21.10.2012, Ahad - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan YB Khairuddin Mahmud yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Pekan, Pahang. Turut serta dalam majlis ini adalah anak Bugis yang amat kita kasihi iaitu Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.