29.05.2012, Selasa - Mahkota
yang sentiasa menjadi hiasan di jembala Baginda Queen Elizabeth II yang digunakan ketika baginda menghadiri Istiadat Pembukaan Parlimen semenjak tahun pertama
pemerintahannya pada 1952 hingga kehari ini akan dipamirkan untuk tatapan umum
sempena sambutan Jubli Intan 60 tahun pemerintahan Baginda Queen Elizabeth II. Imej baginda memakai mahkota ini juga boleh dilihat
pada stem pos dan wang kertas serta duit siling pound. Mahkota
ini akan dipamirkan di Buckingham Palace.
Mahkota yang dihiasi dengan mutiara dan 1,333 butir berlian termasuk batu-batu
bewarna kuning kelabu empat karot. Berlian-berlian ini disusun dalam bentuk
bunga ros, “thistle” dan “shamrock” yang merupakan lambang bagi England,
Scotland dan Ireland. Mahkota ini direka khas untuk pertabalan King
George IV pada 1821 dengan kos ketika itu sebanyak 8,000.00 pounds sterling.
Mahkota
ini kemudiannya diwarisi oleh Baginda
Queen Victoria sekitar 1837 yang mana imej baginda mengayakan mahkota ini boleh
dilihat dalam gambar atau lukisan baginda. Terdapat juga imej baginda menggunakan
mahkota ini dalam setem pos pada awal pemerintahan baginda. Mahkota ini bertukar tangan dari satu
generasi ke generasi keluarga Diraja Britain yang lain seperti Queen Alexandra,
Queen Mary dan Queen Elizabeth I sebelum dimiliki oleh Baginda Queen Elizabeth
II. Jika anda ke London dalam waktu terdekat ini bolehlah melawat pameran ini
yang akan berlangsung pada 30 Jun hingga 08 Julai dan 31 Julai hingga 07
Oktober 2012
Sumber :-Mail Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.