Saturday, May 15, 2010

Aktiviti Pagi Sabtu - 15.05.2010

Pagi ini Syah tumpang Azrin balik Rawang kebetulan dia keluar clubbing dengan member-member dia. Jam 06:20am dia sampai Rumah KL. Sampai jer area Selayang masuk ke Rawang jalan dah Jem. Azrin sampai tertidur dalam kereta. Mana nak kencing lagi. tension tul. Rupa-rupanya ada lori terbalik - Habis batu-batanya bertabur ditengah jalan tu yang menyebabkan kesesakan. Pengguna kena take turn ambil laluan dengan bantuan polis. Biasanya 30 minit sudah sampai tapi hari ini hampir satu jam setengah.
Sampai rumah Syah macam biasa basuh kereta dan depan rumah, cuci kain dan ke kedai beli akhbar. Ingat tak Syah ada cerita pasal lembu dalam entry lepas. Hari ini lembu-lembu tu datang lagi sampai depan rumah Syah pula, minggu lepas Syah nampak mereka diseberang jalan besar jer. Dia sempat minum lagi depan rumah Syah. hehehehe nak marah tak boleh sebab dia lembu tapi orang yang jaga dia tulah lembu sangat nape?

Jam 10:00am Shah anai-anai datang nak buat semburan serangga kat rumah Syah. Syah memang minta dia sembur racun serangga untuk jauhkan semut, lipas dan seumpamanya. Alamak ada kesan anai-anai kat frame atas kiri pintu depan pula. Bila cek kata Shah ada nampak seekor. Mulanya dia nak letak ubat dalam minggu depan tapi dia tukar fikiran dan spray kayu tu. katanya anai-anai nie mungkin balance dulu dan tak banyak pun. Jangan riasau katanya coz tak akan ada dalam tanah lagi kerana dia dah tanam ubat dalam tanah. Dia minta Syah perhatikan seminggu lagi jika ada sarang lagi baru dia akan betulkan semula. Dia kata keadaan sebegini memang ada berlaku tapi evverything going to be ok dan jangan risau. Oklah sejuk sedikit hati kalau tidak tak tau nak cakap apa coz dah beribu habis buat treatment anai-anai nie. Semburan serangga dia caj RM7o.00. Sesiapa nak perkhidmatan beliau boleh call talian 012 6643837, 016 3352312 dan 012 3689109. Ada tiga nombor dia. Call jika perlukan bantuan mengenai anai=anai.

Farewell dan Gotong Royong - 14.05.2010

Hari ini ada gotong royong di office Syah. Big Boss Dr. Zainal dah bising coz banyak sangat kotak di belakang office dan dokumen yang tak perlu. So kena hapuskan jika tak berkenaan. Disebabkan ada gotong royong Syah pakai track suit jer datang office. Ialah senang dan mudah nak bergerak. Penatnya......... mana mengemas lagi...... kerja lagi. Hemmmmmmmmmmm.

Miza dan Seyfull practicle Studen dari UiTM. Moin sedang brief kami semua mengenai gotong royong.

Approx 09:00am my Boss, Moin briefing apa yang nak dibuat. Kebetulan hari ini kebanyakan staff Yayasan TM berpindah ke floor Syah atas arahan Dr. Zainal. Untuk minum pagi Yayasan taja air kotak dan assorted bun. Miza call nak confirkan time farewell party. Majlis farewell dan penyampaian hadiah/sijil berjalan jam 12:00 tengahari dan waktu tu Syah ke Pos Menara TM untuk hantar surat berdaftar bagi pelajar-pelajar Kolej yang masih ada tunggakan course fees.

Balik lewat petang nie. Ikut plan nak sambut birthday ayahanda Muss tapi tak jadi coz uncle masuk HKL semula kerana masalah ususnya. Keluar office dengan Kak Hasmah sampai KL Central. Lepas tu dia nak jumpa anaknya dan Syah ingat nak balik Rawang tapi tak jadilah dan balik Rumah KL. Sebelum balik Rumah KL Syah makan di Subway - Turkey Brest & Turkes Ham with Origano Bread. Balik rumah Cd cakap Muss suruh buat mee goreng. Bila Muss sampai rumah dari HKL dia kata buat mee goreng tu tak mau basah sangat. So Syah buat Teh O Ice sekali. Pagi esok tumpang Azrin balik ke Rawang coz malam nie di clubbing dengan kawannya.

Aktivit 13 Mei 2010 - 14.05.2010

Macam biasa setiap pagi Syah ke office dengan LRT. Sampai stesyen Melati Syahpun swapkan kad touch n go untuk masuk kedalam tetiba ada orang tepuk belakang Syah. Bang .......... Duit Abang jatuh katanya. Rupa-rupanya masa Syah tarik kad dalam poket terkeluar duit sekali.Taklah banyak, dua atau tiga ringgit sahaja.

Budak yang inform Syah tu yang pakai baju putih tu. Itulah pentingnya kalau kita buat baik dengan orang lain tak semestinya orang yang kita tolong tu tu balas kebaikan kita mungkin orang lain akan membalasnya. Syah pernah buat benda yang sama dan bila iannya terjadi pada Syah ada orang yang tolong - bantu. Dalam train Syah duduk sebelah budak baju light purple tu.Tetiba ada wanita mengandung berdiri depan dia dan dia tertidur waktu tu. Syah bangun dan suruh wanita tu duduk. Kesian tengok dia yang sedang sarat mengandung itew?

Tengahari tadi Azrin datang office coz Syah minta dia tolong bawa barang-barang peribadi Syah balik ke Rawang coz office nak buat 5'S. Petangnya pula dia fetch Syah di Stesyen LRT Jelatik kebetulan dia jumpa kawannya Che Wan. Dari Jelatik we all ke Ampang Point. Azrin nak berurut di Arokaya House, thai massage. Mak Aii.................. Mamat nie urut Syah macam kena tujah-tujah jer rasanya. Rupa-rupanya teknik thai massage memang beza dengan orang Melayu dan tak pakai minyak pula tu. Sakit dan geli. hehehhe Syah urut badan RM45.00

Lepas mengurut we all gi dinner @ Jalan Ampang dekat SPCA Center. Syah makan nasi lemak bungkus dan satay ayam & daging. Dia orangpun sama kecuali Che Wan tak makan nasi lemak, satay jer. Lepas tu hantar Che Wan balik dan sampai Rawang lebih kurang jam 11 lebih. Mengantuk nya.............

Friday, May 14, 2010

MSR buat aduan polis - 13.05.2010

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Setia Rakyat (MSR) yang dianggotai oleh rakyat negeri Kelantan telah membuat membuat laporan polis di Balai Polis Kota Baharu, Kelantan, pada 13 Mei 2010 berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan bahawa baginda dikasari oleh pihak polis. Maimun Latif selaku Naib Presiden MSR, telah membuat laporan bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.Beliau tiba di balai polis pada pukul 11:15 pagi ini bersama Presiden MSR, Datuk Azaha Abdul Rani dan kira-kira 30 ahli pertubuhan tersebut.

Dalam komennya kepada pemberita semasa berada di Balai Polis, Maimun berkata Kita sebagai rakyat jelata ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sampaikan baginda dikasari seperti itu. Ia telah dilaporkan oleh media. Oleh itu kami mahu masalah ini diperjelaskan kerana baginda sepatutnya dilayan dengan lebih baik bukannya seperti yang dilaporkan itu.

Datuk Azaha pula berkata, MSR sentiasa memberikan kesetiaan kepada Istana Kelantan dan akan mempertahankannya daripada tercemar. Beliau turut berharap agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa membabitkan kekasaran. Konflik yang berlaku ini telah mencemarkan imej institusi diraja Kelantan sebab itulah kami rakyat jelata berharap ia dapat diselesaikan melalui hubungan kekeluargaan. Rakyat sentiasa mendoakan agar baginda Sultan, Pemangku Raja dan semua kerabat sentiasa hidup dalam suasana harmoni.

Thursday, May 13, 2010

Aksi Kucing 2 - 12.05.2010

Malam ini Syah tapow jer makanan dekat restoran berhampiran LRT Melati. Nagsi Goreng USA dan Nasi Goreng Paprik untuk Syah dan Cd, Muss diet. Masa tunggu pesanan Syah nampak seekor kucing yang lena tidur sehingga tidur duduk. Rupanya kucing nie sedang bunting patutlah sihat sangat badannya sambil menyandar pada tiang. Syah tangkap gambar diapun tak sadar kehadiran Syah, lepas tu baru dia bangun dan sambung tidur semula. Sian dia penat agaknya hingga terduduk tidurnya. Teringat Salim dan Gemuk yang sudah tiada lagi di dunia ini. Sambil tunggu pesanan siap Syah order Lai Chee Kang Ice.


Wednesday, May 12, 2010

Najib lawat Raja Norodom Sihamoni - 12.05.2010

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Kemboja, bermula 10 Mei lepas telah melakukan kunjungan hormat kepada Raja Norodom Sihamoni di istana Raja Kemboja, Phnom Pehn semalam bersamaan 11 Mei 2010. Baginda Raja Kemboja telah merakamkan sentimen mesranya terhadap Malaysia serta menyokong segala usaha yang dilakukan bagi kebaikan kedua-dua negara.
Baginda dilahirkan pada 14 Mei 1953 di Phnom Penh sebagai Brhat Karuna Brhat Pada Samdach Brhat Paramanatha Naradharma Simhamuni (Norodom Sihamoni) dan merupakan putera ke tujuh Raja Norodom Sihanuk dan Ratu Norodom Monineath Sihanouk. Sebelum dilantik sebagai Raja baginda bertugas sebagai duta di UNESCO.
Baginda lebih dikenali di Eropah sebagai seorang yang giat dalam bidang kesenian. Pada tahun 60an-70an baginda telah ke Prague untuk mempelajari seni tarian klasik dan ke Korea Utara untuk mempelajari cara membuat filem. Pada 1981, baginda berpindah ke Perancis dan menetap di sana untuk mengajar tarian balet. Baginda telah menghabiskan masanya sekurang-kurangnya 20 tahun diluar negara. Pada tahun 1993, baginda dilantik sebagai delegasi Kemboja kepada UNESCO, cabang kebudayaan PBB yang bertempat di Paris. Di sini, baginda dikenali sebagai seorang yang gigih bekerja dan seorang yang amat mencintai tanahairnya, Kemboja. Pada 14 Oktober 2004, baginda dilantik oleh majlis khas sembilan anggota untuk menggantikan ayahnya, Raja Sihanouk yang telah mengumumkan penurunan takhtanya secara mendadak. Pemilihannya disetujui oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Speaker Dewan Kebangsaan, Putera Norodom Ranariddh, kedua-dua mereka adalah anggota majlis diraja. Baginda ditabalkan di Phnom Penh pada 29 Oktober 2004. Baginda masih belum berumahtangga dan ini tidak menjadi masalah kepada Majlis DiRaja untuk melantik baginda sebagai seorang Raja di Kemboja.

Mimpi - 12.05.2010

Pagi tadi Syah mimpi ker atau megigau tak tau ler. Macam Syah sedang duduk diatas kerusi dan meja panjang - macam standard meeting room tu ler. Mula-mula Syah dan ditengah seorang lelaki tak tau siapa dan disebelahnya Raja Permaisuri Perak. Raja Permaisuri perak berkata Kita dah lama tak ........... dengan rakyat dan Syah nak jawap titahnya tapi masa nak susun ayat supaya ikut protokol Syah dengar ada orang panggil. Rupa-rupanya my brother kejutkan supaya bangun mandi. Hehehhehe Mimpi rupanya ingat betul-betul bersama Tuanku Bainun dan tak sempat menjawab titah Tuanku dalam mimpi kerana dah bangun.
Masa ke tempat kerja Muss hantar sampai LRT Tmn Melati kerana pagi ini dia ada appointment dengan Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak. Dia inform lepas buat check up nak ke office dan Syah beritahu minta MC jer lah. Tak tahulah dia.

Tuesday, May 11, 2010

Muss Balik Outstation - 11.05.2010

Masa menonton TV sambil dengar cerita Cd mengenai Salim mati dilanggar kereta semalam tetiba Syah nampak ada orang mengentai di balkoni. Rupa-rupanya my Bro, Muss balik dari outstation di Bahau, Negeri Sembilan. Sepatutnya dia kalau outstation mesti seminggu tapi kali ini dia balik awal sebab sedih kucingnya mati.


Mus kelihatan sedih didepan kubur Salim. Sebelum masuk rumah Syah nasihatkan dia tak perlulah nak marah sebab dah takdir kucing tu mati. Dia diam jer dan taklah marah sangat kat Cd bila masuk rumah tadi. Cd tanam tepi pagar depan Rumah KL. CD kata lepas kena langgar Salim mengelupur tak sampai 30 saat lepas tu terus diam. Cd lihat mulut dan hidungnyanya keluar darah, matanya macam pecah. Badanya elok tak cedera sedikitpun. Mungkin kereta tu langgar kepalanya jer (sebab dia melompat lari bila Cd nak ambil dia ) dan dia melambung dan tak dilenyek oleh kereta tu. Sebelum ditanam Cd balutkan dengan daun pandan dan surat khabar. Bahaya juga, nasib Salim yang dilanggar jika Cd ker kena langgar, tak tau nak cakap macam mana. So Cd and Muss hati-hatilah yer next time tak payahlah lepas-lepaskan kucing tu walaupun masa bersihkan sangkar sebab dia tak biasa hidup kat luar macam kucing lain. Jadi masalah pula nanti kita nak mencarinya semula.

Masa balik kerja tadi Syah singgah pasar malam beli dua bungkus nasi dagang lauk ayam dan telur serta ayam goreng uncle Bob. Tanya Muss dah makan ker dia kata tak nak. Syah suruh ambil nasi Syah jer sebab beli dua tak tau dia nak balik pula. Lepas dia mandi Syah suruh dia dan Cd makan dan Syah inform dia Syah dah makan. Dia tanya kalau dah makan nape beli dua dan Syah kat saje jer beli. Bukan apa Syah tahu dia mesti lapar jadi bagi dia makan jerlah dapat juga Syah diet malam nie. Yer lar...........risau badan semakin tembam lah You all.................

Dinner @ Sungai Choh - 10.05.2010

Lepas dengar berita kematian Salim, Syah terus update mengenainya dalam blog. Syah inform Azrin, Salim dah tak ada lagi dan nak update blog, bila siap baru pergi makan. Ingat nak makan di Seri Garing tapi kedai we all biasa makan tu tutup since yesterday. Tak tau nape mungkin tukang masak berhenti takpun cuti.
We decide nak makan di De Anjung Seafood @ Rawang Town dan sebelum tu Azrin singgah di Heong Leong bayar ansuran rumah. Lepas tu tak jadi makan di bandar Rawang tapi we all ke restoran yang sama tapi cawangan Sungai Choh. Restoran nie terletak tepi jalan atas bukit di Sungai Choh, Rawang, Selangor. Makanan kat sini atau di bandar Rawang tu memang sedap "Superb", "Double thumb up" dan apa-apa jer yang mengambarkan kesedapan. Really...mai lah cuba kalau singgah di Pekan Rawang. Malam nie dinner Ikan Siakap Stim Halia, Kailan Goreng, Telur Dadar, Nasi Putih, Sambal Belacan & Timun, Nescafe Panas dan Limau Barli Panas. Semuanya RM35.40 tapi dapat diskaun RM35.00 jer.

Monday, May 10, 2010

Akhirnya Salim Meningalkan Kami - 10.05.2010

Masa menonton berita @ TV3, handphone Syah berbunyi, Muss telefon rupanya. Dia outstation dan suara dia macam sedih dan kemudian inform Salim dah mati. Terkejut Syah. Muss menangis masa inform berita ini, tak pernah Syah dengar/tengok Muss menangis macam tu coz dia bukan jenis orang yang suka bersedih apatah lagi menangis. Dia kata dia sedih sangat kerana dia memang sayangkan Salim. Salim mati dilangar kereta jam 08:30pm mungkin selepas Syah call Cd tadi kot, Syah call dan Nadia jawap, Syah inform dia tak balik KL malam nie coz masih di Rumah Rawang lagi. Muss inform masa bersihkan sangkar mereka lepaskan Salim dan kebetulan pula dia melompat keluar dari balcony dan merayau-rayau sampai guard room. Cd pergi ambil dia tapi dia lari keluar pagar dan menyorok bawah kereta dan bila Cd nak ambil dia dia lari dan kebetulan ada kereta sedang lalu dan terus langgar dia. Muss macam mengamuk jer dengan Cd dan Nadia. Syah inform perkara dah nak jadi dan sabar sahaja lah. Syah memang sedih tapi tak lah menangis masa Muss inform berita kematian Salim, tapi masa download gambar-gambar dia tetiba air mata Syah mengalir tak henti-henti. Entahlah........ walaupun dia binatang tapi setiap yang kita sayang dan kemudiannya dia hilang dalam hidup kita ianya tentu akan menyentuh hati dan perasaan kita.......... .kan? Lagipun Muss dan Cd selalu merungut dan nak lepaskan tiga ekor kucing yang lain kerana tak larat nak jaga tapi Syah tak bagi. Agaknya dia tahu yang tuannya susah kot nak jaga mereka sebab tu dia pergi dulu untuk meringankan beban tuannya walaupun dia bukan dalam senarai tiga dari sembilan ekor tu.


Ini adalah gambar terakhir Salim masa Syah kemaskan sangkarnya pada 06.05.2010. Hari tu Syah cuti sebab tu Syah bersihkan sangkar dia. Dia nie bila sangkar di buka memang nak keluar jer kerjanya exspecially dia suka masuk rumah.

Gambar ni diambil Jam 12:09 pagi masa celebrate Muss birthday, Muss, Cd, Nadia, Syah dan Salim sama-sama celebrate birthday Muss. So anda semua nampakkan betapa istemewanya Salim tu pada kami.
Yang ini masa dia mula melahirkan anak. Dia beranak dalam almari TV di ruang tamu kemudiannya dia bawa anaknya masuk dalam bilik Syah dan letakkannya bawah katil. Syah curi-curi ambil gambar dia bawah katil Syah masa nie. Wahhhhhh dan dan dia tak bagi usik anaknya. Bila Syah keluarkan anaknya di gongongnya semula masuk bilik Syah

Macam nielah gelagat Salim, masa ini dia jadi mandor memerhatikan CD mengemaskan sangkarnya. Tak taulah apa yang difikirkan oleh Salim masa tu...........kan Alim.

Inilah anak-anak Salim, empat ekor semuanya tapi dua dah mati tinggal dua sahaja.


Aksi manja Salim. Dia kalau duduk atas lantai memang inilah style dia semenjak dari kecil lagi.

Yang depan nie anak angkat Salim. Syah bawa dari Rumah Rawang. Dua ekor semuanya dan yang seekor dah mati. Dari enam ekor sekarang anak Salim tinggal tiga ekor sahaja. Walaupun dah besar kadang kala anak-anak dan anak angkatnya menyusu lagi dengan dia. Tak tahulah lepas nie macam mana. Mesti mereka merindui Salim.

Salim masa dalam bilik Muss. Masa bunting Salim memang dapat keistemewaan duduk dalam rumah. Makan, minum dan berak semuanya dalam rumah dan kami sediakan pasirnya sekali. Bila anak-anaknya dah besar Muss letakan semula dia dalam sangkar di balkony. Dia macam tak nak jer duduk sangkar tu. Selalu mengmeow-meow nak masuk rumah.

Haa inilah enam ekor anak Salim. Emapat ekor ananya dan dua lagi anak angkat. Anaknya dua ekor mati dan anak angkatnya pula mati seekor. Sekarang anak-anaknya tinggal tiga ekor sahaja. Mereka main-main di balkony Rumah KL.

Masa nie bukan kami sahaja yang sedih malah Salim juga sedih dan cium anaknya yang dah mati tu sambil memanggil-manggil anaknya. Kini tiba pula masa Salim meninggalkan kami semua. Syah tak call pun Cd kerana tak mahulah sedih-sedih coz perkara dah berlakukan. Anggap jer dah masa dia meninggalkan kita semua. Tentu Muss rindu kat Salim masa balik outstation nanti coz dia selalu panggil Alim.......Alim........Alim...... tak kira siang atau malam macam orang mengagah anak.
SELAMAT JALAN SALIM DAN SYAH DOAKAN SALIM BAHAGIA DISANA. JANGAN LUPAKAN KITA ORANG DI SINI YER ALIM.
Muahhhhhhhh

Belated Birthday Dinner - 10.05.2010

Birthday Syah pada 24 April tapi disebabkan tiada kesempatan masa Muss Belanja Syah dan Cd Makan Steamboat pada malam 04 Mei 2010 di Thai Steamboat di Taman Dagang, Ampang, Selangor atau bersebelahan Galaxy Ampang sempena my birhday. Macam-macam ada sehingga menyandar kita dibuatnya. Makan secara buffet, biasalah jika makanan tak habis akan dicaj tapi buat syarat sahaja supaya pelanggan tak membazir. Pada pengemar steamboat inilah tempat yang paling sesuai untuk anda. Apalagi ........... Jom Kita

Tengku Rozan/Salawani Buat Kenyataan - 10.05.2010

Kekanda kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Salwani bt Al-Marhum Sultan Yahaya Petra dan Tengku Rozan bt Al-Marhum Sultan Yahaya Petra telah mengadakan satu sidang akhbar di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur pada hari Ahad lepas bersamaan 09.05.2010 bagi menerangkan kekeliruan akibat kemelut yang melanda keluarga diraja Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.


Dalam kenyataannya, mereka berharap semua pihak memberi kepercayaan kepada Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra melaksanakan tanggungjawab baginda sebagai Pemangku Raja dan apa yang dilakukan baginda adalah untuk kebaikan keluarga diraja Kelantan sendiri. Mereka menyokong penuh pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kemelut yang menimpa keluarga diraja ini diselesaikan sesama kerabat diraja tanpa membuka pekung didada.

Disebelah kiri merupakan Tengku Rozan manakala sebelah kanan pula Tengku Salwani. Tengku Salwani merupakan bonda kepada pelakun Shah Reza yang kini bergelar Datuk. Gambar sewaktu sidang akhbar yang diadakan di Rumah Kelanan semalam.


Mereka mendakwa Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis dan kekanda (Kakak) mereka Tengku Merjan yang mengawal ketat Tuanku Sultan semasa di HUSM. Tengku Salwani memaklumkan apa yang berlaku pada 04.05.2010 lalu, sebenarnya Tengku Anis dan Tengku Merjan berada diluar wad selama satu jam kerana pada waktu itu Pemangku Raja Kelantan berada didalam wad berkenaan. Pihak polis terpaksa menjalankan arahan Pemangku Raja Kelantan yang tidak membenarkan sesiapa masuk ke wad bekenaan kerana tidak mahu berlaku kekecohan yang akan menjejaskan kesihatan Tuanku Sultan. Katanya "semasa titah arahan diberikan, Tengku Anis telah pulang ke Istana Mahkota untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu".


Tengku Rozan memaklumkan, sebenarnya beliau dan Tengku Salwani telah dilarang oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis untuk melawat Tuanku Sultan semasa baginda mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Pelawat-pelawat lain termasuk Pakar Perubatan dari Malaysia dan pakar agama juga tidak dibenarkan menemui Tuanku Sultan di Singapura.


Tengku Rozan juga turut menyangkal kenyataan bekas Yang DiPertua Majlis Perajaan Negeri, Tengku Abdul Aziz Tengku Hazah merupakan ayahanda (bapa) saudara Sultan sebaliknya memaklumkan bahawa beliau merupakan ayahanda saudara kepada Raja Perempuan Kelantan dan merupakan suami kepada kekanda sulung Tuanku Sultan Kelantan iaitu Tengku Merjan.

Sultan Pahang Rasmi Kompleks Futsal Putrajaya - 09.05.2010

Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah memang senonim dengan arena bolasepak Negara. Sehubungan dengan itu Baginda telah berkenaan mencemar duli merasmikan kompleks Futsal Putrajaya di Presint 18, Purajaya, Wilayah Persekutuan pada tanggal 08 Mei 2010. Kompleks berkenaan mengandungi dua (2) fasa pembinaan yang mana fasa pertama mengandungi sebelas gelanggang telah dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa 40 hari dengan kualiti yang tinggi mengikut spesifikasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala fasa kedua dijangka siap pada November 2010. Kos pembinaan kompleks ini dianggakan berjumlah RM3.4 juta. Salah satu gelangan utamanya diberi nama Gelanggang Mokhtar Dahari mengambil nama legasi pemain bola sepak negara Datuk Mokhtar Dahari. Gelanggang ini akan dijadikan gelanggang tertutup dengan 1000 tempat duduk grand stand. Turut serta dalam perasmian ini adalah Menteri & Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Razali Ibrahim, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman dan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh. Semuga dengan perasmian ini akan dapat menyemarakkan lagi sukan bolasepak sebagai salah satu sukan pilihan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat bolasepak Negara diperingkat antarabangsa.

Sunday, May 9, 2010

Sultan Kelantan berangkat pulang ke Istana Mahkota - 09.05.2010

Syukuralhamdulillah, sukacita dimaklumkan Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Al-Marhum Tuanku Yahya Petra telah selamat tiba di Istana Mahkota lebih kuurang jam 05:10 petang tadi. Baginda telah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia dengan perkenan Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra. Baginda diiringi keluar dari wad Diraja oleh Raja Perempuan Kelantan, DYMM Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, puteri bungsu Baginda, YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri, Pengarah HUSM Profesor Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan anggota kerabat diraja lain. Tuanku Sultan yang berkerusi roda berangkat ke tempat persemayamnya meniki kenderaan Toyota Alfard dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa. Baginda dilaporkan dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim dalam sidang akhbarnya petang tadi memaklumkan bahawa pihak Polis Kelantan telah melaksanakan tugas dengan baik tanpa sebarang insiden sepanjang Tuanku Sultan berada di HUSM untuk mendapatkan rawatan susulan atas pilihan Pemangku Raja Kelantan. Pendapat peribadi Syah, memang Polis Kelantan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah diamanahkan oleh Pemangku Raja Kelantan walaupun dilemparkan dengan berbagai-bagai tomahan oleh pihak-pihak tertentu seperti bertindak kasar terhadap Baginda Sultan dan Raja Perempuan semasa dibawa ke HUSM, mengasari kerabat diraja dan lain-lain lagi. SYABAS POLIS KELANTAN. Rakyat Malaysia masih waras dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang salah dan tidak mudah terpedaya dengan niat tertentu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Polis nafi bertindak kasar - 08.05.2010

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ismail dalam sidang akhbarnya pada hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mereka dikasari dan tidak dibenarkan melawat Tuanku Sultan di Wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Katanya semenjak Tuanku Sultan dimasukkan ke HUSM pada hari Selasa lepas bersamaan 04.05.2010, Pemangku Raja Kelantan telah menitahkan agar pihak polis mempertingkatkan kawalan keselamatan dan setiap individu yang ingin melawat Tuanku Sultan perlu mendapat perkenan (kelulusan) pemangku raja kecuali lima individu yang mendapat kebenaran melawat Tuanku Sultan tanpa kelulusan Pemangku Raja Kelantan. Ini tidak bermakna kerabat diraja yang lain tidak dibenarkan melawat, cuma mereka harus mendapatkan kebenaran dan titah daripada Pemangku Raja Kelantan. Jika ada kebenaran, pihak polis tidak akan menghalang tetapi jika tiada mereka terpaksa menjalankan apa yang telah diamanahkan.

Dalam sidang akhbar ini juga beliau memaklumkan bahawa pihak polis telah mengenal pasti individu yang disyaki menembak pengawal Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohd pada 01 Mei lepas. Suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40an dan masih dalam siasatan polis. Suspek ditangkap seminggu lepas.

Saturday, May 8, 2010

Dinner @ Taman Seri Garing - 08.05.2010

Jam 08:00pm tadi Syah ke gerai makan di Taman Seri Garing untuk dinner. Syah lupa bawa duit so pinjam Azrin dulu. Syah makan Nasi Goreng USA coz set tu memang complete, ada telur goreng, daging masak merah dan nasi goreng. Azrin pula nak sup ekor tapi ekor tiada stock so dia ambil sup tulang jer. Teringat kat sup tulang CD yang dapat rasa sedikit jer hari tu coz dibawa ke rumah Kak Long Fadilah. Minum Kopi O panas for me dan dia Teh O panas. Semuanya RM13.60. Lepas tu singah mini maket beli tiga botol mineral water dan pringles. Pinjam lagi duit dia RM10.00. Lepas tengok AF tadi dia ingatkan bila nak bayar hutang dia.............
Petang tadi bising bunyi hon kereta depan rumah Syah. Bila keluar Syah tengok ada beberapa ekor lembu lepas berkeliaran di sebarang jalan rumah Syah. Mengapalah dia orang nie kalau dah pandai nak ternak lembu tapi tak reti nak jaga. Sampai malam tadi lembu nie berkeliaran dan menyebabkan jalan sedikit jem sebab dia berkumpul ditengah jalan. Macam-macam hal lah........... Lembu-lembu dah tentu lah awak tu lembukan tapi yang jaga awak bukan lembu juga kan?

Panel Perubatan & Senarai Pelawat Sultan Kelantan - 08 Mei 2010

Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Malaysia telah melantik sepuluh (10) orang pakar perubatan untuk menjalankan pemeriksaan rapi terhadap kesihatan Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dengan perkenaan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra. Pakar-pakar ini akan berada di Wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk melakukan pemeriksaan terperinci bagi menentukan tahap kesihatan Tuanku Sultan. Laporan perubatan akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan. Mereka juga akan mengemukakan cadangan rawatan susulan Tuanku Sultan kepada Pemangku Raja Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebenarnya sebelum ini mereka telah dihalang oleh pihak-pihak tertentu untuk membuat rawatan susulan dan terapi terhadap Tuanku Sultan. Diantara pakar-pakar yang menganggotai Ahli Panel Perubatan berkenaan adalah :-

  1. Datuk Dr Mafauzy Mohamed selaku Ketua Panel. Beliau merupakan Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).
  2. Datuk Prof Wan Mohamad Wan Bebakar - Ketua Jabatan Endorkin Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.
  3. Prof Madya Kamaruddin Jalam - Pensyarah Perubatan dan Penyelaras Fasa III, Jabatan Anestesiologi HUSM.
  4. Datuk Dr Md Hanip Rafia - Ketua Jabatan Neuorologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).
  5. Datuk Dr Rosli Mohd Ali - Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN).
  6. Dr Rosmi Salleh - Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)
  7. Datuk Dr Suam Singh Jamit Singh - Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Bahagia, Perak.
  8. Dr Badieah Yahya - Pakar Perubatan Psikiatri Hospital Permai Johor.
  9. Prof Madya Dr Teo Hsien Jin - Pakar Psikologi Sunway Universiti College.
  10. Nooraini Darus - Pegawai Psikologi Klinikal HKL.

Pakar nombor satu hingga enam telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Kelantan manakala selebihnya dari Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan. Pakar-Pakar ini telah menjalankan tanggungjawab masing-masing secara berperingkat mulai petang jumaat bersamaan 07 Mei 2010.

Pada 18 November 2009, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan perlantikan Ahli Panel Perubatan ini dengan perkenan Pemangku Raja Kelantan. Laporan pertama telah dikeluarkan oleh panel ini pada 24 November 2010 yang merumuskan bahawa Tuanku Sultan berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan kemajuan hasil rawatan yang diterima tetapi tidak dapat mengerakkan tangan dan kaki, manakala penglihatan dan percakapan Tuanku Sultan masih terjejas. Baginda juga diberi makanan melalui tiub. Walau bagaimanapun laporan berkenaan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka dikatakan tidak pernah melawat Tuanku Sultan di Hospital Mount Elizabbeth, Singapura.

Inisiatif Pemangku Raja Kelantan mengarahkan supaya segala pergerakan Tuanku Sultan perlu mendapat perkenaan Baginda adalah satu langkah yang proaktif demi rasa perihatin dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Ayahandanya Tuanku Sultan Kelantan yang masih gering kerana sebelum ini ianya dilakukan dan dipantau oleh pihak-pihak tertentu yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Selain daripada itu terdapat lima senarai kerabat terdekat Tuanku Sultan Kelantan yang diberi kebenaran untuk membuat lawatan ke wad diraja HUSM. Bagi pelawat-pelawat lain, mereka perlu membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan dan mendapat perkenan Pemangku Raja.

Senarai-senarai Kerabat DiRaja yang mendapat kebenaran melawat Tuanku Sultan Kelantan tanpa perkenan (kelulusan) Pemangku Raja Kelantan :-

  1. Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
  2. Raja Perempuan Kelantan, DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid.
  3. Isteri Kedua Al-Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana bt Ahmad
  4. Putera Kedua Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
  5. Puteri Bungsu Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin A'ishah Putri bt Sultan Ismail Petra.

Walau bagaimanapun putera ketiga Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak termasuk dalam senarai orang yang dibenarkan melawat Tuanku Sultan di HUSM. Peguam Tuanku Sultan, Gobin Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay yang gagal untuk menemui Tuanku Sultan akan memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah kebenaran untuk melawat Tuanku Sultan di HUSM apabila kes habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan dari HUSM disebut di Mahkamah Khas dalam waktu terdekat.

Kosmo hari ini melaporkan bahawa Cik Puan Elia Suhana melahirkan rasa kecewanya kerana tidak dapat meluangkan masa yang lama dan berbual bersama Tuanku Sultan. Menurut peguamnya, Fakrul Azman Abu Hassan, sewaktu beliau dibawa masuk ke wad diraja, Raja Perempuan Kelantan berada disisi Tuanku Sultan.

Bersama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi supaya Tuanku Sultan Kelantan dipanjangkan umur dan disembuhkan kegeringan Baginda supaya dapat memerintah Kelantan seperti sediakala. AMIN.

............... DIRGAHAYU TUANKU PATIK ...............

My Sandwich - 08.05.2010

Hari nie tiba di Rumah Rawang jam 04:30 pagi. Syah tumpang Azrin ke Rawang coz dia keluar dengan member-member dia malam tadi. mulanya jam 10:00 lebih dia nak datang dan suruh syah siap tapi dia call balik tak jadi coz member dia invite karaoke. Lebih kurang jam 04:00 pagi dia fetch Syah. CD tak tahu balik jam berapa, dia kerja bawa kereta Muss. Malam tadi Syah dan Muss dinner satay ayam dan daging serta nasi impit dan jagung rebus. Syah beli kat pasar malam Jelatik. Sebelum naik LRT Syah lepak sekejap makan nasi goreng ikan masin kat tepi jalan. Ramai yang makan kat situ So Syahpun join sekali ............... lapar dari pagi tak makan. Sampai rumah, Syah terus hidupkan enjen kereta, basuh kereta dan lantai depan rumah. Bila kerja dah selesai baru sambung tidur. Pagi nie bangun jam 06:30am tapi sambung tidur semula hingga jam 08:00 pagi.
Untuk breakfast pagi nie Syah buat sandwich. Bukan untuk breakfast saja tapi bila-bila lapar buka peti sejuk buat je - jadikan stock dalam peti sejuk coz di Rumah Rawang tak ada kedai makan Muslim kalau nak makan kena ke Bandar Rawang atau taman sebelah. Malas pula. Pagi tadi ke kedai beli bahan untuk buat sandwich. Bila sampai rumah, macam ada benda tak cukup, baru teringat lupa beli ro fo ti fi (rotilah - bahasa f - teringat masa kecil dulu). Pegi sekali lagi Ka Kadai.

Syah makan sandwich nie dengan teh panas perisa strawberry. Buat sandwich nie senang jer ikut rasa hati apa nak letak. Bahan sandwich Syah today - of courselah ikan sadin, limau nipis, bawang, tomato, kobis, low fat majerine dan roti. Masukkan sardin dalam bekas dan panaskan dalam microwave, keluarkan dan hancurkan ikan tadi, masukan bawang hiris dan perahkan limau nipis. Syah suka buat sandwich tiga layer. Sapu roti dengan majerin, untuk lapisan pertama letakkan sardin dan tomato, lapisan kedua pula letakkan sardin dan hirisan kobis (hiris macam buat coldslow). Letakkan sekeping roti lagi diatasnya. Potong menyerong roti tadi dan ianya siap untuk di mamam. Hiaslah ikur suka sebab Syah suka hias makanan, buka apa saja berangan makan macam kat hotel/restoran kononnya. Tak salahkan sebab kita mampu membuatnya.....heheheheheh. Selamat mencuba. Anda juga boleh tambahkan hirisan cili api dalam sardin tadi dan juga masukkan hirisan timun dan daun salad. Letakkan goreng telur mata kerbau pun lagi sedap. Yang penting sandwich anda ikut kreativiti anda sebab yang nak makannya kita kannnnnnnnnnn.

Friday, May 7, 2010

Miza Meow-Meow Last Day - 07.05.2010

Today my Practical student MIZA menamatkan latihan practicalnya di TM. Apa-apapun best of luck Miza semuga berjaya dalam hidup dan mencapai apa yang dicita-citakan selama ini. Syah sentiasa mendoakan kejayaan Miza. Terima kasih kerana banyak membantu tugas-tugas Syah. Semuga kebaikan yang Miza taburkan itu mendapat balasan setimpal dari yang MAHA ESA. Baik-baik cari kerja tu. Untuk kali nie Syah nak kongsilah aksi-aksi si Miza Meow-Meow nie yang ada sesetengahnya dia pun tak perasan yang Syah ambil gambar dia secara candid. Nape meow-meow coz e-mail diapun guna nama meow-meow - dia nie suka kucing.
Haa....... tuan-tuan dan puan-puan inilah dia si Miza tu. Student UiTM Cawangan Terengganu. Kalau dah di tempat syah mestilah finance student. Dah ada BF, TM Scholar lagi dan Muka ala-ala Cina katanya campuran Kelantan dan Sabahan. Taste Makcik nie putih kot? Kan Miza Hehehhehe...........

Dia nie selalu melepak kat LRT dulu sebelum masuk train. Bukan apa Miza nie suka makan beli makanan seperti pisang goreng dan sewaktu dengannya. Bf dia inform kalau nak makan jangan dalam train. So sinilah tempat mereka sambil menyelam minum air kononnya.
Ini masa birthday dia. First bagi dia garlic bread dan inform tu hadiah birthday dia, tapi bila masa nak balik baru Syah bagi hadiah sebenar - Purse GUESS color Pink. Dia nie memang suka beli beg tangan untuk dijadikan koleksi peribadi.

Tengah berdiskusi dengan Fad .......boss barunya. Semenjak office Syah dilanda sunami, mamat nie take over dia, sampai ke Sabah dibawanya buat asset tagging. Heheheheh jangan marah yer.......... nanti kena jual tau?

Amboi ........ Amboi ........ Amboi ...... biasalah budak-budak zaman sekarang. Tengah bercinta sakan. Orang bercinta nie biasanya tak boeh di tegur, kalau tegurpun bak kata orang tua-tua masuk telinga kanan keluar telinga kiri so lebih baik diam kan jer. Apa-apapun bila khawin nanti jangan lupa jemput yek..... Tak jemput siap kau nanti.
Tengah tension buat kerja "sekolah" dia. Miza nie ada masa-masanya berangin juga mood dia. Alaaa biasalah pompuan kan, bila malam bulan mengambang. Nape.......... Ketawa.
Main cak-cak dengan Fad masa HC PLD Enggagement Program @ Kolej (TM Training Center). Tak Arrrrrrrrr ....depa tengah bincang pasal kerja lah.........
Candid dalam LRT. Sempat lagi berdiskusi tue walaupun train sesak dengan penumpang. Seorang berdiri dan sorang lagi duduk. Mamat nie memang baik ikut jer cakap Miza. Yer ker.... Miza jangan buli dia tau nanti dia buli balik macam filem BULI itew.
Inilah hadiah belated birthday Syah yang jatuh pada 24.04.2010 lepas. Masa birthday Syah, Miza tak ada coz di UiTM Terenganu. Di serahkan pada hari Rabu lepas 05.05.2010. Thanks Miza. All the best ya.....

Hari Nie - 06.05.2010

Hari ini Syah dan staff TM di Menara TM, TM Annexe 1 dan 2 dicutikan kerana ada AGM Meeting untuk pemegang Saham TM. Kebetulan CD pun cuti tapi tak ada kat rumah coz nak beri moral support kawannya test drive hari ini - dah luluspun masa tulis blog nie.
Dah tak ada apa nak buat, Syah kemas bilik Syah di Rumah KL dan dalam masa yang sama cuci kain sekali - Campak je dalam washing machine. Bila nak jemur kat luar nampak ada orang sedang tebang dahan pokok......alamak tak boleh nak jemur nie and Syah ambil keputusan jemur jer dalam rumah dan pasangkan kipas. Bila kerja dah siap macam malas nak duduk rumah. So Syah cadang nak gi office. Masa nak keluar rumah tadi dahan-dahan tu dah clear.

Salah satu yang Syah buat pagi tadi kemas sangkar kucing. Ada dua sangkar kucing. Syah sapu dan bersihkan sangkar dan part yang tak larat tu buang najis kucing. Kena tapis dulu pasirnya. Disebelah kanan tu najis kucing pada yang tak pernah tengok najis kucing yang dibela dan tak dilepaskan, kira kucing manjalah nie. Bila dah siap kemas dan tutup pintu balkoni anak-anak Salim buat hal, lari sana-sini sampai tertumpah makananya - Gambar sebelah kiri anda tu.. Satu kerja kita dibuatnya unutk bersihkan lantai pula. Huahuahua............

On the way ke office tadi nampak kucing nie. Lena betul tidurnya sampai Syah kat sebelah diapun dia tak bangun-bangun. Letih kot macam manusia juga ...entah-entah gi clubing malam tadi. Tahu tak meow-meow nie sebenarnya tidur dalam pasu bunga.
Sampai office lebih kurang jam 12:00 tengahari. Syah lunch dekat kedai mamak di Stesyen Kerinchi. Sampai office jer buat kerja sdikit sambil call relatives. Syah balik lebih kurang jam 06:00pm. Kat office ada Azlina Samsi, Nani Haryani, Tukiman dan Makcik Cleaner. Taklah sunyi sangat. Dalam LRT Muss call invite makan Young Tau Foo di Wangsa Malawati. CD belanja today. Kenyang betul Thanks Cd. Jam 10:30 tadi Syah temankan Muss hantar CD ke 7E kerana ada franchiser nak buat training nak rasa situasi kerja malam - Perempuan lawa kata CD macam artis.

Thursday, May 6, 2010

Nenek Etty Meninggal Dunia - 06.05.2010

AL- Fatihah
Dalam entry Syah pada 26.05.2010 ada cerita mengenai Nenek Etty yang sakit dan we all (Muss dan CD) melawat dia di HKL. Dukacita dimaklumkan beliau telah meningal dunia pada jam 11:00 pagi semalam 05.05.2010 dan di kebumikan selepas solat asar di Kampung Kerinchi. Al Fatihah ........ buat Nenek Hitam semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh. Amin.

Elia Lawat Tuanku - 06.05.2010

Cik Puan Elia Suhana Ahmad, Isteri kedua Al-Sultan Kelantan dilapurkan memasuki pintu masuk utama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 10:45 malam. Beliau dilihat memasuki HUSM dengan diiringi oleh pembantunya. Shukur alhamdulilah jika beliau berkesempatan melawat suami tercinta yang telah lama tidak ditemuinya. Ada sumber menyatakan beliau berada diluar negara sebelum pulang semalam setelah mengetahui suaminya dimasukkan ke HUSM. Waalah hu alam.

Tahniah Tengku Faris Petra - 06.05.2010

Berita terbaru mengenai Al-Sultan Kelantan, Baginda DIKATAKAN akan diterbangkan dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan lanjut oleh pakar-pakar tempatan di Hospital Kuala Lumpur. Baginda dijangka bertolak pada petang ini jam 02:30pm bersama-sama rombongan diraja Kelantan. Samada berita ini benar atau tidak sama-sama lah kita lihat berita di TV nanti dan akhbar-akhbar esok. Buat masa ini Tuanku masih gering (sakit) dan hanya boleh diberi makan melalui tiub.

Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra

Sikap perhatin dan penyayang yang ditunjukkan oleh Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra kepada Ayahandanya patut mendapat pujian dan sokongan bukan sahaja oleh rakyat Kelantan tetapi Malaysia khususnya. Tindakan DYTM Tengku Faris mengarahkan Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan Sultan Kelantan perlu mendapat perkenan baginda adalah keputusan yang tepat dan bijak supaya Tuanku Sultan tidak dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin akan mengambil kesempatan atas keadaan Tuanku sekarang disamping dapat memastikan keselamatan dan kesihatan Tuanku Sultan terjamin. Soal Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemua adalah ketentuan dari Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang dan DIA yang menentukannya.

Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra
Bak kata pepatah ada mata lihat dan ada telinga dengar, apa yang berlaku dalam institusi beraja di Negeri Kelantan ini lebih merupakan urusan keluarga diraja kelantan - urusan peribadi mereka. Kita janganlah membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan. Apa yang perlu kita buat adalah mendengar berita / khabar dari saluran/sumber yang sahih iaitu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan dan pihak-pihak yang berkenan sahaja.

Wednesday, May 5, 2010

Tengku Anis dan Fakhry di Halang - 05.04.2010

Mengikut perancangan asal Istana Mahkota, Tuanku Ismail akan menjalani rawatan susulan selama sepuluh hari di Hospital Mount Elizabeth, Singapura bermula hari ini 05.04.2010. Segala perbelanjaan adalah atas pembiayaan peribadi dan tidak melibatkan kerajaan negeri. Walau bagaimanapun berlaku beberapa insiden yang tidak diduga telah berlaku ekoran daripada perancangan ini.


Tuanku Ismail dan rombongan sepatutnya menaiki pesawat sewa khas ke Singapura melalui Kota Baharu, Kelantan pada jam lebih kurang 11:30 pagi. Walau bagaimanapu pesawat berkenaan tidak dibenarkan mendarat oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSIP), Pengkalan Cepa, Kota Baharu, Kelantan.


Bertindak daripada insiden ini, pada sebelah petangnya lebih kurang jam 06:00 petang, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah mengadakan sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan berhubung masalah ini. Beliau mendakwa beberapa ajensi kerajaan turut terlibat dalam perkara ini dan berharap mana-mana pihak yang terlibat disiasat dengan adil. Beliau berkata "kalau inilah caranya pihak berkuasa melayan Tuanku Sultan, maka rakyat biasa janganlah menaruh harapan".


Perancangan membawa Tuanku Sultan ke Singapura diteruskan dengan menaiki pesawat komersial yang dijangka berlepas ke KLIA pada jam 07:50 malam dan dari KLIA ke Singapura pada jam 10:45 malam. Semasa hendak bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, rombongan Diraja ini telah ditahan oleh Pasukan Polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) lebih kurang 50 meter dari pintu gerbang Istana Mahkota. Tuanku Sultan dan Raja Perempuan telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk diberikan rawatan susulan masalah jantung oleh pakar tempatan. Manakala Tengku Fakhry, dua orang doktor dan pengawal peribadi Tuanku telah dibawa ke Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Polis Kelantan untuk soalsiasat.


Tengku Anis dalam kenyataannya menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku pada malam tadi. Katanya "belum pernah sepanjang umur saya 61 tahun ini ini Tuanku dilayan sebagai penjenayah. Mengapa mereka tergamak buat macam ini sehingga mengejutkan Tuanku sendiri". Semasa di HUKM Tengku Anis mendakwa tidak dibenarkan menemani Tuanku dan telah ditempatkan di salah sebuah pejabat HUSM dengan kawalan anggota polis. Tengku Anis hanya dibenarkan bertemu Tuanku pada jam 01:00pagi. Tengku Fakhry dilihat keluar dari IPK pada jam 10:10malam manakala nasib dua orang doktor dan pengawal peribadi Tuanku Sultan tidak diketahui.



Mengikut kenyataan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad , Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan Sultan lebih terjamin. Kawalan ketat ini adalah penting demi keselamatan Tuanku berikutan insiden pengawal Istana Diraja yang ditembak didada pada 01.05.2010 tempohari. Berdasarkan titah (arahan) ini seramai 50 anggota polis telah mengadakan kawalan ketat di HUSM. Pihak polis sebenarnya menahan Tengku Fakhry dan orang-orangnya bukan sebagai penjenayah tetapi untuk mengelakkan mereka membawa Tuanku Sultan Kelantan keluar negara. Pemangku Raja Kelantan sebenarnya telah berkenan supaya Tuanku dirawat oleh pakar tempatan berbanding pakar dari luar negara. Menurut sumber dari Istana, Tuanku Sultan akan diterbangkan dengan pesawat kerajaan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Monday, May 3, 2010

2 Rumah Baru di Makam Pahlawan - 03.05.2010

Hari Jumaat lepas 30.04.2010 tergerak hati Syah untuk Solat Jumaat di Masjid Negara sambil makan ayam goreng uncle bob, memang world makan ayam goreng panas-panas denga air tebu ice depan Masjid Negara. Lepas makan di perkarangan Masjid Negara Syah mengambil wuduk dahulu sebelum naik ke ruang solat dibahagian atas Masjid. Sampai sahaja ke atas Syah terus ke Makam Pahlawan. Alangkah terkejutnya Syah bila melihat kubur Tun Fatimah dan Tun Ghazali sudah disiap dipasang. Shukur Alhamdulilah dan ini tandanya telah lebih 100 hari mereka meninggalkan kita. Kebiasaan masyarakat Melayu akan membuat kubur kepada keluarga mereka selepas 100 hari arwah meninggal dunia. Kali terakir Syah sampai ke sini pada 12.03.2010 tetapi kuburnya belum dipasang lagi. Jom Syah bawa anda semua melawat Makam Tun Fatimah dan Tun Ghazali. Pada anda yang ada kelapangan sudi-sudikan singgah ke Makam Pahlawan di Masjid Negara dan memanjatkan doa bagi mereka yang telah tiada. Syah telah menghadiri kedua-dua Istiadat Pengkebumian Negara bagi Tun Fatimah dan Tun Ghazali di Masjid Negara sebelum ini.

Click Gambar Untuk View Yang Lebih Besar
Ini adalah kubur Tun Fatimah. Sebelah kanan atas adalah kubur Tun Fatimah sebelum disiapkan kepuk dan nisanya atau kita panggil kubur sementara. Binaan kubur baru ini dibuat dari batu marlbe putih. Syah kongsikan beberapa posisi kubur yang boleh anda lihat termasuk batu nisannya. Di kubur ini disemadikan nama beliau dengan ditulis :-


Allahyarhamuha Tun Fatimah binti Haji Hashim
S.S.C.M., P.M.N.
Dilahirkan pada 25 Disember 1924 dan kembali kerahmatullah pada hari Sabtu 9 Januari 2010 bersamaan 23 Muharam 1431.

Click Gambar Untuk View Yang Lebih Besar
Ini adalah kubur Tun Ghazali. Sebelah kanan atas adalah kubur Tun Ghazali sebelum disiapkan kepuk dan nisanya atau kita panggil kubur sementara. Binaan kubur baru ini dibuat dari batu marlbe putih. Syah kongsikan beberapa posisi kubur yang boleh anda lihat termasuk batu nisannya. Di kubur ini disemadikan nama beliau dengan ditulis :-


Allahyarham Tun Dato' Seri (Dr) Muhamad Ghazali bin Shafie
S.S.C.M., P.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., S.P.D.C., S.S.A.
Dilahirkan pada 22 Mac 1922 dan kembali kerahmatullah pada hari Ahad 24 Januari 2010 bersamaan 8 Safar 1431M

Ada sesuatu yang istemewa berkenaan kubur Tun Fatimah ini. Tahu kah anda bahawa :-
  • Beliau merupakan wanita pertama dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
  • Disemadikan bersebelahan suami tercinta.