22.05.2012, Selasa - Petang semalam Syah di KL Residence sebab my brother Muss hendak celebrate belated birthday Syah. Semalam dia belanja Steamboat kat area KL Residence kami. Syah sampai hampir jam 19:00hrs dan Muss & Cd fetch Syah di LRT Melati sebelum ke kedai makan tu. Memang kenyang gila............... makan secara buffet, tetapi makanan berminyak Syah tak ambil.
Sampai rumah jew terus jenguk kucing kesayangan Syah Hamster. Syah keluarkan dia sekejap dari sangkar dan main-main dengan Hamster. Lama tak jumpa dia. Hamster nie kucing Syah tetapi Syah letak di KL Residence sebab Muss ada dua ekor lagi kucing dan bolehlah mereka berkawan. Hamster stay dalam sangkar manakala Noami dan Blackie dilepaskan dalam rumah dan tidur sekali dengan Muss dalam biliknya. Untung kucing-kucing hitam dua ekor tu tidur dalam bilik air-cond ............. Heheheh
Nielah dia dua budak hitam yang Syah cakap tadi tu satu ekor pendek satu ekor panjang. Satu namanya Noami dan seekor lagi Blackie. Mereka nie kucing Muss dan Cd. Depa nie pun manja dengan Syah dan ada masanya main-main dengan Syah. Gambar nie Syah ambil sebelum pergi kerja pagi tadi. By the way kucing-kucing nie kami tak lepaskan kan luar dan hanya berada dalam rumah sahaja dan sekali sekala sahaja dilepaskan itupun kena tambat bawa dia jalan-jalan depan rumah. Paling jauh mereka berjalan bila mandikan dialah, we all hantar ke kelinik haiwan / kedai haiwan.
Inilah dia birthday present daripada my beloved brother Muss Yang depan tu baju t-shirt yang dia baru beli masa ke Cherating minggu lepas tak silap Syah. By the way thankx Muss atas cenderahati nie, really appreciate it.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.