Tuesday, March 29, 2011

Syah Tak Sihat

31.03.2011, Khamis - Bangun pagi tadi Syah rasa tak sihat macam hendak demam dan lutut Syah sakit sedikit. Disebabkan Syah tak kerja Syah campakkan sahaja baju dalam mesin basuh dan setelah selesai Syah jemur baju tu walaupun tak larat rasannya. Syah buat jus green apple celery and carrot dan selepas tu makan ubat. Tak selera nak makan apa-apa lagipin bila Syah blend buah-buah tu, Syah makan dengan seratnya sekali dan Syah tak tapis/buang. Memang selalu Syah buat macam tu dan sebenanya ia mengenyangkan macam kita makan buah juga dan iannya lebih baik daripada kita tapis. Sekejap lagi Syah hendak ke Kelinik Panel TM di Bandar Rawang.

Pagi tadi mengigau lagi. Rasa macam jiran Syah Chong tiba-tiba ada dekat kereta Syah dan masa tu enjen kereta on. Lepas tu rasa longkang Syah penuh sampah dan nampak ada macam sesorang campak sampah dan Syah tegur. Syah suruh di ambil sampah tu tak silap Syah dan sampah dalam longkang (sediada macam sampah orang renovation rumah) tu Syah buang sendiri. Actually Chong pernah cerita Syah dia hendak betulkan tangganya dan suruh Indonesian yang buat rumah adiknya tu uruskan perkara tu. Lama dah dia cerita kat Syah.

Pagi tadi, masa Syah jemur kain, anak India jiran sebelah rumah Chong datang dan inform Syah yang bapa dia dah belikan dia pam basikal. Lepas tu Syah nasihatkan dia kalau main basikal jangan bawa laju-laju kerana banyak kereta dan jangan langgar bunga Syah atau dekat dengan gate Syah kerana besi longkang depan Syah tu Syah simpan dalam rumah takut dia terjatuh pula dalam lubang tu. Syah simpa sebab tak ada orang nak baiki kerana kata mereka kerja tu sikit sangat. Insyallah Syah akan ikhtiar cari orang betulkannya semula. Rasanya MPS cabutkan besi tu kot?

Rumah jiran sebelah yang kosong tu Syah lihat ada diletakkannya macam frame gambar dan cermin atas tembok gate dia. Dah lama dan pecah lalu Syah buangkan. Syah lihat frame tu ada tulis Holly something tapi dah rosak teruk kena hujan. Syah buangkan sebab nampak kotor dan orang yang menyewa rumah tu dulupun tak bersihkannya sampai benda tu melekat dengan simen kerana kena panas dan hujan. Syah juga selalu tutupkan tong sampah dia kerana orang yang kutip sampah tu selalu buka tong sampahnya walaupun rumah tu tak ada orang. Actually tempat sampah tu kalau terbuka orang boleh masuk car porch rumah tu, sebab tu Syah selalu tutupkan. Indian sebelah rumahnya tu selalu buat tak tahu sebab tu Syah tolong tutupkan. Ok lah............. Syah nak keluar tunggu bas ke Pekan Rawang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.