Friday, November 19, 2010

Hari Ini - 19.11.2010

Hari nie masih banyak member yang cuti dan office nampak lenggang. Today Syah solat jumaat di Surau Menara TM. Selepas solat ingat nak makan mee jawa dan terus ke Pusat Penjaja Menara TM tapi kedai Pak Yob tu tutup so Syah ke LRT Kerinchi makan Yee Mee Kung Foo dan Barli Panas di Aneka Rasa D Fusion. Sebelum tu Syah beli Nestle Bliss - Yogurt drinks ada offer di -1, Menara TM dengan harga RM11.00 dapat 3 botol dan Syah letak dioffice untuk minum minggu depan. Sebelum Solat Asar tadi Syah buang air besar dan rasa sakit sedikit dibahagian pusat kebawah dan peha. Rasa nilu dan pedih sedikit. Adalah sekali dua berlaku, So Syah diamkan jer dan sakit tu hilang begitu sahaja. Entah lah.

Sebentar nanti Syah nak jumpa member yang baru balik bercuti ke Malaysia, dia stay di London. Plan asal nak jumpa di Menara TM tapi akhirnya we all jumpa di KLCC. Syah hendak serahkan beg duit yang dia suruh belikan hari tu disamping resit RM200.00 bayaran kepada sesorang atas urusan perniagaan dia dan dia minta Syah dulukan payment tu.

Thursday, November 18, 2010

Ke Kelinik Zariff - 18.11.2010

Tengahari tadi Syah lunch nasi Putih, 2 jenis sayur dan ikan goreng dan semuanya berharga RM5.00 dan air Syah bawa mineral water dari office. Lepas makan Syah ke Kelinik Zariff di -1, Menara TM. Syah inform doktor Syah demam dan mata rasa pedih dan berair. Doktor kata tak demam dan Syah complain mengapa saya selalu rasa demam dan doktor kata tak demam. So dia minta Syah datang minggu hadapan untuk buat test darah untuk periksa kandungan kolestrol Syah dan juga untuk periksa samada Syah ada tiroid selepas dia periksa leher Syah. Macam-macam ............ Tak mengapalah minggu depan Syah akan buat test tu dan dr minta Syah berpuasa sebelum buat test. Mungkin Isnin depat Syah akan buat ujian darah tu. Kenalah buat untuk mengethui kesihatan Syah. Dr beri Syah panadol dan ubat titik mata. Doakanlah yer semuga tidak ada apa-apa berlaku pada Syah.

Sambut Aidil Adha Sultan/Kerabat Bersama Raakyat - 18.11.2010

Sempena Perayaan Hari Raya Aidil Adha atau sesetengah daripada kita memanggilnya Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban semalam, Raja-Raja/Kerabat mereka tidak ketingalan meraikannya bersama-sama hari yang penuh bermakna ini bersama raakyat.
Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menunaikan Solat Sunat Aidil Adha bersama Raakyat di Masjid Zahir, Alor Star, Kedah.
Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor.
Raja Muda Perak Darul Ridzuan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Muhamadi, Kota Baharu, Kelantan.
Tunku Temenggung Johor YTM Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim berkenaan menyerahkan daging korban dalam Majlis Korban Perdana Bersama Rakyat Johor di Plaza Angsana Johor Baharu.

Pagi Ne - 18.11.2010

Salam Semua Apa Khabar Semua Hari Ini, Syah harap anda dan keluarga dalam keadaan yang mengembirakan. Malam tadi badan Syah panas dan rasa nak demam dan selepas makan panadol Syah tidur. Pagi tadi bangun rasa ok sedikit dan cuma sakit/pening kepala sedikit sekarang ini. Buang air kecil kadangkala rasa macam tak ok tapi ok .... macam mana nak cakap Syahpun tak tahu mungkin sebab Syah tak sihat kot? Hari ini Syah kerja seperti biasa. Muss dan Cd cuti dan Nadia tidur rumah malam tadi.

Wednesday, November 17, 2010

Prince William Engaged (bertunang) - 17.11.2010

Akhirnya penantian selama lapan tahun yang menjadi tanda tanya oleh rakyaat Britain khususnya dan dunia amnya berhubungan percintaan Putera Sulung Mendiang Princess Diana, Prince William dan Miss Catherine Middleton terjawab apabila Prince of Wales telah mengumumkan pertunangan Putera Sulungnya itu secara rasmi pada 16.11.2010. Majlis perkahwinan akan diadakan pada 2011 di Landon dan pihak Istana akan mengeluarkkan kenyataan rasmi berhubung tarikh perkahwinan ini dalam waktu terdekat. Selepas berkahwinan pasangan ini akan menetap di Utara Wales dimana Prince William akan menyambung tugasnya di Royal Air Force. Pertunangan ini juga dimaklumkan telah mendapat perkenaan dan restu Baginda Queen Elizabeth dan the Duke of Edinburgh (suami baginda queen). Pasangan ini mula bertemu semasa kedua-duanya belajar di Universiti of St. Andrews di Scotland pada tahun 2003. Kedua-dua pasangan ini berumur 28tahun. Prince Wiliam telah melamar Catherine pada bulan lepas semasa mereka bercuti di sebuah hutan simpanan di Kenya. Prince William telah memberikan sebentuk Cincin Sapphire bertatah berlian sebagai cincin pertunangannya kepada Catherine. Cincin berkenaan adalah cincin pertunangan Mendiang Bondanya, Princess Diana dan Prince Charles. Cincin berkenaan bernilai 28,500.00 pound semasa dibeli oleh Prince Charles untuk bakal isterinya Mendiang Princess Diana dan sekarang nilainya dianggarkan 250,000.00 pound atau RM 1.24 Juta.


Majlis perkahwinan ini akan diuruskan oleh Clarence House. Clarence House merupakan kediaman rasmi Prince of Wales, Duchess of Cornwall, Prince Willian dan Prince Harry. Sebelum ini Clarence House merupakan kediaman rasmi Queen Elizabeth dan bonda baginda Queen Mother . Prince Harry disebut-sebut sebagai Best Man Prince William dihari bahagian itu nanti. Majlis perkahwinan mungkin akan diadakan pada Musim Bunga atau Musim Panas tahun hadapan. Semuga pertunangan ini akan berakhir ke jinjang pelamin dan perkahwinan itu akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Seperkara yang perlu kita ingat, Jodoh, Ajal dan Maut itu ditentukan oleh ALLAH yang Maha Esa dan kita hanya mampu merancang yang terbaik untuk kita dan pasangan sahaja dan apa yang terjadi dikemudian hari adalah ketentuan Yang Telah Tersurat Untuk Kita.

Sultan Brunei Solat Sunat Aidil Fitri dan Sembelih Haiwan Korban - 17.11.2010

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kaun Kerabatnya telah mengerjakan Solat Aidil Adha di Masjid Jame' 'Asr Hasanal Bolkiah, Kampung Kiarong, Bandar Seri Bagawan. Berangkat sama mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik serta kerabat diraja lainnya. Rombongan diraja telah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman. Solat Sunat Aidil Adha telah diimamkan oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Yahya Haji Ibrahim manakala Khutbah Hari Raya Aidil Adha telah dibacakan oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Salim Haji Besar.


Selepas solat, Kebawah Duli Tuanku dan Kaum Kerabatnya telah melakukan penyembelihan korban dalam satu Majlis tahunan yang dikenali sebagai Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Beserta Anggota Kerabat. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Abdul Aziz Juned. Pada majlis ini tujuh ekor kambing disempurnakan penyembelihannya yang disaksikan baginda sendiri dan anakanda-anakanda baginda, manakala penyembelihan binatang korban Baginda Sultan selebihnya disempurnakan di Pusat Penyembelihan Mulaut Abattoir Sdn Bhd. Dalam majlis ini juga baginda telah berkenan mengagihkan daging korban yang telah diletakkan dalam kotak bewarna kuning kepada 20 orang fakir miskin yang dipilih daripada daerah Brunei dan Muara manakala selebihnya menerima daging-daging korban melalui satu majlis penyerahan diadakan di keempat-empat daerah di Brunei.

Pada tahun ini, sebanyak 14 ekor kambing dan 48 ekor lembu dikorbankan dalam majlis Ibadah Korban Sunat Baginda Sultan dan Kerabat Baginda. Daging-daging korban akan diagih-agihkan kepada sejumlah 1,113 fakir miskin yang berhak menerimanya iaitu di daerah Brunei Muara (752 orang), Tutong (68), Belait (213) dan Temburong (80).

Sakit Syah - 17.11.2010

Sekarang Syah rasa tak sihat, badan rasa panas dan macam nak demam pula mungkin panas tadi masa jalan kaki ke tanah perkuburan. Tadi masa nak buang air besar/kecil testis syah rasa sakit sedikit. Ada kalanya Syah rasa senak. Ada masanya sakit kat perut terus rasa ke testis syah. Sebelum solat Aidiladha tadipun ada rasa sakit sedikit.Tambah lagi tadi Syah banyak jalan kaki sekitar tanah perkuburan. Tapi sekarang nie sudah agak ok dah. Doakan Syah sihat yer semua.

Pagi Raya Aidiladha di Makam Raja Alang - 17.11.2010

Pagi tadi Syah tergerak hati hendak ke Makam Raja Alang di Tanah Perkuburan Jalan Ampang (Kampung Baharu). Mungkin sebab Syah rindu tak dapat menziarahi makam keluarga di kampung kerana Syah tak balik raya. Selepas bersiap Syah minta Cd hantar ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi di Taman Melati dan memandangkan masih awal Syah minta Cd turunkan Syah di LRT Melati sahaja kerana Syah hendak Solat Aidiladha di Masjid As-Syakirin KLCC. Syah pilih masjid ini kerana senang hendak ke Tanah Perkuburan tu. Selepas Solat Aidiladha kami semua mendengar khutubah yang bertajuk Lembayung Ilahi. Di Masjid ini banyak warga asing yang beragama Islam. Setelah selesai khutbah para hadirin disediakan dengan jamuan ringan tapi Syah tak pasti oleh pihak Masjid atau ada tajaan dari individu.



Anda tahu tak tak siapa Raja Alang nie........ Tu yang kita selalu sibuk beli makanan terutamanya bila tiba bulan puasa di Jalan Raja Alang dekat Chow Kit Road yang terkenal dengan jualan juadah berbuka puasa, inilah Makam (kubur) individu yang namanya diambil untuk nama jalan tu. Semenjak Syah ke Makam ini sekitar 1990an beginilah keadaannya. Sebahagian binaan makam telah pecah dihempap oleh pokok dan tidak dibaiki kerana mungkin kosnya terlalu mahal. Makan Almarhum ini sebijik menyerupai Makam Sultan Sulaiman Selangor di Makam DiRaja Kelang, Kampung Jawa dan sedikitpun tiada bezanya samada dari segi saiz mahupun ukirannya. Makamnya sebenarnya tiga tingkat dan binaan bahagian atas sekali telah pecah dan ada diletakkan bersebelahan makam. 

Nampak tak longokan batu di kiri Syah tu. Nisan Almarhum juga telah tinggal satu sahaja dan telah ditanam separuh kedalam binaan makam seperti gambar diatas tu. Dahulu ada Syah lihat nisan satu lagi tu tapi sekarang tidak tahu mana perginya. Tanah perkuburan ini memang terkenal sekitar Kuala Lumpur kerana banyak VVIP dikebumikan disini termasuklah Mubbin Shapperd, Datuk Harun bekas MB Selangor, Carlos anak Musa Hitam yang meninggal kerana Kondo runtuh di Highland Tower, Tan Sri P Ramlee, Pn Sri Solama, Rosyatimah, Kerabat DiRaja Selangor, Kerabat-Kerabat DiRaja Lain dan Kaum Kerabat Tun Dr Siti Hasmah pun ada disini dan banyak lagi Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin disamping penduduk sekitar.

Selepas solat, Syah jalan kaki dari KLCC ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang yang terletak berhampiran Ibupejabat Bank Simpanan Nasional. Sampai sahaja Syah ingat nak beli bunga dan air mawar tapi duit dalam poket ada note 50 sahaja sebab duit RM10.00 Syah dah masukkan dalam tabung masjid tadi. So Syah masuk dulu dan melawat kawasan sekitar sebelum ke Makam Raja Alang. Dah lama Syah tak kesini. Disepanjang jalan ramai peniaga menjual bunga, minuman dan mainan pun ada seperti belon di kawasan perkuburan tu. Tak kurang juga peminta sedekah begitu ramai duduk dipintu masuk tanah perkuburan. 

Syah sempat bertanya penjual disitu dan mereka memaklumkan Jualan dikawasan ini hanya pada waktu perayaan seperti hari ini sahaja. Syah bersihkan Makam Raja Alang dengan membersihkan daun dan kotoran diats binaan makam, cabutkan pokok-pokok kecil yang tumbuh dicelah-celah binaan makam dan membuang daun yang layu/kering atas makam dan betulkan pokok yang ditanam atas makam. Lepas tu rasa tak sedap hati tak siram air mawar dan tabur bunga dan daun pandan atas makam Al-Marhum lalu Syah ke luar tanah perkuburan dan tanya pada seorang penjual tu harga bunga dan air mawar. Bunga sebungkus RM2.00 dan dalamnya ada bunga dan daun pandan manakala air mawar RM2.50. 

sebelum tu Syah tanya ada tukar RM50.00 dan dia kata tak ada dan Syah ke penjual lain dan katanya ada tukar RM50.00. Syah beli dua bungkus bunga dan dua botol air mawar seperti dalam gambar diatas sebelah kanan tu. Syah taburkan sedikit daun pandan dan bunga pada beberapa makam sekitar makam Almarhum. Syah kemudian ambil gambar makam dan sempat minta bantuan orang disitu untuk ambilkan gambar Syah seperti diatas tu. Sebelum balik Muss call katanya hendak ke Ampang, rumah Kak Ngah dan Syah kata tak mengapa lah Syah tak ikut. Sebelum balik Syah ronda satu tanah perkuburan ambil gambar sebelum jalan kaki ke LRT KLCC balik rumah. Dari LRT Syah naik teksi ke KL Resdience sebab rasa tak sihat sedikit.

Tuesday, November 16, 2010

Sesuatu Yang Memalukan Institusi DiRaja - 16.11.2010

Sebenarnya Syah berasa amat sedih, terperanjat dan terkilan dengan pengakuan seorang Blogger yang memang dikenali ramai kerana mempunyai rancangan bersiri di TV satu ketika dahulu. Beliau memberitahu umum kisah percintaannya dengan salah seorang Mantan Raja Permaisuri Agong. Jika perkara ini benar-benar berlaku, apa yang dikatakkan oleh Blogger berkenaan sepatutnya menjadi rahsia mereka berdua dan bukannya dijaja kepada umum melalui blog beliau. Apa yang ditulis dan gambar-gambar yang dipamirkan memberi imej kurang baik kepada Bekas Raja Permaisuri Agong berkenaan dan Institusi Diraja Malaysia. Jika benar blogger itu sayangkan Mantan Permaisuri Agong berkenaan, beliau tidak akan membuka pekung didada seperti yang dilakukan sekarang atau adakah beliau mempunyai motif tertentu dalam hal ini ?

Syah telah menelefon ke Istana negeri berkenaan dan dimaklumkan bahawa Tuanku Sultan telah dimaklumkan berhubung perkara ini dan mereka buat masa ini tidak boleh memberi apa-apa ulasan lanjut. Lagipun Mantan Raja Permaisuri berkenaan memang tidak pernah dilihat dalam majlis-majlis rasmi negeri berkenaan selepas kemangkatan Paduka Suami baginda.

Salah seorang anakanda Sultan di Utara Semenanjung Malaysia yang rapat dengan Mantan Raja Permaisuri Agong berkenaan memaklumkan kepada Syah bahawa Mantan Permaisuri Agong berkenaan memang mempunyai penyakit misteri selepas kemangkatan Almarhum Paduka Suami Baginda dan juga ada saka. Kadangkala bila penyakit itu datang baginda akan melakukan sesuatu yang bukan dirinya sebenar. Putera Raja ini memberitahu Syah, Blogger berkenaan mengambil kesempatan atas keuzuran Mantan Permaisuri Agong berkenaan semasa mengubati baginda sehingga tersibarnya kisah percintaan mereka yang didakwa oleh blogger berkenaan dihalang oleh ayahanda Mantan Raja Permaisuri Agong Berkenaan.

Syah pasti mungkin ramai diluar sana yang telah membaca blog berkenaan dan Syah berharap supaya anda semua berfikiran positif dan menilai perkara ini dengan waras sebelum membuat sebarang keputusan berhubung isu ini. Maaf kerana Syah tidak boleh menyertakan link blog berkenaan.
SO SORRY

Tak jadi Balik Rawang - 16.11.2010

Hari ini Syah dari KL Residence tetapi sepatutnya Syah balik Rawang Residence semalam tapi tak jadi. Pagi ni Syah tumpang Muss ke LRT Melati coz dia ada appointment di Pusrawi hari ini. Dia cuti rasanya coz Syah tengok dia pakai seluar pendek. Semalam tepat jam 17:30hrs Syah terus keluar office. Tunggu lif agak lama dan bila masuk lif, lif tu macam tak bergerak di aras 9. Agak lama juga tunggu dlam lif. Untuk ada orang lain kalau tidak tak tahulah. Lama selepas tu baru berjalan tapi bukanlah rosak.
Apabila Syah sampai di LRT Kerinchi, Syah lihat orang ramai berkumpul di landasan dan mesti ada yang tak kena nie. Bila LRT sampai Syah masuk dan ada annauncement LRT mengalami masalah teknikal dan akan berhenti lama disetiap stesyen. Sohih lambatlah nie jawabnya. Shuttle train KL-Ipoh bertolak jam 18:05hrs. Sampai KL Sentral lagi 5 minat sahaja keratapi nak jalan, So Syah fikir semula tak jadilah balik Rawang macam ada halangan pula dan malas nak terkejar-kejar. Halangan tu Pertama Lif lambat/tersekat dan kedua LRT tergendala. Macam orang dahulu kala lak Syah nie... tapi tak apa gerak hati Syah kata tak payah balik .............. ikutkan sahaja lah.
Tak jadi balik Rawang, Syah ke KLCC untuk makan Meehon Sup dan Tahu Bakar. Minuman mineral water bawa dari office jer. Banyak pula makan dan Meehon tu memang tak habis coz kenyang dah dengan tahu bakar. Lepas makan terus balik rumah coz sudah masuk Maghrib. Sampai rumah Muss dan Cd tak balik lagi coz keluar beli persiapan untuk Hari Raya Korban. Kat rumah Syah buat sandwich sardin dan ratah sayur kobis. Raya nie Syah tak balik dan stay di KL Residence.

Monday, November 15, 2010

Tah Apa-Apa Insuran Nie - 15.11.2010

Nak Ketawa pun ada Nak Geram Pun Ada. Pasal agen insuran Prudential BSN Syah, Si Saidah Tue. Baru sekejap tadi di call. Jika anda ingat dulukan Syah ada masuk Hospital Sentosa selama 3 hari dan Syah gunakan GL Company Syah. Sehubungan dengan itu Syah boleh claim elaun wad dari Prudential. Claimnya approx RM200.00 jer tapi sampai hari ini tak seattle lagi. Dulu dahlah caj RM48.00 untuk medical report dan sekarang nie nak medical report lagi dari hospital yang sama tapi dari Dr yang Syah tak kenal. Tu Syah angin dengan Saidah tadi dan dia boleh tanya nak teruskan clain atau tidak jika teruskanpun nanti dapat tak banyak sebab tolak medical report caj lagi. Syah cakap susahnya insuran you all nie sampai nak minta sana sini medical report. Saidah kata itu prosidur insuran dan Syah cakap cancelled jer claim tu. Meluat Syah dan malas nak fikir benda yang memeningkan kepala Syah juga inform Saidah akan fikirkan untuk tamatkan Polisi Syah atau Tidak. Nantilah fikir dahulu, Rasa Macam Membazir Duit Jer Insuran Nie ............... Bukannya Membantu Malah Memeningkan Kepala Kita Plak. Choiiiiiiiiiiiiii .................... Hehehehe......

Rezeki Hari Ini - 15.11.2010

Salam semua, Syah minta maaf kerana tak banyak benda yang hendak dikongsi bersama hari ini kerana sibuk dengan tugas-tugas pejabat bak kata orang tua-tua tak menang tangan. Cuma hendak mengambil kesempatan yang terhad ini untuk berkongsi kegembiraan Syah hari ini. Malam tadi ada member minta depositkan RM200.00 dalam akaun sesorang atas urusniaga dia dan Syah dan masukkanpun duit tu pagi tadi. Tengahari tadi ada lah somebody (my relative) SMS me inform dia masukkan RM 1K dalam akaun Syah sebab Syah banyak membantu dia. Itulah rezeki namanya dan Syah tak mengharapkan apa-apa balasan daripada dia. Moral of the story kita hendaklah ikhlas dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Jika kita menolong orang jangan sesekali mengharapkan orang itu mesti membantu kita semula, Tuhan itu maha kaya jika kita bantu orang, orang lain pula akan bantu kita jika kita dalam kesusahan dan orang yang membantu itu tidak semestinya orang pernah yang kita tolong.

Saturday, November 13, 2010

Makan Malam Di O'Briens - 13.11.2010

Petang tadi Muss dan Cd ke Rumah Kak Ngah dan selepas Solat Asar, Syah keluar ke KLCC coz memang ada niat nak ke KLCC sejak pagi tadi teringin nak makan sandwich dan diluar rumah kedengaran kanak-kanak cina bermain menjerit-jerit, bingit telinga tapi biasalah kanak-kanak biarkan sahajalah asal tak ganggu dalam rumah kita udahlah. Masa keluar rumah, guard tanya "mau jogging ker" sebab dia tengok Syah pakai seluar pendek dan Syah jawap Jalan-Jalan. Macam biasa naik LRT dari Stesyen Melati ke KLCC.

Sampai sahaja di KLCC Syah terus ke O'Briens Irish Sandwich Bar yang terletak di Concourse Area Suria KLCC . Untuk dinner Syah makan sandwich jer, Hot Combo Meal yang mengandungi Chicken Slice and Cheddar With Soup of The Day in Cup. Mak aiii........... namanya seindah sandwichnya. Tak ingat soup apatah tadi tapi warna merah, hentam jer lah labu. Syah tak beli minuman kerana memang bawa mineral water dari rumah tadi. Set ini berharga RM15.80. Anda boleh makan sandwich/salad disini atau anda juga boleh memesan melalui talian 1300 30 3000 dan pesanan akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi mereka ditalian 03 9281 3646 atau layari laman sesawang mereka di http://www.obriensonline.com.

Selepas makan dan perutpun kenyang Syah singgah ke Cold Storage beli Bliss Nestle Low Fat Yogurt Drink. Kemudian Syah lepak-lepak diluar sambil memerhatikan air pancut dikolam hadapan KLCC dan melihat gelagat orang ramai. Selepas tu Syah lepaking di Kinokuniya Bookstore Suria KLCC. Syah memang selalu lepak-lepak dikedai buku nie melihat-lihat buku-buku disitu.Disini jugalah Syah banyak beli buku mengenai raja-raja. Selepas waktu Maghrib Syah bertolak balik kerumah dan tiba di KL Residence masa Azan Isyak. Masa balik rumah tadi hujan tengah jalan dan basah sedikt Syah. Guard tengok dia senyum jer.

Sultan Muhammad Ke-V Tunaikan Ibadah Haji - 13.11.2010

Shukur Alhamdulillah pada tanggal 10.11.2010 lepas bersamaan 04 Zulhijjah 1431 Hijrah hari Rabu, Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V dan rombongan telah berangkat ke Tanah Suci Mekah Al Mukaramah untuk menunaikan Ibadah Haji bersama-sama umat Islam yang lain seluruh dunia. Dengan keberangkatan ini Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhmmad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra telah dilantik sebagai pemangku Al-Sultan Kelantan sehingga Paduka Kekanda baginda kembali dari Tanah Suci. Dimaklumkan juga bahawa Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah ke tanah suci pada tahun ini tetapi beliau bertolak berasingan dengan Tuanku Sultan Muhammad Ke-V.

Syah mengambil kesempatan ini mendoakan agar KDYMM Sultan Muhammad Ke-V, YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Rombongan Di Permudahkan Segala Urusan Ibadah Masing-Masing Agar Memperolehi Haji Yang Mabrur - Insyallah.

............................. Dirgahayu Tuanku Patik .................................

Lunch - 13.11.2010

Sekarang jam 13:01hrs dan di radio sedang azan, Muss dan Cd karaok diruang tamu. Kerana mereka sibuk berkara ok mungkin lupa nak kuar makan lah tu, so Syah buka peti sejuk dan makan coleslaw yang Syah buat semalam tu dan 3 keping biskut butter dan sepotong apam balik semalam (elok lagi coz simpan dalam peti sejuk). Lepas tu Syah ambil kobis dan ratah kobis tu macam ulam jer. Tak tahu nak buat apa petang nie dan dengarnya Muss dan Cd hendak ke rumah Kak Ngah di Ampang, mungkin Syah nak ke KLCC kot?

Petang Semalam - 13.11.2010

Petang semalam Syah ke NY berjumpa dengan May. Buat appointment jam 15:00hrs dan selesai jam 18:00hrs. Kebetulan berada di Mid Valley Syah makan di Food Junction coz lunch tadi tak makan..... Lapo Giler. Syah makan Young Tau Foo, Tahu Bakar dan Mineral Water. Young Tau Foo kat sini memang mahal tapi Syah makan juga, Syah ambil Sayur, Mee hijau (bayam), tahu roll, cendawan dan petola sumbat semuanya RM11.60. Tahu Bakar tuRM4.00/set ada dua ketul. Lepas makan sebelum balik singgah kedai kek Jaya Jasco diaras bawah coz kedai tu selalu letak sample kek kat kaunter dia....... apa lagi makan free samplelah tapi sket jer tau. Hahahhahha. Masa pergi naik teksi dan balik naik komuter ke KL Sentral dan LRT dari KL Sentral ke Tmn Melati. Tak tahu nape shuttle bus hari nie macam tak ada jer.

Sampai KL Residence sudah masuk maktu Isyak. Lepas lepak seketika Muss ajak dinner dan Cd tak pergi dan kirim 3 bungkus nasi ayam goreng dan udang goreng tepung coz kawannya Yus dan isteri serta baby nak datang rumah. Kami dinner di Melati Mewah Thai and Western Food berhampiran Medan Idaman, Batu 5, Gombak. Dah lama tak makan disini adalah 7 - 8 tahun rasanya dan datang sini sebab banyak kedai tomyam area KL Residence tutup al maklumlah Raya Haji dah dekat dan kebanyakan tukang masak cuti sambut Raya Haji dikampung halaman mereka di Kelantan ataupun Selatan Thailand. Muss makan Nasi Goreng Pataya dan 10 cucuk Satay daging + ayam serta minum Jus Tembikai. Syah pula order Jus Apple dan makan timun yang ada kat satay Muss tu jer. Udang Goreng Tepung Cd tak ada kerana mereka kehabisan tepung untuk goreng udang tu. Sampai rumah tamu dah datang dan macam biasa mereka bawa apam balik.

Sultan Selangor Batal Kehadiran ke Majlis Ulangtahun Ke-40 Yayasan Selangor - 13.11.2010

Semalam 12.11.2010 Setiausah Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Ramli Mahmud memaklumkan bahawa Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah membatalkan serta-merta hasrat baginda untuk menghadiri Jamuan Makan Tengahari sempena ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dijadualkan pada 15.11.2010. Turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan adalah Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Banir.

Baginda membuat tindakan drastik ini setelah mengetahui kos untuk menganjurkan majlis ini melebihi RM300,000.00. Bagi baginda ini merupakan satu pembaziran yang serious dan tidak sepatutnya berlaku. Baginda menzahirkan rasa terkejut dan dukacita atas apa yang berlaku berlaku memandangkan Yayasan Selangor merupakan badan kebajikan kerajaan negeri Selangor yang bertanggung jawab memantapkan pendidikan anak-anak dari keluarga yang tidak berkemampuan diluarbandar. Baginda menitah sarankan agar jumlah wang sebanyak itu sepatutnya digunakan untuk aktiviti yang lebih berfaedah bagi membantu pembiayaan pelajaran pelajar-pelajar miskin. Nasihat baginda kepada Yayasan Selangor adalah agar lebih perihatin dalam menguruskan wang Yayasan dan memberi fokus atas amanah yang telah dipertanggungjawabkan atas penubuhannya.

Jika mengikut jadual asal, Sultan Selangor telah bersetuju untuk menghadiri Majlis Makan Tengahari sempena Ulangtahun Ke-40 Yayasan Selangor. Majlis akan diadakan di Asrama Yayasan Selangor, Kuala Lumpur di Asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan Norashikin, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada hari Isnin bersamaan 15.11.2010. Berikutan isu ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Selangor telah membatalkan majlis berkenaan.

Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan akhbarnya semalam juga memaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor tidak mengetahui berhubung kos majlis berkenaan. En Ilham Mardzuki, Pengurus Besar Yayasan Selangor memaklumkan bahawa kos sebenar majlis berkenaan adalah sebanyak RM 285,000.00 dan bukannya seperti didakwa melebihi RM300,000.00. Kos berkenaan adalah termasuk kos penyediaan makan minum bagi 2000 tetamu, tetamu khas kenamaan (VIP) seramai 200 orang, sewa khemah, dekorasi untuk majlis, kad jemputan, artis jemputan dan sistem siar raya.

Sultan Brunei Jual Kereta Mewah Baginda - 13.11.2010

Business Insider dalam laporannya bertarikh 11.11.2010 bertajuk An Unnamed Bilionaire is Selling 25 Ferraris, 3 Lamborghinis And A Cizeta melaporkan seorang broker ingin menjual kereta-kereta mewah seorang bilionare yang tidak dinyatakan identitinya. Mengikut laporan tersebut, kemungkina kereta-kereta berkenaan adalah kepunyaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan merupakan salah seorang individu paling kaya didunia. Menurut penjualnya, kereta-kereta ini disimpan disebuah garaj di New Zeland dan ianya ditempah khas terus dari kilang dan pemiliknya tidak pernah memandu kereta-kereta ini atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. Sultan Brunei memang terkenal dengan koleksi automobil mewanya dan memiliki 500 mercedes, 360 Ferarris, 180 Bentleye, 160 Porsches dan baginda dikatakan suka memberikan kereta-kereta mewahnya kepada adiknya Pengiran Jefri. Menurut laporan berkenaan kemungkinan Sultan Brunei menjual kereta-kereta berkenaan kerana ingin memberi ruang dalam garaj baginda untuk koleksi Bugattis terbaru baginda. Ini bukanlah kali pertama Sultan Brunei menjual kereta baginda kerana pada musim panas lepas baginda dilaporkan telah menjual Ferrari F50 baginda.

Gambar diambil dari Business Insider

Dalam laporan itu juga menyatakan kemungkina kereta-kereta berkenaan dijual oleh Pengiran Jefri yang sedang menghadapi kes mahkamah di New York, USA dimana beliau menyaman penasihat kewangannya, pasangan peguam Thomas Derbyshire dan Faith Zaman atas tuduhan mengelapkan wang RM22.4juta kepunyaan beliau dan tindakan saman balas pasangan tersebut kepada beliau sebanyak RM36.8 juta kerana didakwa tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada penasihat kewangannya itu.

Diantara kereta-kereta yang tersenarai untuk dijual adalah Ferrari Model Enzo, F50 dan F40, kereta lumba 575 Superamerica, 512 TR Spyder, 355 Challenge, Lamborghini Diablo SE 30, dua buah Lamborghini Countach 25th Anniversary Edition, dua buah Porsche 964 dan 911 Turbo S Leichtbaus, Nazca Iteldesign V12 dan Cizeta 16.

Tidak diketahui samada betul atau tidak broker berkenaan ingin menjual kereta-kereta Sultan Brunei atau orang lain. Benarkah Sultan Brunei ingin menjual koleksi peribadi baginda sebagai satu pelaburan atau Pengiran Jefri yang menjual kereta berkenaan untuk menampung kos mahkamahnya ......... Tidak siapa yang mengetahuinya kerana iannya adalah PRIVATE & CONFIDENTIAL.

Friday, November 12, 2010

Kes Saman Pengiran Jefri - 12.11.2010

Gambar Diambil Dari KOSMO

Inilah dua individu yang dikatakan telah mengelapkan wang sebanyak RM22.4 juta milik adinda Sultan Brunei, Pengiran Jefri Bolkiah berusia 56 tahun yang terkenal dan dikatakan pernah memiliki 6000 kereta, 600 kediman, sembilan pesawat dan lima bot mewah disamping dicop sebagai sebagai seorang playboy. Mereka adalah Penasihat kewangan Pengiran Jefri iaitu seorang peguam terkenal Britain, Thomas Derbyshire berusia 43 tahun dan isterinya Faith Zaman 34 tahun. Derbyshire merupakan peguan jenayah terkenal dengan pendapatan kelapan tertinggi di Britain sebanyank RM 3.3juta setahun. Mereka berdua menetap di Hampstead, Utara London. Kedua-dua mereka telah diberhentikan oleh Pengiran Jefri pada tahun 2006.

Kedua-dua mereka telah di saman oleh Pengiran Jufri kerana dikatakan mengelapkan RM 22.4 juta wang Pengiran Jufri dan kes ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Manhattan. Pengiran Jefri diwakili peguam Linda Goldstin.


Dalam masa yang sama pasangan ini telah menafikan tuduhan tersebut dan telah menyaman balas Pengiran Jefri sebanyak RM 36.8 juta atas dakwaan Pengiran Jefri tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada mereka sebagai Penasihat Kewangan.

Entry Syah mengenai Kes ini semalam :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2010/11/pengiran-jefri-bolkiah-saman-penasihat.html


Menurut peguam Pengiran Jefri, Pengiran Jefri terlalu percayakan mereka berdua sehinggakan mereka mempunyai kunci Istana-Istana Pengiran Bolkiah tetapi mereka mengkhinati kepercayaan Pengiran Jefri. Maksudnya mereka ini bebas keluar masuk ke kediaman-kediaman Pengiran Jefri.

Baru-baru ini heboh diperkatakan di internet gambar-gambar patung erotik Pengiran Jefri dan seorang perempuan yang dikatakan sebagai tunangnya melakukan hubungan sex. Dikatakan ada 4 buah patung iaitu sebuah patung Pengiran Jefri dan sebuah lagi tunangnya dan dua buah patung lain yang memperlihatkan beliau melakukan hubungan tersebut dengan tunangnya.

Breakfast Today - 12.11.2010

Pagi tadi breakfast dengan JM5 tapi kena makan ubat sakit perut tu pula, so Syah sediakan apple hijau dengan soyabean untuk breakfast jam 11:00hrs nanti. Soyabean tu macam ice blanded pula kerana Syah letak di tempat frozen bila keluarkan tadi dah jadi ice blanded pulak. Syah juga buat Coleslaw untuk lunch nanti dan dah simpan dalam peti sejuk tu. Today Friday dan masa terasa singkat coz nak solat jumaat lagi dan cuaca diluar nampaknya mendung dan pagi tadi hujan lebat. Mungkin hari ini hendak jumpa May Wan di NY Boulevard Mid Valley dah lama tak jumpa dia.

Persiapan Majlis Ibadah Korban Sultan Brunei - 12.11.2010

Hari Rabu ini (17.11.2010) kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau ada juga yang menyebut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Sambutan Aidiladha di Brunei memang meriah seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dan Terengganu berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Setiap kali menjelang Aidiladha, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kaun Kerabatnya akan mengadakan Majlis yang dikenali sebagai Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Beserta Anggota Kerabat. Baginda Sultan dan Kaum Kerabat akan menyembilih haiwan korban pada majlis ini. Majlis korban ini diadakan setiap tahun di Masjid Jame' 'Asr Hasanil Bolkiah selepas Solat Sunat Aidiladha. Sekarang ini para pekerja sedang giat melakukan kerja-kerja pembinaan tempat khas penyembelihan haiwan korban dan "Pentas Diraja" di kawasan letak kereta masjid berkenaan.

MC Today - 12.11.2010

Semenjak petang semalam semasa dioffice kepala Syah sudah mula sakit. Syah singgah di kedai beli panadol sebelum naik LRT untuk balik ke KL Residence. Dalam LRT perut rasa sakit, bukan sakit nak buang air besar tapi sakit kat bahagian perut Syah macam menekan dan mencucuk. Sampai LRT Melati hari hujan rintik-rintik dan Syah malas nak naik teksi coz nak singgah kedai runcit beli limau nipis. So Syah jalan kaki balik rumah dan hujan pun rintik-rintik sahaja. Sampai rumah perut Syah bertambah sakit dan macam ada angin dan memulas. Ingat tak nak ge kelinik tapi takut juga jika sakit lain susah pulak nanti.
Jam sudah hampir menunjukkan angka 21:30hrs dan Syah ketuk bilik Cd tapi tak berjawap dan Syah tahu dia keluarlah tu tapi TV dia tak tutup pula. So Syah buka pintu rumah dan nampak kereta dia sedang parking. Terus Syah keluar dan minta dia hantar ke kelinik dan dia kata ok. Dia inform Syah dia keluar sekejap ke 7E Platinum Walk untuk hantar report tadi. Syah minta dia hantar Syah ke Kelinik Dr Hamidah di Taman Melati kerana itu sahajalah satu-satumya panel kelinik TM yang Syah tahu kat area KL Residence Syah. Syah biasa guna kelinik panel di Menara TM dan TM Annexe 2.
Sampai di Kelinik doktor tanya ada makan apa dan Syah inform ada minum Nestly Bliss Yogurt Drink dan Buah Perun. Katanya memang benda-benda tu boleh menyumbang kepada apa yang Syah rasa sekarang nie. Memang sakit dan senak serta memulas. Doktor beri Syah MC untuk hari ini.
Hari ini Syah ada dirumah sahaja, tadi Syah rasa macam nak terbatuk dan sekarang rasa macam ada benda tersekat dileher bawah kanan Syah. Macam-macamlah kan? Hehehehehe apa-apapun kepada anda semua doakan agar Syah sentiasa sihat yer dan Syah juga sentiasa mendoakan anda semua sihat dan dipanjangkan umur walaupun Syah tak kenal semua anda yang membaca dan mengikut blog ini. Terima Kasih Syah ucapkan kepada semua pengunjung tengkusyah.blogspot.com.

Thursday, November 11, 2010

Hari Ini - 11.11.2010

Hari ini bas ke Pekan Rawang datang awal dari biasa sebelum jam 06:30hrs dan kami semua sampai di Stesyen KTM Rawang jam 06:55hrs. Sampai sahaja KTM, Train Shuttlle dari Ipoh sampai dan Syah berlari-lari touch kad touch & go dan terus berdiri depan landasan dan kebetulan pintu train berhenti depan Syah. Senang jer terus masuk, actually Shuttle Train nie tak perlu berebut coz memang banyak tempat kosong. Perjalanan dari Rawang ke KL Sentral mengambil masa 50 minit dan agak lambat sedikit sampai coz train berjalan perlaha dan banyak berhenti untuk memberi laluan kepada train lain. Dari KL Sentral terus naik LRT Star ke Kerinchi dan sampai office approx jam 08:05hrs.
Hari ini Syah uruskan petty cash office dan buat bayaran kepada anggota dan vendor untuk belian runcit dibawah RM200.00. Hari ini lunch di Noodles Suria KLCC Foodcourt dan makan macam biasa Meehon Soup Sayur dan minuma Nestly Bliss Low Fat Youghrt perisa buah kiwi. Di KLCC tadi sempat lihat Launching Purple Day oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah bt Abdul Rashid Shirlin. Program Charity Purple Day ini diadakan pada 11 hingga 14.11.2010 untuk membantu kanak-kanak Autism dan anda boleh membuat sumbangan dengan membeli t-shirt, mug dan lain-lain di Concourse Area Suria KLCC. Selepas perasmian kami dihiburkan oleh kior kanak-kanak Autism dan rsa macam nak menangis dengar mereka manyanyi. Selepas itu Ning Baizura pula mengambil tempat menghiburkan para tetamu dan masa nie Syah terus ke Foodcourt kerana takut tempat penuh. Balik office singgah di Bazar jualan dan beli kuih. Sekarang jam 18:08hrs dan kepala pula rasa sakit dan berdenyut tak tahu kenapa dan nak balik sekejap lagi. Today Syah balik KL semula. Petang tadi ada buang air besar dan rasa sakit tu datang tapi sedikit sahaja. Tak tahulah tapi tak ada apa-apa kot memang biasa cam tu. Bahagian kelopak bawah mata kiri Syah pula bila Syah bersin macam bergerak-gerak semenjak semalam. Ada masalah sarafnya kot. Biasa juga berlaku tapi bukan masa bersin dan Syah biarkan jer dia hilang sendiri.

Pengiran Jefri Bolkiah Saman Penasihat Kewangannya - 11.11.2010

Adinda Sultan Brunei, Pengiran Jefri Bolkiah telah mendakwa penasihat kewangannya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman di mahkamah New York kerana melakukan pecah amanah dan mengelapkan berjuta-juta wang beliau yang didakwa dilakukan oleh kedua-dua penasihat kewangannya itu pada 2006. Perbicaraan dilakukan di New York pada 09.11.2010 lepas. Pengiran Jefri telah melantik mereka berdua sebagai penasihat kewangan pada tahun 2004 dengan bayaran gaji lumayan untuk menguruskan perniagaan beliau termasuk New York Palace Hotel, rumah agam yang mempunyai 23 bilik di Long Island dan beberapa perniagaan beliau di Vegas.

Gambar terbaru Pengiran Jefri sewaktu istiadat pemeriksaan perbarisan sempena Hari Keputeraan Kekandanya Sultan Brunei baru-baru ini di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

Pengiran Jefri mendakwa Faith menggunakan wang beliau dengan menganjurkan temasya mewah pada hari ulang tahun kelahiran Faith ke 30 serta melakukan pengubahsuaian rumah. Derbyshire dan Fatih dituduh mengelapkan USD 4 juta atau RM12.3 juta untuk membeli 150 buah televisyen plasma untuk Hotel New York Palace melalui syarikat Golden Twist yang dimiliki oleh Faith secara rahsia. Mereka juga didakwa menyeleweng USD 5 juta atau RM15.4 juta atas urusan membeli beberapa buah rumah di California setelah diberi kepercayaan untuk menguruskan empayar perniagaan Pengiran Jefri.

Salah satu patung Pengiran Jefri di rumah agam di Long Island yang tersebar luas di internet sekarang ini.


Hakim Ira Gammerman yang mengadili perbicaraan itu memaklumkan bahawa beliau tidak akan melihat beberapa patung Pengiran Jufri yang sedang melakukan hubungan sex dengan tunangnya kerana iannya tidak berkaitan dan kes ini bukannya kes seks. Derbyshire, isterinya dan Faith telah ditegur oleh hakim kerana mendesak juri melihat patung berkenaan. Pihak peguam pula diingatkan supaya tidak melibatkan kehidupan peribadi mewah Pengiran Jufri kerana iannya tidak berkaitan dalam kes ini.

Wednesday, November 10, 2010

Raja Muda Perlis Hadir Program Bantuan dan Kemanusian ACMS - 11.11.2010

DYTM Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis bersama warga ACMS membuat pemeriksaan perubatan terhadap penduduk.

Pada 09.11.2010 Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis telah menghadiri Program Bantuan dan Kemanusian anjuran Allianze College of Medical Sciences atau ACMS. Program amal ini dijalankan di Kampung Tebing Tinggi, Kangar, Perlis. Baginda dan rombongan sampai lebih kurang jam 15:00hrs dan meluangkan masa melawat penduduk selama lebih kurang tiga jam. Sebelum pulang baginda sempat membelanja pelajar-pelajar dan kakitang ACMS dengan KFC.

Program anjuran AMCS ini adalah bertujuan memberi sumbangan barang-barang keperluan harian, ubat-ubatan, pemeriksaan kesihatan percuma disamping mengadakan aktiviti riadah untuk kanak-kanan dan menyediakan makanan kepada mangsa banjir. Tahniah atas usaha murni Kakitangan dan pelajar AMCS atas sumbangan yang diberikan untuk membantu mangsa banjir.

Yang di-Pertuan Agong Rasmi Hospital Ampang - 10.11.2010


Semalam 09.11.2010 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenaan merasmikan Hospital Ampang. Turut mengiringi baginda adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai. Hospital Ampang ini terletak di Jalan Mewah Utara, Pandan Mewah Ampang, Selangor. Hospital ini telah mula beroperasi seawal April 2006 dengan mempunyai 562 buah katil. Hospital ini merupakan hospital pakar kerajaan dan juga hospital rujukan nasional untuk penyakit sistem darah atau Hematologi. Selepas upacara perasmian rombongan diraja telah melawat Wad Transplantasi Hematologi 7D dan telah diberi penerangan oleh Ketua Jabatan Hematologi Hospital Ampang, Datuk Dr Chang Kian Meng. Perkhidmaan pakar disini adalah dengan rujukan doktor sahaja bermakna anda tidak boleh terus ke Hospitali ni untuk mendapatkan rawatan kerana iannya memerlukan referral letter atau surat rujukan dari mana-mana doktor kelinik terlebih dahulu.

Hari Nie - 10.11.2010


Pagi tadi Syah dari Rawang. Komuter makin lambat pula sekarang, mana taknya dia beri laluan pada keratapi laju daripada Ipoh ke KL dan penumpang tidak dibenarkan naik kecuali yang membeli tiket ETS. Pagi tadi ke bahagian akaun di TM Annexe 2 submit payment. Lunch tadi Syah makan Meehon Tom Yam Putih Sayur, Sayur Bayam dan Fresh Green Apple di Menara TM Foodcourt. Pagi tadi beli Masalodeh RM2.00 for 5pcs. Pagi tadi En Zali daripada Harian Metro call minta ganbar terbaru Syah untuk testimoni JM5. Syah inform hari tu sudah bagi gambar ke HPM tapi katanya dia hendak yang latest. Terus Syah ambil gambar dan sent kat e-mail dia. Tak tahulah ............... jika ada rezeki keluarlah kat Metro . Heheheheh...........

Tuesday, November 9, 2010

Balik Rawang - 09.11.2010

Hari ini Syah balik ke Rawang dan macam biasa dari office ke KL Sentral naik shuttle train KL-Ipoh dan turun di Rawang. Sampai rumah as usual selepas Maghrib. Lepas solat masak Bake Beans untuk dinner. Lepas tu menonton TV sambil online. Lepas tu Syah mandi dan solat Isyak. Sempat panaskan AEL. Macam bengang pula dengan jiran sebelah rumah yang telah pindah. Rumah sebelah nie rumah sewa coz ownernya bertugas di Singapura. Tenant tu berbangsa India dan tadi Syah nampak ada sampah/barang yang dia tak hendak bawa didepan tong sampah rumah tu. Nampak kotor betul dan bersepah. Tak tahulah samada tenant atau saudara tuan punya rumah yang buat benda tu. Belakang rumah pula bersepah daun pokok asam jiran Syah dekat pagar belakang rumah. Tak tahulah mereka ni atau angin yang tiup.

Sambutan Rasmi Presiden Austria di Dataran Parlimen - 09.11.2010

Gambar diambil dari Utusan Malaysia

Semalam 08.11.2010 Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berkenan menyambut ketibaan lawatan sulung Perdana Mentera Austria, Dr. Heinz Fischer dan isteri Margit Fisher ke Negara kita dalam satu istiadat sambutan rasmi negara di Dataran Parlimen. Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Datin Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing. Sebelum tetamu Negara memeriksa kawalan kehormat, lagu kebangsaan kedua-dua negara berkemundang diudara dimainkan oleh pasukan pancaragam dari Rejimen Askar Melayu DiRaja. Dr Fischer kemudiannya memeriksa kawalan kehormat yang dibarisi oleh 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah. Kemudiannya tetamu Negara diperkenalkan kepada menteri kabinet dan diplomat asing. Pada sebelah malamnya pula tetamu Negara telah diraikan dalam satu majlis santapan Negara di Istana Negara yang dihadiri oleh baginda berdua.

Lepas Geram Lunch - 09.11.2010


Hari ini Syah di KL Residence dan petang nanti Syah akan balik ke Rawang hingga hari Khamis. Gambar kat atas tu adalah meja kerja Syah. Saja nak kongsi dengan anda semua suasana tempat kerja Syah di Menara TM .Untuk lunch hari ini Syah keluar office awal iaitu jam 11:45hrs sebab nak balas dendan semalam tak dapat makan Yee Mee Kung Foo. Bengang jer semalam coz ada chinese group yang lepas makan bukan tau nak bangun malah bersembang lama-lama, malas nak tunggu Syah balik office. Hari ini pula ... Nah Kau ............... Syah sorang-sorang jer dalam kedai tu makan. Syah makan Yee Mee Kung Foo (letak ayam dan sayur jer) dan minum Barli Panas. Semuanya RM5.50. Lepas makan Syah singgah di Kanival Jualan di -1 Menara TM dan beli kuih RM2.00 unntuk 5pcs. Syah beli kuih untuk dimakan dalam train balik Rawang petang nanti. Sampai office sambung kerja semula dan makan kuih dan kek yang Siva bawa sempena Deepavali.


Monday, November 8, 2010

Datin Nik Rorhana Buat Laporan Polis - 08.11.2010

Tentu anda semua masih ingat kepada Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman yang telah memfailkan lafaz cerai Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan pada 09.03.2010. Pada malam Sabtu lepas 06.11.2010, beliau telah membuat laporan polis pada jam 11:20pm berhubung penanguhan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu berhubung kes penceraian berkenaan yang sepatutnya diputuskan semalam (07.11.2010). Beliau mendakwa ada unsur-unsur campurtangan pihak tertentu dan penyalahgunaan kuasa dalam mempengaruhi Mahkamah untuk membuat keputusan.

Mengikut Datin, Hakim Mahkamah Syarie, Abdullah Man telah mengadap DYMM Sultan Ismail Petra pada 30.10.2010 di Istana Mahkota untuk mendengar sendiri pengakuan baginda berhubung lafaz cerai baginda terhadap isteri kedua baginda, Elia Suhana.

Beliau telah dimaklumkan oleh peguamnya dari Tetuan Zainul Talha dan Amnir bahawa telah menerima surat daripada Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu yang memaklumkan bahawa keputusan penghakiman berhubung lafaz cerai ini akan dibuat pada hari Ahad 07.11.2010.

Walau bagaimanapun pada 04.11.2010 peguam syarie beliau telah menerima surat yang ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu melalui fax memaklumkan bahawa keputusan penghakiman kes ini yang dijadualkan pada 07.11.2010 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Peguam beliau telah menelefon salah seorang pendaftar mahkamah berhubung penangguhan ini, walau bagaimanapun individu berkenaan mendakwa tidak mengetahui mengenai penanguhan itu dan meminta beliau datang ke Mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu 07.11.2010. Pada 06.11.2010 peguamnya menerima panggilan telefon dari mahkamah syariah memaklumkan penangguhan keputusan mahkamah berhubung kes ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian atas arahan orang atasan.

Berikutan penanguhan ini peguam beliau meraguai surat yang dikeluarkan oleh Mahkamah pada 04.11.2010 berkenaan. Beliau juga berasa hairan kerana penangguhan dibuat pada tarikh Mahkamah bercuti iaitu 04.11.2010 adalah cuti hari peristiwa di Kelantan dan 06.11.2010 adalah cuti umum. Atas keraguan ini beliau telah membuat laporan polis berkenaan.

Tak Jadi Lunch - 08.11.2010


Hari ini Syah lewat masuk office coz perut meragam tapi tak pula ceret berit. Lunch tadi Syah mengidam nak makan Yee Mee Kung Foo tapi bila ke restoran tu di LRT Kerinci orang sudah penuh. Syah tunggu sekejap mana tahu ada orang bangun ker coz sudah makan tetapi mereka bersembang pula. Adalah 20 minit tunggu dan tak bangun-bangun juga group chinese tu jadi Syah bla terus. Sempat beli buah betik. So Syah jalan kaki ke Gerai Penjaja TM dan beli Wade satu dan Masalode satu. Makan sekejap ditaman Menara TM. Lepas tu nak beli air di My News.com dan rupa-rupanya ada jual-jualan kat situ. Syah beli 8 ketul kuih dan makan tepi kolan air pancut sambil minum green tea. Lepas makan ke Kelinik Zariff untuk timbang badan, naik sket la Bro 69kg. Nie yang nak control makan ne................

Sunday, November 7, 2010

Sultan Muhammad Ke-V DiPersembahkan Piala Malaysia - 07.11.2010

Malam tadi (06.11.2010) KDYMM Sultan Muhammad Ke-V telah dipersembahkan buat pertama kalinya Piala Malaysia, piala yang paling berprestij dalam arena bolak sepak negara yang telah dimenangani oleh pasukan bolasepak kelantan pada 30.10.2010 lepas. Kemarau 55 tahun untuk menjadi juara telah direalisasikan oleh Pasukan Red Warrior apabila berjaya menundukkan juara bertahan Negeri Sembilan 2 berbalas 1. Kemenangan ini juga merupakan hadiah sempena pemasyhuran KDYMM Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13.09.2010. Majlis yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Renaissance Kota Baharu itu turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Muss dan Ayahanda Call - 07.11.2010

Shukur alhamdulilah jam 20:35hrs tadi Muss call inform baru sampai di JB dan stay di Hotel Selesa. Muss inform di JB hujan lebat dan Syah bagitau kat KL renyai-renyai sahaja petang tadi. Tak sampai 5 minit pula Ayahanda call dari kampung bertanyakan khabar Syah, tanya sudah makan ke belum dan dia kata jangan diet sangat. Ayahanda juga tanya Muss sudah sampai atau belum dan Syah inform Ayahanda baru sebentar tadi Muss call kata dah sampai JB. Ayahanda Syah dalam satu hari adalah dua atau tiga kali dia call tanya khabar Syah semenjak Syah sakit bulan Puasa lepas.

Chicken Tandoori and Naan Saapda - 07.11.2010

Selepas Solat Asar tadi ingat nak keluar jalan kaki exercise tapi tunggu sekejap sebab menonton cerita Ibuku Mee Segera, lawak giler tapi tak tengok sampai habis coz jam 1800hrs Syah keluar rumah. masa keluar hujan rintik-rintik tapi Syah teruskan juga. Dalam fikiran nak makan ayam tandoori dan roti naan tapi restoran depan rumah tu tak jual pulak hari ini. So Syah jalan kaki ke Medan Idaman. Untuk dinner petang tadi Syah makan Roti Naan, Ayam Tandoori, barli panas dan Green Tea. Syah minta bawang extra sampai dua kali, memang Syah suka makan bawang lebih jika makan ayam tandoori nih. Masa bayar Syah tanya mengapa Restoran Nie Nama Restoran Nasi Kandar Haji Tapah, Mamak tu inform asalnya Restoran ini di Tapah, Perak dan sekarang dibuka di Kuala Lumpur dan dikekalkan nama tu. Restoran ini terletak di Medan Idaman, Gombak Bt 16 tak silap Syah. Selain daripada orang tempatan, kebanyakan pelanggan di restoran ini adalah orang-orang arab dan afrika yang tinggal di apartment atau taman sekitar Medan Idaman. Untuk ayam tandoori, roti naan dan barli tu mereka caj RM8.00 manakal green tu Syah beli di 7E, RM2.40.

Muss Outstation - 07.11.2010

Jam 1500hrs tadi Muss outstation dengan kawannya Zamri, Mula-mula tadi Zamri inform tak jadi bawa kereta dia coz rosak dan minta bawa kereta Muss. Kemudian dia call balik masa Muss sedang hendak load barang dalam keretanya beritahu dia guna kereta isterinya pula. Masa nak bertolak tadi sempat sembang dengan Zamri dan dia inform keretanya rosak dan bawa kereta isterinya. Kereta nie baru balik dari Terengganu semalam katanya coz balik kampung isterinya sempena cuti Deepavali. Hari Jumaat nanti baru Muss balik semula ke KL. Mereka ke Pasir Gudang naik Nissan Grand Livina WTJ 4482. Ok Take care Muss dan Zamri Semuga Perjalanan Kalian Selamat Pergi dan Balik Serta Dipermudahkan Segala Urusan Kalian, AMIN.

PM Dibenarkan Keluar Hospital - 07.11.2010

Shukur Alhamdullilah kerana Perdana Menteri yang amat kita kasihi YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Hari ini. YAB Datuk Seri Najib dimasukkan ke HKL pada 04.11.2010 (Khamis) setelah mengadu berasa tidak selesa pada bahagian perutnya. Setelah menjalani prosidure endoskopi beliau didapat menghidap ulser dan gastritis ringan dan perlu berehat dibawah pengawasaan doktor untuk beberapa hari di HKL. Sebelum itu beliau mengidap cacar air.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Mericam dalam kenyataan akhbarnya hari ini memaklumkan bahawa cacar air YAB Datuk Seri Najib telah pulih tetapi beliau perlu berihat dirumah. Beliau juga didapati menerima respon yang baik terhadap rawatan ulser dan gastritis ringan berkenaan dan boleh menikmati diet biasa beliau sekarang. Sehubungan dengan kondisi YAB Datuk Seri Najib itu beliau telah dibenarkan keluar dari HKL hari ini dan akan menjalani rawatan susulan beberapa hari lagi.

Sultan Kedah Lawat mangsa Banjir - 07.11.2010

Sultan Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Hamimah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir, Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah semalam 06.11.2010. Mengikut statistik Majlis Keselamatan Negara semalam, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan seluruh Negeri Kedah menunjukkan penurunan iaitu daripada 39,743 orang kepada 33,121 orang dengan 90 buah pusat penempatan mangsa banjir beroperasi berbanding 100 sebelum ini. Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memaklumkan bahawa 80% Bandar Alor Star masih lagi ditengelami air dengan beberapa jalan ditutup termasuk Jalan Stadium, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wanjah dan Lebuhraya Darul Aman. Jalan-jalan yang mula dibuka seperti Jalan Raja dari arah Selatan dan Jalan Langgar dari Utara. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar banjir di Kelantan, Kedah dan Perlis beransur pulih.

Aksi Hamster - 07.11.2010

Ini adalah Hamster, salah satu daripada empat ekor kucing Muss. Hamster nie selalu kena marah dengan Muss kerana dia suka mengusik Mona, Blackie dan Noami. Selain dari suka menyakat di nie memang dari kecil lagi suka bergurau tapi masa baby hari tu dialah penakut sangat dengan orang. Kadang kala dia boleh tergaja dari tidur malam dan sampai pagi tak tidur lompat sana sini dalam sangkar. Hamster nie Syah bawa dari Rawang dan ada adiknya tapi dah mati. Hari ini dia buat perangai baru pula tidur bawah pelapik getah. Tak pernah-pernah we all tengok dia buat macam nie kecuali hari ini. Dia masuk bawah pelapik tu dan boleh tidur lagi dalamnya. Muss bengang dan geram jer tengok dia nie. Macam nielah agaknya perasaan ibubapa yang banyak anak dan berbagai ragam untuk diuruskan. Hehehhe ..................................

Brunch dan Muss Outstation - 07.11.2010

Hari ini Muss akan outstation ke Pasir Gudang, Johor. Plan asalnya Muss tak bawa kereta tapi last minute tadi jam 12:30 membernya Zamri call inform kereta dia rosak dan terpaksa pakai kereta Muss. Jam 2:00pm nanti dia datang untuk ke Pasir Gudang, Johor. Pagi tadi Syah ke Pasar Tani dan beli keperluan dapur. Syah belikan Nasi Lemak Sotong + Kerang serta seketul ayam goreng untuk brunch Muss dan Cd. Sampai jer rumah, Syah masakkan Kupang Chinese Style untuk Muss dan makan dengan nasi lemak tu. Syah tak makan coz diet dan ambil JM5 pagi tadi. Lunch nanti baru makan,kalau rajin masak kalau tidak makan buah jer.

Saturday, November 6, 2010

Aktiviti Petang Sabtu - 06.11.2010

Jam 1530hrs tadi, Syah tumpang Muss sampai Wangsa Maju coz Syah hendak ke Citibank manakala Muss dan Cd ke rumah Zul di Sea Park, Petaling Jaya. Masa keluar rumah hari sudah hujan. Dari Wangsa Maju Syah turun Stesyen Ampang Park dan jalan kaki ke Maybank dahulu untuk keluarkan duit kemudian baru ke Citibank. Selepas selesai urusan bayar credit card Syah jalan kaki ke KLCC. Bila sampai jer ke KLCC syah terus ke RHB Bank untuk bayar Kad Kredit RHB. Menurut pekerja bank, RHB di KLCC ini buka 7 hari seminggu dari Jam 1000hrs hingga 1800hrs setiap hari, maknannya tak pernah tutup walaupun hari cuti am kecuali Hari Raya dan Tahun Baru Cina.



Lepas urusan bank Syah ke Surau KLCC untuk solat Asar dan kemudiannya Solat Maghrib pula. Di KLCC tadi ada promosi make-up dari Max dan Syah sempat bergambar dengan model The Battered Ship.Selepas tu Syah ke Signatures Food Court untuk dinner. Hari nie Syah makan Subway Sandwich - Vegi. Sebelum Maghrib Syah ke Kinokuniya sekejap untuk baca buku free sebelum solat Maghrib. Selepas solat Maghrib Syah bali ke KL Residence.

Lunch - 06.11.2010

Sorang kat rumah So............. Syah masak Oat dan Goreng Sayur Kobis + Carrot untuk lunch. Oat tu Syah masak sampai jadi macam nasi. Sayur tu Syah masak tumis dengan ikan bilis dan bawang sahaja. Masa masak Muss balik dan bawakan apple merah dan bukannya hijau sepertimana yang Syah pesan kerana katanya tak ada. Syah ajak dia makan tapi katanya dia sudah makan. So Syah makan apple tu dulu baru makan Oat dan sayur. Minum pula air suam dan green tea.

Dapat Kuih Deepavali - 06.11.2010

Petang semalam semasa di ruang tamu KL Residence Syah terdengar ada orang panggil Abang ......Abang ..... ingatkan siapa rupanya anak lelaki jiran depan rumah Syah. Jiran Syah nie orang India beragama Hindu. Dia hulurkan dua container berisi Muruku, Kuih Rose dan Kacang Campuran. Tetiba emak dia kata saya minta maaf pasal mesin basuh? Hemmmmmm mesin basuh? Dialog dia cam Nie :-
  • Saya Minta maaf pasal mesin basuh depan balkoni awak. Suami saya complain pada Maintenance takut ada nyamuk. Suami saya pernah kena denggi dan semenjak itu dia fobia jika ada sesuatu yang akan menyebabkan denggi. Apa-apa yang dia buat dia selalu basuh tangan.

O IC........ kirannya mereka minta maaf dihari Deepavali macam kita minta maaf masa Hari Raya Aidilfitri. Patutlah Syah perasan mereka sekeluarga tak bertegur sapa dengan we all. Kalau jumpa pun buat sombong dan We all pun buat tak tahulah. Rupanya mereka rasa bersalah kerana suruh maintenance buang mesin basuh lama tu dan ingat we all marah mereka. Cuma Syah selalu tegur suaminya kalau terserempak manakala anak dan isterinya Syah tak pernah tegur kerana anggap mereka tu sombong coz something jer muka depa bila tengok we all. Mungkin Syah selalu tegur suaminya bila jumpa dia, tanya khabar, uncle pergi jogging ker?, kerja mana dan sambut deepavali kat mana menyebabkan dia suruh family dia minta maaf kot?

Syah jawab kat dia :-

  • Kita orang tak kisah memang nak buangpun mesin basuh tu tapi tak tahu macam mana. Its ok. (sambil tersenyum)

Rupa-rupanya masa Deepavali semalam barulah Syah tahu mengapa mereka tu macam sombong dan tak meneguh we all, rupanya mereka misunderstanding ingatkan kami marah pasal mesin basuh tu. Actually kamipun tak kisah bila tengok tiba-tiba mesin tu dah tak ada, memang nak buang pun tapi tak tahu nak suruh siapa angkat. Apa-apapun inilah yang dikatakan semangat 1 Malaysia. Jika anda diluar sana ada masalah dengan jiran buat-buatlah berbincang dengan cara baik dan berterus-terang. Insyallah tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui permaufakataan dalam masyarakat kita yang unik ini yang tidak terdapat dinegara-negara lain didunia ini.

Breakfast JM5 Today - 06.11.2010

Semenjak semalam Syah breakfast dengan JM5 sahaja dan Syah akan ambil JM5 dalam masa 20 hari sahaja. Ialah asik makan jer kan jadi untuk menggurangkan kolestrol yang asik masuk jer tu Syah ambillah JM5. Bila Syah di KL Residence memang tak boleh lari dari makanan coz ada jer makanan didapur we all nie. Nak apa .............. burger, buah-buahan, stock mee goreng dan macm-macam ada cuma rajin tak rajin jer nak memasaknya. Sebentar tadi Muss ke pasar tani Taman Melawati dan ajak Syah sekali tapi Syah inform diet dan dia kata nak kirim apa Syah kata beli apple hijau jer. Hehehehehhe ....................


Friday, November 5, 2010

Mantan Raja Perempuan Kelantan, YMM Raja Perempuan Tengku Anis - 05.11.2010

Mantan Raja Perempuan Kelantan, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis adalah dari keturunan raja-raja Patani disebelah ayahandanya iaitu Tengku Abdul Hamid bin Tengku Muda. Walau bagaimanapun YMM Raja Perempuan Tengku Anis tidaklah boleh dikatakan sebagai seorang Wanita Siam sepenuhnya kerana bonda baginda adalah kerabat diraja Kelantan. Bonda baginda adalah Tengku Azizah bt Tengku Seri Maharaja Tengku Hamzah, Tengku Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Tahukah anda bahawa Tengku Razaligh Hamzah merupakan ayahanda saudara (bapa saudara) kepada baginda. Sehubungan dengan itu janganlah kita menuding jari menyatakan bahawa baginda adalah Perempuan Keturunan Siam sepenuhnya seperti yang dipertikaikan sesetengah pihak atau cerita-cerita yang kita dengar dari mulut ke mulut.

YMM Raja Perempuan Tengku Anis diputerikan pada tahun 1949 di kediaman nendanya di Palm Manor, Kota Baharu Kelantan dan baginda dibesar dan mendapat pendidikan di Kota Baharu Kelantan. Baginda belajar di Sekolah Inggeris Zainab dan lulus Senior Cambridge dan Sijil Persekolah Malaysia. Baginda juga telah mendapat pendidikan agama daripada guru-guru agama yang dibawa khas dikediaman baginda.


YMM Raja Perempuan Tengku Anis semasa Muda

Baginda diijabkabulkan dengan Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra pada 04.12.1968 di Istana Kota Lama, Kota Baharu, Kelantan manakala Istiadat Persandingan Diraja telah diadakan pada 12.03.1969 . Pada masa itu DYMM Sultan Ismail merupakan YTM Tengku Mahkota Kelantan. Dengan perkahwinan ini, baginda telah dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota pada 01.01.1969 oleh KDYMM Sultan Yahaya Petra ibni Sultan Ibrahim dalam satu istiadat ringkas di Balairung Seri, Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan. Pada tahun 1983 baginda buat pertama kalinya menunaikan fardhu haji bersama paduka suami baginda. Baginda bergelar KDYMM Raja Perempuan Kelantan pada 30.03.1980 apabila Paduka Suami baginda dimahkotakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Ahmad Panglima Raja sebagai Al-Sultan Kelantan ke-28. Individu yang bertanggung jawab memahkotakan Sultan Ismail Petra merupakan ayahanda kepada dua orang Sultanah Johor iaitu Sultanah Nora Ismail dan Sultanah Zanariah.
Gambar terbaru YMM Raja Perempuan Tengku Anis semasa diatas tahta Kelantan

Hasil daripada perkahwinan baginda dengan DYMM Sultan Ismail, YMM Raja Perempuan Tengku Anis telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu :-
  1. Tengku Muhammad Faris Petra bergelar KDYMM Sultan Muhammad Ke-V. Sultan Muhammad Ke-V berkahwin dengan Kangsadai Pipitpakdee atau nama Melayunya Tengku Zubaidah bt Tengku Norudin pada November 2004. Tengku Norudin adalah bapa saudara YMM Raja Perempuan Tengku Anis dari keturunan Raja Patani, Selatan Thailand Walau bagaimanapun beberapa tahun kemudian apabila Tengku Zubaidah tidak dilihat lagi dalam majlis-majlis rasmi Istana Kelantan umum mengatakan bahawa mereka telah bercerai. Walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung perkara ini. Ada juga gosip menyatakan bahawa Sultan Muhammad Ke-V sebenarnya telah berkahwin dengan pilihan hatinya sebelum mengahwini Tengku Zubaidah, jika iannya benar mengapa semasa pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V, baginda berseorangan ? Sultan Muhammad Ke-V diputerakan pada 06.10.1969.
  2. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra bergelar Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Fa-Iz Petra. Dilantik pada 18.10.2010 sebagai Tengku Mahkota dan Pewaris Tahta Kerajaan Kelantan berkuat kuasa serta merta. Perlantikan ini telah melakar sejarah kerana buat pertama kalinya berlaku di Kelantan dimana Tengku Mahkota adalah dipilih dikalangan adik beradik Sultan kerana kebiasaannya Tengku Mahkota dipilih daripada Putera Sultan Memerintah. Diputerakan pada 20.01.1974.
  3. Tengku Muhammad Fakhry Petra, Mantan Tengku Temenggong Kelantan yang telah ditarik semua gelarannya oleh Sultan Muhammad Ke-V berkuat kuasa serta merta pada 30.09.2010. Beliau juga turut dilucutkan keahliannya daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Menghadapi masalah dalam rumahtangganya sehinggakan isterinya seorang model Indonesia, Manohara Odelia Pinot melarikan diri kembali ke Indonesia kerana mendakwa didera oleh Tengku Fakhry. Beliau Diputerakan pada 07.04.1978.
  4. Tengku Amalin A'ishah Petri. Seorang Majistret di Kelantan dan merupakan Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Diputerikan pada 26.06.1984.

Pada 13.09.2010 Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 dengan gelaran KDYMM Sultan Muhamad Ke-V menggantikan Sultan Ismail Petra yang telah lama gering. Dengan pemasyhuran ini gelaran Sultan Ismail adalah DYMM Sultan Ismail Petra manakala gelaran baginda adalah Yang Maha Mulia (YMM) Raja Perempuan Tengku Anis ibni Almarhum Tengku Abd Hamid. Baginda tidak boleh lagi menggunakan gelaran KDYMM Raja Perempuan Kelantan kerana gelaran itu dikhaskan untuk suri (isteri) sultan yang memerintah sahaja.

Semasa Paduka Suami baginda diatas tahta kerajaan Kelantan, baginda berada di ranking keempat Senarai Susunan Kekananan Seri paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri dan isteri-Isteri Kepada Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri.

Pada 30.09.2010 DUN Negeri Kelantan telah sebulat suara meluluskan Elaun Khas Seumur Hidup untuk Mantan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan berupa elaun bulanan seumur hidup, sebuah kediaman dan kemudahan-kemudahan lain secukupnya tanpa memberi keterangan secara terperinci kemudahan-kemudahan berkenaan kerana iannya berstatus sulit untuk pengatahuan umum. Keadaan ini membuktikan bahawa KDYMM Sultan Muhammad Ke-V dan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan Dato' Nik Aziz begitu perihatin terhadap kebajikan baginda berdua.


Syah berharap agar YMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis tabah menghadapi apa juga dugaan dalam hidupnya terutama berhubung kes Mahkamah Syariah yang masih belum selesai lagi mengenai kes tuntutan hak madu baginda Elia Suhana Ahmad. Semuga DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis diPanjangkan Umur dan DiMurahkan Rezeki Serta Beroleh Kesihatan Yang Baik. AMIN.

Lunch Wif Cd+Muss - 05.11.2010

Lepas Solat Jumaat Syah, Cd dan Muss lunch sama-sama. Jarang lunch hari Jumaat bersama kecuali today kerana public holiday. Ingatkan nak makan ulam-ulam dan nasi tapi Muss sudah tak ingat kedai tu di Taman Seri Gombak dan dari pada tercari-cari we all makan di tempat yang Cd pernah makan tapi Syah 1st time. Tempat tu dekat LRT Taman Melati jer, Gerai Kuah Sup Island. Gerai nie terletak ditepi jalan bersebelahan pintu masuk ke Perumahan Awam Seri Langkawi 1 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Syah biasa juga melalui kawasan ini terutamanya hari Ahad untuk jogging atau ke pasar malam gombak tapi tak tahu pula ada gerai ini. Rupanya gerai nie tutup jam 05:00pm kata Cd, patutlah bila Syah lalu kawasan ni biasanya jam 06:00pm ke atas dan tak nampak apa-apapun rupa-rupanya gerai tu dah tutup masa tuh.


Syah makan Meehon Sup Tulang dan Air Lai Chee Kang manakala Muss Meehon Sup Tulang, Ayam Goreng dan Laici Chee Kang manakala Cd, Nasi Putih Ikan Masin, Telur Dadar, Ayam Goreng , Sup Tulang dan Laici. Cd dan Muss makan kongsi dan Syah jamah-jamah jer ayam tu. Kena diet juga bro kalau tak badan jadi cam dulu balik. Heheheheh. Kali ini Cd belanja semuanya RM32.00. Masa nak balik kat tepi kereta ada gerai goreng pisang dan kuih muih. Muss dan Cd singgah lagi beli goreng pisang dan kuih muih tapaw bawa balik. Sekarang jam 05:11pm dan Syah hendak solat Asar sekejap..............


Solat Jumaat - 04.11.2010

Hari ini Public Holiday sempena Deepavali dan kebetulan hari Jumaat, so Syah solat dekat area KL Residence Sahaja. Jam 12:45 Syah telah bersiap-siap dan hampir jam satu bertolak ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi di Taman Melati, Setapak berhampiran Stesyen LRT Melati. Masjid nie istemewanya banyak warga asing terutamanya saudara islam kita dari Timur Tengah dan Afrika. Kebanyakan mereka ini bekerja diMalaysia ataupun student Universiti Antarabangsa Islam atau UIA. Masjid nie besar dan ruang solatnya sahaja ada tiga tingkat. Dibahagian luar masjid macam biasa ada orang menjual makanan ada buah-buahan, air, goreng-goreng dan nasi bungkus. Pengemis ........ Pengemis nie memang ada dimana-mana di Kuala Lumpur dan Masjid niepun tak kurangnya kelihatan mereka meminta sedekah. Jika anda ingin melihat sendiri Masjid ini dari dekat sila layaran facebook Syah dan lihat album Syah di FB.

SEKALI PANDANG MACAM HENDSOME JUGA SYAHKAN BERJUBAH BAGAI NIH? Heheheheh Any Comment .............

Aktiviti Hari Ini - 05.11.2010

Asik makan jer dan hari ini nak berdiet plak sket. Pagi tadi ambil JM5 dan tak tahu nak lunch apa tengahari ini. Today public holiday Deepavali. Sekarang jam 12:05hrs dan sekejap lagi nak mandi dan gi Solat Jumaat di Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati berhampiran LRT Melati. Opsssssssssssss actually dari pagi tadi tak mandi lagi. Coz bangun tidur solat, On line jap dan basuh baju. Sebelum sidai baju Syah kemas bilik tido. Muss dan Cd bangun lewat coz tak nampakpun awal pagi tadi coz masing-masing dalam bilik. jam 10:00hrs tadi baru nampak Cd kemas sangkar kucing manakala Muss dalam bilik dia mentenet. Mungkin petang nanti hendak ke Citibank untuk melangsaikan hutang Credit Card yang due datenya hari ini kot? Bayar minuman payment jer .................. Biasalah kan pengguna credit card tegar. heheheheheh.

Najib Masuk Hospital - 05.11.2010

Malam tadi (04.11.2010) YAB Perdana Menteri yang amat kita kasihi, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut setelah mengadu kurang selesa didalam perut beliau. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataannya lewat malam tadi memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib mengalami ulser dan gastritis ringan dalam usus beliau setelah prosidur endoskopi dijalankan. Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya semakin pulih dan akan berada dibawah pengawasan HKL dalam dua atau tiga hari lagi.
Syah dengan rendah diri menyeru agar semua raakyat Malaysia Mendoakan agar Datuk Seri Najib Tun Razak Cepat Sembuh dan Kembali Berbakti dan Memimpin Bangsa dan Negara Malaysia.

Dinner @ Steamboat - 05.11.2010

  • More Pic @ My Facebook Album
  • Facebook - Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj
Untuk Lunch semalam ingatkan tak nak makan tapi akhirnya ke Pusat Penjaja TM juga untuk makan Mee Jawa dan m inum Soya Tin. Lepas office hours ingat hendak belanja Muss dan Cd makan tapi bila Syah call Muss dari dalam LRT tak angkat handphone dan Syah diamkan jer niat tu. Tetiba masa di Stesyen Kampung Baru Muss call dan kata belanja dia makan, Hemmmmmmm........... macam tau-tau jer baca fikiran orang dan Syah kata ok tapi kena fetch Syah di LRT Melati. Syah sampai Melati lebih kurang hampir Maghrib. Dari Melati ke Platinum Walk because nak makan di Steamboat di Restoran FLAMINGO STEAMBOAT yang kami kempunan nak makan since bulan puasa lepas coz asik penuh memanjang. Sampai jer orang tak ramai lagi dan bolehlah kami pilih tempat duduk tapi bila hampir jam 10:00pm orang mula ramai. Makanan kat sini mereka caj RM22.80/pax dan payment termnya Cash jer dan tak boleh pakai credit card. Bila Syah tanya mengapa tak boleh guna card katanya belum diaktifkan lagi. Memang puas hati makan disini kalau nak compare dengan Restoran Nelayan memang jauh lebih sedap. Restoran Nelayan tu sekarang dah tak macam dulu, indah khabar dari rupa jer. Bulan puasa lepas ada makan disana, rasanya mereka kena tukar cara pengurusan steamboat menunya supaya lebih sempurna setanding restoran steamboat lain jika Restoran Nelayan ingin bertahan lebih lama lagi. Jika anda ada masa singgahlah ke Flamingo Steamboat, di Platinum Walk berhampiran Uptown Danau Kota. Best...............