31.10.2012, Rabu - Hari nie Syah cuti dan bawa Kak Lang Ella dan Ku Chick jalan-jalan manakala Firdaus ada kelas Hari Khamis nie Syah akan balik ke Rawang dan kira minggu nie last day Syah di Residensi Kak Lang Ella coz hubbynya akan balik dari menunaikan haji Jumaat ini. Insyallah. kami keluar rumah hampir jam 10:00hrs.
Sampai jew Masjid jamek Syah call anak saudara Syah Haziq dan Syah ajak dia lunch sama-sama. Dia suruh kami ke pejabat dia dan kami singgah jap dan lunch di Food Court Bursa Malaysia dan kemudiannya lepak kejap di Starbucks Menara Maybank. Sebelum tu sempat bank-inkan duit belanja Ayahanda di Maybank. Dari Mayabank kami singgah Mydin sekejap sementara Haziq balik kepejabat dia.
Dari Mydin kami naik bas rapid go KL ke Bukit Bintang dan kemudiannya transit ambil bas ke KLCC. Hehehe nak jimat kos naik bas percuma walaupun jauh sedikit perjalanannya. Macam biasa sampai jer kami solat jap kat surau dan kemudiannya window shopping exspecially temankan Kak Lang Ella ke make-up counter tengok-tengok barang pompuan dia. Lepas tu Ku Chick lapar dan kami ke KFC.
Kami balik ke Ampang jam 18:00hrs dan masa tu hujan sedikit dan kami redah jew. On the way balik kami beli jambu batu dan makan sambil jalan balik rumah. Sampai rumah mandi dan solat asar. Lepas tu bawa Ku Chik ke kelinik sebab dia kena demam selsema, asik berhingus dan bersin sahaja. On the way ke kelinik dan balik tadi hari hujan. Lepas ke kelinik bawa dia kekedai mamak makan roti canai dan Syah minta dia makan ubat. Dia makan separuh jer roti canai tu dan Syah habiskan separuh. Ok lah semua kepala Syah pula rasa pening dan asik bersin. Mungkin nak selsema juga kot? lagipun kena hujan tadi, maklumlah Syah nie senang sangat tak sihat. Jap lagi nak keluar bawa Firdaus, Kak lang dan Ku Chick makan sebab Kak Lang Ella tak masak malam nie. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry yea?............. byeeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.