Tuesday, December 15, 2009

Macam-Macam Jadi Kat Syah - 15.12.2009

Lately macam-macam dugaan jadi kat Syah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Semalam cuti satu hari terpaksa makan Mee Meggi.......... satu pagi dan satu lagi malam. Ingat nak minta Azrin hantar makan kat luar tapi dia dengan member-membernya sampai larut malam. Kat area Rumah Rawang nie buka tak ada restoran, ada tapi Indian and Chinese restoran.
Pagi nie pula Syah minta Azrein hantar tapi dia tidur. Dah kejutkan tapi tak bangun-bangun juga. So Bas dah lepas dan jam sudah hampir 07:30am. So Syah ambil keputusan jalan kaki sahaja ke Stesyen Komuter Rawang. Dulu pernah jalan juga take time 1 Jam lebih. Masa jalan tadi hujan rentik-rentik, Siap berdoa lagi masa jalan supaya hujan tak lebat. Lebih kurang 10 minit jalan tiba-tiba ada apek tumpangkan Syah sampai Sri Krishna Paramathma Temple. Katanya kebetulan dia nak beli nasi lemak kat area itu. Dia stay di Desa Kuala Garing. Dari temple tu Syah jalan kaki ke Stesyen komuter lebih kurang 25 minit. Sampai stesyen keratapi dah ada dan tak sampai 2 minit Syah masuk train jalan. Tiba lewat sedikit ke office hari ini.
Esok dan lusa ada training di TMTC dengan my buddy KY.

Monday, December 14, 2009

Makam Sultan Terengganu Ke-15 - 14.12.2009

Sultan Terengganu Ke-15, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diputerakan pada 11 Disember 1939 oleh bondanya Tengku Tengah Zaharah bt Tengku Omar. Baginda dilantik sebagai Sultan Terengganu selepas kemangkatan ayahandanya pada 20 September 1979. Istiadat pertabalan dijalankan pada 2 Mac 1981 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Mangkat di Singapura pada 14 Mei 1998 dan dimakamkan dalam sebuah bangunan di Masjid Al-Muktafi Billah, Ladang, Kuala Terengganu.
Baginda berkahwin dengan DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu, Tengku Ampuan Bariah bt Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor. Sekarang dikenali sebagai YMM Tengku Ampuan Bariah. Isteri kedua Baginda, YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff dari Singapura, dikurniakan 3 orang putera dan 3 orang puteri termasuk KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Isteri ketiga Baginda Cik Khatijah dari Terengganu, dikurniakan seorang putera.
Syah dihadapan bangunan Makam Al-Marhun Tuanku Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di dalam kawasan Masjid Al-Muktafi Billah, Ladang, Kuala Terengganu. Selain daripada makam Al-Marhum Tuanku Sultan terdapat 2 lagi makam didalamnya iaitu makam puteri sulung baginda dan bonda mertua Al-Marhum Tuanku.
Makam Al-Marhum Tuanku dilihat dari arah pintu masuk utama makam. Makam Al-Marhum dilihat dari pelbagai sudut termasuk kedua-dua nisan Baginda.


Atas :Ini pula adalah makam bonda kepada YTM Tengku Besar Terengganu iaitu Bonda Mertua Al-Marhum Tuanku. Dilahirkan pada 1910 dan mangkat pada 11 Julai 2005 jam 04:05pm.

Bawah : Makam anakanda sulung Al-Marhum, Al-Marhumah Tengku Farah Quraishiyah Puteri bt Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukatifi Billah Shah. Mangkat kerana sesak nafas. Diputerikan pada 01 Januari 1961 dan mangkat pada 25 Febuari 2001. Ini adalah makam Bonda Al-Marhum Tuanku Sultan. Makam ini terletak didalam kawasan Makam Di-Raja Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Tengku Tengah Zaharah bt Tengku Omar adalah cucunda kepada Sultan Ahmad 1 Pahang di sebelah ayahandanya dan bondanya Raja Badariah bt Sultan Sir Idris Murshid Al-Azam, Sultan Perak. Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung diambil sempena nama beliau. Diputerikan pada 1911 dan Mangkat pada 17 April 1979 di Istana Badariah, Kuala Terengganu. Tengku Tengah Zaharah telah berpisah dengan Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tengku Ampuan waktu itu adalah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah bt Tengku Seri Setia Raja. Tengku Ampuan Intan Zaharah masih hidup lagi hingga sekarang.

Makam Sultan Terengganu Ke-14 - 14.12.2009

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni AL-Marhum Sultan Zainal Abidin III merupakan Sultan Terengganu Ke-14. Diputerakan pada 24 Januari 1907 dari bondanya Che Maimunah bt Abdullah, seorang wanita berketurunan Siam. Naik tahta pada 16.12.1945 setelah pihak Bitish memecat anakanda saudaranya Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Baginda ditabalkan pada 06 Jun 1949 sebagai Sultan Terengganu Ke-14. Baginda dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia Ke-4 mulai 21 September 1965 hingga 20 September 1970.
Baginda Mangkat pada 20.09.1979 dan dimakamkan dalam sebuah bangunan DiKawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Ini adalah Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Ianya terletak berhampiran Istana Maziah dan Pasar Payang. Dahulu masjid ini dikenali sebagai Masjid Putih. Gambar sebelah kanan atas dan kiri bawah adalah bangunan makam Al-Marhum Sultan Ismail. Didalam bangunan inilah makam baginda ditempatkan. Gambar kanan bawah pula memperlihatkan struktur binaan makam Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Syah. Didalam bangunan ini menempatkan enam liang lahad. Buat masa ini terdapat sebuah lagi makam didalam bangunan ini iaitu anakanda baginda YTM Tengku Sri Raja Tengku Abdul Malik.
Pandangan sisi makam serta Batu Nisan Kiri dan Kanan Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Syah,di sebelah kiri adalah Makam Al-Marhum Tengku Sri Raja, anakanda Sultan Ismail Nasiruddin manakala disebelah kiri pula makam Cik Maimunah bt Abdullah, Bonda kepada Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Makamnya terletak dalam kawasan Makam DiRaja Masjid Abidin Kuala Terengganu. Makam Ayahanda baginda ada dalam blog Syah bertajuk Makam-Makam Sultan Terengganu - 13.12.2009.

Sunday, December 13, 2009

Stranded @ Office Menara TM - 13.12.2009

Sampai dari Terengganu lebih kurang jam 06:00pm. Minta Muss ambil dia kata ada function kemudian Minta Azrin ambil dia kata ok tapi kena bayar duit minyak tapi dia nak jumpa kawan-kawan dia dulu. Dia ajak sekali tapi Syah kata tak apa. Sekarang jam 11:00pm dia masih tak datang lagi. Malas nak call nanti menggangu dia pula. Tak sangka pula sampai lewat macam nie. Nak buat macam mana dah nak tumpang orang .... tunggu jer lah. Sekarang Syah di Aras 14 Selatan Menara TM. Kalau tau tadi lebih baik naik teksi.
By the way dah biasa dengan keadaan macam ini. Masa di Terengganu hari tu macam ini juga. We all keluar ramai-ramai dan Syah minta Din tinggalkan Syah di Bandar kerana hendak ke Makam dan mereka jalan-jalan. Syah minta Din ambil Syah petang tu di Kuala Terengganu dan dia kata ok. Tapi approx jam 02:00pm Kak Hasmah sms inform mereka tak keluar dan minta Syah balik sendiri jika boleh. Syah kata ok. Actually Syah minta Din ambil Syah bukan minta mereka semua keluar. Mungkin miscommunication kot. Syah balik naik teksi dan di caj RM25.00.
Keesokan harinya Syah pergi sendiri ke KT naik kereta sapu pula. Malas nak minta dihantar. Kereta sapu nie bukan teksi dia macam Van. Syah turun di Masjid Al-Muktafibillah, Ladang (tak sampai bandar KT) dan dicaj RM3.00 sahaja. Syah disini selama lebih kurang 2 jam sahaja dan buat appointment balik dengan pemandu tu ke Rusilla. Balikpun dicaj RM3.00 tapi Syah beri RM5.00 pada dia.

Makam-Makam Sultan Terengganu - 13.12.2009

Semasa di Terengganu Syah mengambil kesempatan untuk melawat Makam-Makam DiRaja Terengganu. Tak lengkap jika satu atau dua makam sultan sahaja yang Syah ziarahi. Syah mengambil keputusan untuk menzairahi kesemua makam-makam Sultan Terengganu yang terletak dibeberapa lokasi berbeza di Kuala Terengganu dalam masa terhad - 1 hari sahaja. Dari Makam Sultan pertama hinggalah makam Sultan ke-15. Syah berjalan kaki dari Makam di Masjid Abidin ke Bukit Kelidang dan seterusnya ke Tanah Perkuburan Seikh Ibrahim. Walaupun penat dalam keadaan cuaca panas terik selepas musim banjir tetapi hati Syah puas dapat menziarahi kesemua Makam Sultan Terengganu.

Dalam blog ini Syah akan tunjukkan makam-makam Al-Marhum Sultan Terengganu Pertama hingga ke -13. Bagi Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dan Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah akan Syah buat edisi khas untuk mereka. Begitu juga Mantan Sultan Terengganu, Tengku Ali (Sultan Terengganu semasa era penjajahan Jepun di Tanah Melayu)
Sultan Terengganu Pertama, Sultan Zainal Abidin 1

Tun Zainal Abidin (Paduka Maharaja) Ibni Tun Habib (Habab) Abdul Majid. Ayahandanya merupakan Bendahara Johor ke 19 bergelar Tun Habib Abdul Majid ibni Sultan Muhammad, Bendahara Seri Maharaja @ Bendahara Padang Saujana. Diputerakan di Johor pada 1678, Menaiki tahta pada 1708 dan mengikut Thufatun Nafis kemangkatan baginda pada subuh malam Ahad 21 Ramadan 1146H bersamaan 25.02.1733 dan dimakamkan di Bukit Kelidang, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ke-2, Sultan Mansur 1

Dilahirkan sebagai Tuan Dalam @ Ku Tana Mansur ibni Sultan Zainal Abidin. Baginda dikatakan seorang yang kebal dan tidak lut senjata. Menjadi Sultan selepas kemangkatan ayahandanya dan jawatan berkenaan telah ditolak oleh putera-putera yang lain. Pada masa ini Baginda berusia 10 tahun dan dikenali sebagai Tun Dalam atau Tun Kechik dan ada juga dikatakan bergelar Yang Dipertuan Raja Kechik. Diputerakan pada 1726, Menaiki tahta 1733 dan Mangkat pada 26.01.1793 dalam usia 69 tahun dan dikenali sebagai Marhum Janggut. Makam di Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ke-3, Sultan Zainal Abidin II.

Tarikh lahirnya tidak dapat dipastikan dan berkemungkinan tahun 1744 berdasarkan pendapat yang menyatakan baginda naik tahta pada usianya separuh umur (50tahun). Naik tahta pada 14.07.1794 dan ada mengatakan tahun 1793. Mangkat pada 1808 dan ada yang menyatakan 1812. Makamnya di kawasan Masjid Abidin. Dikenali dengan panggilan Yang Dipertuan Mata Merah dan selepas mangkat dikenali sebagai Marhum Misjid atau Marhum Mata Merah. Baginda merupakan seorang daripada dua Sultan Terengganu yang tiga orang puteranya menjadi Sultan. Makamnya di kawasan Masjid Abidin.
Sultan Terengganu Ke-4, Sultan Ahmad Shah 1



Tengku Ahmad ibni Sultan Zainal Abidin II Menaiki tahta pada 1808 dan mangkat pada 04.07.1830. Dikenali sebagai Marhum Parit kerana Baginda telah membina sebuah parit yang besar sekeliling kota istananya dan kawasan Paya Bunga, Kuala Terengganu. Makamnya di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu. Setiap kali Syah menghampiri makam Tuanku Sultan Ahmad, Syah akan tercium bau harum. Walaupun Syah ke tempat lain dan kemudiannya kembali semula kemakamnya Syah tetap akan tercium haruman yang sama.

Sultan Terengganu Ke-5, Sultan Abdul Rahman
Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Zainal Abidin II dilantik sebagai Sultan Terengganu pada 04.07.1830 selepas kemangkatan saudara seibunya, Sultan Ahmad Shah 1. Walau bagaimanapun baginda hanya menjadi sultan selama 5 bulan 26 hari sahaja. Mangkat pada 31.12.1830 dan digelar Marhum Surau. Makamnya di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Keenam, Sultan Daud ibni Sultan Ahmad 1.

Terdapat konflik diantara pembesar mengenai perlantikan sultan yang baru selepas kemangkatan Tuanku Abdul Rahman. Terdapat dua calon sultan iaitu Tengku Daud ibni Sultan Ahmad 1 dengan Tengku Mansur ibni Sultan Zainal Abidin II. Permakaman tidak dapat dijalankan kerana pengganti sultan belum dilantik. Dengan ikhtiar isteri Al-Marhum Sultan Abdul Rahman, Tengku Puteri Tengku Bulang, akhirnya Tengku Daud dilantik menjadi Sultan dan Tengku Mansur dijanjikan sebagai pengganti Sultan Daud. Baginda dilantik sebagai Sultan pada 31.12.1830. Walau bagaimanapun baginda hanya sempat menjadi Sultan selama 1 bulan sahaja. Mangkat pada 31.01.1831 dan digelar Marhum Kampung Daik. Makamnya di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ketujuh, Sultan Mansor II
Tengku Mansor naik tahta pada 31.01.1831 selepas kemangkatan ayahanda saudaranya. Memerintah selama lebih kurang 7 tahun dan mangkat pada tahun 1837. Baginda dimakamkan di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim dengan gelaran Marhum Mansor. Sultan Terengganu Ke-8, Sultan Muhammad
Sultan Muhammad Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah II Naik tahta pada 09.03.1837 sewaktu berusia 15 tahun dan mangkat pada tahun 1839. Dikenali sebagai Marhum Telor kerana tuturkata dan suaranya pelat dan telor. Makamnya di kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Menurut penjaga makam ini adalah makamnya tetapi dalam kebanyakan buku menyatakan makamnya di Kelantan.
Sultan Terengganu Ke-9 , Sultan Omar
Sultan Omar ibni Al-Marhum Sultan Ahmad I naik tahta pada 31.01.1830 tetapi pada tahun ini juga jatuh kerajaannya kerana berperang dengan Sultan Mansor II. Pada 04.11.1839 berjaya merebut kembali kerajaannya daripada Sultan Muhammad putera Sultan Mansor II. Mangkat pada 12.04. 1876 dalam usia lebih kurang 70 tahun dengan gelaran marhum baginda dan dimakamkan dalam kubah Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Baginda tidak dikurniakan anak lelaki. Pada 1874 baginda melantik anakanda saudaranya Tengku Ahmad ibni Al-Marhum Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud untuk mentadbir kerajaan Negeri Terengganu.
Sultan Terengganu Ke 10 - Sultan Ahmad II
Baginda menggantikan Ayahanda saudaranya sebagai Sultan Terengganu Ke - 10. Tidak banyak yang diketahui mengenai baginda. Naik tahta pada 12.04.1876 dan mangkat pada malam Ahad 18.12.1881 dan dimakamkan di Kubah Masjid Abidin dan dikenali sebagai Marhum Baru. Semasa perkahwinan baginda dengan Tengku Puan Besar Terengganu, Tengku Kalsom bt Sultan Muhammad Daik telah dibina panca persada setinggi tujuh tingkat. Ini merupakan panca persada yang pertama di Terengganu.
Sultan Terengganu Ke- 11, Sultan Zainal Abidin III.

Sultan Zainal Abidin Ibni Sultan Ahmad II dilahirkan pada 23.041864. Dilantik sebagai Sultan Terengganu pada 19.12.1881. sewaktu berusia 16 tahun 7 bulan 27 hari. Baginda lahir pada 23.04.1864. Memerintah Terengganu selama lebih kurang 36 tahun 11 bulan dan 6 hari. Mangkat pada 25.11.1918 jam 02:25 pagi kerana sesak nafas semenjak jam 11:00 malam. Dimakamkan pada jam 05:00pm di Kubah Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar bagi rakyat negeri Terengganu. Kesempatan ini telah diambil oleh pihak British untuk mencengkam dengan lebih kuat penjajahannya keatas Terengganu.
Sultan Terengganu Ke 12 - Sultan Muhammad II (Mantan Sultan)
Baginda Merupakan putera sulung Sultan Zainal Abidin III. Diputerakan pada 01.05.1889 dari bondanya Cik Kalsom Haji Daud. Ayahandanya memanggil baginda dengan gelaran manja "Awang". Naik tahta pada 25.11.1918 dan turun tahta pada 21.05.1920 kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan British. Mangkat pada 11.04.1956 (bulan Ramadan) di Istana Gong Kapas, Kuala Terengganu jam 11:00am hari Rabu. Makamnya di Kubah Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ke- 13, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Diputerakan pada 01.12.1895 dan menaiki tahta mengantikan ayahandanya Sultan Zainal Abidin III pada 21.05.1920. Mangkat pada hari Jumaat 25.09.1942 dalam bulan Ramadan (14hb) jam 05:30pm kerana mengidap demam dan bisul selama beberapa hari. Mangkat di Istana Timur Padang Negara dalam era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Stadium Sultan Mizan Runtuh - 12.12.2009

Masa balik dari Terengganu naik flight hari tu dengan AB Razak ada dia tunjukkan stadium runtuh di Terengganu. Syah lihat dari atas dalm flight memang menakutkan. Walau bagaimanapun semasa di Terengganu buat kali kedua Syah dapat melihat sendiri keadaan stadium itu.
Inilah pintu hadapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Syah, Hasmah, Ruzauddin, Eizza, Zulqarnain dan pemandu pelancung tak laian tak bukan Fatin membawa kami melihat sendiri keadaan stadium berkenaan dari dekat.

Inilah runtuhan yang dapat kami saksikan. So Scary............ Sekali pandang mungkin macam inilah keadaan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Walau bagaimanapun tiada kematian dilapurkan semasa insiden ini berlaku. Shukur alhamdulilah.

Syah dihadapan runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.


Rumah Fatin

Pada 09.12.2009 Syah dan kawan-kawan bertolak jam 09:00am dan sampai hampir magrib ke Kuala Terengganu (KT). Sampai sahaja ke KT kami hantar Fatin balik ke rumahnya di area Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kami ingat hanya nak hantar sahaja dan datang kerumahnya esok kerana Fatin invite untuk breakfast. Walau bagaimanapun parents Fatin jemput naik minum sekejap.
Dari rumah Fatin kami bertolak semula ke TM Training Center di Medan Jaya, Marang berhampiran Rusilla, kubu kuat Haji Hadi. Kami menginap di Banglow TMTC, Villa Bougainvillea.
Keesokan harinya (10.12.2009) Dari Medan Jaya kami bertolak semula ke Rumah Fatin untuk breakfast. Fatin, adik perempuannya dan parents dia ada dirumah waktu itu.

Wow........... macam-macam ada. Keropok Lekor, Nasi Dagang, Laksam dan Pulut Lepa (Panggang). Kenyang dan memang best. Boleh beri Lima Bintang.

Beginilah sambutan hangat yang diberikan kepada kami. Fatin sedang sibuk melayan tetamu.
Inilah kedua ibu bapa Fatin. En Mohd Azemi nie nampak sahaja serius tapi peramah orangnya bila kita dah kenal dia. Seorang businessman yang berjaya.
Disebabkan Syah tahu serba sedikit mengenai raja-raja, Ayah Fatinpun berkongsi maklumat dengan kami semua mengenai keturunannya yang ada kaitan dengan DYMM Sultan Mizan Terengganu.
Datuk Fatin
Nenek Fatin
Syah dihadapan rumah Fatin. Rumah ini dibeli oleh ayah Fatin daripada Makciknya. Rumah banglow setingkat di kawasan pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Disini juga terletaknya Istana Al-Muktafibillah Shah, Kediaman bonda Sultan Mizan, YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff.
Haaaaaaaaa... Inilah Istana yang Syah katakan itu.

Pada 12.12.2009 kami kerumah Fatin sekali lagi kerana dia hendak tumpangkan barang untuk dibawa ke KL kerana dia balik KL menaiki Flight dan susah nak bawa barang berkenaan. Kami ingat hanya hendak singgah ambil barang tapi di sediakan minum petang pula.

Kami dihidangkan dengan minuman pink guava dan puding laici. Kami tak sangka dilayan macam tu sebenarnya, naik segan kami semua. By the way Saya, Nash, Hasmah, Eizza, Ruzaudin dan Zulqarnain mengucapkan terima kasih atas layanan yang Fatin dan keluarga berikan kepada kami semasa di Kuala Terengganu.

Kenangan Di Terengganu - 13.12.2009

Disini Syah nak share beberapa gambar kenangan semasa di Kuala Terengganu, Terengganu.
LDD Team mengendalikan penyerahan cek kepada para peserta program CiBEC cohort 9 pada majlis penutup program 11.12.2009


Dinner @ CiBEC Closing 11.12.2009

Dinner di Kantin TMTC Timur, Medan Jaya, Marang, Kuala Terengganu, Terengganu. Disini we all makan 6 kali sehari.

Breakfast @ rumah Fatin di area Pantai Batu Buruk - 10.12.2009

Jalan-jalan makan angin di Pantai Batu Buruk 12.12.2009

Syah di Restoran Lempeng. heheheheh besonya kelapa. Air Tuak pun ada dijual disini. Tu haaaa iklan kat belakang Syah.... ada nampak.
Haji ZulQ........... Happy nampak Bro

Eizza, Fatin & Hasmah di Masjid Kristal, Pulau Wan Man

Ini bukan Istana tau............ rumah uncle Fatin di area Pantai Batu Buruk tak jauh dari rumah dia.

Ini tak tau rumah siapa, besar juga, diberi nama Darul Syakirin allso di area Pantai Batu Buruk.

Wednesday, December 9, 2009

Outstation - 09.12.2009

SALAM KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SYAH
Today Syah and My Office Colleague, Fatin Farhana, Hasmah (dan anaknya), Ruzauddin dan Nash (Practicle Student) akan ke Telekom Malaysia Training Center (TMTC), Marang, Kuala Terengganu Sehingga 13.12.2009 (Sunday). We All Kesana Kerana Closing Program CiBEC Cohort 9. Doakan Agar Perjalanan Pergi/Balik Kami Semua Selamat dan DiPermudahkan Segala Urusan Kami Semua.
AMIN

Sambal Sotun (Sotong) Kering - 09.12.2009

Sudah tiga minggu adik CD, Biha dan anak saudaranya datang rumah kerana cuti sekolah. Syah nampak CD gembira jer ialah manatak nya adik dan anak saudara dia ada bersama-sama. Dalam keadaan dia macam tu memang dia memerlukan keluarganya. Maknya tak dapat datang kerana memang tak sihat dah lama dah.
Hari Sabtu hari tu (05.12.2009) CD dan Biha masak sambal sotong kering. Mula-mula sotong kering tadi direndam semalaman. Bila sudah kembang ianya dipotong kecil-kecil ikut kesesuaian kita.

Inilah Biha, adik kesayangan CD sedang memasak.

Blend bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis (masak) sehingga garing. Tambahkan sedikit tomato dan cili sos. Masukkan juga sedikit kicap untuk mencantikkan warnanya.

Masukkan sotong kering yang telah dipotong tadi, gaul hingga rata dan biarkan seketika.

Masukkan air kedalam kuali dan renihkan (didihkan) hingga air tadi (kuah) menjadi pekat baru diangkat.

Inilah hasilnya Sotong Kering Sambal. Selamat mencuba.