31 Mac 2014, Isnin :-
Hari ini telah diistiharkan sebagai Hari Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam. Sehubungan dengan itu telah diadakan Majlis Istiadat Pemasyhuran Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman sempena Hari Adat Istiadat 2014. Majlis disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman 2014 telah dianugerakan buat pertama kalinya kepada Ayahanda Sultan Brunei, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam.
Majlis yang diadakan di International Convention Center, Berakas turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat Diraja Brunei Darussalam.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment