Tuan Yang Terutama Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud dan Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng dalam Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
03 Mac 2014, Sabtu :-
Tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tan Sri Abdul Taib Mahmud diatas perlantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 menggantikan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng , S.M.N., D.P., S.P.M.P., S.P.D.K., D.U.P.N., D.U.N.M., P.C.D. yang telah menamatkan perkhidmatannya semalam. Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng dilantik buat pertama kalinya sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 02 April 1977 hingga 01 April 1991. TYT kemudiannya dilantik semula untuk kali kedua pada 05 Disember 2000 untuk tempoh 4 tahun dan bermula tahun 2000, tempoh lantikan TYT disambung semula sehingga 2014 seperti berikut :-
- Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 05 April 1977 hingga 01 April 1981
- Dilantik semula pada 05 Disember 2000 selama tempoh 4 tahun;
- Dilantik semula pada 05 Disember 2004 selama tempoh 2 tahun;
- Dilantik semula pada 05 Disember 2006 selama tempoh 2 tahun;
- Dilantik semula pada 05 Disember 2008 selama tempoh 1 tahun;
- Dilantik semula pada 05 Disember 2009 selama tempoh 2 tahun;
- Dilantik semula pada 05 Disember 2011 selama tempoh 2 tahun; dan
- Dilantik semula pada 05 Disember 2013 sehingga 28 Februari 2014
Pagi tadi telah diadakan Istiadat Menandatangani Watikah Perlantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri, Kuching, Sarawak. Istiadat bermula jam 11:00hrs dimana Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membacakan watikah perlantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selepas menandatangani watikah perlantikan, TYT Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah jawatan dihadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.
TYT Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilahirkan pada 21 Mei 1936 dan merupakan anak sulong daripada 10 adik beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub. TYT sebelum ini merupakan Ketua Menteri Sarawak ke-4 dan dilantik ke jawatan berkenaan mulai 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub. Setelah hampir 33 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak akhirnya TYT meletakkan jawatan pada Februari lepas. TYT pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Undang-Undang di Universiti Adlaide.
TYT menceburi bidang politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966. Selepas memenangi kerusi Parlimen Samarahan pada 1970, TYT dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Pos dan Komunikasi (1970), Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Pertahanan (1978), Pemangku Menteri Luar (1979) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980). TYT meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuaan pada 09 Mac 1981 kerana bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sebandi. TYT memenangi kerusi berkenaan tanpa bertanding dan dilantik pula sebagai Menteri Tanah dan Perlombongan negeri sehinggalah dilantik sebagai Ketua Negeri pada 26 Mac 1981.
TYT berkahwin sebanyak dua kali. Isteri pertama TYT, Allahyarhamah Puan Sri Laila Taib merupakan seorang wanita keturunan Poland telah meninggal dunia setelah hidup bersama selama 50 tahun pada 29 April 2009 akibat kanser. Hasil perkahwinan ini, TYT dikurniakan dua putera dan dua puteri serta 15 orang cucu. Pada 18 Disember 2010, TYT berkahwin sekali lagi dalam usia 74 tahun dengan Puan Sri Ragard Kurdi Taib yang merupakan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun ketika itu. Perkahwinan kali kedua ini belum dikurniakan lagi sebarang cahayamata.
Al-Fatihah ........ Allahyarhamah Puan Sri Laila Taib
Sumber :- Bernama / Wikpedia / Pej Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu / PERKIM
1 comment:
Maaf saudara. Dalam gambar pertama tersebut tiada Tun Datuk Patinggi Abang Hj Muhammad Salahuddin hadir semasa istiada angkat sumpah tersebut. Yang berada dalam foto tersebut ialah Ketua Menteri Sarawak yang baru Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem.
- sekadar berkongsi -
Post a Comment