Monday, November 11, 2013

Pengiran Muda Mahkota Brunei dan Isteri Menghadiri Majlis Mengadap dan Santapan Malam di Istana Negara


11 November 2013, Isnin :-

Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat ke Majlis Mengadap dan Santapan Malam di Istana Negara.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ke Istana Negara disambut oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Mejar Jeneral Dato' Md Tajri bin Alwi.  Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia kemudiannya menandatangani buku pelawat sebelum berangkat masuk ke Dewan Seri Negara. Sebelum majlis mengadap bermula baginda berdua kemudiannya menghadiri sesi bergambar bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.

Setelah Majlis Mengadap di Dewan Seri Negara selesai, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia  serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Dewan Seri Maharaja bagi Majlis Santapan Malam Diraja.

Sumber :- Pelita Brunei / Bernama

3 comments:

sirfa11111 said...

Kenapa Azwan Effendy Zairakithnaini bukan lagi sebagai Datuk Paduka Maharaja Lela dan digantikan Mejar Jeneral Dato’ Md Tajri bin Alwi ?

tengkusyah said...
This comment has been removed by the author.
tengkusyah said...

Salam Sirfa .......... Sebenarnya En Azwan adalah Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela. Perlantikan Mejor Jeneral berkuatkuasa mulai 15 Jun 2013. Tak silap Syah, Sebelum ini jawatan itu vacant.