Monday, June 14, 2010

OBES - 14.06.2010

Petang tadi Syah ke Kelinik Zariff minta Ina tolong timbangkan berat dan tinggi Syah. Tunggu sampai kerja Ina siap dan dia panggil masuk. Berat Syah 79kg dan tinggi 157cm, Ina kirakan BMI Syah dan dia kata 31. Terbeliak mata dia tengok Syah dan kata Obes ko ni Yar. Argggggggggggg dah agak dahhhhhhhhhh............... Dia tulis semua maklumat dalam kertas dan beri pada Syah dan dia kata Syah kena jumpa dia 14.08.2010 dan bawa kertas ni semula coz dia nak tengok perubahannya sebab Syah kata kat dia Syah akan kurus badan semula. Masa di food court jumpa Kak Zaini dan diapun kata Syah sudah put on weight. Syah inform dia bila kurus nanti Syah akan jumpa dia balik. heheheh. Tension nyer................
  • So dalam minggu nie juga Syah akan diet dan bersenam. Mungkin nak cuba product Dr. Romzey. Nanti kalau Syah dah buat decision Syah akan maklumkan kepada semua dan kita boleh kongsi sama-sama cara Syah kuruskan badan supaya jadi macam dulu balik dan mana tahu anda yang ada masalah macam Syahpun boleh benchmark cara Syah nanti.

Dapat Juga Jumpa Yaya - 14.06.2010

Jam 12:50 tengahari tadi Yaya datang coz ada lunch appointment dengan Dr. Zainal, Sya dan Nash sempena tamat latihan industri Yaya pada hari Jumaat lepas. Ingat tak jumpa lagi coz Syah cuti since Wednesday dan baru hari ini masuk kerja. Sempat posing kejap dengan budak nakal nie. Apa-apapun all the best yer Yaya, belajar rajin-rajin kerana ada satu sem lagi nak habis. By the way thanks a lot Yaya kerana banyak tolong Abang Syah masa buat practicle kat sini. Yaya nie student Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Dia ambil course Diploma Sains Kesetiausahaan. Budak KL dan kampungnya di Kampung Setia Jaya, Setapak, KL berhampiran dengan KL Residence Syah di Taman Setapak Indah. Sesiapa nak berkenalan boleh contact dia melalui Facebook yaya zoela. Tur jer yang lain kena tanya tuan punya badan. Ok.

Pagi Isnin Yang Malas - 14.06.2010

Beginilah keadaan office Syah pada pagi ini. Masih ada yang cuti lagi coz biasalah musim cuti sekolah nie kan? Masa inilah nak spent time dengan keluarga dan bawa anak-anak bercuti, saudara kahwinlah, anak berkahtan dan macam-macam lagi aktiviti musim sekolah. Kata orang hari isnin nie hari yang paling malas nak pergi kerja, mana taknya dah cuti dua harikan. Company Syah bekerja lima hari seminggu, Sabtu Ahad rehat sakan kecuali mereka yang berkerja secara giliran atau shift. Syah cuti dari hari Rabu lepas lagi, standardlah bila masuk office kerja MELAMBAKKKKKKKKKKKKKKKK...........................

Muss Outstation - 14.06.2010

Hari ini jam 05:00am Muss sudah bangun sebab nak outstation ke Felda Mempaga, Bentong, Pahang. Kali ini dia tak bawa kereta dan pergi bersama collaguenya Mazlan dan Zamri. Mereka fetch Muss di KL Residence. Sebelum mandi Syah salam Muss dan dia bertolak masa Syah sedang solat Subuh. Kali ini mereka akan mengaudit Kilang Kelapa Sawit Felda Mempaga mulai hari ini 14.06.2010, Isnin hingga Jumaat 18.06.2010. Ok Muss selamat jalan, semuga anda semua sentiasa dilindungi Allah, selamat dimana juga berada, dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

Sunday, June 13, 2010

Masih Demam - 13.06.2010

Today still Demam dan tak dapat nak hadir majlis persandingan Hafis dan Nurartikah. Majlis sebelah pengantin lelaki. Muss dan Cd sahaja yang pergi dan Syah hanya kirim duit untuk Kak Ngah Faziah sahaja melalui Muss. Sekarang jam 06:50pm diaorang tak balik lagi mungkin ke rumah Kak Ngah kot. Hari nie - tengahari tadi Syah sempat basuh dan bersihkan sangkar kucing serta balcony dan buang najisnya sekali. Petang ini pula buang najis Nomi dan Blackie dalam bilik Muss. Jam 06:17pm tadi my Sister, Intan call tanya khabar coz dia dengar Ayahanda inform dia Syah demam. Syah informed dia nak ok dah demamnya. Baru jap tadi bagi nomi dan blacky makan. Jam 06:59pm Ayahanda call tanya khabar. Lunch tadi Syah masukkan mee segera dalam kuah sup yang buat malam tadi. Untuk dinner tunggu Muss balik kalau dia ada bawa apa-apa makanan ker dari majlis kahwin tu, kalau tak ada buat mee segera sahajalah coz nak keluar malas. Oklah Syah nak baring sekejap coz kepala masih pening sedikit .... sedikit je.

Tarik Gelaran Datuk - 13.06.2010

Pada hari Jumaat (11.06.2010) lepas, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor yang juga merupakan Menteri Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli telah mengadakan satu sidang akhbar di Istana Besar Johor Baharu, Johor bagi memaklumkan perlucutan darjah kebesaran Datuk kepada empat individu. Menurut Datuk Rahim, segala keputusan telah dibuat selepas menimbang laporan terhadap individu-individu berkenaan sebelum dikemukan kepada Tuanku Ibrahim sebagai Sultan Johor untuk menarik semula gelaran berkenaan berdasarkan :-
  • Fasal 12 undang-undang dan peraturan bagi Darjah Mahkota Johor dan fasal 7(F) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 untuk memecat serta mengeluarkan mereka daripada Darjah Mahkota Johor.
Sultan Johor
Tuanku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar
Penarikan ini merupakan kuasa mutlak Sultan Johor dan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor tidak akan mendedahkan sebab-sebab penarikan berkenaan atas alasan tidak mahu mengaibkan individu-individu berkenaan. Berikutan daripada penarikan ini, individu-individu terlibat tidak boleh lagi menggunakan gelaran dan huruf ringkas darjah berkenaan dalam segala urusan rasmi /tidak rasmi mereka. Mereka juga dikehendaki memulangkan semula pingat yang telah dianugerahkan kepada Jumaah Majlis Diraja Johor. Penarikan ini berkuat kuasa bermula 04.06.2010.

Negeri Johor merupakan negeri yang pertama di Tanah Melayu memperkenalkan darjah kebesaran semenjak 1886 sebelum diikiti oleh negeri-negeri lain tigapuluh tahun kemudian.


Individu-individu berkenaan adalah :-

Komander Shaftdean Lutfy Rusland

  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan adik ipar kepada Sultan Johor, Tuanku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar iaitu suami kepada Tunku Muna Najiah binti Al-Marhum Sultan Iskandar dan merupakan puteri kepada Sultanah Zanariah.
Datuk Seri Chua Jui Meng
  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan bekas Menteri Kesihatan dan sekarang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR
Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan penjelajah Solo Negara ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Hassan Yunos
  • Satu Darjah Kebesaran
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan seorang peguam.

Saturday, June 12, 2010

Syah Demam Today - 12.06.2010

Hari ini Syah demam. Semenjak malam tadi tekak Syah rasa sakit dan tengah malam tadi demam hinggan mengeletar seluruh badan. Syah malas nak kejutkan Muss untuk hantar ke kelinik kerana dia sudah tidur. Esoknya Syah inform Muss, Syah demam. Badan Syah panas, tekak sakit, sakit kepala berdenyut dan tangan tak boleh pegang apa-apa objek terasa lemah sangat. So minta Muss hantar ke kelinik Hamidah di Taman Melati. Doktor kata Syah demam dan tekak Syah merah sangat. Bila balik dan Syah periksa tekak memang merah dan ada warna putih.
Sudah makan ubat tapi demamnya kejap hilang kejap datang semula. Tekakpun masih sakit lagi. Malam nie Syah masak nasi dan sup ayam tapi macam tak ada selera nak makan pula. Rasa nak muntah dan sakit kepala lagi. Actually hari ini Arwah Anak Kak Siti kahwinkan anak dan ingat nak pergi sekali sama Kak Lang Ella tapi tak jadi sebab demam.
Muss memang senonim dengan roti canai banjir
Pagi tadi breakfast dengan Muss. Muss makan roti canai banjir dan teh ice manakala Syah tosei dan barli panas. Lepas makan Muss hantar syah balik rumah dan selepas itu dia keluar ke rumah Kak Ngah untuk preparation wedding Hafiz (majlis sebelah lelaki) esok.

Aktiviti Jumaat :- 11.06.2010

Pagi Jumaat nie Syah dan Muss hantar Cd ke 7E Kosas. Sebelum tu kami singgah breakfast di Nasi Lemak Sotong Istemewa di AU3.
Muss dan Cd sedang menikmati sarapan nasi lemak mereka. Tempat ini memang favourate Muss dan kadangkala sebelum ke office dia boleh singgah kesini untuk breakfast.Yang ini Syah punya breakfast. Nasi lemak lauk rendang daging, sambal sotong dan kentang goreng. Manalah Sister Syah - Kak Lang Ella tak marah kalau baca blog nie coz dia asik tengok Syah makan....makan.....makan sahaja katanya sebab tu jadi gemuk. Dia takut Syah kena darah tinggi macam dia. Hehehhehee.

Dah kedaipun nama nasi lemak sotong istemewa. Haaaaa tengoklah tu satu besen Mak Cik nie sedang siang sotong untuk dibuat sambal tumis sotong. Memang sedap dan kalau anda semua ada masa datanglah ke AU3 dan cari gerai nie. Sekarang nie malampun dia buka tau.
Lepas tu Muss ke Rumah Kak Ngah Faziah dan dia dropkan Syah di rumah Kak Lang Ella di area yang lebih kurang sama jer rumah mereka. Syah minta Muss fetch Syah lebih kurang jam 12:00 tengahari. Kak Lang buatkan Syah teh panas dan goreng kentang. Sempat lihat kucing Muss yang diberi kepada Kak Lang dan dah besar dia, adik Awok. Dulu namanya Muss panggil Hafis dan sekarang Kak Lang panggil dia Hitam. Gambar kat atas tu anak bungsu Kak Lang - Ku Chik @ Ijat (8 tahun) bersama hitam. Anak Kak Lang dua orang sahaja dan yang sulung Firdaus dan nak ambil SPM tahun ini. Sempat sembang-sembang isu family dengan Kak Lang dan hampir jam 1:00pm Muss datang.
Imbang PenuhHari ini tak solat Jumaat. Muss ajak Syah ke Spectrum Ampang dan dia nak cuci kereta sekali. Sementara tu Syah lepak minum-minum di A&W sampai urusan Muss selesai. Masa nak keluar Muss beli udang goreng di Thai stall diluar Spectrum Ampang. Dalam kereta hari hujan dan Muss kata baru jer basuh kereta dah hujan. Hehehehhehe
Biasalah dalam kereta Syah tidur dan bila bangun Muss ajak Syah makan nasi ayam di Sentul. Nama gerainya Al-Awal Ain Nasi Ayam. Sedap nasi ayamnya ada dua pilihan samada ayam biasa atau kampung. Gerai ini tiada minuman panas, cuma ada ABC, Sirap dan Teh O Ice. Satu sahaja kelemahan gerai nie banyak sangat lalat dan langau, memang banyak yang herannya orang yang makan disinipun ramai juga. Tak tahulah hari lain ada lalat atau tidak atau mungkin hari ini sahaja ada lalat coz hujan? No comment coz ini pertama kali makan disini.

Kenangan Syah di Majlis Makan Malam Perkahwinan Hafiz & Nurartikah - 10.06.2010

Sempena Majlis Makan Malam Perkahwinan Hafiz dan Nurartikah yang diadakan dengan penuh gilang gemilang di Perdana Grand Ballroom, Dewan Perdan Felda, Syah ingin mengabadikan beberapa gambar yang menjadi kenangan Syah sewaktu majlis resepsi berkenaan.
Ini adalah gambar yang paling best sekali coz Syah bergambar diatas kerusi yang diduduki oleh DYMM Sultan Selangor semasa majlis persandingan.

Berposing dihadapan Singahsana Raja dan Ratu Sehari
Bersama-sama dengan anak-anak Kak Ngah Faziah dan Kak Long Fadilah.
Bersama keluarga Kak Ngah Faziah mengabadikan kenangan bersama Hafiz dan Nurartikah.

Menu Majlis Makan Malam Hafiz & Nurartikah - 10.06.2010

Menu pada malam ini disediakan oleh Felda D'Saji Sdn Bhd yang merupakan pembekal makanan utama untuk setiap majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda. Mereka juga mengadakan perkhidmatan catering dan boleh dihubungi melalui talian 03 - 2698 8302 atau fax :- 03 - 2694 4159 atau e-mail :- dsaji@felda.net.my. Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari laman sesawang mereka di http://www.feldasaji.com.my.

Haaaaaaaaaa..........inilah menu pada malam ini. Memang sedap masakan mereka. Untuk majlis ini mereka menyediakan :- Sirap Selasih, Mineral water D'Saji, Nasi Beryani, Nasi Putih, Ayam Kuzee, Rendang Pedas Negeri, Sambal Udang Beserai, Acar Rampai Ala Nonya, Dalca Sayuran, Papedom, Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce dan Kopi/Teh.

Para Pelayan sedang sibuk melayan para tetamu pada malam ini.
Inilah dinner Syah pada malam ini.
Set meja untuk tetamu pada malam ini
Manakala ini pula adalah susunatur untuk meja makan utama untuk VVIP
Set makan malam untuk DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak di meja makan utama.

Cenderahati Perkahwinan Hafiz & Nurartikah - 10.06.2010

Jom kita lihat souvenir pada malam ini untuk tetamu-tetamu yang menghadiri majlis persandingan Hafiz dan Nurartikah.Ini adalah bunga rampai yang diberikan kepada tetamu-tetamu VVIP yang merenjis pengantin di pentas utama.Ini pula adalah souvenir untuk DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak di Meja Makan Utama.
Souvenir untuk tetamu VVIP yang lainnya di meja makan utama. Didalam kotak berkenaan mengandungi objek seperti dibawah.

Ini pula merupakan souvenir untuk kami semua yang menghadiri majlis persandingan pada malam ini.

Kereta - 10.06.2010

Syah nak kongsi bersama anda semua gambar kenderaan rasmi DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Perak. Gambar ini Syah ambil semasa keberangkatan pulang kedua-dua baginda selepas menghadiri majlis persandingan Hafiz dan Nurartikah di Perdana Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda pada 10.06.2010.
Kenderaan Rasmi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj
Yang ini pula merupakan kenderaan rasmi DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah.

Ketibaan Pengantin ke Perdana Grand Ballroom - 10.06.2010

Ketibaan Hafiz dan Nurartikah ke Perdana Grand Ballroom,
Click play dan tunggu seketika.

Keberangkatan Tiba VVIP - 10.06.2010

Saksikan Video keberangkatan masuk DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah & DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Ismail, Panglima Angkatan Tentera Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Azizzan Ariffin dan Isteri, Y.B Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad dan Isteri, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato' Kong Choo Ha dan Isteri, Menteri Besar Perak , YAB Dato' Seri Dr Zambry dan Isteri, ibubapa Nurartikah, Laksamana Tan Sri Dato' Sri Ilyas bin Haji Din (B) dan Puan Seri Datin Seri Meryam @ Ani binti Harun serta ibubapa Hafiz, Aminoordin bin Harun dan Faziah binti Mohd Sharif ke Perdana Grand Ballroom,Dewan Perdana Felda sempena Majlis Persandingan dan Makan Malam Hafiz Safwan dan Nurartikah pada 10.06.2010.

Tekan play dan anda terpaksa menunggu seketika.

Friday, June 11, 2010

Majlis Persandingan Hafiz dan Nurartikah - 10.06.2010

Majlis Persandingan Hafiz Safwan Aminordin dan Nurartikah Tan Sri Dato' Seri Ilyas telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Perdana Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, off Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tidak silap Syah dianggarkan hampir 1000 orang jemputan menghadiri majlis ini yang terdiri daripada sanak saudara, sahabat dan rakan taulan Tan Sri dan Puan Sri, VVIP, DYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perak serta DYMM Sultan Selangor.
Tetamu VVIP terdiri daripada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah & DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Ismail, Panglima Angkatan Tentera Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Azizzan Ariffin dan Isteri, Y.B Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad dan Isteri, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato' Kong Choo Ha dan Isteri sertan Menteri Besar Perak , YAB Dato' Seri Dr Zambry dan Isteri.

Majlis dimulai dengan keberangkatan masuk DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Perak & DYTM Raja Puan Besar Perak, tetamu VVIP yang lainnya dan Kedua Ibubapa Mempelai. Setelah tetamu VVIP mengambil tempat, kedua mempelai diarak keluar didahului dengan "flower girls" ke pentas utama yang menempatkan singahsana bagi raja dan ratu sehari ini.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis gilang gemilang pada malam ini agar semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Selepas bacaan doa, pengacara majlis mengumumkan Majlis Merengis dimulakan dengan didahului oleh Tan Sri dan Puan Seri yang kemudiannya merafak sembah mempersilakan DYMM Tuanku Sharafuddin, DYTM Raja Nazrin dan Tuanku Zara menyempurnakan majlis berinai, diikuti tetamu VVIP, Nenekanda Penganti Perempuan dan Kedua Ibubapa Hafiz Safwan.
Tuanku Sharafuddin selepas upacara merenjis kedua mempelai.
Diikuti oleh DYTM Raja Nazrin Shah
Seterusnya Tuanku Zara
Mengakhiri Majlis Merenjsi pada malam ini, kedua ibubapa Hafiz Safwan, Faziah dan Aminordin merafak sembah sebelum naik ke pentas utama bagi menyempurnakan majlis merenjis putera sulung mereka Hafiz Safwan dan Nurartikah.
Bonda Hafiz Safwan - Faziah Mohd Sharif
Ayahanda Hafiz - Aminordin Harun
Setelah upacara merenjis tamat, semua hadiri bangun apabila para tetamu VVIP menuju ke Meja Makan Utama di dahului oleh DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Perak sebelum majlis makan malam dimulakan.
Sementara tetamu VVIP menuju ke meja makan utama pengantin berdiri tegak menghadap meja makan utama dan mengangkat sembah apabila Tuanku Sultan dan DYTM Raja Muda dan Raja Puan Besar tiba dan mengambil tempat di meja makan utama.
Selepas itu majlis memotong kek disempurnakan oleh kedua mempelai sebelum beredar ke meja makan utama.
Hafiz dan Nurartikah menuju ke meja makan utama yang menempatkan tetamu VVIP.
Kami dihiburkan dengan keunikan suara sepasang penyanyi ini.
Para tetamu sedang sibuk menikmati juadah yang dihidangkan.
Meja makan utama yang menempatkan para tetamu VVIP dan kedua mempelai.
Sebelum majlis berakhir Tan Sri memberi sedikit ucapan disamping menghargai tetamu yang hadir pada malam ini. Rupa-rupanya ini adalah kali ketiga dan terakhir Tan Sri mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Perdana Felda. Sebelum ini perkahwinan abang dan adik Nurartikah juga diadakan ditempat yang sama. Terakhir kerana Tan Sri hanya mempunyai tiga orang cahayamata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki dan selepas ini semuanya telah berkahwin.
Setelah majlis selesai, Hafiz dan Nurartikah berjalan menuju pintu utama Perdana Grand Ballroom untuk menunggu semua tetamu bagi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran mereka dimajlis resepsi ini.
Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Selangor
Tuanku Zara
DYTM Raja Muda Perak berpelukan dengan DYMM Sultan Selangor sebelum Tuanku Sultan memasuki kenderaan rasmi baginda sambil diperhatikan oleh DYTM Raja Puan Besar Perak, Tan Sri dan Puan Sri.
DYTM Raja Nazrin berbual mesra bersama Tan Sri dan Puan Sri sebelum memasuki kenderaan rasmi baginda.
Kelurga Tan Sri dengan tema warna purple mengucapkan terima kasih kepada para tamu yang meninggalkan majlis pada malam ini.
Aktiviti terakhir pada malam ini bergambar bersama keluarga dan pengantin. Keluarga Hafiz - Ibubapa, adik lelaki dan perempuannya mengabadikan kenangan bergambar diatas pentas utama yang menempatkan pelamin raja dan ratu sehari ini. Warna tema sebelah lelaki pada malam ini warna Merah.