Tuesday, March 29, 2011
Penat Tunggu Bas
Pagi Jumaat
Queen Elizabeth II Anugerah CBE Kepada Tony Fernandes
Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Melawat Beberapa Pusat Pemindahan Banjir Sekitar Perlis
MC Dua Hari
Raja Kecil Besar Perak Hadiri Perlawanan Bolasepak Piala Amal Menteri Besar Perak dan Dato' Malek Noor Dimasukkan ke ICU
Syah Tak Sihat
Elia Suhana Masih Isteri DYMM Sultan Ismail Yang Sah
Kaki My Sister, Intan Bengkak
Perjalanan Pagi Ini
Syah pagi ini dalam Shuttle Train Ipoh - KL
Ada announcement yang train kami akan berlepas pada bila-bila masa sahaja dan train shuttle Ipoh - KL akan sampai sebentar lagi. Sekarang jam 07:20hrs dan Syah serta beberapa penumpang lain yang hendak ke KL Sentral turun dari train untuk naik Shuttle tu. Syah agak lambat keluar dan tersepit dengan pintu yang tertutup secara automatic tetapi Syah dapat keluar juga. Bukan apa Shuttle train nie akan bergerak tanpa berhenti dari Rawang ke KL Sentral dan akan sampai lebih cepat dari komuter yang berhenti di setiap stesyen. Sekarang jam 07:28hrs dan Train Shuttle ini telah bergerak meninggalkan Stesyen Rawang dan Syah menyambung semula entry ini didalam train.
Train shuttle nie agak selesa sebab seatnya dua-dua dan tidak seperti komuter yang seatnya berhadapan antara satu sama lain. Diseat nie juga ada tempat meletakkan makanan dan Syah gunakan untuk meletakkan netbook Syah untuk meneruskan catatan ini. Penumpangpun tak ramai dan banyak tempat kosong dan masing-masing duduk seorang dengan selesanya. Pagi nie jam 08:30hrs hingga jam 12:30hrs Syah ada briefing mengenai Procurement di Seminar Room, Aras 50, Menara TM. MC dua hari dan baru kerja semula hari ini dan rasa agak letih.
Monday, March 28, 2011
Ke Pasar Tani
Sultan Kedah Rasmi Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Majlis Tahlil Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah di Istana Maziah
Sultan Selangor Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ke Empat DUN Selangor
Mimpi dan MC Hari Nie
Raja Muda Perak Hadiri Malis Konvokesyen Ke-16 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010
Keluarga Diraja Jordan
Sunday, March 27, 2011
MC Dua Hari
Saturday, March 26, 2011
Terbangun Dari Tidur
DYTM Raja Muda Perak Serahkan Kutipan Untuk Sumbangan Mangsa Tsunami Jepun
Turut serta dalam malis ini adalah DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Konsul Jeneral Jepun di Malaysia Mr. Tetsuro Kai. Perhatian para jemputan tertumpu kepada DYTM Raja Dr. Nazrin Shah apabila baginda tiba-tiba kelihatan sebak seketika semasa menyampaikan titah (ucapan) dalam majlis ini.
Lepak-Lepak Di Pekan Rawang
Selepas makan Syah ke Giant semula untuk beli barang dapur. Sebelum tu Syah singgah beli goreng pisang panas RM1.00 depan CIMB Bank Rawang. Di Giant Syah beli empat botol Mineral Water, embat biji Dragon Fruit dan Green Apple. Ingat hendak beli Celery tapi nampak tak fresh. Dari Giant Syah terus ke bas stand untuk tunggun bas jam 18:30hrs. Masa di bas stand Syah ke toilet sekejap dan masa bas sampai Syah terserempak dengan Indian yang minta duit dengan Syah tadi dan terus Syah bagi RM1.00 yang Syah standby untuk tambang bas. Kesian dia walaupun sepatutnya kita tak perlu layan peminta sedekah tapi kadangkala rasa kesian tu mengatasi segalannya.
Sampai rumah jam 19:10hrs dan Azrin belum balik lagi. tadi jam 21:00hrs dia hantar Ael balik dan katanya dari pasar malam Country Homes. Rupa-rupanya dia balik selepas Syah keluar ke Bandar Rawang. Tak apalah lain kali jer lah............... Adalah 30minit Azrin bersembang dengan Syah sebelum balik rumah dia. Sekarang jam 21:33hrs dan Syah try to call Muss nak tanya dah sampai ke belum tapi no reply. Mungkin dah tidur atau keluar makan agaknya.
Muss Outstation Ke Bahau
Makam YMM Almarhumah Tengku Ampuan Bariah
Makam Sementara Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah
27.03.2011, Ahad - Al-Fatihah .............Inilah makam sementara Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah yang telah mangkat pada 21.03.2011 lepas di tanah tumpah darahnya iaitu Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Almarhumah telah dimakamkan didalam Bangunan Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu pada hari yang sama. Turut hadir pada Istiadat Permakaman DiRaja adalah Anakanda Tiri Almarhumah, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Kerabat Diraja lainnya disamping rakyat Terengganu. Anak Jati Bugis Selangor ini dimakamkan bersebelahan Almarhum Paduka Suami Baginda, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Kebiasaannya struktur binaan makam raja-raja akan dibina dalam masa dua atau tiga tahun lagi tak tahulah kalau iannya dipercepatkan.
Didalam bangunan yang sama juga menempatkan Makam Anakanda Tiri Almarhumah YMM, Almarhumah Tengku Farah Qurashiyah bt Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mangkat pada 25.02.2001 dalam usia 40 tahun. Dalam bangunan yang sama ditempatkan juga makam Nenda Perempuan Tuanku Mizan iaitu bonda kepada YTM Tengku Besar Terengganu yang merupakan Bonda sebenar Tuanku Mizan. Setakat ini bangunan Makam menempatkan empat buah makam semuanya. Gambar ini Syah dapat daripada Tengku Ismail. Terima Kasih Pak Engku.Disebelah Makam Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah adalah Makam Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Susu Ibu dan Kasih Sayang Seorang Ibu Dalam Hidup Syah
Sian baby tu asik Ayahnya jer yang dapat. heheheheh ............ Yang sedih tu ada yang hanya pamkan saja dan masukkan dalam botol untuk baby menyusu. Adalah lebih baik susukan anak dibadan anda kecuali jika anda bekerja tetapi anda masih boleh lakukannya bila dirumah. Walau bagaimanapun Syah nak kongsi sedikit point-point yang Syah dapat dari perbincangan tersebut mengenai susu Ibu.
- Susu Ibu adalah susu pilihan yang terbaik sekali untuk baby anda.
- Jika anda demam/selsema jangan sesekali cium baby anda kerana ianya akan dijankiti TETAPI anda masih boleh menyusukan baby kerana demam/selsema anda tidak akan memberi kesan pada susu yang diminum oleh baby anda.
- Bagi ibu-ibu yang mengandung anda masih boleh menyusukan baby anda cuma anda akan berasa sedikit penat dan letih.
- Kebiasaannya jika menggunakan susu lembu/soya baby buat permulaannya akan mengalami sembelit sebelum iannya menyesuaikan diri dengan susu berkenaan tetapi jika anda menyusukan baby anda masalah ini tidak akan berlaku.
- Bagi ibu yang menyusukan baby, kena jaga makanan dan kurangkan makanan pedas, jamu dan seumpamanya kerana iannya akan mempengaruhi usus (perut) baby anda dan akan berlaku cirit beret.
- Jika pipi/telinga baby anda ada ruam itu tandanya baby anda mengalami alahan pada protin susu lembu dan masalah ini tidak akan dialami oleh baby yang menyusu susu anda (susu badan)
- Bila baby menyusu badan, susu berkenaan akan cepat dihadamkan berbanding susu lembu/soya. Jadi adalah sesuatu yang biasa jika baby anda akan berasa cepat lapar dan anda harus menyusukannya sekali lagi. Bila baby menangis itu salah satu tanda dia lapar.
- Susu ibu seharusnya menjadi diet utama anak anda, walau bagaimanapun susu formula yang ada di pasaran Malaysia adalah selamat digunakan.
Apa-apapun hanya ibu sahaja yang memahami anak mereka sendiri. Hormatilah Ibu kita tak kira apa panggilan yang kita berikan kepada mereka samada Bonda, Ibu, Emak, Encik, Mummy dan seumpamanya. Peluk dan ciumlah ibu kita dengan penuh kasih sayang setiap kali kita mengunjungi beliau kerana itu adalah terapi yang paling berharga bagi mereka bukan wang ringgit dan kemewahan yang mereka minta dari kita sebenarnya tetapi kasih sayang dan perhatian anak-anak. Hormatilah kedua Ibubapa kita dan jangan sesekali sakiti hati mereka dan kalau boleh ikutkan apa sahaja kehendak mereka kerana kita tahk tahu mungkin hari ini, esok atau lusa mereka akan meninggalkan kita buat selama-lamanya jangan sampai kita akan terkilan/menyesal seumur hidup kerana tak membahagiakan mereka. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Sekarang nie Syah lihat banyak yang mengabaikan ibubapa terutamannya apabila mereka sakit atau nyanyuk. Paling menyedihkan ada yang menghantar mereka ke rumah orang-orang tua dan paling celaka sekali ada anak-anak yang membiarkan ibubapa mereka menjadi gelandangan ataupun kebas harta makbapak untuk kemewahan sendiri. Janganlah kita menjadi anak-anak derhaka kerana Allah akan membalas segala perbuatan kita. Sekarang nie Allah tak tunggu hingga kita mati , Allah bagi cash masa kita hidup-hidup lagi balasannya didunia.
Inilah Almarhumah Bonda Syah, Almarhumah Soadah @ Sokdah Al-Hajjah yang mangkat semasa usia Syah kurang satu tahun. Ada orang mengatakan rupa Syah lebih mirip kepada Almarhumah Bonda. Al-Fatihah .................... To Almarhumah Bonda Soadah @ Sokdah Al-Hajjah semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang beramal soleh. AMIN.
Syurga itu dibawah tapak kaki Ibu, Hormatilah kedua ibu dan bapa yang melahirkan kita kedunia ini. Anak, Isteri, Suami, Kemewahan kita boleh cari tetapi Ayah dan Ibu kita hanya dapat sekali sahaja seumur hidup jika kita mengabaikannya dan mereka tiada lagi didunia ini kita tidak akan dapat penggantinya. Perbaikilah hubungan kita dengan ibubapa dan hormatilah mereka selagi mereka masih hidup, tak ada yang terlambat dalam dunia ini selagi mereka masih hidup dan kita boleh menabur bakti kepada mereka walaupun disaat-saat akhir hayat mereka. Renung-renungkanlah supaya jangan nanti Anda menyesal seumur hidup.
Walaupun bonda Syah telah meninggal dunia dan Syah tak pernah kenal siapa Bonda Syah selain menatap photonya apatah lagi kasih sayangnya tetapi rasa Sayang dan Cinta kepada Almarhumah memang ada dalam diri Syah sebab itu selepas Solat Syah sentiasa membacakan Alfatihah untuk Almarhumah Bonda dan Kaum Keluarga Syah yang telah tiada. Kalau Syah kemakamnya, sudah menjadi kelaziman Syah akan cium batu nisannya seperti Syah mencium Dia. Syah juga mendapat rasa kasih sayang seorang Ibu terutamanya dari Nenda Syah, Almarhumah Maharum Al-Hajah sehingga Syah memanggilnya dengan gelaran "Mak".
Begitu juga kasih saya seorang ibu Syah dapat dari Nenda Saudara Syah, Almarhumah Sadu Al-Hajjah (Engah Sadu), Kedua Bonda Saudara Syah yang sentiasa menjaga kebajikan Syah iaitu Almarhumh Che' Zan Al-Hajjah yang Syah panggil "Ucu" dan Bonda Maizon atau Syah panggil Ejon. Last but not least Syah juga dapat kasih sayang dari seorang ibu daripada Bonda Tiri Syah, Hajah Zawiyah yang Syah panggil "Encik" yang sentiasa sayangkankan seperti anaknya sendiri.
Shukur Alhamdulillah Syah dapat kasih sayang seorang ibu walaupuan ibu kandung Syah telah tiada dalam usia Syah masih tak kenal apa-apa. Terima kasih Mak, Engah Sadu, Ucu, Ejon, Encik, Abah, Atok, Mon, Yeoh, Kak Long Zainab, Kak Ngah Normah, Kak Lang Ella, Intan, Muss, Razak, Mamat, Haziq, Dos, Ku Chik dan Azrin kerana kerana memberikan sepenuh kasih sayang pada Syah dan kasih sayang itu akan kekal dalam diri Syah hingga keakhir hayat Syah. Insyallah.
Kesihatan Syah
Lutut kanan Syah semakin pulih dan sakit tu kadangkala ada tapi Syah kena perlahankan pergerakan dan tak boleh buat kerja-kerja renyah (berat/kuat). Syah kena baring dan lunjurkan kaki baru rasa selesa. Cuma rasa kebas kat peha sudah kurang tapi kat punggung sebelah kanan pula rasa lenguh. Yang lain ok tetapi kepala sebelah kanan Syah sakit sedikit pagi tadi semasa Syah siram pokok bunga. Breakfast tadi Syah minum susu Omega dan untuk makan ubat pula Syah minum Horlic O + Oat. Kalau rajin tengahari nanti hendak ke Rawang nak makan laksa ataupun petang nanti ajak Azrin ke pasar malam Country Homes. Tak buat decision lagi ............. tengok keadaan macam mana.
Sultan Pahang Melawat Kemboja
KDYMM Sultan Pahang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Turut mengiringi baginda dalam lawatan ini adalah Timbalan Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Haji Mohd Hussein Datuk Pangiran Haji Mohd Tahir dan Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzuddin Ahmad.
Thursday, March 24, 2011
Syah Hendak Ke KL
Pest Control Maintenance @ Rawang Residence
- Kepada anda yang mengalami masalah anai-anai anda boleh menghubungi Shah atau Sharizan Saroni ditalian 012 3689109. Syah pasti beliau dapat membantu anda mengatasi masalah anai-anai, tikus, semut, nyamuk dan serangga lainnya yang menyerang rumah anda. After Sales Service beliaupun bagus dan memuaskan hati pelanggan. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat beliau dan harga anda boleh dirunding dengan beliau sendiri.
Kesihatan Syah
Masa dalam bas lagilah sakit. Semalam jalan jem gila tak tahu kenapa dan Syah terpaksa duduk lama dalam bas dan bila nak lunjurkan kaki sakit dan berbunyi berdetup. Adoiiiiiiiiiii sakitnya tapi sakit yang kita boleh tahanlah bukan sakit yang melampau. Sampai Bandar Rawang 10minit sebelum jam 20:30hrs dan Syah terpaksa jalan laju sedikit tapi dengan berhati-hati kerana nak kejar bas ke Rawang Residence. Dalam bas Metro call Azrin minta tolong ambil jika bas sampai lambat tetapi secretaynya yang angkat dan Syah tak cakap pasal minta ambil tu. Walau bagaimanapun Azrin call semula dan Syah ceritakan sebab call dia tadi dan Syah kata tak apa mungkin sempat kejar bas ke Rawang Residence. Dia inform kalau bas tak ada call dia balik. Sekarang sakit tu masih ada lagi dan ada masanya peha Syah rasa kebas. Ialah baru dua kali ambil ubat takkan terus sembuhkan? HEheheheh .............. Kepada anda semua doakan agar Syah sihat dan cepat sembuh yer? Terima kasih atas doa kalian.
Bekas Isteri Tengku Fakhry Utamakan Kerjaya Dari Cinta
25.03.2011, Jumaat - Bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra, Manohara Odelia Pinot atau lebih dikenali dengan panggilan manja Mano dalam kenyataannya kepada Kapanlagi.com pada 21.03.2011 memaklumkan bahawa buat masa ini beliau lebih mementingkan kerjaya daripada cinta dan memaklumkan tidak akan terburu-buru untuk mencari pasangan hidup. Sekarang Mano juga bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial selain daripada bergiat cergas dalam bidang hiburan.
Katanya kepada Kapanlagi.com
- “Kalau untuk pacar, aku nggak ingin buru-buru, karena hal seperti itu nggak bagus kalau buru-buru, dan lagi juga aku nggak pernah menargetkan. Tapi aku juga nggak menutup diri, aku open kok untuk semua, tapi sekarang aku lagi fokus kerja saja"
- “Sampai sekarang belum ada yang deketin aku, gimana dong? Ha..ha..ha.., sudah gitu banyak teman-temanku yang bilang aku tomboy.”
Mano juga menafikan gosip diantara beliau dengan sebarang lelaki dan segala hubungan berkenaan adalah atas dasar kerja atau urusan perniagaan.
Ayahanda Selamat Tiba di Kampung
Ayahanda Balik Kampung
Hantar Ayahanda ke HKL
Doktor buat pemeriksaan terhadap Ayahanda. Ayahanda complain berasa kebas ditangannya. Setelah selesai membuat beberapa ujian doctor kata keadaan Ayahanda baik. Kebas tu memang ada sebelum pembedahan katannya, dan pembedahan tu adalah untuk mengelakkan keadaan berkenaan menjadi lebih buruk. Kata doctor, rasa kebas tu akan tetap ada cuma iannya tidak akan menjadi teruk dan hasil daripada ujian yang dibuat kat Ayahanda seperti mengengam tangan, angkat tangan dan beberapa ujian lagi memuaskan doctor.
Appointment seterusnya adalah setahun sekali, sebab ayahanda sudah sihat. Doctor Tanya kami samada Ayahanda hendak buat pemeriksaan berkenaan di Kampung tetapi Syah dan Intan informed doctor kita buat di HKL sahaja kerana kami semua di Kuala Lumpur dan mudah untuk kami menghantarnya daripada di kampong nanti dia kena pergi sendirian dan doctor setuju. Ubat pula kami akan ambil tiga bulan sekali di HKL dan ayahanda tak perlu datang Cuma kami tunjukkan sahaja slip ubat berkenaan di farmasi.
Ayahanda didalam bilik rawatan dengan doktor yang memeriksa Ayahanda. Syah dan Intan masuk sekali.
Syah minta time slip daripada doctor untuk supporting document tanda Syah keluar pejabat atas urusan di HKL dan Intan pula ke Farmasi untuk ambil ubat Ayahanda. Semasa di HKL terjumpa ex-staff PLT atau sekarang dikenali sebagai Telekom Training Center tempat Ayahanda bertugas dulu. Dia hantar anaknya ke kelinik berkenaan dan bila tengok Ayahanda dan Syah dia teringatkan kami dan tegur. Mulannya Ayahanda tak ingat tetapi bila dia cerita baru Ayahanda ingat. Selain daripada itu Ayahanda juga terjumpa salah seorang warga Sabak Bernam yang mendapatkan rawatan dikelinik berkenaan juga.
Macam biasa selepas appointment, Ayahanda akan ajak we all ke Gerai TPCA di area Kampung Baru berhampiran HKL untuk lunch dengan Ayam Kampung. Ayahanda siap inform awal-awal jangan sesiapa bayar kerana dia yang akan belanja. Kami diam jer....... hehehehehhe rezeki jangan ditolak. Syah makan lauk sahaja, tiba-tiba bonda tiri Syah suruh ambil sedikit nasi dia dan katannya tak baik tak makan nasi kerana orang lain makan nasi ldan Syah ambil lauk jer katannya. So terpaksalah Syah ambil sedikit nasi kat pinggan dia sesuap jer. Biasalah orang tua kan banyak pantang larangnya dan kita ikut jer lah bukannya susahpun kan? Mungkin niat sebenarnya, dia hendak Syah makan nasi kot hahahahahah.........
Syah dan Ayahanda di Gerai Makan
Semuannya RM58.80 dan sebelum balik Syah belikan fruits untuk Ayahanda bawa balik iaitu 2 bungkus Ciku dan 2 bungkus nenas. Syah hendak jalan kaki ke LRT Kampung Baru tetapi Ayahanda tak bagi dan suruh Syah turun di area Sogo kerana mereka lalu di kawasan tu. Masa di HKL Ayahanda berikan Syah Yoko-Yoko dia untuk Syah gunakan kerana dia risau masalah lutut Syah yang sakit. Katanya sapu 3 kali sehari Insyallah ok. Wahhh macam doctor lak dia yer? ...kuang, Kuang,Kuang...... Mulanya Syah kata akan beli sendiri tetapi dia suruh juga Syah ambil dan alasannya di KL mahal kat kampong murah dan dia boleh beli yang lain.
Syah hendak bagi Ayahanda duit tapi katannya tak payah dan suruh Syah bayarkan bil phone rumahnya sahaja. So Syah bagi Encik sahaja. By the way Syah panggil Bonda Tiri Syah dengan gelaran Encik. Intan sempat sakat Ayahanda, Tulah tadi Along hendak bagi kata tak payah kan dah nyesal tengok Mak dapat sambil kami semua ketawa. Macam tulah kami sekeluarga suka buat lawak sebenarnya walaupun jarang-jarang berjumpa. Sebelum turun Syah salam semua dan macam biasa cium Ayahanda dan Bonda Tiri Syah. Mereka pesan supaya Syah jaga kesihatan dan jaga diri. Thanks Ayahanda, Bonda, Intan dan Am (suami Intan) kerana hantar Syah sampai Sogo. Syah sayang awak semua. Muahhhhhhhhhhh.............
Sultan Pahang Berkenaan Mencemar Duli Menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang
Kate Middleton Akan Menggunakan Rolls Royce Phantom VI
Entry Syah berhubung serangan keatas kenderaan Prince Charles :-
Syah ke Hospital Kuala Lumpur
Entry berhubung operation Ayahanda pada tahun 2009 untuk dikongsi bersama anda semua. Sudi-sudikan klick link dibawah :-
Wednesday, March 23, 2011
Perjalanan Balik Rawang
Syah sampai Rawang Residence jam 21:00hrs. Lutut Syah masih lagi terasa sakitnya terutama masa solat tadi. Tak banyak benda yang dibuat malam nie coz penat. Macam nie lah hari-hari sampai rumah jam 21:00hrs. Just call my Sis Intan sebentar tadi, tanya khabar kerana dia ambil Ayahanda dan Bonda di kampung petang tadi kerana Ayahanda ada appointment di HKL esok. Intan inform mereka sampai Selayang jam 19:00hrs dan mereka bertolak dari Sabak Bernam jam 15:45hrs dan jalan agak jem. Kak Lang pun call inform Razak hendak buat birthday party anaknya di Kajang. Sekejap sahaja cakap dengan Kak Lang kerana line tak berapa bagus dan terputus-putus. Jam 22:20hrs tadi Ayahanda call tanya khabar kerana waktu Syah call Intan tadi dia sedang makan. Syah sempat inform dia yang lutut Syah sakit. Oklah ....................... sehingga berjumpa lagi All the best yer. Selamat Malam Semua.
Sultan Pahang Bermain Dengan Kambing
23.03.2011, Rabu - DYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah bermain dengan kambing. Hehehehe................... lawak bunyinya tapi itulah kenyataannya semalam. Sebenarnya kambing putih itu merupakan cenderahati kepada Baginda sempena Majlis Perasmian Kompleks Asnaf Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) di Kuantan, Pahang pada 22.02.2011.
Pembangunan Kompleks Asnaf bernilai RM3.5 juta ini adalah untuk penempatan Asnaf secara tetap dan sementara untuk golongan Asnaf yang tiada tempat tinggal atau tidak berkemampuan, golongan mualaf dan mereka yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir atau seumpamanya. Selepas majlis perasmian, baginda telah sudi menyampaikan sumbangan kepada golongan Asnaf Daerah Kuantan dan melawat rumah-rumah yang disediakan dikompleks berkenaan disamping memeriksa sendiri kemudahan keperluan asas yang disediakan.
Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua MUIP Dato' Seri Abdul Wahid Wan Hassan.
Negeri Terengganu Berkabung Selama 40 Hari Sempena Kemangkatan Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah
23.03.2011, Rabu – Berikutan kemangkatan Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah pada 21.03.2011 lepas, Kerajaan Negeri Terengganu dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari bagi seluruh negeri Terengganu dan akan berakhir pada 29.04.2011. Sehubunga dengan itu segala acara berbentuk hiburan adalah dilarang kecuali majlis atau acara berunsur keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah.
Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan serta badan berkanun di Terengganu diwajibkan menghormati perkabungan ini dengan memakai songkok berlilit kain putih berkuran satu inci bagi lelaki Melayu dan bagi lelaki bukan Melayu mereka dikehendaki memakai tali leher hitam atau lilitan hitam dibahagian lengan kanan masing-masing. Bagi kaum wanita Melayu mereka dikehendaki memakai tudung atau selendang warna putih dan wanita bukan Melayu pula memakai lilitan seperti lelaki bukan Melayu.
Bagi pasukan polis dan tentera cara pemakaian adalah mengikut ketetapan peraturan berpakaian berkabung bagi polis/angkatan tentera. Dalam tempoh berkabung, semua bendera negeri dan bendera lain kecuali Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan separuh tiang di semua premis jabatan dan bangunan kerajaan negeri, persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, bangunan kedai serta kediaman.
Perjalanan Pagi Ini
Dua hari berturut-turut Syah naik train yang seatnya dua-dua sebab tu boleh buat entry nie. Biasanya Syah dapat naik komuter yang seatnya memanjang.Buat entry nie akan melekakkan kita kerana perjalanan agak jauh dari Rawang-KL lebih kurang satu jam kerana train kadangkala terpaksa berhenti agak lama bagi member laluan kepada train lain. Itulah tips untuk mengelakkan kebosanan dalam public transport tak kira LRT, Komuter atau Bas Jika kita membaca atau buat macam Syah nie, kita tak akan terasa perjalanan tu dan tiba-tiba sahaja dah nak sampai. Betul ................. satu lagi jika kita bersembang dengan topic yang menarik dengan orang disebelah anda sure tak terasa perjalanan tu jauh.
Pagi tadi masa buang air besar dan kecil Syah terasa sakit sedikit (very mild) dibahagian testis dan ari-ari kiri Syah, Sakit yang rasa macam nilu dan mencengkam tu sudah hilang. Kira oklah tu dan Shukur alhamdulullah. Lutut Syah macam biasa sakit tetapi ada masanya pagi nie berkurangan rasa sakit tu. Kadangkala peha sebelak kanan Syah rasa lenguh. Semalam adalah few friends nasihatkan Syah beli ubat di farmasi atau ke kelinik panel untuk sakit lutut tu kerana mereka tak galakkan Syah injek lutut tu untuk tambahkan cecair. Abang Tukiman inform dia juga sakit macam tu dan susah sedikit nak naik tangga atau solat, dia ke kelinik dan Doktor bagi ubat yang dia perlu makan selama enam bula tak silap Syah. Sekarang katannya taklah sakit sangat lutut dia.
Sekarang Syah berada di Stesyen KTM Segambut @ 07:35hrs dan passanger lelaki sebelah Syah nie asik batuk sahaja sepanjang perjalanan since dari Kuang lagi, kesian dia dan Syah tak ada pula gula-gula hack kalau tak boleh bagi kat dia untuk redakan tekaknya.Keadaan penumpang dalam train semakin ramai tapi taklah padat macam biasa dan masih ada ruang lagi. Semenjak semalam bila duduk lama dalm bas punggung Syah rasa macam melecet pula dan sekarang niepun rasa macam tu. Ada-ada sahajakan? Heheheheh .................
Sekarang Syah berada di Stesyen KTM Putra pula iaitu dikawasan PWTC, Tak terasa sangat perjalan sebab leka buat entry nie dan akan sampai ke KL Sentral sekejap lagi. Ok dah nak tutup netbook Syah coz sekarang jam 07:45hrs dan sudah sampai di KTM Bank Negara dan tinggal dua stesyen sahaja lagi. Sehingga berjumpa dilain entry Syah berharap agar anda semua bersemangat untuk melakukan aktiviti/program yang dirancang pada hari ini.
Tuesday, March 22, 2011
Pakej Perkahwinan Issyaz Wedding Enterprise
- Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer, Kek Pengantin dan PA System hanya dengan kadar harga RM21,500.00.
- Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Kad Perkahwinan dan Cup Cake secara Percuma.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di N0.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor. Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang facebook seperti berikut :-
Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise.
916 visitors ke Blog Syah Semalam
Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah Dalam Kenangan
Semalam kita dikejutkan dengan pemergian YMM Tengku Ampuan Bariah, pergi yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamannya didunia yang fana ini. Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, semua amalannya akan terputus melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.
Almarhumah diputerakan (dilahirkan) di Bandar Diraja Klang, Selangor pada 31.08.1933 sebagai Tengku Bariah puteri kepada Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah daripada bondannya Allahyarhamah Cik Puan Hajjah Kalsom binti Haji Mahmud. Almarhumah merupakan adinda kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj tetapi dari bonda yang berlainan. Bonda Almarhum Sultan Salahuddin adalah Almarhumah Tengku Ampuan jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad. Sultan Selangor sekarang merupakan anakanda saudara Almarhumah.
Adik beradik Almarhumah seramai tujuh orang dan semuanya adalah daripada bonda yang sama iaitu Allahyarhamah Cik Puan Hajah Kalsom keculi Almarhum Sultan Salahuddin. Diantara adik beradik Almarhumah adalah Tengku Tengku Badli Shah, Tengku Azman Shah, Tengku Ismail Shah, Tengku Raudziah (Raja Puan Muda Kedah darul Aman) dan Tengku Taksiah.
Pagi Ini dan Petang Semalam
Shukur alhamdulilah bas sampai macam biasa tetapi driver biasa masih cuti lagi. Sempatlah beberapa orang penumpang bercakap sesama sendiri mengenai pemandu bas yang sentiasa cuti. Syahpun naik heran selalu sangat cuti macam orang kerja kerajaan pula dia, cuti tahunan banyak atau mungkin dia ada hal penting dan cuti tanpa gaji. Sampai sahaja KTM Rawang, train sudah ada dan cepat-cepat Syah masuk stesyen menggunakan touch & go dan tak perlu berbaris untuk membeli tiket. Sekarang train diarea Sungai Buluh dan berhenti agak lama kerana member laluan kepada train lain dilandasan.
Lutut kanan Syah sakit semenjak hari Ahad lepas. Tak tahulah kenapa, mungkin hari Sabtu Syah buat kerja-kerja berkebun didepan rumah seperti mencangkul, angkat tanah dan betulkan pokok bunga menyebabkan lutut Syah sakit. Sakitnya terutama bila Syah mencangkung terasa sakit disebelah lutut kanan bahagian tepi kiri. Mungkin sambungannya problem ker atau ada masalah lain. Dulu ada juga sakit macam tu tetapi sekejap jer tapi kali nie Nampak macam berpanjangan. Rasanya sakit sangat dan bisa ada masa-masanya bila kit buat mencangkung atau berjalan. Kadangkala peha Syah rasa kebas pun ada juga, Masa mencangkul tu Syah ada cangkul tanah yang macam tinggi sedikit kat depan rumah jiran India Syah tu tapi itu bukan busut. Takut juga terusik benda-benda yang kita tak Nampak?
Testis dan ari-ari sebelah kiri Syah pula ada masa-masanya rasa macam mencengkam dan sakit sedikit terutamanya jika ada pergerakan atau Syah tarik nafas semalam dan pagi nie Nampak macam berkurangan pula. Disebabkan rasa tak selesa tu Syah tak puasa semalam kerana nak minum air banyak-banyak. Sekarang nie masa duduk dalam komuter nie peha Syah rasa lengoh dan lutut sekali sekala rasa macam berdenyut dan bila Syah gerakkan kaki rasa bahagian lutut tu sakit. Doakan agar Syah sihat yer kawan-kawan semua.
Semalam pula Syah balik naik Bas dan dalam bas ada seorang Kakak ( 50an @ 60an) duduk sebelah Syah dan dia asik bersembang pasal keluarga dia, urusan pencen suaminya yang meninggal tahun 70an yang tak seattle lagi dan macam-macam termasuk tanya pasa diri Syah. Dia inform dia tertekan dengan masalah dia terutama kes pencen arwah suaminya. Dia kata dia ada rumah sewa, banglow pun ada tetapi dia duduk rumah sewa yang ala-ala sahaja. Dia tak pakai kereta kerana takut memandu dan dia kata lesennya banyak sambil menunjukkan tangannya mengambarkan banyanya lesen dia renew. Ada sepasang cahayamata yang berjaya dalam hidup mereka. Dia inform anak-anaknya jarang jumpa dia.
Dia ada business dan kadangkala buat motivasi dan dulu seorang ustazah. Katanya dia berpengetahuan luas dalam undang-undang dan perubatan dan ada kelinik katanya tapi Syah tak tanya samada kelinik perubatan atau paranormal kerana dia .mention pasal doctor dari Indonesia yang boleh ubatkan penyakit-penyakit misteri. Dia ada inform syah yang doktor sahkan dia ada tekanan perasaan. Dia sempat Tanya Syah pasal umrah Syah bersama family sekitar 1990an dulu. Dia cerita pasal dia beli beg pakaian bonia untuk ke Mekah, Lepas tu menyesal kerana orang kata beg tu akan dibaling jer masa mereka memungah barang-barang di airport. Dia juga beli tudung dan pakaian yang agak mahal juga harganya.
Dia inform nama Sungai Hj Dorani di Daerah Sabak Bernam tu adalah nama datuknya. Tanah ibunya banyak dari Tangung Karang sampai Sg Hj Dorani dan tanah tu diambil orang katannya dan maknya diam jer. Sempat dia inform Syah yang Hospital Tanjung Karang tu adalah tanah ibunya. Katannya arawah suami dia orang campuran arab dan anak-anak dia terutamanya perempuan tu macam mat salleh ikut rupa ayahnya. Very Hendsome and Good Looking suaminya, katanya pada Syah. Dia juga kata yang Syah hendsome tapi mengapa tak kahwin. Dia akui Syah nie awet muda bila Syah inform umur Syah. Dia ingat Syah nie Mix kerana katannya macam Malbary Indian (India berkulit putih) dan Syah inform dia yang Syah bugis. Diapun kata dia juga ada darah campuran Bugis dan Arab.
Kakak tu turun di area Bt 16, Rawang. Entahlah ............ Orang sudah bersembang dengan kita layan jer lah selagi dia tak membahayakan kita. Ok jumpa lagi dilain Entry dan sekarang jam 08:00hrs dan Syah berada di Stesyen KTM Kuala Lumpur dan sebentar lagi akan sampai ke KL Sentral.