Thursday, November 14, 2013

Sultan Selangor Arah Henti Guna Kalimah Allah Dalam Bible, The Herald Versi Bahasa Melayu


14 November 2013, Khamis :-

Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dalam titahnya mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah dalam "Bible" dan penerbitan "The Herlad" versi Bahasa Melayu diberhentikan serta merta. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dikalangan umat Islam di Selangor. Baginda mahukan rakyat Selangor menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.  Titah baginda ini disampaikan melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais. 

Keputusan bahawa rakyat Selangor tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur terhadap larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam diambil oleh Tuanku Sultan Sharafuddin setelah mengadakan perundingan bersama Dewan Diraja Selangor pada 11 November 2013. Ianya juga dibuat berdasarkan peruntukan didalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembanan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Baginda juga menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan terhadap isu ini dan menjadikannya sebagai agenda politik mereka. Tuanku Sharafuddin juga berharap agar umat Islam besatu hati mempertahankan kesucian kalimah Allah ini dan menghalang sebarang usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahguna dan mengina kalimah Allah. 

Baginda juga mendoakan agar perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini terpelihara dan hidup aman damai, menghormati antara satu sama lain dan bertolak ansur.  

Sumber :- Bernama

No comments: