18 Mac 2013, Selasa :-
Pada 18 Mac 1960, Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan buat pertama kalinya telah diadakan di Kuala Lumpur selama empat hari yang disertai oleh sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pertandingan ini merupakan inisiatif Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman untuk meningkatkan syiar Islam dan pembangunan rohani umat Islam. Pertandingan diadakan pada bulan Ramadhan dan dijadikan acara tahunan. Pada mulanya pertandingan membaca al-Quran menjadi amalan tradisi di beberapa negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Pada 05 September 1947, PEKEMBAR telah menganjurkan pertandingan ini di peringkat negeri Johor, manakala Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman pernah mengadakan pertandingan tersebut di negeri Kedah pada tahun 1951 dan kemudiannya menganjurkannya di antara negeri Kedah dan Johor pada tahun 1959. Nama pertandingan ini telah ditukarkan kepada Musabaqah Membaca al-Quran sebelum ditukar kepada Majlis Tilawah al-Quran. Semenjak tahun 1981, Ia telah diadakan di luar bandar Kuala Lumpur dan di luar daripada bulan Ramadhan.
Sumber : Arkib Negara
No comments:
Post a Comment