Friday, May 20, 2011

Raja Noor Jan Tetap Pertahankan Kedudukan Beliau Sebagai Pewaris Kesultanan Melaka dan Perak

20.05.2011, Jumaat - Bertindak daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam, hai ini Raja Noor Jan Shah Raja Tuah tetap mempertahankan kedudukan beliau sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak dari keturunan Raja Alang Abdul Rahman yang merupakan putera kepada Almarhum Sultan Perak ke-22, Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I atau Marhum Iti Kadullah @ marhum Durian Sebatang. Kenyataan berkenaan dibuat oleh Raja Noor Jan kepada Bernama.

Beliau memberikan contoh buku 'Tempat-Tempat Bersejarah Perak" terbitan Jabatan Muzium pada 1981 oleh N.A.Halim. Dalam buku berkenan menyatakan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851. Dalam mukasurat 55 ada dicatatkan Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Shaarifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda bernama Raja Loh (Sultan Yusoff Shariffuddin Muzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

Menurut Raja Nur Jan, terdapat kesilapan fakta dalam buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang anak bergelar Pandak. Menurut Raja Noor Jan, beliau bukannya hendak menegakkan benang basah tetapi menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

Entry Syah berhubung kenyataan PWKNP semalam :-

Fisioterapi Syah

20.05.2011, Jumaat - Selepas solat Jumaat tadi Syah naik ke office untuk makan meehon goreng yang Syah beli pagi tadi yang tak dimakan lagi coz Syah beli meehon tu tetapi makan lontong pula pagi tadi. Lepas makan Syah kemas barang-barang dan bertolak ke kelinik untuk buat fisio. Beginilah salah satu aktiviti fizikal semasa sesi fisioterapi yang Syah lakukan. Penat juga tetapi terpaksa buat coz hendak sihat. Yang dibawah tu Bun, Fisio yang attend Syah untuk sesi fisioterapi ini. Dia banyak membantu Syah menangani masalah yang Syah hadapi.

Shukur Alhamdulillah keadaan lutut Syah semakin pulih tetapi ada masa-masanya terasa sakit bila berjalan. Bun nasihatkan Syah supaya Syah tidak berjalan tanpa henti lebih daripada 15 minit. Bab naik tangga kena perlahan dan tak macam biasa kerana masih terasa sakitnya kalau Syah turun/naik tangga macam biasa. Solatpun Syah masih menggunakan kerusi kerana bila duduk antara dua sujud dan nak bangun ada terasa sedikit. So Syah tak boleh paksa pergerakan Syah macam biasa takut nanti keadaan bertambah buruk dan lambat sembuh.

Bun inform, bila berjalan sakit, dia minta Syah berhenti seketika dan jangan paksa jalan juga. Apa-apapun keseluruhannya Insyallah ia semakin pulih. Doakan Syah sembuh yer kawan-kawan semua.

Hari Jumaat Yang Busy

20.05.2011, Jumaat - Hari nie busy macam lipas kudung coz ada masalah mengenai pengeluaran Cheque. Actually dokumen tu diproses oleh colleague Syah, Kak Rose tetapi My Boss minta Syah buat follow-up. Cek tu kami hendak hari ini tetapi bila buat semakan dibahagian Global Cash Management cek yang berjumlah lebih RM600,000.00 tu tak ada dalam rekod mereka. Bila disemak dengan pihak Account Payble memang mereka tak proses lagi. Alamak masalah nie coz Our Big Boss En Moin macam marah jer.......... Alasan mereka staffnya cuti 3 hari dan tak proses walhal dah letak tag URGENT.

Macam mana depa nie buat kerja. Lepas tu mereka tanya mengenai approval untuk payment tu samada bahagian undang-undang sudah maklum atau tidak. Terus Syah bagi mereka cakap dengan my Boss, Dik Nor. Dahlah lambat lain pula yang dimintannya, mengapa masa terima dokumen dari pihak kami tempohari tak buat query. Coverline lah tu. Sebentar tadi jam 11:56 ada e-mail dari bahagian Cash Global Management inform Cek akan siap pada hari Isnin selepas jam 11:00hrs. Bolehpun ..................... By the way kalau tak ada masalah bukanlah kerja namanya kan? Kadangkala perkara sebegini memberikan kita pengalaman untuk menguruskannya jika berlaku lagi dimasa hadapan.

Masalah lain pula ada vendor tanya bayaran tak terima. Dia serahkan Invoice kepada usser dan usser tak serahkan kepada Syah Invoice berkenaan. Manalah Syah nak proses. Setelah dibuat semakan Invoice berkenaan tak boleh diprosespun kerana vendor terpaksa menyerahkan dua invoice kepada TM. Pertama Invoice Manual kepada Syah dan kedua E-Invoicing kepada pihak akaun kerana mereka SUS Vendor. Sekarang semua vendor yang didaftarkan sebagai SUS Vendor terpaksa menghantar Invoice mereka melalui E-Invoicing System. SUS tu stand for Supplier Self service.

Satu lagi masalah pagi nie mengenai vendor yang hendak datang betulkan kunci drawer kakitangan. Syah dah buat appointment dan dia datang semalam dan katannya hari nie sebelum jam 12:00hrs dia datang. Syah call tetapi katanya hari Isnin boleh, angin Syah dibuatnya dan Syah ingatkan yang dia janji hari ini. Dia kata ok dan letak telefon. Bila dia datang tadi, rupannya yang datang semalam dan hari nie pekerjannya dan no tu boss dia. Patutlah ada salah faham antara Syah dan orang yang Syah bercakap ditelefon tu. Akhirnya dipasang juga kunci tu sebelum jam 12:00hrs.

Petang nie pula Syah ada sessi terapi untuk lutut Syah. Isnin pula last day document submission untuk Invoice dan Direct AP bagi account closing for the month of May 2011. Syah kena siapkan juga Petty Cash claim dan input dalam sistem Isnin nie dan hantar dokumen tu ker PCKV sebelum jam 17:00hrs. Syah inform Dik Nor petang nie ada terapi dan siap tanya dia lagi Isnin ada tak dan dia kata ada. Buka apa kalau dia tak ada susah sebab tandatangan orang lain tak laku untuk dokumen itew.

Pagi tadi Syah keluar rumah macam biasa dan nampak lampu bilik Arip menyala. Hampir jam 06:30hrs Arip call inform yang Azrin hantar dia ke Bandar Rawang sebab dah lambat siap kerana sakit perut. Syah kata bas dah sampai dan Syah naik bas jer dan tak ikut mereka. Masa bas berpatah untuk keluar ke pekan Rawang Syah tak nampak kereta Azrin, means dah bertolaklah tu. Masa sampai KTM tak nampak Arip sebab masuk jer stesyenKTM, Komuterpun sampai dan cepat-cepat Syah masuk dan dapatlah duduk sampai KL. Tak pasti samada Arip naik bas atau komuter pagi nie. Shukur alhamdulillah sampai office jam 08:05hrs.

Sampai office singgah food court beli meehon goreng tetapi bila dah beli nampak pula lontong, terliur lak coz semalam makan lontong kat TMTC tapi tak sedap. Syah balik office dan turun semula ke food court untuk makan lontong campur begedil dan barli panas. Lontong tu RM4.00 dan air RM1.50. Meehon tu Syah akan makan selepas Solat Jumaat sebelum buat terapi nanti. Ok jumpa lagi dilain Entry...............

Thursday, May 19, 2011

Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak Mengadakan Sidang Akhbar Mengenai Kesahihan Dakwan Raja Noor Jan Shah Sebagai Waris Kesultanan Melaka dan Perak

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah


19.05.2011, Khamis - Hari ini Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) telah mengadakan satu sidang akhbar disebuah hotel di Ipoh, Perak mengenai Isu Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mendakwa beliau adalah pewaris kesultanan Melaka dan Perak. Iannya juga untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat atas dakwaan Raja Noor Jan itu semenjak tahun 2006. Dalam sidang akhbarnya, Setiausaha Kehormat PWKNP Raja Omar Ikram bin Raja Abdullah Omar menafikan dakwaan berkenaan dan berharap Raja Nor Jan Shah berhenti dari membuat dakwaan tersebut kerana iannya satu penipuan dan pemalsuan fakta.

Menurut beliau, PWKNP telah membuat siasatan dan kajian terhadap salahsilah (nasab) Sultan Perak ke-22, Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah 1, Marhum Iti Kadullah atau Marhum Durian Sebatang yang memerintah pada 1851-1857 dan didapati Raja Noor Jan tiada dalam nasab berkenaan. Raja Noor Jan mendakwa beliau waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda Sultan yang bernama Raja Alang Abdul Rahman. Baginda tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman sebaliknya anakanda baginda bernama Raja Pandak Abdul Rahman. Waris dan Keturunan Raja Pandak Abdul Rahman ada sehingga hari ini dan keturunannya menjadi anggota PWKNP.

Salahsilah Sultan Perak ke-22 juga menurut Raja Omar boleh dilihat daripada buku " A History of Perak" tulisan R.O.Winstedt dan R.J. Wilkinson yang ditulis pada tahun 1934 dan tiada dicatatkan nama Raja Alang Abdul Rahman sebagai salah seorang putera baginda. Raja Omar memaklumkan bahawa biro nasab PWKNP telah menyiasat saudara mara Raja Noor Jan yang berada di Kampung Raja dan Kampung Teluk Perang di Parit, Perak dan mereka telah mengaku bukan keturunan raja. Raja Omar yakin Raja Noor Jan telah memutar belitkan salahsilah Sultan Perak ke-22 bagi mengukuhkan dakwan palsu beliau.

Dengan penjelasan PWKNP ini, Raja Omar berharap agar semua pihak tidak lagi memberi layanan terhadap tuntutan Raja Noor Jan.

Tuanku Mizan Menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis

Kelihatan Tuanku Mizan, Timbalan Menteri Dalam Negeri (empat dari kiri) dan Ketua Polis Negara (lima dari kiri) bergambar bersama para penerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) - Gambar dari Bernama


Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menghadiri majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis yang telah diadakan di Istana Negara. Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Diantara yang menerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) pada hari ini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik PDRM, Datuk Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Robiah Abdul Ghani. Seramai 253 orang anggota polis menerima anugerah pada hari ini. 26 orang menerima darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), 58 orang menerima darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 10 orang menerima Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 157 orang menerima Bentara Pasukan Polis (BPP)

Tun Dr Mahathir Mohamad Beransur Sihat

19.05.2011, Khamis - Shukur Alhamdulillah kesihatan Mantan Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan dalam keadaan stabil dan dinasihatkan agar berehat supaya cepat sembuh. Menuru anak lelaki Tun yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz memaklumkan bahawa ayahnya sedang berehat dengan ditemani oleh ibunya. Tun tidak mengalami masalah jantung cuma batuk sahaja yang melibatkan paru-paru beliau. Rawatan yang diberikan adalah rawatan fisioterapi, mengambil ubat antibiotik dan rehat secukupnya. Datuk Mukhriz tidak mengalakkan pelawat melawat Tun untuk menghindarkan berlakunya jangkitan. Bernama melaporkan bahawa Wad dimana Tun ditempatkan telah dikawal rapi dimana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.

Ke TM Training Center dan Balai Felda

Arip Sedang Lena Tidur Dalam Bas

19.05.2011, Khamis - Pagi nie dari Rawang Residence. Macam biasa jam 06:20hrs Syah sudah keluar rumah untuk tunggu bas tepi jalan. Tengok rumah Azrin gelap jer dan dalam hati Syah kata mana si Arip yang hendak buat pratikum di KL Sentral. Bila bas sampai Syah naik dan bila bas berhenti untuk ambil passanger seterusnya baru Syah nampak Arip. Rupa-rupanya dia kata dia tunggu di bas stop. Arip tanya pasal naik bas ke KL dan kebetulan Syah hendak ke TM Training Center di Jalan Semarak dan Syah ajak dia naik bas sekali. Sepatutnya Syah turun di Chow Kit Road tetapi disebab kan hendak tunjukkan dia jalan Syah turun di Jalan Tuanku Abdul Rahaman (TAR) berhampiran Gedung SSF. Dalam bas Arip lina tidur sebab katannya mengantuk kat Syah tadi. Dari Jalan TAR Syah tunjukkan dia jalan menuju ke Stesyen LRT Masjid Jamek. Sampai Masjid Jamek dia kat ok dan macam nak lintas jalan dan Syah kata hendak ke mana dia kata hendak ambil LRT Putra di CM. Syah inform dia Kat Masjid Jamek nie ada Stesyen Putra juga selain Star. Hehehehhe dia tak perasan katannya kat Syah. Masuk stesyen jer, train dia datang dan dia terus masuk manakala Syah meneruskan perjalanan ke Stesyen Damai. Muss @ Balai Felda

Dari Stesyen Damai Syah jalan kaki ke Jalan Semarak. Nak tunggu bas lambat dan teksi mahal pula. On the way ke TM Training Center (TTC) Syah singgah sebentar ke Balai Felda sebab nak jumpa Muss untuk ambil charger notebook Syah. Lepas salam Mus, kami sembang sekejap dan Syah meneruskan perjalanan ke TMTC. Sampai TMTC Syah jumpa Kak Jariah untuk serahkan dia Petty Cash Claim. Sempat sembang dengan anggota Assessment Center dan lepas tu Syah balik office. Dari TMTC Syah jalan kaki ke LRT Ampang Park. Sampai Ampang Park rehat sekejap sebab penat dan cuaca panas. Dari Ampang Park naik LRT ke KLCC untuk survey barang-barang souvenir untuk malam TM Award Nite pada bulan Jun nanti, kena donate enam hadiah yang bernilai RM300.00 setiap barang. Dari KLCC Syah balik semula ke office.

Dalam bas tadi Arip inform Syah, semalam ada bangla curi dompet dia dalam komuter. Passanger lain maklumkan dan bangla tu buat tak tahu jer bila Arip tanya dan Arip tolak dia kedinding komuter baru dia buka bengnya dan memang dompet Arip ada dalam beg tu. Siap ada handphone yang dia curi daripada seorang penumpang perempuan lagi. Tapi mereka tak buat report. Macam-macam hal depa nie, dah lah datang negara orang untuk cari rezeki, janganlah kurang ajar sampai nak mencuri pula. Satu hal lagi dalam bas tadi geli lak Syah dengan Mamat sebelah Syah yang mula-mula korek gigi dan lepas tu korek hidungnya beberapa kali, lepas tu siap cium tangan yang dia korek hidung tu. Eeeeeeeeeee macm-macam hal dalam bas nie kan? Hanya orang-orang naik public transport jer akan rasai pengalaman seperti ini.

Wednesday, May 18, 2011

Balik Rawang

18.05.2011, Rabu - Hari nie Syah balik Rawang Residence dan disebabkan hendak cepat Syah naik Shuttle KL-Ipoh jam 18:05hrs dan sampai 45 minit kemudian. Dari Rawang naik bas ke Rawang Residence. On the way balik Azrin call dan dia ingatkan Syah masih dalam perjalanan balik Rawang tetapi Syah inform dah nak sampai Rumah. Dia di KTM sebab nak fetch Arip yang buat latihan industri di KL Sentral.

Dalam perjalanan balik nampak suami Loy pegang anak anjing dan Syah tanya Loy anjing dia ker dan dia kata yer. Sebenarnya adik dia punya tetapi anaknya hendak dan dia inform Syah anakpun susah nak jaga ini tambah anjing lagi katanya, Hehehehhe............ anjing tu jenis bulu panjang choklat. Cantik gak anjingnya tue. Jiran Syah Chong tak ada rumah dan pintu pagarnya terbuka. Mungkin mereka sekeluarga ke kedai.

Sampai rumah Syah nampak rumah gelap. Biasanya Syah pasang lapu walaupun Syah tiada dirumah, rupanya automatik dia jatuh, mungkin ada kilat kot masa Syah di KL. Masalah besar lah ................. buka pintu satu rumah bau busuk sebab barang-barang dalam petisejuk sudah busuk . Satu hal mengemas dan mop lantai dan bau still ada. Bau macam sayuran busuk tu. Terpaksa Syah buka pintu depan dan belakang serta buka kipas. Minta-minta baunya hilang. Selepas kemas tadi Syah ke kedai beli sedikit keperluan dapur.

Ok Syah nak solat Insyak dan bateri notebook Syah sudah makin habis dan chargernya tertinggal di KL Residence Pula. Sehingga berjumpa lagi dilain entry.............. Selamat Malam Semua.

Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN Hari Ini

18.05.2011, Rabu - Mantan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi lebih kurang jam 06:00hrs untuk menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau. Tun yang berusia 85 tahun sebenarnya mengadu demam dan batuk semenjak dua hari lepas.

En Sufi Yusoff yang merupakan Pembantu kepada Tun dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Tun kini sedang menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada. Tun dijangka akan berada di IJN selama seminggu dan pelawat tidak dibenarkan melawat Tun kecuali ahli keluarga terdekat sahaja.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar Tun Mahathir Mohamad segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya serta dipanjangkan umur. AMIN.

Raja Perlis Saran Tanam Mempelam Harumanis Beramai-Ramai Untuk Dicatatkan Dalam Malaysian Books of Record

Mempelam Harumanis Yang Banyak Ditanam di Perlis dan terkenal seluruh Malaysia walaupun iannya ada juga ditanam di negeri-negeri lain ia tetap popular di Perlis dan menjadi daya tarikan pelancong. Rasannya Manis dan Lemak tetapi yang bestnya mempelam nie tak ada yang masam. Jom kita cari sekarang juga.......


Malam tadi telah diadakan majlis santapan negeri di perkarangan Istana Arau sempena hari keputeraan Raja Perlis yang ke 68 tahun. Dalam titah baginda, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyarankan agar diadakan program menanam mempelam Harumanis beramai-ramai untuk dicatatkan dalam Malaysia Books of Records (MBR) sebagai menanam mempelam Harumanis terbanyak di Malaysia. Baginda memaklumkan bahawa pada tahun ini terdapat dua kegiatan di Perlis telah dicatat dalam MBR iaitu Persembahan kek terbanyak dan menumbuk sambal belacan terbanyak.

Pada bulan Mac lepas, seramai 1200 orang penduduk telah berkampung di Kampung Banir Tembus sempena Festival D’Bendang untuk menumbuk sambal belacan dan telah direkodkan dalam MBR sebagai menumbuk sambal belacan terbanyak di Malaysia. Manakala pada 16.05.2011 telah diadakan pula persebahan kek kepada baginda sempena hari keputeraan baginda bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Sebanyak 1,168 biji kek harijadi telah dipersembahkan kepada baginda dan telah direkodkan sebagai persembahan kek terbanyak sempena hari keputeraan.

Kegiatan seumpama ini secara tidak langsung akan memperkenalkan kehebatan Perlis, namun baginda berharap agar kegiatan yang lebih berimpak besar dapat dianjurkan. Dengan menanam mangga harumanis secara serentak, iannya akan memberi manfaat terutamannya bagi meningkatkan pengeluaran komoditi berkenaan disamping iannya boleh dinikmati oleh rakyat.

Harumanis memang terkenal dan menjadi salah satu daya tarikan utama pelancung untuk berkunjung ke Perlis. Iannya hanya boleh didapati sekali dalam setahun iaitu sekitar bulam Mei 2011.

Pagi Rabu

18.05.2011, Rabu - Malam tadi tidur lewat hampir jam 02:00hrs dan jam 05:30hrs Syah bangun. Tidur lewat mungkin Syah leka update blog dan tak merasa mengantuk coz petang semalam Syah tertidur dan kepala rasa sakit pula. Pagi nie kepala Syah sudah tak sakit lagi. Ingatkan hendak tumpang Muss hingga LRT Wangsa Maju tetapi katannya dia keluar approx jam 06:40hrs dan dah terlanjur Syah dah bersiap Syah salam dia dan Cd, inform Syah jalan kaki jer ke Stesyen LRT Melati. Syah bagitau Muss Syah balik Rawang Residence. Syah keluar jam 06:30hrs dan sampai LRT Kerinchi yang bersebelahan dengan office Syah jam 07:30hrs. Macam nielah kalau stay di KL Residence memang boleh datang awal dan balik lambat tapi kalau dari Rawang Residence Syah akan sampai jam 08:15hrs keatas tetapi taklah lambat masuk kerja kecuali train/bas buat hal dan jam 17:30hrs Syah mesti keluar office untuk balik ke Rawang, MESTI tak boleh tunggu kalau tak lambat.

Mungkin malam nanti tak dapat update blog coz Syah bawa netbook Syah ke KL Residence tetapi pagi tadi masa kemas terlupa chargernya. Mungkin Syah akan minta Muss bawakan ke office dia esok dan Syah ambil kat sana jer. Kalau tak macam susah sedikitlah atau Syah terpaksa guna desktop Syah yang memang lambat tu. Heheheh tapi tak per yang lama juga boleh digunakan yer tak ? terutama waktu darurat nie ................ cari juga yang lama kan? Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Syah berdoa agar segala urusan Syah dan anda semua pada hari ini diberkati serta dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T. AMIN.

Tuesday, May 17, 2011

Happy Birthday Crown Priscess Maxima

17.05.2011, Selasa - Tarikh 17.05.2011 merupakan hari keputeraan Raja Perlis Indera Kayangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tarikh yang sama juga merupakan ulangtahun kelahiran HRH Princess Maxima atau HRH Maxima, Princess of the Netherlands. Beliau merupakan isteri kepada HRH Prince Willem-Alexander, Prince of Orange yang merupakan Putera Mahkota dan pewaris tahta kerajaan Belanda.

Princess Maxima menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-40 hari ini. Beliau dilahirkan sebagai Maxima Zorreguieta di Buenos Aires, Argentina pada 17.05.1971 merupakan anak perempuan kepada salah seorang ahli politik Argentina. Pertama kali bertemu dengan suaminya pada April 1999 di Sevilla, Spanyol. Wanita yang mempunyai dua kewarganegaraan ini iaitu Belanda dan Argintina bertunang dengan pewaris tahta Belanda itu pada 30.03.2001 dan berkahwin pada 02.02.2002. Perkahwinin ini telah mendapat restu daripada Parlimen Belanda.

Hasil daripada perkahwinan ini beliau telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu

Her Royal Highness Princess Catharina-Amalia Beatrix Carmen Victoria diputerikan pada 07.12.2003

Her Royal Highness Princess Alexia Juliana Marcela Laurentien diputerikan pada 26.06.2005

Her Royal Highness Princess Ariane Wilhelmina Máxima Inés diputerikan pada 10.04 2007

Bom Dijumpai Beberapa Jam Sebelum Ketibaan Baginda Queen Elizabeth II Ke Ireland

17.05.2011, Selasa - HM Queen Elizabeth II hari ini memulakan lawatan rasmi empat selama hari ke Ireland dengan ditemani oleh suami baginda, HRH Prince Philip, Duke of Edinburgh. Dengan lawatan ini, baginda merupakan Raja British pertama yang melawat Ireland dalam tempoh 100 tahun. Baginda telah diberikan kawalan keselamatan yang ketat dalam lawatan ini. Beberapa jam sebelum ketibaan Baginda Queen ke Dublin pihak berkuasa menemui bom dalam beg pakaian didalam sebuah bas dikawasan pendalaman Maynooth Co Kildare, Timur Dublin. Walau bagaimanapun perkara ini dapat ditangani oleh pasukan tentera Irish. Kemudiannya satu objek mencurigakan dipercayai bom dijumpai di perhentian tram di kawasan Inchicore, walau bagaimanapun setelah disiasat didapati iannya bom palsu. Lawatan terakhir pemerintah beraja British ke Ireland telah dilakukan nenda baginda Queen iaitu King George V pada tahun 1911 sebelum Republik Ireland memperolehi kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1922.

Apabila lawatan ini diumumkan secara rasmi pada bulan lepas, ianya dialu-alukan oleh pemimpin politik Ireland, walau bagaimanapun bantahan daripada penunjuk perasaan yang anti British dijangka akan berlaku di Dublin iaitu bandar yang akan dilawat oleh baginda Queen Elizabeth II. Lihat sahajalah contohnya seperti photo diatas.

Dinner @ KL Residence

Cd Sedang Tekun Memasak Tetapi Syah Suruh Juga Dia Posing.

17.05.2011, Selasa - Semenjak tengahari tadi kepala Syah rasa sakit, dah makan panadol pun still sakit lagi. Tak tahulah mengapa. Lepas makan tadi staff Cd datang hantarkan panadol. Hari ini Cd yang masak seorang-sorang. Dia masak Sardin, Sayur Tauge & Tahu Masak Tumis, Ikan Kembung Goreng dan Paru Goreng. Lepas masak Cd mandi dulu sebelum kami mamam. Hari ini Syah makan nasi putih. Sebelum tu Syah makan dulu supplement untuk lutut Syah. Leps makan Syah tolong basuhkan pinggan.

Muss dan Cd Bersiap Sedia Untuk Makan

Seronok juga makan di beranda yang baru nie. Rasa sejuk udara dari luar yang fresh apatah lagi baru lepas hujan. Sekarang jam 20:41hrs dan kepala Syah still sakit lagi dan sekarang nie gigi Syah pula rasa sakit dan berdenyut, Ada-ada jer kan?. Cd buat kerja dia di beranda dan Muss sedang bermain dengan Noami yang asik memanjat macam tupai tu. Syah pula macam biasa sambil menonton Berita Perdana, Syah update blog. Oklah Syah nak solat Insyak dulu. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry........
Muss dan Noami di dapur KL Residence

Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis Sempena Ulagtahun Keputeraan Raja Perlis

Kelihatan Raja Perlis berbual dengan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zainah yang mengadap Tuanku Raja Perlis selepas Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran di Istana Arau - Gambar dari Bernama


17.05.2011, Selasa - Hari ini Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menyampaikan darjah kebesaran dan pingat kepada 30 orang penerima sempena sambutan hari keputeraan baginda yang ke 68. Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran diadakan di Istana Arau ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis.

Dalam titahnya bagida mahukan projek-projek berimpak tinggi disegerakan demi kepentingan rakyat terutamanya projek manaik taraf empangan Timah Tasoh, Taman Teknologi Tinggi Pauh Putra, naik taraf jeti Kuala Perlis dan peningkatan kemudahan pelancongan Kuala Perlis. Baginda yakin projek-projek berkenaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, baginda mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat yang meluluskan peruntukan berjumlah RM2.85 bilion bagi melaksanakan 135 projek dibawah pelan pusingan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dalam ucapannya mewakali rakyat memaklumkan bahawa kerajaan negeri sentiasa berusaha menarik pelabur asing melabur di Perlis terutamanya dalam industri berteknologi tinggi dan bioteknologi. katanya lagi kerajaan negeri telah mengemukakan sebanayak 21 cadangan projek kepada kerajaan pusat yang bernilai RM1.3 billion bagi pelan pusingan kedua RMK-10. Projek ini termasuklah projek tebatan banjir bernilai RM296 Juta, pelabuhan perikanan bertaraf antarabangsa bernilai RM250 juta dan kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantina Wang Kelian bernilai RM26.25 juta.

DYTM Raja Muda Perlis pula dalam titahnya mewakili Kerabat Diraja Perlis menyembahkan ucap taat setia dan yakin Perlis akan berubah wajah selaras dengan perlaksanaan strategi pembangunan yang berinovasi dan lestasi, dinamik, agresif, berintegriti dan berfokus melalui hubungan rapat kerajaan negeri dan persekutuan. Baginda yakin, dengan adanya sokongan rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri, Perlis akan lebih maju serta gemilang dan berdaya saing.

Raja Muda Perak Hadiri Majlis Penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011

Mufti Kerajaan Negeri Perak menyerahkan resolusi muzakarah kepada Menteri Besar Perak sambil disaksikan oleh Raja Muda Perak - Gambar dari Bernama

17.05.2011, Selasa - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 di Ipoh, Perak. Muzakarah tiga hari ini bertajuk Kepelbagaian Aliran Pemikiran dan Ajaran di Malaysia : Menepati atau Menyanggahi Aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Muzakarah diadakan sempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak ke-83. Turut hadir dalam majlis ini adalah Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Haji Harussani Zakaria dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sultan Muhammad Ke-V Dianugerahkan Darjah Kebesaran (DK) Perlis

17.05.2011, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V yang telah disenaraikan sebagai penerima Darjah Kerabat (DK) Perlis sempena hari keputeraan Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-68 yang jatuh pada hari ini. Sebelum ini Tuanku Muhammad telah menerima Darjah Kerabat daripada negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Hari Keputeraan Raja Perlis 2011


DIRGAHAYU TUANKU PATEK

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Tahniah

Raja Perlis

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Raja, Yang Dipertuan dan Pemerintah Negeri Perlis Indera Kayangan dan Jajahan Takluknya

Sempena

Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun

Pada

17 Mei 2011 bersamaan 13 Jamadilakhir 1432H

Aktiviti Hari Ini

17.05.2011, Selasa - Sekarang jam 15:26hrs dan hari hujan manakala Muss sedang berkaraoke manakala Cd mengemas bilik tidur. Today Syah di KL Residence dan esok balik ke Rawang Residence. Pagi tadi Syah basuh kain dan cadar yang sediada dalam mesin basuh. Lepas tu kami pergi breakfast dan ke Carrefour Wangsa Maju kerana Muss nak beli barang dapur dan pulangkan LCD Tv yang rosak kerana masih dalam warranty lagi. Sampai Carrefour mereka inform minta call tol free Sonny dan mereka akan datang ke rumah untuk membaikinya. Muss try to call tapi mereka tutup hari nie kerana public holiday.

Balik tadi panas sangat dan Muss beli soyabean digerai depan rumah KL Residence dan Syah beli roti perancis yang disapu dengan garlic dan kaya di delifrance carrefour. Kami makan di balkony baru kami. Kononnya lah tu kan makan kat resort, Hehehhehe........... Tu gambar Muss kat atas tu. Selepas tu Syah tertidur ditempat yang Syah kena himpit malam Ahad lepas tu sebab letih dan bila bangun kepala Syah sakit sangat dan telinga rasa tersumbat. Sekarang baru ok sedikit cuma sakit sedikit-sedikit sahaja. Syah minta Muss panadol tapi dia kata tak ada dan minta Syah makan ubat darah tinggi dia. Merepek tul Muss Nie. heheheheh........

Masa nak hujan tadi tergesa-gesa Syah angkat kain dan minta Muss yang sedang berkaraoke tu berhenti dan tolong Syah angkat kain sekali. Sekaran niepun dia masih berkaraoke lagu-lagu orang putih eran 80an. Ok sekarang Syah nak sambung kemas bilik tidur Syah pula, jumpa lagi semua.

Monday, May 16, 2011

Queen Elizabeth II Pemerintah Kedua Paling Lama Diatas Tahta Britain

HM Queen Elizabeth II

Queen Elizabeth II sekarang merupakan pemerintah kedua paling lama dalam sejarah institusi beraja di Britain yang berusia hampir 1000 tahun. Baginda telah mengatasi rekod King George III yang berada diatas tahta selama 59 tahun 96 hari termasuk lebihan 13 hari bagi tahun lompat yang jumlahnya 21,644 hari. Buat masa ini Queen Victoria merupakan pemerintah beraja Britain yang paling lama berada diatas tahta dalam sejarah sistem beraja di Britain iaitu lebih daripada 63 tahun dan 216 hari.

Queen Elizabeth II akan menyambut Jubli Emas pemerintahan baginda pada tahun hadapan. Baginda yang menaiki tahta pada 06.02.1952 telah berada diatas singahsana selama 59 tahun dan 95 hari termasuk lebihan 15 hari bagi tahun lompat dengan jumlah hari sebanyak 21,645 hari dan telah mengatasi rekod yang dibuat oleh King George III. Jika dipanjangkan umur, Baginda Queen Elizabeth II akan mengatasi rekod yang dibuat oleh Queen Victoria dalam masa empat tahun lagi iaitu pada tahun 2015 untuk meletakkan baginda sebagai pemerintah yang paling lama bertahta di Britain.

Walaupun sudah berusia 81 tahun, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Baginda Queen akan mengurangkan tugas-tugas rasmi baginda samada didalam atau diluar negara. Sebagai contohnya, minggu hadapan Baginda dan suaminya, Prince Philip akan mengadakan lawatan rasmi negara ke Ireland. Ini merupakan lawatan pertama pemerintah beraja Britain ke Ireland selepas iannya mendapat kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1922. Baginda dilaporkan akan diberi kawalan ketat keselamatan semasa berada di negara bekas tanah jajahan Britain itu.


HM Queen Victoria

Syah Kena Himpit di KL Residence

16.05.2011, Isnin - Malam tadi Syah sorang-sorang di KL Residence. Hendak tidur dalam bilik katil sudah tak ada coz Syah bagi kat Muss. Tilam Syah yang dah Azab tu Muss dah buangkan coz Syah hendak beli yang baru. Ada toto tapi malas nak tidur dalam bilik. So Syah tidur diruang tamu jer. Tetapi bukan diruang tamu yang biasa tetapi ruang tamu tambahan yang baru direnovate. Ruang ini asalnya balcony dan bahagia depannya yang Muss tutup dan menjadi sebahagian ruangtamu yang baru. Dulu kawasan nie kirannya diluar rumah tetapi sekarang sudah jadi sebahagian ruang tamu kami.

Masa Syah nak tidur tiba-tiba rasa seram dan waktu tu jam 01:00hrs. Baru Syah teringat kawasan yang Syah tidur tu merupakan kawasan baru dalam rumah yang dulunya balcony dan tanah depan balcony. Syah tidur mengadap sliding door. Teringat pula pesan orang tua-tua jangan tidur depan pintu nanti nampak benda yang tak sepatutnya kita nampak. Seperkara lagi terpulanglah pada yang percaya atau tidak, sebenarnya kawasan KL Residence Syah nie keras sedikit coz bekas lombong. Keras maksud Syah nie adalah mahluk-mahluk halus berkeliaran, pada yang percayalah ...... tak caya tak mengapa. Tetapi Syah cakap dalam hati tak kisahlah sebab ini rumah Syah dan Syah tidur juga.

Tiba-tiba Syah terasa ada benda depan Syah dan kemudiannya macam berada diatas badan Syah, Syah tak boleh buka mata tapi dapat rasakannya. Syah meronta-ronta dan baca apa yang patut tetapi suara Syah tak boleh keluar dan kalau keluarpun bunyinya macam besar dan pecah lalu Syah cuba dan baca juga dalam hati. Akhirnya Syah dapat bangun dari tidur. Syah banyak kali juga kena macam nie tetapi kalau ikut pendapat doktor mereka kata mungkin kita kepenatan dan pendapat orang-orang tua pula kena himpit masa tidur. Macam biasa bila dapat buka mata Syah terus bangun dan jika Syah biarkan mata Syah akan tertutup semula (macam nak tidur) dan akan rasa benda tu lagi. Bila bangun Syah akan nampak macam benda hitam merayap ke siling macam labah-labah besar. Tak tahu apa benda tu kalau di Rawang Residence pun Syah kena juga macam nie ada masa-masanya.

Selepas bangun Syah bercakap sendiri macam marahkan benda tu dan kata "berani kau kacau aku yer" dan terus Syah ambil air sembahyang dan ambil quraan. Ambil quraan bukannya Syah baca tetapi Syah bawa tidur sekali. Syah tak boleh tidur dan baca apa yang terlintas difikiran dan akhirnya terlelap. Alamak jadi lagi benda tu sekali lagi dan bila dapat bangun Syah mengamuk dan macam maki jer benda tu. Sekali lagi Syah ambil air sembahyang dan tidur semula di sofabed tu. Sambil bercakap sendiri "aku tak akan tidur ditempat lain dan ini rumah aku". Kali nie Syah selubung semua badan Syah dengan selimut. Nak gelak juga Syah sebab tau tak apa Syah cakap dalam hati. Syah cakap "Kalau ada hantu dan aku selubung tentu dia tak nampak aku" Macam Syah nak tipu benda tu lah. Syah baca lah ayat-ayat yang Syah tahu dan lepas tu Syah terbangun dan jam sudah menunjukkan jam 06:00hrs dan alarm handphone Syah tak bunyi pun. menjadi ke tektik tu, entahlah labu.

Macam tulah Syah, Walaupun takut sebenarnya, tetapi Syah kena beranikan diri dan melawan perasaan tu. Jika tidak sampai bila kita hendak takut pada diri kita sendiri atau takut dengan rumah kita sendiri. Dulu kawasan nie memang keras dan masa mula-mula pindah ke KL Residence nie sekitar 1990an masa Syah tidur kadangkalan kena himpit macam nie dan kadangkala macam ada orang intai Syah dari luar tingkap. Syah nampak tapi tak boleh buat apa-apa. Jadi Syah kena beranikan diri sebab rumah tu rumah kita dan kalau ada benda-benda lain jangan nak ganggu we all dirumah tu sebab we all tak ganggu kamu. Jangan naughty-naughty yer Nanti Jadi Jin Noti macam Fara Fauzana plak.................... Hehehehe

Sunday, May 15, 2011

Balik Kampung ...... Balik Kampung ...... Balik Kampung

15.05.2011, Ahad - Anak saudara Syah, Mamat sampai Rawang Residence jam 10:20hrs dan kami bertolak balik ke Sabak Bernam jam 10:30hrs. Syah tanya samada Mamat hendak breakfast atau tidak dan katannya tak perlu. Sebenarnya dia baru balik dari lepak-lepak di Genting Highland dengan kawan-kawan dia. Sebelum tu dia pergi mandi air panas di Selayang, lepas mandi tak tahu nak buat apa tu yang ronda-ronda ke Genting. Katannya tak tidur lagi. Biasalah budak-budak muda yang penting jaga adap dan agama. Kami ikut jalan pintas dari Tasik Puteri terus keluar ke Batu Arang - Ijok - Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sungai Besar dan akhirnya Sabak Bernam.
Macam biasa Mamat memang bawa laju tetapi berhemah bukannya main redah sahaja. Kami sempat singgah di Petronas petrol pump untuk buang air kecil dan beli makanan. Sampai Sabak Bernam jam12:15hrs. On the way rasa panas kerana Mamat tak buka air-cond sebab nak jimatkan petrol. Sampai sahaja di kampung, Syah nampak Haziq dan Papa Nurul dalam buayan dan yang lain iaitu Kak Lang Ella, Ejon, Kak Ngah Normah dan anak-anak mereka Firdaus, Ijat, Eka dan Fana ada dalam rumah. Sampai jer Syah salam semua dan jumpa Bonda Ejon dan Syah peluk dan cium dia macam biasa dan bertanyakan khabar dia. Bonda Ejon nampak gembira tengok Syah. Shukur Alhamdulillah Bonda Ejon sudah sihat.Selepas solat Zohor, Syah ajak Mamat temankan Syah untuk menjenguk Ayahanda. On the way balik kampung tadi Ayahanda Call dan Syah inform yang Syah akan datang melawat dia sebelum balik semula ke KL Residence. Kak Lang Ella, Eka dan Izat ikut sama. Dirumah Ayahanda, Kak Lang sempat buat terapi menggunakan mesin terapi yang Ayahanda Syah beli beberapa bulan lepas. Tak silap Syah harganya RM5,000.00. Syah tak berani nak cuba sebab dia ada aliran elektrik sedikit. Hehehehehe........... By the way kereta Mamat kemik sedikit terkena pelepah kelapa yang jatuh kena kereta dia. Ayahanda ingatkan Mamat hati-hati parking kereta takut buah kelapa gugur tetapi Mamat kata tak apa tak kena. Dah nasib nak kena nak buat macam manakan? Sebelum balik macam biasa salam dan cium Ayahanda dan Bonda Zawiyah serta berikan mereka sedikit duit belanja. Memang biasa macam tu, setiap kali jumpa Syah mesti bagi mereka duit.


Balik daripada rumah Ayahanda, Syah singgah gerai kuih untuk belikan Bonda Ejon dan lain-lain kuih untuk minum petang. Biasalah harganya RM1.00 untuk tiga ketul kuih. Sampai rumah rehat sekejap dan Syah rasa letih dan tertidur sebelah Bonda Ejon sampai jam 17:30hrs. Bangun jer Syah inform Mamat standby nak balik. Kak Lang Ella dan Papa Nurul pun bersiap nak balik juga. Masa dirumah Ayahanda tadi Azrin call minta Syah dulukan duit Syah untuk bagi kat Bonda Ejon, Ayahanda dan Bonda Zawiyah duit. RM20.00 untuk Bonda Ejon dan RM10.00 untuk Ayahanda dan RM 10.00 Bonda Zawiyah.

Kami bertolak jam 18:00hrs dan macam biasa sebelum balik Syah salam semua dan cium Bonda Ejon serta bagi dia dan Kak Ngah Normah sedikit duit belanja. On the way ke Sungai Besar Syah teringin nak makan Mee Rebus Mamak kat Sungai Besar. Mamat kata ok dan Syah call Kak Lang Ella ajak dia sama makan mee rebus dan dia kata ok. Syah belanja kali ini.

Hampir jam 20:00hrs semasa di area Tanjung Karang Haziq sms ajak Syah dan Mamat lepak-lepak dan makan pizza di Pizza Hut Kuala Selangor. Mula-mula Syah keberatan tetapi dia sms sekali lagi dan inform Kak Langpun ada sekali dan Syah kata oklah. Sampai jer ke Pizza Hut Syah nampak Haziq dan Papa Nurul. Haziq inform Kak Lang Ella dan keluarga ke Masjid untuk solat dulu. Tak lama kemudian Kak Lang sekeluarga sampai. Papa Nurul belanja we all makan malam ini. Semasa di Sungai Besar tadi Syah tuangkan minyak kereta Mamat. Syah pergi beli makanan dan berikan dia kredit kad Syah untuk isi minyak dan bila Syah tanya isi berapa ? RM60.00 katanya. Heheheh Mamat...Mamat...

Semasa di Pizza Hut Muss call inform dia dan Cd tidur rumah Zul kerana nak sambut birthday anak Zul dan Syah kata ok. Lepas makan kami semua bersalaman dan balik ke destinasi masing-masing. Mula-mulanya Syah hendak balik Rawang Residence tetapi fikir semula Syah balik KL Residence. Syah sampai KL Residence jam 22:00hrs. Lepas keluarkan barang Syah salam dan cium Mamat macam biasa dan cakap nasihatkan dia supaya berhat-hati memandu. Lepas solat dan mandi Syah call kampung inform mereka yang Syah sudah sampai ke KL Residence. Lega akhirnya Syah balik kampung dan dapat jumpa Bonda Ejon, Ayahanda dan Bonda Zawiyah.

Sekarang jam 01:12hrs dan dah hari Isnin pun 16.05.2011 dan Syah hendak tidur coz esok kerja. Jumpa lagi dilain entry ..... Selamat Malam.

Unlawful Killing -Filem Dokumentari Mengenai Kematian Mendiang Princess Diana



Gambar terakhir Dodi dan Diana yang sempat dirakamkan oleh Paparazzi didalam kenderaan mereka beberapa minit sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua pasangan kekasih ini.

15.05.2011, Ahad - Kelmarin, sebuah filem dokumentari bertajuk Unlawful Killing telah ditayangkan dalam Cannes Film Festival (pesta filem Cannes), Perancis. Filem ini berkisar mengenai kematian Princess Diana yang dikatakan sebagai mangsa bunuh pihak berkuasa Britain. Filem ini juga menggambarkan kerabat diraja Britain sebagai samseng yang bersifat perkauman dan suami Queen Elizabeth II, Prince Philips sebagai seorang lelaki yang sakit jiwa dan kaki perempuan.

Filem ini dibiayai oleh Jutawan Al-Fayed dengan kos RM12.2 Juta atau 2.5 Juta Pound. Pengarah filem ini, Keith Allen menafikan filem ini bersifat anti monarki tetapi berpendapat ianya mempersoalkan mengenai kapitalisme. Al-Fayed yang anak lelakinya Dodi, merupakan kekasih Princess Diana telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Terowong Alma, Perancis bersama puteri berjiwa rakyat itu mempertahankan bahawa anaknya dan Princess Diana telah dibunuh oleh agensi rahsia Britain atas arahan pihak atasan yang bimbang akan hubungan ibu kepada seorang pewaris tahta Britain dengan seorang lelaki beragama Islam.

Mukadimah filem ini dimulakan dengan kebimbangan yang dirasai oleh Princess Diana dan mendedahkan kelemahan siasatan rasmi mengenai kemalangan berkenaan. Kebimbangan Princess Diana dinyatakan melalui surat kepada seorang rakannya dalam tahun 1995. Dalam suranya itu Princess Diana menyatakan "Suami saya merancang satu kemalangan kereta".

Dokumentari ini lebih menimbulkan persoalan daripada jawapan. Sebagai contohnya siapakah yang berada didalam kereta Fiat putih yang menjadi saksi sebelum kemalangan berlaku, adakah Henri Paul yang merupakan pemandu pasngan kekasih itu benar-benar mabuk atau ada individu yang cuba menukar contoh darahnya dan mengapa ambulan mengambil masa yang lama lebih kurang 1 jam 45 minit untuk membawa Princess Diana ke hospital yang jaraknya hanya beberapa batu sahaja dari tempat kejadian.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah Hadiri Majlis Jamuan Rakyat

Majlis Jamuan Rakyat - Gambar dari Bernama

15.05.2011, Ahad - Sementara menunggu Mamat fetch Syah di Rawang Residence Syah nak update sedikit mengenai lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Nur Zahirah ke Kedah Darul Aman yang dijadualkan akan berakhir hari ini.

Malam tadi Seri Paduka Baginda berdua telah diraikan dalam satu Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra. Turut berangkat sama dalam majlis ini adalah Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Majlis bermula jam 20:30hrs. Turut serta adalah Raja Muda Kedah, DYTM Tunku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak serta anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Para teamu telah dihiburkan oleh Kumpulan Badan Kesenian Negeri Kedah dan orkestra Dewan bandaraya Kuala Lumpur manakala artis jemputannya adalah Dayang Nur Faizah. Hari ini pula merupakah hari terakhir lawatan rasmi Seri Paduka baginda berdua ke Kedah. Tuanku Mizan dijadualkan berangkat mendengar taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman. Manakala Tuanku Nur Zahirah akan melawat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star pada jam 10:30hrs pagi ini. Kepada yang ingin bertemua baginda berdua secara dekat marilah beramai-ramai ke lokasi yang Syah dinyatakan tadi. Sempat lagi nie............

Balik Kampung Pagi Ini

15.05.2011, Ahad - Pagi tadi Syah bangun tidur jam 06:20hrs dan terus mandi dan bersiap. Selepas tu cepat-cepat Syah kemaskan kitchen cabinet dengan mop table top tu dulu. Sementara tunggu iannya kering Syah bersiap sebab hendak balik kampung pagi ini. Lepas bersiap Syah susun semula barang-barang dalam kitchen kabinet tu dan buang mana yang tak perlu. Syah kena buat cepat-cepat coz mamat janji nak datang jam 08:00hrs.

Dalam masa yang sama Syah kemas pakaian kerja untuk Isnin dan Selasa kerana balik kampung nanti Syah akan terus ke KL Residence. Baju-baju kerja Syah semuannya Syah sudah bawa ke Rawang Residence coz renovation hari tu. By the way Muss call malam tadi inform rumah sudah siap dikemas. Maksudnya tu ruang tamu dan dapur lah tu. Bilik masih belum kemas lagi kot? Berbalik kepada cerita di Rawnag pula, Setelah semua kerja selesai Syah call Mamat.

Dia angkat dan suaranya macam baru bangun tidur dan Syah tanya kat mana dan dia kata on the way. Syah kata ko baru bangun tidur yer?. Lepas tu Syah call dia semula dan inform dia mandi dan relex dulu baru datang coz Syah taknak dia tergesa-gesa nanti jadi lain pula. Dia menetap di Sunway. Syah tahu dia baru bangun tidur tu tapi dia kat on the way. Ala biasalah Syahpun muda juga dula, tu gi keluar lepak ngan kawan-kawan di malam minggu ler tu, tak apa uncle faham lah Mamat oiiiiiiiiiiiiiii..............

Ok semua sekejap lagi Syah hendak balik kampung dan mungkin tak banyak Entry hari ini. Syah hendak jumpa Bonda Ejon dan kemudiannya singgah ke rumah Ayahanda dan Bonda Zawiyah sebelum balik ke KL nanti. Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry doakan perjalanan Syah selamat yer semua. Jumpa lagi ..............................

Saturday, May 14, 2011

Breakfast dan Dinner Ari Nie

14.05.2011, Sabtu - Untuk breakfast pagi tadi Syah buat Wholemil Tuna Sandwich yang rotinya Syah bakar dulu. Breakfast lewat sedikit coz ada kerja-kerja semburan racun serangga oleh pest control. Lunch Syah ambil Herbalife sahaja. Untuk malam ini sebenonya tak tahu nak makan apa. So Syah ke kedai beli Mee Goreng Segera dua paket. Syah letakkan sayur dalamnya. Malangnya tak habis dan sepatutnya Syah buat 1 paket jer. Malam nie Syah buat Horlic O Panas. Semasa menonton AF tadi Syah makan kuaci dan minum soyabean. Rasa macam sakit perut sedikit. Ok semua, sehingga berjumpa lagi di lain Entry.................... Selamat malam semua

Shukur Alhamdulillah Bonda Ejon Sudah Sihat

15.05.2011, Sabtu - Sekarang sudah jam 09:15hrs dan sebentar tadi Syah menelefon ke kampung melalui telefon Haziq untuk bertanyakan khabar Bonda Ejon. Syah dapat bercakap dengan Bonda Ejon dan bertanya khabar dia. Dia inform sudah sihat dan suarannya macam menangis. Dia tanya bila Syah hendak balik dan Syah beritahu adalah nanti Syah balik. Syah suruh Bonda Ejon jaga makan. Hilang rindu Syah pada Bonda Ejon bila dengar suaranya. Syah akan balik dan tak pedulikan lain-lain hal yang menggangu fikiran Syah dan yang penting Syah hendak jumpa Bonda Ejon, Syah tahu dia memang rindu sangat dengan Syah. Syah sudah call anak saudara Syah dan Syah akan balik kampung esok pagi dengan Mamat. JaM 08:00hrs Mamat akan fetch Syah di Rawang Residence. Balik hari dan dari kampung Syah minta Mamat hantar Syah ke KL Residence.

Masa bercakap dengan Kak Lang tadi, Kak Lang Ella inform Bonda Ejon menangis dan tanya Kak Lang mengapa Syah tak balik. Kak Lang maklumkan masa hantar ke doktor, Dr kata mungkin Bonda Ejon salah makan dan kekurangan Vitamin C. Doktor minta Bonda Ejon banyakkan makan sayur dan buah-buah. Haziq belikan buah-buahan, kemudiannya Kak Lang Ella belikan Ejon Suppliment Vitamin C sebab Bonda Ejon tak berapa nak suka makan sayur dan buah. Ya Allah terima kasih kerana makbulkan Doa Syah supaya Bonda Ejon sihat Semula. Shukur Alhamdulillah dan Terima Kasih Ya' Allah.

Makam Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail Telah Siap Dibina

14.05.2011, Sabtu - Ini lah gambar makam Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-3 yang meninggal dunia pada 23.12.2010 lepas. Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Gambar ini Syah ambil dua minggu lepas sewaktu solat Jumaat di Masjid Negara. Sebelum ini makam tersebut belum dibina lagi. Bila Syah lihat Batu Nisannya, Syah terus rasa sedih dan terharu kerana bentuknya sama dengan Batu Nisan Makam Almarhum Nenda Syah, Almarhum Ahmad Al-Haj. Tak silap Syah tinggi Batu Nisannya hampir dua kaki cuma bezannya bahagian bawah batu Nisan nenda Syah mempunyai ukiran yang Syah pilih sendiri dan minta Abang Damanhore (pembuuat makam) ukirkan untuk Syah manakala dibahagian tengah bahagian hadapannya Syah letakkan lambang Maharum Bgis Syah.
Entry Syah berhubung kematian Allahyarham Tun Ibrahim:-
http://tengkusyah.blogspot.com/2010/12/tak-jadi-solat-di-masjid-negara-dan-tun.html

Batu Nisan Nenda Syah, Al-Marhum Ahmad Al-Haj

Aktiviti Lawatan Diraja ke Kedah Hari Ini

Tuanku Mizan dan Tuanku Sultan Abdul Halim melawat pameran yang diadakan di Muzium Padi - Gambar dari Bernama.

14.05.2011, Sabtu - Sempena lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong ke negeri Kedah Darul Aman, kedua-dua Seri Paduka Baginda mempunyai aturcara berasingan pada pagi ini. Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Sultan Kedah telah berkenaan berangkat ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Kerian, Alor Star, Kedah. Muzium ini memaparkan sejarah penanaman padi di negeri Kedah yang senonim dengan panggilan negeri Jelapang Padi. Di Muzium ini Tuanku Mizan telah dibawa melihat peralatan tradisional menumbuk padi dan pelbagai peralatan yang dipamirkan.

Baginda juga turut menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas buatan tangan daripada jerami, mencanting batik, pembuatan seramik dan menitik bedak sejuk. Disamping itu diadakan juga demonstrasi makanan tradisional yang berasaskan beras seperti emping kerabu, kuih karas, kuih peneram, emping nyiur dan kuih putu beras.

Baginda juga telah berkenan mendaki 59 anak tangga untuk ke aras tiga Muzium ini yang merupakan puncak Gunung Keriang dimana baginda boleh melihat pemandangan perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Adiladha. Pada hari Sabtu hingga Khamis iannya dibuka dari jam 09:00hrs hingga 17:00hrs. manakala pada hari Jumaat 09:00hrs hingga 12:30hrs dan 14:30hrs hingga 17:00hrs. Bayaran masuk RM3.00 bagi orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak (7-12 tahun) manakala rombongan sekolah pula dikenakan bayaran RM1.00. Turut mengiringi Baginda berdua dalam lawatan ini adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri Dato' Hamdan Mohamed Khalib.

Tuanku Nur Zahiran sempat menghabiskan masa bertemu dengan rakyat di jeti Sungai Semeling - gambar dari Bernama.

Manakala Raja Permaisuri Agong telah diiringi oleh Sultanah Kedah untuk melawat Muzium Kayu Bakau,Sungai Merbok yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Baginda telah dihidangkan dengan tayangan video mengenai kayu bakau yang banyak terdapat di sekitar Sungai Merbuk. Baginda telah berkenan menyusuri Sungai Merbok hingga ke muaranya untuk merasai dan melihat sendiri keindahan alam semulajadi di sekitar Sungai berkenaan dan melihat projek ternakan ikan dalam sangkar. Kehadiran baginda disambut oleh ramai disepanjang jalan untuk melihat baginda dari dekat. Turut mengiringi baginda berdua adalah isteri Menteri Besar Kedah, Toh Puan Hajah Faekah Hamzah dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato' Abdul Rahman Mohamad.

Selepas itu Tuanku Nur Zahirah dan Tuanku Sultanah Hajah Haminah serta rombongan telah berangkat ke Gunung Jerai di Gurun untuk majlis santapan tengahari yang diadakan di Jerai Hill Resort.

Alamak Anai-Anai Datang Balik

Shah sedang membuat semburan serangga di Dapur Syah @ Rawang Residence

14.05.2011, Sabtu - Hari ini Syah buat appointment dengan Shah daripada Dedalu Emas Enterprise untuk buat semburan serangga macam biasa yang Syah buat 2 atau 3 bulan sekali. Setelah selesai buat semburan seluruh rumah tiba-tiba dia inform Syah yang ada anai-anai semula didalam stor bawah tangga Syah. Memang ada kesan tanah Syah lihat. Alamak ada lagi rupannya.

Tak silap, tahun 2009 Syah buat maintenance anai-anai dengan tanam ubat dalam tanah dan dia caj Syah RM1300.00. Kali nie dia cadangkan Syah buat Pengumpanan Anai-Anai menggunakan alat tak silap Syah namannya X-Term banting System. Dia akan letakkan sebuah kotak dan letakkan kapsul makanan untuk anai-anai sebagai umpan. Anai-anai tu tak akan mati selepas makan tetapi akan memasuki semula sarang dia dan makanan yang dibawa untuk ratu, kemudiannya askar-askar yang lain akan keluar dan makan makanan tu. Lama-lama semua anai-anai akan mati. Kotak tu akan menarik perhatian anai-anai dalam lingkungan 50 meter untuk datang dan makan kapsul tu.

Dalam masa tiga atau empat minggu semua anai-anai akan mati. Dia akan buat inspection seminggu sekali sehingga tidak akan ada lagi anai-anai yang hidup based on the box condition. So Syah buat appointment samada Rabu atau Khamis depan sebab esok hingga Selasa Syah akan berada di KL Residence. Untuk system nie katanya biasanya akan dicaj RM1,300.00 tetapi disebabkan Syah regular customer dia, dia caj Syah RM750.00. Syah setuju coz tak ada pilihan lain. Barang-barang dalam kitchen cabinet yang Syah letakkan di ruang tamu sebelum disusun semula ketempat asalnya esok pagi.

Syah pula minta dia buat semburan dalam kitchen cabinet Syah sebab ada macam kutu beras kat dalam tu. Dulu punya kes lah nie, Syah letak beras dalam tu dan lama sangat sampai ada kutu beras. Hehehehe............... So atas meja ruang tamu Syah dan lantai penuh dengan barang-barang dalam kitchen cabinet dan esok Syah akan mop baru letakkan semula. Kena tunggu esok supaya ubat semburan tu meresap kat tile baru boleh mop. Lepas kemas barang-barang nie baru Syah akan bertolak ke KL Residence.

Bonda Ejon Tak Sihat

14.05.2011, Sabtu - Malam tadi Kak Lang Ella message Syah via facebook inform bondanya, Ejon tak sihat. Kemudiannya Syah call Kak Lang Ella, mengikut Kak Lang, Kak Ngah Normah inform Bonda Ejon Demam dan Cirit Beret. Dua tiga kali dia ceret beret dalam kain dan Kak Ngah mandi dan bersihkan dia. Syah minta Kak Lang Ella inform Kak Long Zainab dan minta mereka balik kampung secepat mungkin. Bonda Ejon sudah tua sebenarnya.

Pagi tadi Syah call Kak Long dan inform perkara ini dan minta dia dan hubbynya balik tolong tengokkan tapi Kak Long keberatan kerana Kak Lang Ella singgah rumah dia tadi tetapi tak informpun minta tolong tengokkan Ejon cuma dia inform Kak Long nak hantar Ejon ke Kelinik kerana cirit beret sahaja dan tak cakappun yang kes tu serious. Kes Kak Ngah di kampung pula lain ceritannya yang macam tak banyak membantu Bonda Ejon yang sudah tua dan biarkan rumah kotor dan bersepah. Actually mereka adik beradik macam tak bersatu hati dalam menguruskan Bonda Ejon. Mereka ada seorang lagi adik lelaki bernama Razak.

Pening kepala Syah memikirkan masalah mereka. Walaupun kirannya Syah ini orang luar dan bukan adik beradik mereka satu ibu/bapa tetapi Bonda Ejon bersama-sama Mak (Nenda Maharum Syah) membesarkan Syah di kampung bersama Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan Razak. Bonda Ejon merupakan Bonda Saudara Syah iaitu adik kepada Ayahanda Syah. Masing-masing Ego dan rasa diri mereka yang betul tetapi yang jadi mangsannya Bonda Ejon.

Syah sebenarnya memang terasa hati dan tak balik kampung lama dah hampi lebih 6 bulan. Bukan apa Syah sebenarnya confuse dengan diri Syah sendiri. Bila balik kampung Syah biasannya balik rumah Bonda Ejon yang merupakan rumah pusaka yang telah diberikan kepada Kak Long. Ayahanda pula bila Syah balik seolah-olah hendah Syah tidur rumah dia. Dari kecil hingga besar Syah di rumah Bonda Ejon bila balik kampung dan apa kata Bonda Ejon bila Syah tidur dirumah Ayahanda. Walaupun mungkin Bonda Ejon akan kata tak kisah tetapi dalam hati dia siapa tahu. Semenjak umur Syah lebih kurang 7 tahun hingga 19 tahun dialah yang bersama-sama Mak (Nenda Maharum Syah) besarkan Syah.

Satu lagi yang Syah merajuk kat kampong tu pasal telefon. Dulu Syah tiap-tiap hari call Bonda Ejon untuk tanyakan khabar dia. Tetapi semenjak rumah baru Kak Ngah yang terletak bersebelahan rumah Bonda Ejon siap telefon tu dibawa kerumah dia. Dia tak tidurpun rumah tu dan tidur dirumah Ejon tetapi telefon tu dipindahkan sebab katannya Kak Long suruh pindahkan ke rumah dia kerana phone tu atas nama dia. Itu tak apalah sebab Syah boleh call Bonda Ejon menggunakan handphone Kak Ngah.

Masalahnya susah nak dapatkan Handphone Kak Ngah dan kadangkala tak berangkat kerana alasannya dia sibuk menguruskan anak kecil dia ke sekolah dan seumpamannya. Bila dapat call pun Syah kadangkala terpaksa cakap menjerit dengan Bonda Ejon kerana tak dengar. Anak-anak Kak Ngah yang perempuan dua orang tu buat bising yang melampau. Bila Syah suruh Kak Ngah nasihat anaknya, jawapan Kak Ngah dia orang tak mahu diam. Bole ker macam tu? ....... jawapannya macam tu. Memang susah dan pada satu hari tu dalam bulan April tak silap Syah, masa Syah call dan jadi benda yang sama hingga Syah hilang sabar dan cakap terjerit-jerit. Lepas tu Syah tak callpun kampung hingga hari ini walaupun Kak Ngah call Syah.

Syah sayangkan Bonda Ejon dan keadaan yang berlaku ini telah menjauhkan Syah dengan Bonda Ejon. Anak-anak dia tak bersatu hati dan masing-masing mengangap diri mereka yang betul dan jadi mangsannya Bonda Ejon. Tengah malam tadi Syah buat Solat Hajat untuk Ejon supaya dia sihat. Menangis Syah semasa berdoa untuk Bonda Ejon dan mita-minta Allah makbulkan doa Syah. Makbulkan lah Doa Aku Ya Allah supaya Bonda Ejon Sihat dan DiPanjangkan Umurnya.

Selepas Syah call Kak Long tadi dan seolah-olah tak ada penyelesaian sekali lagi Syah menangis. Syah bukan apa, Syah hendak suruh suami Kak Long tolong ubatkan Bonda Ejon kerana dia pengamal perubatan cara Islam. Ramai orang jumpa dia kalau sakit sebab tu Syah minta tolong tetapi lain jadinya kerana Kak Lang atau adik beradik yang lain tak minta tolong sendiri tu yang Kak Long Keberatan nak tolong. Kata Kak Long, Kak Lang singgah tadi cakap nak bawa Bonda Ejon kelinik sebab cirit beret jer dan tak inform dia yang benda tu serious, sakit biasa jer katanya. Kak Long nie anak Bonda Ejon tetapi dibela oleh Mak (Nenda Maharum Syah).

Sebentar tadi jam 13:28hrs anak saudara Syah, Haziq sms on the way balik kampung. Dia tanya nak ikut tak dan Syah kata tak? Syah terangkan pasal Kak Long dan Kak Lang tadi dan dia kata tak tahulah diaorang nie. Yerlah Haziq baru 19 tahun dan biasalah budak-budak mana nak fahamkan? Syah minta dia balik dan SMS atau inform Syah perkembangan Bonda Ejon.

Inilah masalah Syah sebenarnya selain daripada masalah kesihatan Syah, Syah juga selalu memikirkan masalah keluarga. Banyak orang kata orang bujang hidupnya senang sebab tak payah fikir masalah keluarga. Tetapi tak semua orang bujang happy go lucky, contohnya Syah sendiri. Mungkin Syah terlalu ambil berat pasal keluarga kot? Syah akan ambil tahu pasal Bonda Ejon walaupun ada orang kata Sepatutnya Syah tak perlu ambil tahu keran Syah buka anaknya tetapi selagi Syah hidup, Syah tak boleh buat macam tu, Syah kena ambil tahu juga walaupun anak-anaknya ada masanya keberatan nak ikut nasihat Syah dan membuatkan Syah rasa sedih.

Syah Doakan Semuga Ejon Cepat Sembuh dan Dipanjangkan Umur. AMIN.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Melawat Kedah

Dari Kiri KDYMM Raja Permaisuri Agong, KDYMM Yang di-Pertuan Agong bersama KDYMM Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman sebelum memasuki Dewan Santapan Istana Anak Bukit - Gambar dari Bernama.

14.05.2011, Sabtu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Aagong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan melakukan kunjungan rasmi selama tiga hari ke Negeri Kedah Darul Aman selama tiga hari bermula semalam 13.05.2011 hingga hari Ahad ini bersamaan 15.05.2011. Gambar diatas menunjukkan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah bersama-sama dengan Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun semasa Istiadat Jamuan Negeri yang diadakan di Dewan Santapan Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah semalam.

Kepada rakyat Kedah, Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat dari dekat wajah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkunjung ke negeri anda.

Yang Mulia Tunku Zawyah Selamat Diijab Kabulkan

Kreatif dan Unik - Upacara Memotong Pulut Kuning Sempena Majlis Resepsi YM Tunku Datin Zawyah dan Datuk Rayan JK Abdullah.

14.05.2011, Sabtu - Alhamdulillah, semuanya selamat. Apa yang kami harapkan kehidupan mendatang akan dipenuhi dengan kegembiraan dan semoga kekal ke akhir hayat. Itulah yang diucapkan oleh bekas isteri Datuk K, Yang Mulia Tunku Zawyah Tunku Izham kepada wartawan semasa majlis resepsi sempena perkahwinan terbaru beliau dengan Datuk Rayan Joseph King Abdullah yang diadakan di Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan pada 12.05.2011.

Pasangan dua sejoli ini diijabkabulkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali di Hotel Royale Chulan dengan mas kahwin RM501.00. Wang hantaran perkahwinan berjumlah RM38,888.88 dengan tujuh dulang hantaran dipihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan. Majlis ini turut dihadiri oleh anak-anak YM Tunku, keluarga terdekat kerabat diraja Kedah YM Tunku dan turut memeriahkan majlis adalah kerabat-kerabat diraja Pahang.

Datuk Rayan merupakan seorang bapa tunggal kepada dua orang anak perempuan dan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Sabah. Beliau memeluk Islam dalam bulan Februari lepas. Datuk dan YM Tunku diperkenalkan oleh seorang rakan kepada YM Tunku dua tahun lepas dan pada malam tahun baru 2011 Datuk telah meluahkan isi hatinya yang amat mencintai YM Tunku dan ingin menyunting YM Tunku sebagai suri singahsananya. Ternyata Datuk tidak bertepuk sebelah tangan dan iannya diterima seikhlas hati oleh YM Tunku sehingga membawa kepada ikatan talian pertunangan pada Mac 2011 lepas. Nampak gayanya YM Tunku boleh menggunakan gelaran Datin Semula dengan perkahwinan ini.

Syah yakin, Datuk ikhlas mengahwini YM Tunku atas dasar kasih sayang. Jika kita lihat status datuk sebagai seorang ahli perniagaan memang dia banyak pilihan untuk memilih wanita-wanita muda untuk dijadikan Isteri tetapi mengapa dia memilih seorang wanita yang berusia 48 tahun? Jawapannya mudah sahaja kerana Datuk Ikhlas mencintai YM Tunku Zawyah dan atas dasar cinta dan kasih sayang itulah mereka mengikat pertalian ini dengan perkahwinan. Sama juga dengan kisah Prince Charles pewaris kedua tahta Britain yang berkahwin semula tetapi bukan dengan wanita muda malah memilih Camilla, Duchess of Cornwall sebagai permaisuri baginda atas dasar kasih dan sayang yang abadi.

Syah Ucapkan Selamat Pengantin baru Kepada YM Tunku Datin Zawyah bt Tunku Izham dan Datuk Rayan JK Abdullah Semuga Dipanjangkan Umur dan Jodoh Kalian Berdua Serta Dapat Membina Keluarga Yang Bahagia. AMIN. Selamat berbulan madu ke Switziland YM Tunku dan Datuk.

Entry Syah berhubung pertunangan YM Tunku Zawyah:

Abang Zaaba Pencen dan Start Cuti Rupanya

14.05.2011, Sabtu - Gambar diatas Syah ambil beberapi minggu yang lepas di pejabat Syah. Lelaki disebelah Syah nie adalah Abang Zaaba dan gambar nie diambil daripada kamera Abang Zaaba sendiri. Abang Zaaba nie ada yang panggil dia dengan nama Bapak. Dia sebenarnya akan berpencen bulan June nie tetapi dah start cuti dua minggu lepas untuk habiskan cuti rehat tahunan dia. Patutlah Syah tak nampak dia dah lama, rupanya dia dah mula bercuti dan terus pencen dan tak inform kamipun. Mungkin dia rasa sedih kalau beritahu kami sebab tu dia cuti dan pencen diam-diam. kami buat farewell party untuk diapun dia tak hadir. Abang Zaaba nie memang susah nak ambil gambar dia tetapi satu hari tu, Syah cakap dengan dia Abang jom ambil gambar dan dia hendak pula bergambar dengan Syah dan tulah gambarnya kat atas tu. Apa-apapun Syah doakan agar Abang Zaaba sihat dan gembira dengan kehidupan yang baru sebagai seorang yang sudah berpencen. Take care tau.

Khamis Malam Jumaat Syah Balik KL Residence

14.05.2011, Sabtu - Khamis malam Jumaat lepas Syah balik ke KL Residence tolong Muss Kemas rumah. Ialah kan dia dan Cd berselisih faham sedikit dan Cd pula stay di Wizuri Konda sementara waktu dan kemudian denganya ke rumah kawan dia pula. So risau juga dengan keadaan Muss yang tak sihat dan rumah bersepah tu Syah balik juga KL Residence dan pekakkan jer telinga kalau dia membebel. Kalau tak pekakkan telinga, buat terasa hati jer buat apakan ?. Syah faham Muss jadi begitu sebab dia ada highblood presure, mungkin diapun tension dengan keadaan rumah yang bersepah dan berhabuk sekarang nie sebab tu cepat melenting dan meradang. Biasalah kalau orang ada tekanan darah tinggi memang macam tu. So untuk naturalkan keadaan dengar jer lah apa yang dia cakap dan jangan nak ambil hati sangat.

My Brother Muss

Sampai Melati LRT Syah tunggu Muss sebab hendak ke Jalan Ipoh pulangkan kerusi bar yang dia beli tempohari tetapi kerusi tu rosak. Muss suruh lori yang deliver kerusi tu bawa balik tetapi mereka tak mahu. Hari ini kami hantar semula ke kedai untuk dapatkan yang baru. Walau bagaimanapun person in charge tu tak ada dan staff mereka kata tak ada stock lain. Muss dan Syah inform dia kami pulangkan semula kerusi tu sebab memang tak bayar lagi. We all inform kalau ada apa-apa call kami semula. Rasanya tak perlulah kerusi tu dan kami akan cari kat tempat lain, lagipun Muss tak bayar lagi harga kerusi yang rosak tu sebab masa delivery tengok bahagian bawahnya tertanggal dan tak boleh dibetulkan semula.

On the way balik kami singgah di Taman Melati untuk makan malam. Muss makan Nasi Goreng USA dan Kerang bakar manakala Syah Meehon Tomyam Putih. Minuman pula Teh Ice untuk Muss dan Lai Chee Kang Panasuntuk Syah. Kali nie Syah belanja. Selepas makan kami balik rumah dan selepas solat Syah cont' kemas rumah. Syah susunkan semula baju-baju yang sudah dibasuh. Lama Syah berdiri dan tiba-tiba rasa sakit di penis tu datang lagi, rasa pedih dan nilu serta macam gatal sedikit. Sakit sangat tetapi tahan jer lah. Sakitnya dalam keadaan biasa dan lepas buang air kecil. Syah minum air banyak-banyak. Jam 00:00hrs Syah paksa diri untuk tidur. Macam tu lah Syah ada-ada jer sakitnya. Mungkin tak boleh buat kerja berat kot. Bangun pagi semalam rasa sakit semakin ok dan Insyallah Pagi nie 14.05.2011 rasa tu semakin hilang dan beransur ok. Insyallah.

Seharian Blogspot.com tak boleh login kerana ada masalah teknikal

14.05.2011, Sabtu - Salam semua dan apa khabar. Seharian semalam kita tak berjumpakan di blog ini? Keadaan nie berlaku kerana Syah tak dapat login ke blogspot.com. Bukan Syah sahaja tetapi keadaan nie berlaku kepada semua blogger yang menggunakan laman sesawang http://www.blogspot.com/ kerana ada sedikit technical problem. Sekarang jam 07:13hrs baru boleh login ke blogspot.com. Shukur Alhamdulillah. Dibawah nie Syah cut and pastekan blogger status semalam :-

Friday, May 13, 2011

To get Blogger back to normal, all posts since 07:37am PDT on Weds, 5/11 have been temporarity removed. We expect everything to be back to normal soon. Sorry for the delay.

Posted by at : 04:25 PDT

Thursday, May 12, 2011

Pro Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas Dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang Umno

Prof Dr Syed Menerima Anugerah dari PM - Gambar dari Bernama

12.05.2011, Khamis - Semalam 11.05.2011, Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah diaugerahkan Tokoh Melayu Terbilang Umno dalam satu majlis yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Prof Dr Syed merupakan Pengasas dan Pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC). Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana (Cemerlang) dalam bidang Falsafah Islam di Universiti Mc Gill, Kanada pada 1962 dan telah menyumbang dalam bidang keagamaan, bahasa, budaya, kesusasteraan dan mempertingkatkan tahap nasionalisme di Malaysia. Karya-karya beliau dijadikan bahan rujuk dan kajian oleh mahasiswa dan cendekiawan Islam seluruh dunia. Kira-kira 3000 pemimpin dan anggota Umno dari seluruh negara menghadiri majlis ini.

Pencuri Barangan Di Muzium Istana Beijing Di Tangkap Polis

12.05.2011, Khamis - Pada 08.05.2011 lepas, China Central Television (CCTV) melaporkan bahawa telah berlaku kecurian di Muzium Istana di Beijing. Muzium berkenaan merupakan Istana Maharaja Cina yang dikenali sebagai Forbiden City atau Kota Larangan. Kita selalu melihat Istana ini terutamannya dalam cerita raja-raja cina di TV. Ini merupakan kes pertama kecurian yang dilaporkan di muzium berkenaan dalam tempoh 20 tahun selepas iannya diberikan kawalan ketat. Diantara barangan yang hilang adalah beberapa dompet emas dan bekas kosmetik bertatah permata dengan rekabentuk barat keluaran tahun 1920 dan 1945. Barang berkenaan sebenarnya telah dipinjamkan oleh Muzium Liang Yi Hong Kong untuk dipamirkan di Muzium Istana.

Walau bagaimanapun selepas 58jam kejadian berkenaan, pencurinya dapat dikesan oleh pihak polis. Suspek bernama Shi Baikui berusia 28tahun dan telah menetap di Beijing selama empat tahun. Beliau yang berasal dari Shandong, Timur Cina itu ditahan pada jam 19:40hrs disebuah kafe internet di daerah Fengtai. Sebahagian dari barang-barang berkenaan telah ditemui semula. Kes ini masih lagi dalam siasatan polis.

Tuesday, May 10, 2011

Muss Gaduh Ngan Cd

11.05.2011, Rabu - Syah sebenarnya tension juga mengenai masalah streamyx yang ada masalah di KL Residence. Semalam Syah di KL Residence dan call 100 tetapi masalah internet tu tak boleh diselesaikan. Malam tadi TM Call minta Syah buat appointment pada waktu kerja sahaja. Ingat hendak call CD tapi dia tutup handphone dan Syah pula kena call Muss dan kemudiannya terangkan apa yang hendak dibuat. Kemudiannya Syah pula call juruteknik tu semula. Heeee susahnya sebab line tu atas nama Syah dan ada benda yang dia tanya (juruteknik) Syah kena tanya Muss semula sebab Syah di Rawang. Muss pula pada mulannya macam keberatan nak attend juruteknik tu dan lepas tu dia kata nak cakap dengan juruteknik tu. Susahkan dan pening kepala Syah.

Syah terpaksa buat appointment hari Sabtu sebab hari kerja tak dapat sebab Syah call Cd dia tutup handphone. Macam mana nak buat appointment. TM pula buat kerja waktu office hours sahaja 08:30hrs - 17:30 hrs. Susahlah customer, kalau nak cepat kena ambil cutilah jawapnya. Hari Sabtu tu kebetulan juruteknik tu kata dia ada di area Setapak antara jam 10:00hrs - hingga 14:00hrs. Syah call Muss semula dan inform dia perkara ini dan maklumkan supaya dia ada dirumah Sabtu nanti sebab Syah di Rawang Residence dan Ahad baru balik KL Residence pula.

Kesukaran komunikasi nie kerana Muss bergaduh dengan Cd. Cerita nya macam nie. Semalam masa berkemas Syah dengar Muss dan Cd bertekak sedikit sebab Cd hendak buang barang-barang lama Muss di bilik stor dan Syah tak dengar percakapan mereka. Mungkin Muss ada keluarkan cakap yang menyakitkan hati Cd menyebabkan Cd terasa hati. Bila Syah keluar dari bilik dan Syah tanya mana Cd dan Muss infor Cd marah dan balik ke Wizuri Kondo kerana merajuk katannya. Syah diam jer coz Syah faham Muss ada masanya mulut dia kasar sedikit bahasanya walaupun ia tak bermaksud apa yang dia cakapkan tu.

Biasanya kami akan diamkan jer dan lama-lama baik semula tapi mungkin malam semalam tu masing-masing penat mengemas terutamannya Cd coz balik kerja kami keluar makan Muss belanja dan bila sampai rumah Cd kemas Stor dan Syah bahagian depan. Adalah agaknya perkataan yang Muss keluarkan menyebabkan Cd terasa kot. Tadi masa call Muss Syah sempat nasihatkan dia supaya cubalah jaga hati orang lain jangan asik orang lain jer nak jaga hati dia. Muss diam dan kemudia kata Ye lah, Ok. Syah risau juga dia seorang-seorang kat rumah dan lah keadaan dia yang tak sihat tu kalau jadi apa-apakan susah nanti. Minta-minta everything going to be ok. AMIN.

Duke and Duchess of Cambridge Berbulan Madu Ke Seychelles

Seychelles Island Mendapat Jolokan Syurga Dunia Tropika

11.05.2011, Rabu - Istana St James dalam kenyatannya semalam memaklumkan pasangan Duke and Duchess of Cambridge telah pergi berbulan madu. Walau bagaimanapun lokasi bulan madu tersebut dirahsiakan dari pengatahuan umum. Walau bagaimanapun The Mirror melaporkan pasangan ini berbulan madu ke Seychelles yang terletak di tengah Lautan Hindi. . Pasangan ini dilaporkan pernah bercuti disana selama seminggu pada 2007.

Dilaporkan bahawa bahawa pasangan tersebut berlepas dengan jet peribadi melalui Pulau Anglesy untuk ke Seychelles. Mereka dikatakan menuju kesalah sebuah pulau terpencil di Seychelles menggunakan helikopter dan menetap disebuah villa. Kos percutian seperti ini dianggarkan bernilai 6000 pound semalam dan pulaunya pula boleh disewa dengan kadar 10,000 pound sehari.

Pasangan ini sebenarnya ingin berbulan madu bersendirian tanpa gangguan selepas menjadi tumpuan ramai sempena perkahwinan gilang gemilang mereka pada 29.04.2011 lepas yang disaksikan oleh 1900 tetamu khas di Westminister Abbey, lebih kurang satu juta penduduk yang beratur di sepanjang jalan di Kota London dan dua billion penonton melalui siaran secara langsung TV diseluruh dunia.

Istana St James memaklumkan bahawa pasangan pengantin diraja mahukan hak-hak peribadi mereka dihormati sepanjang bulan madu mereka. Pihak Istana juga memberi amaran akan mengambil tindakan kepada media jika mereka menggangu bulan madu pasangan pengantin diraja ini.

Prince William, Duke of Cambridge telah mengambil cuti selama dua minggu dari tugas-tugas beliau sebagai juruterbang helikopter pencari dan penyelamat Tentera Udara Diraja Britain yang berpengkalan di Pulau Anglesey, Wales.