Masa dalam bas lagilah sakit. Semalam jalan jem gila tak tahu kenapa dan Syah terpaksa duduk lama dalam bas dan bila nak lunjurkan kaki sakit dan berbunyi berdetup. Adoiiiiiiiiiii sakitnya tapi sakit yang kita boleh tahanlah bukan sakit yang melampau. Sampai Bandar Rawang 10minit sebelum jam 20:30hrs dan Syah terpaksa jalan laju sedikit tapi dengan berhati-hati kerana nak kejar bas ke Rawang Residence. Dalam bas Metro call Azrin minta tolong ambil jika bas sampai lambat tetapi secretaynya yang angkat dan Syah tak cakap pasal minta ambil tu. Walau bagaimanapun Azrin call semula dan Syah ceritakan sebab call dia tadi dan Syah kata tak apa mungkin sempat kejar bas ke Rawang Residence. Dia inform kalau bas tak ada call dia balik. Sekarang sakit tu masih ada lagi dan ada masanya peha Syah rasa kebas. Ialah baru dua kali ambil ubat takkan terus sembuhkan? HEheheheh .............. Kepada anda semua doakan agar Syah sihat dan cepat sembuh yer? Terima kasih atas doa kalian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.