Thursday, March 24, 2011

Hantar Ayahanda ke HKL

Dari Kiri Ayahanda, Intan dan Encik


25.03.2011, Jumaat – Semalam Syah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk temankan Ayahanda ke Kelinik Pakar Ortopedik kerana ada regular check up. On the way my sister Intan cal informed mereka on the way ke HKL. Bila Syah sampai di Kelinik Pakar Ortopedik HKL, Syah terus ke Jabatan Pengimejan Diagnostik, Unit Ortopedik yang terletak dibelakang Kelinik tu sahaja kerana Intan beritahu mereka sedang menunggu giliran untuk di X-Ray. Selepas selesai X-Ray kami tunggu sekejap untuk mengambil X-Ray berkenaan dan kemudiannya balik semula ke kelinik untuk berjumpa doctor. Intan ke kaunter untuk uruskan appointement berkenaan. Lamalah juga menunggu baru dipanggil masuk approx jam 12:00hrs.

Doktor buat pemeriksaan terhadap Ayahanda. Ayahanda complain berasa kebas ditangannya. Setelah selesai membuat beberapa ujian doctor kata keadaan Ayahanda baik. Kebas tu memang ada sebelum pembedahan katannya, dan pembedahan tu adalah untuk mengelakkan keadaan berkenaan menjadi lebih buruk. Kata doctor, rasa kebas tu akan tetap ada cuma iannya tidak akan menjadi teruk dan hasil daripada ujian yang dibuat kat Ayahanda seperti mengengam tangan, angkat tangan dan beberapa ujian lagi memuaskan doctor.

Appointment seterusnya adalah setahun sekali, sebab ayahanda sudah sihat. Doctor Tanya kami samada Ayahanda hendak buat pemeriksaan berkenaan di Kampung tetapi Syah dan Intan informed doctor kita buat di HKL sahaja kerana kami semua di Kuala Lumpur dan mudah untuk kami menghantarnya daripada di kampong nanti dia kena pergi sendirian dan doctor setuju. Ubat pula kami akan ambil tiga bulan sekali di HKL dan ayahanda tak perlu datang Cuma kami tunjukkan sahaja slip ubat berkenaan di farmasi.

Ayahanda didalam bilik rawatan dengan doktor yang memeriksa Ayahanda. Syah dan Intan masuk sekali.


Syah minta time slip daripada doctor untuk supporting document tanda Syah keluar pejabat atas urusan di HKL dan Intan pula ke Farmasi untuk ambil ubat Ayahanda. Semasa di HKL terjumpa ex-staff PLT atau sekarang dikenali sebagai Telekom Training Center tempat Ayahanda bertugas dulu. Dia hantar anaknya ke kelinik berkenaan dan bila tengok Ayahanda dan Syah dia teringatkan kami dan tegur. Mulannya Ayahanda tak ingat tetapi bila dia cerita baru Ayahanda ingat. Selain daripada itu Ayahanda juga terjumpa salah seorang warga Sabak Bernam yang mendapatkan rawatan dikelinik berkenaan juga.

Macam biasa selepas appointment, Ayahanda akan ajak we all ke Gerai TPCA di area Kampung Baru berhampiran HKL untuk lunch dengan Ayam Kampung. Ayahanda siap inform awal-awal jangan sesiapa bayar kerana dia yang akan belanja. Kami diam jer....... hehehehehhe rezeki jangan ditolak. Syah makan lauk sahaja, tiba-tiba bonda tiri Syah suruh ambil sedikit nasi dia dan katannya tak baik tak makan nasi kerana orang lain makan nasi ldan Syah ambil lauk jer katannya. So terpaksalah Syah ambil sedikit nasi kat pinggan dia sesuap jer. Biasalah orang tua kan banyak pantang larangnya dan kita ikut jer lah bukannya susahpun kan? Mungkin niat sebenarnya, dia hendak Syah makan nasi kot hahahahahah.........


Syah dan Ayahanda di Gerai Makan


Semuannya RM58.80 dan sebelum balik Syah belikan fruits untuk Ayahanda bawa balik iaitu 2 bungkus Ciku dan 2 bungkus nenas. Syah hendak jalan kaki ke LRT Kampung Baru tetapi Ayahanda tak bagi dan suruh Syah turun di area Sogo kerana mereka lalu di kawasan tu. Masa di HKL Ayahanda berikan Syah Yoko-Yoko dia untuk Syah gunakan kerana dia risau masalah lutut Syah yang sakit. Katanya sapu 3 kali sehari Insyallah ok. Wahhh macam doctor lak dia yer? ...kuang, Kuang,Kuang...... Mulanya Syah kata akan beli sendiri tetapi dia suruh juga Syah ambil dan alasannya di KL mahal kat kampong murah dan dia boleh beli yang lain.


Syah hendak bagi Ayahanda duit tapi katannya tak payah dan suruh Syah bayarkan bil phone rumahnya sahaja. So Syah bagi Encik sahaja. By the way Syah panggil Bonda Tiri Syah dengan gelaran Encik. Intan sempat sakat Ayahanda, Tulah tadi Along hendak bagi kata tak payah kan dah nyesal tengok Mak dapat sambil kami semua ketawa. Macam tulah kami sekeluarga suka buat lawak sebenarnya walaupun jarang-jarang berjumpa. Sebelum turun Syah salam semua dan macam biasa cium Ayahanda dan Bonda Tiri Syah. Mereka pesan supaya Syah jaga kesihatan dan jaga diri. Thanks Ayahanda, Bonda, Intan dan Am (suami Intan) kerana hantar Syah sampai Sogo. Syah sayang awak semua. Muahhhhhhhhhhh.............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.