Monday, January 25, 2010

Ralat - 25.01.2010

Salam Semua
Dimaklumkan layout blog Syah hanya boleh diview melalui Mozilla sahaja. Jika anda view melalui IE layoutnya tidak akan dipaparkan. Maaf diatas segala kesulitan. Insyallah jika ianya boleh diperbaiki Syah akan maklumkan. Tak tahu mengapa perkara ini terjadi, mungkin Syah selalu update blog dirumah menggunakan Mozilla.
Segala Kesulitan Amatlah Dikesali.

Sunday, January 24, 2010

Sultan-Sultan Johor Era Modern - 25.01.2010

Syah nak cerita sedikit mengenai keluarga Sultan-Sultan Johor Era Moden. Buat masa Syah akan maklumkan mengenai dua orang Sultan sahaja kerana tiada kelapangan waktu untuk membuat kajian/semakan. Insyallah, jika ada masa Syah akan sambung berkenaan Sultan-Sultan seterusnya.

Sultan Sir Abu Bakar Alkhalil ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim
Sultan Johor Pertama Era Moden @ Sultan Johor Ke-21
(02.02.1862 - 04.06.1895)

Diputerakan sebagai Wan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng Ibrahim di Teluk Belangah, Singapura pada 03.02.1833 oleh bondanya Che Ngah. Baginda menggantikan Ayahandanya, Temenggong Daeng Ibahim mentadbir Johor dalam usia lebih kurang 28 tahun dengan gelaran Temenggung Abu Bakar. Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan barat dan mendapat gelaran Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri oleh pihak British. Baginda mendapat pendidikan barat sejak kecil lagi dan sebab itulah baginda terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran barat. Baginda mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ratu England, Queen Victoria. Baginda juga telah mengadakan banyak lawatan keluar Negara termasuk negara-negara Eropah terutamanya ke England. Pada 30.06.1868 Queen Victoria menganugerahkan gelaran Maharaja Johor kepada Baginda. Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsol British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar. Maharaja Abu Bakar kemudiannya diiktiraf sebagai Sultan Johor. Mulai 13.02.1886, Baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Baginda mangkat pada 04.06.1895 di Bailey Hotel, South Kensington, London dalam usia 63 tahun. Jenazah Baginda telah dibawa balik ke Johor dan dimakamkan pada 07.09.1895 di Makam Diraja Mahmoodiah.

Baginda berkahwin sebanyak empat kali. Isteri-isteri Baginda adalah :-

  1. Che Puan Besar Wan Chik bt Dato' Bendahara Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir dilahirkan dipahang pada 1843. Ayahandanya adalah Dato' Bendahara Sri Maharaja, Pahang dan bondanya Tunku Cik bt Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Sultan Kedah. Berkahwin dengan Baginda pada 1858.
  2. Che Puan Besar Zubaidah bt Abdullah atau Cecilia Catherina Lange. Dilahirkan di Badung, Bali pada 25.11.1849. Berkahwin dengan Baginda pada 1870. Beliau mangkat di Johor Baharu pada 01.06.1936. Beliau Berketurunan campuran Belanda dan Cina.
  3. Sultanah Fatimah bt Orang Kaya Ringgit Abdullah. Diputerikan di Hong Kong dan mangkat di Singapura pada 24.02.1891 dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah. Dilantik sebagai Sultanah pada 08.07.1886. Berkahwin dengan Baginda di Singapura pada Disember 1885.
  4. Sultanah Khadija Khanum. Berkahwin dengan Baginda pada 22.09.1893 di Istambul, Turki. Dilantik sebagai Sultanah pada 28.02.1894 di Istana Zahara, Johor Baharu. Seorang wanita berbangsa Turki. Mangkat di Woodneuk, Tangling, Singapura pada 01.02.1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong.
Hasil dari perkahwinan ini Baginda dianugerahkan seorang putera dan empat orang puteri :-

  1. Tunku Ibrahim Iskandar dan kemudiannya di kenali sebagai Sultan Ibrahim dari bondanya Che Puan Besar Zubaidah.
  2. Tunku Mariam diputerikan di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura pada 21.12.1871 oleh Che Puan Besar Zubaidah. Mendapat gelaran Tengku Ampuan Besar Mariam selepas berkahwin dengan Sultan Pahang, Sultan Mahmud.
  3. Tunku Besar Puteri .
  4. Tunku Azizah diputerikan 07.08.1887.
  5. Tunku Fatimah diputerikan pada 1891 oleh Sultanah Khadija.


Sultan Ibrahim AL-Mashur Ibni Sultan Sir Abu Bakar
Sultan Johor Ke-2 Era Moden @ Sultan Johor Ke-22
(04.06.1895 - 08.05.1959)

Diputerakan pada 17.09.1873 sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura. Merupakan putera tunggal Sultan Sir Abu Bakar. Bonda Baginda adalah Che Puan Besar Zubaida bt Abdullah atau Cecilia Catharina Lange. Dilantik sebagai Tunku Mahkota pada 23.05.1891 dan menaiki takhta pada 04.06.1895. Dimasyhurkan pada 07.09.1895 dan ditabalkan pada 02.11.1895. Baginda mangkat disisi Sultana Marcela dikediman Baginda di Grosvenor, Londan pada 08.05.1959 dalam usia 86 tahun. Kebanyakan masa Baginda berada diluar Negara dan dua tahun sebelum kemangkatannya, Baginda telah menetap di London. Jenazah Baginda dibawa pulang ke Johor menggunakan kapal laut yang memakan masa selama satu bulan perjananan. Pada 04 - 06.06.1959 Jenazah telah diletakan di Istana Besar Johor Baharu untuk Istiadat Penghormatan Terakhir sebelum dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah.

Baginda berkahwin sebanyak enam kali. Isteri-Isteri Baginda adalah:

  1. Sultanah Maimuna dilahirkan pada 15.11.1867 dan mangkat di Istana Pasir Pelangi pada 02.09.1909 dalam usia 42 tahun. Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 05.11.1892. Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni Almarhum Tengku Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Dilantik sebagai Sultanah pada 02.11.1895.
  2. Sultanah Ruqaiya dilahirkan pada 04.09.1880 dan mangkat pada 08.03.1926 di Istana Pasir Pelangi Baharu dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah. Berkahwin pada tahun 1897. Dilantik sebagai sultanah pada 30.08.1920. Ada sesetengah pihak menyatakan baginda adalah berketurunan India.
  3. Che Puan Hasana @ Che Dara binti Dato' Ja'afar. Beliau merupakan anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad,MB Johor pertama, dan adik kepada Dato' Onn Jaafar. Dilahirkan pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada 1926. Beliau telah bercerai dengan Tuanku.
  4. Ungku Intan binti Ungku Ahmad. Berkahwin pada tahun 1926. Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.
  5. Sultana Helen. Dilahirkan sebagai Helen Bartholomew pada 21.12.1889 di Glasgow dan meninggal dunia di Homeland Nursing Home, Cowfol, Horsham, Sussex pada 13.08.1977. Berkahwin pada 15.10.1930 di Working, Surrey dan dilantik sebagai Sultanah pada 18.11.1931. Beliau bercerai dengan Tuanku pada 31.12.1937. Sebelum berkahwin dengan Tuanku, beliau merupakan janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua.
  6. Sultanah Marcella Ibrahim. Dilahirkan sebagai Marcela Mendel di Jerman pada 07.11.1915 dan mangkat di Grosvenor House, London pada 01.06.1982. Nama Islannya Fawzia bt Abdullah. Baginda merupakan anak perempuan kepada Edgar Mendel of Rumenia. Berkahwin di Caxton Register Hall, London pada 06.11.1940.

Hasil daripada perkahwinan ini Baginda dianugerahkan empat orang putera dan seorang puteri.

  1. Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimuna yang mangkat pada Ogos 1893
  2. Sultan Ismail - dilahirkan oleh Sultanah Maimuna
  3. Tunku Abu Bakar diputerakan di Istana Tyersall, Singapura pada 17.02.1898 oleh Sultanah Ruqaiya
  4. Tunku Ahmad diputerakan di Istana Bukit Serene pada 28.07.1898 oleh Che Puan Hasana
  5. Tunku Miriam diputerikan di London pada 18.09.1950 oleh Sultanah Marcela

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Ke5 - 23.01.2010


....................... T A H N I A H ........................
Mengadap Sultan Johor
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
*********************************************************************************************************

Patik Merafak Sembah memohon izin mengucapkan tahniah diatas permasyuran
DYMM Tuanku sebagai Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Johor dan
Jajahan Takluknya menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda
Tuanku yang telah mangkat pada 22hb Januari 2010.
Dirgahayu Tuanku Patik
AL-FATIHAH
Almarhum DYMM Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Semuga Roh Almarhum Ditempatkan Bersama Para Solihin Dialam Barzakh
AMIN

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara :-
  1. Ilmu yang bermanfaat
  2. Sedekah jariah
  3. Doa anak-anak yang soleh.

Mus, Salim & Lunch - 23.01.2010

Gambar nie diambil malam tadi. Agaknya si Salim tu rindu sangat kat Muss sampai dia tertidur kat lengan Muss. My bro tu baru balik dari outstation di Johor. Malam nie Syah sibuk dengan cerita kemangkatan Almarhum Tuanku Iskandar.



Untuk lunch hari nie Syah buat nasi goreng & nasi putih, ikan goreng, udang masak lemak dan sup ayam. Ringkas sahaj coz busy dengan kemangkatan Almarhum Tuanku Iskandar. Dinner malam nie tak masak coz Muss kata tak payah, kalau lapar gi jer kedai mamak.

Pemakaman Sultan Johor - 23.01.2010

Sebelum Jenazah Almarhum Sultan Iskandar diarak ke permakaman dengan menggunakan pedati diraja, Istiadat Permasyuhran Tunku Ibrahim sebagai Sultan Johor yang baru disempurnakan terlebih dahulu.
Istiadat ini dimulai dengan permasyhuran Baginda sebagai Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor ke 5 diikuti dengan laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali.Kemudianya lagu kebangsaan negeri johor dimainkan dan Tuanku Ibrahim melakukan tabik hormat kepada kawalan kehormat.Shukur alhamdulilah Istiadat Permakaman Marhum Iskandar berjalan dengan sempurna dan lancar tanpa sebarang ganguan. Jenazah bertolak dari Istana Besar ke Komplek Makan Diraja Mahmoodiah seperti yang dijadualkan. DYAM Raja Muda Johor dan YAM Tunku Bendahara berada diatas pedati sepanjang perjalanan ke Makam.
Didalam komplek makam inilah Almarhum disemayamkan untuk selama-lamanya dalam istiadat penuh tradisi diraja Johor.
Jenazah telah siap untuk dimakamkanJenazah Almarhum dimasukkan dalam liang lahat dengan dibantu oleh cucunda Almarhum sendiri dan kerabat diraja disamping petugas.
Bacaan doa dan talkin oleh Dato' Noah. Sedih dan pilu semua mendengar talkin yang dibacakan oleh beliau. Kelihatan YAM Tengku Bendahara selalu mengesat air mata beliau.
Istiadat permakaman diakhiri dengan upacara menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Iskandar oleh Raja-Raja dan Kerabat DiRaja Johor. Dianggarkan seramai 10,000 orang menghadiri istiadat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Iskandar.

Siapa Bakal Sultan Johor - 23.01.2010

Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ibrahim Ismail
Selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Iskandar semalam, sudah tentu penggantinya adalah Pemangku Sultan johor Sekarang iaitu Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim. Tunku Mahkota adalah pengganti Sultan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jumaah Majlis DiRaja Johor. Tunku Ibrahim merupakan putera sulung Almarhum Tuanku Iskandar dan bekas isterinya Josephine Rubby Trevorrow atau Cik Kalsom bt Abdullah. Almarhum mengenali beliau semasa melanjutkan pelajaran di England. Beliau berpisah pada tahun 1962. Setakat yang diketahui Bondanya telah berkahwin dan menetap di England.

Gambar terbaru Almarhum Tuanku Iskandar

Tunku Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggila Ku Yim oleh masyarakat Johor dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu pada 22 November 1958. Terkenal seorang yang fanitik dalam sukan bermotor sehingga wujudnya program kembara motorsikal tahunan yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Beliau mendapat latihan ketenteraan di Fort Benning, Georgia dan kemudiannya Fort Bragg, North Carrolina, Amerika Syarikat. Ku Yim dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 04 Julai 1981 dan bersemayam di Istana Pasir Pelangi hingga sekarang. Pernah menjadi Pemangku Sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 sewaktu Almarhum Paduka Ayahandanya menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-8. Semenjak kebelakang ini Ku Yim selalu mengambil alih tugas-tugas rasmi Almarhum Tuanku Iskandar kerana keadaan Almarhum Tuanku Iskandar yang tidak mengizinkan.

YAM Raja Zarith Sofea. Syah tidak ada gambar terbaru YAM.

Ku Yim mendirikan rumahtangga dengan YAM Raja Zarith Sofia bt Almarhum Sultan Idris Shah II. Ayahandanya merupakan Sultan Perak sebelum Tuanku Azlan sekarang dari isterinya DYMM Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Mazwin. Hasil dari perkahwinan ini Ku Yim dianugerahkan lima putera dan seorang puteri iaitu, DYAM Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman & Tunku Abu Bakar. Puteri baginda pula Tunku Aminah. Sila lihat blog Syah bertarikh 06.01.2010 - Gelaran YAM Raja Zarith Sofea.

Pakaian Ziarah dan Permakaman - 23.01.2010

Menteri Besar Johor telah memaklumkan malam tadi bahawa waktu orang awam memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Tuanku Iskandar bermula jam 09:00am hingga 10:30am dan untuk orang-orang kenamaan bermula jam 11:30am - 12:30am. Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Johor Baharu dan dijangka dibawa ke Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah pada jam 01:30pm. Istiadat permakaman akan dilaksanakan pada jam 02:00pm.

Menteri Besar Johor
Dato' Haji Abdul Ghani Othman

Kepada anda yang ingin menghadiri istiadat ini hendaklah mematuhi etika pakai yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut :-
  1. Orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit sahaja selebar dua inci pada songkok . Wanita hendaklah memakai tudung bewarna putih.
  2. Bagi lain bangsa dan agama mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci dilengan kiri dan bertali leher warna hitam. Wanita hanya perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci dilengan kiri mereka.
  3. Bagi yang memakai uniform mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci dilengan kiri mereka.
  4. Bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok.
  5. Kepada yang menerima bintang dan darjah kebesaran Negeri Johor hendaklah memakainya.

Sultan Johor Mangkat - 22.01.2010

Syah Merafak Sembah Takziah kepada Sultanah Johor, Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultanah Zanariah bt Almarhum Tunku Ahmad dan Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Syah menelefon Istana Bukit Serene dan dimaklumkan bahawa Almarhum mangkat pada hari ini 22hb Januari 2010 jam 07:15pm di Hospital Pakar Puteri Johor Baharu. Sebab-sebab kemangkatan tidak dapat dipastikan lagi. Jenazah Almarhum akan ditempatkan di Istana Besar Johor Baharu. Rakyat jelata boleh memberi penghoratan terakhir bermula jam 09:00am hingga 10:30am manakala untuk orang-orang kenamaan bermula jam 11:00am hingga 12:30am. Almarhum akan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah jam 02:00pm. Dengan kemangkatan ini Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Istiadat Permasyhuran Sultan Johor yang baru akan diadakan esok di Istana Besar Johor Baharu sebelum Jenazh Almarhum di bawa ke Permakaman DiRaja.

Almarhum pertama kali berkahwin pada 05hb Januari 1956 dengan seorang warga British, Che Kalsom bt Abdullah atau Josephine Ruby Treverrow of Torquay Cornwall. Walau bagaimanapun Almarhum telah berpisah dengannya pada 09hb Jun 1962. Berkahwin kali kedua pada 20hb Ogos 1961 dengan seorang kerabat Diraja Kelantan Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad dan kemudiannya bergelar Sultanah Zanariah. Hasil daripada dua perkahwinan ini, Almarhum Baginda meninggalkan 2 orang putera dan 8 orang puteri :-


  1. Tunku Mahkota Johor DYAM Tunku Ibrahim Ismail - 22.11.1958 - Che Kalsom
  2. YAM Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail - 20.07.1970 - Sultanah Zanariah
  3. YAM Tengku Puan Panglima Diraja Selangor Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Hajjah - Che Kalsom
  4. YAM Tengku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah - 20.10.1957 - Che Kalsom
  5. KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah - 05.08.1960 - Che Kalsom
  6. YAM Tunku Hajjah Mariam Zahrah - 04.09.1962 - Sultanah Zanariah
  7. YAM Tunku Norain Fatimah - 17.07.1963 - Sultanah Zanariah
  8. YAM Tunku Maimunah Ismailiah - 20.10.1967- Sultanah Zanariah
  9. YAM Tunku Muna Najiah - 12.04.1973 - Sultanah Zanariah
  10. YAM Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah - 06.06.1979 - Sultanah Zanariah

Friday, January 22, 2010

Dinner - 22.01.2009

Inform Muss tak jadi balik Rumah Rawang. Syah sampai rumah jam 08:45pm. Muss call coz CD minta tolong masak nasi dan keluarkan udang dalam freez kerana dia nak buat Udang Masak Lemak. Sebelum mandi Syah masakkan nasi. Selepas solat Syah masakkan udang tu kerana bukanya susah sangatpun. Jadi bila mereka balik boleh makan, tak payah nak tunggu lama memasak. Syah masak udang masak lemak dan goreng telur. Roti John tu Muss belikan Syah. Cd kata beli dua tadi satu panjang dan satu pendek. Yang panjang mereka habiskan dalam kereta masa jalan jem di Ampang. Masak lemak udang cili api nie senang jer. Masukkan santan, daun kunyit, bawang merah tumbuk dengan cili api dan udang. Bubuh sedikit aji no moto dan garam. Biarkan mendidih dan angkat. Mudahkan. Telur goreng pula pecahkan telur dalam mangkuk, letakkan cili kisar, hirisan bawang merah dan daun sup. Kacau dan bubuh garam. Masukkan dalam kuali panas dan goreng hingga masak.

Lepaking @ KLCC - 22.01.2010

Petang nie tak jadi balik Rumah Rawang coz call Azrin katanya nak clubbing malam ini. So Syah minta dia jemput Syah di Rumah KL on the way dia balik ke Rawang pagi nanti. So Syah singgah di KLCC lepak-lepak di kedai buku Kinokuniya.
Macam biasa Syah singgah makan di Food Court KLCC. Syah order Asam Laksa dan Fried Wantan. Instead of laksa Syah minta gantikan dengan yellow mee.
Lepas makan Syah jalan-jalan kat concourse area. Tengok-tengok deco untuk Chinese New Year. Cantik gak warna merah. Teringat Syah nak ganti tanglung kat Rumah Rawang yang telah usang.
Inilah pentas utama untuk sebarang persembahan sempena menyambut Tahun Baru Cina yang jatuh pada tanggal 14.02.2010 nanti sama hari dengan Valentine Day dan Birthday YBM Raja Nong Chik . Jangan lupa public holiday yer.
Masa nak balik singgah di Delifrance beli kudap-kudapan untuk malam nanti.

Iklan Maybank - 23.01.2010

Pelbagai cara orang membuat iklan untuk mempromosikan produk mereka. Ada yang sanggup mengedarkan pamplet dari rumah ke rumah @ dikawasan public hingga kadangkala merimaskan kita dan menyebabkan kita melarikan diri dari mereka.

Tapi......... yang ini bagus juga idea strategi pemasarannya. Nampak tak kertas hijau dibahagian atas kanan ATM Machine tu. Haaa jangan tak tau itu adalah iklan.Pernah tak anda semua terfikir nak letak iklan diATM Machine sebelum nie .... eg iklan rumah ker? Sekarang nie peminta sedekahpun dah pandai atur strategi, tunggu depan bank untuk minta simpati. Amacam ?

Itulah iklan yang Syah katakan tadi. Iklan Ubat Kuat. Tak taulah kalau pihak Bank akan buat tindakan kepada orang-orang macam ini sebab senang nak cari pelakunya kerana ada contact number. Insiden ini berlaku di ATM Maybank Stesyen LRT Kerinchii. Jika perkara seperti ini tidak dibendung oleh pihak bank dari peringkat awal, jangan terperanjat jika ATM Machine jadi tempat menampal iklan suatu hari nanti. Anda berminat ker ngan iklan itew? TST (tau sama tau) jerlah kan apa nak buat.

Solat Jumaat @ Masjid Negara - 22.01.2010

Hari ini Syah Solat Jumaat di Masjid Negara kerana hendak melawat kubur Allahyarham Tun Tan Sri (Dr) Fatimah.
Selepas melawat Makam Pahlawan Syah beli ayam goreng uncle bob dan air kelapa untuk mengalas perut.

Perut dah kenyang dan dah sampai waktu menunaikan kewajipan kepada yang Maha ESA. Jemaah masih belum ramai lagi memenuhi ruang solat Masjid Negara.

Bilal pada hari ini - Ustaz Shah Azri bin Ahmad.

Ustaz Zuhairee bin Mohd mengimamkan Solat Jumaat hari ini. Ustaz Zuhairee sedang menyampaikan khutbah jumaat dari JAKIM bertajuk Kafir Zinni, Kafir Harbi.

Kubur Tun Fatimah - 22.01.2010

Pejam celik pejam celik sudah 13 hari Allahyarham Tun Tan Sri (Dr) Fatimah meninggalkan kita semenjak tarikh 10hb Januari 2010. Tergerak hati Syah hendak melawat kuburnya pada hari ini sambil bersolat Jumaat di Masjid Negara.
Beginilah rupanya kubur Allahyarham Tun. Tiada taburan bunga mawar yang Syah lihat, mungkin tiada saudara yang datang melawat pagi tadi tak tahulah petang nanti. Terasa sunyi dan sepi kawasan ini. Jemaah pun masih belum ramai lagi memasuki Masjid. Sempat Syah sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan penghuni-penghuni Makam Pahlawan. Walau bagaimanapun Allahyarham tidak bersendirian disini. Ia ditemani oleh suami tercinta, Allahyarham Tan Sri Dato Hj Abdul Kadir bin Haji Yusof yang telah lebih awal disemadikan di Makam Pahlawan pada 14hb April 1992. Bertuah Allahyarham Tun dapat disemadikan bersebelahan suami tercinta. Semuga Rohnya (Allayarham Tun dan Suami) dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan muslimin/muslimat yang soleh. AMIN.

Tuanku Muhriz Terima D.K. Selangor - 22.01.2010

Tahniah Syah ucapankan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir atas anugerah Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati, Darjah Kelas Pertama.
Tuanku Muhriz telah berkenaan menerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Darjah Kerabat (D.K) Yang Amat Dihormati, Darjah Kelas Pertama daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu istiadat ringkas yang telah diadakan di Istana Alam Shah, Kelang, Selangor pada hari Khamis bersamaan 21hb Januari 2010. Turut mengiringi Baginda adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan kedua-dua putera baginda, Tunku Ali dan Tunku Zain. Turut serta dalam majlis ini adalah MB Selangor dan Isteri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Puan Sri Salbiah Tunut.


Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati ini merupakan Darjah Kebesaran yang tertinggi sekali di Negeri Selangor Darul Ehsan. Darjah Kebesaran ini telah dizahirkan pada tahun 1961. Ia mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang. Darjah ini dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia. Di samping itu ia juga dianugerahkan kepada raja-raja negara lain sebagai tanda penghormatan dan persahabatan yang akrab dengan Baginda.

Thursday, January 21, 2010

Lunch @ Paparich - 21.01.2010

19.01.2010 hari tu Syah tak kerja dan lunch dengan Azrin @ Paparich, Rawang Selangor. 1st time makan kat sini. Bolehlah tahan juga rasanya - not bad.
Drinks - Cham C Ice (teh campur kopi), Barli Limau Panas - rasanya dia blend blend barli tu, good idea tak perlu di kunyah. Minuman nie sesuai untuk sejukkan badan.
My favourite - Asam Laksa. Sometimes Syah suka letak yellow mee instead of laksa. Syah suka jika laksa tu diperbuat dari tepung beras.
Set Nasi Lemak - Ada timun, ikan bilis goreng, kacang, sambal tumis dan kari ayam.

Wednesday, January 20, 2010

Streamyx Netbook Staffpack - 20.01.2010

Today semua staff busy pasal netbook yang dioffer untuk staff TM sahaja. Sesiapa yang melanggan streamyx 512kbps yang sewanya RM45.00 kena upgrade dulu kepada 1Mbps dengan sewa RM66.00 sebulan dan tambah RM10.00 baru dapat Netbook berkenaan. Bayaran ini selama 3 tahun lepas tu bayar semula sewa RM66.00 sebulan untuk 1Mbps.


Kak Hasmah menerangkan kepada Rohizad bagaimana hendak mengisi borang permohonan upgrade streamyx untuk Streamyx Netbook Staffpack. Ruzauddin tengah sibuk tu hanya sempat meninjau dari jauh jer. Syahpun dah apply. Netbook HP dengan speck Intel Atom Processor N450, 10.1" Display, 1GB Memory, 250GB HDD, Integrated Wireless 802.11 b/g, Integrated Webcam, Integrated Bluetooth, Microsoft Windows 7 Starter, 12 Month Carry in Warranty, MS Office Trial Pack (60 days/25 clicks)

Untuk kemudahan bagi permohonan baru mereka menyediakan mini photostate machine untuk membuat salinan kad pengenalan dan dokumen-dokumen lainnya.
Syah turun semula ke Ground Floor, Menara TM pada jam 04:10pm dan kelihatan masih ramai lagi staff yang memohon pakej ini. Sambutan hangat nampak gayanya.

Kawan lama, Abang Din sedang sibuk menandatangani borang permohonan sampai tak sedar Syah ambil gambarnya. Promosi ini diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Kasut Baru Azrin - 19.01.2009

Petang nie temankan Azrin jumpa customer dia di area Selayang. Lepas tu Azrin hantar seluar jeans baru dia untuk dipendekkan bahagian kakinya. Tiba-tiba dia perasaan yang kasutnya koyak. So lepas ke pasar malam dan Azrin makan di kedai Minang, Syah temankan dia ke shopping Complex untuk beli kasut baru.
Bahagian tepi kasut yang rosak itew. Huahuahua. Azrin beli kasut baru RM149.00 - Offer di Parkson, Selayang Mall.
Inilah kasut barunya. Tak tahu nak pilih mana, hitam atau coklat. Ahkirnya dia pilih warna hitam kerana boleh match dengan semua color seluar/baju.

Black Out - 18.01.2009

Malam nie Syah di Rumah Rawang. Sampai lebih kurang jam 03:30pm. Syah start kereta dan mop bahagian bawah rumah. Lepas tu buat meggi dan bila nak makan sambil tengok TV tetiba belum sempat Syah switch on TV bekalan elektrik terputus atau bahasa yang biasa digunakan TAKDA API. Selongkar punya selongkar akhirnya jumpa lilin nie. Lilin Marhum Zan punya. Rasanya dah lebih 10 tahun lebih benda tu tersimpan baru hari nie guna coz tidak pernah digunakan sebelum ini. Lilin nie Syah bawa dari Rumah di Country Homes.
Lepas tu duduk luar rumah sebab ada original air-cond. Jiran-jiranpun sama berlonggok diluar rumah masing-masing. Syah buat teh panas perisa strawberry dan makan read bean bun.

Sempat nampak plate number kereta Syah dah pecah rupanya. Nantilah bila senang Syah baiki nanti, lagipun kereta nie dah lama tak bergerak. Sian dia.