13 November 2013, Rabu :-
Malam
tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran
Salleh Ab. Rahaman telah
berangkat dari Kuala Lumpur ke Johor Baru untuk melakukan lawatan rasmi ke
negeri Johor Darul Takzim. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang
Teramat Mulia serta rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambut
oleh Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
; Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ; Setiausaha Kerajaan
Negeri, Dato’ Hj Obet Tawil, pegawai-pegawai kanan pejabat SUK Negeri Johor, ahli-ahli Exco Johor serta Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei ke Malaysia, Dato
Paduka Hj Ishaaq Hj Abdullah dan isteri.
Di Johor, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia
menginap di Thistle Hotel, Jalan Sungai Chat, Johor Baharu, Johor.
Sumber :- Pelita Brunei
No comments:
Post a Comment