17.05.2012, Khamis - Istiadat Penganugerhan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Perlis yang ke-69 berjalan lancar di Balairong Seri Istana Arau, Arau Perlis hari ini. Dalam titahnya, Tuanku percaya konsep "Rakyat Didahulukan, Pancapaian Diutamakan" yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia bukan sesuatu yang retorik tetapi janji harus dikotakan. Baginda berharap agar penjawat awam mengamalkan budaya kerja cemerlang, berintegriti dan mesra rakyat. Baginda juga mahukan rakyat menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada pergolakan diantara kaum sebagai satu iktibar kepada semua.
Kelihatan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Tan Sri merupakan salah seorang daripada 316 orang penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.