27.10.2012, Sabtu - Al-Fatihah ....... Takziah diucapkan kepada keluarga Raja Nur Jannah Hidran, seorang kerabat diraja Perak diatas pemergian kekandanya Allahyarham Raja Ahmad Zaki yang telah mangkat pada pagi Khamis bersamaan 25.10.2012 iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lepas. Jenazah telah diterbangkan dari Kota Kinabalu, Sabah pada jam 13:40hrs dan kemudiannya dibawa ke Bukit Chandan untuk dimakamkan. Jenazah dimakamkan pada Subuh Aidiladha semalam. Kelihatan bonda Allahyarham, Mak Engku Rehan atau Yang Mulia Raja Rehan binti Raja Yaacub yang berusia 80 tahun sedang menyiram air mawar dipusara Allahyarham anakandanya. Turut serta menziarahi jenazah adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah.
Allahyarham yang berusia hampir 55 tahun itu diputerakan pada 19.11.1957. Allahyarham sebelum ini bertugas di Turkenistan dan telah kembali semula ke Malaysia setelah disahkan mengidap kanser. Allahyarham menetap di Sabah kerana berkahwinan dengan orang Sabah dan telah membeli sebuah rumah disana. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham Raja Ahmad Zaki bin Raja Hidran semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Raja Nur Jannah Hidraf FB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.