31.03.2011, Khamis - Hari ini Syah ke Polikelinik Rawang kerana lutut Syah sakit sedikit lagi. Bila doktor periksa katannya kaki Syah masih kuat tapi ada masalah di bahagian joining dan Syah pun angguk sahaja sebab Syah sendiripun tak berapa faham. Syah kata perlu ke Syah jumpa pakar dan dia inform buat masa sekarang tak perlu. Lama juga lah Syah menunggu giliran adalah hampir 2 jam. Doktor beri Syah MC dua hari dan minta Syah berehat dirumah dan dia minta Syah supaya tak melakukkan pergerakan yang berat sambil berlawak dia kata sekarang awak tak boleh panjat Gunung Kinabalu nanti kaki awak sakit lagi. Hehehehe tetiba jer doktor tu cakap macam tu. Actually kelinik nie style lama dan doktornya juga orang lama dan agak rock sedikit tapi ubatnya memang bagus. Kalu Syah tak sihat dan Syah berada di Rawang inilah satu-satunya kelinik yang Syah akan pergi.
Dari kelinik Syah beli sedikit keperluan dapur di Giant dan kemdiannya makan Laksa dan Barli Ice. Jam 12:15hrs Syah bergesas ke bas stand untuk kejar bas 12:30hrs tetapi bas jalan hampir jam 13:00hrs. Sampai Rawang Residence Bak, Ayah Azrin tegur dan katanya banyaknya barang dan Syah senyum sambil inform beli barang dapur. Ialah Syah pun naik malu bawa banyak beg plastik tapi nak buat macam mana Syah ada kereta tapi tak boleh bawa sebab tak tahu memandu dan tak ada lesen. Syah beli 6 botol air mineral water 1.5litter yang offer RM0.99 sahaja (kat Rawang Residence RM2.00) - memang berat, salad, tuna dalam tin, shampo, pencuci lantai dan instant soup. So terpaksa lah bawa naik bas takkan asik nak minta tolong Azrin jer nanti apa pula kata orang kan? Memang dia baik hati dan selalu tolong Syah, tetapi hati orang kita tak tahu kan? Azrin sendiri ada banyak tanggungjawab yang harus dia laksanakan untuk keluarga dan kerjaya dia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.