Monday, October 11, 2010

Tuanku Mizan Canselor UPNM - 11.10.2010

KDYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan telah di masyhurkan sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam satu majlis sempena istiadat konvokesyen pertama UPNM semalam, 10.10.2010. Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Permasyhuran baginda telah dibacakan oleh Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi. Dalam istiadat ini,Tuanku Mizan telah berkenaan menerima cokmar UPNM yang berasaskan pedang Zulfikar iaitu salah satu pedang yang pernah digunakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Dalam masa yang sama YTM Datuk Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim (Sultan Kedah) dan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Ghazali Mohamed Seth telah dilantik sebagai Pro-Canselor UPNM. Setelah istiadat pemasyhuran selesai, Tuanku Mizan telah berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana Muda kepada 148 graduan UPNM yang terdiri daripada 144 pegawai kadet dan empat pelajar awam.

Sunday, October 10, 2010

Nenek Askanah Meninggal Dunia - 10.10.2010

Al-fatihah Buat Nenek Angkat Syah, Nenek Askanah yang telah kembali ke Rahmatullah pada Pagi Jumaat bersamaan 08.10.2010 lebih kurang jam tujuh lebih. Allahyarhamah menghembuskan nafas kerana sakit tua dihadapan anak-anaknya dirumah Allahyarhamah di Pontian, Johor. Rumah Allahyarhamah betul-betul dihadapan Hospital Pontian. Semenjak puasa lepas Allahyarhamah sudah mula tidak mahu makan. Allahyarhamah berusia dalam lingkungan 85 tahun sebaya dengan Tun Dr Mahathir. Allahyarhamah memang rapat dengan Syah dan anggap Syah macam cucunya sendiri. Last Syah jumpa dia tahun lepas sewaktu dia datang ke Rumah anaknya, Kak Cik di Rawang. Syah tak sempat hendak ke Pontian cuma bank in kan RM100.00 untuk buat kenduri Allahyarhamah Nenek melalui cucunya Erin. Syah juga sedekahkan Al-Fatihah selepas solat untuk Allahyarhamah Nenek Askanah. Itu sahaja yang Syah mampu lakukan.
  • Marilah kita bersama-sma sedikahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nenek Askanah. Alfatihah............... semuga roh Allahyarhamah Nenek Askanah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan soleh. AMIN.

Teringat Syah, kalau Syah melawat Allahyarhamah di Pontian, Pagi lagi dia sudah kejutkan Syah untuk solat subuh dan dia akan memasak dan Syah kena makan apa yang dia masak, itu mesti. Hehehehe. Dan kadangkala dia suruh Syah belikan di surat khabar kerana nenek memang suka baca suratkhabar sebab tu dia tahu perkembangan dunia dan kadangkala soalan yang dia tanya Syah tak boleh jawap. Sampai sekarang Syah teringat petua yang dia bagi bagaimana nak buat nasi nasi lemak boleh elok dari pagi sampai malam. Rahsia tue ................. Dulu nenek pernah meniaga nasi lemak dan semenjak dia sudah berumur gerai depan rumahnya telah disewakan untuk buat restoran menyediakan makanan seperti ketupat, rendang dan macam-macam ada. Sampaikan orang Singapurapun datang makan di restoran tu sebab tak payah nak tunggu raya untuk menikmatnya - tiap-tiap hari ada. Nenek juga suka tanya Syah bila nak kahwin dan selalu cakap jika Erin kahwin mesti kopun akan Kahwin juga Syah, katanya.

Nenek-Nenek, Nampaknya tak sempat Syah nak jumpa dan cium Nenek macam biasa, tapi itu tak bermakna Syah tak ingatkan Nenek dan Syah akan sentiasa mendoakan Nenek disana dan itu lebih bermakna dari melihat Nenek yang tidak bernyawa lagi. Mungkin Nenek tak tahu yang Syah dan Erin dah tak rapat macam dulu lagi tapi Syah tak mahu beritahu Nenek masa Nenek hidup takut Nenek sedih. Sebab itu Syah tak ikut dia balik pagi Jumaat tu dan dia tak sebutpun pasal nak ajak Syah kesana cuma dia maklumkan Nenek sudah tiada. Syah tak ambil hatipun sebab kita orang memang sudah jauh sekarang, tapi ada juga berjumpa dan berhubung melalui telefon sekali sekala. Tapi Dia ada inform kalau ajak Syahpun takut Syah tak selesa kerana ramai orang dan mereka stay lama di Pontian dan akan balik hari Ahad. Semuga Nenek Aman dan Damai disana. AL-FATIHAH.

Kenduri Kahwin - 10.10.2010

Hari ini Syah tak masak untuk lunch kerana ada kenduri kahwin anak kawan Muss di Taman Ehsan, Kepong. Pagi tadi Syah dan Muss ke Pasar Tani manakala Cd kemas sangkar kuching. Syah beli sarapan kuih manakala Muss beli Nasi Lemak untuk dia dan meehon goreng untuk Cd. Dipasar tani Syah beli kuih dan betik manakala Muss beli keperluan dapur termasuk kepah. Memang tak masak tapi Muss suruh Syah masa Kepah tu dan Syahpun masaklah coz sian dia petang nanti nak outstation ke Pahang.

Tenghari hujan pula dan jam 12:00tgh we all bertolak ke Kepong. Muss cari rumah pengantin ikut peta dalam kad jemputan kerana GPSnya tak dapat cari Taman Ehsan, Kepong. Pelik dan lawak lak rasanya. Adalah 1/2jam dirumah pengantin dan kami pun balik ke rumah. Dapatlah souvenir pengantin dan buah epal serta lollypop yang Syah ambil sepatutnya untuk kanak-kanak. HEhehehhe . Sekarang jam 03:22pm dan Mus sedang tidur manakala Cd menonton TV. Jam 04:30pm nanti kawan-kawan Muss datang iaitu Zamri dan Anis. Kali ini Muss bawa kereta dia pula.

Deco Pagar Istana Nur Nadhirah Dicuri - 10.10.2010

Nak kata heran taklah seheran mana kerana pencuri nie memang tak kenal mangsa dan tak kira siapa. Beginilah yang terjadi kepada Istana Nur Nadhirah yang terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pihak polis yang membuat pemeriksaan rutin sekitar kawasan istana pada hari Khamis lepas bersamaan 07.10.2010 mendapati banyak deco yang berbentuk bunga emas pada pagar bahagian belakang Istana telah dicuri. Pihak polis tidak dapat memastikan bila perkara ini terjadi. Kebetulan pada keesokan harinya Tuanku Mizan dijadualkan bersemayam di Istana itu kerana baginda akan merasmikan upacara perlepasan kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance pada hari Sabtu. Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

Beginilah keadaan deco bunga emas yang telah dicuri di pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu. Dalam gambar (bulatan merah) kelihatan dua kuntum bunga emas sahaja yang tinggal. - Gambar diambil dari Kosmo



Istana Nur Nadhirah merupakan tempat persemayaman (rumah/tempat tinggal) Tuanku Mizan. Nasib baik Tuanku Mizan akan bersemayam disitu pada hari Jumaat dan pihak polis harus memastikan keselamatan sekitar kawasan Istana, jika tidak, mungkin tak siapa yang perasan akan kecurian ini. Nampak macam tiada kawalan ketat di sekitar Istana menyebabkan pencuri ini berani melakukan kerja-kerja bodoh nie. Dianggarkan sebanyak 650 ukiran bunga bewarna emas telah hilang dan setiap satunya seberat 100gm dan boleh dijual dengan harga RM1.50 satu. Mesti pencuri nie kesempitan wang dan sebagaimana yang kita tahu, biasanya orang yang buat kerja nie kebanyakannya penagih tapi dalam kes ini tah tahulah. Ada laporan akhbar menyatakan mungkin pencuri tersilap curi kerana mereka ingat deco itu diperbuat daripada emas, Heheheheh tergelak besar Syah membacanya. Pencuri sekarang pandailah bukannya bodoh, mereka tentu tahu itu bukan emas dan mana ada pagar Istana yang dibuat daripada emas di Malaysia nie. Istana Sultan Brunei idi Jalan Ampang pun bukan dibuat daripada emas inikan pula Sultan di Malasyia nie. Apa-apapun Syah berharap agar setiap Istana perlu dikawal ketat tak kiralah samada ianya berpenghuni atau tidak supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku dimasa hadapan. Pada 26.02.2007, sebanyak 7 buah alat kebesaran dirajaTerengganu didapati hilang kerana dicuri di Istana Malawati, Putrajaya yang merupakan Istana hinggap Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pihak-pihak yang bertanggung jawab terhadap pengurusan dan keselamatan Istana harus BELAJAR dari kesilapan ini supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan bagi menjaga maruah dan martabat Institusi beraja di Malaysia. Keadaan ini seolah-olah memperlekehkan Institusi diraja itu sendiri dan ianya amat memalukan.

Sultan Kelantan Sembelih Lembu - 09.10.2010

Semalan 08.10.2010, Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad ke-V telah berkenan mencemar duli menyembelih seekor lembu di Masjid Muhammadi, Kota Baharu, Kelantan. Baginda berangkat tiba dimasjid berkenaan jam 11:00 pagi. Daging sembelihan akan diagih-agihkan kepada golongan miskin sekitar Kota Baharu. Sebelum ini Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menyatakan bahawa Sultan Muhamad ke-V akan mengagihkan daging kepada fakir miskin seluruh kelantan yang melibatkan 99 ekor lembu sempena keputeraan baginda ke 41 pada 06.10.2010 lepas. Ini adalah permulaan daripada 99 ekor lembu berkenaan. Shukur Alhamdulillah atas kemurahan hati Tuanku Sultan kepada rakyat miskin dan tidak berkemampuan di Kelantan. Semuga Allah melanjutkan usia Tuanku Sultan Muhammad ke-V disamping dapat memerintah Kelantan dengan aman dan makmur. AMIN.

Wednesday, October 6, 2010

Pakatan larikan DYMM Sultan Ismail Petra - 06.10.2010

Heboh dan kecoh di negeri Cik Siti Wang Kembang semalam gara-gara SMS yang memberi amaran bahawa ada pakatan jahat untuk melarikan Mantan Sultan Kelantan DYMM Sultan Ismail Petra ke Thailand melalui jalan darat. SMS itu telah diterima oleh Leftanan Kolnel Zahari Bakri pada jam 09:21am, 21.09.2010 lepas daripada individu yang tidak dikenalpasti identitinya. Baru semalam Zahari yang ditemani oleh salah seorang kakitangan Istana Mahkota membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian jam 10:50am.

Leftanan Kolnel Zahari Bakri - gambar diambil dari Kosmo


Petikan SMS berkenaan :-
  • salam, mohon kawalan ketat dan rapi disempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semuga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan daripada perkara ini berlaku atau di tuduh bersubahat.

Pada 04.10.2010 lalu Zahari ada terbaca mengenai perkara yang sama didalam sebuah laman blog the kelantan insider bertajuk posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand. Sila click link dibawah untuk melihat entry berkenaan.

http://thekelantaninsider.blogspot.com/2010/10/posting-45-sultan-ismail-petra-akan.html

Sehubungan dengan itu beliau telah membuat keputusan untuk membuat laporan polis berhubung sms yang diterima oleh beliau supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kerana perkara seperti ini akan menjejaskan nama baik institusi diraja Kelantan dan menimbulkan kekeliruan/kemusykilan di kalangan masyarakat.

Hari Nie - 06.10.20010

Jam 05:00am Syah sudah bangun kerana today di Rawang Residence, Macam biasa mandi, solat dan bersiap coz jam 06:30am bas akan sampai jika terlepas nampak gayanya lambatlah masuk office coz bas sejam satu. Sampai je KTM, komuter ke KL sudah hendak jalan dan Syah tak sempat naik coz ia berada di platfom yang lain (kena naik tangga) mals nak berlari-lari ditepian landasan keratapi macam hero hindustan. Selepas tu datang train Ekspress dan ETS tapi kami tidak dibenarkan naik, siap mereka jaga lagi pintu train. Tak faham mengapa kerana dulu boleh naik train Ekspress nie. So sampai KL Sentral agak lambat iaitu hampir jam 08:30am. Dari KL Sentral ambil LRT ke Kerinci. Sampai stesyen Kerinci touch n go card tak boleh guna coz power failure dan mereka suruh we all keluar ikut pintu manual dan kad akan disettlekan masa balik office nanti. Tapi lunch tadi Syah ke Ampang Park dan minta staff LRT releasekan kad Syah. Heran juga sebab Syah lihat bakinya RM13.00 coz pagi tadi bakinya RM23.00. Balik dari Ampang Park Syah singgah KL Sentral dan terus ke pejabat Touch & Go. Mereka inform tak boleh buat semakan transaksi dan kena tunggu 48jam baru boleh boleh view perjalanan kita. Mereka mint Syah call atau datang semula pada hari Jumaat. Tak faham tul. Tiba di Kerinci Syah tanya kaunter mengenai masalah nie dan mereka inform tadi mereka release semua kad pelanggan yg ada masalah pagi tadi tanpa caj kami. Entahlah ................
  • Lunch pula, Terlanjur ke KL Sentral Syah ingat hendak makan sandwich Subway tetapi bila teringat tangan mamat nepal tu berdarah masa sediakan sandwich beberapa bulan lepas, tak jadi Syah nak beli. Geli rasanya ...........Heheheheh. So Syah ke food court dan mamam young tau foo dan barli panas. Masa di stesyen Kerinci Syah beli buah jambu batu. Sampai office jer Kak Has offer wade, katanya Fatin belanja. Banyak makan lak? Opsss mesti control kalau tak gemuk balik nampak gayanya nie.

  • Syah ke Ampang Park coz hendak bayar kad kredit Citibank. Syah tak guna mesin tapi buat bayaran di kaunter di Aras 3. Syah bayar RM5K untuk kurangkan bayaran bulanan. Syah hanya bayar satu kad dahulu coz Syah sudah kehabisan limit RM5k pengeluaran sehari untuk keluarkan duit dari ATM Maybank. kad lagi satu esok baru Syah buat bayaran. Lepas nie buat bayaran minimum paymen jer, coz dah murah sedikit kerana dah langsaikan RM5k dan ada ballance RM3k lagi. ............. Kenalah buat cam nie at least kurang juga interestnya.
Hari ini Syah balik KL Residence.

Tuesday, October 5, 2010

Makan Malam @ Azrin Residence - 05.10.2010

Syah sempat berposing di Taman Mini Kak Cik

Malam ini Syah dinner di Azrin Residence. Syah sampai rumah hampir jam 08:30pm. Macam biasa panaskan AEL dan Syah ke kedai runcit semula kerana waktu turun bas tadi Syah beli roti dan tuna tapi Syah tertinggal barang tu di kedai. Pekerja tu senyum jer tengok Syah. Lepas Syah solat, Azrin call katanya baru bangun tidur dan dia hendak mandi, bila makanan dah siap dia call. Sementara tunggu tu Syah mamam 2 keping roti + tuna. Hampir jam 09:30pm baru Azrin call suruh datang makan.
Inilah dia nasi ayam yang dimasak oleh Arep. Ayamnya dia bakar bukan goreng. Ok lah SEDAP Sangat. Arep juga buat kek untuk Azrin sempena birthdaynya. Lepas makan Syah lepak sekejap dengan Bak dan Kak Cik, Arep serta Azrin. Tak lama lepas tu Syah minta diri untuk balik ke Rawang Residence dan minta Azrin tunggu depan rumah dia coz Syah terlupa bawa hadiah birthday dia. Jarak rumah Syah dengan Azrin cuma tujuh buah rumah sahaja. Actually Syah beri dia RM120.00 untuk beli baju di Zara coz Syah tak tahu nak belikan dia design apa coz dia nie cerewet skit pasal pakaian jadi lebih baik bagi dia duit dan dia pilih sendiri. Sebelum Syah balikAzrin sempat tunjukkan kereta baru Bak menggantikan kereta Iswara Aerobik lamanya. Bak beli Kereta Proton Saga BLM Special Edision 1.3 warna merah. By the way Bak tu Ayah Azrin dan sudah pencen.

Lunch dan Balik Rawang - 05.10.2010

Ingatkan hari ini nak lunch roti dengan tuna tapi bila Syah ke MyNews.com dan Bakit Enterprise ada benda yang Syah nak tak ada so Syah ke TM Food Court di Aras 3, Menara TM. Syah makan macam mee kung foo guna hot plate tue tu tapi alamak manis pula rasanya. Minuman pula barli panas. Semuanya RM5.00, oklah tapi makanan tu kalau 5 bintang Syah hanya beri 2 bintang sahaja. Lagipun macam ada yang tak kena jer dengan makanan tue, next time x de ler jawapnya.

Today Syah balik ke Rawang Residence. Malam tadi Azrin inform Syah, semalam dan hari ini dia ada company meeting. Call Azrin banyak kali daripada pagi tapi tak berjawap dan last call hampir jam 04:00pm lebih baru dia angkat dan inform ada di Selayang on the way balik Rawang. Ingatkan nak tumpang dia balik tapi tak mengapalah ......................... no hal punya, FAHAM sangat masalah dia dengan dot..dot..dot tue, nanti gaduh pula, sian dia ............. Lagipun KOMUTER kan ada.

Din Last Day @ Menara TM - 05.10.2010

Pagi tadi selepas balik dari TM Point Syah jumpa Din atau nama sebenarnya Ruzauddin Zaini tolak troli sorang-sorang dan ada PC atas troli tu. Bila Syah tanya hendak kemana dia jawap TM Annexe 2. Kesian Syah tengok Mamat nie lalu Syah offer diri tolong dia hantarkan PC tu ke TM Annexe 2 coz Syah tahu jalan kat sana macam mana sebab selalu ke TM Annexe 2 atas urusan akaun. Din. Din ... Din ...... macam manalah awak nak tolak troli atas jalanraya dan kemudiannya mendaki bukit dan naik tangga untuk ke TM Annexe 2 tue. So Syah cadangkan jangan guna troli, dia bawa CPU dan Syah bawa Monitor, Keyboard dan wayar PC. So Syah dan Din jalan kaki sahaja ke TM Annexe 2. Adalah 1/2 jam kat office baru Din, sebab dia nak setup PC tu semula. Actually esok Din akan bertugas sepenuh masa ditempat barunya di Aras 16, TM Annexe 2 di Bahagian CSOC (Customer Service Operation Center), Syah dengar dia beritahu kakitangan disana. Ok DIN Best of Luck Bro....... jangan lupa kami di Menara TM yek? Nampak gayanya Izat makan sorang-sorang jer lah lepas nih coz kat TM Annexe 2 pun ada tempat makan sendiri dan salah satu tempat makan tu tokenya Latif Ibrahim, pelakon era 70an dan abang kepada penyanyi popular Dato' Khatijah Ibrahim. Kadangkala Syah juga ada minum-minum disitu dengan Kak Yam, adalah sekali sekala terjumpa Latif Ibrahim tetapi isterinya memang selalu ada kat situ.

TM Online Streamyx - 05.10.2010

Sekarang Syah berada di TM Point Menara TM, hendak apply streamyx dan netbook package untuk staff TM bagi KL Residence. Untung ada display computer di TM Point yang boleh digunakan oleh pelanggan, So ambil kesempatan update blog coz masa menunggu lama lagi. Sekarang giliran 2011 dan Syah pula 2016, memang sure lama punya coz kaunter proses permohonan pelanggan.

Sebenarnya pagi tadi sudah datang dan bila Syah berurusan di kaunter 1, mereka maklumkan ada dokumen yang tak lengkap iaitu surat pengesahan TM, Semalam masa ambil borang di kaunter pelanggan mereka tak inform pula mengenai surat kelulusan ini. Disebabkan misscommunication nie, Syah terpaksa ke Bangunan TM Annexe 2, Aras 14 untuk berjumpa person incharge bagi mengeluarkan surat berkenaan. So jalan kaki dari Menara TM ke TMAnnexe 2. Prosesnya sekejap jer just beri nama dan no IC mereka keluarkan surat. Surat ini untuk memastikan tiada pending payment kat akaun kita. Kalau ada mereka tidak akan benarkan kita mengambil Staff Package nie dan kena seattlekan dulu pending tu.

Dari TM Annexe 2 Syah jalan kaki semula ke TM Point Menara TM. sampai je terus ambil nombor giliran dam minta borang autopay kerana syarat untuk mendapatkan netbooknie kena buat autopay samada potong gaji atau credit card. Sekarang tengah menunggu giliran sambil update blog. Jam 09:30am dan nombor yang dipanggil adalah 2013 dan Syah kena tunggu 2 orang lagi dan tak tahulah berapa lama lagi sebab kaunter proses permohonan nie memang lama untuk proses permohonan seseorang pelanggan.
Staff TM Point yang memproses permohonan Syah.... BILA dia tengok IC Syah dia kata tak percaya dengan umur Syah.. I Senyum jer U Hehheheh Jangan Jelouse Ijat

Actually Syah masukkan streamyx di KL Residence coz tension dengan broadband Celcom yang kadangkala ada kadangkala tiada macam iklan biskut oreo. Disebabkan Syah staff TM jadi gunalah kemudahan yang ada untuk staff. Talian telefon Syah memang sudah ada cuma ambil Streamyx Combo 1Mbps Staff Package dan bayaran bulanannya RM66.00 dan kemdiannya Syah cuma tambah RM10.00 selama 3 tahun untuk dapatkan Streamyx Netbook Staff Pack. Package ini hanya untuk kakitangan TM sahaja yer ............. Heheheheh

Jam 09:40pm tadi nombor giliran Syah dipanggil dan mereka proses permohonan Syah. Jam 09:50am selesai. Mereka maklumkan pemasangan dalam masa seminggu dan minta Syah call 100 atau 2241 1188 untuk mengetahui status mengenai permohonan ini. Kaunter inform tidak dapat print comfirmation slip kerana ada masalah online tetapi semua maklumat telah diberi pada Syah.

Ok Syah hendak naik semula ke office untuk sambung tugas. Jumpa lagi dilain entry .......................

Azrin Birthday - 05.10.2010

Today Azrin Birthday 05.10.1977. Call dia tadi dan katanya dia tidur rumah adiknya Firdaus di kauters polis Cheras coz esok nak cepat ke office kerana ada meeting since yesterday. Esok dia balik ke Rawang dan invite Syah makan nasi ayam malamnya dirumah dia. Kebetulan esok Syah balik Rawang Residence dan Insyallah Syah akan datang jika tiada halangan. So happy birthday Azrin semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin,

Dinner - 04.10.2010

Masa lunch tadi just makan roti coklat sahaja coz Syah ke Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Berhad, di Balai PNB, Jalan Tun Razak kerana hendak buat buku ASB baru kerana buku Syah telah hilang dan Mamat (anak saudara) pula perlukan duit RM20K untuk downpayment kereta baru dia. Hendak tak Nak kena buat buku baru kalau tak macam mana nak withdraw duit. Keluar office hampir jam 12:00tengahari, Syah naik LRT ke Ampang Park dan kemudian jalan kaki ke PNB yang terletak bersebelahan Lembaga Tabung Haji. MakAiiii........ lamanya menunggu dan orang ramai, hampir jam 02:00pm baru siap. Jika dulu proses hilang buka lagi panjang tapi sekarang sudah mudah dan tak perlu ke Pesuruhjaya Sumpah kerana ianya akan diuruskan oleh mereka, cuma kita perlu sediakan wang proses RM20.00, salinan kad pengenalan depan/belakang dalam A4 size. Selepas buku dikelurkan, pengeluaran hanya boleh dibuat dalam jangka waktu 10 hari tetapi kalau urgent kena buat surat rasmi kepada mereka untuk pengeluaran segera. Tadi kerani kaunter minta Syah buat surat masa tu juga dikaunter dan katanya esok boleh keluarkan duit. kalau tak ada surat tu kena tunggu 10 hari. Heheheheh.....
Masa balik dari office singgah ke KLCC, ingatkan hendak beli baju untuk hadiah birthday Azrin tapi tak jadi coz datang idea nak bagi dia duit dan suruh beli baju sendiri kerana dia nie cerewet sedikit pasal pakaian. Lepas tu Syah naik ke RASA food court dan makan Meehon Sup, special sket coz Syah minta dia letak meehon, sayur, tahu dan cendawan. Resipi asal bukan macam tu tapi Syah nak sayur jer jadi kena ubahsuai sedikit tapi harga tetap sama lah. Kemudian Syah beli Barli Panas semuanya RM 8.30, Barli tu RM1.80 dan meehon RM6.50. Balik rumah ada kawan Cd datang dan tidur kat rumah. Cd buat meehon sup juga. Mula-mula tak nak makan coz kenyang tapi makan juga akhirnya. Hehehehehe.......... hilang diet dan lepas tu Syah ambil green tea kongsi dengan Muss.


Monday, October 4, 2010

Raja Muda Perlis Rasmi i-Play Toy Library - 04.10.2010

Semalam 03.10.2010, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuaku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan Sudut Perpustakaan Permainan atau lebih dikenali dengan i-Play Toy Library di Perpustakaan Awam cawangan Simpang Empat, Kangar, Perlis. Turut mengiringi baginda adalah Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Dalam majlis ini, baginda telah memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM6,350.00 beserta 5,180 buah buku baru dan terpakai hasil dari sumbangan masyarakat di Perlis melalui Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada Norma Mohd Darus, Pengarah Jabatan Perpustakaan Negeri Perlis. Dalam titah baginda, baginda menyatakan bahawa perkhidmata ini telah dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk mengunjungi perpustakaan disamping mencadangkan agar perkhidmatan ini diperluaskan lagi dengan memperkenalkannya kepada semua perpustakaan bergerak.

Gambar diambil dari Kosmo


i-Play Toy Library ini telah buat pertama kalinya telah diperkenalkan oleh Yayasan EMKAY pada 2006. Yayasan EMKAY telah ditubuhkan pada 12 Januari 2001 oleh pengasasnya, YBhg Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar dan isteri, YBhg Puan Sri Datin Hajah Wan Nong Wan Ibrahim untuk melaksanakan kegiatan amal dengan hasrat membantu mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik terutama mereka yang berada diluar arus pembangunan. Program bantuan yang dilaksanakan terbahagi kepada 6 kategori utama iaitu kesihatan, pendidikan, keagamaan, sukan, bantuan pembangunan kemasyarakatan dan ehsan serta usaha-usaha ke arah peningkatan kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.

Berbalik kepada i-Play Toy Library atau Perpustakaan Permainan tadi, ianya memang unik dan diwujudkan bertujuan untuk :-

  • Menggalak dan membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran dan perkembangan minda mereka melalui bermain.
  • Menerapkan nilai-nilai murni untuk membentuk generasi baru yang lebih seimbang dan sempurna dari segi emosi, Rohani, intelek dan jasmani.
  • Menjana pembangunan awal kanak-kanak.

Setakat ini terdapat 26 buah i-Play Toy Library diseluruh Negara iaitu diPerak 10, Perlis 4, Selangor 4, Pulau Pinang 2, dan sebuah di setiap negeri seperti, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur.

Sunday, October 3, 2010

Dinner - 03.10.2010

Petang tadi Syah jalan kaki dari KL Residence ke Pasar Malam Batu 16, Gombak. Saja jalan-jalan kat situ coz dah bertahun tak menjenguk pasar malam nie dan selain daripada tu kira exerciselah. Hehehhehehe............ Sudah berubah tempatnya dan peniaga tidak seperti dahulu ramai. Actually nak makan laksa tapi tak ada gerai yang sediakan tempat makan. Syah beli kuih jer. Dari pasar malam Syah ke Medan Idaman dan singgah di Restoren Nasi Kandar Deen dan makan Mee Goreng Mamak dan Barli Panas. Lepas makan terus jalan kaki balik semula ke KL Residence dan tiba KL Residence sudah masuk waktu solat Maghrib. Sebelum buat entry nie Syah makan nasi impit dan serunding daging kemudian ambil green tea.

Gelaran Diraja Mantan Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan - 03.10.2010

Sebenar tadi Syah menelefon Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan untuk mengesahkan sebutan yang betul untuk Mantan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan kerana dalam akhbar ada yang Syah lihat mereka menulis gelaran Tengku Anis sebagai Raja Perempuan Kelantan Anis Abdul Hamid yang mana tidak ada gelaran Tengku didepannya. Rasa pelik ini menyebabkan Syah terpanggil untuk mengatahuinya sendiri dari pihak Istana. Sepatutnya Syah bercakap dengan bahagia Protokol tetapi tiada yang menjawab panggilan mungkin tiada staff disana lalu Syah minta bercakap dengan CC. Gelaran Mantan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan adalah seperti berikut :-

  1. DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
  • Jika dahulu baginda menggunakan gelaran KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sekarang DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sahaja. KDYMM hanya digunakan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Kelantan sekarang KDYMM Sultan Muhammad Ke-V.
Manakala gelaran permaisuri baginda adalah

  1. YMM (Yang Maha Mulia) Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Jika dahulu baginda menggunakan gelaran KDYMM tetapi sekarang hanya YMM sahaja dan tiada perkataan Raja Perempuan Kelantan hanya Raja Perempuan sahaja.
Syah berharap dengan penerangan ini akan memberikan kita gambaran sebenar gelaran yang sepatutnya digunakan oleh baginda berdua dalam setiap penulisan/urusan rasmi kita supaya tidak terdapat kepelbagaian gelaran yang kita guna atau reka sendiri. Semuga DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik. AMIN.

Lunch at KL Residence - 03.10.2010

Pagi tadi Muss dan Cd ke pasar di Taman Melati dan Syah tak ikut kerana kemas rumah. Untuk lunch hari ini Syah masak Ketam Black Paper. Muss masak Lala Favourate dia manakala Cd goreng ikan. Cd dan Muss sediakan bahan-bahan untuk memasak.Inilah menu untuk lunch di KL Residence hari ini. Lala Masak Pedas, Ulam Kacang Botol, Timun Jepun (timun ketot tue), Daun Selom, Ketam Masak Black Paper, Ikan Merah Goreng dan Budu. Masak ala kadar sahaj untuk makan sendiri al maklumlah orang bujang tetapi bukan bujang lapok yek? Hehheheheheeh.............. more pic at my Facebook. Syah makan dulu yer?

Tuanku Mizan Berangkat Ke Majlis Konsert Simfoni Amal Diraja - 03.10.2010

Semalam Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Konsert Simfoni Amal DiRaja bertema "Harmoni Itu Indah" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) . Konsert ini diadakan bagi tujuan membantu golongan yang layak dan memerlukan bantuan selaras dengan tujuan asal YDSM diwujudkan pada 19.07.2005 iaitu untuk merealisasikan iltizam Tuanku Mizan berbakti kepada rakyat yang layak dan memerlukan. Antara artis yang menjayakan konsert ini adalah Alyah, Fazli Zainal, Farhan AF, Jay-Jay dan Yasin Sulaiman dengan diterajui komposer terkenal Manan Ngah. Keberangkatan Tuanku Mizan ke konsert anjuran YDSM telah diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


YDSM telah mengadakan banyak aktiviti memanfaatkan rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu. YDSM sentiasa menyokong dan membantu pengekalan identiti seni dan budaya bagi menjamin kesinambungan seni negeri Terengganu. Selain daripada itu YDSM turut membela nasib anak yatim, ibu tunggal, petani dan nelayan yang memerlukan bantuan. Sudah hampir satu tahun lebih sepatutnya YDSM mengeluarkan buku mengenai Sejarah Kesultanan Terengganu, walau bagaimanapun sehingga sekarang buku tersebut tidak dapat ditedarkan lagi atas sebab-sebab tertentu yang memerlukan penyemakan semula. Syah telah booking buku ini melalui YDSM tetapi hingga sekarang bila Syah hubungi mereka, buku berkenaan tidak dapat dikeluarkan lagi ..................... Bilalah agaknya kami semua dapat menatap buku yang telah dilancarkan oleh Tuanku Mizan itu?

Saturday, October 2, 2010

Happy Birthday TYT Tun Ahmadshah - 02.10.2010


Sempena ulangtahun rasmi Tuan Yang Terutama Negeri Sabah hari ini, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah telah menganugerahkan darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Majlis ini diadakan di Istana Negeri. Sambutan ulang tahun rasmi kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah, yang biasanya diadakan setiap tahun pada 16 Sept, telah ditukarkan kepada Sabtu pertama pada bulan Oktober mulai tahun ini kerana tarikh berkenaan berselisih dengan tarikh cuti umum 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, PM kita.

Sakit Syah - 02.10.2010

Hari ini lepas buang air kecil tak sakit tetapi sakit tu datang kemudian dan agak lama dari biasa jika dulu 1 minit sekarang boleh dikatakan lebih lima minit. Tak tahu mengapa tapi pagi tadi Syah kemas rumah, Mop lantai , alihkan perabut dan cuci tandas dan bilik air. Mungkin tak boleh buat kerja berat agaknya kot? Masa sakit tadi Syah ke kedai juga ikut Mus dan CD untuk potong kaki seluar jeans Syah tapi kedai tue tutup. So Syah temankan Cd dan Muss breakfast. Syah minum Air Barli Panas sahaja dan lepas tu suruh mamak tu bungkus satu lagi untuk bawa balik. Depa pula, Muss Roti Canai, Telur Separuh Masak 2 biji dan Teh Ais, Cd pula Tosei, Ayam Goreng dan Teh Panas. Cd nak cari nasi lemak tapi tak ada. Banyaknya mereka makan. Hehehehheh................... Semuannya RM10.90, Cd bayar.

Balik dari Mendan Idaman Muss dan Cd jumpa baju kemeja Cd yang hilang dalam bakul motor jiran atas rumah. Dia buat pengelap motor. Muss dan Cd kata nak inform Shaari (jiran) just nak beritahu sahaja. Syah rasa mungkin dia tersalah angkat, tapi sepatutnya dia kena letakkan diampai semula kalau bukan dia punya dan bukan buat pengelap motor coz baju tu baru lagi. Tak tahulah mungkin salah faham kot?

Sekejap lagi nak bersiap coz Firdaus, adik Azrin nak buat open house di kuarters Polis dia di Cheras. Syah mandi dan buang air kecil dan rasa sakit tu datang semula macam tadi, masa Syah lap badan, rasa nilu, pedih dan gatal. Masa update blog nie sakit tu dah hilang. Ya Allah mengapa lah nie agaknya. Ubat Kelinik Zarif ada lagi dan malam nanti baru habis. Keadaan ini membuatkan Syah murung dan tak ada mood. Tapi Syah kena kuatkan semangat untuk melawan semua tue. Doakan Syah sihat yer Semua. Terima Kasih atas doa kalian.


Friday, October 1, 2010

Tengku Zherie Last Day - 01.10.2010

Hari ini Tengku Zherie datang jumpa Syah di Menara TM. Actually katanya jam 11:00am nak datang tapi dibatalkan kerana dia hendak fetch kekandanya yang datang dari Terengganu untuk menghantar dia balik ke London pagi esok. Disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini dia jumpa Syah jam 03:00pm. Approx 03:00pm di datang dan Syah belanja dia minum di San Francisco Cofee @ ground floor of Menara TM. Adalah hampir satu jam Syah berborak dengan Zehri. Syah minum jer, Icelandic lemon dan Zehri Ice Moca dan sandwich, semuanya RM35.20.
Flight Zehri jam 01:20am dan jam 11:00pm nanti dia akan bertolak ke KLIA. Jam 11:06pm tadi Syah call katanya sedang makan dengan familinya di restoran dan lepas tu baru bertolak ke KLIA. Dia makan favourate food dia nasi dan Mayo, macam tak percayakan tapi itulah yang dia makan masa di London katanya. Pada Zehri nak kerja di luar negara tu ok tapi kalau boleh janganlah bermastautin terus di negara orang yer, ingat negara kita Malaysia dan banyak orang yang kita sayangi berada disini. Satu hari nanti baliklah ke Malaysia.Gambar diatas tu souvenir dari Zehri iaitu buku biography Prince Harry dan Novel Twelve Times Blessed karya Jacquelyn Mitchard dalam bentuk kaset,1st time tengok ada novel dikasetkan, agaknya satu cara baru selain daripada membaca, kita dengar jer kaset. Hehehhehe. By the way thanks bro, really appreacite it.

Komen Tengku Fakhry - 01.10.2010

Gambar lama Sultan Muhammad Ke-V semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan dan Tengku Muhammad Fakhry Petra semasa menjadi Tengku Temenggong Kelantan.


YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra telah mempersoalkan penarikan balik Gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan Darjah kebesaran beliau oleh kekanda sulungnya Sultan Muhammad Ke-V yang berkuat kuasa semalam 30.11.2010. Dalam komennya beliau menyatakan ianya sepatutnya tidak berlaku kerana pemasyuharan dan perlantikan Sultan Muhammad Ke-V itu sendiri masih dipertikaikan di mahkamah oleh paduka ayahanda mereka, Sultan Ismail Petra. Sehubungan dengan itu, sepatutnya semua pihak harus menghormatinya dengan tidak membuat apa-apa keputusan.

Elaun Mantan Sultan Kelantan Dilulus DUN - 01.10.2010

Mantan Sultan Kelantan
Sultan Ismail Petra ibni Al-Marhun Sultan Yahaya Petra

Shukur Alhamdulillah kerana elaun seumur hidup Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahaya Petra telah diluluskan dalam Persidangan Khas DUN yang diadakan semalam 30.09.2010. Sebelum ini ada ura-ura yang menyatakan bahawa persidangan ini akan diadakan pada 27.09.2010 iaitu Isnin lepas dan Syah sentiasa menunggu keputusannya tapi rupa-rupanya persidangan khas DUN ini dilangsungkan semalam. Dalam persidangan tersebut, dua pindaan enekmen berkaitan elaun kerabat diraja dan peruntukan untuk Raja Perempuan telah diluluskan sebulat suara oleh semua ahli DUN termasuklah dari pihak pembangkang Barisan Nasional yang terdiri daripada enam orang wakil. Enakmen terlibat adalah : -

  • Enakmen Elaun-Elaun Kerabat DiRaja (Pindaan No.2) 2010
  • Enekmen Peruntukan DiRaja Bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Bagi Negeri Kelantan (pindaan) 2010.

Kedua-dua pindaan enakmen itu telah dicadangkan oleh YB Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan telah disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Menurut MB, pindaan tersebut bertujuan membolehkan mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan mendapat elaun khas selepas pemasyuharan anakanda baginda, Sultan Muhammad Ke-V pada 13.09.2010 lepas.

Mantan Sultan Kelantan akan menerima elaun bulanan seumur hidup, sebuah kediaman dan kemudahan-kemudahan lain secukupnya. Mantan Raja Perempuan juga akan menerima elaun bulanan seumur hidup. Menurut speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, jumlah elaun Sultan Ismail tidak kurang daripada separuh elaun yang diterima oleh baginda semasa diatas tahta. Walau bagaimanapun jumlah elaun berkenaan dan kemudahan-kemudahan yang akan diterima oleh Mantan Sultan Kelantan tidak akan diumumkan secara terperinci kepada umum kerana ianya adalah dibawah status sulit.



Thursday, September 30, 2010

Tuanku Mizan Berkenan Menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam - 30.09.2010

Malam ini Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam bertjuk Penghayatan Syawal-Pasca Ramadan dan juga Hari Raya. Program terbitan RTM itu berlangsung di Balairung Seri Istana Negara ditayangkan secara langsungn oleh RTM1 ke seluruh negara. Panel jemputan pada malam ini adalah Mufti Kedah, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad dan Professor Madya Dr Sharifah Hayaati yang merupakan seorang pensyarah Jabatan Siasah Syariah, Universiti Malaya.

Breakfast, Lunch & Dinner - 30.09.2010

Pagi tadi untuk breakfast Syah ambil 2 biji pisang coz nak makan ubat. Pisang nie Syah beli kat pasar malam area Stesyen LRT Taman Melati. Masa lunch tadi Syah ke Masjid Jamek, ingatkan tak nak makan tapi bila lalu McDonald teringin pula. Sudah lama tak makan McD nie, coz diet tapi sekali sekala tak per. Syah ambil Set McValue Lunch - McChicken, Sprite without ice dan Fries, RM6.25 nett. Malam nie pula Syah makan mee goreng basah yang Syah masak sendiri.Syah makan dengan my bro, Muss manakala Cd keluar makan dengan member-member dia di Nelayan Titiwangsa.

Syed Nasrul Faisal Meninggal - 30.09.2010

Ingat tak entry Syah bertarikh 25.09.2010 bertajuk Kemalangan di Jalan Duta


Rupa-rupanya mangsa tersebut adalah kakitangan di Syarikat Syah bekerja TM. Beliau adalah Allahyarham Tuan Syed Nasrul Faisal bin Syed Mahmud yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Teknik daripada Unit DDN Development, Core Tx/DDN & Wireless, IT&NT, Menara TM berumur 31 tahun. Allahyarham meninggal dalam kemalangan pada malam 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H jam 10:30 malam akibat kemalangan jalanraya. Jenazah Allahyarham telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2 Gurap, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh Perak sebelum waktu Asar pada 25 September 2010. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Inilah gambar Allahyarham dan keadaan kenderaan Allahyarham semasa kemalangan yang Syah terima daripada E-Mail seorang kawan.

Dalam entry Syah tu, Syah kata Jalan Duta tapi sebenarnya Lebuhraya Mahameru. Allahyarham dikatakan baru sahaja lepas minum dengan kawan-kawannya di Mutiara Bangsar iaitu 3km dari tempat kejadian. Allahyarham memandu Proton Perdana bewarna merah. Kejadia berlaku apabila sebuah kereta Toyota Harier dikatakan dipandu laju dari arah Jalan Tun Razak telah terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan kemudiannya melayang ke arah bertentangan. Kebetulan kereta Allahyarham tiba dan dirempuh keseluruhannya disebelah kanan oleh Toyota Harrier berkenaan. Mangsa telah cedera parah dan meninggal ditempat kejadian. Pemandu Toyata dikatakan telah melarikan diri. Kemalangan ini telah melibatkan lima buah kenderaan. Keadaan waktu itu hujan.

Gelaran Tengku Temenggong Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra Ditarik - 30.09.2010

YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Mantan Tengku Temenggung Kelantan


Berita Terbaru dari Negeri Cik Siti Wan Kembang bahawa Sultan Muhammad ke-V telah menarik balik perlantikan dan penganugerahan gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) kepada adindanya YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra berkuatkuasa mulai hari ini 30.09.2010. Surat pemakluman telah diserahkan kepada YAM Tengku Fakhry melalui kakitangan Istana Mahkota jam 10 :00am tadi. Selain daripada itu Sultan Muhammad ke-V juga turut menarik semula tauliah perlantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi). Sehubungan dengan itu YAM Tengku Fakhry tidak boleh lagi menggunakan gelaran Tengku Temenggung Kelantan. Kenyataan berhubung perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam satu sidang akhbar dipejabatnya hari ini.

Wednesday, September 29, 2010

Selesai Urusan Hari Ini - 29.09.2010

Shukur Alhamdulillah everything settle today. My nephew Hasif @ Mamat fetch Syah pagi tadi untuk ke Rawang Residence agak lewat dari jadual yang sepatutnya jam 10:00am but it is a small matters jer tu.We all sampai dengan AEL hampir jam 12:30 tengahari dan jalan agak sesak ke Rawang Residence (RR) kerana waktu ibu bapa hantar anak sekolah petang. Jalan masuk ke RR ada 3 buah sekolah. Hehehehe bayangkan lah macam mana sesaknya laluan waktu nie. Sampai di RR Syah nampak Azrin baru tiba dan parking kereta. Syah minta Mamat horn dan Azrin datang. Syah minta tolong dia hantar ke Stesyen KTM Rawang sekejap lagi dan dia inform boleh tapi jam 02:00pm kerana hendak hantar Bak ada appointment di Kelinik Kerajaan di Rawang.

Mamat @ KL REsidence

Sampai RR Syah sempat sapu lantai car porch dan dalam rumah, kemas barang yang hendak dibawa ke KL dan cari buku ASB dan tak jumpa. Leka cari buku tu tak sedar sudah hampir jam 01:45pm dan Azrin call suruh datang sekarang juga sebab appointment Bak jam 01:00pm. Terus tergesa-gesa keluar takut Bak lambat pula nanti. Azrin leka bersembang dan tak lalupun KTM dan Syah inform dia turunkan sahaja di McDonald dan Syah dan Mamat jalan kaki ke KTM. Sampai KL Sentral hampir jam 03:00pm dan call Muss dan Muss minta Syah tunggu di KL Sentral Departure, pada mulanya ingatkan hendak naik LRT. Muss hendak ke Nilai 3 tapi Syah ajak dia jumpa kawan dia yang jual kereta kerana Mamat hendak beli kereta. So we all ke Jalan Semarak dan berbincangan dengan Abang Hamzan. Mamat serahkan semua dokumen untuk diproses untuk buat loan dan inform Abang Hamzan downpayment 20K untuk kurangkan bayaran bulanan. Mamat hendak beli Satria Neo. Dari Semarak terus balik ke KL Residence dan Mamat relex sekejap dan lepas tu balik ke Sunway. Syah solat dan Muss kemas sangkar kucing kerana sebentar lagi nak keluar minum petang walaupun jam sudah hampir 06:00pm. Selepas kemas kucing Cd pula balik dan we all tunggu Cd mandi dulu sebelum keluar. By the way, terima kasih Mamat, Azrin dan Muss kerana memudahkan urusan Syah pada hari ini.

UL - 29.09.2010

Today Syah urgent Leave coz ada urusan peribadi di Rawang Residence. Sekarang sedang tunggu anak saudara Syah Hasif. Janji jam 10:00am dan sekarang 11:48 tak sampai-sampai lagi. Jam 10:00am tadi call dia tak jawab, rupa-rupanya belum bangun tidur lagi. Hehehhehe ..........Actually Muss ada appointment di Pusrawi dan Syah minta dia hantar ke Rawang, mula-mula dia kata ok tapi lepas tu lain pula ceritanya. Malas nak bising, buat tension jer dan menambahkan sakit Syah. So call Hasif malam tadi dan kebetulan dia cuti hari ini dan petang nanti dia hendak survey kereta yang hendak dibelinya. So Syah minta dia tolong dan dia kata ok.


Keadaan kesihatan Syah macam biasa sekejap sakit sekejap elok tapi taklah sakit sangat, mungkin beransur pulih kot?. Sakit nie kadangkala kata orang jangan difikirkan sangat nanti melarat. Pagi tadi masa buang air besar dan kecil macam biasa tak sakit tapi lepas tu bila buang air besar/kecil sekali lagi dan sakit tu datang balik. Sakit sekejap jer. Kepada anda semua mohon doakan Syah sembuh yer.

Sultan Johor Rasmi Bangunan Baru TNB Muar - 29.09.2010

Semalam, 28.09.2010, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim telah berkenan mencemar duli merasmikan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Muar. Menurut Pengerusi TNB, Tan Sri Datuk Leo Moggie pembinaan bangunan TNB ini adalah kerana pertambahan penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat didaerah ini. Buat masa ini terdapat tujuh pencawang masuk utama yang berfungsi menyalurkan elektrik ke seluruh daerah Muar yang meliputi kawasan Sungai Abong, Bentayan, Maharani, Sungai Balang, Bukit Naning dan Bukit Serampang dengan permintaan maksimum 123,73 megawatt. Mengikut statistik pada 31.08.2010, pengguna didaerah ini adalah melebihi 191,000 pengguna dimana 82% merupakan pengguna kuasa besar, 17% pengguna domestik, 0.27% pengguna komersial, 0.72% pengguna industri dan 0.02 % pengguna lampu jalan. Sebenarnya permintaan atau kehendak maksimum penggunaan elektrik pada 31.08.2010 adalah 298 megawatt dengan jumlah purata jualan RM41.8 juta. TNB katanya akan memulakan projek pembinaan punca bekalan elektrik baru iaitu Pencawang Pembahagi Utama di Pencawang Masuk Sungai Abong yang dianggarkan bernilai RM20 Juta tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2013. TNB juga telah memperuntukkan RM 10 juta bagi melaksanakan 28 projek didaerah ini tidak lama lagi ternasuk 37 projek penambahbaikan sistem yang dilaksanakan tahun lepas dan tahun ini dengan kos RM7Juta.


Ku Li Akan Rampas Kerusi Galas - 28.09.2010

Tahniah dan Syabas kepada semangat Kerabat DiRaja Kelantan ini, MP Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang berazam untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Kerusi DUN Galas kosongkan akibat kematian penyandangnya, Allahyarham Che Hashim Sulaima, 46 kelmarin 27.09.2010 kerana barah paru-paru yang dihidapinya hampir setahun yang lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 04:30pm di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas lima hari dimasukkan ke hospital berkenaan. Sebelum ini Allahyarham dikatakan mendapat rawatan secara tradisional sekitar Kuala Lumpur semenjak 14 September lalu. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri dan 12 orang anak berumur diantara enam bulan hingga 19 tahun. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan malam semalam di Kampung Kerinting, berhampiran rumah isteri pertamanya. Al-Fatihah untuk Allahyarham Che Hashim Sulaima, Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama Orang-Orang Yang Solleh. AMIN.
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
MP Gua Musang, Kelantan

Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa dia akan bekerja keras bersama pemimpin lain bagi menentukan kerusi DUN Galas yang telah dimenangi oleh PAS dalam Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 646 undi itu kembali semula ketangan Barisan Nasional (BN). Tambah YBM lagi, UMNO Gua Musang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadapi Pilihan Raya kecil berkenaan dikawasan yang pernah menjadi kubu BN itu. Buat masa ini YBM sedang berada diluar negara atas urusan penting yang perlu diselesaikan dan telah menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awal sehingga beliau kembali semula ke Kelantan dalam waktu terdekat ini.

Tips untuk mengelakan Perut Buncit - 29.09.2010

Tips ini Syah ambil dari FB Entry Kak Roha Top dealer Herba Prima (Produk Keluaran Datuk Dr Rozmey atau lebih dekenali sebagai DDR) untuk dikongsi bersama anda semua. So kepada anda yang ingin menurunkan berat badan dapatkan diet Jusmate 5 untuk merealisasikan impian anda menjadi kenyataan seperti yang berlaku pada Syah. Terima kasih Kak Roha dan DDR yang banyak membantu Syah mencapai apa yang dicita-citakan. Jika anda semua bermint dan ingin membuat pertanyaan mengenai produk ini boleh hubungi Syah di 013 335 2102 atau sahiyar@tm.com.my

1 - Makan Dengan Perlahan

Elakkan makan secara berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dihadam sempurna akan menimbulkan banyak gas. Ketika anda menelan terlalu gelojoh, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Oleh yang demikian duduklah ketika makan dan kunyahlah (dan telan) makanan secara perlahan-lahan.

2 - Kurangkan Pengambilan Garam

Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terase penuh dan buncit.

3 - Jangan Minum Arak

Aku tahu, sebagai umat Islam memanglah tidak boleh minum arak kerana agama sudah menegahnya, tapi peringatan ini ditujukan khas buat mereka yang bukan beragama Islam. Jangan minum arak jika anda tidak mahu perut anda buncit.

4 - Jangan Minum Teh

Daun Teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan mengeras dan sukar dicerna.

5 - Jangan Tidur Selepas Makan

Makanan yang baru diambil pastinya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan boleh mengakibatkan penghasilan gas dan ketidakselesaan perut. Beri masa kepada perut sekurang-kurangnya 2 jam sebelum melabuhkan kepala di atas bantal.

6 - Jangan Mandi Selepas Makan

Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan perjalanan sistem pencernaan anda. Seboleh-bolehnya mandilah dahulu sebelum makan.

7 - Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah ini dengan minum lebih banyak air. Ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan hanya akan menyebabkan perut menggelembung jika kekurangan air.

8 - Hindari Sembelit,ambil lebih serat

Sembelit, atau bahasa pasarnya 'penyakit susah nak berak' hanya akan membuatkan stok tahi berkumpul-kumpul dalam usus. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

9 - Bersenam

Bersenam membantu menggerakkan cairan (fluid) dalam perut, disamping meningkatkan lagi kecekapan sistem pencernaan. Fokus kepada senaman berorientasikan aerobik (kardio).

10 - Rajin-rajinlah bersendawa

Namun tak bermaksud anda boleh bersendawa dihadapan rakan-rakan, teman lelaki/wanita yang baru dikenali, atau di tempat-tempat awam kerana amalan tersebut sungguh tidak senonoh. Cover cover lah sikit ok?

Tuesday, September 28, 2010

Ke Kelinik Zarif - 28.09.2010

Sebelum lunch tadi Syah ke Klinik Zariff dan tunjukkan kepada doktor report daripada Sentosa Medical Center. Doktor beri ubat antibiotik yang kuat sedikit katanya - Augmantine 625mg yang perlu Syah ambil 2 kali sehari selama lima hari. Doktor inform tunggu minggu hadapan dan jika keadaan masih sama baru dia buatkan referral letter ke Pakar sekali lagi. Selain daripada itu Dr Fqaridah beri ubat demam, ubat untuk ulser dan ubat titik mata Allergocrom. Actually ubat mata yang dia hendak berikan sudah habis, so di tukarkan kepada Allergocrom dan katanya akan rasa pedih sedikit.

Mimpi Syah - 28.09.2010

Semalam Syah bermimpi macam ada benda dalam gelas dekat syah berisi macam asid tumpah tapi Syah tak sedar. Walau bagaimanapun asid tu tak kena Syah kerana ianya terus mengalir keluar ke pintu bersama air yang mengalir. Lepas tu Syah terjaga.

Pagi nie pula Syah mimpi rasa macam di stesyen LRT/Monorail dengan Azrin. Syah naik train ke platform atas dan azrin kat platform bawah. Kemudian dia naik keatas ikut Syah. Syah pijak satu bahagia tepi landasan dan Syah lihat kebawah rasanya macam Syah berdiri atas sekeping kayu nipis dan kat bawah tu macam gaung yang dalam. Dalam hati Syah kata untung tak jatuh dan Syah beralih ke tempat yang selamat. Lepas tu Syah terjaga.

Sakit Syah - 28.09.2010

Sekarang sakit bila hendak buang air kecil atau semasa buang besar telah beranusr pulih since hari Jumaat lepas. Shukur alhamdulillah minta-minta sembuh sepenuhnya. Rasa nilu tu adalah, kadang kala kat bahagian pinggang ke bawah. Tetapi pagi nie rasa sakit tu datang semula selepas buang air kecil sebentar tadi. Tak tahulah ........... Semalam tak sihat sebab mulut kena ulser dan demam. Hari ini Syah sudah masuk office dan sekarang Syah rasa macam nak demam pula.

Raja Muda Perlis Melawat Cina - 28.09.2010

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah mengetuai deligasi kerajaan negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam lawatan kerja ke Cina bermula 20.09.2010 hingga 27.09.2010. Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu dan Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Iskandar Sarudin. Dalam rangka lawatan kerja ini, Tuanku dan rombongan telah mengadakan lawatan ke masjid-masjid dan bertemu dengan masyarakat Islam di Shanghai, Xian dan Beijing. Baginda juga menemui usahawan-usahawan dan ahli perniagaan Islam China, ahli-ahli perniagaan Malaysia di Cina dan para pelajar Malaysia di Cina. Baginda dan rombongan juga sempat meluangkan masa melawat Tembok Besar Cina dan Muzium Terracotta di Xian, melawat Expo Shanghai 2010 dan melancarkan promosi masakan Perlis di Tianyu Gloria Grand Hotel di Xian pada 22.09.2010. Sebelum mengakhiri lawatan kerja ini, baginda telah berkenan melawat pejabat Hal Ehwal Luar (FOA) Kementerian Pertahanan Nasional Cina pada 26.09.2010. Dalam lawatan ini baginda dan rombongan telah diberi taklimat berhubung operasi FOA oleh Mej. Gen. Jia Xioning. Baginda dan rombongan telah selamat pulang ke Malaysia semalam 27.09.2010.

Sunday, September 26, 2010

Cd Open House - 26.09.2010

Sorry guys, today busy sedikit tak dapat nak update blog banyak-banyak because bantu Cd buat Open House @ KL Residence. Baru start sebentar tadi. Cd panggil member dan staff dia di 7E Area Ampang tempat lama dia dulu. Today menu, Laksa, Nasi Impit/Lemang, Nasi Putih, Paprik, Gulai Lemak Ketam, Kari Ayam, Sup Ekor, Lala Masak Pedas, Asam Pedas Ikan, Serunding Daging, Keropok Lekor , Sayur Lemak dan Buah Tembikai. Syah hanya masak Paprik dan Ketam sahaja. Penat lah coz dari pagi tadi lagi kemas satu rumah.

Saturday, September 25, 2010

Sultan Brunei Menghadiri Mesyuarat Ketua Negara ASEAN-USA - 25.09.2010

Ketibaan Sultan Brunei di John F Kennedy International Airport, New York

Semalam 24.09.2010 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah selamat tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN-Amerika Syarikat kali kedua. Mesyuarat diadakan pada hari berkenaan di Hotel Waldorf Astoria, New York dan telah dipengerusikan oleh Presiden Nguyen Minh Triet dari Vietnam, selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Barack Obama. Di Mesyuarat ini, kalangan ketua negara ASEAN dan Amerika Syarikat dijangka menumpukan perbincangan mengenai langkah-langkah bagi mempertingkatkan dan mengeratkan lagi dasar Amerika Syarikat terhadap hubungannya dengan ASEAN. Turut serta adalah Perdana Menteri Malaysian yang amat kita kasihi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Naib Presiden Indonesia Boediono, Presiden Laos Choummaly Sayasone, Presiden Vietnam Nguyen Minh Triet, President Filipina Benigno Aquino III, Menteri Luar Myanmar U Nyan Win, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva.

Jiran Angkat Kain - 25.09.2010

Sekaran jam 04:52pm dan Syah hendak solat Asar sebentar lagi. Sebenarnya asik leka update blog, Syah tak sedar hujan kat luar rupanya. Actually Syah sedar hujan bil hendak start AEL untuk panaskan enjin dia. Syah lihat ada baju dibalcony. Rupa-rupanya jiran Syah dari kaum India yang tinggal di tingkat atas tu angkatkan baju-baju Muss yang Syah cuci pagi tadi. Kebetulan Syah di balcony dan dia panggil dari atas dan tanya Syah tertidur ker dan Syah angguk sahaja sambil ucapkan terima kasih. Tak sangka dia angkatkan kain tu. Kadangkala memang kita tak pernah terfikir untuk angkatkan kain jiran kita bila hari hujan dan yang kita tahu hanya kain basuhan kita jer kan....... heheheheh Inilah yang dimaksudkan 1 Malaysia nie kan.

Ok lah nak solat dulu.