Wednesday, October 31, 2012

PKDK Buat Kenyataan Berhubung Isu Penyamaran Sebagai Kerabat Diraja Kedah

31.10.2012, Rabu - Semalam Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Dato' Tunku Zainol Rashid Tunku Yahya membuat kenyataan akhbar dipejabatnya berhubung isu kes penyamaran 13 Individu yang berusia 38 hingga 61 tahun sebagai anggota kerabat diraja Kedah dan menmganjurkan Majlis Perlantikan Ahli Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia Diraja (Pakim Diraja).  Kejadian yang berlaku pada 23 Oktober lepas disebuah hotel di Pulau Pinang melibatkan beberapa orang lelaki berbangsa Cina yang mengaku sebagai kerabat diraja Kedah. Menurut  Dato' Tunku Zainol Rashid, pihaknya mengambil masa yang lama untuk mengadakan sidang akhbar berhubung isu ini kerana tidak mahu menggangu siasatan pihak polis.  

Dalam kenytaannya semalam, Dato' Tunku Zainol Rashid menyatakan suspek utama yang berbangsa Cina  berusia 40-an itu tidak ada kaitan langsung dengan kerabat diraja Kedah.  Malahan katanya, plat pendaftaran dengan lambang PKDK dan Pakim Diraja yang tertera perkataan pengerusi itu tidak sah dan palsu. Tambah beliau lagi, PKDK percaya bahawa ada "orang dalam" PKDK sendiri bersubahat dengan suspek-suspek yang ditahan sehingga suspek-suspek berkenaan berani menyamar sebagai kerabat diraja Kedah dan menganjurkan majlis berkenaan serta secara tidak langsung memperdayakan orang ramai.  Kelihatan Dato' Tunku Zaionol Rashid menunjukkan lambang PKDK yang asli disebelah kiri manakala dikanan pula adalah lambang palsu yang digunakan oleh suspek berkenaan.

Sumber :- Harian Metro

Aktiviti Hari Ini

31.10.2012, Rabu - Hari nie Syah cuti dan bawa Kak Lang Ella dan Ku Chick jalan-jalan manakala Firdaus ada kelas Hari Khamis nie Syah akan balik ke Rawang dan kira minggu nie last day Syah di Residensi Kak Lang Ella coz hubbynya akan balik dari menunaikan haji Jumaat ini.  Insyallah. kami keluar rumah hampir jam 10:00hrs.
Sampai jew Masjid jamek Syah call anak saudara Syah Haziq dan Syah ajak dia lunch sama-sama.  Dia suruh kami ke pejabat dia dan kami singgah jap dan lunch di Food Court Bursa Malaysia dan kemudiannya lepak kejap di Starbucks Menara Maybank.  Sebelum tu sempat bank-inkan duit belanja Ayahanda di Maybank. Dari Mayabank kami singgah Mydin sekejap sementara Haziq balik kepejabat dia.
Dari Mydin kami naik bas rapid go KL ke Bukit Bintang dan kemudiannya transit ambil bas ke KLCC.  Hehehe nak jimat kos naik bas percuma walaupun jauh sedikit perjalanannya. Macam biasa sampai jer kami solat jap kat surau dan kemudiannya window shopping exspecially temankan Kak Lang Ella ke make-up counter tengok-tengok barang pompuan dia. Lepas tu Ku Chick lapar dan kami ke KFC.



Kami balik ke Ampang jam 18:00hrs dan masa tu hujan sedikit dan kami redah jew.  On the way balik kami beli jambu batu dan makan sambil jalan balik rumah. Sampai rumah mandi dan solat asar.  Lepas tu bawa Ku Chik ke kelinik sebab dia kena demam selsema, asik berhingus dan bersin sahaja. On the way ke kelinik dan balik tadi hari hujan.  Lepas ke kelinik bawa dia kekedai mamak makan roti canai dan Syah minta dia makan ubat.  Dia makan separuh jer roti canai tu dan Syah habiskan separuh. Ok lah semua kepala Syah pula rasa pening dan asik bersin.  Mungkin nak selsema juga kot? lagipun kena hujan tadi, maklumlah Syah nie senang sangat tak sihat.   Jap lagi nak keluar bawa Firdaus, Kak lang dan Ku Chick  makan sebab Kak Lang Ella tak masak malam nie. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry yea?............. byeeeeeeeeee


Raja Isteri Diraikan Oleh Majlis Wanita Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Puja Usia Baginda

31.10.2012, Rabu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah diraikan oleh Majlis Wanita Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Puja Usia (Birthday) KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri yang ke-66.  Turut serta mengiringi KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat-kerabat diraja perempuan lainnya. Majlis diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Barakas ini dihadiri oleh 700 orang ahli Majlis Wanita Brunei Darussalam dan persatuan-persatuan dibawah naungannya.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Monday, October 29, 2012

Princess Madeliene of Sweden Bertunang

29.10.2012, Isnin - Pada 25.10.2012 lepas Princess Madeleine yang merupakan puteri bungsu kepada pasangan Raja dan Permaisuri Sweden His Majesty King Carl XVI Gustaf dan Her Majesty Queen Silvia telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berketuruna US-British, Chris O'Neil. Princess Madeleine yang berusia 30 tahun dalam kenyataannya yang dikeluarkan melalui  website pihak Istana memaklumkan bahawa mereka sangat gembira dan berbesar hati kerana telah bertunang. Princess Madeleine juga memaklumkan bahawa perkahwinan mereka akan berlangsung pada musim panas tahun hadapan.  Walau bagaimanapun tiada tarikh rasmi dikeluarkan berhubung majlis berkenaan.

Pasangan ini bertemu di New York dimana Princess Madeleine menetap semanjak April 2010 selepas putus tunang dengan seorang peguam dari Stockholm.  Punca putus tunang itu dikaikan dengan isu tidak setia kepada Princess Madeleine. Di New York, Princess Madeleine bertugas di Yayasan Kanak-Kanak Sedunia (World Childhood Foundation) yang merupakan sebuah badan amal untuk membantu anak-anak terpinggir yang ditubuhkan pada tahun 1999 oleh bondanya, HM Queen Queen Silvia. O'Neil pula berusia 38 tahun merupakan rakan kongsi Noster Capital yang mempunyai pejabat-pejabat di New York dan London.

Menurut pasangan ini, O'Nell telah melamar Princess Madeleine pada awal Oktober lepas setelah mendapat restu daripada Ayahanda Princess Madeline.  Mereka merancang untuk menetap di New York buat ketika ini.  Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini diatas ikatan pertunangan mereka.  Semuga ikatan ini akan berakhir kejinjang pelamin.

Sumber ;- Royalty nu

He Royal Highness Princess Mary of Denmark Kemalangan

29.10.2012, Isnin - Her Royal Highness Crown Princess Mary of Denmark dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan minggu lepas. Ketika kejadian, Princess Mary sedang memandu kenderaan SUV bersama dua orang puteri baginda didaerah Stebro, Copenhagen dan tiba-tiba dilanggar oleh penunggang basikal wanita.  Menurut saksi ditempat kejadian, wanita berkenaan seolah-olah hilang kawalan dan melanggar Land Rover yang dipandu oleh Princess Mary. Wanita berkenaan melanggar bahagian pintu penumpang ketika kenderaan berkenan membelok ke kanan. Istana Diraja dalam kenyataannya memaklumkan Princess Mary dan dua orang puterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.  Pihak istana juga memaklumkan bahawa Princess Mary telah menghubungi wanita berkenaan untuk bertanyakan khabar.  Keluarga Diraja Denmark juga akan menanggung segala kos baik pulih basikal wanita berkenaan.

Kebanyakan Kerabat Diraja Denmark sering terlibat dalam kemalangan dan dikaitkan dengan isu memandu melebihi had laju yang dibenarkan.  Suami Princess Mary sendiri iaitu  His Royal Highness Crown Prince Federik of Denmark terkenal dengan sikap suka memandu laju dan sering disaman atas kesalahan melebihi had laju. Baginda dan adindanya juga pernah mengalami kemalangan yang dasyat di Perancis ketika remaja dan dapat diselamatkan. Tabiat buruk mereka ini telah menyebabkan bonda mereka, Her Majesty Queen Margrethe II of Denmark berasa susah hati dan telah mengenakan syarat-syarat yang ketat untuk memandu bagi putera-putera baginda.

Sumber : Examiner online

Salam Semua

29.10.2012, Isnin - Salam semua dan apa khabar. Maaf lately kurang updates dari Syah sebab busy dengan tugas-tugas dipejabat dan bila dirumah Syah sudah penat ataupun ada masanya Syah bawa balik kerja. Insyallah Syah akan cuba cari ruang untuk update tengkusyah.blogspot.com.

Saturday, October 27, 2012

Raja Ahmad Zaki Raja Hidran Mangkat

27.10.2012, Sabtu - Al-Fatihah ....... Takziah diucapkan kepada keluarga Raja Nur Jannah Hidran, seorang kerabat diraja Perak diatas pemergian kekandanya Allahyarham Raja Ahmad Zaki yang telah mangkat pada pagi Khamis bersamaan 25.10.2012 iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lepas.  Jenazah telah diterbangkan dari Kota Kinabalu, Sabah pada jam 13:40hrs dan kemudiannya dibawa ke Bukit Chandan untuk dimakamkan.  Jenazah dimakamkan pada Subuh Aidiladha semalam.  Kelihatan bonda Allahyarham, Mak Engku Rehan atau Yang Mulia Raja Rehan binti Raja Yaacub yang berusia 80 tahun sedang menyiram air mawar dipusara Allahyarham anakandanya.  Turut serta menziarahi jenazah adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah.

Allahyarham yang berusia hampir 55 tahun itu diputerakan pada 19.11.1957.  Allahyarham sebelum ini bertugas di Turkenistan dan telah kembali semula ke Malaysia setelah disahkan mengidap kanser.  Allahyarham menetap di Sabah kerana berkahwinan dengan orang Sabah dan telah membeli sebuah rumah disana.  Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham Raja Ahmad Zaki bin Raja Hidran semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber :- Raja Nur Jannah Hidraf FB

Kesihatan Syah dan Aktiviti Semalam

27.10.2012, Sabtu - Salam dan Selamat Pagi, apa khabar anda semua pagi nie?.  Syah harap anda dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan.  Syah macam biasalah tak berapa sihat sedikit, sedikit sahaja lah, biasalah masalah sembelit dan buang air kecil tu ada masanya berlaku dan Syah pun ada kalanya tak tahu nak buat macam mana.  Apa-apapun hidup harus diteruskan dan kita jangan sangat fikirkan pasal kesakitan, kena kawal emosi kata Dr supaya sakit tu tak terbawa-bawa, maksudnya yang tak sakitpun akan sakit nanti sebab kita asik fikir pasal kesakitan............ Insyallah.  By the way semalam dan hari nie Syah akan sambung kerja pejabat dirumah dan jika ada hal tangguh dulu dan sambung kemudiannya.  Itulah kelebihan buat kerja dari rumah kerana kita ada banyak masa dan boleh adjust masa tu dan yang penting target mesti dicapai.

Bye the way semalam Syah beraya di Residensi Kak Lang Ella di Ampang.  Mula-mulanya Syah nak pakai baju melayu tetapi Kak Lang Ella suruh anak-anak dia dan Syah pakai jubah dan kebetulan Jubah tu hubby dia, Azam kirim daripada Mekah dan sampai beberapa minggu yang lepas.  So semualah kena pakai jubah tu...Hehehehehhe.  Kami Solat Sunat Aidiladha  di Masjid Al-Ubudiah, Taman Tasik Tambahan berhampiran Residency Kak Lang Ella. 


Balik dari dari Solat Sunah Aidiladha, inilah juadah ringkas kami di pagi Raya nie, Ada Kuah Kacang Campur Daging. Rendang Ayam, Ketupat dan Kuih Kasui serta Teh Panas.  Kuih kasui memang favourate Syah sebab dia lembut, Syah makan sedikit ketupat dan rendang ayam tetapi rendang ayam tu Syah basuh sebab nak hilangkan rempahnya.  Kena jaga sedikit coz Syah baru operation buasir hari tu kan. Kuih sate tu Syah ambil satu jer dagingnya buat merasa jew .......... 


Dah Raya jatuh hari Jumaat dan biasalah ada dua khutbah hari nie, pertama masa solat sunat aidiladha dan kedua solat jumaat.  Lepas siapkan sedikit kerja-kerja Syah, kami ke Masjid semula untuk solat jumaat.  Lepas solat jumaat kami singgah minum kat restoran sebelum balik rumah.  Kak lang Ella tanya mengapa lambat balik? hehehe.minum dulu.  Lepas tu Syah sambung buat kerja.  Hampir Maghrib Razak and family datang dan kemudiannya kami beraya ke rumah Pak Cik Manan kat area sini juga. Balik dari rumah pak cik manan tu Syah sambung kerja hinggalah rasa mengantuk dan tidur.  Pagi nie nak sambung kerja semula.  

Ok lah semua, hingga berjumpa lagi dilain Entry..........

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Datang Keluarga Baru MBS

26.10.2012, Jumaat - Salam dan Selamat Pagi Serta Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com.  Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog Syah nie.  Sekarang nie jam 06:33hrs dan Syah baru selesai solat subuh dan sekejap lagi hendak bersiap untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Ubudiah di Ampang Tasik Tambahan.  Kak Lang Ella pula sedang sibuk memanaskan rendang dan kuah kacangnya didapur. Since malam tadi Syah di Residensi Kak Lang Ella dan macam biasa Syah bawa balik kerja untuk disiapkan padi hari ini, Sabtu dan Ahad.  Senang sedikit buat dirumah coz kita boleh aturkan waktu kerja mengikut kesesuaian kerana kita ada 24 jam sehari maksudnya tak dapat buat pagi kita buat petang dan kita boleh sambung semula pada sebelah malamnya dan taklah membazir waktu perjalanan dan kos pengangkutan ke pejabat. By the way Syah nak kongsi bersama anda semua mengenai keluarga baru kami di Maharum Bugis Syah.  Pada 19.10.2012 lepas adik sepupu Syah, Ain melahirkan anak sulung lelakinya manakala semalam pula anak saudara Syah Hafis dapat anak sulung perempuan pula.  Dalam bulan nie sahaja Syah dapat anak saudara baru dan cucu saudara baru yang comel-comel ............ ha dah bercucu yek? means dah jadi atuk saudara ........Hehehehehe ............................

By the way pada kedua-dua keluarga baru Maharum Bugis Syah, Uncle dan Atuk yang "hendsome" nie  berdoa agar anak-anak semua menjadi anak yang solleh dan berjasa kepada kedua ibubapa dan menjadi kebangaan keluarga.

Ini adalah Baby Boy Ain dan Amirie



















Ini adalah baby girl Hafis dan Mastura








Thursday, October 25, 2012

Wanita Cina Yang Koyakkan Gambar Mendiang Putera Norodom Sihanouk DIhantar Pulang Ke China

25.10.2012, Khamis - Gara-gara sikap kurang ajar seorang seorang wanita berbangsa Cina yang bertugas sebagai pengurus di kilang pakaian Top World, Phnom Penh   mengundang padah pada dirinya sendiri.  Pada Isnin lepas Wang Zia Cho yang berusia 43 tahun telah merampas dua keping gambar dari seorang pekerja dan mengoyakkannya kerana marah dengan perbuatan pekerja berkenaan yang asik melihat gambar tersebut dan mengabaikan tugasnya. Gambar berkenaan merupakan gambar Mendiang Bekas Raja Kambodia, Putera Norodom Sihanouk yang mangkat di Cina pada 15.10.2012 lepas dalam usia 89 tahun. Sekarang ini Kambodia sedang berkabung diatas kemangkatn ini.  Ekoran daripada peristiwa ini, beratus-ratus pekerja kilang berkenaan tidak puas hati dan hampir berlakunya rusuhan. 

Tidak sampai 36 jam insiden ini berlaku, Wang Zia Cho telah didakwa di Mahkamah dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara satu tahun atas kesalahan melakukan kerosakan secara sengaja.  Walau bagaimanapun hukuman berkenaan dibatalkan dan beliau akan dihantar pulang ke Cina dengan serta merta dan dikenakan membayar denda sebanyak 2.5 juta riel (USD625.00).   Dimahkamah, beliau meminta maaf atas apa yang dilakukannya dan tidak menyangka gambar yang diambil dari pekerjanya itu adalah Mendiang Putera Norodom Sihanouk.  Terdahulu beliau telah dipaksa untuk meminta maaf secara terbuka kepada Mendiang Putera Norodom Sihanouk di kuil diraja.  Beliau juga telah dipecat daripada jawatannya.

Mendiang Putera Sihanouk merupakan individu yang paling dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Kambodia. Nasib baik insiden ini berlaku di Kambodia dan jika iannya berlaku di Thailand,  Wang Zia Cho mungkin menghadapi tindakan undang-undang yang ketat dibawah undang-undang lese  majeste dimana rakyat akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat jika menghina Raja dan Keluarga Diraja Thailand.  Di Kambodia tidak ada ungang-undang seperti itu dan kes-kes seumpama ini jarang-jarang berlaku di Kambodia. 

Sumber :- Royaltynu/Khemrization

TAK DAPAT UPDATE BLOG

25.10.2012, Khamis - Salam Semua dan Syah minta maaf tak dapat sumbangkan any update  lunch nie coz busy dengan kerja.  Esokpun Syah akan bawa sebahagian kerja-kerja Syah balik ke rumah.  Jumpa lagi yer........

Wednesday, October 24, 2012

ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN PAHANG KE-82

DAULAT  TUANKU

Merafak Sembah Menyembahkan Ucapan Setingi-tinggi Tahniah 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang)

Sultan dan Raja Pemerintah Bagi Negeri Pahang Darul Makmur Serta Segala Jajahan Takluknya

Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-82 tahun pada Hari ini 24 Oktober 2012 (Rabu) bersamaan 08 Zulhijjah 1433 Hijrah.

Sembah Takzim Daripada


MAHARUM BUGIS SYAH

Sila Click Entry Syah sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-81 tahun lepas.

Tak Kerja Semalam

24.10.2012, Rabu - Sekarang jam dua belas dua puloh sembilan pagi dan Syah belum tidur lagi.  Actualy semalam 23.10.2012 .................. heheheh geli hati plak tetapi kena sebut semalam sebab tarikh dan berubah dari 23 kepada 24. Semalam Syah cuti dan balik ke Rawang Residence dan petangnya pula tiba-tiba Syah sakit bila hendak buang air kecil.  Terus Syah tunggu bas ke kelinik di Pekan Rawang dan macam biasalah "infection".  Tak tahulah memang keadaan Syah ada kalanya macam tu tetaapi bukan Syah buat perkara yang bukan-bukan seperti hubungan sex dan sebagainya. Memang selalu kena kencing kotor dan Dr minta minum air banyak.  Sekarang sudah hendak ok dah.  Balik dari kelinik tadi Syah singgah ke Pasar Tani kat Batu 16 beli makanan dan kemudiannya balik ke Rawang Residence.  Malam tadi Syah dinner lewat hampir jam 10malam kerana nak makan ubat.  Tak boleh makan awal kerana 1st time makan ubat jam 17;00hrs tadi.  Macam biasalah menu Syah sayur-sayuran.  Oklah semua Syah hendak tidur nie coz esok kena bangun jam 05:00hrs.  Selamat Malam Semua.

Selamat Pengantin Baru Crown Prince Guillaume dan Countess Stephaine

24.10.2012, Selasa - Tahniah diucapkan kepada pewaris tahta pertama Luxembourg, Crown Prince Guillaume yang melangsungkan perkahwinannya dengan Belgian Countess Stephaine de Lannoy di Catherdal of our Lady of Luxembourg pada Sabtu lepas 20.10.2012. Majlis ini dihadiri oleh jemputan khas yang terdiri daripada kerabat-kerabat Diraja dan para kenamaan dari seluruh dunia terutamanya dari Eropah. Pengantin perempuan keihatan anggun dengan busana pengantin dari Eli Saab yang digayakan dengan "train" sepanjang empat meter atau 13 kaki dengan tudung sutera tulle dengan hiasan bermotif bunga perak. Para hadirin bertafakur seketika sebagai menghormati kemangkatan bonda Stephanie de Lannoy pengantin perempuan iaitu Countess Alix de Lannoy pada Ogos lepas.

Majlis Perkahwinan yang diraikan selama dua hari ini menelan kos sebanyak 500,000 euros termasuk konsert percuma, persembahan jalanan dan pertunjukan bunga api untuk warga Luxembourge. Prince Guillaume berusia 30 tahun dan Stephanie de Lannoy berusia 28 tahun merupakan pasangan popular di negara masing-masing dan baru-baru ini dilihat di London menyaksikan sukan Olimpik 2012 yang berlangsung pada July dan Ogos lepas. Prince Guillaume merupakan Leftenan Kolonel Pasukan Tentera Luxembourg dan terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan di negara-negara luar termasuk Nepal. Stephanie de Lannoy pula berminat bermain piano dan biola, berenang, ski dan gemar membaca dan menyatakan beliau membaca tiga buah buku sekaligus.

Stephanie de Lannoy boleh berbahasa Perancis dan Jerman tetapi tidak boleh mengusai bahasa Luxembourg yang dipanggil Luxembourgish dan beliau sedang berusaha untuk mengusai bahasa berkenaan.  Beliau juga dikatakan akan melepaskan kerakyataan Belgium beliau bagi membolehkannya menggunakan gelaran Grand Duchess of Luxembourg .

Luxembourg merupakan sebuah negara kecil tetapi kaya serta makmur walaupun masalah ekonomi melanda Eropah sekarang ini.  Luxembourg pernah dikuasai oleh Sepanyol, Perancis dan Austria serta mencapai kemerdekaan dari Belanda pada 1839 tetapi kehilangan setengah dari wilayahnya kepada Belgium. Negara ini juga merupakan pusat kewangan penting dan merupakan pengeluar keluli terbesar didunia.  Luxembourg merupakan negara kedua didunia yang mempunyai produk tertinggi dalam negara kasar per kapita lebih daripada £ 50,000.  Penduduknya berjumlah 510,000 orang dan di ibu negaranya sahaja mempunyai 80,000 penduduk dengan 120,000 peluang pekerjaan. Sebab itulah 43% penduduk Luxembourg merupakan warga asing.

Sumber :- Mail Online

Tuesday, October 23, 2012

Sultan Brunei Hadiri Majlis Konvokesyen KUPU SB

23.10.2012, Selasa - Hari ini Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Bagawan atau KUPU SB Kali ke-2.  Majlis Konvo ini telah berangsung di Brunei International Convention Center, Bandar Seri Bagawan.  KUPU Terletak di KM2, Jalan Raja Isteri, Bandar Seri Bagawan ini ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan 20.01.2007.  KUPU SB telah dinaik taraf daripada Maktab Perguruan Ugama kepada kepada Kolej Universiti atas titah perintah Sultan Brunei dengan harapan agar KUPU SB menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan negara, memenuhi keperluan negara dan bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar. Pada awal 2007, KUPU SB telah memulakan pengajiannya dalam program-program seperti :-


  • Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin),
  • Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah),
  • Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Usuluddin),
  • Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Syariah),
  • Diploma Perguruan Ugama (Usuluddin),
  • Diploma Perguruan Ugama (Syariah) dan
  • Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah.

  • Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/KPU SB

    DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Sampaikan Titah Dalam Persidangan MAIPK

    23.10.2012, Selasa - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan  berangkat menyampaikan titah ucapan dalam Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-181. Persidangan yang diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.

    Sumber :- Bernama

    Monday, October 22, 2012

    Barangan Kemas Pusaka Diraja Ghana Yang Hilang Dijumpai

    22.10.2012, Isnin - Pihak berkuasa Norway pada Jumaat lepas 19.10.2012 dalam kenyataannya memaklumkan bahawa  Barang kemas Pusaka Diraja Ghana milik Ketua Kaum Ashanti, His Royal Highness King Otumfuo Osei Tutu II yang hilang baru-baru ini telah ditemui ekoran penangkapan dua suspek minggu lepas. Hasil dari tangkapan terhadap suspek di  Stockholm's Arlanda airport itu telah menjumpai empat objek yang diperbuat daripada emas yang mana dua daripadanya adalah sebahagian daripada barang kemas pusaka diraja Ghana yang dilaporkan hilang di Lobi Hotel Radission Blue Plaza. Pada hari Jumaat lepas juga pihak berkuasa Oslo mengeluarkan nama dan gambar dua orang suspeck berhubung kes ini.

    Marcia Veronica Valerio atau Maria Elena Ayma Ludena telah dikenalpast melalui rakaman litar tertutup hotel berkenaan ketika melakukan jenayah ini manakala rakannya Jose Oblitas Vidarte Nonteza ditangkap kerana bersubahat. Pihak polis dalam kenyataanya juga memaklumkan bahawa kedua-dua tertuduh telah ke Sweden dua hari selepas melakukan jenayah berkenaan dan adalah mustahil mereka akan berada lama di negara berkenaan.  Tahniah diucapkan diatas usaha murni pihak berkuasa Norway yang membawa kepada penangkapan kedua-dua tertuduh yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah kecurian barang kemas pusaka diraja Ghana ini.

    Sila Click Entry Syah berhubung kehilangan barangan kemas ini :-

    Sumber :- AFP

    Sunday, October 21, 2012

    Sultan dan Sultanah Pahang Hadiri Majlis Perkahwinan Anak ADUN Pulau Manis

    21.10.2012, Ahad - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan YB Khairuddin Mahmud yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Pekan, Pahang.  Turut serta dalam majlis ini adalah anak Bugis yang amat kita kasihi iaitu Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.  Majlis diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

    Sumber :- Bernama

    KLCC, Pavi dan BB Plaza Hari Nie


     21.10.2012, Ahad - Hari ini Syah buat kerja office di Residensi Kak Lang Ella dan lepas siap kerja Syah, Kak Lang Ella, Firdaus, Ku Chick dan Haziq jalan-jalan ke Bukit Bintang Plaza, Pavillion dan KLCC dan Maghrib tadi baru kami sampai kerumah.  Hari nie kepala Syah sakit sedikit dan selepas ambil panadol soluble masa makan kat KFC tadi baru lega sedikit.  Haziq belanja kami KFC di KLCC  manakala Kak Lang Ella dan Firdaus belanja ice cream Baskin Robbin di Pavi.  Breakfast pagi tadi Tosei dan Roti Canai dan Syah pula yang belanja.

    Dari Residensi Kak Lang Ella kami naik bas hingga KLCC dan kemudian naik bas Rapid Go KL yang percuma tu untuk ke Bukit  Bintang.  Lepas puan berjalan, dari Bukit Bintang kami naik bas Go KL juga tetapi tersalah bas dan turun berhampiran di LRT Sentral  market dan ambil bas Go KL yang lain untuk ke Bukit Bintang semula  dan kemudian dari Bukit Bintang kami naik bas Go KL yang betul ke KLCC.  On the way balik tadi hujan renyai-renyai.  Dari KLCC tadi Haziq terus balik ke rumahnya di Kampung Baru. hari nie best disebab kan kami lima orang kebanyakan masa kami naik bas we all dapat seat kosong kat belakang bas yang boleh memuatkan 5 orang sekali kecuali masa balik tadi kami duduk berasingan kerana seat dah penuh.

    Terima Kasih Haziq, Kak Lang Ella dan Firdaus belanja Syah hari nie. Ok lah semua Syah nak berehat sekejap dan hingga berjumpa lagi dilain Entry............. Byeeeeeeeeeeeeeee

    Sultan Pahang Rasmikan Penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar

    21.10.2012, Ahad - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah  telah berkenaan mencemar duli merasmikan penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar di Bandar Diraja Pekan, Pahang. Sebelum penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Sultan Ahmad, Pekan ini dikenali sebagai Muzium Daerah Pekan.  Muzium ini digunakan untuk mempamerkan kebudayaan dan sejarah tempatan disamping bertujuan memberi pengatahuan kepada umum berkenaan kebudayaan Pahang dan tempat simpanan monumen lama.  Kelihatan   Tuanku Ahmad Shah berkenan memasang plag logo Muzium Sultan Abu Bakar sebagai simbolik perasmian Penjenamaan muzium ini.  Selepas majlis perasmian, Tuanku Sultan Ahmad Shah telah berkenan mencemar duli melawat galeri pameran yang ada di muzium ini.

    Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billh, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar dan Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail.

    Sumber :- Bernama

    Saturday, October 20, 2012

    Perdana Menteri Vietnam, Laos dan Kemboja Menziarahi Jenazah Mendiang Putera Norodom Sihanouk

    20.10.2012, Sabtu - Semalam kebanyakan pemimpin-pemimpin dari Asia Tenggara telah berangkat ke Kambodia atau Kemboja untuk penghormatan terakhir kepada Bekas Raja Kambodia, Mendiang Putera Norodom Sihanouk yang mangkat akibat serangan jantung pada Isnin lepas bersamaan 15.10.2012 di Beijing, Cina dalam usia 89 tahun.  Perdana Menteri Vietnam, Laos dan Thailand telah menziarahi jenazah mendiang dan menghabiskan masa kira-kira  15 minit di Istana Diraja Kemboja dimana jenazah diletakkan.  Mereka merupakan pemimpin negara asing yang pertama menziarahi jenazah mendiang Putera Norodom Sihanouk semenjak jenazah mendiang dibawa pulang ke Kemboja dari China Rabu lepas. 

    Jenazah akan diletakkan di Balairong Seri Istana berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat menziarahi mendiang sebelum Istiadat Permakaman dengan penuh adat istiadat diraja Kambodia diadakan. Kelihatan Perdana Menteri Viatnam, Nguyen Tan Dung memberi ucapan takziah kepada  permaisuri mendiang, Princess Monique atau Queen Mother of Cambodia. Manakala gambar diatas kelihatan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra sedang duduk dihadapan keranda mendiang untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mendiang. Proses mengawet jenazah Mendiang sedang dijalankan oleh pakar-pakar dari Cina dan Kambodia sebelum ianya dipamirkan kepada umum untuk penghormatan terakhir. Buat masa ini keranda yang menyimpan jenazah Mendiang masih lagi tertutup.

    Sumber :- AFP



    Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Selamat Tiba Di Madinah

    20.10.2012, Sabtu - Shukur Alhamdulillah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun serta rombongan telah selamat sampai ke Madinah jam 15:10hrs waktu Arab Saudi bersamaan jam 20:10hrs waktu Malaysia malam tadi.  Seri Paduka Baginda berdua berangkat ke Arab Saudi melalui KLIA jam 10:45hrs semalam. Keberangkatan tiba Seri paduka Baginda berdua dan rombongan di Lapangan Terbang Putera  Mohammad Abdul Aziz disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Gabenor Madinah Putera Abdul Aziz serta Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Omar Mohamad Al Saggaf.  

    Malam tadi Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan menunaikan solat sunat di Masjid Nabawi dan ziarah ke Makam Nabi Muhammad S.A.W  selepas menunaikan solat Isyak.  Mengikut jadual,  Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan akan berangkat ke Jedah sebelum ke Kota Makkah bagi menunaikan umrah pada hari ini.  Pada hari Isnin pula Seri Paduka baginda berdua akan  berangkat melawat Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah serta mengadakan perjumpaan dengan jemaah haji dari Malaysia.  Seri paduka baginda berdua dan rombongan akan berwukuf pada Khamis hadapan bersama-sama tiga juta umat Islam dari seluruh dunia yang mengergakan ibadah haji tahun ini.

    Syah mendoakan agar Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah serta rombongan disihatkan tubuh badan dan dilindungi Allah sentiasa supaya dapat menunaikan ibadat haiji dengan sempurna dan mendapat haji yang Mabrur. Amin

    Sumber :- Bernama / kosmo

    Friday, October 19, 2012

    Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Berangkat Menunaikan Fardu Haji.

    19.10.2012, Jumaat - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah selamat berangkat menunaikan fardu haji.   Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan berlepas menaiki pesawat melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA.  Pesawat berlepas pada jam 10:45hrs.  Turut serta menunaikan fardu haji bersama Seri Paduka Baginda berdua adalah Tunku Temenggong Kedah, YTM Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh, Toh Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Arif, Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, YTM Tunku Dato’ Seri Soraya dan suami YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah. 

    Turut mengucpkan selamat jalan kepada Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak.  Sebelum berangkat, kedengaran sebanyak 21 das tembakan meriam kedengaran diudara diikuti oleh lagu Kebangsaan, Negara Ku.

    Sumber :- Bernama

    Thursday, October 18, 2012

    Komuter Ada masalah Teknikal Hari Nie

    18.10.2012, Khamis - Hari nie Syah memang busy dengan kerja dan rasa nak muntah dan sakit kepala hari ini sebab belum habis lagi kerja Syah dan kena minta buat benda lain plak? Heheheheh ada-ada jer tetapi tak apalah, kalau tak ada dugaan bukan kerja namanya cuma yang menduga tu janganlah lebih-lebih sangat ..................... hehehhehe. Pagi tadi Syah lambat  masuk kerja kerana komuter ada masalah landasan tergelincir di Stesyen Putra.  Memang train bergerak lambat dan teramat lambat dan terpaksa berhenti di Stesyen Kepong dan terpaksalah kami tunggu train lain dengan menyeberang menggunakan jejantas ke platform lagi satu.  Terlepas dua train dan yang ketiga baru Syah dapat naik. Beginilah keadaan stesyen KTM yang penuh sesak pagi tadi.

    Masa balik tadi pun sama juga dan kerja-kerja baik pulih tak siap sepenuhnya dan naik letih dalam keratapi. Nasib baik dapat naik last bus jam  lapan setengah malam ke Rawang Residence,  On the way balik tu hujan lebat.  Dalam bus dengar seorang kakak nie informed Syah yang dia akan naik bas esok pagi sebab kerja-kerja baikpulih tak siap lagi.  Dia tahu sebab dia tanya KTM.  Lepas buka pintu Rawang Residence, Syah keluar ke kedai beli mee segera dan wade sebab malas nak masak kat wet kitchen Syah tu.  Hujan-hujan nie takut pula ada benda lain pula nanti sebab dapur tu kat ruang belakang rumah Syah. Syah tak jadi ke pasar malam kerana hujan lebat dan confirmed tak banyak gerai.  Ok ah Syah hendak bobok (tidur)...hehehhhehe........ Sehingga berjumpa lagi. Selamat Malam Semua ....................

    Sultan Pahang Saksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Kuantan Waterfront Resort City

    18.10.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayyatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Kuantan Waterfront Resort City yang akan dibina di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Kuantan Waterfront Resort  City yang berlangsung di Hotel The Zenith, Kuantan ini adalah diantara Kerajaan Negeri Pahang yang diwakili oleh Menteri Besarnya, Dato' Seri Adnan Yaakob dan Newston International Group Sdn Bhd diwakili CEOnya Dato' Zailan Abdul Ghapar. Projek ini bernilai RM1.6 bilion yang akan dibangunkan diatas tanah seluas 500 ekar  dan akan menjadi tarikan destinasi pelancongan terbaru dan paling menarik di negeri Pahang.

    Sumber :- Bernama

    Maaf Tak Dapat Update Blog

    18.10.2012 - Maaf Semua, Waktu Lunch nie Syah tak dapat update blog kerana ada kerja yang harus diselesaikan coz esok depa buat system maintenance dan Isnin nie pula account closing.  So Sorry Semua, Insyallah malam nanti Syah update blog. Hingga berjumpa lagi ............. Selamat Menjamu Selera Semua.

    Wednesday, October 17, 2012

    Balik Rawang Residence Hari Nie

    17.10.2012, Rabu - Hari nie Syah balik ke Rawang Residence dan sampai lepas Maghrib.  Sampai rumah sahaja hujan rintik-rintik. Syah nampak depan rumah jiran ada longokan pokok yang telah ditebang bersebelahan kereta Syah. Dalam hati kata, siapalah tebang pokok nie? Masuk rumah tak ada elektrik dan rupanya "automatik" off dan Syah on kan balik. Biasanya perkara nie berlaku jika ada guruh yang kuat.   Lepas  letak beg, Syah kekedai beli sayur dan tiba-tiba Makcik Indian Muslim tu tegur Syah dan informed semalam hujan dan ribut tersangat kuat dan ada pokok tumbang.  Barulah Syah tahu ribut rupanya.  Syah nampak signboard Taman kami yang diperbuat dari besi tu boleh bengkok dan patah.  Bayangkan betapa kuatnya angin tu.  Perkara seperti ini memang ada masanya berlaku kat kawasan Rawang Residence Syah.  Insyallah pokok-pokok dan kereta Syah berada dalam keadaan baik seperti tak ada apa-apa berlaku.  Shukur Alhamdulillah berkat doa Syah setiap kali selepas solat dimakbulkan Allah supaya rumah-rumah dan kediaman Syah sentiasa dilindungi.  Terima kasih Ya Allah.

    On the way balik dari kedai, Mak Cik yang tegur Syah tu tadi bagi Syah bubur kacang dan dia informed itu makanan kegemaran aruah anak lelakinya yang telah meninggal dunia pada tarikh 18/10 iaitu esok.  Sedih dengar dia cakap macam tu.  Syah ucapkan terima kasih dan dia kata tak payah pulangkan bekas tu.  Lepas balik dari kedai Syah solat dan kemudian masak mee sayur macam biasa tue. Disebabkan bekalan elektrik terputus, perkara yang membimbangkan Syah peti ais dan barang-barang dalamnya.  Dah diduga lantai basah bertakung dengan air petisejuk yang mencair.  Terpaksalah Syah mop lantai tu dan untung barang-barang dalam peti sejuk tak rosak sebab tak ada elektrik tu petang semalam.

    Oklah Syah hendak berehat dahulu sebab penat rasanya hari nie dengan kerja office dan masalah-masalah bayaran yang harus di selesaikan.  Isnin nie account dah closing dan banyak yang perlu diuruskan. Selamat malam semua dan have a nice dream ................

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Akan Mengerjakan Ibadat Haji

    17.10.2012, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun akan berangkat menunaikan fardhu haji pada hari Jumaat ini. Hari ini  Tuanku telah menerima kunci ambulans daripada Pengarah Urusan Kumpulan Westar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.  Ambulan berkenaan adalah sumbangan syarikat Westar Maxus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia di Arab Saudi. Tuanku Abdul Halim sendiri akan menyerahkan ambulan ini kepada pihak Tabung Haji di Mekah nanti. Turut serta menyaksikan penyerahan kunci ambulan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail.

    Malam tadi pula Seri Paduka Baginda berdua telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk baginda berdua yang akan menunaikan Fardu Haji. Majlis diadakan di Istana Negara ini turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.  Syah mengucapkan Selamat Menunaikan Fardhu Haji kepada Seri Paduka Baginda Berdua Semuga Mendapat Haji Yang Mabrur dan dilindungi Allah Sentiasa.  Amin.
    Sumber ;- Bernama

    Tuanku Abdul Halim Terima Mengadap Pasukan Bola Sepak ATM

    17.10.2012, Rabu - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap 16 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 27 pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia  yang akan bertempur Sabtu ini di pusingan akhir Piala Malaysia. Tuanku Abdul Halim meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra dengan pemain-pemain bolasepak ATM di Istana Negara, Kuala Lumpur. Turut serta adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.  Tuanku Abdul Halim merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.  Dalam majlis ini, Tuanku Abdul Halim telah dihadiahkan jersi pasukan bola sepak ATM yang akan digunakan dalam perlawanan akhir berkenaan. Pasukan ATM akan bertemu pasukan dari negeri Timbalan Yang di-Pertuan Agong iaitu Kelantan. Sama-samalah kita saksikan nanti siapakan juara bagi musim kali ini.   

    Sumber :- Bernama

    Tuesday, October 16, 2012

    King Bhumibol Adulyadej Zahirkan Kesedihan Baginda Berikutan Kemangakatan Mendiang Putera Norodom Sihanouk

    16.10.2012, Selasa - Raja Thailand, His Royal Majesty King Bhumibol Adulyadej yang merupakan seorang Raja yang paling lama berada diatas tahta didunia telah menghantar ucapan takziah baginda kepada rakan sejawatnya His Majesty King Norodom Sihamoni berikutan kemangkatan Mendiang Putera Norodom Sihanouk.  Baginda telah menzahirkan rasa sedih dan dukacita baginda terhadap kemangkatan Mendiang Putera Norodom Sihanouk.  Ucapan takziah baginda ini disampaikan oleh Ketua Setiausaha Peribadi baginda seperti berikut :- 
    • "The Queen and I have learnt with deepest sorrow of the demise of His Majesty the King Father Norodom Sihanouk of Cambodia," 
    • "We would like to share with Your Majesty and all the Members of the Royal Family as well as the people of the Kingdom of Cambodia our profound feelings of sadness, and to extend our heartfelt sympathy and condolences for this great loss to your country and people,"
    Sumber : - MSN News

    Raja Kambodia Sampai Ke China Untuk Membawa Pulang Jenazah Ayahandanya

    16.10.2012, Selasa - Raja Kambodia His Majesty King Norodom Sihamoni dan Perdana Menteri Hun Sen selapa tiba di Beijing pada petang Isnin lepas untuk membawa pulang jenazah Mendiang Ayahandanya yang merupakan bekas Raja Kambodia, Putera Norodon Sihanouk.  Keberangkatan tiba baginda dan Perdana Menteri disambut oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan Cina termasuk Menteri Luar Cina, Yang Jiechi.  Kelihatan HM King Norodom Sihamoni dalam keadaan bersedih dengan kemangkatan mendiang Ayahanda baginda.

    Sumber :- Royaltynu

    Raja Muda Perlis Menerima Mengadap Duta Poland di Malaysia

    16.10.2012, Selasa - Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan menerima mengadap Duta Poland ke Malaysia, Prof Dr Adam Waclaw Jelonek di Istana Arau, Arau, Perlis. Turut serta adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

    Sumber :- Bernama

    Hari Ini

    16.10.2012, Selasa - Selamat tengahari semua dan apa khabar dah lunch ke belum.  Ingatkan hendak lunch macam biasa kat gerai young tau foo tetapi bahan yang Syah biasa ambil tu tak ada lalu Syah ambil sayur dan tempe untuk lunch. Dari pagi semalam Kak Lang Ella Residency tak ada air dan petang semalam air ada tetapi kecil dan tak naik ke tangki dan kami terpaksa mandi pakai air direct paip melalui getah.  Pagi tadipun sama juga, entahlah bila agaknya tangki tu nak penuh ataupun mungkin ada masalah lain tersumbat ker?  Kak Lang pun tak tahu nak buat macam mana kerana selama nie husband dia jer yang buat semua benda dan sekarang dia menunaikan ibadat haji di Mekah.  

    Malam tadi pula tikus masuk rumah dan kecoh dibuatnya dan Syah terpaksa bunuh tikus tu dan kemudiannya kemas rumah pula dan cuci lantai tempat tikus tu mati.  Alamak............. macam-macam hal lah pulak. Ok lah semua Syah gtg dan hingga berjumpa lagi dilain entry..........

    Jenazah Raja Kambodia Akan DiLetakkan Di Istana Diraja Untuk Penghormatan Terakhir Selama Tiga Bulan

    16.10.2012, Selasa - Kemangkatan Bekas Raja Kambodia Preah Karuna Preah Bat Sâmdech Preah Norodom Sihanouk Preahmâhaviraksat atau lebih dikenali dengan panggilan Putera Norodom Sihanouk  hari ini dalam usia 89 tahun akibat serangan jantung di Beijing merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Kambodia tetapi diseluruh dunia. Syah berasa sedih dengan berita yang mendukacitakan ini tetapi kita harus menerimanya kerana itu sudah suratan takdir, yang hidup pasti akan mati. Pada tahun 2004, mendiang telah turun dari tahta Kemboja atas alasan faktor usia yang lanjut dan keadaan kesihatan yang tidak memuaskan  dan memberi laluan kepada puteranya sebagai  Raja Kemboja yang baru.

    Mendiang diputerakan pada 31.10.1922 di Phnom Penh dan merupakan putera kepada  Norodom Suramart dan Sisowath Kossamak. Mending mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Phnom Penh dan pendidikan menengah di Saigon atau sekarang dipanggil Bandar Ho Chi Minh sebelum melanjutkan pelajaran di sekolah tentera di Samur, Perancis. Mendiang pernah mendapat pengiktirafan "Guinness Book of Record" sebagai ahli politik yang menjawat pelbagai jawatan politik. Mendiang dilantik sebagai Raja Kambodia pada 23.04.1941 sewaktu berusia 18 tahun selepasa kemangkatan datuk sebelah bonda mendiang, His Majesty King Sisowath Monivong. Ada menyatakan perlantikan mendiang sebagai raja adalah atas pengaruh pihak Perancis yang menjajah Kembodia ketika itu. 

    Pada 02.03.1955, mendiang telah turun tahta bagi memberi laluan kepada ayahandanya menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kemerdekaan Kambodia dan selepas kemangkatan ayahandanya, mendiang dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi tidak menggunakan gelaran Raja.  Pada 1970, ketika mendiang berada di luar negara, mendiang telah disingkirkan dari jawatannya dan hidup dalam buangan di Beijing. Pada 1975, mendiang menjadi ketua negara sementara Pol Pot.  Selepas hidup selama 13 tahun dalam buangan akhirnya mendiang kembali semula ke Kambodia pada 1991 dan pada 1993 mendiang dilantik semula sebagai Raja Kambodia.  Pada 2004 sekali lagi mendiang turun tahta disebabkan masalah kesihatan dan faktor usia.

    Mendiang berminat dalam bidang perfileman serta musik dan telah mengarah banyak filem dan mengubah muzik.  Mendiang merupakan salah seorang ketua negara yang mempunyai laman sesawangnya sendiri dan mendapat perhatian umum dengan lebih daripada seribu pelawat sehari.Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini Mendiang Putera Norodom Sihanouk banyak menghabiskan masanya di Negara China untuk mengubati pelbagai penyakit yang dialaminya seperti kanser, kencing manis dan tekanan darah tinggi .  Hubungan mendiang dengan China memang akrab semenjak dari dahulu lagi dan menganggap China sebagai rumah keduanya.  Mendiang mempunyai hubungan yang baik dengan Moa Zedong dan Zhou Enlai.

    Raja Kemboja His Majesty King Norodom Sihamoni dan  Perdana Menteri Hun Sen telah berangkat ke Beijing untuk mengeringi kererangkatan pulang jenazah mendiang. Jenazah dijangka tiba di pada hari Rabu dan akan diletakkan untuk penghormatan terakhir selama tiga bulan di dalam Istana Diraja sebelum istiadat permakaman dilaksanakan mengikut adat-istiadat Diraja Kambodia.  Masa tiga bulan yang diberikan adalah untuk memastikan agar rakyat Kambodia dapat melihat raja mereka buat kali terakhir.  Dianggarkan 100,000 orang akan menziarah dan memberi penghormata terakhir kepada mendiang. Semasa di China, baginda sentiasa ditemani oleh permaisurinya Princess Monique atau Queen Mother of Cambodia yang mempunyai darah campuran Perancis dan kambodia serta Pembantu Peribadi mendiang yang setia semenjak dari dulu lagi iaitu Putera isowath Thomico.  Mendiang Meninggalkan empatbelas orang cahayamata.