Thursday, November 28, 2013

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang Ke-86 Tahun Tuanku Abdul Halim


Tuanku Abdul Halim sewaktu remaja


28 November 2013, Khamis :-

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke-86 tahun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Syah mendoakan agar Tuanku dipanjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki dan Diberi Tahap Kesihatan Yang Baik agar dapat terus menerajui Malaysia sebagai Ketua Negara.   

Tuanku Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah dengan nama Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah.  Baginda merupakan putera kedua kepada Tuanku Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud. Kekanda kepada Tuanku Abdul Halim telah mangkat sewaktu kecil dan keadaan ini telah memberi laluan kepada baginda menjadi pewaris tahta.

Bonda kepada Tuanku Abdul Halim mangkat pada 1934 akibat kemalangan jalanraya ketika baginda berusia 7 tahun. Dalam kemalangan ini  Ayahanda baginda terselamat tetapi Ayahanda baginda telah kehilangan jari keempat di sebelah tangan kanannya. Tunku Sofiah meningglkan dua orang putera dan dua puteri iaitu Tunku Hamidah, Tuanku Abdul Halim, Tuanku Abdul Malik (Raja Muda Kedah) dan Tunku Sakinah.

Dirgahayu Tuanku.

Tuanku Abdul Halim bersama Ayahanda dan Bonda serta adinda-adinda baginda.

2 comments:

Anonymous said...

"Tuanku Abdul Halim diputerakan pada 28 November 2013 di Alor Setar, Kedah dengan nama Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah"

Syah, salah date tu..

Jouhar

tengkusyah said...

HEHEHEH .1927 SEBENARNYA, tq