22.10.2012, Isnin - Pihak berkuasa Norway pada Jumaat lepas 19.10.2012 dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Barang kemas Pusaka Diraja Ghana milik Ketua Kaum Ashanti, His Royal Highness King Otumfuo Osei Tutu II yang hilang baru-baru ini telah ditemui ekoran penangkapan dua suspek minggu lepas. Hasil dari tangkapan terhadap suspek di Stockholm's Arlanda airport itu telah menjumpai empat objek yang diperbuat daripada emas yang mana dua daripadanya adalah sebahagian daripada barang kemas pusaka diraja Ghana yang dilaporkan hilang di Lobi Hotel Radission Blue Plaza . Pada hari Jumaat lepas juga pihak berkuasa Oslo mengeluarkan nama dan gambar dua orang suspeck berhubung kes ini.
Marcia Veronica Valerio atau Maria Elena Ayma Ludena telah dikenalpast melalui rakaman litar tertutup hotel berkenaan ketika melakukan jenayah ini manakala rakannya Jose Oblitas Vidarte Nonteza ditangkap kerana bersubahat. Pihak polis dalam kenyataanya juga memaklumkan bahawa kedua-dua tertuduh telah ke Sweden dua hari selepas melakukan jenayah berkenaan dan adalah mustahil mereka akan berada lama di negara berkenaan. Tahniah diucapkan diatas usaha murni pihak berkuasa Norway yang membawa kepada penangkapan kedua-dua tertuduh yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah kecurian barang kemas pusaka diraja Ghana ini.
Sila Click Entry Syah berhubung kehilangan barangan kemas ini :-
Sumber :- AFP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.