Sunday, September 19, 2010

Sakit Syah - 19.09.2010

Mengenai sakit Syah ianya semakin berasnsur sembuh dan kadang kala rasa sakit tu ada juga. Sebelum Asar tadi Syah biang air kecil dan rasa sakit demula, lepas tu Syah buang air besar dan kecil dan still rasa sakit. Sakitnya bisa dan pedih. Tak tahu nak buat apa diam kan sahaja coz rasa sakit tu akan hilang sendiri. Sekarang Syah di CC Tbunt Network, Platinum Walk, Setapak untuk update blog dan Facebook coz broadband Celcom Muss bawa outstation dan Broadband Maxis pula Syah tersalah set. Sepatutnya selepas buat setting untuk searching internet Syah kena tunggu sms tapi terlupa terus on. Habis RM10.00 dalam masa kurang dari 10 minit kot. Heheheheh kesilapan teknikal.

Syah @ Pavi Ngan Muss dan Cd - 19.09.2010

Petang semalam Muss hendak ke Citibank dan lepas tu ke Rumah Kak Ngah Faziah untuk ambil cermin matanya yang tertinggal tapi separuh jalan baru perasan dia tak bawa kad Citibank dan malas nak berbalik semula ke rumah. Kebetulan Cd call member dia dan member dia inform hendak ke Pavillion KL ada fashion show. So Syah dan Cd ajak Muss ke Pavillion. Lagipun dah lama we all tidak kesana. Sementara menunggu function tu start we all makan di food cort Pavi.
Inilah dia function yang Syah maksudkan tu. MASIF 2010 yang diadakan di Pavillion KL. Mak Aiiii ............... Hem no comment ... hehehehhe. Best Giler. Ada fashion show dan juga persebahan daripada artis Indonesia, Filiphina, Thailand dan Malaysia. Dari Malaysia Datuk Khatijah Ibrahim. Wow power habis suara dia, MC malam ini Yasmin Yusuff. Tetamu VVIP adalah Ku Ashman atau YAM Dato Seri Ashman Shah ibni SUltan Azlan Shah tetapi wife dia tak nampak pula malam nie. Selepas function habis hampir jam 10:00pm tak silap Syah dan diluar Pavi ada konsert rock tapi we all tak tunggu coz nak balik cepat.





Saturday, September 18, 2010

Sultan Kelantan Solat Jumaat - 18.09.2010

Gambar diambil dari Berita Harian
Kiri Sekali adalah Tengku Bendahara Kelantan dan disebalah beliau adalah Al-Sultan Kelantan

Semalam (17.09.2010) Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Muhammad Faris Petra telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Baharu, Kelantan. Ini adalah solat Jumaat pertama baginda selepas Tuanku Muhammad Faris Petra dilantik dan dimasyhurkan sebagai Al-Sultan Kelantan yang ke-29 pada Isnin lepas bersamaan 13.09.2010. Turut mengiringi adalah adinda baginda, Tengku Bendahara Kelantan, YTM Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad yang telah dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana semalam memaklumkan bahawa pejabat Sultan Kelantan telah menerima banyak ucapan tahniah daripada rakyat yang menyatakan sokongan dan taat setia mereka kepada Al-Sultan Kelantan yang baru. Shukur Alhamdulilah sa sama-samalah kita doakan agar Tuanku Muhammad Faris Petra dapat memerintah negeri Kelantaan dan tanah jajahan takluknya dengan aman dan damai. AMIN.


............... DIRGAHAYA TUANKU PATIK ..............

M Rajoli meninggal Dunia - 18.09.2010

Semua orang kenal M Rajoli, dari budak-budak sampailah yang sudah berumur. Beliau merupakan seorang pelakon serba boleh dan dapat menghayati setiap watak yang diberikan kepada beliau tak kiralah sebagai orang miskin, orang kaya, lelaki tua yang miang, ahli korporat mahupun pak imam. Pagi tadi lebih kurang jam 01:00am, Syah terdengar berita di Astro mengenai pemergian M Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohd Zain. Terperanjat juga Syah mendengarnya tapi apa-apapun ajal, jodoh, maut dan pertemuan telah ditentukan oleh Yang MAHA ESA. Allahyarmah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang pada jam 10:45pm disisi isteri pertamanya Hashimah Mohd Din dan anak bungsunya Muhd Arif. Anak jati Pasir Mas, Kelantan ini mula bergiat dalam bidang seni pada tahun 1964 dengan memegang watak kecil sebagai pengesek biola dalam filen Ibu Ayam arahan Allahyarham Salleh Ghani. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri iaitu Hashimah Mohd Daud dan Wan Cik Daud bekas pembaca berita RTM, empat orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) serta tujuh orang cucu. Lebih sedih lagi, semalam cucu Allahyarham telah dilahirkan lebih kurang jam 12:00 tengahari. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat sebelum Zohor hari ini. Allahyarham meninggal duni dalam usia 64 tahun setelah disahkan menghidap barah otak tiga tahun lepas dan kaser berkenaan telah melarat hingga merosakkan saraf Allahyarham menyebabkan Allahyarham lumpuh seluruh badan dan terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.

Al-Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.

Friday, September 17, 2010

Pengelola Istana Diraja Kelantan Warded - 17.09.2010


Syah selalu mengelarkannya sebagai orang kuat Istana Kelantan iaitu Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Dato' Abdul Halim Hamad. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Baharu, Kelantan semenjak malam Rabu lepas 16.09.2010. Pada pagi berkenaan beliau mengadu sakit kepala dan kepenatan sewaktu hendak bertolak ke pejabatnya di Istana Balai Besar lalu ke pusat perubatan berkenaan untuk menjalani pemeriksaan. Doktor telah menasihatkan agar beliau berehat di hospital buat sementara waktu. Beliau mengaku semenjak akhir-akhir ini terlalu sibuk dengan tugas yang harus diselesaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kadangkala tidak sempat berehat. Malam tadi, Al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah mencemar duli meluangkan masa melawat Dato' Halim di hospital berkenaan dan baginda mendoakan supaya Dato' Halim semuga cepat sembuh. Menurut doktor yang merawat beliau, Dato' Halim tidak mengalami sebarang masalah pada jantungnya dan berada dalam keadaan stabil. Beliau akan dibenarkan keluar dari hospital dalam waktu terdekat ini.

Thursday, September 16, 2010

Majlis Perpisahan Dato' Ku Jaafar - 16.09.2010

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei dan juga merupakan adinda Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Isteri Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, telah berkenan mengadakan Majlis Santap Tengah hari bagi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Dato Ku Jaafar Ku Shaari serta isteri, Datin Zakiah Dato Haji Alias dan Duta Besar Thailand, Phithak Phrombubpha serta isteri, Prapassorn Phrombubpha yang akan menamatkan perkhidmatan mereka di Brunei. Majlis diadakan di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan semalam bersamaan 15.09.2010. Dato Ku Jaafar Ku Shaari berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam sejak Ogos 2007.

Muss Open House - 16.09.2010

Banyak benda nak dikongsi dalam blog tapi semenjak dua menjak nie Celcom Broadband kat area KL Residence Syah macam ada problem jer ... lambat dan tak boleh nak searching. Semalam Muss buat open house untuk keluarga terdekat jer di KL Residence. Dari waktu lunch sampailah jam 10:00pm dan penat rasanya. Masa lunch tu dia buat untuk member-member office dia sahaja dan pada sebelah petangnya baru family datang. Menu biasa sahaja - Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Set Nasi Lemak, Sambal Sotong Kering, Serunding Daging dan waktu malamnya pula Syah buat Mee Goreng Basah. Untung ada Nadia & The Geng tolong tapi Nadia tolong sampai majlis selesai. Selepas habis kemas, Cd dan Nadia ke rumah Kak Ngah Faziah pula coz nak bantu Kak Ngah buat preparation open house dia today.

Cd, Mus dan Baby Nana di Ruang Tamu KL Residence.

Wednesday, September 15, 2010

Sultan Brunei Melawat Makam - 16.09.2010

Semalam 15.09.2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke Majlis Tahlil bagi kedua Paduka Ayahanda/Bonda Baginda, iaitu Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja. Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien mangkat pada 7 September 1986 dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit pula mangkat pada 13 September 1979. Keberangkatan Baginda ke Makam telah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.
Majlis bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan tahlil dan doa tahlil yang dipimpin Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned. Selepas itu baginda.Selepas itu Baginda telah berkenan menjirus air mawar (di Brunei dipanggil air asah-asahan) ke makam ayahanda dan bonda Baginda, diikuti oleh anakanda-anakanda dan adinda baginda iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

Pelantikan dan Permasyhuran Sultan Muhammad Faris Petra dipertikai - 15.09.2010


YTM Tengku Marjan binti Al-Marhum Sultan Yahya, Bonda saudara Al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra menggangap perlantikan dan perasyhuran anakanda saudaranya sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 sebagai tidak sah. Alasan Tengku Marjan adalah bahawa perlantikan Tuanku Sultan tidak memenuhi syarat dan melanggar perlembagaan. Katanya, Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta. Beliau menyifatkan sesiapa yang terlibat dalam menyingkirkan Sultan Ismail Petra sebagai Al-Sultan Kelantan adalah sebagai penderhaka. Suami Tengku Merjan, Tengku Seri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah yang telah dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Perajaan Negeri menanggap apa yang berlaku merupakan sejarah baru dalam Kesultanan Kelantan. Menurut beliau, tidak pernah berlaku di Kelantan dimana Sultan baru dilantik ketika Sultan yang sah masih hidup.


  • MB Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya semasa di Istana Negeri menganggap dengan perlantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faiz Petra sebagai Al-Sultan kelantan yang baru telah dapat merungkaikan kemelut yang melanda Institusi diRaja Kelantan. Beliau mengingatkan supaya tiada sesiapa yang perlu mempertikaikan perkara ini bak kata pepatah "Rumah Siap Pahat Berbunyi" Kata MB "Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,"

  • Datuk Mohd. Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.

    Menurut Datuk Aseri, pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan. Antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri Kelantan.

Balik KL - 15.09.2010

Semalam 14.09.2010 Syah, Kak Lang Ella dan Razak balik ke rumah masing-masing. Syah bertolak dahulu coz Syah hendak singgah ke Makam Nenda dan Mamat hendak berjumpa Ayahanda dan Encik kerana hendak beri duit raya. Ini adalah rumah pusaka Al-Marhum Nenda Syah di Sabak Bernam, Selangor. Rumah ini ditukang sendiri oleh Nenda bersama seorang sahabatnya En Kasim. Disinilah tempat kami semua berkumpul setiap kali balik kampung. Selepas Nenda mangkat, Al-Marhumah Che Zan Al-Hajjah atau Syah panggil Ucu (Aunty Sah) menjaga rumah ini coz tanah dan rumah ini adalah miliknya dan rumah ini dibuat khas untuk kedua ayahanda/bonda beliau. Sebelum kemangkatan Ucu, rumah ini telah ditukar milik oleh Ucu kepada Kak Long Zainab, cucu sulung Al-Marhum nenda. Sekarang rumah pusaka ini dibawah pentadbiran Kak Long Zainab.
Semalam Syah inform Kak Long Zainab yang kami semua akan singgah dirumahnya di Ijok untuk beraya. Masa Syah sampai, Razak sudah ada dan kemudiannya baru Kak Lang Ella tiba. Kami bertolak ke destinasi masing-masing selepas solat Asar. Syah ke Bandar Sunway kerana hendak menghantar barang-barang Mamat ke rumah sewanya. Selepas itu we all bertolak ke KL Residence Syah. Selepas lepak seketika, Mamat balik semula ke Sunway naik motor dia.

Perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan ke-29 - 14.09.2010

Tahniah
Kepada Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra diatas pemasyhuran Baginda sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 pada hari Isnin 13.09.2010 menggantikan Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Ismail Petra yang gering semenjak setahun yang lepas kerana mengidap angin ahmar dan masalah jantung. Pengistiharaan Al-Sultan Kelantan yang baru telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu istiadat yang diadakan di Balairong Seri, Istana Balai Besar, Kota Baharu, kelantan pada jam 12:30 tengahari.

  • Pengistihraan Al-Sultan Kelantan oleh MB Kelantan : Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.
Perlantikan dan Permasyhuran Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad Faris Petra adalah atas persetujuan Majlis Perajaan Negeri (MPN) berdasarkan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. MPN dalam mesyuarat yang dihadiri oleh 15 orang ahli MPN dan dipengerusikan oleh Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim pada 13.09.2010 jam 09:00am di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darul Naim telah sebulat sura bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru menggantikan Paduka Ayahandanya yang sedang gering. Keputusan yang telah dibuat oleh MPN adalah muktamad dan sepatutnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ianya mengikut perlembagaan dibawah undang-undang tubuh kerajaan negeri.


Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan
  • Jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.

Tuesday, September 14, 2010

Aktiviti Raya ke 4 - 13.09.2010

Malam Raya Syah di Rumah Nenda, Raya pertama hingga kedua di Rumah Ayahanda, Raya ke-3 dan 4 Syah di rumah nenda. Esok Syah, Kak Lang Ella dan Razak akan balik semula ke KL manakala Kak Long balik hari ini. Pagi-pagi lagi Kak Long ajak Syah ke pasar, Razakpun nak pergi sama. Syah ingat dia nak naik kereta tapi rupanya dia naik basikal. So we all kepasar jalan kaki dan lagipun rumah Nenda dalam kawasan Pekan Sabak Bernam dan nak pergi mana-manapun senang, tak perlu guna kenderaan.
Jam 11:00am Syah dan Mamat ke Rumah Ayahanda kerana Ayahanda minta Syah hantarkan di ke Sungai Besar kerana ada urusan dengan Tabung Haji. Ayahanda inform Syah kalau tak boleh hantar tak mengapa coz dia akan pergi sendiri naik motor ............. biasalah orang tuakan? Tentu anda juga ada menghadapi situasi beginikan? Sebagai anak kita kenalah jaga hati mereka kerana bukan selalupun mereka minta tolong dengan kita. Hehehhehe................... Ramai juga orang menunggu gilirandi Tabung Haji dan Syah sempat ke Shopping Complex depan tabung haji untuk ke tandas.

Selepaas selesai urusan di Tabung Haji, Syah ke Restoran Mamak di Sungai Besar kerana hendak makam mee rebusnya even di Pekan Sabakbpun tak sesedap mee rebus direstoran ini. Mee rebusnya memang sedap dan tak akan jumpa mee rebus macam nie di KL dan di KL mee rebus mamaknya indah khabar dari rupa sahaja. Kalau di Teluk Intan favourate place untuk makan mee rebus ini di Mastan Ghani. Syah dan Mamat makan mee rebus manakala Ayahanda makan rojak manakala Encik tak makan kerana sudah kenyang katanya, actually dia hendak roti canai tapi hari ini sudah habis, so dia minum sahaja.


Kalau ikutkan pelan asal dari Sungai Besar terus balik rumah tapi Syah teringat sepatutnya semalam we all beraya ke rumah saudara mara Syah sebelah Al-Marhumah Bonda di Sungai Keli, Hutan melintang Perak tapi tak jadi. So Syah cadangkan we all ke Perak dan bukannya jauhpun seberang jambatan sahaja kerana Sabak Bernam bersempadan dengan Perak. Ayahanda cadangkan balik rumah dulu coz waktu tengahari time orang makan dan tak sesuai untuk bertandang. So we all balik Rumah Ayahanda dan selepas solat & rehat sebentar baru keluar rumah hampir jam 02:00pm. Di Sungai Keli, Syah bertandang ke rumah sepupu Syah, Abang Munir seorang bekas anggota polis. Dulu dia duduk di Kuala Selangor tapi semenjak pencen dia balik ke kampung. Kebetulan Kak Esah pun ada sekali. Kak Esah merupakan Adik Abg Munir dan baru datang dari Ipoh, Perak dan suaminya bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh tak silap Syahlah. Actually mereka ini Syah jumpa setahun sekali sahaja. Syah di Makam Bonda dan dipetak hadapan Syah itu adalah makam adinda Syah Abdullah yang mangkat sewaktu dilahirkan. Bonda Syah mangkat sewaktu melahirkan Abdullah.

Dari rumah Abg Munir we all ke Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota untuk menziarahi makam bonda Syah, Saodah @ Sokdah Al-Hajjah yang mangkat sewaktu melahirkan adik lelaki Syah yang juga meninggal sewaktu dilahirkan. Raya pertama hari tu tak sempat hendak ke Makam kerana hari hujan. Waktu bonda mangkat usiaa Syah kurang dari satu tahun dan Syah tak pernah kenal siapa bonda Syah apatah lagi kasih sayangnya dan yang Syah tahu hanyalah gambarnya sahaja dan kubur ini yang Syah ziarahi dua atau tiga kali setahun. Walau bagaimanapun Syah tetap sayangkan Al-Marhumah sebagai orang yang melahirkan Syah didunia ini kerana tanpa dia dan Ayahanda Syah tidak akan wujud didunia ini.


Dari Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak, kami semua ke Bagan Datoh kerana ingin melawat satu-satunya Bonda Saudara Syah sebelah Bonda yang masih hidup. Syah call her Anjang atau namanya Saadiah Al-Hajjah. Suami Anjang merupakan sepupu kepada Al-Marhum Nenda Syah sebelah Ayahanda dan bila Syah lihat muka suami Anjang teringat Syah pada Al-Marhum Nenda Syah (Ahmad Al-Haj) tapi Nenda lebih hendsome lagilah......... Hehhehehhe. Anjang ini ada probelm jantung dan makan banyak ubat dan akibat ubat-ubat tu dia jadi kurang pendengaran. Sian Anjang dan Syah doakan semuga Mak Anjang dan Pak Anjang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. AMIN. Sebelum balik, Syah beri duit raya kepada Anjang dan suaminya. Actually Syah jumpa mereka ini satu tahun sekali jer iaitu pada hari raya.


Jauh dibelakang Syah tu adalah kawasan Beting Beras Basah

Dari rumah Anjang, Syah, Encik, Abah dan Mamat ke kawasan Beting Beras Basah dimana tempat Bahtera Raja Muzafar ibni Sultan Mahmud dari Kampar tersangkut pada tahun 1528. Baginda membawa alat kebesara Neger Melaka bersama baginda iaitu Keris Taming Sari, Potoh Ular, Pedang Chura Si Manja Kini, Mahkota dan Mohor DiRaja. Setelah membuang Mahkota berkenaan ke dalam laut barulah kapal berkenaan dapat melalui kawasan berkenaan. Disini jugalah Raja Muzafar dilantik sebagai Sultan Perak pertama dan kemudiannya ditabalkan di Tanah Abang atau dikenali sebagai Teluk Bakung sekarang di muara sungai Perak dengan menggunakan gelaran Sultan Muzafar Shah. Disinilah juga dikatakan berasalnya keturunan Syah iaitu Bugis dari Beting Besar Basah yang kemudiannya mengalir ke seluruh Tanah Melayu. Tahukah anda bahawa Sultan Selangor Pertama telah di tabalkan oleh Sultan perak? Kalau mengikut adat istiadatnya begitulah tetapi sekarang Sultan Perak tidak lagi perlu menabalkan Sultan Selangor.

Sunday, September 12, 2010

Tengku Faris Sultan Kelantan ? - 12.09.2010

Desas desus pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda esok bersamaan hari Isnin, 13.09.2010 masih menjadi tanda tanya kepada semua pihak. Orang kuat Istana Kelantan, Dato' Abdul Halim Hamid masih berahsia dan tidak memberi sebarang komentar samada ya atau tidak berhubung isu ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, satu program khas akan diadakan di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan pada jam 11:30am, Isnin ini selepas satu sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sebelah paginya. Bersama-samalah kita tunggu Isnin nanti samada berita ini merupakan satu kenyataan atau khayalan sahaja.

Gambar terbaru Al-Sultan Kelantan semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 di Istana Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.

Jika benar perkara ini berlaku ianya bukan sesuatu yang pelik pernah berlaku didunia ini apatah lagi dalam sejarah kesultanan di negara kita. Tahukan anda bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hasanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki tahta kerajaan Brunei bukan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Omar Ali Saifuddien III. Sultan Brunei menaiki tahta menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Brunei pada 05.10.1967 dan ditabalkan pada 01.08.1968. Ayahandanya mangkat pada 07.09.1986.

Kes Bunuh Datuk Sosilawati - 12.09.2010

Misteri kehilangan Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan tiga individu lain iaitu pemandu peribadi Datuk Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin,44, Peguam beliau, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, terjawap apabil pihak polis menahan seorang peguam bergelar datuk, adiknya dan enam pekerja ladang kelapa sawit milik datuk berkenaan. Suspek yang ditangkap berusia diantara 19 hingga 41 tahun dimana dua orang darinya adalah wanita dan kesemua suspek ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kesemua mangsa dilapurkan hilang semenjak 30 Ogos 2010 setelah dikatakan ke Banting, Selangor untuk membincangkan urusan pembelian tanah bernilai RM 4 Juta di Pulau Pinang.

Menurut pihak polis, tangkapan pertama dibuat pada 10.09.2010 melibatkan lima individu manakala datuk berkenaan dan adiknya ditangkap semalam 11.09.2010 dan seorang lagi ditangkap pada hari ini. Hasil dari siasatan polis mendapati mereka mengaku membawa kesemua mangsa ke ladang kelapa sawit seluas 1.6 hektar kepunyaan mereka di Ladang Gadung, Tanjung Sepat, Banting, Selangor sebelum memukul kesemua mangsa hingga mati dan membakar mayat mereka. Abu mayat mereka kemudiannya telah dibuang ke anak sungai berhampiran ladang berkenaan. Dalam ertikata mudah apa yang dilakukan oleh suspek kepada kesemua mangsa adalah Tangkap, Bunuh, Bakar dan Buang. Pihak polis memaklumkan tempat kejadian ditutupi oleh tembok, ada kandang kambing dan bangsal lembu serta pokok kelapa sawit. Dengan keadaan kawasan sebegini adalah sukar bagi orang luar untuk mengetahui apa yang berlaku didalam kawasan berkenaan kerana ianya tertutup dari pandangan umum.

Pihak polis buat masa ini berpendapat motif kejadian adalah disebabkan saingan perniagaan dan urusniaga kewangan diantara suspek utama iaitu Datuk berkenaan dan adiknya dengan Datuk Sosilawati. Pihak polis tidak dapat memastikan lagi tarikh sebenar mangsa dibunuh. Walau bagaimanapun lapuran DNA belum dikeluarkan lagi bagi memastikan mereka adalah keempat-empat induvidu yang dilapurkan hilang itu. Pihak polis juga akan mendakwa Datuk berkenaan dibawah akta pengubahan wang haram. Pihak polis juga telah mendapat beberapa maklumat berhubung pemilikan beberapa hartanah secara tidak sah oleh Datuk berkenaan. Datuk berkenaan juga sedang disiasat berhubung beberapa kes kehilangan individu yang berurusan dengan beliau pada tahun lepas.

Ladang Gadung, Tanjung Sepat, Banting, Selangor

Al-Fatihah buat Allahyarham-Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohammad Semuga Roh kesemua mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh. AMIN.

Dapat Duit Raya RM 1.01 Juta - 12.09.2010

Masa kanak-kanak dahulu kita selalu dapat duit raya dan ada yang boleh menabung atau beli barang yang mereka idamkan dengan mengumpul duit raya sahaja. Memang happening masa zaman kanak-kanak dan sekarang lagilah meriahnya raya kerana tak ada lagi duit raya macam Syah kecil-kecil dahulu, duapuluh sen atau lima puluh sen, Paling cikai pun RM1.00. Cakap pasal duit raya ini walaupun sudah berusia 43 tahun tapi Syah dapat lagi duit raya daripada my sister, Kak Long Zainab, dia beri Syah RM100.00 pada malam raya semasa Syah di rumah Al-Marhum Nenda dan sekarang sudah jadi rumah dia dan kata nya beli baju dan jangan beli benda lain. Heheheheheh. Thanks Kak Long. Kadangkala Kak Long memang selalu bagi duit raya dan kalau tak bagi duitpun dia akan belikan Syah baju.

Kak Long Norzainab

Bukan Syah sahaja yang dan besar dapat duit raya tetapi tahukan anda pada malam hari raya lepas Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar telah cuba diberi RM 1.01 Juta ....... RM 1.01 Juta Mak Iiiiiiiiiiiiiiiiii ..... oleh seorang individu yang bergelar datuk. Individu yang berusia dalam lingkungan 50an mendakwa sebagai wakil daripada seorang datuk telah datang mengadap Tuanku di Istana Tanjung, Muar untuk menyampaikan duit raya kepada baginda dan kerabat Baginda. Tuanku telah menitahkan Dato Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Majlis Jemaah Johor berjumpa lelaki berkenaan untuk mengetahui tujuannya. Setelah dipersembahkan niat lelaki berkenaan untuk menyerahkan dua beg yang didalamnya mengandungi RM1.01 Juta untuk perbelanjaan hari raya Tuanku, terus Baginda murka dan meminta pihak polis menahan lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan dan selepas itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Inilah bak kata orang nak buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali. Nak rasuah pun tengok orang lah dulu ................. Kan naya diri sendiri. Inilah yang dikatakan Ayam Terlepas Tangan bau Tahi.

Sakit Syah - 12.09.2010

Mengenai sakit Syah tu ianya semakin beransur sembuh tapi adalah sedikit rasa nilu tu, exspecially dibahagian bawah peha Syah dan ............ Rasa sakit bila buang air kecil tu sudah tak ada dan kalau adapun hanya sedikit sahaja. Shukur Alhamdulilah dan minta biarlah sembuh sepenuhnya. Pagi tadi bila bangun tidur bahagian tekak dan dada Syah rasa sakit dan sekarang tekak rasa macam kering. Mungkin Syah banyak makan kuih raya kot?. Sakit bahagian tekak tu kadangkala memang ada terutamanya bila bangun tidur tapi tak selalu berlaku.

Saturday, September 11, 2010

Raya # 2 - 11.09.2010

Today Syah still di rumah Ayahanda dan pagi tadi Syah temankan my sister, Intan dan hubby dia ke pasar untuk membeli bahan mentah kerana hari ini teman lama Ayahanda akan datang berhari raya. En Zainal dan Isterinya Datin Paduka Norkhailah beserta anaknya Shuhaida nak datang. Intan beli ikan bawal dan ikan temenung, udang dan sayur. Lepas tu nak beli surat khabar tapi paper tiada hari ini rupannya - cuti. Lepas tu Syyah ke 7Eleven untuk beli roti.

Sampai rumah, Encik dan Intan memasak untuk tetamu nanti. Mereka masak Ikan Bawal Masak Asam Pedas, Sayur Campur, Ikan Temenung Goreng dan Sambal Tumis Udang.

Semasa Encik/Intan sedang sibuk memasak Kak Lang Ella datang hendak pinjam cangkul. Katanya untuk timbus jalan masuk ke rumah nenda. Ayahanda ajak mereka makan tapi mereka tak hendak dan Ku Chick (anak Kak Lang) asik ajak emaknya balik cepat sahaja. Nak jadi cerita Mamat terpecahkan kerusi plastik Ayahanda kerana kerusi tu sudah reput. Tergelak besar we all tengok dia jatuh dari kerusi. Hehehehehhehe....................

En Zainal, Datin Paduka Norkhailah dan anaknya Shuhaidah sampai lebih kurang jam 01:30pm. Mereka sebenarnya dari Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak kerana singgah ke rumah besannya. Sebelum balik Shuhaidah beri Ayahanda dan Encik duit raya RM50.00, Kain pelikat dan telekong. Semasa Ayahanda di KL, En Zainal pernah hantar anak perempuan tunggalnya, Shuhaidah untuk diasuh oleh Encik, sebab itu dia panggil Ayahanda, Abah dan Encik, Emak. Datin Paduka pula merupakan bekas Ahli EXCO Selangor manakala En Zainal pernah bertugas di TM.
Selepas En Zainal balik, tak berapa lama kemudian Mak Long Mea atau nama sebenarnya Rafeah bt Sulung datang bersama keluarganya. Mak Long Mea ini merupakan cousin Ayahanda Syah. Keluarga Mak Long Mea nie besar kerana anaknya sahaja 18 orang manakala empat darinya telah meninggal dunia. Sudah lama Syah tak berjumpa beliau since I was 12/13yo. Actually dulu ada sesuatu terjadi diantara keluarga Syah dan keluarga Mak Long Mea tapi biarlah benda yang lepas jadi history jer. Nak dikenangkan buat sakit hati jer, lagipun benda dah lepas.

Selepas solat Asar, Ayahanda dan Encik inform Syah yang dia hendak beraya ke rumah Kakak Encik. Syah inform kalau orang datang Syah segan nak serve mereka dan Ayahanda dengan confidentnya terus buat signage dipintu pagar inform "Keluar Beraya". Untung tak ada orang datang. Bila my sis balik dia inform nape letak nota macam tu dipagar kerana takut menarik perhatian pencuri.


Sekarang jam 11:06pm, Syah dan Ayahanda berada diruang tamu dan Syah sudah mengantuk sangat ini. Ayahanda pun sudah hendak masuk bilik. So jumpa lagi di lain Entry.
Bye.........


Tetamu 1st Raya @ Ayahanda Residence - 11.09.2010

Click pic for larger view
Hari Raya pertama (10.09.2010) MBS Family datang ke rumah Ayahanda, diantaranya Razak & Family, Kak Long Zainab & Family, Kak Lang Ella & Family, Mak Uda & anak-anak serta menantu. Actually mereka datang bersama-sama Syah kira hantar Syah balik rumah Ayahanda. Syah akan stay 2 hari di Ayahanda Residence sempena Raya ini dan esok Syah balik semula ke Nenda Residence.

Click Pic for Larger View

Malamnya pula keluarga anak saudara Encik, my step mother datang. Kak Salmah nie actually menetap di Kampung Melayu Subang dan dia balik untuk berhari raya ke rumahnya ibunya iaitu Encik Sister. Kak Salmah datang bersama anak perempuannya, menantu serta cucu-cucu nya. Last year semasa Ayahanda berhari raya di KL, Kak Salmah datang juga berhari raya ke rumah my sister di Selayang.

Click Pic for larger View

Selepas Kak Salmah datang, keluarga my borther in law pula datang untuk berhari raya. Ramai juga mereka dan ada yang lepak-lepak di beranda sahaja coz nak masukpun bukan mereka nak makan atau minum coz sudah penat berjalan sepanjang hari. Mereka sampai hampir jam 10:30pm dan masing-masing nampak keletihan. Selepasa semua orang balik Ayahanda suruh Bonda (Encik) memasak kerana katanya lapar asik makan ketupat jer dari siang tadi dan mesti kena nasi juga. Hehehehheheh ........................

Friday, September 10, 2010

Lepak Bersama Ayahanda - 10.09.2010

My Pic Taken By Ayahanda


Selepas solat Jumaat tadi, Syah ke Rumah Ayahanda dan akan tidur di Ayahanda Residence hari ini dan esok. Lepas Asar tadi Syah ajak Ayahanda ke Pekan Sabak Bernam untuk beli mineral water. Jalan-jalan sebentar ke pekan dan Ayahanda hendak cari buah dukung tapi tiada. Jumpa Kak Ngah Normah dan Kak Long Zainab di pasar malam dan Syah juga jumpa Haziq dan Firdaus di Pasaraya Billion. Lepas tu we all balik ke rumah semula sambil ronda-ronda dengan motor Ayahanda. Balik dari pekan Syah dan Ayahanda lepak-lepak diluar rumah sambil bercerita hal anak beranak? Hehehhehehe..................



Solat Aidil Fitri - 10.09.2010

Azam, Haziq, Firdaus dan Razak
Pagi nie Syah terbangun hampir jam 07:00am dan terus solat subuh. Family members yang lain semuanya sudah bangun. Hujan sudah mula turun rintik-rintik dan bila Syah sedang bersiap untuk solat Aidil Fitri hujan semakin lebat. Jadi Syah, Razak - My cousin, Azam - Suami Kak Lang Ella, Anak Saudara Syah Haziq dan Firdaus bersama-sama ke Masjid Jame Sabak Bernam untuk solat Aidil Fitri menggunakan kereta Azam. Sampai Masjid hujan semakin lebat dan semasa hendak solat Aidil Fitri Syah tengok orang tidaklah seramai raya tahun-tahun lepas tapi shukur alhamdulilah ruang solat Masjid tetap penuh. Selepas solat we all balik rumah makan ketupat dan rendang seperti biasa. Ok semua Selamat Hari Raya Aidil Fitri.



Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 09.09.2010

Salam 1 Malaysia Semua

Syah sudah hendak bersiap untuk pulang ke kampung halaman di Sabak Bernam, Selangor bersama anak saudara Syah, Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Tooha. Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Semua Pembaca Setia Blog Syah. Syah mohon ampun dan maaf jika ada tulisan Syah dalam entry ini yang menyinggung hati dan perasaan anda Semua. Tanpa Sokongan Anda semua blog ini tidak akan menjadi kenyataan. Kepada anda yang memandu kenderaan untuk pulang berhari raya ke kampung halaman, Syah doakan agar anda dan keluarga/teman selamat sampai ke distinasi yang dituju. AMIN.

Salam hormat.
Maaf Zahir dan Batin.

Cd dan Syah Balik Raya - 09.09.2010

Selepas balik dari bengkel kereta tadi lebih kurang Jam 3 lebih, Cd balik ke Felda Pancing, Kuantan, Pahang dan Muss temankan dia. Jam 6 lebih tadi Syah call Muss tapi tidak berjawap dan kemudiannya call Cd. Cd inform sudah sampai. Shukur alhamdulilah. Esok lepas solat dan makan apa yang patut Cd dan Muss balik semula ke KL Residence kerana Cd bertugas. Mungkin Rabu atau Khamis Muss balik ke Sabak Bernam dan minggu hadapan dia akan outstation. Tak faham betul Felda nie, rayapun suruh orang outstation. Jam 08:35pm tadi Mamat sampai dan lebih kurang jam 9 lebih nanti we all akan bertolak ke Sabak Bernam. Jam 08:50pm call Azrin dan dia inform baru sampai ke Pontian, Johor dan tengah parking kereta. Shukur alhamdulilah semua selamat sampai dan semuga perjalanan syah ke Sabak Bernam juga akan berjalan dengan lancar dan selamat. AMIN.Inilah anak saudara Syah, Mamat lepak @ KL Residence sementara menunggu Syah menyiapkan Entry ini sebelum kami bertolak ke Sabak Bernam, Selangor.

Urusan di Tiga Bank - 09.09.2010

Hari ini Syah, Muss dan Cd ke tiga buah bank iaitu Citibank, Am Bank dan EON Bank kerana ada urusan banking yang perlu diurusankan dan iannya agak terlalu peribadi untuk dikongsi bersama. Jumlah RM yang kami uruskan agak tinggi juga kerana hanya ingin menolong seorang kawan. Kami berharap agar individu ini dapat menepati janji-janjinya sepertimana yang telah dipersetujuai kepada kami.

Service AEL - 09.09.2010

Click gambar untuk view yang lebih besar

Pagi ini Syah minta Muss bantu Syah untuk bawa AEL ke bengkel kereta untuk memeriksa masalah brake yang Yuss inform pagi tadi. Lebih kurang jam 10:00am Syah dan Muss ke Airbus Auto & Tyre Service Sdn Bhd dekat jer depan KL Residence Syah jer. Suruh mekanik tu pandu sendiri AEL untuk mengatahui keadaan sebenar dan dia inform mungkin ada masalah pada brake pump dan akan buat inspection. Memang betul ada masalah dan Syah minta dia baiki. Masa di Citibank, Syah call Azrin, rupanya masa dia pinjam AEL hari tu masa kereta dia accident Syah ingat dia service tapi tidak rupanya, mungkin dia miss understanding instruction Syah tak mengapalah dan kebetulan mekanik tu call dan Syah minta dia service AEL.

Click gambar untuk view yang lebih besar

Setelah selesai urusan bank Syah di Am Bank, Citibank dan EON Bank, Cd hantar Muss dan Syah ke bengkel semula untuk ambil AEL. Selepas Muss test drive AEL dan puashati dengan keadaannya, Syah buat payment dan kemudian mandikan AEL di car wash berhampiran. Cuci kereta - (luar sahaja) RM 6.00 manakala service dan ganti pump RM501.00 dan Syah kata genapkan sahaja ke RM500.00 dan cashier inform dia bagi for diskaun untuk hari raya. LOL.....hehehe. Kerja-kerja yang bengkel buat untuk AEL seperti berikut :-
  • 2pcs brake pump (12v) 6s - RM130.0
  • 1 set brake shoe (rear) 12v - RM85.00
  • 1 set brake pad (front) 12v - RM 85.00
  • 1 btl coolent (toyota) - RM50.00
  • 1 btl Shell Hx5 4L - RM67.00
  • 1pc 12 v - RM14.00
  • 2 btl brake oil dot 4 (top 1) - RM60.00
  • Workmanship - RM10.00
Nampak gayanya AEL yang Raya Sakan tahun ini kerana beli baju baru dia mengalahkan tuan punya kereta lagi .......... Ahaks ...............

Ambil AEL di Rawang - 09.09.2010

Yuss berehat sebentar di ruamg tamu Rawang Residence Syah

Masa dalam kereta balik dari KLCC malam tadi Syah minta Muss dan Cd tolong ambil kereta Syah di Rawang hari ini tapi Muss macam diam sahaja. Bukan apa Syah pening kepala coz Mamat nak berbuka dengan kawan-kawan dia dan lepas berbuka baru nak balik kampung. Lepas berbuka tu Syah tak tahulah jam berapa. Jadi ikut plan asal Syah minta Mamat datang ambil Syah di KL dan naik motor dia ke Rawang Residence untuk balik kampung dengan AEL. Tapi bila Syah fikir semula buatnya hujan macam mana. Jadi datanglah idea tuh. Masa lepak menonton TV, Cd inform sudah minta tolong dengan kawannya Yus, Jam 01:30am Yus datang bersama isterinya Norli dan anaknya baby Darwish. So Syah, Muss, Cd, Yus, Norli dan Baby Darwish bertolak ke Rawang dan hampir jam 02:00am sampai ke Rawang Residence. Syah kemas dan ambil barang yang hendak dibawa dan Azrin datang rumah. Sebelum balik ke KL Residence, Syah singgah rumah Azrin dan sempat salam dengan Bak dan Fikri tetapi Mak Cik tak ada, tidur agaknya. Lepas tu Syah bertolak ke KL, Yuss, wife dan babynya bawa kereta Syah manakala Muss, Cd dan Syah naik kereta Muss, Cd drive. Masa sampai KL Residence Yuss inform kami katanya brake kereta Syah ada problem dan minta Syah bawa ke bengkel coz bahaya katanya.

Buka Puasa @ Signatures KLCC - 09.09.2010

Semalam Syah ajak Muss dan Cd berbuka puasa di KLCC macam biasa di Signatures Food Court KLCC. Cuba invite Hafiz tapi dia nak balik cepat untuk preparation balik kampung esok. Walaupun sudah hampir Raya tapi masih ramai lagi orang, mungkin belum ramai yang pulang ke kampung lagi. Cd macam biasa favourate dia - Carbonara Spaghetti & Veg Pizza, Muss - Naan Set dan Syah - Subway Sandwich (vegi) & Mashroom Soup. Taklah we all makan sorang-sorang tapi kongsi ambil sana situ sedikit. Lepas buka puasa Syah sempat solat Maghrib dan Insyak di Surau KLCC bukan apa senang bila balik rumah boleh buat benda lain dan tak perlu risau samada sudah solat atau belum. Lepas makan jalan-jalan sekejap di KLCC baru balik rumah.

Wednesday, September 8, 2010

Bayar Zakat Fitrah - 08.09.2010

Sebentar tadi approx jam 03:00petang, Syah masukkan duit ke akaun Azrin kerana hendak bagi Nenek Askanah, Tok Da dan Tok Dah duit Raya disamping Syah minta Azrin isikan minyak AEL 67 sebanyak RM60.00 coz esok hendak balik kampung dengan Mamat. Syah minta dia check minyak hitam sekali dan dia kata ok tapi tak sempat nak hantar AEL untuk dicuci katanya. Lepas tu Syah jalan-jalan kat pasar Ramadhan di -1, Menara TM dan bila naik escalator sahaja Syah ternampak kaunter bayaran zakat fitrah handdled by TM staff dan baru teringat belum bayar fitrah lagi. Kebetulan sudah tiada orang kerana ramai yang balik 1/2 day today kerana esok kami TM diwajibkan bercuti dan pejabat akan dibuka pada hari Isnin 20.09.2010. Syah beri RM10.00 dan baki RM3.00 tue Syah beri pada Amil berkenaan.

Anggota TM Meninggal Dunia - 08.09.2010


Dengan rasa sedih dan terharu dimaklumkan bahawa seorang anggota TM Perak, En. Mohd Isa b Pandak Abdullah seperti gambar diatas, berumur 41 Tahun dan bertugas sebagai Juruteknik, RNO Zon Kuala Kangsar/Perak, telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa @ 1 September 2010 kira kira jam 5.30 petang di Hospital Besar Ipoh, dan jenazahnya telah pun selamat dikebumikan ditanah Perkuburan Islam Sayong Kuala Kangsar, pada 2 September 2009 @ Rabu jam 10.30 pagi. Kami semua di TM merasakan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kerana arwah adalah merupakan seorang pekerja yang berwibawa dan berdidikasi tinggi. Rakan sekerja juga turut merasa kehilangan yang sukar dicari ganti kerana arwah adalah merupakan seorang insan yang berbudi mulia dan berakhlak terpuji.

Sudilah kiranya para pembaca blog Syah yang dikasihi sekalian, bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah sebagai sedekah abadi kepada Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-FATIHAH.

Cuti Raya - 09.09.2010

Adakah anda tahu bahawa Syah dan kakitangan TM kecuali mereka yang bekerja secara giliran telah diwajibkan bercuti mandatori Hari Raya pada 09.09.2010 sehingga 19.09.2010. Mulai esok semua pejabat TM akan ditutup dan akan mula beroperasi seperti biasa pada 20.09.2010 kecuali bahagian-bahagian krtikal yang melibatkan pelanggan. Kepada rakan-rakan dan pembaca blog yang memandu kenderaan/yang menaiki public transport Syah sentiasa mendoakan keselamatan anda semua dan keluarga. Ok berhati-hati di Jalan Raya dan selamat sampai ketempat yang dituju.

Sakit Syah - 08.09.2010

Lebih kurang jam 11:00am tadi Syah sakit perut lagi - ciri beret dan ke toilet. Bila buang air besar/kecil Syah rasa sakit lagi. So Syah ke kelinik Zariff di -1, Menara TM kerana Dr Rasool dari Pantai Medical Center sudah bercuti. nak ambil ubat sakit perut. Dr perempuan, Dr Diana (bukan doktor locum tapi doktor dari Zarif Kelinik Damansara), dia periksa perut Syah dan tekanan darah. Katanya ok. Dia jug periksa mata Syah yang rasa agak sakit sedikit coz terlanggar dahan pokok semalam dan katanya tak ada kecederaan. Dr dapati Syah tak demam walaupun Syah rasa macam nak demam.
  • Terlanjur Syah jumpa Dr Diana, terus Syah maklumkan yang Syah sedang mendapat rawatan kerana masalah buang air kecil sakit dan minta pendapat beliau. Syah inform dan tunjukkan medical report / ubat kepada Dr Diana dan inform dalam urine ada bakteria Enterococcus faecalis dan masa buat ultra sound didapati epididymis Syah bengkak. Lain-lain seperti pundi kencing, prostate dan buah pinggang ok. Dr Bala dari Sentosa Medical Center (SMC) inform bakteria itu selalunya berada di anus tapi Syah kena dibahagian lain pula. Dr Diana inform Syah kadangkala ianya juga boleh terjadi terutamanya bila kita mencuci selepas buang air besar dan air cucian tu kerkena saluran penis atau kita mengelap lepas buang air besar menggunakan bahagian yang sama pada tuala di bahagian penis juga boleh berlaku jangkitan atau tidak mengelap bahagian berkenaan dengan kering akan juga mengakibatkan jangkitan bakteria dan jika terkena underware juga boleh menyebabkan jangkitan. Dr Diana advice Syah kalau mencuci selepas buang air besar pastikan tangan ke arah belakang bukan depan dan belakang kerana jika air basuhan najis tu terkena lubang penis juga boleh menyebabkan jangkita kuman. Dia nasihatkan Syah supaya makan antibiotik sampai habis supaya bila keadaan seperti ini berlaku dimasa hadapan iannya boleh diubati dengan antibiotik yang sama jika tidak habis mungkin akan sukar untuk mematikan kuman berkenaan dimasa hadapan dengan ubat yang sama.

  • Saja tanya Dr Diana mengapa Dr Bala dari SMC memaklumkan Syah mengenai bakteria tu lambat iaitu semalam kerana Syah tengok report, sample diambil pada 19.08.2010 dan waktu tu Syah di Hospital. Dr Diana maklumkan kadangkala mereka mengambil masa seminggu untuk membiakkan bakteria berkenaan untuk ujikaji selanjutnya. So barulah Syah faham mengapa dan Syah lihat mereka buat test tu di Biomedical UKM.

  • Dr Diana nasihatkan Syah supaya minum air dengan banyak. Insyallah puasa pun lagi 2 hari sahaja dan lepas nie bolehlah Syah minum banyak air. Bila sihat betul nanti baru Syah akan ganti puasa yang tertinggal satu hari semasa di SMC pada 19.08.2010 kerana hendak buat test kelajuan air kencing. Doakan Syah cepat sembuh yer pembaca-pembaca setia blog Syah semua.

  • Pagi tadi Syah call pejabt Dr Bala dan nursenya jawap panggilan tu. Syah nak bercakap dengan doktor tapi misi kata dia busy. So Syah tanya misi sahaja untuk pastikan samada bila Syah menggunakan toilet adakah orang lian akan terkena jangkitan berkenaan tapi kata nurse itu tidak.

Bukan Nak Mengata - 08.09.2010


Entry ini Bukan nak mengata tapi untuk dikongsi bersama. Syah yang nampak lengan baju warna hitam tu. Asalnya saudari ini berdiri dan bila orang dihadapannya bangun dia terus duduk. Alamak tersepit Syah dibuatnya coz dengan saiz badannya dan untung Syah dah kurus sedikit. Nak bangun takut dia terasa hati pula. Semalam macam ini juga tapi bukan disebelah Syah tapi berhadapan Syah. Ada seorang perempuan berbadan besar duduk dan bila orang disebelahnya bangun seorang lelaki yang berbadan besar duduk disebelahnya. Tersepit jer Syah tengok tapi still nak duduk juga akhirnya dia duduk di seat sebelah yang kosong. Tak faham Syah dengan gelagat mereka yang hendak duduk walaupun tanpa memikirkan keselesaan mereka sendiri apatah orang lain. Asalkan ada kosong duduk sahaja. Ish...Ish... Ish...... hehehhehehe.

Langkah-Langkah Keselamatan diMusim Perayaan - 08.09.2010

Sempena Lebaran yang akan tiba beberapa hari lagi, Syah nak berkongsi tips menjaga keselamatan pejabat dengan anda semua seperti yang telah dikeluarkan oleh Group Corporate Communication, TM iaitu syarikat tempat Syah bertugas. Mungkin anda boleh benchmark cara-cara kami.
  • &&&&&&&&&&&&&&&&&&
Warga TM sekalian,

Mulai 9 hingga 19 September 2010, semua anggota TM akan mula bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. Pejabat tempat kita bekerja akan ditinggalkan buat seketika.

Dalam suasana riang gembira pada musim perayaan sebegini, janganlah kita lupa akan keselamatan pejabat/tempat kerja yang kita tinggalkan ini. Kita mesti mengambil tindakan untuk memastikan pejabat/tempat kerja kita juga sentiasa terjamin keselamatannya dan langkah-langkah keselamatan pencegahan awal yang perlu.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap anggota untuk memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT/TEMPAT KERJA UNTUK BALIK BERCUTI PANJANG:

1. Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.

2. Pastikan tidak menyimpan barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.

3. Mematikan punca elektrik yang disambung kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.

4. Mematikan punca elektrik bagi penghawa dingin yang tidak diperlukan.

5. Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.

6. Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.

7. Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.

8. Pastikan kenderaan syarikat tidak diletakkan di tempat yang dilarang/menghalang laluan kecemasan.

9. Pastikan kenderaan syarikat diletakkan di dalam kawasan TM. Semua pintu, tingkap, tangga pada kenderaan dikunci. Kenderaan-kenderaan persendirian tidak dibenarkan diletak di dalam premis TM semasa pulang bercuti.

10. Pastikan barang/peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam setor yang selamat.

11. Pastikan barangan berharga seperti laptop, “pettycash” dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.

12. “Penyelia Pejabat” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda syarikat dan anggota sendiri.

13. “Penyelia Pejabat” dan “Penghulu Bangunan” hendaklah mempunyai senarai anggota premis/bangunan masing-masing alamat rumah/nombor telefon untuk tujuan perhubungan apabila diperlukan. Satu salinan hendaklah diberikan kepada Unit Keselamatan Negeri/Menara TM (jika boleh).

14. Jawatankuasa Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.

15. Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walaupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.

Sakit Syah - 08.09.2010

Sebentar tadi approx jam 03:30am Syah bangun sahur dan hendak update blog coz semalam bz. Lepas tu Syah buang air kecil ok tapi lepas tu sakit perut pula dan Syah buang air besar dan air kecil sekali dan rasa sakit lagi. Sakit dari testis Syah hingga ke penis, sakit macam bisa, nilu dan gatal. Tapi sekejap sahaja dan lepas tu hilang. 1/2 jam kemudia Syah buang air kecil tak sakit pula. Masa jumpa Dr Bala semalam dia inform hasil dari urine test pada 19.08.2010 dalam urin Syah ada infection - bakteria Enterococcus faecalis. Dr inform biasanya bakteria ini terdapat dibahagian anus. Syah inform dia macam mana boleh terjadi kerana Syah taklah ada hubungan sex ke apa dan Dr inform infection ini bukan sahaja disebabkan benda tu kadangkala budak kecil pun boleh kena. Mula-mula Syah rasa sakit nie lepas buang air besar dan kemudiannya Syah buang air kecil masa di Rawang. Enahlah bila nak sembuh nie risau pula rasanya kejap ok kejap rasa sakit on and off. Semalam Dr beri ubat untuk dua minggu lagi dan dia inform tak perlu datang lagi kecuali jika Syah rasa perlu. Dia beri antibiotik lain - CURAM 625mg dan ubat untuk kurangkan kepekatan air kencing/mengubati bakteria tu - UROCIT-K 10NEQ.

Tuesday, September 7, 2010

Aktiviti Hari Ini - 07.09.2010

Hari ini Syah tak kerja sebab ada appointment dengan Sentosa Medical Center. Lebih kurang jam 09:00am Syah bertolak dari KL Residence ke Sentosa. Syah jalan kaki dari rumah ke Medan Idaman Gombak. Syah tak naik LRT kerana akan memakan masa lebih lama untuk sampai coz Syah kena ke KL Sentral dan ambil monorail ke Titiwangsa. Berpusing-pusing pergi balik, so naik bas lagi jimat waktu. Dari Bt5, Gombak Syah naik bas hingga ke Chow Kit dan berhenti di hadapan HKL untuk ke Sentosa. Tambang hanya RM1.90 dengan bas metro. Sampai di Sentosa Syah terus daftar untuk appointment dengan doktor dan serahkan GL. syah sempat ke kedai didalam sentosa untuk beli kosmo, teringat masa disini dulu kedai inilah Syah selalu pergi untuk beli barang dan akhbar.
Selepas tu Syah ke bahagian pentadbiran untuk ambil medical report untuk insurance claim Syah di aras 1. Lepas tu turun semula dan tanya kaunter pendaftaran sudah siap atau belum registration dan mereka maklumkan belum dapat clarification GL Syah daripada Pantai Medicare. Syah ke cashier bertanya macam mana untuk dapatkan salinan bil Syah pada 18.09.2010 hari tu masa masuk hospital. Masa 1st time masuk kena bayar dulu pendaftaran dan Doktor Pakar kerana GL Cover bila masuk wad sahaja. Mereka minta Syah ke kaunter bayaran Aras 1 untuk dapatkan salinan bil. Sekali lagi Syah naik ke Aras 1 untuk dapatkan salinan bil. Setelah selesai Syah turun dan tunggu semula di Lobby. Kemudian Misi panggil Syah dan inform ada pending payment RM12.00 masa Syah discharge 20.08.2010 tempohari dan minta clearkan bayaran berkenaan terlebih dahulu di aras 1. Sekali lagi Syah ke Aras 1 dan mereka maklumkan bayaran RM12.00 itu untuk Admission Fees yang tidak dicover oleh Pantai Medicare. Setelah selesai Syah turun semula ke ground floor dan inform registration suda bayar dan mereka minta Syah tunggu didepan Bilik Dr Bala. Tak lama kemudian misi panggil Syah masuk. Selepas jumpa doktor Syah tunggu untuk ambil ubat dan inform nurse nak tahu berapa mereka caj dan dia minta tunggu. Cashier inform Syah kena Caj RM230.30 (ubat dan consultation). Bil haspital hari tu RM1,756.05. So, out of peruntukan RM 30k yang TM (company Syah) beri setahun untuk mendapatkan rawatan di kelinik swasta (warded sahaja) Syah sudah guna lebih kurang RM2k dan ada balance lagi RM28k dalam tahun ini. Untuk Balik ke KL Residence Syah tunggu bas dihadapan HKL dan turun di Medan Idaman dan jalan kaki balik rumah. Berpeluh jugalah dik panas mentari.
Sampai rumah hampir jam 12:00 tengahari. Syah tidur sekejap dan kunci alarm jam 01:00pm kerana ada appointment di NY Midvalley. Hari ini May Tan cuti dan kawan dia handdle Syah. Jam 01:00pm Syah bangun dan terus mandi dan masa buang air besa dan kecil Syah rasa sakit lagi. Lepas tu solat zohor dan keluar rumah ke LRT untuk ke stesyen bangsar. Dari bangasar naik shuttle bus ke Midvalley. Appointment tamat hampir jam 06:00pm dan Syah terus tunggu shuttle bus untuk balik ke KL Residence. Sampai rumah rehat sekejap dan berbuka puasa dengan minum dan makan buah coz Muss kata nak buka di luar. Selepas solat Maghrib, we all ke Carrefour Wangsa Maju untuk beli makanan kucing Muss dan sedikit groceries.

Selepas selesai beli apa yang patut we all ke Cili Padi Foodcourt untuk makan. Banyak stall sudah hendak tutup. Syah makan yee mee soup dan air soyabean kotak, Muss yee mee goreng dan tak ingat minum apa dan Cd pula KFC dan yee mee goreng. Mus ambil sedikit ayam Cd dan Syah ambil coleslaw nya. Yee mee Cd tak habis. Today Muss belanja dan dia beri RM10.00 setiap orang untuk beli makanan. Selepas tu balik dan jam hampir pukul 10:00pm dan tiba jer kat rumah Syah terus makan ubat kerana tadi lupa bawa.Sampai rumah Cd kemas sangkar kucing dan lepas solat insyak, Syah on line sekejap sembang dengan Syuk di YM Webcam diruang tamu dengan Mus dan Cd sambil menonton TV.

Buka Puasa @ Tupai-Tupai - 06.09.2010

Today Syah belanja buka puasa Muss, Cd, Azrin dan Arep buka puasa @ Tupai-Tupai di No. 551A, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Buffet kat sini mereka caj RM48.00 nett/pax. Makanannya ok juga coz last year pernah berbuka disini. Tapi kali ini banyak yang tak best. Setelah ambil makanan baru Syah perasan dalam bowl mushroom soup Syah ada benda warna hitam, ingatkan apa rupanya anak lipas. Syah tak ambil gambar sebab kecil tapi nampaklah sayap dan kakinya. Terus Syah beri kat kaunter dan perempuan tu terus ambil sambil geleng kepala dan tak cakap apapun. Masa nak bayar, lelaki pula jaga kaunter tu dan Syah inform sekali lagi. Sama gak tak cakap terima kasihpun tapi cuma jawap mungkin lipas tu terjatuh. Masalahnya sup yang ada tu dia tak keluarkan pun dan makanlah pelanggan lain tu sup yang ada lipas tadi. Seperkara yang tak bestnya restoran ini dia buat pelanggan macam budak-budak sekolah nak makan. Macam budak kecil dibuatnya kita. Makanan tak boleh ambil sehingga jam 07:10pm dan kalau nak ambil di soundnya. Hemmm Restoran ke Kanti Sekolah nie .............. Macamlah yang datang tu makan percuma. Restoran nie tak ada kemudahan credit card dan make sure ada duit cash untuk buat bayaran kalau nak makan disini, patut ker restoran yang agak terkenal macam nie tak ada kemudahan seperti itu. Macam nie ker bumiputera kita berniaga, Eh Melayu ker tokenya, tak tahu plak Syah. Apa-apapun pada Tupai-Tupai ambillah komen ini untuk kebaikan bersama.

Sunday, September 5, 2010

Buka Puasa 05.09.2010

Cd dan Pucuk Paku Gorengnya
Muss dengan Kupang Tiga Rasanya


Hari ini berbuka puasa di KL Residence. Semua orang kena memasak. Balik dari Citibank Syah, Muss dan Cd mula menyediakan bahan untuk memasak. Syah masak Sup Sayur dan Black Paper Crab, Cd masak Telur Dadar dan Pucuk Paku Goreng serta sediakan ulam dan tempoyak manakala Mus sediakan Kupang Tiga Rasa. Penat tapi happy lihat hasilnya. Syah tak makan nasi dan macam biasa gantikan dengan Oat. Syah makan sayur dan telur dadar sahaja yang lain tak mahu. Kalau hendak tengok macam mana we all masak resipi masing-masing boleh view album di facebook Syah.