23 Januari 2014, Khamis :-
Pagi tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Upacara Sovereign's Parade Pegawai Kadet Pengambilan Kesepuluh Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan di Sungai Akar. Keberangkatan tiba DYTM disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa Hj Sirat dan Komander Angkatan Tentera Udara Brunei Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin.
Kemudiannya DYTM telah menerima tabik hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei. DYTM kemudiannya menerima tabik hormat daripada 23 anggota pegawai kadet pengambilan ke-10 dan 22 anggota pegawai kadet pengambilan ke-11.
DYTM juga telah berkenan menyampaikan anugerah kepada pegawai kadet terbaik mengikut beberapa kategori seperti berikut :-
- Angerah paling berprestij Anugerah Pedang Kehormat - 50382 OCdt (L) Mohd Aiezuddin bin Julaini.
- Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan - 1730 OCdt (U) Umi Kalthsum binti Haji Ramli.
- Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera - 21723 OCdt Afifah Hasanah binti Haji Ali Hassan.
- Anugerah Latihan Fizikal Terbaik - 50378 OCdt Iqbal Arqam bin Haji Abdul Rahman.
Bacaan doa selamat diketuai oleh Ketua Bahagian Agama Angkatan Tentera Diraja Brunei, Kapten Ariffin bin Amit.
DYTM dan rombongan kemudiannya berangkat ke Mess Pegawai Sungai Akar dan telah diberi cenderahati yang dinamakan "Rai'sul Amin" yang berupa topi perang. DYTM juga ditunjukan buku catatan sepanjang latihan yang dijalankan selama 42 minggu oleh Pegawai kadet ke-10. DYTM kemudiannya telah berkenan menerima mengadap pegawai kadet beserta keluarga masing-masing serta para jurulatih dan pegawai Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama DYTM.
Sumber :- Kementerian Pertahanan Brunei
1 comment:
Rais > President.
Malik > Raja.
nice to know lah.
hehehehe
Post a Comment