Monday, December 13, 2010

Tuanku Mizan Kurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara Kepada Sheikh Hamad - 13.12.2010

Gambar dari Berita Harian

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan rombongan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha malam tadi jam 20:00hrs waktu Malaysia atau jam 15:00hrs waktu tempatan. Tuanku dan rombongan telah disambut oleh Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa Qatar, Dr. Khalid Muhammad Al-Attiyah. Tuanku dan Rombongan Diraja kemudiannya melakukan kunjungan hormat kepada Sheikh Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani. Dalam kunjungan ini baginda telah berkenaan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Sheikh Hamad.

Jamuan Teh Bersama Rakyat - 13.12.2010

Gambar diambil dari Utusan Malaysia

Sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-65 DYMM Sultan Selangor, baginda telah berkenaan mengadakan Jamuan Teh Bersama Rakyat pada hari Ahad 12.12.2010. Majlis diadakan di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Bandar Diraja Kelang, Selangor ini telah dihadiri oleh seramai 3000 orang tetamu. Untuk menghadiri majlis ini para hadirin perlu mendapatkan pas masuk/kad jemputan dari Bahagian Protokol, SUK Selangor dan mereka diwajibkan memakai pakaian kebangsaan. Dalam majlis ini, baginda telah melaksanakan Upacara Menjamah Pulut Kuning sebagai upacara kemuncak dalam Jamuan Teh Bersama Rakyat hari ini. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg Dato' Ramli Mahmud serta Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor. Para hadiri telah diraikan dengan persembahan kebudayaan disamping persembahan kombo Tentera laut Diraja Malaysia.

Tuanku Mizan ke Qatar - 13.12.2010

Kelihatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melambaikan tangan kepada hadirin yang menghantar keberangkatan baginda berdua ke Qatar di Komplek Bunga Raya KLIA.

Semalam Ahad, 12.12.2010 Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berangkat ke Qatar untuk lawatan rasmi negara selama empat hari bermula hari ini. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi negara yang pertama bagi baginda berdua ke Qatar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam rangka lawatan ini, Tuanku Mizan dan rombongan dijadualkan bertemu dengan Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani, menghadiri Majlis Jamuan Negara, melawat Muzium Kesenian Islam, Pearl Qatar dan Yayasan Qatar disamping mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar yang dianggarkan seramai 2500 orang (mengikut daftar kedutaan Besar Malaysia di Qatar).

Menteri pengiring bagi lawatan negara ini adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan turut serta adalah Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Malaysia. Lawatan baginda berdua ke Qatar adalah untuk membalas lawatan rasmi Sheikh Hamad ke Malaysia pada Mei 2009. Selain daripada itu lawatan ini juga akan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin semenjak dari dahulu lagi disamping memantapkan persefahaman yang wujud diantara Qatar-Malaysia.

Busy day - 13.12.2010

Hari ini Muss outstation ke Pahang dan akan mengaudit Kilang Kelapa Sawit Felda Tementi, Bera, Pahang dan kebiasaannya dia pergi hari Ahad tapi kali ini hari Isnin petang approx jam 15:00hrs atau 15:30hrs katanya. Accommodation mereka di Temerloh. Pagi tadi Syah tumpang kereta Muss sampai LRT Wangsa Maju dan Cd hantar Muss ke pejabat sebab Muss tak bawa kereta outstation. Sampai office agak awal before 08:00hrs.

Hari ini Syah Bz sesangat mana account closingnya lagi dan Engagement Sesion yang akan diadakan esok. Kena pakai black and white dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Division Syah kena buka gerai di TM Training Center (TMTC) di Jalan Semarak, KL bagi program ini dan petang nie Abg Talib minta kami semua ke TM Training Center for the preparation. Inform my Boss Dik Nor kalau boleh tak pergi petang nie kerana banyak benda yang hendak dibuat tapi my boss kata pergi jer lah. So Syah dah janji dengan Kak Rose nak gi sama-sama. nanti Kak Rose arrangekan transport tapi kalau tak ada orang yang hendak di tumpang kami naik LRT sahaja nanti.

Muss pula outstation kalau tidak senanglah Syah balik nanti tumpang dia dan esok pun boleh tumpang dia sebab office dia dengan TMTC tu cuma 10 minit jalan kaki sahaja, dekat sangat. Nak buat macam mana time dia outstation pula. Its ok jalan kaki dari Stesyen LRT Damai hanya ambil masa approx 30 minit jer dan boleh juga Syah exercise. Dulu Syah pernah jalan kaki dari Damai ke TMTC dah biasa dah tapi kalau rasa malas tunggu bas atau teksi jer lah jawapnya tapi yang malasnya, bas dan teksi kat sini terhad dan jika jalan kaki lagi cepat sampai tapi penat sedikitlah.

Sunday, December 12, 2010

Nak Gi Kenduri Kahwin - 12.12. 2010

Sekarang jam 12:05hrs dan Syah hendak bersiap untuk ke Majlis Perkahwinan Kawan Muss. Syah tak tahu di mana majlis tu cuma Muss inform tadi nak ikut tak dan kalau nak ikut bersiap sekarang dan jam 12:30hrs nak gerak katannya. nanti Syah storey pada semua yek? Bye...........

Raja Muda Perlis Rasmi Promosi Masakan Perlis di Australia - 12.12.2010

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan rombongan yang masih berada di Australia dalam rangka lawatan kerja Jelajah Ilmu VI Universiti Malaysia Perlis (UniMap) selama seminggu yang bermula pada 09.12.2010 lepas telah berkenaan merasmikan Promosi Masakan Perlis pada 11.12.2010. Dalam titahnya, baginda memaklumkan bahawa Perlis merupakan sebuah negeri yang mempunyai tarikan pelancungan dan keenakan makanannya boleh dijadikan daya tarikan kepada pelancung untuk berkunjung ke Perlis disamping mendekatkan lagi Australia Selatan dengan Perlis. Sebanyak 7 jenis masakan dipromosikan dalam pelancaran ini oleh Penang Malaysian Chinese Restaurant, Adelaide Mall Shopping Center diantarannya Nasi Goreng, Bihun Goreng, Nasi Ayam, Roti Canai, Sate Ayam, Rendang Daging dan Telur Goreng Berbawang. Promosi dijalankan selama dua minggu dan jika ianya mendapat sambutan menu berkenaan akan disenaraikan dalam hidangan restoran tersebut. Sempena promosi ini, satu persembahan kebudayaan Perlis termasuk tarian Canggung telah diadakan di Adelaide Mall Shopping Center dan para hadirin telah dijemput mencuba tarian ini. Raja Muda Perlis dan rombongan Jelajah Ilmu VI UniMap juga telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Australia Selatan disamping mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelajaran Australia Selatan, Jay Weatherill.

Lunch Nasi Padang @ Restoran Seri Garuda Emas - 12.12.2010

Cd dan Muss di Seri Garuda Emas Restautant. Tengolak My Bro si Muss tu bulat mata dia sebab sedap sangat kot makan kat sini siap ada standby nasi tambah kat sebelah dia tu, lagipun dia nie memang Food Lover......... semua benda dia makan kan? Lepas makan dia ada inform Syah nanti nak diet. Tak silap Syah dah lebih 10 kali Syah dengar words itew. Toya... Toya ....Toya... Hehehehhe ...................... (Toya tu nama panggilan Muss untuk family jer)

Semalam 11.12.2010 Muss belanja Syah dan Cd makan Nasi Padang di Jalan Raja Alang berhampiran Kampung Baharu dan Chow Kit beralamat di No. 36, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur @ untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka di 03 2691 4077. We all lunch di Restoran Seri Garuda Emas yang menyediakan menu Nasi Padang special mengikut resipi tradisional minangkabau. Kami makan Ayam Goreng Minang, Usus (perut lembu yang di sumbat dengan tahu dan teur), Daging Dendeng, Tempe Goreng, Rendang Daging Minang, Ikan dan Tunjang. Minuman pula Barli Panas, Apple Juice dan Laici. Semuanya RM 53.50, masa bayar Muss suruh Syah ke kaunter buat bayaran dan beri RM50.00 dan bila kira kurang RM3.50 dan Cd bayarkan ballance tu. Jika anda semua ada kelapangan, sekali sekala sudi-sudikanlah datang ke restoran ini untuk menikmati hidangan Nasi Padang yang terkenal tu. Lepas lunch Muss hantar Syah ke KLCC LRT Station coz Syah hendak ke Mid Valley.

Food Court Murah di Mid Valley, Makan Place Food Court - 12.12.2010

Keadaan didalam Makan Place Food Court

Semalam Syah ke NY Mid Valley kerana ada appointment dengan May. Selepas lunch with Muss dan Cd, Muss hantar Syah ke LRT KLCC . Macam biasa Syah gunakan LRT dan turun di Stesyen Bangsar. Bangsar LRT Station ada menyediakan perkhidmatan shuttle bus ke Mid Valley tapi Syah malas nak tunggu, So Syah jalan kaki sahaja dari Bangsar ke Mid Valley. Adalah 15 - 20 minit jalan kaki tapi ok gak. 1st time Syah jalan kaki coz nak tunggu shuttle bus lambat lagi dan naik teksi pula adalah RM3.80 atau lebih sedikit. Sebelum nie ada juga Syah lihat orang jalan kaki gunakan jalan tu so today Syah pula nak cuba. So jalan nie sunyi sedikit dan adalah seorang dua jalan kaki tapi kalau perempuan dinasihatkan tak payalah jalan sorang-sorang melainkan berkumpulan. Actually kira exerciselah nie. Pergi balik Syah guna jalan nie. balik dari Mid Valley approx 20:30hrs. Kalau ikut jalan nie kita akan masuk melalui The Gardens dan keluar ke Mid Valley.

Dalam perjalanan ke Mid Valley nielah baru Syah discover sesuatu iaitu tempat makan atau food court murah di Mid Valley. Syah biasanya makan di Food Junction Mid Vally memang mahal gila tapi disini tengok gayanyapun tahu harga berpatutan. Bila Syah masuk ke food court nie kebanyakan yang makan disitu adalah pekerja Mid Valley dan The Gardens disamping pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh dan Indonesia. Food court ini seolah-olah disediakan untuk pekerja Mid Valley dan The Gardens untuk memperolehi makanan dengan harga yang berpatutan tetapi pengunjung juga boleh makan disini tak salah apa pun tetapi kalau nak glamour bukan inilah tempatnya. Keadaan dalamnya tak ada aircond cuma gunakan kipas, tempat duduk biasa-bias jer dan harga makanannya pun murah tetapi dibandingkan dengan Food Junction makanannya memanglah jauh beza kerana di Food Junction banyak pilihan dan harganya pun tau sama tau jer lah. Suraupun ada disediakan bersebelah pintu masuk food court ini. Kepada anda yang hendak setakat makam Nasi Campur, Nasi Ayam, Roti Canai dan Pelbagai Mee makan jer disini kerana harganya murah dan berpatutan berbanding Food Junction. Tetapi kalau saja-saja nak happy belanja keluarga/kawan-kawan sekali sekala di Food Junction Food Court pun tak salah kerana disana ada pelbagai pilihan makanan tempatan dan luar negara tetapi kalau nak berjimat sedikit datang lah ke Food Court Makan Place nie yang terletak berhampiran Big Apple Donuts and Cofee diaras bawah yang menyambungkan Mid Valley dan The Gardens. Sepatutnya KLCC pun kena benchmark food court nie untuk kakitangan mereka kerana Syah lihat banyak pekerja KLCC makan diluar kerana hendak mencari makanan dengan harga yang murah ialah gaji mereka bukan semuanya tinggi terutama pekerja-pekerja sokongan. Lagipun dengan kemudahan seperti ini membantu pekerja untuk berjimat cermat disamping menjimatkan masa berbanding makan diluar KLCC.

Saturday, December 11, 2010

Agong Rasmikan Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala - 11.12.2010

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan MasjidAl-Hidayah, Sungai Penchala pada hari Jumaat lepas 10.12.2010. Turut mengiringi baginda adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutian (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali. Majlis ini juga dihadiri oleh Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Datuk Thobrani Hanafi dan Setiausaha Masjid Al-Hidayah, Che Mohd Zulkifli Awang. Masjid Al-Hidayah dibibina pada tahun 2006 dengan kos RM7 Juta diatas tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Mohamed Sanusi Baki sebanyak 0.8 hektar pada 2006. Masjid ini diletakkan dibawah pentadbiran JAWI.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima cenderahati selepas merasmikan Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala.

Masjid ini mempunyai dua tingkat dewan solat utama yang boleh memuatkan 1500 jemaah dalam satu masa, sebuah pejabat pentadbiran, dua buah bilik untuk aktiviti kuliah, dua unit kuarters, kafeteria yang kondusif dan tempat letak kereta yang mesra pengguna. Nama Masjid ini yang membawa maksud "PETUNJUK" dipilih berdasarkan persetujuan bersama diantara anak-anak kariah masjid dan JAWI.

Masjid ini didirikan untuk memenuhi keperluan umat islam terutamanya sekitar Taman Villa Istimewa, Taman Villa Maarof, Kampung Palembayan Indah, Taman Sri Penchala, Taman Penchala Indah, Taman Bukit Rahmat dan Kampung Boyan. Sebelum ini mereka menggunakan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz yang hanya boleh memuatkan antara 500 dan 600 jemaah pada satu-satu masa.

Jangan Ikutkan Sangat Sakit -11.12.2010

Cd ber karaoke.......... Walaupun tak sihat tapi tetap karaoke sebagai terapi kerana kata orang kita kalau sakit jangan ikutkan sangat nanti lagi teruk jadinya. Cd lately selalu demam dan Muss inforSyah mungkim kerana masalah hati dan usus yang dihadapinya.

Hari Ini - 11.12.2010

Pagi ini Syah keluarkan baju yang Cd basuh malam tadi yang dijemur diruang tamu untuk disidai kat luar walaupun cahaya matahari macam nak MC hari ini. Lepas tu Syah kemas dapur, mop ruang tamu, dapur dan bilik Syah, Kemas sedikit pokok kat luar rumah dan buang sampah. Muss pula kemas sangkar kucing. Cd semenjak kebelakangan ini tak sihat dan asik demam mungkin disebabkan masalah hati dan usus dia yang ada problem tu kata Muss. Lepas buang sampah, Syah mandi dan basuh lebihan pakaian dan sarung bantal yang Muss beli malam tadi di Uptown Danau Kota. Kami semua tak rasa nak breakfast cuma Syah ambil buah prune dan kemudiannya minum Cranberry Juice, Sakit biasa tu bila buang air kecil kadang kala ada terasa sedikit sahaja but its ok lah tue. Jam 15:00hrs nanti hendak ke NY @ Mid Valley pula kerana ada appointment dengan May Tan jam 18:00hrs.............. coz dah lama tak buat treatment dengan dia. Hehehhehe.......

Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor - 12.10.2010

Sempena Hari Keputeran DYMM Sultan Selangor ke-65 tahun hari ini 11.12.2010 bersamaan hari Sabtu, Baginda Sultan telah berkenaan untuk mengurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor kepada 121 orang penerima. Istiadat berlangsung di Balairong Seri Istana Alam Shah, Bandar Diraja Kelang, Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan Kelantan mendahului senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor yang berlangsung pagi ini. Tuanku Sultan Johor dan Al-Sultan Kelantan masing-masing menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.). Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah pula menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S)

Darjah dan Bintang Kebesaran yang dikurniakan pada hari ini adalah :-

  1. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K). Dua Penerima sahaja.
  2. Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Dato' Seri. Dua Penerima sahaja.
  3. Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) (Kelas Pertama)membawa gelaran Dato' Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Setia bagi perempuan. Dua Penerima sahaja.
  4. Darjah Kebesaan Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Dato' bagi lelaki dan Datin Paduka bagi Wanita. 12 penerima sahaja.
  5. Darjah Kebesaran Dato' - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.S.I) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Dato' bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita. 16 penerima sahaja.
  6. Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.). 15 Penerima sahaja
  7. Darjah Kebesaran Setia - Sultan Idris Shah (S.I.S.). 18 penerima sahaja
  8. Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S). 27 penerima sahaja
  9. Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Syah (A.S.I.S.). 28 penerima sahaja.
  10. Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C.). 7 penerima sahaja.

Selain daripada itu Tuanku Sultan Selangor mengumumkan perlantikan tiga Jaksa Pendamai (j.P.) yang akan berkuat kuasa mulai Januari tahun hadapan.

Tahniah Sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor - 11.12.2010

Merafak Sembah
Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Tahniah
Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-65 Tahun
Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
dan
Jajahan Takluknya


DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D I R G A H A Y U T U A N K U P A T E K
Dengan Segala HormatTakzimnya
Yang Berdatang Sembah


SAHIYAR SHAARI AL-HAJ
Maharum Bugis Syah

Friday, December 10, 2010

Kereta Prince Charles DiSerang - 10.12.2010


Lewat petang semalam 09.12.2010, penunjuk perasaan Anti-fess demo telah menyerang kenderaan diraja yang membawa Pewaris Tahta Kerajaan England, Prince Charles dan isterinya Camelia. Kenderan yang membawa pasangan diraja ini dalam perjalanan menuju kesebuah theater di Landon. Kenderan mereka telah dilontar dengan roket dan cat menyebabkan pasangan diraja berkenaan terperanjat dengan situasi berkenaan. Walau bagaimanapun tidak berlaku sebarang kecederaan kepada mereka walaupun tingkap kenderaan dihentak oleh penunjuk perasaan. Sekarang ini di London, terdapat penentangan berhubung isu kenaikan yuran univerisiti oleh kerajaan Britain.

Menyumbang Kepada Negara Walaupun Di Perantauan, Titah Raja Muda Perlis - 10.12.2010

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyarankan agar rakyat Malaysia yang bekerja diluar negara khususnya golongan professional supaya tidak melupakan semangat patriotik mereka dan menyumbang kepada negara. Titah baginda, iannya boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuk menghantar pulang sebagagian pendapatan mereka kepada kaum keluarga di Malaysia kerana secara tidak langsung kaedah ini akan membantu menjana ekonomi negara. Baginda juga turut menyentuh berhubung Model Baru Ekonomi yang disifatkan lebih memberi manfaat besar kepada semua rakyat termasuk mereka yang berada diluar negara. Dengan rasa bangga, baginda bertitah, Malaysia buat pertama kalinya telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 buah negara yang kompetitif didunia oleh World Competitiveness Yearbook 2009.


Titah baginda ini disampaikan dalam satu majlis santapan malam anjuran seorang warga Malaysia di Adelaide, Australia, YM Dr. Sharifah Soraya Syed Mahmud malam tadi 09.12.2010. Sebenarnya baginda yang juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis atau UniMap, berada di Australia untuk lawatan kerja selama seminggu bagi program Jelajah Ilmu IV UniMap. Turut mengiringi baginda adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Naib Canselor UniMap, Dato’ Dr Kamarudin Hussin. Rombongan Diraja berangkat ke Australia pada 08.12.2010 lepas dan program Jelajah Ilmu IV UniMap bermula hari Khamis 09.12.2010 dan dijadualkan berangkat pulang ke Malaysia pada 17.12.2010.

Sultan Selangor Rasmi Masjid Teluk Gong - 10.12.2010

Hari ini Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj akan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Nelayan, Teluk Gong, Pelabuhan Kelang. DYMM Tuanku Sultan juga akan merasmikan Masjid berkenaan. Kepada anda yang berada di kawasan Pelabuhan Kelang marilah kita bersama-sama mengerjakan solat Jumaat bersama-sama DYMM Tuanku Sultan Selangor yang amat kita kasihi.

Masjid ini dibina pada 2006 bagi menggantikan surau sediada untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah terutamannya untuk Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri serta Aidiladha. Kos pembinaan masjid berjumlah RM3.8 Juta ini boleh menampung seramai 1,800 jemaah dalam satu masa.

Thursday, December 9, 2010

Nana dan Sean Bercerai Talak Satu - 09.12.2010

Tentu anda semua masih ingat kepada rancangan realiti TV Sehati Berdansa ?. Sein Ruffedge dan Nana yang merupakan Juara Sehati Berdansa musim ke-3 disahkan telah bercerai talak 1 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam 08.12.2010 bersamaan hari Rabu. Sein telah melafazkan cerai terhadap Nana jam 14:46hrs selepas mahkamah meluluskan permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Nana memohon penceraian ini kerana tiada persefahaman dan gagal menyelesaikan perbalahan yang berpanjangan diantara mereka. Prosiding dijalankan didepan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassan. Hakim dalam hujahnya memaklumkan bahawa pasangan ini tidak dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri serta tidak bahagia, mereka masih tinggal bersama tetapi tidur dibilik yang berlainan, pelbagai usaha untuk menyatukan mereka termasuk oleh kedua-dua keluarga gagal.


Nana dan Sein di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam 08.12.2010

Dengan lafaz cerai ini Nana diperintahkan beredah selama tiga kali suci dan mereka dikehendaki mendaftarkan penceraian mereka di Pejabat Agama Daerah Petaling dan membatalkan surat nikah mereka. Nana atau nama sebenarnya Noor Diayana Muhammad (26 tahun) merupakan anak kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas Menteri Besar Selangor. Tan Sri Muhammad merupakan bekas menantu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor. Tan Sri Muhammad pernah berkahwin dengan puteri Almarhum Sultan Selangor, Ku Yah dan dikurniakan seorang putera. Nana merupakan anak kepada isteri pertama Tan Sri Muhammad dan pernah menyertai rancangan reality TV Mentor musim pertama. Nana berkahwin dengan Sein Ruffedge (27 tahun) atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustaffa pada 2006 dan dikurniakan sepasang cahayamata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy (3 tahun) dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy (1 tahun)

YB Datuk Seri Rais Yatim Terima SPMP daripada Raja Perlis - 09.12.2010

Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenaan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada YB Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan darjah kebesaran berkenaan dalam satu istiadat khas yang diadakan di Balai Mengadap Istana Arau pada 08.12.2010 lebih kurang jam 10:50hrs. Pengurniaan ini sempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke- 67 tahun dan sempena 10 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Negeri Perlis.

Wednesday, December 8, 2010

Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010M - 08.12.2010

Tahniah kepada Gabenor Bank Negara, Y. Bhg Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang telah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010M. Dengan penganugerahan ini telah meletakkan beliau sebagai wanita pertama menerima anugerah ini semenjak iannya diperkenalkan 24 tahun yang lalu. Ibu kepada dua orang cahayamata ini dilahirkan 63 tahun yang lalu dan merupakan anak tungal kepada Prof. Diraja Unku Aziz (Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid) dari keluarga Diraja Johor.

Sebenarnya Dr Zeti tidak menyangka dia akan menerima pengiktirafan ini dan mengangapnya sebagai satu penghormatan kepada beliau dan secara tidak langsung memberikan lebih motivasi untuk beliau berbakti kepada bangsa dan negara. Dr Zeti memulakan kerjayanya sebagai Penyelidik Ekonomi di Pusat Penyelidikan dan pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara pada 1979 selepas menamatkan PHDnya di Universiti Pennslyvania, USA. Pada 1985 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengurus Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 01 Mei 2000 beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Antara sumbangan beliau adalah mengilhamkan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Islam Malaysia (MIFC) pada tahun 2006 disamping mendapat pengiktirafan sebagai wanita paling berkuasa dalam kewangan oleh Majalah Global Finance pada tahun2000.



Dr Zeti :-
Saya Yakin wanita lain pun boleh mencapai tahap ini jika mereka terus berusaha tetapi mereka perlu sentiasa meneroka bidang masing-masing dengan meningkatkan pengetahuan, khususnya menerusi pembacaan.

Anugerah disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin dalam satu majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC dengan tema 1 Malaysia I Ummah pada 07 Disember 2010. Turut serta bersama Dr. Zeti adalah ayahandanya Prof. Diraja Ungku Aziz yang juga merupakan penerima Anugerh Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997.

Cuti Today - 08.12.2010

Hari ini Syah cuti kerana passcard tertinggal dalam beg Muss dan Syah pula tak berapa sihat. Sakit buang air kecil tu datang lagi. Disebabkan Syah cuti, Syah balik Rawang sekejap. Sampai di Pekan Rawang tadi Syah beli Cranberry Juice. Sekarang jam 14:22hrs dan bila kencing tak sakit lagi cuma bawah perut tu sakit ototnya macam hari tu. Tak per oklah tu nanti tu. Malas nak ambil MC cuti jer lah, lagipun cuti banyak lagi.

Ruang Tamu Rawang Residence Syah.

Sampai Rawang Residence lebih kurang jam 11:00hrs tak silap Syah. Sampai rumah jer terus Syah cuci depan rumah dan kereta. Nampak tayar belakang Kanan AEL macam puncit sedikit. Ingat nak start emjine tapi tak jumpa kunci dan Syah nak recall semula kat mana kunci tu, mungkin terbawa ke KL. Masa kemaskan pokok-pokok depan rumah sempat tanya jiran lat satu rumah dari rumah Syah sebab Syah tengok orang lain. Rupa-rupanya jiran Syah, Aci tu sudah pihdah JB semula ikut suaminya setelah anak lelakinya meninggal dunia beberapa bulan lepas dan sekarang rumah tu dia sewakan pada kaum india juga. Rumah sebelah Syah masih kosong lagi belum ada tenant baru masuk.

Lepas cuci depan, Syah cuci belkang rumah yang penuh dengan najis burung. Burung kot kalau ayam mesti berbau. Jiran belakang Syah tu ada bela ayam serama tapi rasanya bukan tahi ayam tu. Lepas kemas belakang Syah kemas ruang tamu, dapur, bilik TV dan tangga, Syah Vaccume, sapu dan mop. Sekarang Syah menonton sambil update blog dan jam 16:00hrs nanti nak balik KL Residence pula.

Tuesday, December 7, 2010

Ku Li Lafaz Taat Setia Kepada DYMM Sultan Ismail Petra Sebagai Sultan Kelantan Yang Sah - 07.12.2010

YBM Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang telah ditarik semula dua pingat darjah kebesaran Negeri Kelantan milik beliau oleh Cucu Saudaranya, Sultan Muhammad Ke-V meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan agar memberi perhatian serius terhadap krisis yang melanda Istana Kelantan sekarang ini agar tidak mengelirukan rakyat.

Beliau juga telah mengedarkan kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh DYMM Sultan Ismail Petra bertarikh 27 November 2010 berhubung kedudukan sebenar DYMM Sultan Ismail Petra yang memaklumkan bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah dan tidak sesiapapun yang berhak menjadi Sultan Kelantan selain baginda dan jika ianya berlaku itu adalah satu penderhakaan. Dalam kenyataan itu DYMM Sultan Ismail Petra memaklumkan bahawa baginda tidak kehilangan upaya untuk memerintah mengikut perlembagaan negeri Kelantan.

Ku Li juga telah melafazkan taat setia beliau kepada DYMM Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah dan menyifatkan perlantikan dan pemasyhuran KDYMM Sultan Muhammad Ke-V sebagai tidak sah. Beliau mempertikaikan mengapa Pemangku Raja melakukan pindaan pada perlembagaan negeri Kelantan bagi membolehkan baginda dilantik sebagai Sultan Kelantan yang baru. Menurut beliau, DYMM Sultan Ismail Petra hanya gering (sakit) dan semakin pulih serta menurut doktor, baginda berupaya menjalankan tugas cuma tidak boleh berjalan sahaja. Beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Ke-V sebagai satu huru hara dan katanya tiada seorang Raja yang akan kekal selama-lamanya.

Tambah Ku Li lagi, mengikut perlembagaan negeri Kelantan, seorang Sultan hanya boleh diganti jika berlaku salah satu dari tiga syarat iaitu Kemangkatan Sultan, Sultan rela hati turun dari tahta ataupun Sultan meninggalkan negeri tanpa alasan munasabah melebihi 12 bulan.

Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad dan DYMM Sultan Ismail Masih Sah Suami Isteri - 07.12.2010

Pada hari Ahad lepas bersamaan 05.12.2010, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu menolak pengesahan cerai talak tiga DYMM Sultan Ismail terhadap Isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad yang difailkan oleh plaintif, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman. Dengan keputusan ini, Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad (31 tahun) kekal sebagai isteri yang sah kepada Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Yang Arif Hakim Abdullah Man memaklumkan bahawa mahkamah mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi mendengar lafaz cerai berkenaan selain tiada saksi lain ketika beliau sendiri mengadap DYMM Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota pada 30 November 2010 yang lepas. Tambah beliau, hakim tidak boleh menjadi saksi dalam kes ini. Keputusan mahkamah menolak permohonan plaintif ini dibuat berdasarkan tiga perkara berikut :-
  1. Samada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai
  2. Apakah Plaintif mempunyai saksi yang mencukupi
  3. Apakah yang berlaku di Istana Mahkota antara Yang Arif Hakim Abdullah Man dan DYMM Sultan Ismail Petra boleh diterima di mahkamah.

Walau bagaimanapun plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam masa 14 hari. Semasa keputusa dibaca Cik Puan Elia Suhana tidak hadir kerana kurang sihat manakala plaintif Datin Nik Rorhana hadir bersama peguam beliau En Zainul Rizal. En Zainul kemudiannya menyerahkan keputusan mahkamah itu kepada seorang wakil di Istana Mahkota untuk disembahkan kepada DYMM Sultan Ismail Petra.

Peguam plaintif, En Zainul Rizal dalam kenyataannya memaklumkan bahawa semasa lawatan Yang Ariff Hakim Abdullah Man ke Istana Mahkota pada 30 November 2010 lepas bagi mendengar pengesahan lafas cerai talak tiga itu SEPATUTNYA perlu dihadiri sama oleh plaintif, defendan, peguam yang mewakali plaintif dan defendan serta Hakim. Walau bagaimanapun DYMM Sultan Ismail Petra hanya membenarkan seorang hakim sahaja mengadap baginda untuk sesi temubual berhubung lafas cerai berkenaan dan hakim dalam masa yang sama tidak boleh menjadi saksi.

Istana Mahkota dikatakan terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu berhubung kes cerai ini. Menurut En Zainul, Istana Mahkota masih dalam perbincangan samada mahu mengemukakan rayuan atau memfailkan semula permohonan baru berhubung isu Lafas Cerai Talak Tiga DYMM Sultan Ismail Petra kepada Cik Puan Elia Syhana. Pihak Istana Mahkota akan bertindak dalam masa terdekat ini.

Ku Li Dilucut Darjah Kebesaran - 07.12.2010

Pada malam Ahad bersamaan 05 Disember 2010 lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Y Bhg Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri Alias dalam satu sidang akhbarnya di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan memaklumkan bahawa DYMM Sultan Muhammad Ke-V telah berkenaan menarik balik dua Pingat Darjah Kebesaran YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkuatkuasa 02 Disember 2010. Dua darjah kebesaran yang ditarik balik daripada Datuk Saudara baginda (bapa saudara YMM Raja Perempuan Tengku Anis) yang berumur 73 tahun itu adalah :-
  1. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi)
  2. Tauliah Perlantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al Muhammadi I

Dalam sidang akhbar yang sama, Y Bhg Dato' SUK juga memaklumkan bahawa Dr Yaacob Hussain Merican (72 tahun) telah ditarik semula tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) beserta perlantikan Jaksa Pendamai (JP) beliau berkutkuasa mulai tarikh 02 Disember 2010.

Aktiviti Hari Ini - 07.11.2010


Hari ini cuti Public Holiday untuk Maal Hijrah, Pagi lagi Syah sudah bangun dan basuh kain untuk Muss, Cd dan Syah. Tiga kali mesin kain tu dan penuh dua ampaian kain. Cuaca pagi agak mendung dan tak ada cahaya mataharipun. Sekarang jam 13:10 hrs dan radio Era serta Surau di KL Residence sedang Azan Zohor dan baru ada cahaya matahari sedikit. Sekejap lagi Syah hendak solat Zohor. Muss sedang download lagi di ruang tamu manakala Cd kepejabat dia hari ini maklumlah dah lama cuti balik Johor since Friday night last week. Perut pula tak ada rasa nak makan, since pagi tadi Syah minum sahaja dan Muss pun sama. Minta-minta keringlah baju yang Syah sidai tu coz malas nak sidiai baju dibawah kipas diruang tamu. Rasa macam tak proper tapi kalau sudah tiada choice terpaksalah buat macam tue kalau tidak berbaulah nanti pakaian tu.

06.12.2010 Perjalanan Barlik Dari JB - 07.12.2010

Bertolak dari Makam Diraja lebih kurang jam 12:30hrs dan Muss sempat isi minyak di Stesyen Petronas Jalan Tebrau sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL, We all ke toilet dahulu, beli minuman dan kudapan serta suratkhabar. Sampai di Air Hitam sudah petang dan Syah tak ingat jam berapa. Jalan-jalan di kawasan kedai lama dan kami tak pergi ke kawasan kedai baru. Muss inform ada kawasan baru dan lama. Muss beli Tikar Sarawak, Kerepak-Kerepek, Frame Gambar dan Hiasan Rumah. On the way balik KL singgah di satu stesyen Petronas di Air Hitam. Cd sempat buang air besar dan Syah solat Jamak Zohor dan Asar. Masa di Stesyen ini Cd dan Muss bertukar tempat dan giliran Cd pula memandu sampai KL.

Sampai Kl sudah senja lebih kurang jam 18:30hrs dan kami makan di gerai TPCA Kampung Baru, di gerai yang Syah selalu makan dengan Ayahanda iaitu gerai jual ayam goreng kampung. Kami order 3 ketul ayam kampung, ulam dan sambal belacan, kari kepala ikan, telur ikan dan pucuk ubi masak lemak. Minum dua barli panas, air suam dan fresh orange. Semuanya RM32.50 dan Syah bayar cuma Muss top up RM10.00. On the way balik Muss bertekak sket dengan Cd coz Cd langgar lubang dan Muss kata keretanya sudah tak ballance. Hehehehe biasalah tu depa memang suka bertekak tapi lepas tu baik semula. Sampai rumah selepas Maghrib tapi sebelum waktu Insyak. Kami semua mandi, kemasa barang-barang dan kemudiannya menonton TV sambil mentenet. Sebelum tidur tiba-tiba Muss inform dia rasa sejuk sangat dan Syah suruh Cd tengok-tengokkan. Tak tahu pula mengapa sebab dia macam mengeletar tetapi kemudiannya ok semula, Shukur Alhamdullilah.

06.12.2010 Menziarahi Makam Diraja Johor - 07.12.2010

Shukur Alhamdullilah akhirnya dapat juga Syah menziarahi Makam Diraja Johor di Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. hari Sabtu lepas Syah datang dan Makam telah ditutup. Makam ini terletak dalam kawasan Perkuburan Mahmoodiah yang terletak di Ibu Negeri Johor iaitu Johor Baharu. Kawasan sekitar makam kelihatan bersih dan terjaga dengan pokok-pokok yang menghijau menjadikan makam ini sejuk mata memandang, tenang dan damai. Struktur Kompleks Makam dan Binaan Makam yang unik menjadikan Makam Diraja Johor agak berlainan dengan identiti tersendiri berbanding Makam-Makam Diraja yang lain di Malaysia.

Melangkah masuk sahaja ke pintu utama Komplek Permakaman mata anda akan terpandang pada makam sementara Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, sultan Johor ke-4 Era Johor Moden dan Mantan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8 yang mangkat pada tanggal 22 Januari 2010 dalam usia 77 tahun dan memerintah hampir tiga abad lamanya. Baginda mangkat pada jam 19:15hrs di Hospital Pakar Puteri Johor Baharu dan telah dimakamkan dengan penuh adat istiadat Diraja Johor pada 23 Januari 2010. Jenazah Almarhum berangkat ke Makam Diraja menggunakan Pedati Khas dari Istana Besar Johor Baharu dengan iringan bacaan ayat suci Al-Quraan beserta 77 das tembakan meriam. Sebelum jenazah dibawak ke kawasan permkaman, Putera Mahkota Johor telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor Ke-5 di anak tangga Istana Besar Johor Baharu dengan gelaran DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tiba-tiba hati Syah rasa sayu dan seperti biasa, Syah hadiahkan Alfatihah kepada semua Almarhum dan Almarhumah di Makam Diraja Johor. Komplek permakaman ini menyemadikan kesemua Almarhum Sultan-Sultan Johor Era Moden, Sultanah-Sultanah Johor beserta Kerabat Diraja lainnya. Dikawasan sekitar Makam Diraja juga menempatkan Kerabat Diraja dan Pembesar-Pembesar Johor diantaranya Datuk dan Onyang kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin iaitu Dato' Onn Jaafar dan Dato' Jaafar Haji Muhammad yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Diraja Johor. Dato Seri Hishamuddin juga mempunyai hubungan rapat dengan Istana Pahang apabila beliau menghawini YAM Datin Seri Marsella bt Tengku Abdullah yang merupakan anakanda saudara kepada KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Diantara Almarhum Sultan-Sultan Johor yang dimakamkan di Makam Diraja Johor, Bukit Mahmoodiah adalah :-

  1. Almarhum DYMM Sultan Sir Abu Bakar (1882-1895) Sultan Johor 1 Era Moden
  2. Almarhum DYMM Sultan Ibrahim (1895 -1959) Sultan Johor Ke-2 Era Moden
  3. Almarhum DYMM Sultan Ismail (1959 - 1981) Sultan Johor Ke-3 Era Moden
  4. Almarhum DYMM Sultan Iskandar (1981 - 2010) Sultan Johor Ke-4 Era Moden

Al-FATIHAH

Kepada Almarhum-Almarhum Sultan dan Almarhumah-Almarhumah Sultanah Johor, Almarhum/Almarhumah Kerabat Diraja Johor di Makam Diraja Mahmoodiah serta Allahyarham dan Allahyarhamah di Makam Diraja Mahmoodiah dan Tanah Perkuburan Mahmoodiah Semuga Di Tempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Solleh dan Beriman.

AMIN.

Breakfast nasi Lemak Pagi 06.12.2010 - 07.12.2010

Pada semua jangan confuse dengan tarikh entry blog Syah. Entry ini Syah buat pada pagi 07.12.2010 dan kisahnya berlaku semalam coz tak sempat nak update. Pagi Isnin semalam 06.12.2010, Syah masih di JB. Pagi ini Syah breakfast nasi lemak Kakak Cd buat. Macam biasa ada telur, telur asin tunang (Heheheheh hantaran tunang Yusri), sambal tumis dan kacang goreng. Kuih pula 2 jenis - Kuih Koci dan Berger Melayu tak tahu nama apa dia macam adunan tepung macam roti burger yang kita goreng, dibelah dua dan letakkan sambal tumis. Minuman ada air kosong, teh o, nescafe o dan kopi. Satu periuk besar Syah tengok dia masak kerana tetamunya bukan kami bertiga sahaja tapi adik beradik dan Ibubapa Cd dari Kuantan semuanya hadir bersama keluarga masing-masing adalah hampir dua puluh orang dan tak termasuk tuan rumah dan empat orang anaknya. Mereka bertandang ke Johor untuk menghadiri majlis pertunangan adik-adik mereka Yus dan Lan, lagipun sekarang kan musim cuti sekolah dan kebetulan hari ini 07.12.2010 Selasa cuti Maal Hijrah.

Selepas makan, kami rehat sekejap dan hampir jam 10:00am selepas salam semua kami bertolak balik ke KL. Walau bagaimanapun kami tidak terus balik terus ke KL kerana Syah minta Muss hantar Syah ke Makam Diraja Johor kerana tak dapat masuk hari tu kerana sudah tutup. Muss kata ok tapi kena top up duit minyak dan Syah kata no problem. Balik pula we all ikut Air Hitam kerana Muss hendak Shopping kat sana, jadi tak ikut highway dan dari JB terpaksa berpatah balik, itu yang Muss minta top up duit minyak dan Syah tak kisah lagipun masa kami ke Johor Tol dan Minyak Muss yang bayar sendiri.

Sakit Syah - 07.12.2010

Pagi tadi Syah buang air kecil ok tetapi ada masalah sembelit pula. Lepas mandi dan buang air besar Syah ada buang air kecil dan rasa sakit macam bias sedikit sahaja lepas tu bila buang air kecil lagi dan rasa ok tak ada sakit lagi. Beginilah keadaan Syah ada masa-masanya begini. Semuga semua ini cepat sembuh, tak tahulah apa masalahnya. Mungkin Syah kena cukup air dalam badan dan jaga makan Syah. Doakan Syah sihat yer semua.

Sakit Syah - 07.12.2010

Sekarang jam 01:48hrs dan Syah baru lepas buat entry Kota dan Makam Touhid. Sejak jam 23:00hrs tadi Syah buang air kecil rasa sakit pula. Baru sekejap tadi Syah ke tandas dan sakit juga bila buang air kecil. Mulalah sakit tu datang balik dan minta-minta cepat sembuh semula. Oklah Syah hendak beradu (tidur) dahulu yer. Salam semua dan doakan agar Syah sihat.

Menzirahi Kota dan Makam Touhid - 05.12.2010

Dari Makam Tun Habab kami bertolak ke Kota dan Makam Touhid. Mulanya Syah tak hendak kesini tetapi Muss dan Cd kata jom ke tempat ini kerana ternampak papan tanda mengenai Makam ini. Syah ikutkan sahaja kerana mereka tahu itu minat Syah. Actually sebenarnya kami tak jumpa tempat nie dan Syah kata kalau tak jumpa balik sahaja lah dan Muss pusing -pusing semula dan terjumpa kawasan ini. Kawasan ini Syah rasa macam lain sedikit kerana tanahnya agak berbau sedikit mungkin kesan takungan air semasa hujan. Tapi Syah masuk juga ke Kota dan Makam Touhid ini manaka Cd dan Muss menunggu dalam kereta. Seperti biasa Syah hadiahkan Al-Fatihan kepada Almarhum dan Almarhumah di makam ini.

Setelah melihat kawasan sekeliling Syah memasuki satu kawasan seperti kota dan iannya kecil sahaja dan ada beberapa makam didalamnya. Di sinilah nak dijadikan cerita sesuatu berlaku pada Syah. Semasa berjalan Syah tak terlanggar hujung bumbung atap makam sebelah kanan pandangan anda. Bila kepala Syah terhantuk, Syah terus jatuh terduduk ke tanah dan kadangkala rasa seperti ada orang menolak Syah. Semasa menulis entry ini meremang sedikit bola roma Syah tak tahu kenapa pula? Tiba-tiba Syah rasa macam malu sangat takut orang nampak. Walau bagaimanapun Syah teruskan juga ziarah Syah di Makam ini. Selepas Syah masuk kereta Syah inform mengenai Syah jatuh tadi dan Muss & Cd kata tak nampak pun mungkin masa kejadian mereka sedang bersembang kata Cd. Selepas tu Muss kata ada Makam Tun Teja kat belakang tu dan bila Syah tengok nampak ada beberapa Batu Nesan Aceh diluar Makam berhampiran rumah penduduk dan Sya tidak boleh masuk kerana ada lalang dan dipagar. Ada sebuah rumah tu Syah tengo ditulis Tun Teja, mungkin Muss ingat itu Makam Tun Teja. Muss....Muss..... Heheheeh

Kota Touhid ini merupakan Ibu Negeri Johor Ke-8 yang terletak di Tanah Besar Johor. Kota ini menjadi Ibu Negeri sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1637 semasa pemerintah Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677) dan semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1699 - 1718). Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil III, baginda mempunyai hubungan yang rapat dengan Belanda. Baginda membina kota ini daripada batu-batu yang diperkenalkan oleh Belanda pada masa itu. Pada tahun 1642 Ibu Negeri ditukarkan ke Pasir Raja kerana kawasan ini dilanda wabak penyakit. Kota ini dijadikan sebagai Ibu Negri buat kali kedua semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah. Kota ini ditinggalkan sekali lagi buat kali kedua apabila Ibu Negeri berpindah ke Pancor. Kawasan kubu ini kemudiannya dijadikan sebagai Tanah Perkuburan Pembesar-Pembesar Johor. Apabila dijadikan tanah perkuburan, ianya telah memberikan kekeliruan tentang asal usul kota ini dan namanya kemudian dikenali sebagai Kota Makam Touhid.

Monday, December 6, 2010

Menziarahi Makam Tun Habab - 05.11.2010


Dari Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Muss bawa kami ke kawasan tepi sungai yang dikenali sebagai Pengkalan Kota, Kota Tinggi. Dengar ceritanya disinilah dahulu tempat pedagang-pedagang asing menjalankan urusniaga mereka. Ada beberapa buah kedai di kawasan Pengkalan Kota ini, bila kami turun ambil gambar orang-orang disitu tengok-tengok kami jer.... tak tahu nape, mungkin mereka tahu orang luar kot kalau orang Kota Tinggi takkan hendak ambil gambar kan? Heheheheh. Dari Pengkalan Kota kami bertolak ke Makam Tun Habab yang terletak tidak berapa jauh dari Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang, adalah 5 minit memandu.



Semasa sampai di Makam, Syah dan Cd masuk ke Komplek Makam yang diperbuat daripada batu yang dicat warna Pink serta berbumbung warna Biru manakala Muss menunggu didalam kereta. Terdapat beberapa Batu Nesan Aceh diluar Komplek Makam Tun Habab ini. Dalam Makam Syah nampak ada seekor kucing kampung tapi bulaunya cantik bewarna-warni tak silap Syah ada Putih, Hitam, Kuning dan ada warna yang Syah tak ingat. Syah nampak Cd hendak ambil gambar kucing tu tapi meow tu lari keluar tak sempat hendak ambil gambarnya dan Syah senyum jer.

Tentu anda semua tertanya-tanya siapa Tun Habab (Habib) tu? Nama sebenar baginda adalah Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab Padang Saujana Johor atau dikenali sebagai Tun Habab Abdul Majid. Tun Habab menjadi Bendahara kepada dua orang Sultan iaitu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah I dan Sultan Mahmud Shah II atau lebih dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Tun Habab merupakan Bendahara Johor Ke-19 yang dikatakan berasal dari keturunan anak cucu Tun Hussin Temenggung iaitu anak Tun Mutahir, Bendahara Seri Maharaja Melaka Ke-8. Tun Mutahir telah dibunuh oleh Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara atas titah perintah Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah akibat fitnah Raja Mendeliar dan Si Kitul.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II yang dibunuh oleh Laksamana Bentan, Tun Habab telah ditabalkan sebagai Sultan Johor ke II kerana Sultan Mahmud Shah II tidak berputera. Tun Habab menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah Ke-IV (4).

Tun Habab atau Sultan Abdul Jalil Shah Ke-IV ini Penting dalam Sejarah kerana beberapa sebab seperti berikut :-

  • Memindahkan Pusat Pemerintahan Johor dari Kota Makam Tauhid ke Kota Pancur pada tahun 1700

  • Anakanda Baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu Pertama dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I. Keturunan Sultan Zainal Abidin I ini telah memerintah Terengganu sehingga hari ini disambung oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

  • Puteri Baginda, Tunku Tengah telah berkahwin dengan Daing Perani, putera salah seorang anak raja bugis lima bersaudara yang terkenal di Alam Melayu yang keturunannya menjadi Sultan Johor sehingga sekarang disambung oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim.

  • Tun Abas putera Tun Habab menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang dan keturunannya menjadi Sultan Pahang sehingga kini disambung oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

AL-FATIHAH

SEMUGA ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA KE ATAS ALMARHUM TUN HABAB DAN MENEMPATKAN BAGINDA BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH.

AMIN.

Sunday, December 5, 2010

Melawat Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang - 05.12.2010

Syah memang sudah banyak kali ke Johor dan hanya kali ini Impian Jadi Kenyataan kerana Syah berjaya mengadap Almarhum Sultan Mahmud Syah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Syah atau lebih dikenali dengan gelaran Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Terlebih dahulu Syah ucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada my beloved brother Muss, begitu juga dengan Cd yang sanggup melayan kerenah Syah. Dari Felda Inas, Kulai kami bertolak ke Kota Tinggi dalam keadaan cuaca yang panas terik. Dalam perjalanan ke Kota Tinggi, kedengaran siren kereta peronda polis, rupa-rupanya kereta DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor lalu disebelah kenderaan kami dan Syah inform Cd dan Muss, tak dapat jumpa Tuanku nampak kereta pun jadilah. Actually Muss memang sudah biasa dengan Kota Tinggi kerana dia selalu outstation ke Felda sekitar Kota Tinggi dan dia tahu lokasi makam berkenaan.

Dari jauh lagi Muss inform Syah, itu makamnya dalam bangunan tu. Syah kata tak lah dan Muss kat Yaaaaaaaaaaa. Bila masuk ke kawasan Masjid berkenaan memang bangunan yang gah tu merupakan komplek makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Wahhhhhh........ Syah ingatkan makamnya hanya didirikan pondok kayu sahaja tapi tak sangka se Gah ini, Setaraf Dengan Kedudukan Almarhum Baginda sebagai Seorang Sultan. Sebelum melangkah ke Makam DiRaja, Syah Solat Jamak Zohor/Asar dahulu kemudian baru bersama-sama Muss dan Cd masuk ke Makam. Dalam komplek ini terdapat 15 buah makam termasuk Makam Sultan Mahmud sendiri. Untuk masuk ke makam kami terpakas menanggalkan kasut terlebih dahulu. Komplek Makam ditadbir oleh Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi dan dibuka setiap hari seawal jam 08:00hrs sehingga jam 18:00hrs. Jika ada sesiapa yang ingin memasuki komplek makam selepas waktu berkenaan hendaklah berurusan dengan En Azahari Hj Tarpani, Pengaji Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.


Syah sempat menghadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Mahmud Mangkat Di Julang dan Almarhum-Almarhumah di kompleks berkenaan. Selepas itu Syah mencium batu nisan Almarhum yang diperbuat daripada Batu Aceh yang hanya dikhaskan untuk golongan Bangsawan atau Kerabat DiRaja zaman dahulu. Terhidu bau wangi di Batu Nesan Almarhum.

Dikawasan permakaman ini juga dikatakan ada Makam Kucing Bertanduk. Syah ada lihat arah tunjuk Makam Kucing Bertanduk tu tapi tak terfikir untuk mencarinya. Kucing ini dikatakan kepunyaan Sultan Mahmud dan ada tanduk kecil dikepalanya. Kucing ini makan sayur dan suka berjalan dibumbung rumah orang. Kucing ini boleh meramalkan atau memberi tanda kepada Sultan Mahmud jika ada musuh yang akan menyerang Kota Tinggi. Ada orang mengatakan Sultan Mahmud memanggilnya Si Comel. Kucing berkenaan dikatakan telah mati seminggu sebelum kejadian pembunuhan Sultan Mahmud oleh Laksamana Bentan. Sultan telah menitahkan agar iannya ditanam dikawasan permakaman Diraja.

Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijualang bermula dengan Megat Sri Rama atau dikenali juga dengan nama Laksamana Bentan telah dihantar oleh Sultan Mahmud untuk memerangi lanun di Perairan Johor. Semasa ketiadaan Laksmana Bentan, Isterinya Dang Anum yang sarat mengandung telah meminta sepotong Nangka yang dibawa oleh Penghulu Kebun Sultan Mahmud. Nangka berkenaan adalah untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud sebagai santapan baginda. Kerana kesian akan Dang Anum yang sarat mengandung, dia memberikan seulas nangka berkenaan kepada Dang Anum.

Sultan Mahmud teramat murka kerana apabila baginda hendak santap (makan) nangka berkenaan didapati telah ditebuk orang. Keadaan ini seolah-olah menghina baginda sebagai seorang Sultan diberikan santapan sisa hambanya. Selepas mengetahui hal sebenar Sultan Mahmud telah menitahkan agar Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya sebagai hukuman kerana menghina Baginda. Akhirnya, Dang Anum dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia.

Tidak berapa lama kemudian Megat Seri Rama atau Laksamana Bentanpun pulang dari memerangi lanun dengan kejayaan yang besar. Selepas kembali ke rumahnya beliau telah dimaklumkan bahawa isterinya, Dang Anum telah dititah bunuh oleh Sultan Mahmud. Laksamana Bentan berasa amat kecewa dan marah dengan tindakan Sultan Muhamad sehingga timbul dendam dihatinya.

Pada suatu hari Jumaat, Laksamana Bentan telah menunggu Sultan Mahmud yang hendak berangkat masuk ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sewaktu Azan pertama, Laksamana Bentan menghalang perjalanan Sultan sambil melaungkan :-

  • Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah

Lalu sepantas kilat Laksamana Bentan menikan Sultan Mahmud yang sedang diusung oleh pengawal-pengawal baginda untuk naik ke Masjid. Lantas baginda melemparkan sebilah keris kearah Laksamana Bentan dan terkena kaki laksamana serta bertitah :-

  • Tujuh Keturuna Laksamana Bentan Tidak Boleh Menjejak Kaki Ke Kota Tinggi dan Jika Iannya Di engkari akan Bermuntahkan Darah.

Selepas itu Sultan Mahmud pun Mangkatlah diatas usungan pengawal-pengawal baginda dan sebab itulah iannya dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Ditakdirkan Allah Megat Seri Rama atau Laksamana Bentanpun kemudiannya meninggal dunia bermuntahkan darah.

Berkenaan sumpahan itu memang ada kebenarannya kerana ada kawan Syah penah memaklumkan kepada Syah jika ada Keturuna Laksamana Bentan ke Kota Tinggi mereka akan muntah darah kalau tak muntah darahpun mereka akan batuk dan kemudiannya ada darah yang keluar sedikit. Tetapi sekarang dikatakan sumpahan itu telah tamat (putus) kerana Keturuna Laksamana Bentan yang ada waktu ini adalah generasi ke-8.

Adik Cd Bertunang Lagi - 05.12.2010

Semalam adik Cd, Lan bertunang dengan orang Pontian dan hari ini seorang lagi adiknya Yus @ Yusri pula bertunang dengan orang Felda Inas, Kulai, Johor. Jam 10:30hrs kami semua sudah bertolak dari Seelong Jaya, Senai, Johor Baharu ke Kulai. Adat di Johor nie Syah lihat unik sedikit, contohnya pada dulang hantaran yang diletakkan cincin pertunangan diletakkan duit note RM10.00 dan para hadirin boleh mengetahui berapa hantaran perkahwinan dengan mengira jumlah note RM10.00. Setiap RM Sepuluh Ringgit mewakili RM1,000.00 dan jika ada 7 keping RM 10.00 (yang digubah - i.e. berbentuk bunga) bermakna hantarannya RM7,000.00. Tarikh perkahwinan tidak ditetapkan tetapi tempoh bertunang adalah "setahun hidup" kata mereka semasa perbincangan, maknanya satu tahun lah tue. Walau bahagimanapun tarikh berkenaan boleh dipercepat atau dilanjutkan bergantung kepada perbincangan keduabelah pihak. Wang hantaran pula hendaklah di jelaskan sebulan sebelum Majlis Akad Nikah. Selepas Zohor, keluarga tunang Yus akan menerima satu lagi peminangan iaitu adik tunang Yus pula bertunang pada hari yang sama.

Pasangan Bertunang Bersama Ibu Masing-Masing

Selepas segala perbincangan dipersetujui, Ibu Cd menyarungkan cincin ke jari manis calon menantunya. Ada dua cincin sebenarnya sebab bakal tunang Yus nie "melangkah bendul" maksudnya dia ada Kakak yang belum berkahwin lagi dan mengikut ada melayu pihak lelaki terpaksa memberikan sebentuk cincin sebagai tanda atau simbolik adiknya akan berkahwin dahulu dari dia. Cincin tersebut tidak perlu disarungkan ke jari wanita berkenaan oleh wakil lelaki. Itulah yang diistilahkan melangkah bendul. Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan. Selepas majlis menyarungkan cincin diadakan pula doa selamat. Selepas itu kami semua dijemput menghadiri jamuan makan tengahari Nasi Jagung yang disediakan oleh tuan rumah. 1st time Syah makan nasi jagung......... Sedap. Sebelum balik kami diberikan beg kecil berisi cenderahati daripada pihak perempuan. Dari Felda Inas Syah, Cd dan Muss ke Kota Tinggi kerana Syah hendak melawat Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang dan beberapa Makam Sejarah lainnya.

Ke Majlis Pertunangan Lagi - 05.12.2010

Sebentar lagi Syah akan ke Majlis Pertunangan Adik Lelaki Cd yang seorang lagi iaitu Yusri di Felda Inas, Kulai. Tadi Syah dengar Kakak Cd infor tak ada air. Alamak............... minta-minta sekejap lagi adalah balik air tu. Nasib baik pagi-pagi lagi Syah sudah mandi.

My Life Today - 04.12.2010

Petang Jumaat lepas Syah ke Ampang Park coz buat payment Credit Card Citibank. Selepas buat payment Syah jalan kaki ke KLCC pula untuk buat bayaran Credit Card di RHB Bank. Lepas buat payment singgah di Surau Suria KLCC untuk solat Maghrib. Lepas tu Syah balik ke KL Residence. Sampai jer di KL Residence Muss dan Cd ada dan CD sedang mengemas sangkar kucing dia. Mus tanya nak ke JB tak dan Syah kata mengapa tak inform awal-awal boleh juga update passport untuk masuk Singapura. Fikir punya fikir akhirnya Syah kata ok lah coz dah lama tak ke JB dan boleh juga melawat tempat-tempat yang Syah suka. Ahaks................


Selepas Solat Insyak, kami bersiap dan bertolak dari KL Residence lebih kurang jam 23:00hrs. Masa dalam perjalanan cuak juga Syah takut Muss tertidur semasa memandu. Syah cadangkan peri pagi tapi mereka hendak bertolak malam juga. Kami sempat singgah untuk minum-minum di Perhentian Pagoh dan berehat hampir 45 minit adalah tak silap Syah. Muss sempat jumpa kawan dia tapi Syah tak kenal sape. Kami sampai ke rumah Kakak Cd di Selong Jaya, Senai, Johor Bharu approx 03:30hrs. Sampai jer rehat sekejap dan Cd sempat makan lagi. Heheheh...........

Macam biasa kalau dah berkumpul ramai-ramai dapur mesti penuh. Kakak Cd dan adik beradiknya sibuk memasak untuk lunch, ada ikan goreng, labu dan macam-macam lagi. Mereka juga beli satu container besar kuih ketayap untuk sarapan. Muss pula sibuk dengan online dia dia dan we all bersiap-siap untuk ke JB hendak melawat Makam Diraja dan Istana Besar Johor Baharu.




Akhirnya sampai juga Syah ke Makam Diraja Johor. Berpusing-pusing jugalah Muss cari tempat tue sampai macam tension jer Syah tengok Muss sebab tak jumpa kawasan tu. Masuk jer ke kawasan permakaman dengar bunyi muzik ingatkan apa rupa-rupanya ada kenduri kahwin didepan kawasan permakaman. Syah tak dapat masuk ke Makam Diraja kerana sudah tutup, mengikut pekerja di kawasan tu hari Sabtu mereka tutup makam 1/2 day manakala hari biasa iannya dibuka dari Isnin hingga Jumaat. Jadi Syah minggle around di kawasan persekitaran dalam hujan renyai-renyai. Lepas tu Syah nampak Muss dan Cd datang melawat sama. Rasa sedih juga tak ada rezeki masuk ke Makam tapi tak apalah berada di sekitar makampun sudah kira shukur alhamdulillah. Jika diizinkan Tuhan dapat juga masuk tu nanti. Insyallah.


Dari Makam Diraja, Syah ajak Muss dan Cd melawat Istana Besar Johor Baharu. Istana ini merupakan istana rasmi kesultanan Johor. Disinilah semua istiadat rasmi istana dijalankan seperti pertabalan, kemangkatan, permasyhuran, penganugerahan darjah kebesaran dan seumpamanya. Anda boleh menyaksikan sendiri balairong Seri Istana dan Tahta Kesultanan Johor. Jika ada masa datanglah beramai-ramai bawa keluarga di musim cuti sekolah ini bagi mendedahkan anak-anak kepada sejarah institusi beraja di negara kita ini. Harga ticket masuk adalah sebanyak RM5.00.
Istana ini dibuka untuk lawatan setiap hari kecuali hari Isnin mereka tutup. Walau bagaimanapun ada kawasan-kawasan tertentu anda tidak dibenarkan mengambil gambar tetapi jika anda dapat juga snap cam anda itu kira rezekilah. Disini juga anda akan dapat melihat pelbagai koleksi diraja daripada senjata, pingat dan darjah kebesaran, koleksi perhiasan daripada silver, emas dan kristal, bilik peraduan diraja dan bermacam-macam lagi....... Macam-Macam Ada......Memang RM 5.00 tu berbaloi sangat.


Dari Istana Besar Johor Baharu Syah ke Masjid Negeri Johor, Masjid Abu Bakar untuk Solat Jamak Zohor dan Asar. Memang besar dan cantik Masjid ini dengan struktur binaan yang menakjubkan. Terdapat ruang solat berasingan diantara lelaki dan perempuan, maksud Syah dikawasan yang berlainan bukan dipisahkan dengan pemidang kayu seperti dikebanyakan Masjid dan disini diletakkan papan tanda yang tidak membenarkan orang bukan islam memasuki Masjid Ini. Selepas solat Syah beri sedikit sumbang untuk masjid setakat yang mampu.

Di Masjid ini ditempatkan Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri, pejabat Imam Besar Negeri Johor, Pejabat Rundingcara/Kaunseling, Dewan Seminar Masjid Abu Bakar dan Dewan Syura Masjid Abu Bakar disamping dewan solat untuk wanita.


Dari Masjid Abu Bakar kami ke satu kawasan yang dinamakan Hutan Bandar untuk makam mee rebus istemewa. Kawasan ini sejuk kerana dipenuhi dengan pokok-pokok macam dalam hutan dan mungkin sebab tu namanya Hutan Bandar kot? Muss bawa kami ke sini kerana katanya jika dia outstation ke JB mesti datang kesini untuk makan mee rebus. Muss makan Mee Rebus Tulang, Syah Mee Rebus Biasa dan Cd Sup Tulang. Minuman pula Syah Soyabean, Muss & CD pula laici. Syah juga order roti jala satu set (ada 3 keping dengan kuah kari ayam). Semuanya RM 25.00.



Dari JB kami bertolak ke Pontian untuk Majlis Pertunangan Adik Cd, Lan @ Mazlan di Kampung Parit Baru, Pekan Nenas, Pontian Johor. Muss inform Syah bolehlah singganh ke rumah nenek Azrin di Pontian dan Syah inform Muss Nenek Askanah sudah meninggal beberapa bulan lepas. Macam biasa, selepas majlis pertunangan diadakan pula jamuan makan nasi. Jika mengikut jadual Lan akan berkahwin dengan pasangannya dalam bulan Mac 2011. Selepas selesai majlis Syah, Muss dan Cd jalan-jalan di JB sekejap coz Muss hendak beli VCD. Approx 22:30hrs kami sampai di Selong Jaya. Syah sempat mandi dan makan malam bersama keluarga Cd.

Lan @ Mazlan dengan tunangnya Nisa.
Syah doakan agar pertunangan kalian berakhir ke jinjang pelamin sebagai suami isteri yang sah dan seterusnya kekal abadi hingga ke akhir hayat. AMIN.

Syah di JB - 04.12.1010

Salam Semua, Sekarang Syah berada di Johor Baharu. Agak sibuk dan letih sedikit. Insyallah Syah akan update blog as soon as possible seperti biasa untuk anda semua.

Friday, December 3, 2010

PERKASA serah Memorandum Kepada Sultan Selangor - 03.12.2010

Hari ini Jumaat bersamaan 03.12.2010 PERKASA akan menyerahkan Memorandum Bantahan Mengenai 30 Penyelewengan PKR Selangor kepada DYMM Sultan Selangor hari ini di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor. Majlis akan diadakan lebih kurang diantara jam 14:30 hrs hingga 17:30 hrs.

Thursday, December 2, 2010

Sultan Selangor Lantik Ahli Dewan Di-Raja Selangor - 02.12.2010

Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan melantik 19 orang Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Alam Shah, Kelang, Selangor semalam bersamaan hari Rabu, 01.12.2010. Mereka yang terdiri daripada Ahli Ex-Officio, Ahli Waris, Orang-Orang Besar dan Orang Tua-Tua menerima watikah perlantikan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Di-Raja Selangor. Perlantikan ini berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun mulai 01.12.2010 hingga 30 November 2013 bagi menggantikan keahlian Dewan Di-Raja Selangor yang telah tamat tempohnya pada 30.11.2010.

Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor adalah terdiri daripada :-

PENGERUSI
  1. Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), S.P.M.S., S.S.I.S.,S.P.M.J.

AHLI EX-OFFICIO

  1. Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, S.P.M.S.
  2. Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor ( Kosong/Vacant )
  3. Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj D.K. II., S.P.M.S., S.J.M.K.
  4. Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, P.S.M, S.P.M.S., D.S.A.P.
  5. Yang Amat Dihormati Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato' Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, S.S.I.S, D.S.S.A., K.M.N., A.M.N.
  6. Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Yang Amat Dihormati Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abdul Wahid, S.S.I.S., D.P.M.S., P.P.T.

AHLI WARIS (4 ORANG)

  1. Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, S.S.I.S., S.S.A., P.J.K.
  2. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, D.K. (Johor), D.K. II., S.P.M.J., S.P.M.S., S.J.M.K., P.I.S.
  3. Yang Amat Mulia Tengku Indera Selangor, Tengku Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, D.K. II., S.S.S.A., S.P.T.J., S.S.M.T., D.P.M.S., P.S.D.
  4. Yang Amat Mulia Tengku Besar Putera Selangor, Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, S.P.M.S.

ORANG-ORANG BESAR (5 Orang)

  1. Yang Amat Dihormati Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Dato' Setia Ramli bin Tengku Shahruddin Shah Alhaj, S.S.I.S, D.S.S.A., S.M.S, P.J.K.
  2. Yang Amat Dihormati Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj, P.S.M., S.P.M.S., S.S.T.M., D.S.S.A., P.J.N.
  3. Yang Amat Dihormati Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Dato' Paduka Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj, D.S.S.A., D.J.M.K.
  4. Yang Amat Dihormati Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Dato' Paduka Raja Dato' Hj Wan Mahmood bin Pa'Wan Teh, D.S.I.S., P.B.S.
  5. Yang Amat Dihormati Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang, Prof. Tengku Dato' Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Alhaj, D.S.I.S., J.P.

ORANG TUA-TUA (7 ORANG)

  1. Yang Amat Dihormati Dato' Setia Abdul Halim bin Dato' Haji Abdul Rauf, S.S.I.S., P.S.D., D.P.M.S., K.M.N. (Ahli MAIS)
  2. Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang, P.S.M., S.S.I.S., D.P.M.S., K.M.N.
  3. Yang Amat Dihormati Jen. Tan Sri Dato' Sri Mohd Hashim bin Mohd Ali (B), P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.S., S.J.M.P., S.P.T.S., D.S.D.K., J.M.N.
  4. Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato' Seri Syed Mohd Yusof bin Tun Syed Nasir, P.S.M., S.P.M.S., D.C.S.M.
  5. Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato' Setia Ismail bin Adam, P.S.M., S.S.I.S., D.P.M.S., D.I.M.P., J.S.M.
  6. Yang Amat Dihormati Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Dato' Setia Diraja Dato' Abdul Ghani bin Pateh Akhir, D.S.I.S., S.M.S.
  7. (Kosong / Vacant)

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Ucapan Tahniah kepada semua yang terlibat di atas perlantikan sebagai Ahli Dewan Di-Raja Selangor.

Wednesday, December 1, 2010

Melawat Nadia di Tawakal - 01.12.2010

Petang tadi selepas solat Asar Syah ke KLCC nak jumpa member tu tapi sampai jam 18:30hrs dia tak cal-calpun dan Syah assume tak jadilah tu. Malas nak call dia ............ dan kebetulan Muss call dan inform hendak melawat Nadia di Tawakal. Muss minta Syah tungg di LRT Ampang Park dikawasan Citibank. Dari KLCC Syah jalan kaki ke Ampang Park dan malas nak naik LRT kerana bertembung dengan orang balik kerja ... leceh.

Dari Kiri, Muss, Nadia dan CD @ Wad Carnation, Bilik 531, Aras 8, Hospital Pakar Tawakal

Sampai Tawakal, Nadia sedang Mamam dan inform Mak Dia, Kak Ngah Faziah sudah balik. Nadia masuk hospital kerana mengadu saki kepala dan ada kesan bengkak di kepala. Doktor inform migrain. Minggu depan Nadia sudah mula masuk kelas semula. Lepas sembang-sembang we all ajak Nadia dan dua orang kawan dia dinner di Restoran Haslam. Hari ini Muss dan Cd belanja. Macam-macam we all makan dan Semuanya RM 65.30. Ok Nadia semuga cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat. Sekarang jam 22:54hrs dan rasa mengantuk dan letih. Jumpa lagi yek?

Siapakah Raja-Raja Terkaya DiDunia - 01.12.2010

Tahukah anda siapakan raja-raja terkaya didunia. Data ini Syah ambil daripada wikipedia sehingga Julai 2010. Senarai 10 teratas raja-raja/pemerintah terkaya didunia adalah :-
  1. King Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand dengan kekayaan bernilai USD30 Billion.
  2. Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei dengan kekayaan bernilai USD20 Billion.
  3. Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, Raja Arab Saudi dengan kekayaan bernilai USD18 Billion
  4. Prince Al Waleed bin Talal, Prince of Saudi Arabia dengan kekayan bernilai USD16.3 Billion
  5. Amir Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Amir Abu Dhabi, UAE (United Arab Emirates) dengan kekayaan bernilai USD15 Billion.
  6. Prince Ernst August V, Prince of Handover and Duke of Brunswick, German dengan kekayaan bernilai USD5 Billion.
  7. Amir Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Amir Sheikh Dubai, UAE (United Arab Emirates) dengan kekayaan bernilai USD4.5 Billion.
  8. Prince Adam II, Prince of Liechtenstein, Liechtenstein, Austria dengan kekayaan bernilai USD3.5 Billion.
  9. King Mohammed VI, Raja Morocco dengan kekayaan bernilai USD2.5 Billion.
  10. Prince Albert II, Prince of Monac0, Monaco dengan kekayaan bernilai USD1 Billion.

Raja Abdullah Tempah Kesemua Wad VIP dan Aras yang menempatkan Wad VIP New York Presbyterian Hospital - 01.12.2010

Dah namapun seorang Raja dan dari Negara yang kaya dengan minyak pula, Jadi duit dan kuasa tak jadi masalah kerana mereka dihormati seluruh dunia. Inilah yang berlaku kepada Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud yang telah menempah kesemua bilik VIP dan keseluruhan aras berkenaan yang mempunyai bilik dan peralatan perubatan yang terbaik untuk baginda yang sedang mendapatkan rawatan sakit tulang belakang. Baginda telah menempah kesemua bilik dan aras berkenaan kerana inginkan privacy dan tidak mahu diganggu setelah menjalani pembedahan blood clot and slipped disc pada 24.11.2010 lepas di New York Presbyterian Hospital. Keadaan ini telah mendapat rungutan daripada pesakit lain yang terpaksa dipindahkan ke aras lain, walau bagaimanapun baginda tetap memperolehi apa yang dihajatinya.


Raja Abdullah dilaporkan berangkat ke New York pada 21.11.2010 bersama-sama pengiring diraja, pengawal keselamatan dan krew filem dengan menggunakan tiga buah pesawat sewa khas dari Riyadh, Arab Saudi. Sebanyak 40 buah kereta disediakan untuk rombongan diraja dimana 20 daripadanya hanya untuk beg-beg pakaian sahaja. Raja Abdullah yang berusia 86 tahun dilahirkan di Riyadh pada 1924 dan merupakan anak kelima Pengasas Kerajaan Arab Saudi (Saudi Arabia), Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud. Bonda baginda, Fhada binti Asi Al Suhraim merupakan Isteri kelapan daripada dua belas orang isteri Raja Abdul Aziz. Raja Abdullah dikatakan mempunyai lebih daripada 30 orang isteri dan mempunyai anak lebih daripada 35 orang. Dengan kekayaan peribadi bernilai USD 18 Billion, baginda telah berada ditangga ketiga senarai raja-raja terkaya (richest monarch) Dunia.

Member tak jadi datang rumah - 01.12.2010

Member yang hendak datang rumah tak jadi pula coz bila Syah call dia sekejap tadi (10:09hrs) dia kata dengan kawannya dan tanya balik nak jumpa kat mana? So malas nak recallkan dia yang dia dah janji hendak datang rumah Syah, jadi Syah inform petang di KLCC dan dia kata petang sedikit boleh tak dan Syah kata ok. Macam manalah dia nie dah buat appointment tak ingat, so Syahpun tak jadilah ke Mydin beli barang untuk masak lunch nanti coz orang tak datang. Nasi yang Syah sudah masak tu nanti boleh buat nasi goreng untuk Muss dan Cd malam nanti. Heheheh Apalah lu lupa lak dia? Nak marah pun tak guna biarkan jer lah lagipun lusa dah nak balik ke tempat dia bermastautin di negara yang pernah menjajah kita, Britain. Heheheh jangan marh yek ..............
So mungkin lepas Asar atau Zohor Syah akan keluar rumah sebab Syah tak boleh keluar sekarang kerana Syah basuh kain dan kena tunggu hingga kain kering. Nampak cuaca panas, minta-minta janganlah hujan. Untuk lunch hari ini Syah masak Oat, Kacang Panggang dan Timun serta Papaya. Masak jam 10:30hrs tadi, bukan apa senang siap-siapkan dulu jam 13:00hrs nanti terus makan jer. Mungkin petang nanti Syah nak beli Susu Nestly Omega coz Kak Lang Ella syorkan makan susu tu untuk membantu reduce cholesterol level Syah.