Tunku Mahkota Johor Buat Kenyataan Di Twitter Berhubung Isu Bidaan Nombor Pendaftaran WWW 1
29.05.2012, Selasa - Ekoran daripada berjaya memiliki nombor pendaftaran WWW 1 dengan bidaan RM 520,000.00, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dilemparkan dengan berbagai tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu sebagai menggunakan duit rakyat untuk membayar bidaan berkenaan. Sehubungan dengan itu, Putera sulung baginda yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim membuat kenyataan di twitter berhubung isu ini dan terjemahnya dalam Bahasa Malaysia seperti berikut :-
- "Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. kamu boleh bertanya mana-mana MB atau pegawai Kerajaan berkenaan kenyataan saya ini. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.