25 Januari 2014, Sabtu :-
Semalam Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin yang juga merupakan Yang Dipertua Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia atau LKPIM telah berkenaan menerima sebuah kereta Proton Exora untuk kegunaan ahli pertubuhan berkenaan daripada Kumpulan AmBank. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim kepada YMM Tunku Ampuan Najihah dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat LKPIM di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Tuanku Najihah dalam titahnya menzahirkan rasa kesyukuran kerana LKPIM terus dipilih oleh Ambank dalam perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat syarikat perbankan berkenaan yang sebelum ini pernah menyumbangkan sebuah van Nissan Vanette pada tahun 2012. Titah baginda lagi, kenderaan baru ini akan memudahkan ahli LKPIM melaksanakan tugas-tugas kebajikan seperti khidmat nasihat kekeluargaan, membantu anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan mangsa bencana alam.
Tan Sri Azman dalam kenyataannya memaklumkan sumbang ini adalah untuk merealisasikan objektif murni LPKIM sekaligus memberi manfaat besar kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Sumber :- Kosmo
No comments:
Post a Comment