Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Y.Bhg Datuk Bung Moktar Radin dengan aktres jelita Zizie Izette. Belum habis lagi ceritanya kita dihidangkan pula dengan kisah pernikahan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr. Rosli Allani S.Abdul Kadir dan Ilyani Mohd. Nor yang diarahkan berpisah sementara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu Kelantan. Terdahulu dari itu kisah saman YTM Tengku Temengunh Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap isterinya seorang model Indonesia, Manohara Odelio Pinot.
Pagi 30hb Disember 2009 sewaktu di JPJ Wangsa Maju, Kawan Syah, Kak Hasmah telefon suruh Syah beli akhbar Utusan Malaysia kerana katanya ada cerita mengenai perkahwinan Sultan Kelantan. Terkejut Syah, memang Syah ada dengar berita Tuanku ada berkahwin tapi Syah ingat cerita tu hanya guruan orang-orang kelantan. Apabila menatap akhbar pagi tu baru Syah confirm Tuanku telah berkahwin satu lagi pada 23 Disember 2007. Baginda berkahwin dengan Elia Suhana bt Ahmad Abdul Hamid (30 tahun) di Kota Baharu dengan mas kahwin RM20,000.00. Bapanya telah mewalikan pernikahan tersebut dengan dua orang saksi iaitu Wan Abdul Mantan Chik dan Mahmud Ali. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Hasnan Ramli.
Baguslah benda baik buat apa nak disorokkan. Inilah jodoh namanya. Biar rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khusunya mengenali Elia Suhana bt Ahmad Abdul Hamid sebagai isteri kedua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Baginda sekarang sedang mendapatkan rawatan di hospital Mount Elizabeth, Singapura kerana gering semenjak Mei 2009 dan keadaan Baginda dilapurkan beransur pulih. Syah doakan agar KDYMM Tuanku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki semuga dianugerahkan putera/puteri yang comel bersama Elia Suhana.
1 comment:
Post a Comment