ingin memilik Singapura bagi Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mengambil kesempatan ini dengan membawa Tengku Long ke Singapura dan menabalkan baginda sebagai Sultan Johor - Singapura dengan gelaran Sultan Hussin Shah. Keadaan ini menyebabkan empayar Johor terpisah dengan pulau-pulau hak Johor jatuh ketangan Belanda manakala Tanah Besar Johor kepada Temenggung. Akhirnya Singapura dimiliki oleh Inggeris dengan bayaran wang tunai $33,200.00 dan Sultan Hussin Shah menerima bayaran bulanan sebanyak $1300.00. Baginda tinggal di Singapura sehingga 1834 dan kemudiannya berpindah ke Melaka bersama keluarganya. Pada awalnya baginda bersemayam di Bandar Hilir dan kemudiannya berpindah ke Kampung Belanda dan menyewa rumah di Jalan Heeran atau sekarang dikenali sebagai Jalan Tun Tan Cheng Lock. Baginda mangkat pada bulan Disember 1835 dan dimakamkan di Kawasan Masjid Tengkera dengan penuh adat istiadat Diraja.



Makam Sultan Ali

Dari masjid Tengkera kami terus menuju jalan arah ke Muar untuk ke Umbai. Dalam perjalanan ke Umbai kami singgah di Alai untuk minum petang di gerai tepi jalan. Mus order Air Kelapa Blanded (air kelapa di blend dengan ice cream vanilla), Mus dan Cd minum Air Kelapa Muda dan kami Makan Mee Rebus (Muss dan Syah) manakala Cd makan Soto. Cd order Roti Goreng (macam chakoi tapi lain sedikit) dan Syah order Karipap Sardin RM2.00 bungkus untuk makan dalam perjalanan ke Umbai nanti.

Akhirnya kami sampai di Masjid Al Kauthar, Kampung Umbai atau juga dikenali sebagai Masjid Umbai yang terletak di tepi jalan raya sahaja. Muss parking di sekolah Ugama sebelah Masjid dan Syah ambil air sembahyang dan solat sunat sekejap sebelum ke Makam disebelah Masjid sahaja. Dari tepi jalan lagi sudah nampak makam ini didalam didalam kubah bewarna kuningg berbentuk segi lapan. Struktur binaannya diperbuat daripada Batu Mamar dan menyerupai Makam-Makam di Makam Diraja Johor.

Almarhum Sultan Ali ibni Almarhum Sultan Hussin Syah merupakan Sultan Johor - Singapura terakhir dan putera ketiga Sultan Hussin Shah dari bondanya Tengku Prabhu binti Tengku Panglima Besar Terengganu Tengku Mahmud Ibni Sultan Daud (Sultan Terengganu Ke-6). Semasa pemerintahan baginda, baginda dan Temenggung Ibrahim telah bersaing bagi mengusai kerajaan Johor dimana baginda akhirnya terpaksa menyerahkan kuasa kepada Temenggung Ibrahim akibat campurtangan Inggeris lalu berundur ke Kesang, Muar, Johor. Temengung Ibrahim adalah Ayahanda kepada DYMM Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Johor iaitu keturunan Sultan Johor sekarang ini. Sultan Ali mangkat pada 20.06.1877 dan dimakamkan di Umbai, Melaka. Didalam komplek makam ini terdapat beberpa makam keluarga diraja lainnya. Setelah selesai sesilawatan Syah dimakam, Syah jumpa Muss ditempat letak kereta dan katanya hendak ke Makam Tun Teja tak dan terkejut Syah. Rupa-rupanya masa tunggu Syah tadi dia jalan-jalan dengan Cd dan jumpa signboard Makam Tun Teja dan Syah kata ok lah apa lagi ............. Gembirannya dalam hati. Rezeki namanya dan berbaloi kedatangan Syah Ke Melaka kali ini. Shukur Alhamdulillah.


Makam Tun Teja

Dari Masjid Umbai Muss bawa Syah ke Masjid Kampung Sentang, Merlimau tak berapa jauh dari Umbai. Berdasarkan arah tunjuk Makam Tun Teja kami akhirnya sampai ke Makam Tun Teja. Kawasan makam ini agak jauh sedikit dari jalan besar dan iannya berada dalam kawasan sawah padi. Untuk ke makam agak jauh sedikit lebih kurang 50 - 60 meter dan disediakan jalan batu bata yang begitu selesa sekali. Dipintu masuk makam ada disediakan gerai makanan yang dinamakan Seri Teja untuk keselesaan para penjung.

Tun Teja merupakan isteri kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka (1458 - 1511) dan puteri kepada Dato Seri Amar DiRaja Bendaraha Pahang (Inderaputera). Apabila Melaka jatuh ke tangan Protugis pada 1511, Sultan Mahmud telah berundur ke Bentayan dalam daerah Muar. Dalam perjalanan in Tun Teja telah jatuh gering (sakit) dan mangkat dan dimakamkan dikawasan ini.

Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi tetapi merupakan isteri yang setia dan disayangi oleh Sultan Mahmud. Tun Teja dikatakan telah menyemarakkan semangat kepahlawanan dikalangan kaum wanita untuk menentang penjajah dan mempertahankan Melaka dari serangan Portugis.



Makan-Makan di Umbai

Dari Makam Tun Teja kami bergerak ke Medan Ikan Bakar Umbai Melaka. Kami makan Pari Asam Pedas, Sotong Goreng, Ikan Masak Tiga Rasa, Kupang Masak Pedas, Ketam Black Paper, Kangkung Goreng, Nasi Putih dan Nasi Lemak. Minuman Pula, Air Kelapa, Laici dan Teh O. Semuanya RM 118.00. Muss dan Cd kata tak sedap tapi Syah makan jer. Hehehhehe.... Dari tempat makan kami bertolak ke KL dan singgah di satu makam ditepi jalan tapi tak tahu siapa punya cuma ada kain kuning sahaja. Makam ini di Jalan Pernu 4. Tak tahu siapa punya tapi dari bentuknya macam makam Raja-Raja dan dibalut kain kuning. Adalah 2 atau 3 makam didalamnya.

Sampai KL Residence lebih kurang 21:30hrs. Penant tapi kami kemas barang-barang dan kemudiannya tidur.