Thursday, May 31, 2012

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Di Masjid Negara


31.05.2012, Khamis - Malam ini Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.  Turut serta dalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam ini adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon.  Kedua-dua Seri Paduka Baginda berangkat sampai ke Masjid Negara pada jam 19:20hrs tadi disambut oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.  Turut serta adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.  Majlis yang dimulai selepas solat Maghrib ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad.

Sumber : Bernama / Masjid Negara

Wednesday, May 30, 2012

Syah Direfer Ke Asunta Hospital

30.05.2012, Rabu - Pagi tadi kad touch N Go Syah habis dan kena top-up begitu juga dengan pas komuter Rawang-KL Sentral pun dah tamat tempoh kena beli yang baru.  Sekarang nie ada offer untuk seminggu RM18.00 dan memang jimat kerana perjalanan pergi sahaja RM3.60. By the way Syah sudah jumpa doktor pakar dari Asunta masa lunch tadi di kelinik Dr Rasol dan setelah buat pemeriksaan dia minta Syah buat scope atas dan bawah untuk usus besar dan kecil Syah untuk masalah yang Syah hadapi sekarang.  Syah minta tangguh kerana banyak kerja sekarang dan mungkin minggu hadapan Syah buat.  Dah bincang dengan my Boss, Dek Noor tadi dan dia tak ada masalah cuma Syah akan siapkan kerja Syah yang pending sahaja dahulu.  Doakan agar Syah tak mengalami sakit yang serious yer.......... ok gtg nak sambung kerja semula........jumpa  lagi.

Tuanku Hajah Haminah Perihatin Terhadap Isu Pembuangan Bayi dan Keldai Dadah Dikalangan Kaum Wanita

30.05.2012, Rabu - Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun begitu mengambil berat berhubung isu kes pembuangan bayi yang semakin meningkat serta penglibatan wanita muda sebagai keldai dadah yang semakin berluluasa sekarang ini. Kebimbangan baginda dizahirkan sewaktu menyampaikan titah dalam perasmian Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2011/2012 semalam yang berlangsung di Ipoh, Perak.

Diantara titah baginda :-
  • "Maka dengan ini adalah satu tugas penting pemimpin dan pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberi kesedaran kepada anggota Pandu Puteri khasnya dan masyarakat remaja dan wanita muda amnya betapa pentingnya seorang gadis dan wanita menjaga harga diri dan tidak mudah diperdaya oleh pihak tertentu".
  • "Beta berharap setiap pemimpin dan pesuruhjaya mesti memastikan ahli-ahli remaja mempunyai minat dalam sesuatu bidang untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang memberi manfaat".
Dalam majlis ini, Tuanku Hajah Haminah yang juga merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut melancarkan Duit Syiling Peringatan sempena ulang tahun ke-100 Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia yang dikeluarkan oleh Bank Negara.  Terdahulu, Tuanku Hajah Haminah bersama-sama Raja Nor Mahani dan Datin Seri Rosmah telah melepaskan ikan di Sungai Kinta dan menanam pokok di kawasan berkenaan sempena pelancaran projek "kempen bumi hijau" dengan tema "Pandu Puteri Boleh Menyelamatkan Bumi Kita".

Turut serta berangkat dalam majlis perasmian Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2011/2012 adalah  Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd. Ali ; Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim ; Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah dan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber :- Bernama


Tuesday, May 29, 2012

Hari Nie

29.05.2012, Selasa - Nielah juadah makan malam Syah hari ini salad - Ada daun salad, tomato, bawang, betik, minyak zaiton dan garam.  Lepas makan Syah ambil ubat untuk sakit Syah tu dan sekarang perut Syah rasa macam mual.  tak tahulah agaknya makanan nie tak ngam dengan ubat syah tu ker? Tak tahulah.  Rasa nilu tu masih ada lagi dan petang tadi on the way balik Syah singgah Guardian Rawang beli Cranberry Juice sebagai supplement untuk masalah buang air kecil Syah. By the way esok pula staff Dr Rasol buatkan appointment Syah dengan doktor pakar dari Asunta Hospital mengenai masalah piles Syah jam 13:00hrs.  Actually hari tu mereka buatkan appointment jam 17:30hrs jumaat nie tetpi tadi mereka call kata esok dan Syah ok jew. Perjalanan pergi/balik hari nie macam biasa dan since tak sihat nie Syah macam tak selera sangat hendak makan.  Kerja kat office pula bertimbun-timbun dan Syah perlu mengejar masa sebelum akhir bulan nie yang berbaki dua hari lagi untuk settlekan semuanya tambahan pula Syah sedang tak sihat sekarang .............. Dugan, ............  mungkin ada hikmah disebaliknya ........ apa-apapun be happy and "the show must go on". 

Tunku Mahkota Johor Buat Kenyataan Di Twitter Berhubung Isu Bidaan Nombor Pendaftaran WWW 1

29.05.2012, Selasa - Ekoran daripada berjaya memiliki nombor pendaftaran WWW 1 dengan bidaan RM 520,000.00, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan  Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dilemparkan dengan berbagai tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu sebagai menggunakan duit rakyat untuk membayar bidaan berkenaan.  Sehubungan dengan itu, Putera sulung baginda yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim membuat kenyataan di twitter berhubung isu ini dan terjemahnya dalam Bahasa Malaysia seperti berikut :- 

  • "Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. kamu boleh bertanya mana-mana MB atau pegawai Kerajaan berkenaan kenyataan saya ini. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."

Mahkota Yang Dipakai Oleh Queen Elizabeth Untuk Setiap Istiadat Pembukaan Parlimen Akan Dipamirkan Kepada Umum


29.05.2012, Selasa - Mahkota yang sentiasa menjadi hiasan di jembala Baginda Queen Elizabeth II  yang digunakan ketika baginda menghadiri  Istiadat  Pembukaan Parlimen semenjak tahun pertama pemerintahannya pada 1952 hingga kehari ini akan dipamirkan untuk tatapan umum sempena sambutan Jubli Intan 60 tahun pemerintahan Baginda Queen Elizabeth II.  Imej baginda memakai mahkota ini juga boleh dilihat  pada stem pos dan  wang kertas serta duit siling pound. Mahkota ini akan dipamirkan di Buckingham Palace.  Mahkota yang dihiasi dengan mutiara dan 1,333 butir berlian termasuk batu-batu bewarna kuning kelabu empat karot. Berlian-berlian ini disusun dalam bentuk bunga ros, “thistle” dan “shamrock” yang merupakan lambang bagi England, Scotland dan Ireland.    Mahkota ini direka khas untuk pertabalan King George IV pada 1821 dengan kos ketika itu sebanyak 8,000.00 pounds sterling.

Mahkota ini kemudiannya  diwarisi oleh Baginda Queen Victoria sekitar 1837 yang mana imej baginda mengayakan mahkota ini boleh dilihat dalam gambar atau lukisan baginda. Terdapat juga imej baginda menggunakan mahkota ini dalam setem pos pada awal pemerintahan baginda.  Mahkota ini bertukar tangan dari satu generasi ke generasi keluarga Diraja Britain yang lain seperti Queen Alexandra, Queen Mary dan Queen Elizabeth I sebelum dimiliki oleh Baginda Queen Elizabeth II. Jika anda ke London dalam waktu terdekat ini bolehlah melawat pameran ini yang akan berlangsung pada 30 Jun hingga 08 Julai dan 31 Julai hingga 07 Oktober 2012


Sumber :-Mail Online

Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor Tersenarai Diantara Yang Berjaya Membida Nombor Pendaftaran Kenderaan WWW



29.05.2012 -  Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana telah berjaya membinda nombor pendaftaran kenderaan WWW 5 dengan harga RM22,000.00 manakala Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor WWW 1 dengan harga RM520,000.00 dan secara langsung memecah rekod yang dicatatkan oleh nombor pendaftaran MCA 1 pada 2010 dijual pada harga RM300,100.00. Tandatanya siapakah pembida yang berjaya membida nombor pendaftaran WWW 1 terjawab  apabila Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)  mengeluarkan senarai permohonan tender yang berjaya didalam portal rasminya semalam. Bidaan ini dibuka selama 15 hari bermula 30 April hingga 14 Mei 2012. Dianggarkan jumlah kutipan daripada pembida yang berjaya bagi nombor pendaftaran kenderaan WWW adalah sebanyak RM11.3 juta. Jumlah ini dikatakan 10 kali ganda melebihi kutipan biasa yang diperolehi untuk nombor pendaftaran siri lain sebelum ini. Sila click link dibawah untuk mengetahui senarai-senarai pembida yang berjaya.

Sumber :- Portal JPJ

Monday, May 28, 2012

Syah Tak Sihat

28.05.2012, Isnin - Sepertimana yang Syah maklumkan terdahulu,  dalam tiga minggu nie Syah busy   kerana Member Syah Kak Rose ke USA melawat mertuanya dan Syah kena cover kerja-kerja dia.  Jadi agak sukar untuk Syah update blog kerana ada masanya waktu lunchpun busy dan bila balik rumah memang "penat gila" kata budak-budak sekarang ....Hehehheheh.  By the way Syah tak sihat hari nie dan jika ikutkan hati hendak MC tetapi kerja banyak dan Boss Syah, Dek NoR pun suruh Syah balik tetapi Syah tak mahu.

Actually sakit lama Syah kembali semula, Dah lah ada masalah piles lately nie dan pagi tadi ada masalah hendak buang air kecil.  Rasa nilu dan pedih macam dulu-dulu tu dan Syah jumpa Dr Rasol dan dia bagi uabt antibiotik dan ubat lawas kencing. Syah rasa agak ok sekarang nie cuma ada masa-masanya rasa nilu dari pusat kebawah sebelah kiri.  Ada kalanya perkara nie berlaku pada Syah dan tak tahulah kenapa. Dr Rasol pun sudah faham dengan masalah Syah dan minta Syah jangan risau sangat dan makan ubat ikut peraturan.dan dia juga ada bagi contoh katanya dia juga ada mengalami sakit seperti Syah nie .

Lunch tadi Syah lari sekejap ke KLCC untuk beli hadiah cabuan bertuah untuk TM Award Nites 2012. Setiab bahagian kena contribute 7 hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya RM300.00.  Syah beli minyak wangi Polo 5 kotak dan 2 set tali pinggang dan wallet Bonia.  Sampai office Syah wrap hadiah-hadiah tu dan kemudiannya lari sekejap ke Mutiara Bangsar  untuk hantar hadiah nie kerana committee cabutan bertuah nie officenya kat situ.

Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ...Doakan Syah sihat yer semua dan Syah juga doakan agar anda semua sihat jua hendaknya.

Raja Muda Perak Darul Ridzuan Menghadiri Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39



28.05.2012, Isnin - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39 yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak.  Kelihatan Raja Nazrin Shah menyampaikan Anugerah Lencana Penuh (Full Colours Award) Sekolah Berasrama Penuh 2011 kepada Syaza Nadiah Azmi dari Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu, Johor.


Sumber :- Bernama

Sunday, May 27, 2012

Cik Puan Azrinaz Mahzar Hakim Muncul Di Rancangan On Air

27.05.2012, Ahad - Sebentar tadi Syah menonton TV dan telihat Cik Puan Azrinaz Mahzar Hakim muncul  dalam siaran ulangan rancangan Astro 104 - On Air bagi tugasan berkonsep Stand Upper.  Secara ringkasnya Stand Upper merupakan aktiviti melaporkan apa yang berlaku ditempat kejadian. Cik Puan Azrinaz yang merupakan bekas isteri kepada Sultan Brunei pernah dinobatkan sebagai Ratu Stand Upper telah diberi penghormatan oleh Astro untuk menjadi juri dan pengacara yang berkonsepkan Stand Upper.  Lama tak nampak Cik Puan Azrinaz di kaca TV semenjak beliau mengundurkan diri daripada TV3 pada 2005 dan bertuah dapat melihat kemunculannya kembali bersiaran di On Air tetapi hanya untuk seketika sahaja dan selepas ini tak tahulah bila akan melihatnya lagi. All the best to you Cik Puan Azrinaz Mahzar Hakim semuga tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup Cik Puan.

Saturday, May 26, 2012

Tak Dapat Update Blog

26.05.2012, Sabtu - Maaf semua kerana hari nie tak dapat nak update blog mengenai raja-raja keran Syah busy dengan kerja.  Sekarang jam 21:28hrs dan Syah baru setengah jam sampai rumah dan penat benar rasanya.  Syah rehat sekejap dan lepas nie nak mandi dan solat.  Lepas tu hendak sambung kerja dan Syah bawa beberapa dokumen balik kerumah untuk disiapkan.  Tension rasanya hari ini tetapi under control.  Ok semua hingga berjumpa lagi.

@ Office Hari Nie

26.05.2012, Sabtu - Salam semua dan sekarang Syah berada di pejabat kerana tak boleh buat kerja dari rumah kerana data-data yang diperlukan ada dipejabat dan masalah kalau nak bawa balik ke rumah.  Pagi tadi Syah keluar jam 07:00hrs dan naik KTM ke KL Sentral.  Malangnya komuter tersangkut di Stesyen Segambut hampir satu jam kerana ada masalah landasa dihadapannya dan on the way ke KL Sentral tadi nampak pekerja-pekerja menguruskan landasan yang bermasalah tu.  Penumpang Kenalahlah tunggu dan bersabar kerana train tak boleh jalan sesuka hati dan hanya satu landasan sahaja digunakan, nanti bertembung pula dengan train yang lain dan lagilah mencari nahas namanya.

Sampai KL sentral Syah ke food court "tapaw"  Young Tau Foo untuk lunch nanti dan beli buah betik 2. Sampai Menara TM macam biasa kena ikut prosidur datang kerja hari cuti, kena isi buku pendaftaran keluar/masuk pejabat. Gambar kat atas tu masa dalam LRT dari KL Sentral ke Kerinchi.  Ok lah semua, Syah baru lepas breakfast Milo Panas + Oat dan ambil Habbatus Sauda dan hendak sambung kerja. Jumpa lagi dilain Entry ..............

Friday, May 25, 2012

Tuanku Ahmad Shah Menerima Anugerah "Order of Merit" Daripada FIFA

25.05.2012, Jumaat - Ucapan sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah kerana telah menerima anugerah berprestij FIFA iaitu "Order of Merit" pada hari Khamis bersamaan 24.05.2012.  Anugerah disampaikan oleh Prisiden FIFA, Joseph Sepp Blatter pada majlis pembukaan Kongres ke-62 badan bola sepak antarabangsa FIFA yang berlangsung di Budapest, Hungry. Tuanku Ahmad Shah merupakan Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) dan bekas presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 1944 hingga 2002.  Baginda juga menerima Anugerah Berlian daripada AFC pada tahun lepas.

Sumber : Bernama / Inside AFC

25.05.2012, Jumaat - Pagi nie Syah terpaksa tumpang bas sekolah untuk ke KTM Rawang kerana driver biasa tu cuti serta bas ganti tak datang macam biasa dan disebabkan masalah nie, Syah lambat masuk pejabat hari ini.  Hari ini macam biasa tak menang tangan buat kerja ... hehehehe ...letih tetapi best gak ... Tengahari tadi solat kat masjid depan pintu masuk UM coz dulu selalu solat kat situ dan ada orang jual barang-barang setiap hari Jumaat macam kat Masjid Negara tu tetapi rupanya dah tak ada lagi cuma yang ada satu gerai makan sahaja.  Lagipun dah bertahun Syah tak kesini dan masjidpun dah agak lain sedikit kerana ada penambahan ruangan.

Lepas solat Syah singgah kat gerai tepi jalan on the way balik office untuk makan Laksa, Donut dan Barli Panas.  Lepas makan Syah terus balik ke office sambung kerja yang sedia menunggu disamping macam-macam masalah vendor yang perlu diselesaikan.  Sebelum balik tadi Yayasan TM buat sedikit farewell untuk pelatih industr]i mereka.  Hari ini balik jam 17:00hrs dan Syah sampai Rawang Residence hampir jam 19:00hrs.  Sebelum masuk Syah sapu sampah depan rumah dan siram pokok.  Lepas tu sediakan bahan-bahan untuk masak Wantan Mee Bayam Sup Sayur macam biasa tu.  Setelah selesai sediakan bahan-bahan tu, Syah mandi dan solat Maghrib baru masak dan makan.  macam biasa lepas tu makan ubat.

Sekarang jam 21:32hrs dan Syah sudah selesai solat Insyak dan tengah mentenet sambil tengok TV.  Oklah semua, sehingga kita berjumpalagi dilain Entry .............

Raja Bendahara Perak Terakhir - DYAM Raja Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah

25.05.2012, Jumaat - Ini adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Perak, Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul 'azam Shah I (Marhum Rahmatullah). Raja Abdul Rashid merupakan Raja Bendahara Perak yang terakhir.  Selepas kemangkatannya pada tahun 1958,  Sultan perak pada ketika itu, Paduka Seri Sultan Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Marhum Ghafarullah) yang merupakan Paduka Ayahanda kepada Tuanku Azlan Shah,  telah menghapuskan gelaran Raja Bendahara yang mana penyandangnya merupakan pewaris kedua tahta negeri Perak selepas Raja Muda. Gelaran yang disandang oleh kerabat diraja Perak selama 200 tahun ini telah dikembalikan  semula kepada "orang kebanyakan" sepertimana asalnya dan dikenali dengan panggilan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja hingga kehari ini.  

Raja Abdul Rashid diputerakan pada 12.07.1889 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak dari bondannya Che Ngah Uteh Mariah.  Raja Abdul Rashid dilantik sebagai Raja Kecil Tengah pada 10.05.1934, Raja Di Hilir pada 01.10.1939 dan kemudiannya Raja Bendahara pada 15.07.1948.  Raja Abdul Rashid  mangkat pada 24.11.1958 dan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar atau sekarang dikenali sebagai Makam Diraja Al-Ghufran dengan penuh adat istiadat Diraja Perak sebagai seorang "Raja Bergelar".  Jenazah Raja Abdul Rashid diturunkan daripada kediaman Sharifah Rokiah yang merupakan isteri ketujuh Raja Abdul Rashid sebelum dibawa ke kawasan permakaman diraja

Allahyarham berkahwin sebanyak 8 kali dan isteri-isteri serta anak-anaknya adalah seperti berikut :-
  1. Raja Lun Zubaidah bt Raja Ahmad :- Melahirkan Raja Shoran Shah (1909-1997), Raja Nor'uyun (1911 - 15.05.1943), Raja Nor Muhidayah (1912-1946), Raja Amri (1915-1946) dan Raja Nor Shima (mangkat 10.06.1939)
  2. Che Rafidah bt Uda Maa'mor :- Melahirkan Raja Nor Siha @ Intan, Raja Nor Mahiyan dan Raja Nor Ima
  3. Che Maheran bt Abdullah :- Melahirkan Raja Nor Mida dan Raja Nor Ajam
  4. Raja Kimas bt Raja Sir Chulan :- Melahirkan Raja Nor Shihan (mangkat 17.04.1938) dan Raja Nor Shiba
  5. Raja Halimah :- Tiada anak
  6. Cik Aminah bt Awang :- Melahirkan Raja Badrul (06.04.1912 - 09.07.1988)
  7. Sharifah Rokiah bt Syed Kassim :- Melahirkan Raja Nor Ashikin (mangkat 05.07.1947), Raja Mariam, Raja Puan Besar Nor Izan (mangkat 14.07.1998), Raja Fatimah dan Raja Abdul Rahman (1948 - 07.08.2001)
  8. Raja Puan Kecil Raja Aishah bt Raja Saidin :- Melahirkan Raja Ahmad Baharuddin (25.12.1933), Raja Teh Hasnah, Raja Mohamed, Raja Zaharah (14.11.1941), Raja Ubaidah, Raja Mohd Tajuddin dan Raja Sakinatul Akmar @ Zainab (1953)


Al-Fatihah ........... Semuga Roh Allahyarham Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul Azam Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin


Sumber : Sembang Kuala/ Raja Nur Janah / RoyalArk

Thursday, May 24, 2012

Busy Dengan Kerja dan Ayahanda Syah Ada Masalah Katarak

24.05.2012, Khamis - Lately Syah busy sangat dengan kerja kat office coz Kak Rose cuti tiga minggu ke USA melawat mertuanya dan Syah kena cover kerja-kerja dia, so kena buat dua kerja dalam satu masa.  Letih rasanya dan selalu sakit kepala terkejar-kejar masa tetapi everything under control setakat ini, Insyallah.............. Bila balik rumah badan rasa letih sangat ditambah lagi dengan jarak perjalanan yang agak jauh.

Beberapa hari  lepas Ayahanda Syah menelefon dan informed doktor referkan dia ke hospital pakar kerana disyaki mengalami katarak.atau selaput mata.  Risau pulak Syah dibuatnya dan minta tak ada apa-apa yang serious berlaku pada mata Ayahanda.

Hari ini ada pasar malam di Rawang Residence dan turun bas tadi Syah terus ke pasar malam dulu kerana malas hendak keluar semula bila dah masuk rumah. Syah beli air cincau soya, laksa dan jajan.  Ingatkah hendak beli apam balik tetapi kedai tu tutup pula hari ini.  Oklah semua Syah hendak Solat Insyak dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............ Byeeeeeeeee

Istana Besar Johor Baharu Di Baik Pulih dan Bukan Diubah Suai

24.05.2012, Khamis - Ini adalah Istana Besar Johor Baharu yang terletak berhadapan dengan Selat Johor dan telah dibina pada tahun 1866 oleh Sultan pertama Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar yang pada ketika itu bergelar Temengong Johor. Istana ini merupakan Istana Rasmi untuk sebarang istiadat Diraja bagi negeri Johor.  Walau bagaimanapun pada tahun 1990 dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar, Istana ini telah dijadikan muzium dan secara tidak langsung mempunyai dua fungsi iaitu sebagai Istana Rasmi dan Muzium Diraja. Jika diadakan sebarang istiadat rasmi, Istana ini akan ditutup   untuk pelawat. Almarhum membenarkan Istana ini untuk dikunjungi oleh rakyat adalah untuk mendedahkan rakyat kepada institusi beraja di Johor disamping mendekatkan lagi hubungan erat diantara Istana dan Rakyat selain daripada kita dapat melihat artifak-artifak sejarah peninggalan keluarga diraja Johor.

Selepas DYMM Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23.01.2010 menggantikan paduka Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat pada 22.01.2010, baginda telah berhasrat untuk membaik pulih Istana Besar memandangkan iannya merupakan bangunan lama yang berusia lebih daripada 100 tahun. Tidak ada sebarang penambahan bangunan atau pengubahsuaian dibuat cuma dibaik pulih sahaja struktur yang asal. Hasrat baginda ini telah direalisasikan pada Januari 2011 dimana Istana ini telah ditutup secara rasminya kepada umum untuk lawatan dan kerja-kerja baik pulih sedang hebat dijalankan sekarang. Proses baik pulih ini dijangka akan siap sepenuhnya pada Mei atau Jun 2013. Dari sumber yang boleh dipercayai, Tuanku Ibrahim akan ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun hadapan selepas kerja-kerja baik pulih Istana Besar selesai sepenuhnya.

Tetapi perlu diingat, Istana ini dibaik pulih dan bukan dibuat pengubahsuaian.  Kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan memandangkan usiannya yang telah menjangkau lebih seratus tahun dan merupakan bangunan lama dan bukan bertujuan khas untuk pertabalan Sultan johor yang baru. Diharap anda semua tidak menaruh tanggapan negative terhadap projek yang sedang rancak dijalankan ini.  Buat masa ini Istana Besar Johor Baharu dikawal ketat dan tidak dibenarkan sesiapapun memasuki kawasa istana kecuali para kontraktor, pekerja Istana dan pekerja Muzium. Dan jika anda menghampiri kawasan ini jangan sesekali cuba memasukinya kerana iannya menjadi kawasan larangan sepanjang kerja-kerja baik pulih dijalankan.  Bangunan Istana Besar Johor Baharu ini tidak  diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).  Tak pasti Syah samada iannya akan diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan setelah siap proses baik pulih.

Gambar ini Syah ambil sewaktu lawatan Syah ke Johor pada Disember 2010 bersama abang Syah,  Muss dan juga Cd untuk sambutan Tahun Baru 2011 di Johor Baharu.  Ini adalah kali kedua Syah ke Istana Besar dan nasib baik kerana pada Januari 2011 ianya telah ditutup untuk lawatan. Istana ini dibuka untuk lawatan bermula jam 09:00hrs hingga 17:00hrs.  Terdapat sedikit perbezaan bayaran masuk untuk para pelawat.  Jika anda anak jati Johor kadar bayaran untuk orang dewasa adalah RM4.00 manakala untuk warga Malaysia lainnya dikenakan bayaran RM5.00 dan bagi warga asing caj dikenakan sebanyak USD7.00 (berdasarkan kadar tukaran wang asing pada hari berkenaan).  Kanak-Kanak dibawa umur 12 tahun dikenakan RM1.00 bagi semua warga Malaysia dan USD3.00 bagi warga asing.

Tak tahulah selepas proses ubah suai nanti, samada kadar bayaran akan dinaikkan atau kekal seperti biasa.  Rasanya fungsi Istana Besar Johor Baharu ini akan kekal seperti biasa iaitu sebagai  Istana Rasmi dan Muzium Diraja selepas pengubah suaian nanti memandangkan Tuanku Ibrahim  merupakan seorang raja yang mesra rakyat dan begitu menjaga hubungan baik diantara Istana dan Rakyat. Tidak mungkin istana ini akan ditutup untuk lawatan. Langkah seperti ini harus diikuti oleh lain-lain negeri beraja di Malaysia dan tidaklah Istana itu tertutup menjadi kota larangan dan hanya untuk tatapan kerabat diraja dan ahli politik sahaja, barulah rakyat  dekat dengan Istana dan lebih memahami konsep Raja Berpelembagaan di Malaysia. 

Wednesday, May 23, 2012

Jalan Kaki Bas Rosak

23.05.2012, Rabu - Perjalanan kepejabat pagi tadi berjalan lancar begitu juga on the way balik naik komuter ke Rawang semuannya as scheduled.  Hari nie dapat naik bas 18:30hrs ke Rawang Residence dan driver lain pula petang nie tak tahu kenapa.  Malangnya on the way ke Rawang Residence bas rosak tengah jalan dan nasib baik sudah hampir ke Rawang Residence Syah.  So Syah dan beberapa penumpang lain jalan kaki bali ke taman perumahan kami.Adalah 20 minit kami berjalan kaki dan yang tergelaknya kami sama-sama jalan dengan lembu tetapi disebelah jalan yang lain kerana time nie masa lembu-lembu tu balik kandang ............ cuak gak takut kena kejar tetapi tak jadi apa-apa pun.  

Sampai rumah sahaja dah Azan Maghrib dan depan rumah macam ada benda tak tahulah najis anjing atau muntah kucing,malas nak membeleknya lalu Syah bersihkan dahulu sebelum masuk rumah.  Lepas solat Maghrib Syah buat Mee Udon Sayur dan sekarang jam 21:53hrs dan baru lepas Solat Insyak dan nak baring-baring sambil mentenet dan tertidur seperti  kebiasannya............ Selamat Malam semua.

Katil Peraduan Sultanah Johor, DYMM Sultanah Fatimah

23.05.2012, Selasa - Ini adalah katil tempat peraduan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultanah Fatimah, Sultanah Johor. Sultanah Aminah merupakan isteri kepada Sultan Abu Bakar, Sultan pertama Johor era moden. Sultanah Aminah merupakan wanita berbangsa Cina dari suku kantonis dan nama asalnya adalah Wong Ah Gew dan setelah memeluk Islam Almarhumah menggunakan nama Fatimah binti Abdullah.  Almarhumah dilantik sebagai Sultanah Johor pada 1886 dan mangkat pada 1891. Gambar ini Syah ambil pada tahun 2010 sewaktu melawat Istana Besar Johor Baharu.  Istana ini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan kecuali jika ada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Johor iannya akan ditutup kepada umum. Buat masa ini ianya ditutup sementara waktu untuk lawatan kerana kerja-kerja pengubahsuaian.

Berbalik kepada cerita mengenai katil ini, iannya ditempah khas di England lebih kurang pada tahun 1860 untuk kegunaan Almarhumah. Keseluruhan katil ini diperbuat daripada kayu jati dan dihiasi dengan ukiran indah.  Setiap ruang ukirannya dihiasi dengan ukiran corinthian  dan sebutir bintang bersama bulan sabit.  Dinding dibahagian kepalanya pula didatangkan dengan ukiran mahkota Johor. Bahagian kaki pula diukir dengan dua panel Jata Negeri Johor dibawah ukiran bulat bermotifkan pokok lada hitam dan gambir manakala kakinya berbentuk bulat.

Sumber :- Muzium Istana Besar Johor Baharu

Tuesday, May 22, 2012

Putera dan Puteri Raja Nazrin Shah

22.05.2012, Selasa - Inilah dia anak-anak kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. Gambar ini diambil oleh Bernama hari ini sempena Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahaan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ke-84.  Comelkan anak-anak nie rasa nak cubit-cubit pipi mereka .....so cute. Yang lelaki ini adalah putera sulung Raja Nazrin Shah iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah yang berusia 4 tahun manakala yang kecil tu adalah Raja Nazira Safya yang baru berusia 10 bulan. 

Pasangan diraja ini disatukan sebagai suami isteri pada hari Khamis 17 Mei 2007 oleh Mufti Negeri Perak, Dato' Harussani Zakaria di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.  Sehari kemudiannya Zara Salim Davidson dilantik sebagai Raja Puan Besar Perak Dengan gelaran Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim Davidson. Pada 19 Mei pula diadakan majlis persandingan di Istana Iskandariah.  Raja Nazrin Shah menamatkan zaman bujangnya ketika berusia 50 tahun.

Juadah Buka Puasa 01 Rejab

22.05.2012, Selasa - Biasanya kalau Syah naik train ke Rawang, Syah akan samapai Rawang Residence selepas solat Maghrib tetapi hari nie Syah sempat naik bas jam 18:30hrs yang selalu terlepas tu.  Dah rezeki hari nie, mungkin Allah beri kesempatan balik awal sempena berpuasa di Bulan Rejab nie.  On the way terkedek-kedek ke bas stand dari stesyen KTM Rawang tadi ada orang tahan bas dan rupanya bas 88 yang biasa Syah naik tu dan bas tu berhenti ditepi jalan dan cepat-cepat Syah dan orang tu menyeberang jalan.  Tu yang dapat sampai awal tu.  Sampai rumah jam 19:00hrs dan sempatlah Syah masak dan makan selepas Solat Maghrib.

Menunya macam biasalah apa lagi, Mee Wantan Bayam, Sup Sayur Campur, Buah Apple & Lai, Buah Tin dan Air Suam.  Sayur tu terlebih masak kerana ada macam-macam sayur dan macam banyak jer?  Tak habis makan pun dan mungkin Syah hendak simpan dalam peti sejuk dan bawa office esok.   Ada brokoli, putik jagung, halia, kacang pis, tahu, tomato, cendawan dan tahu telur. Makan semua ....................

Sultan Perak Sampaikan Pingat dan Darjah Kebesaran Pada Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Pengunegerahan Darjah Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-84

22.05.2012, Selasa - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan mencemar duli menyampaikan pingat dan darjah kebesaran dalam Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahaan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ke-84.  Istiadat berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.  Kelihatan Tuanku Azlan Shah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran "Dato Seri" kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria.  Turut menerima anugerah pada hari ini adalah artis kelahiran Perak yang telah berjaya diperingkat antarabangsa iaitu Dato' Michelle Yeoh, telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran "Dato' Seri".

Sumber :- Bernama

Muss Celebrate Belated Birthday Syah @ KL Residence


22.05.2012, Selasa - Petang semalam Syah di KL Residence sebab my brother Muss hendak celebrate belated birthday Syah.  Semalam dia belanja Steamboat kat area KL Residence kami.  Syah sampai hampir jam 19:00hrs dan Muss & Cd fetch Syah di LRT Melati sebelum ke kedai makan tu.  Memang kenyang gila............... makan secara buffet, tetapi makanan berminyak Syah tak ambil.  


Sampai rumah jew terus jenguk kucing kesayangan Syah Hamster.  Syah keluarkan dia sekejap dari sangkar dan main-main dengan Hamster.  Lama tak jumpa dia.  Hamster nie kucing Syah tetapi Syah letak di KL Residence sebab Muss ada dua ekor lagi kucing dan bolehlah mereka berkawan.  Hamster stay dalam sangkar manakala Noami dan Blackie dilepaskan dalam rumah dan tidur sekali dengan Muss dalam biliknya.  Untung kucing-kucing hitam dua ekor tu tidur dalam bilik air-cond ............. Heheheh

Nielah dia dua budak hitam yang Syah cakap tadi tu satu ekor pendek satu ekor panjang.  Satu namanya Noami dan seekor lagi Blackie.  Mereka nie kucing Muss dan Cd. Depa nie pun manja dengan Syah dan ada masanya main-main dengan Syah. Gambar nie Syah ambil sebelum pergi kerja pagi tadi. By the way kucing-kucing nie kami tak lepaskan kan luar dan hanya berada dalam rumah sahaja dan sekali sekala sahaja dilepaskan itupun kena tambat bawa dia jalan-jalan depan rumah. Paling jauh mereka berjalan bila mandikan dialah, we all hantar ke kelinik haiwan / kedai haiwan.

Inilah dia birthday present daripada my beloved brother Muss Yang depan tu baju t-shirt yang dia baru beli masa ke Cherating minggu lepas tak silap Syah.  By the way thankx Muss atas cenderahati nie, really appreciate it.

Monday, May 21, 2012

Raja Baharin Kerabat Diraja Perak

21.05.2012, Isnin - Tentu sebahagian kita semua kenal akan Dato' Raja Baharin Shah bin Raja Ahmad yang satu ketika dahulu sanggup bertarung nyawa menghadapi risiko untuk membawa pulang dua orang anaknya ke Malaysia daripada jagaan bekas isterinya Jacqueline Gillespiedi Australia dan juga merupakan seorang arkitek berjaya di Terengganu yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikebali sebagai Masjid Puth atau Masjid Terapung yang menjadi salah satu mercu tanda di Terengganu. Kebanyakan akhbar/kita semua mengetahui bahawa beliau adalah kerabat diraja Terengganu dimana bonda beliau Tengku Zaleha binti Sultan Ismail merupakan puteri kepada Sultan Terengganu dan bonda saudara Tuanku Mizan tetapi tahukah anda bahawa beliau juga merupakan kerabat diraja Perak disebelah Ayahandanya.  Kedua ayahanda dan bonda beliau telah berpisah dan bondanya kembali semula ke Terengganu dan sebab itulah kita lebih mengenalinya didalam keluarga diraja Terengganu.

Ayahanda beliau adalah Raja Ahmad Baharuddin Shah bin Raja Abdul Rashid merupakan anak kepada Raja Bergelar dan Bakal Sultan Perak.  Tengku Zaleha merupakan isteri pertama Raja Ahmad Baharuddin Shah. Nendanya (datuk) adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul-'adzam Shah adalah merupakan Raja Bendahara Perak yang terakhir. Bonda Raja Ahmad Baharuddin Shah pula adalah Raja Puan Kecil Raja Aishah binti Raja Saidin dan telah mangkat pada 01.06.1997.  Selepas kemangkatan Raja Abdul Rashid pada 1958, Paduka Seri Sultan Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (Ayahanda Sultan Azlan) telah menghapuskan gelaran Raja Bendahara yang merupakan gelaran yang disandang oleh kerabat diraja Perak selama 200 tahun.  Gelaran ini kemudiannya dikembalikan semula kepada "orang kebanyakan" sepertimana asalnya dan dikenali dengan panggilan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja hingga kehari ini.  Dengan pemansuhan ini, kedudukan Raja Di Hilir Perak kini berada ditempat kedua sebagai pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan


Busy Hari Nie

21.05.2012, Isnin - Salam semua dan maaf tak dapat update blog awal kerana agak busy sedikit di office dan kebetulan pula colleague Syah, Kak Rose cuti tiga minggu kerana bercuti ke USA bersama suaminya melawat parents mereka dan Syah kena cover sedikit kerja-kerja Kak Rose. Perjalanan pagi tadi as scheduled dan malam nie Syah di KL Residence kerana Muss hendak celebrate belated birthday Syah.  Maklumlah dan usia lewat nie orang sambutpun lewatlah juga kan, itupun nasib baik ada yang sambutkan? Hehehehheeh .............

Sunday, May 20, 2012

My Lill Sis Intan Bertandang Ke Rawang Residence


20.05.2012, Ahad - Petang tadi My Lill Sister Intan dan suaminya Am bertandang ke Rawang Residence.  Lepas minum-minum di Rawang Residence  dia nak belanja Syah makan diluar dan sebelum tu bagi Syah hadiah sempena harijadi Syah 24 April lepas. Masa keluar tadi, hari sudah hujan dan sampai Aeonpun masih hujan lagi. Last minute decision kami ke Aeon Rawang.  Habislah semua floor kami jelajah dan ini adalah kali kedua Syah kesini dan pertama kali dulu dengan Kak Long Zainab. Lepas penat pusing-pusing akhirnya kami pilih Kenny Roger untuk makan.  Lepas makan Syah ke Jasco sebab hendak beli Mineral Water 9.5 liter yang Syah biasa beli tu dan disebabkan ada kenderaan Syah beli 6 botol sekali dan bolehlah tahan lama sedikit kalau tak terpaksalah beli satu-satu bawa naik bas...hehehehhe.

Lepas tu kami balik semula ke Rawang Residence.  Actually masa hendak pergi tadi ingatkan hendak guna kereta Syah dan hendak pump tayar belakang yang sudah hampir kempis tu tetapi adik ipar Syah nampak yang tayar depan dah kempis.  Bila Syah periksa rupanya bawah tayar tu ada serpihan tile yang tajam.  Am offer nak tolong minggu hadapan dan dia minta Syah beli apa benda tu "pembuka tayar" alliance key (sorry kalau salah eja).  Tetapi sebelum balik tadi dia jumpa jiran Syah yang kerja pomen tu dan tanya ada tak pembuka tayar tu dan ada rupanya lalu dia buka tayar Syah dan ganti dengan spare tayar.  Dia bawa balik tayar yang kempis tu dan hendak hantar kedai samada boleh tampal atau beli baru dan Sabtu atau Ahad nie dia datang pasangkan semula dan pumpkan tayar belakang Syah.

Intan dan Am balik lepas Maghrib dan baru sebentar tadi jam 22:00hrs Syah call Intan tanya dia sudah sampai atau belum dan katanya sudah sampai.  Dia ingatkan Syah supaya jangan lupa tutup pagar.  Syah ucapkan terima kasih pada Intan atas hadiah yang dia bagi tu.  Inilah dia hadiahnya...... Thanks My Dear Lill Sis  for the belated birthday present, really appreciate it.



Tak Sihat Lagi

20.05.2012, Ahad - Hari nie Syah tak sihat lagi dan sakit piles tu datang semula  kerana dua hari kebelakangan ini Syah mengalami sembelit.  Tak tahulah, kalau kata tak makan sayur dan fiber, itu jer makanan harian Syah but still jadi sembelit juga.  syah banyak makan buah, Syah dah cuba minum minyak zaiton satu sudu pagi dan malam atas saranan seorang kawan tetapi masalah nie datang juga.  Minum rasanya macam biasa tetapi lately Syah rasa macam kekeringan dan bila bangun tidur ada masanya tekak rasa kering, tak tahu lah..............  Sekarang jam 13:19hrs dan Azan sudah berkumandang di Surau dan Syah hendak solat sekejap dan tak lama lagi my sister Intan dan suaminya hendak datang............... ok jumpa lagi dilain entry.

Majlis Santapan Tengahari Sambutan Jubli Intan Pemerintahan Queen Elizabeth II

20.05.2012, Ahad - Buat julung kalinya selepas ditabalkan, Baginda Queen Elizabeth II telah menganjurkan Jamuan  Santapan Tengahari sempena Sambutan Jubli Intan pemerintahan  baginda yang dihadiri oleh raja-raja, permaisuri-permaisuri dan kerabat diraja hampir seluruh dunia. Majlis diadakan pada 19.05.2012 bertempat di Istana Windsor. Seramai 20 orang raja dan permaisuri dan enam wakil raja-raja telah bersama-sama baginda dalam majlis ini termasuk KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Diantara 99 tetamu yang menghadiri majlis santapan ini adalah  putera-putera Mendiang Princess Diana, HRH The Duke of Cambridge (Prince William) dan isterinya HRH The Duchess of Cambridge (Catherine) serta HRH Prince Henry of Wales (Prince Harry).

Gambar diatas adalah gambar Baginda Queen Elizabeth II bersama Raja-Raja yang menghadiri Majlis Santapan Tengahari ini iaitu dari barisan hadapan sebelah kiri Emperor of Japan, the Queen of the Netherlands, the Queen of Denmark, the King of the Hellenes, the King of Romania, Queen Elizabeth II, the King of Bulgarians, the Sultan of Brunei, the King of Sweden, the King of Swaziland, and Prince Hans-Adam II of Liechtenstein.  

Barisan Tengah dari kiri  The Prince of Monaco, the Grand Duke of Luxembourg, the King of Lesotho, the King of the Belgians, the King of Norway, the Emir of Qatar, the King of Jordan, the King of Bahrain, dan  Yang di-Pertuan Agong of Malaysia. 

Bahagian belakang dari kiri  Nasser Mohamed Al-Jaber Al-Sabah of Kuwait, the Crown Prince of Abu Dhabi, the Crown Prince of Yugoslavia, the King of Tonga, the Crown Prince of Thailand, Princess Lalla Meryem of Morocco and Prince Mohammed bin Nawaf bin Abdulaziz Al Saud of Saudi Arabia.


Sumber : The Telegraph

Saturday, May 19, 2012

Dinner Malam Nie dan Selamat Malam

19.05.2012, Sabtu - Inilah dinner Syah malam nie tetapi gambar yang Syah share nie bahan-bahannya sahaja.  malam nie Syah masak spinach Wantan Mee Sup with Vegetable.  Biasalah ini jer lah style masakan Syah. Cuma hari nie Syah letakkan Mee Wantan berperisa Bayam sebab tu dia bewarna hijau.  Memang lapar sebab lunch Syah tak makan kerana busy buat kerja office kat rumah.  Sebelum makan Syah ambil buah betik dahulu dan minuman pula Milo O panas. Cakap pasal Panas nie ............. memang panas sungguh hari nie, dah lah siang tadi panas dan hujan sedikit sebelah petang dan malam nie rasa berbahang panasnya walaupun dah pasang kipas dan buka tingkap kat MBS Mini Royal Library Syah nie.  By the way rumah Syah tak guna air cond sebab Syah tak suka air cond dan hendak berjimat bil elektrik.  Cukuplah air cond kat office yang sejuk gila ada masanya tu ............Tetapi kalau ada air cond kat rumah  best gak exspecially bila keadaan macam nie, panas betul dan berlengas (berpeluh dan melekit) rasa badan.  Ok lah semua, letih sungguh rasanya dan Syah hendak berehat dan mungkin akan tertidur ............. hehehehhe.  Selamat malam semua dan have sweet dreamsssssssssss............

Tuanku Azlan Terima Sumbangan Daripada Penaja-Penaja Bagi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-21

19.05.2012, Sabtu - Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahi-lah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis peenajaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-21.  Tuanku yang juga merupakan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia telah berkenan menerima sumbangan daripada wakil-wakil penaja.  Kelihatan Tuanku Azlan menerima sumbangan sebanyak RM300,000.00 daripada Astro yang disampaikan oleh Pengurus Besar Astro Arena, Mr Darren Althofer.  Kejohanan ini akan berlangsung di Ipoh, Perak bermula 24 Mei hingga 03 Jun 2012.

Sumber :- Bernama

Raja Perlis Hadiri Majlis jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat

19.05,2012, Sabtu - Hari ini Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia  Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail telah berkenan menghadiri Majlis Jamuan Teh "Kasih Rakyat Menjunjung Daulat" sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Perlis ke-69.  Majlis yang diadakan di Taman Ular Sungai Batu Pahat ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perlis YAB Dato' Seri Isa Sabu. Kelihatan Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan sumbangan bernilai RM174,360 yang berupa geran Pengurusan Pemulihan dalam Komuniti (PDK) kepada Felda Chuping melalui wakilnya.

Sumber :- Bernama.

Busy @ Rawang Residence

19.05.2012, Sabtu - Salam semua dan apa khabar.........Maaf syah tak dapat nak update banyak blog hari ini dan esok kerana Syah sedang busy buat kerja office kat rumah.  Ada payment yang perlu disediakan untuk peserta SL1M atau Skim Latihan 1 Malaysia seramai 131 orang.  Syah terpaksa masukkan data-data mereka dalam format yang disediakan.  pagi tadi kemas depan rumah dan basuh kereta dan terus Syah mulakan kerja sambil breakfast kat MBS Mini Royal Library Syah @ Rawang Residence.  Sekarang jan 14:41hrs dan Syah sudah solat dan tak lunch cuma ambil Herbalife sahaja sebab dah dekat sebulan tak minum benda nie dan stock ada lagi. Nak masak tak sempat dan petang nanti Syah nak lari sekejap ke Pekan beli barang sebab my Sister nak datang rumah esok.

Esok pula sambung kerja nie dan ada appointment dengan TM Staff untuk betulkan line phone Syah.  Memang busy weekend nie, Adoiiiiiiiiiiiii................... Ok Syah nak sambung kerja semula..... jumpa lagi yer.

Friday, May 18, 2012

Pameran Foto Bersama Malaysia-Brunei di Istana Negara Lama

18.05.2012, Jumaat - Satu lagi pameran telah diadakan di Istana Negara Lama, Pameran Foto Bersama Malaysia-Brunei 2012 bermula hari ini 18.05.2012 hingga 15.06.2012.  Majlis perasmian diadakan petang tadi  oleh Timbalan Ketua setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rothiah Omar di Istana Negara Lama.  Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Datuk Paduka Ibrahim Abdul Rahman.  Dalam masa yang sama Pameran Raja kita sedang berjalan dan akan berakhir juga pada 15.06.2012 ini. Marilah kita beramai-ramai ke Istana Negara Lama dan jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi menyaksikan kedua-dua pameran yang sedang berlangsung ini.


Objektif pameran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia dan Brunei menerusi kaedah komunikasi visual dan pengedaran bahan-bahan bacaan.  Tujuannya meningkatkan kefahaman rakyat  tentang sisten Diraja dan hubungan dua hala antara negara. iannya juga untuk meluaskan pengatahuan rakyat berkenaan peranan dan tanggungjawab institusi Raja-Raja Melayu di kedua-dua negara.  Pameran foto bersama ini merupakan kali keuda diadakan di Malaysia dan pertama kaliiannya diadakan pada tahun 2009 yang diadakan di Malaysia kemudiannya Brunei pada 01-07 Februari 2009 (Malaysia) dan 15-17 Disember 2009 (Brunei).

Sumber : Bernama / KPKK

Frame Agong Siap Dah & Mohana Mohariff dapat AMP

18.05.2012, Jumaat -  Sampai sahaja ke Stesyen KTM Rawang petang semalam Syah terus bergesas ke D Three Eight Solution (kedai Melayu) untuk collect frame gambar rasmi Yang di-Pertua Agong dan Raja Permaisuri Agong yang Syah tempah hari tu.  Actually, the day before Syah ke kedai ini tetapi sudah tutup dan nasib baik hari nie mereka masih buka lagi.  Selepas bayar ballance RM30.00 sebab Syah dah bagi deposit RM50.00 hari tu, Syah minta kakak nie bungkuskan frame tu sebab Syah informed dia Syah naik bas.  Ok lah tak susah sangat nak bawa dia dalam bas dan selamat tiba di Rawang Residence cuma belum gantung sahaja lagi. 

By the way saja nak share hari nie kat office semua cerita mengenai Puan Mohana Mohariff, one of our GM kat floor Syah nie menerima pingat Ahli Mahkota Perlis sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-69 tetapi bukan menerimanya semalam dan akan menerimanya dalam majlis yang akan diadakan tak lama lagi di Istana Arau, Perlis.  By the way tahniah Puan Mohana Mohariff diatas anugerah ini.

Thursday, May 17, 2012

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Perlis Berjalan Lancar

17.05.2012, Khamis - Istiadat Penganugerhan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Perlis yang ke-69 berjalan lancar di Balairong Seri Istana Arau, Arau Perlis hari ini.  Dalam titahnya, Tuanku percaya konsep "Rakyat Didahulukan, Pancapaian Diutamakan" yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia bukan sesuatu yang retorik tetapi janji harus dikotakan. Baginda berharap agar penjawat awam mengamalkan budaya kerja cemerlang, berintegriti dan mesra rakyat. Baginda juga mahukan rakyat menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada pergolakan diantara kaum sebagai satu iktibar kepada semua.

Kelihatan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.  Tan Sri merupakan salah seorang daripada 316 orang penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin.

Sumber :- Bernama

Tengku Mahkota Pahang Rasmikan Hari Muzium Antarabangsa

17.05.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billh telah berkenan merasmikan sambutan Hari Muzium Antarabangsa di Muzium Negara.  Sambutan Hari Muzium ini berlangsung selama empat hari mulai hari ini.  Turut mengiringi Tengku Mahkota Pahang adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Tak silap Syah jika mengikut jadual, Tuanku Sultan Pahang yang sepatutnya merasmikan sambutan Hari Muzium Antarabangsa ini tetapi hari ini baginda telah diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang untuk majlis perasmian.  Tak pasti pula Syah apa sebabnya.

Sumber ;- Bernama

Berlian Kepunyaan Ratu Marie de Medici Dilelong Dengan Harga RM30.2juta.



17.05.2012, Khamis - Berlian kepunyaan Permaisuri King Henri IV dari Perancis iaitu Ratu Marie de Medici yang dinamakan "Beau Sancy" yang berusia 400 tahun telah dilelong pada harga RM30.2juta atau USD9.7 juta dalam satu jualan lelong anjuran Sotheby  di Geneva pada 16.05.2012. Berlian berbentuk buah pir seberat 34.98 karat ini dipakai oleh mendiang sewaktu pertabalan suaminya dan beliau pada 1610.   Potrait diatas adalah Ratu Marie de Medici dengan pakaian rasmi pertabalan dan diatas mahkotanya terletak permata "Beau Sancy". Berlian ini berasal dari India.  Dari Perancis berlian ini bertukar tangan ke England, Belanda dan terakhir sekali ke Purssia sebelum ianya dijual semula.  Lelongan ini telah menarik minat pembida dari Amerika Utara, Eropah dan Asia tetapi pihak Sotheby enggan mendedahkan maklumat pengenai pembelinya. Siapalah yer agaknya yang berminat untuk membuat pelaburan ini?  Kalau dari Asia tentunya kita dapat mengagak siapa pembelinya kan?

Hari Keputeraan Raja Perlis

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah
kepada

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 

Raja Negeri Perlis dan Segala Jajahan Takluknya
Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69

DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Sembah Takzim Daripada
Maharum Bugis Syah