Wednesday, May 23, 2012

Katil Peraduan Sultanah Johor, DYMM Sultanah Fatimah

23.05.2012, Selasa - Ini adalah katil tempat peraduan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultanah Fatimah, Sultanah Johor. Sultanah Aminah merupakan isteri kepada Sultan Abu Bakar, Sultan pertama Johor era moden. Sultanah Aminah merupakan wanita berbangsa Cina dari suku kantonis dan nama asalnya adalah Wong Ah Gew dan setelah memeluk Islam Almarhumah menggunakan nama Fatimah binti Abdullah.  Almarhumah dilantik sebagai Sultanah Johor pada 1886 dan mangkat pada 1891. Gambar ini Syah ambil pada tahun 2010 sewaktu melawat Istana Besar Johor Baharu.  Istana ini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan kecuali jika ada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Johor iannya akan ditutup kepada umum. Buat masa ini ianya ditutup sementara waktu untuk lawatan kerana kerja-kerja pengubahsuaian.

Berbalik kepada cerita mengenai katil ini, iannya ditempah khas di England lebih kurang pada tahun 1860 untuk kegunaan Almarhumah. Keseluruhan katil ini diperbuat daripada kayu jati dan dihiasi dengan ukiran indah.  Setiap ruang ukirannya dihiasi dengan ukiran corinthian  dan sebutir bintang bersama bulan sabit.  Dinding dibahagian kepalanya pula didatangkan dengan ukiran mahkota Johor. Bahagian kaki pula diukir dengan dua panel Jata Negeri Johor dibawah ukiran bulat bermotifkan pokok lada hitam dan gambir manakala kakinya berbentuk bulat.

Sumber :- Muzium Istana Besar Johor Baharu

1 comment:

  1. Confuse pula, mana satu betul ni, Sultanah Fatimah ke sultanah Aminah?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.