Pasangan ini bertemu di New York dimana Princess Madeleine menetap semanjak April 2010 selepas putus tunang dengan seorang peguam dari Stockholm. Punca putus tunang itu dikaikan dengan isu tidak setia kepada Princess Madeleine. Di New York, Princess Madeleine bertugas di Yayasan Kanak-Kanak Sedunia (World Childhood Foundation) yang merupakan sebuah badan amal untuk membantu anak-anak terpinggir yang ditubuhkan pada tahun 1999 oleh bondanya, HM Queen Queen Silvia. O'Neil pula berusia 38 tahun merupakan rakan kongsi Noster Capital yang mempunyai pejabat-pejabat di New York dan London.
Menurut pasangan ini, O'Nell telah melamar Princess Madeleine pada awal Oktober lepas setelah mendapat restu daripada Ayahanda Princess Madeline. Mereka merancang untuk menetap di New York buat ketika ini. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini diatas ikatan pertunangan mereka. Semuga ikatan ini akan berakhir kejinjang pelamin.
Sumber ;- Royalty nu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.