Hari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah berkenaan menziarahi ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 di Hotel Everly, Putrajaya. Keberangkatan tiba Tuanku dan rombongan ke Hotel Everly lebih kurang jam 11:50hrs disambut oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri AsehChe Mat.
Kelihatan Tuanku Ahmad Shah bersalaman dengan Selamat Omar, 60 yang merupakan bapa kepada Mohd Khairul Amri Selamat salah seorang penumpang pesawat MH 370. Tuanku Ahmad Shah memaklumkan kepada keluarga penumpang MH370 bahawa usaha-usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan dan berharap agar kaum keluarga terlibat bersabar.
Hari ini merupakan hari ke-10 pesawat penerbangan MAS - MH370 Kuala Lumpur - Beijing didapati hilang pada pagi Sabtu 08 Mac 2014 dan usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 buat masa ini tertumpu pada koridor Utara dan Selatan. Koridor Utara melitupi kawasan utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Syah mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat dan mudahan-mudahan usaha mencari dan menyelamat MH370 dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Amien.
Sumber : BH Online
No comments:
Post a Comment